Bahan Pendidikan Khas

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 11

Kaedah dan teknik mengajar PK

Melalui Akta Pendidikan 1996 menyatakan, program pendidikan khas di sekolah kerajaan
dan bantuan kerajaan layak diikuti oleh murid dengan keperluan khas yang boleh dididik
iaitu:

"Jika dia mampu menguruskan diri sendiri tanpa bergantung kepada bantuan orang lain dan
disahkan oleh suatu panel yang terdiri daripada pengamal perubatan, pegawai daripada
Kementerian Pendidikan dan pegawai daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat sebagai
berupaya mengikuti program pendidikan kebangsaan"


Kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran murid murid bermasalah
pembelajaran program Pendidikan Khas adalah berdasarkan kemampuan dan keperluan
murid.Antara kaedah dan teknik yang paling praktikal ialah secara berpusatkan murid atau
terarah kepada pengajaran secara individu dan kumpulan.Ini kerana setiap individu murid
khas mempunyai kebolehan yang tidak sama antara satu sama lain menyebabkan guru perlu
menggunakan kaedah dan teknik tersebut.

Bahan-bantu mengajar
Pengenalan
Semua bilik darjah pendidikan khas bermasalah pembelajaran hendaklah dilengkapi dengan
bahan-bahan asas untuk melicinkan pengajaran dan pembelajaran. Bahan ini berubah
mengikut kemampuan dan kepentingan individu dan cara pengendalian bahan tersebut. Tanpa
pengetahuan dan cara pemakaian, Bahan tersebut akan menjadi gajah putih dalam kelas dan
membazir sahaja. Bahan-bahan ini dapat dikategorikan sebagai:

1. Bahan Keperluan Asas

Bahan ini digunakan untuk menyediakan bahan bantu mengajar yang mudah dan
rencam bertujuan untuk menarik minat murid-murid terhadap pengajaran dan
pembelajaran yang lebih berkesan.

Bahan carta

wall pocket: RPI, data murid, dll

Alat tulis

Bahan tulis

Bahan dinding

Bahan tekapan getah
2. Bahan Pusat Sumber
Bahan buku yang boleh digunakan sebagai bahan rujukan, bahan bacaan, atau bahan
pengulangandalam bacaan dan sebutan untuk membina pengamatan yang baik
terhadap subjek pengajaran dan pembelajaran
Bahan-bahan maujud yang boleh mendekatkan kefahaman murid-murid kepada
sesuatu topik semasa atau tolik silam
Bahan hasil kerja murid yang boleh dipamer untuk meransang proses pembelajaran
Bahan rakam-OHP, VCR, VCD, TV dan komputer
Bahan pengemas-sarung plastik, laminator dll
3. Bahan-bahan matematik
Bahan yang boleh digunakan untuk mengenal bentuk, warna dan nilai
Bahan yang meransang kepada mengenal nombor, waktu, berat, tinggi dan panjang
Bahan yang boleh melatih murid mengira wang dan nombor
Bahan pengamalan tambah,tolak, baki, darab, bahagi dsb
4. Bahan-bahan bahasa melayu
Bahan mengenal bentuk dan nama
sudut bercerita
bahan-bahan potongan akhbar dan bahan-bahan bacaan yang lain
bahan bacaan bergred
Kad dll
5. Bahan-bahan pendidikan seni
Sudut penghayatan seni
Bahan-bahan melukis dari pelbagai jenis
alatan pembancuh warna
apron
Bahan kerja tangandari bahan terbuang, rotan, kertas dsb
Bahan-bahan lukisan tentang haiwan dsb
6. Bahan-bahan pendidikan muzik
radio
VCD
alat genderang
Kaset-kaset
Kastenet
Tamborin
dll
7. Bahan-bahan urus diri
Sinki basuh muka
cermin muka
bahan-bahan pembersih diri yang sesuai
8. Bahan-bahan pendidikan agama islam
Papan rehal
sejadah
tasbih
al-quran
kitab
telekong
songkok
kaset nasyid dan bacaan ayat-ayat al-quran
buku-buku cerita nabi dll
9. Peralatan pendidikan jasmani
Bahan-bahan permainan padang
Sekital dan gelung rotan
pundi kacang/ beg pasir
bola berbagai saiz
10. Bahan-bahan rekreasi luar/dalam
trampolin
gelongsor
petak pasir
tali lompat dll
11. Bahan-bahan permainan dalam
catur
dam
tangga dan ular
monopoli dll
12. Peralatan vokasional
Peralatan yang boleh meransang kognitif dan memajukan daya pemikiran
peralatan dapur
peralatan berkebun
peralatan bengkel/pertukangan kayu
peralatan jahitan
13. Bahan-bahan latihan mengikut keupayaan murid
Peralatan pengawalan pernafasan
bahan-bahan terapi pertuturan
bahan-bahan latihan untuk murid palsy selebral yang ringan
bahan latihan pergerakan yang difikirkan perlu dll
Masalah Pendengaran

Alat Bantuan Pendengaran dan Sokongan Pembelajaran.


