Download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 24
1
PERKEMBANGAN PENDIDIKAN BERKAITAN ALAM SEKITAR
1.0 PENGENALAN Pendidikan boleh dilihat sebagai satu bentuk pelaburan. Ini kerana sistem pendidikan merupakan satu proses yang berterusan bagi melahirkan tenaga manusia untuk tujuan pembangunan. Sekiranya proses pembelajaran itu berkesan, maka akan melahirkan individu dan masyarakat yang peka, intelek, aktif dan mampu membezakan antara perkara baik dengan perkara yang buruk. Pendidikan yang diberikan ini telah memberi perubahan kepada masyarakat kerana melalui pendidikan ini masyarakat akan dapat membuka minda ke arah yang lebih positif. Antara pendidikan yang dilaksanakan untuk masyarakat ialah pendidikan alam sekitar. Pendidikan alam sekitar ini penting bagi meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kualiti alam sekitar. Pendidikan alam sekitar ini juga mampu melahirkan masyarakat yang memahami hubungan antara persekitaran manusia dengan persekitaran fizikal. Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) di Malaysia merupakan satu pendidikan yang berterusan ke arah mengembangkan potensi individu secara menyeluruh. Melalui FPK ini beberapa matlamat telah digariskan antaranya ialah untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmoni dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani (JERI). Pendidikan alam sekitar juga telah termaktub dalam matlamat yang digariskan iaitu bagi melahirkan insan yang seimbang dan harmoni. Pendidikan alam sekitar ini merupakan satu dimensi baru dalam sistem pendidikan yang terhasil disebabkan oleh masalah alam sekitar. Keseimbangan ekosistem telah terganggu akibat daripada kegiatan manusia sendiri sehingga menimbulkan pelbagai isu alam sekitar seperti pemusnahan hutan, hakisan, kepupusan spesies dan banyak lagi. Isu-isu ini telah mendorong pihak bertanggungjawab untuk bertindak memperbaiki kualiti alam sekitar. Keadaan ini telah mendesak pelbagai pihak untuk melaksanakan pendidikan alam sekitar ni agar masyarakat sedar bahawa pentingnya menjaga alam sekitar daripada tercemar. Pendidikan alam sekitar ini merupakan satu proses pendidikan sama ada formal atau tidak formal untuk membentuk sikap manusia agar lebih prihatin terhadap alam sekitar. Pendidikan alam sekitar ini juga dilaksanakan adalah untuk meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan memupuk masyarakat untuk memilih cara hidup yang bertanggungjawab dalam memelihara dan memulihara alam sekitar. Penjagaan alam sekitar ini penting bagi mewujudkan satu ekosistem yang boleh menyokong kehidupan ke arah yang lebih bersih, produktif, seimbang dan terjamin.
2 2.0 SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN ALAM SEKITAR Pendidikan alam sekitar ini telah diasaskan oleh Sir Patrick Geddes pada tahun 1854 sehingga 1933. Beliau telah digelarkan sebagai bapa Pendidikan Alam Sekitar. Thomas Pritchard merupakan orang yang pertama menggunakan nama istilah Pendidikan Alam Sekitar ini. Istilah Pendidikan Alam Sekitar ini digunakan semasa persidangan IUCN di Paris pada tahun 1958. Beberapa persidangan alam sekitar di peringkat antarabangsa telah diadakan seperti persidangan Stockholm, The Belgrade Charter, Tbilisi, Laporan Kabinet, Malta dan Agenda 21. Melalui persidangan ini telah tercetusnya perbincangan tentang alam sekitar dunia serta peranan alam sekitar dalam memastikan keseimbangan alam sekitar terjamin. Melalui persidangan-persidangan yang diadakan ini juga telah menemui kata sepakat untuk merangka satu garis panduan, prinsip, matlamat dan objektif bagi program pendidikan alam sekitar ini. Persidangan Stockholm telah diadakan pada 5 hingga 16 jun 1972 di Stockholm, Sweden yang bertemakan Prinsip dan Alam Sekitar Manusia (Human Environment and Principles). Persidangan ini telah dianjurkan oleh United Nations. Tujuan persidangan ini diadakan