Psikometrik IMK (PBS)
Psikometrik IMK (PBS)
Psikometrik IMK (PBS)
LEMBAGA PEPERIKSAAN
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
HAK CIPTA KERAJAAN MALAYSIA
HAKCIPTAKERAJAANMALAYSIA
Teori Tipologi Kerjaya Holland
Asas yang digunakan dalamteori ini ialah:
1. pemilihan kerjaya adalah berdasarkan ekspresi
personaliti individu di samping kesesuaian
persekitaran pekerjaan.
2. minat seseorang itu lahir daripada personalitinya
3. individu daripada jenis pekerjaan yang sama
mempunyai persamaan dari segi pola
personalitinya.
4. keselarasan antara personaliti dan persekitaran
akan meningkatkan prestasi kerja, pencapaian,
kestabilan dan kepuasan kerja.
PSIKOMETRIK
HAK CIPTA KERAJAAN MALAYSIA
HAKCIPTAKERAJAANMALAYSIA
6 Personaliti
Realistik
Investigatif
Artistik
Sosial
Enterprising
Konvensional
PSIKOMETRIK
HAK CIPTA KERAJAAN MALAYSIA
HAKCIPTAKERAJAANMALAYSIA
Terdapat enam jenis persekitaran pekerjaan yang
menyokong personaliti individu dan didominasi
oleh jenis personaliti tertentu iaitu :
Realistik (R),
Investigatif (I),
Artistik (A),
Sosial (S),
Enterprising (E),
Konvensional (K).
PSIKOMETRIK
HAK CIPTA KERAJAAN MALAYSIA
HAKCIPTAKERAJAANMALAYSIA
Individu akan mencari persekitaran atau pekerjaan
selaras dengan personaliti yang membolehkan
mereka menunjukkan kemahiran dan kebolehan
serta melahirkan sikap dan nilai di samping
berusaha menyelesaikan sebarang masalah dan
peranan yang wujud dalampersekitaran tersebut.
Menurut Holland (1973), individu akan berasa puas
sekiranya dapat menyesuaikan diri dalam
persekitaran berkenaan. Misalnya, individu yang
mempunyai personaliti realistik akan berasa puas
sekiranya dapat bekerja dalam persekitaran
realistik juga.
PSIKOMETRIK
HAK CIPTA KERAJAAN MALAYSIA
HAKCIPTAKERAJAANMALAYSIA
Tingkah laku seseorang individu boleh ditentukan
melalui interaksi antara personaliti dan kriteria
kriteria persekitarannya.
Menurut Holland (1973), sekiranya kita mengetahui
tentang pola personaliti dan persekitarannya secara
tidak lansung kita akan dapat meramalkan perkara
berkaitan pemilihan kerjaya, pencapaian kerjaya,
kecekapan personal, tingkah laku pendidikan dan
sosial serta pertukaran pekerjaan.
PSIKOMETRIK
HAK CIPTA KERAJAAN MALAYSIA
HAKCIPTAKERAJAANMALAYSIA
Kesahan & Kebolehpercayaan Ujian
PSIKOMETRIK
HAK CIPTA KERAJAAN MALAYSIA
HAKCIPTAKERAJAANMALAYSIA
CARTA ALIR PENTADBIRAN PSIKOMETRIK
Murid dikumpulkan
Edaran kertas ujian &
borang jawapan
Penerangan
Murid menjawab
soalan
Pengiraan skor
Pengisian skor dalam
Borang Profil
Psikometrik (BPP)
Pentafsiran skor
Penyimpanan fail BPP
Masa : Bulan ketiga sesi persekolahan
Sasaran : ITP Tingkatan 1 dan 4
IMK - Tingkatan 1, 3 dan 5
Tempat : Sesuai dan kondusif
Arahan menjawab mengikut keperluan
inventori
Penstrukturan etika kerahsiaan dan limitasi
Menjawab di atas borang jawapan
Kertas ujian tidak boleh diconteng dan perlu
dikembalikan
Masa: 30 minit
Murid mengira skor masing-masing
dengan bimbingan GBKSM
Mengedar BPP kepada murid
Murid memindahkan skor ke dalam
Borang Profil Psikometrik
GBKSM akan memberikan pentafsiran skor
Pengesahan/ tanda tangan GBKSM
Fail Unit Bimbingan dan Kaunseling (TERHAD)
Simpan mengikut urutan nama dalam kelas
Disimpan di Unit Bimbingan dan Kaunseling
HAK CIPTA KERAJAAN MALAYSIA
HAKCIPTAKERAJAANMALAYSIA
Pengiraan skor perlu dibuat dengan teliti dan
berhatihati agar kebolehpercayaan skor
dapatannya tepat.