Alat bantu pendengaran adalah alat teknologi amplikasi bunyi seperti alat bantu pendengaran
binaural, unit sistem FM dan alat acoustically tuned ear untuk mengesan bunyi dan
menguatkan bunyi. Alat bantu pendengaran ini dapat membantu pelajar bermasalah
pendengaran dalam proses pembelajaran dan pengajaran mereka di sekolah. Teknologi alat
bantu dengar yang lebih baik ialah alat bantu dengar transposisi frekuensi dan koklea implan
membolehkan majoriti diri kanak-kanak bermasalah pendengaran mencapai potensi
pendengaran yang mencukupi untuk belajar mendengar dan seterusnya mempelajari bahasa
pertuturan. Bagaimanapun, peralatan ini mungkin agak sukar disediakan memandangkan kos
peralatan tersebut yang terlalu mahal.

Sebagai alternatif, guru boleh menggunakan peralatan teknologi sedia ada di sekolah seperti
televisyen, komputer dan alat pemain cakera padat/radio kaset. Misalnya, guru menyediakan
bahan-bahan pembelajaran dalam bentul visual menggunakan televisyen dan komputer bagi
pelajar yang mengalami masalah pendengaran teruk. Cara ini akan membolehkan mereka
mempelajari sesuatu perkara dalam bentuk visual. Manakala bagi pelajar-pelajar yang hanya
mengalami kekurangan pendengaran (masih boleh mendengar tetapi kurang jelas), peralatan
seperti pembesar suara (microphone) dan alat pendengar di telinga (headphone)pula boleh
digunakan.




Oleh sebab kanak-Kanak masalah pendengaran kekurangan satu deria penting, maka guru-
guru memilih media yang sesuai dengan menekankan kepada deria penglihatan sentuh
dengan menyediakan bahan-bahan maujud supaya dapat dilihat dan dirasai oleh kanak-kanak
tersebut. Antara bahan sokongan yang digunakan khusus untuk proses pengajaran dan
pembelajaran yang dapat disediakan oleh guru adalah seperti carta, foto, OHP (ABM bagi
deria penglihatan) dan model dan spesimen biologi (ABM bagi deria sentuh).

Masalah Percakapan


Bahasa isyarat ialah bahasa yang digunakan oleh orang-orang yang mempunyai masalah
pendengaran untuk berkomunikasi sesama mereka dan orang ramai. Tidak semestinya
digunakan oleh orang-orang pekak sahaja. Oleh itu, marilah kita sama-sama belajar






Nota :
Bahasa isyarat berbeza daripada bahasa Melayu dari segi bentuk struktur dan ayat. Oleh itu,
elakkan penggunaan bahasa Melayu untuk membentuk satu ayat dalam bahasa isyarat