adalah untuk mencapai satu keputusan tentang pendekatan global yang diperlukan bagi mencari jalan penyelesaian untuk memulihara kemerosotan alam sekitar yang semakin berleluasa. Persidangan ini telah membincang dan menghasilkan langkah bagi meningkatkan mutu alam sekitar. Hasil daripada persidangan ini juga telah satu badan iaitu UNEP (United Nation Environmental Programme) telah ditubuhkan bagi menggubal polisi alam sekitar antarabangsa. UNEP yang ditubuhkan pada Jun 1972 ini merupakan satu institusi khusus Pertubuhan Bangsa-bangsa yang telah banyak menyumbangkan pelbagai kemudahan dalam menangani masalah alam sekitar di seluruh dunia. UNEP telah melaksanakan program-program berskala dunia dalam rangka memulihara alam sekitar. Dalam memuliharakan alam sekitar ini, UNEP mempunyai misi mengembangkan sistem kepimpinan dan kerjasama berhubung dengan penyebaran maklumat dalam membaiki kualiti hidup negara dan masyarakat untuk masa depan yang lebih baik Sehubungan itu, program Pendidikan Alam Sekitar telah dicadangkan bagi membantu individu memperoleh pengetahuan yang positif terhadap terhadap alam sekitar. Selepas persidangan ini diadakan, beberapa persidangan lain telah diadakan bagi merangka garis panduan, matlamat dan objektif program Pendidikan Alam Sekitar.
3 Pada tahun 1975 satu persidangan telah diadakan iaitu The Belgrade Charter. Persidangan ini telah diadakan di Belgrade, Yugoslavia. Persidangan ini telah membincangkan langkah-langkah untuk menangani isu-isu alam sekitar di seluruh dunia. Melalui persidangan ini langkah-langkah menangani alam sekitar telah dipersetujui. Antara langkah-langkah yang dipersetujui ialah mengadakan bengkel yang dikenali sebagai The Balgrade Charter 1975. Bengkel ini merupakan satu bengkel antarabangsa alam sekitar. Para peserta di Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNECSO) mencadangkan satu rangka kerja global bagi pendidikan alam sekitar. Rangka kerja global ini dikenali sebagai Piagam Belgrade. Piagam Belgrade ini telah menggariskan beberapa tujuan penting. Antaranya ialah pendidikan alam sekitar ini perlu difahami dengan betul dan perlu membentuk pendidikan sepanjang hayat yang menyeluruh. Pendidikan yang menyeluruh merupakan satu responsif kepada perubahan dalam dunia pesat yang sentiasa berubah mengikut peredaran masa. Piagam Belgrade ini juga bertujuan untuk melahirkan individu yang memahami tentang masalah alam sekitar dunia ini. Apabila individu ini memahami tentang masalah alam sekitar ini, mereka akan berperanan dalam melindungi alam sekitar dengan mengambil kira nilai etika alam sekitar yang telah ditetapkan. Persidangan Tbilisi pada tahun 1977 merupakan persidangan alam sekitar yang pertama di dunia dan melibatkan ramai pemerintah atau kerajaan seluruh dunia. Persidangan ini diadakan di Tbilisi, Georgia (USSR) pada 14 hingga 26 Oktober 1977. Persidangan ini telah dihadiri oleh 265 delegrasi dan 65 pembentang serta pemerhati termasuk 3 organisasi antara kerajaan dan 20 organisasi bukan kerajaan antarabangsa. Persidangan ini telah dikendalikan oleh United Nations Education, Scientific dan Cultural Organization (UNESCO) dengan kerjasama U.N. Environment Programme (UNEP). Hasil persidangan ini telah menemui kata sepakat dengan mewujudkan garis panduan, matlamat serta objektif Pendidikan Alam Sekitar merentas kurikulum dan latihan dalam pra-perkhidmatan bagi guru-guru. Melalui cadangan yang telah dicadangkan dalam persidangan ini, mereka mencadangkan guru-guru akan membantu memberikan panduan kepada masyarakat dalam usaha membangunkan pendidikan alam sekitar ini supaya dapat difahami oleh semua masyarakat di peringkat kebangsaan, serantau dan global. Antara peranan penting dalam pendidikan alam sekitar ini ialah peningkatan pemeliharaan alam sekitar dunia dalam mewujudkan pembangunan yang mantap dan masyarakat dunia yang seimbang.