Borang jawapan IMK mengandungi 6 lajur dan 20
baris. Bilangan lajur menjelaskan bahawa
instrumen ini mengukur 6 konstruk iaitu Realistik,
Investigatif, Artistik, Sosial, Enterprising, dan
Konvensional.
20 baris menjelaskan bahawa setiap konstruk
diwakili oleh 20 item.
PSIKOMETRIK
HAK CIPTA KERAJAAN MALAYSIA
HAKCIPTAKERAJAANMALAYSIA
Pengiraan skor mentah adalah seperti berikut;
i. Pada lajur pertama, pelajar dikehendaki mengira jawapan
yang ditanda Y sahaja iaitu dari nombor 1 hingga 10 dan 61
70. Jumlah skor Y ditulis dalam jadual yang disediakan di
bahagian bawah borang jawapan yang bertanda R.
ii. Pengiraan ini diulangi pada lajur kedua, ketiga, keempat,
kelima, dan keenam .
iii. Pilih 3 jumlah skor yang tertinggi (3 kod mata Holland).
iv. Masukkan skor Tiga Kod Mata Holland ke dalam Borang
Profil Psikometrik (BPP) untuk mengenalpasti
kecenderungan kerjaya.
PSIKOMETRIK
HAK CIPTA KERAJAAN MALAYSIA
HAKCIPTAKERAJAANMALAYSIA
LEMBAGA PEPERIKSAAN
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
HAK CIPTA KERAJAAN MALAYSIA
HAKCIPTAKERAJAANMALAYSIA
Persekitaran pekerjaan yang memerlukan kemahiran
praktikal dan mekanikal. Bekerja dengan objek,
peralatan, mesin, haiwan dan tumbuhan. Mempunyai
kemahiran yang baik apabila menggunakan peralatan,
lukisan mekanikal, mesin atau haiwan. Menghargai
objek praktik yang boleh dilihat dan disentuh. Lebih
suka bekerja di luar bangunan.
Penerangan
Jurutera, Jurubina, Animator, Pengaturcara Komputer,
Juruterbang, Ahli Radiologi, Pustakawan, Juruteknik
Elektronik, Chef, Atlet, Ahli Bomba Dan Penyelamat,
Pemandu, Tentera, Operator Mesin, Mekanik, Ahli
Perkebunan dan Pembuat Perabot.
Kerjaya
Praktikal, mekanikal, materialistik, suka
menggunakan peralatan dan mesin, introvert,
akur, natural (semula jadi), berhemah, tulen, tegas
dan berprinsip.
Ciri
PSIKOMETRIK
HAK CIPTA KERAJAAN MALAYSIA
HAKCIPTAKERAJAANMALAYSIA
Persekitaran pekerjaan yang memerlukan kemahiran
menyelidik, saintifik, intelektual, analitikal dan
mementingkan ketepatan. Suka membuat
pemerhatian, mempelajari sesuatu, membuat
penyelidikan, menganalisis, menilai dan
menyelesaikan masalah. Menghargai sains dan
matematik. Melihat diri sendiri sebagai tepat,
saintifik dan intelektual serta meminati kerjaya
saintifik dan beberapa kerjaya bercorak teknikal.
Penerangan
Pegawai Perubatan, Ahli Farmasi, Psikiatrik,
Ahli Ekonomi, Ahli Kajicuaca, Ahli Biologi, Ahli
Botani, Ahli Agronomi, Ahli Fizik, Ahli Kaji
Bintang, Ahli Kimia, Ahli Kajibumi, Penyelidik
Sains, Angkasawan, Ahli Antropologi, Profesor,
Guru Sains Dan Matematik.
Kerjaya
Pemerhati, analitikal, rasional, teliti,
intelektual, introvert, introspektif, optimistik,
ingin tahu, teoris dan jitu.