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA ISYARAT
INFORMASI KAEDAH PENGAJARAN BAHASA ISYARAT
Proses pengajaran dan pembelajaran melibatkan komunikasi dua hala antara guru dan murid.
Terdapat lima cara atau kaedah komunikasi yang dapat digunakan semasa proses pengajaran
dan pembelajaran untuk pelajar Masalah Pendengaran.
Bahasa Isyarat Malaysia (BIM)
Secara umumnya bahasa isyarat ialah bahasa yang digunakan oleh orang pekak untuk
berkomunikasi secara visual antara satu sama lain. Komunikasi disampaikan dengan
menggunakan pergerakan tangan, pergerakan badan dan mimik muka. Individu lawan bicara
pula menggunakan deria penglihatan untuk menerima dan memahami maksud isyarat
tersebut. Menurut Asmah Haji Omar (1986), isyarat-isyarat yang dihasilkan oleh orang pekak
merupakan keperluan minimum mereka untuk berhubung. Oleh yang demikian didapati
unsur-unsur persekitaran banyak mempengaruhi pembentukan bahasa isyarat orang pekak
antaranya pergerakan benda, saiz benda , sifat benda, kelainan dan keistimewaan benda,
lakon kembali dan perbuatan berdasarkan budaya .
b) Kod tangan bahasa melayu (KTBM)
Kod tangan Bahasa Melayu atau secara ringkasnya ,KTMB ialah kod tangan yang diiktiraf
oleh kerajaan Malaysia sebagai bahasa komunikasi bagi masyarakat dengan masalah
pendengaran ataupun masyarakat pekak dan bisu. Kod tangan ini telah diseragamkan menurut
asas-asas dan tatabahasa serta prinsip-prinsip Bahasa Melayu sebagaimana yang didengar,
diperbualkan, ditulis, dibaca, dan difahami oleh orang ramai. Menurut Abdullah Yusoff
(1996) KTBM adalah bahasa isyarat yang menggunakan seluruh anggota termasuk mimik
muka semasa berkomunikasi.
Ejaan jari
Ejaan jari dan konsep KTMB saling lengkap melengkapi. Pembentukan kod adalah
bedasarkan prinsip-prinsip yang telah ditetapkan untuk menyeragamkan bentuknya supaya
menjadi ikutan dan panduan kepada pengguna KTBM ini. Penyeragaman kod memudahkan
penggunaan KTBM yang bukan sahaja digunakan oleh orang pekak malah oleh semua pihak
yang terlibat dengan mereka sama ada dalam atau luar institusi pendidikan. Ibu bapa, guru,
pekerja kebajikan dan masyarakat keseluruhannya turut boleh mengambil bahagian dan
mengamalkan ejaan jari bagi memudahkan komunikasi dengan golongan bermasalah
pendengaran ini.
Pertuturan kiu
Kaedah pertuturan kiu melibatkan sistem pergerakan tangan yang bolehmembezakan bunyi-
bunyi apabila melihat pergerakan bibir contohnya bunyi /p/, /b/ dan /m/ iaitu bunyi fitur
disingtif seperti bunyi vokal dan bunyi nasalisasi (sengau). Tangan digerak hampir dengan
muka penutur yang bukan merupakan isyarat tetapi adalah cara untuk menidentifikasikan
bunyi-bunyi fitur distingtif. Ianya mengandungi lapan konfigurasi dan empat kedudukan
tangan digunakan sebagai tambahan informasi bibir untuk membuat suku kata nampak
berbeza dari yang lain sama ada dibibir atau di tangan. Penutur menggunakan salah satu
tangan mereka untuk membolehkan pembaca bibir mengecam dengan jelas setiap suku kata
yang dituturkan. Ini bermakna petuturan kiu memungkinkan pembaca bibir membaca setiap
perkataan dengan tepat.
Bacaan bibir
Bacaan bibir merupakan kaedah komunikasi melalui memahami pertuturan dengan mengikut
atau memerhatikan bibir penutur termasuk memahami atau mentafsir hingga ke otot muka
dan gerak badan penutur. Antara organ pertuturan yang terlibat dalam bacaan bibir ialah
paru-paru, tenggorok, larkins, peti suara, tekak, hidung, rahang dan mulut. Bacaan bibir
adalah pertuturan tulin (pure oral) yang memberi tekanan kepada pengajaran dan
pembelajaran bahasa melalui pertuturan secara sengaja. Pendekatan bacaan bibir
memerlukan murid-murid pekak bertutur sepertimana murid-murid biasa.










































suependkhas.blogspot.com/2013_04_01_archive.html
niebelogmek.blogspot.com/
pkhastementi.blogspot.com/p/bahan-bantu-mengajar_17.html
mageswary.wordpress.com/kaedah-pengajaran-bahasa-isyara

1) Jamila K.A Mohamed.2006.Pendidikan Khas untuk kanak-kanak istimewa.SiriPendidikan Khas.Shah Alam :PTS
Professional Publishing Sdn.Bhd.
2) Ee Ah Meng,Pedagigi untuk Bakal Guru,Penerbit Fajar Bakti sdn.bhd.P.J. 1987.
3) Psikologi,Strategi Pengajaran dan Penilaian Matematik:Mok soon Sang,KumpulanBudiman Sdn.PJ,1989.
4) Buku Panduan Khas : Program Pengayaan,PKK,1982.5) Hamid Arahat.2009.Kanak-kanak Autistik
5Mohd Sharani Ahmad (2006),Psikologi Kanak-kanak , PTS PROFESSIONAL , Plublishing SDN BHD.

You might also like