4 Kesinambungan dengan persidangan Tbilisi ini, satu seminar Latihan Alam Sekitar telah diadakan di Malta pada tahun 1991. Seminar ini diadakan di bawah anjuran UNESCO. Seminar ini telah mengesyorkan bahawa matlamat utama dalam pendidikan alam sekitar ini adalah untuk membantu masyarakat supaya menyedari dan memahami isu-isu alam sekitar. Selain itu juga, melalui pendidikan alam sekitar ini masyarakat dapat menguasai kemahiran dan kesungguhan dalam usaha mengatasi isu-isu alam sekitar serta mengekalkan kualiti alam sekitar sekaligus dapat meningkatkan kualiti kehidupan manusia. Pada tahun 1992, satu perhimpunan yang melibatkan 178 buah negara termasuk Malaysia telah diadakan di Rio de Janeiro, Brazil. Perhimpunan ini dikenali sebagai persidangan bumi di Rio de Janeiro. Melalui persidangan ini, satu deklarasi telah dihasilkan iaitu Agenda 21. Agenda 21 ini telah diwujudkan bertujuan untuk menjalankan pembangunan mapan di peringkat tempatan bagi abad ke 21. Agenda ini mengandungi 40 bab yang secara keseluruhannya berkisar tentang pembangunan mapan. Agenda 21 ini ialah satu program untuk masyarakat, sektor swasta dan pihak berkuasa tempatan berkerjasama untuk merancang dan menguruskan alam sekitar ke arah pembangunan mapan. Di Malaysia, kerajaan Malaysia telah mengambil inisiatif dengan menubuhkan Jawatankuasa Kabinet pada tahun 1974. Jawatankuasa kebinet ini ditubuhkan bagi mengkaji semula Dasar Pendidikan Kebangsaan. Dasar Pendidikan Kebangsaan dikaji semula dengan tujuan untuk memperbaiki pelaksanaannya supaya matlamat untuk melahirkan satu masyarakat yang bersatu padu dan berdisiplin serta memenuhi keperluan tenaga rakyat yang terlatih bagi membangunan negara. Pada tahun 1979, hasil daripada laporan jawatankuasa kabinet telah diterbitkan dengan memutuskan pelaksanaan Pendidikan Alam Sekitar merentas kurikulum dalam struktur Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). KBSR mula menerapkan pendidikan alam sekitar bermula dengan subjek Kajian Tempatan bagi murid tahun empat hingga enam. Pendidikan alam sekitar ini juga diterapkan dalam subjek lain seperti Muzik, Bahasa Melayu, Sivik dan Kewarganegaraan, Bahasa Inggeris dan Pendidikan Agama Islam.
5 3.0 AGENDA 21 Malaysia telah menyertai pelbagai persidangan untuk menangani masalah pencemaran alam sekitar yang semakin lama semakin kritikal. Antaranya ialah Protokol Montreal, Persidangan Rio De Jeneiro, Deklarasi Langkawi, dan banyak lagi. Jun 1992, Malaysia antara 178 buah negara termasuklah anggota-anggota Pertubuhan-pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sekali lagi menyertai perhimpunan yang melibatkan kerjasama antarabangsa mengenai masalah alam sekitar di Rio De Jeneiro, Brazil. Persidangan Rio De Jeneiro juga dikenali sebagai Persidangan Bumi. Melalui persidangan ini, lahirnya satu deklarasi iaitu Agenda 21. Tujuan Agenda 21 diperkenalkan adalah untuk menjalankan pembanguna mampan di peringkat abad ke-21 yang melibatkan ekonomi, sosial, dan alam sekitar. Menurut Worlds Commision On Environment & Development (1987), pembangunan mampan ialah pembangunan yang memenuhi keperluan sekarang tanpa menidakkan keperluan generasi akan datang termasuklah kawalan kependudukan, makanan, keselamatan, dan sumber tenaga. Manakala, menurut White & Whitney (1992), pembangunan mampan ialah pembangunan yang dapat memenuhi keperluan pada masa sekarang tanpa menjejaskan keupayaan keperluan pada masa hadapan. Menurut Mohammad Hisyam Mohammad (2007), pembangunan terbahagi kepada dua, iaitu membawa kebaikan atau keburukan. Kebaikan ialah apa sahaja yang membawa faedah dan keburukan ialah apa sahaja yang membawa kesan negatif kepada manusia dan hidupan lain. Menurut beliau lagi, manusia sebagai pelaku sumber alam dan sumber alam pula adalah peralatan kepada pembangunan. Hal ini kerana, sumber alam seperti bumi, langit dan laut merupakan asas yang penting dalam proses pembangunan. Sebagai manusia pula, kita harus menjaga sumber alam tersebut dengan baik agar setiap generasi pada hari ini mahupun generasi akan datang akan terus dapat menikmati sumber alam ini. Menurut Blowers (1993), pembangunan mampan mempunyai lima matlamat utama iaitu pemuliharaan sumber, pembangunan fizikal, kesaksamaan sosial, penyertaan politik, dan kualiti alam sekitar. Matlamat-matlamat ini akan tercapai sekiranya semua pihak termasuklah pihak sekolah, masyarakat awam, badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan kerajaan berganding bahu dalam memastikan matlamat tersebut dapat tercapai dengan jayanya. Melalui Agenda 21 ini, kerajaan telah merangka pelbagai program-program untuk mendidik masyarakat Malaysia di semua peringkat termasuklah sekolah, Institusi Pengajian Tinggi Awam dan swasta serta masyarakat bagi meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan alam sekitar.