Ciri
PSIKOMETRIK
HAK CIPTA KERAJAAN MALAYSIA
HAKCIPTAKERAJAANMALAYSIA
Persekitaran pekerjaan yang memerlukan daya
intuisi yang tinggi, ekspresif, original, bebas,
kreatif, inovatif dan artistik. Suka bekerja dalam
situasi yang kurang berstruktur, tidak rutin dan
tidak berulangulang. Mempunyai apresiasi yang
tinggi dan menghargai hasil seni kreatif.
Penerangan
Arkitek, Penulis Seni Kreatif, Artis,
Pemimpin Orkestra, Pengubah Lagu,
Pengarang, Pelukis, Wartawan Hiburan,
Kartunis, Pereka Grafik, Pereka Fesyen,
Juruhias Dalaman, Jurufoto, dan Jurusolek.
Kerjaya
Imaginatif, intuitif, ekspresif, estetika,
emosional, introspektif, reflektif, tulen,
bebas, sensitif dan idealistik.
Ciri
PSIKOMETRIK
HAK CIPTA KERAJAAN MALAYSIA
HAKCIPTAKERAJAANMALAYSIA
Persekitaran pekerjaan yang memerlukan interaksi,
kerjasama, kolaborasi, saling membantu, melatih dan
membuat kebajikan kepada orang lain. Mempunyai
kemahiran berinteraksi dan berkomunikasi dengan
orang lain. Suka kepada aktiviti membantu, memberi
perkhidmatan dan menyelesaikan masalah sosial.
Penerangan
Guru, Pensyarah, Kaunselor, Pekerja Sosial,
Pegawai Perhubungan Awam, Penyambut Tetamu,
Pegawai Kebajikan, Jururawat, Paramedik,
Pramugari/ Pramugara dan Pemandu Pelancong.
Kerjaya
Sosial, suka menolong, bekerjasama, mesra,
peramah, sabar, ekstrovert, empati, baik hati,
bertanggungjawab dan boleh dipercayai.
Ciri
PSIKOMETRIK
HAK CIPTA KERAJAAN MALAYSIA
HAKCIPTAKERAJAANMALAYSIA
Persekitaran pekerjaan yang melibatkan pentadbiran dan
pengurusan, perniagaan dan keusahawanan. Wujudnya
suasana pengaruhmempengaruhi, mengarah, memimpin dan
mengurus individu lain serta menjual barangan atau idea.
Matlamat akhir mereka adalah untuk mencapai keuntungan
organisasi dan keuntungan ekonomi.
Penerangan
Usahawan, Pengarah Syarikat, Spekulator, Eksekutif
Pengiklanan, Eksekutif Pemasaran, Agen Insuran, Pengarah
Publisiti, Peguam, Ahli Politik, Pengurus Hotel, Pengurus
Bank, Wartawan, Jurujual, Jurulatih dan Agen Pelancongan.
Kerjaya
Ciri kepimpinan, sukakan pencapaian, bertenaga, daya
pujuk yang tinggi, suka mempengaruhi, kebolehan
memanipulasi, suka meneroka (adventurous), yakin diri,
optimistik, mudah mesra, berwawasan, bercitacita tinggi,
berusaha, sosial, suka menonjolkan diri, ekstrovert dan
bijak berkomunikasi.
Ciri
PSIKOMETRIK
HAK CIPTA KERAJAAN MALAYSIA
HAKCIPTAKERAJAANMALAYSIA
Persekitaran pekerjaan berstruktur dan
teratur yang melibatkan data, nombor, dan
kerjakerja perkeranian. Melakukan kerja
secara terperinci, mengikut peraturan dan
arahan.
Penerangan
Kerani, Setiausaha, Penyimpan Kirakira,
Guru Perdagangan/ Guru Perakaunan,
Akauntan, Jurutrengkas, Pegawai Bank,
Pegawai Cukai, Operator Komputer, Penilai
Harta, Juru Audit, Juruwang dan Pegawai
Perangkaan.
Kerjaya
Berstruktur tinggi, teliti, daya tahan tinggi,
akur, praktikal, mengikut aturan, defensif,
menurut perintah, cermat, cekap dan rutin.
Ciri
PSIKOMETRIK
HAK CIPTA KERAJAAN MALAYSIA
HAKCIPTAKERAJAANMALAYSIA
HAK CIPTA KERAJAAN MALAYSIA