6 3.1 Matlamat Agenda 21 Matlamat yang pertama iaitu pemuliharaan sumber iaitu dengan memastikan sumber semulajadi yang sedia ada sentiasa terjaga terjamin melalui proses yang tertentu seperti penggunaan tanih yang baik, pengawalan bahan-bahan tercemar agar tidak menjejaskan udara, dan sebagainya. Matlamat yang kedua iaitu pembangunan fizikal ialah memastikan pembangunan adalah seimbang dan harmoni dengan penggunaan alam sekitar. Penggunaan alam sekitar tanpa had akan menyebabkan masalah alam sekitar akan bertambah teruk. Contohnya ialah pengawalan terhadap pelepasan gas beracun iaitu asap kilang. Penggunaan penapis pada cerobong asap dapat meminimakan masalah pencemaran udara. Kualiti alam sekitar iaitu matlamat ketiga ialah dengan pembangunan yang melindungi komponen- komponen alam semulajadi, buatan, dan sosio budaya yang sedia ada daripada tercemar. Hal ini kerana, apabila berlakunya pencemaran alam sekitar, maka akan mengundang pelbagai kesan negatif. Contohnya ialah ancaman kesihatan manusia dan menjejaskan kualiti kehidupan. Matlamat yang seterusnya ialah kesaksamaan sosial. Melalui pembangunan mampan, jurang perbezaan yang ketara antara golongan kaya dan miskin akan dapat dikurangkan. Seperti melalui bidang ekonomi dengan menyediakan peluang pekerjaan kepada golongan miskin dan menganggur dalam bidang penjagaan alam sekitar. Matlamat yang terakhir ialah penyertaan politik. Politik bukan sahaja dikaitkan dengan parti politik, namun politik juga boleh didefinisikan sebagai satu bentuk penyatuan suara masyarakat dalam membuat keputusan. Melalui penyertaan masyarakat dalam membuat keputusan akan meningkatkan perpaduan dan keharmonian dalam hidup bermasyarakat. Agenda 21 mengandungi empat puluh buah bab yang mengandungi mengenai pembangunan mampan. Contohnya ialah bab 21 mengenai pengurusan sisa pepejal, bab 6 mengenai kesihatan manusia, bab 28 iaitu peranan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan sebagainya. Terdapat beberapa prinsip Agenda 21 iaitu penyertaan dan ketelusan iaitu melalui penglibatan semua lapisan masyarakat dan badan-badan kerajaan serta bukan kerajaan dalam semua program yang dianjurkan melalui program agenda 21. Prinsip yang seterusnya ialah peka kepada keupayaan. Dalam memastikan pembangunan yang dirancang berjalan seperti yang direncanakan, alam sekitar tidak boleh dikorbankan. Pembangunan secara mesra alam harus dilakukan agar pembangunan mampan tercapai. Selain itu, prinsip Agenda 21 ialah kesaksamaan. Kesaksamaan dalam sudut Agenda 21 ialah dalam memastikan bahawa semua lapisan masyarakat tidak kira pelajar sekolah, pelajar IPT, masyarakat awam, kaum serta agama yang berbeza juga harus terlibat dalam program Agenda 21.
7 Prinsip-prinsip yang terdapat dalam Agenda 21 dirangka bagi menjayakan objektif program Agenda 21 iaitu mendedahkan kepada masyarakat serta sektor swasta tempatan kepada isu pembangunan, menjelaskan bahawa tanggungjawab pembangunan mampan adalah tanggungjawab bersama dan bukannya pihak kerajaan sahaja, merumuskan strategi dan pelan tindakan Agenda 21 berdasarkan isu-isu pembangunan mampan setempat, dan melaksanakan pelantindakan Agenda 21 dalam bentuk projek-projek pembangunan mampan. Antara proses-proses perlaksanaan Agenda 21 yang telah diadakan ialah wasasan masyarakat, usaha sama, kajian isu bersama masyarakat, merumus pelan tindakan, pelaksanaan dan pemantauan serta penilaian dan maklum balas. Wawasan masyarakat iaitu melalui bengkel atau seminar yang diadakan bagi meningkatkan pengetahuan terhadap alam sekitar dan pembangunan mampan. Antara contoh-contoh aktiviti yang boleh dilaksanakan di bawah program Agenda 21 bagi peringkat masyarakat ialah aktiviti gotong-royong. Melalui aktiviti gotong-royong, pelbagai kesan positif yang dapat dilihat. Contohnya ialah dapat mengeratkan hubungan silaturahim, mengurangkan pencemaran, dan sebagainya. Bagi peringkat sekolah pula, telah diadakan program kitar semula. Tiga jenis tong sampah yang bewarna untuk kaca, kertas, dan plastik disediakan di setiap sekolah bagi menanam cintakan alam sekitar dan mengurangkan masalah pencemaran yang patut disemai sejak dari bangku sekolah lagi. Berdasarkan bab 28 dalam Agenda 21 ada menyatakan punca kebanyakan masalah dan penyelesaian yang ditangani oleh Agenda 21 berakar umi dalam kegiatan tempatan. Maka, penyertaan dan kerjasama PBT menjadi faktor penentu bagi mencapai matlamat. Melalui konsep usahasama tiga pihak berkepentingan iaitu masyarakat, pihak berkuasa tempatan, dan sektor swasta bekerjasama kearah pembangunan mampan. Melalui program-program yang dijalankan oleh Agenda 21, dapat mewujudkan suasana kehidupan yang selesa melalui persekitaran yang bersih, selamat, dan harmoni serta dapat meningkatkan peluang untuk masyarakat dan sektor swasta turut serta dalam proses pembangunan. Isu pembangunan mampan di peringkat tempatan juga dapat dikaji dan ditangani secara bersama.
3.2 Hasil Agenda 21 Persidangan Rio De Jeneiro 1992 telah menghasilkan Agenda 21 yang bermatlamatkan pembangunan mampan. Di peringkat kerajaan, semua PBT telah dijemput bagi menyertai program Agenda 21 secara berperingkat. Antara kumpulan pertama PBT yang melaksanakan program Agenda 21 ialah Majlis Perbandaran Miri, Majlis Perbandaran Petaling Jaya, Majlis
8 Daerah Kerian, dan Majlis Perbandaran Kerian. Peringkat kedua pula iaitu pada 2002, semua PBT memulakan program Agenda 21. Di peringkat sekolah, lahirnya subjek Alam dan Manusia bagi meningkatkan tahap kesedaran pentingnya penjagaan Alam Sekitar kepada pelajar. Pada tahun 1982, 305 buah sekolah telah terpilih untuk melaksanakan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) di peringkat sekolah rendah dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) bagi peringkat sekolah menengah. Pada tahun 1994, subjek Sejarah, Geografi dan Sains telah digabungkan di peringkat KBSR menjadi subjek Alam dan Manusia. Walaubagaimanapun, setelah pelajar berada di peringkat sekolah menengah, pelajar agak lemah dalam matapelajaran Sains. Jadi, kerajaan telah memecahkan subjek Alam dan Manusia kepada dua iaitu Sains dan Kajian Tempatan di peringkat KBSR supaya pelajar lebih fokus terhadap sesuatu subjek. Kesinambungan subjek Kajian tempatan di peringkat KBSM ialah subjek Geografi. Namun, pada hari ini, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menghapuskan subjek Kajian Tempatan di peringkat KBSR dan hanya memperkenalkan bidang alam sekitar di peringkat KBSM sahaja iaitu subjek geografi yang bermula di Tingkatan satu. Selain itu, setiap guru juga dibekalkan Buku Panduan Pendidikan Alam Sekitar Merentas KBSR. Pendidikan Alam sekitar bukan sahaja diterapkan di dalam kurikulum, malah ia turut diterapkan dalam kokurikulum. Contohnya ialah persatuan Geografi, persatuan Alam sekitar, Badan beruniform Pandu Puteri, dan banyak lagi yang menerapkan sifat cintakan alam sekitar. Majlis Perbandaran Petaling Jaya mencatatkan bilangan penduduk yang semakin meningkat dan kemajuan dari sektor ekonomi juga terus meningkat amat memerlukan pentadbiran secara mampan. Pendidikan Alam Sekitar bukan sahaja berlaku diperingkat sekolah, malah di peringkat masyarakat juga turut diterapkan, contohnya ialah Majlis Perbandaran Petaling Jaya melaksanakan program Agenda 21 yang dibangunkan oleh Unit Perancangan Ekonomi dan United Nations Development Programme berkaitan isu keselamatan, persekitaran alam sekitar, dan integrasi sosial. Seminar yang diadakan pada 10 Mei 2000 telah dihadiri oleh penduduk setempat, Agensi Kerajaan dan NGO, dan pihak sekolah telah memberi pandangan mengenai masalah berbangkit. Slogan Ke Arah Pembangunan Mampan telah dilancarkan oleh komuniti Agenda 21 di Petaling Jaya. Antara aktiviti yang telah dilancarkan di dalam komuniti ini ialah mengadakan kempen di peringkat tempatan dan banyak lagi. Di peringkat sekolah sekitar Petaling Jaya pula, taklimat Agenda 21 dan Program kitar semula giat diadakan Latihan kesedaran pentingnya alam sekitar yang sihat dan pembangunan secara mamapan turut diadakan kepada pelajar dan guru-guru di sekolah-
9 sekolah di Petaling Jaya. Di peringkat penduduk setempat pula diadakan demonstrasi menghapuskan sisa buangan dapur di sekitar kawasan perumahan serta pertandingan kawasan kejiranan terbaik tahun 2004 telah diadakan. Pelaksanaan program bersama Kementerian Kesihatan program Harmonising NEHAP Policy In The Local Government turut diadakan. Di peringkat Institusi Pengajian Tinggi (IPT) samada awam mahupun swasta turut diadakan pelbagai program bagi meningkatkan kesedaran Alam Sekitar. Pada tahun 1985, Jabatan Alam Sekitar telah menganjurkan Pertandingan Debat Alam sekitar antara Institusi Pengajian Tinggi buat pertama kali. Sejak tahun 1991, Pertandingan Debat Antara Alam Sekitar antara Institusi Pengajian Tinggi dan Majlis Debat Universiti-Universiti Malaysia (MADUM) serta pihak Dewan Bahasa dan Pustaka telah dijadikan program tahunan. Program- program seperti ini diadakan bagi meningkatkan pengetahuan mahasiswa iaitu pemimpin pada masa hadapan cakna akan isu-isu berkenaan alam sekitar di semua peringkat termasuklah peringkat nasional dan antarabangsa. Selain itu, melalui program ini juga ia dapat mengggalakkan jaringan kerjasama melalui pertukaran idea dan perkongsian pengalaman antara IPTA dan IPTS serta menggalakkan dan memberi peluang kepada mahasiswa untuk menyampaikan idea, pendapat, dan kritikan berkaitan isu-isu alam sekitar dan kaedah untuk mengatasi masalah serta dapat membina keyakinan dan kualiti kepimpinan pelajar IPT. Selain itu, kerjasama antara Bank Agro dengan IPT juga turut diadakan melalui penubuhan kelab MyAgro bagi menyemai keperihatinan penjagaan alam sekitar.
4.0 PENDEKATAN PENDIDIKAN ALAM SEKITAR Pada hari ini didapati kemerosotan mutu alam sekitar semakin meruncing sehingga telah menimbulkan pelbagai isu yang berterusan seperti banjir kilat, tanah runtuh, pemusnahan hutan, pencemaran, kesan rumah hijau, penipisan lapisan ozon, hakisan dan juga kepupusan spesies. Permasalahan ini merupakan antara isu besar yang tidak pernah surut, sebaliknya saban hari kita menyaksikan berlakunya peningkatan terhadap isu-isu berkenaan. Mengapakah situasi sedemikian berlaku? Jika diamati, bukan tiada usaha yang dilaksanakan bagi membendung permasalahan ini. Malah, saban tahun begitu banyak program dan aktiviti kesedaran alam sekitar dilaksanakan. Namun demikian, ia dilihat seolah-olah kurang memberi impak kepada rata-rata
10 kita. Buktinya, kita masih lagi melihat perbuatan segelintir daripada kita yang membuang sampah merata-rata tanpa sedikit pun rasa bersalah. Ini jelas memberi cerminan kepada kita bahawa kesedaran masyarakat terhadap kepentingan menjaga alam sekitar masih lagi berada pada tahap yang rendah. Justeru, usaha berterusan dan proaktif perlu dilakukan bagi mendidik masyarakat agar lebih peka terhadap kepentingan menjaga alam sekitar. Salah satu usaha yang boleh diterapkan ialah dengan mengintegrasikan pendidikan alam sekitar dalam pengajaran di sekolah baik di peringkat pra, rendah, menengah dan juga di institusi pengajian tinggi bagi melahirkan generasi yang terdidik dan mempunyai kesedaran tinggi terhadap aspek pemeliharaan alam sekitar pada masa hadapan. Penerapan pendidikan alam sekitar dalam pengajaran merupakan wadah penting yang tidak seharusnya hanya dibebankan di bahu pendidik semata-mata. Sebaliknya perlaksanaannya perlu mendapat sokongan padu daripada semua pihak agar ia dapat dijayakan bagi meningkatkan kesedaran berhubung kualiti alam sekitar, di samping membantu generasi masa hadapan untuk mengawal kehidupan mereka dengan lebih baik dalam memastikan usaha memakmurkan alam dapat dilaksanakan dengan sewajarnya. Oleh yang demikian, penglibatan semua pihak adalah penting dalam memastikan matlamat perlaksanaan pendidikan alam sekitar dapat direalisasikan dengan jayanya bagi membentuk sebuah kerangka masyarakat yang bukan sahaja lebih peka dan prihatin terhadap isu-isu alam sekitar sejagat, tetapi juga dapat melahirkan masyarakat yang mempunyai pengetahuan yang luas berkaitan alam sekitar dan berkemahiran tinggi untuk bertindak secara individu atau bersama dalam menyelesaikan isu-isu semasa berkaitan alam sekitar. Malahan, dengan pengetahuan dan kemahiran yang ada ia secara tidak langsung turut juga dapat meningkatkan komitmen masyarakat terhadap permasalahan alam sekitar yang timbul. Dalam mengintegrasikan pendidikan alam sekitar, ia tidak hanya terhad dalam proses pengajaran dan pembelajaran sahaja. Sebaliknya ia perlu diperluaskan lagi sebagai suatu bidang pendidikan yang bersifat merentasi kurikulum dan kokurikulum. Ini adalah bagi memastikan pendidikan alam sekitar lebih berkesan kepada para pelajar dan dapat disepadukan dengan mata pelajaran lain (seperti Sains, Matematik, Pendidikan Jasmani, Pendidikan Islam, Pendidikan Seni, Kemahiran Hidup, Pendidikan Moral dan sebagainya) di dalam kelas dan juga aktiviti-aktiviti luar kelas yang lain. Dengan usaha penyepaduan pendidikan alam sekitar dan aktiviti kokurikulum, ia dapat menjadi tanda aras sejauh mana pendidikan alam sekitar yang diterapkan di dalam bilik darjah difahami dan diaplikasikan oleh para pelajar. Malah melalui aktiviti kokurikulum juga dapat dijadikan garis panduan untuk para
11 pendidik menilai keberkesanan penyepaduan pendidikan alam sekitar dengan subjek-subjek lain yang diajar di dalam kelas berdasarkan pengamatan terhadap para pelajar dalam menggunakan pengetahuan dan kemahiran tentang alam sekitar semasa aktiviti luar kelas dijalankan. Proses penyepaduan unsur pendidikan alam sekitar dalam kedua-dua kurikulum dan kokurikulum perlu dijadikan sebagai sebahagian daripada proses pembelajaran yang penting. Ini kerana, proses pembelajaran secara teori yang disusuli dengan pembelajaran secara praktikal (iaitu memberi peluang dan pendedahan kepada para pelajar untuk merasai sendiri pengalaman berinteraksi dengan alam sekitar serta melihat segala permasalahan alam sekitar yang berlaku) adalah lebih berkesan dan bermakna dalam memastikan kesedaran yang lahir adalah betul-betul terkesan kepada jiwa mereka. Kesedaran seumpama inilah yang hendak kita jelmakan agar generasi akan datang tidak mudah goyah dan terpengaruh dengan godaan materialistik sehingga sanggup mengorbankan kepentingan alam sekitar. Pada masa yang sama, pelajar yang diberi pendedahan secara langsung terhadap senario semasa alam sekitar akan lebih memahami segala kemelut alam sekitar yang berlaku di sekeliling mereka. Ini sekali gus dapat menjadi pendorong kepada para pelajar untuk bergiat secara lebih proaktif dalam usaha memelihara dan memulihara alam sekitar. Dalam konteks ini, ruang dan peluang yang wujud dalam kokurikulum seharusnya digunakan dengan sebaik mungkin oleh golongan pendidik bagi mempelbagaikan strategi ke arah pembelajaran dan pengajaran yang lebih berkesan sebagai salah satu pendekatan yang bijak dalam usaha mempromosikan pendidikan alam sekitar dalam kancah pendidikan semasa pada hari ini. Aktiviti pembelajaran dan pengajaran yang lebih menarik dan menyeronokkan seperti kerja lapangan, perkhemahan, trekking dan kempen alam sekitar semasa aktiviti kokurikulum adalah disarankan agar proses pembelajaran tidak membosankan dan mudah diterima oleh para pelajar. Kejayaan pengintegrasian unsur pendidikan alam sekitar dalam kurikulum dan kokurikulum sekolah adalah bergantung kepada komitmen yang diberikan oleh golongan pendidik sebagai pelaksana dan juga semua pihak yang terlibat baik secara langsung mahupun tidak langsung dalam usaha ini. Malah, matlamat pendidikan alam sekitar untuk melahirkan individu yang berkeperibadian tinggi serta bertanggungjawab terhadap alam sekitar pastinya dapat dicapai dengan jayanya jika semua pihak khususnya pihak-pihak berwajib mengambil
12 tanggungjawab dan peranan masing-masing untuk memberi pendidikan alam sekitar dengan lebih serius tanpa rasa dibebani dengan tanggungjawab berkenaan.
5.0 KEPENTINGAN PENDIDIKAN ALAM SEKITAR Pendidikan alam sekitar adalah penting untuk mempertingkatkan pembangunan mapan dan memperbaiki keupayaan manusia untuk menangani isu-isu alam sekitar dan pembangunan. Alam sekitar dan pembangunan perlu digabungkan sebagai komponen penting dalam pembelajaran. Pendidikan formal dan tidak formal adalah penting untuk menukar sikap manusia agar mereka mempunyai keupayaan untuk menilai dan menghadapi kepekaan mereka terhadap pembangunan mapan. Ianya juga penting untuk mencapai kesedaran alam sekitar dan etika, nilai dan sikap, kemahiran dan tingkah laku yang konsisten dengan pembangunan mapan dan untuk keberkesanan penglibatan awam dalam membuat keputusan. Untuk mencapai keberkesanan pendidikan alam sekitar dan pembangunan hendaklah dikendalikan dengan mengambil kira persekitaran biologi, fizikal, sosio ekonomi yang dinamik, pembangunan manusia, dan juga kerohanian. Semua elemen ini hendaklah digabungkan dalam semua disiplin dan menggunakan kaedah formal dan tidak formal dan cara berkomunikasi yang berkesan. Selain itu ianya juga bertujuan untuk mencapai kesedaran alam sekitar dan pembangunan di dalam semua sektor masyarakat di peringkat dunia secepat mungkin. Pendidikan yang dimaksudkan ini juga adalah dengan tujuan untuk berusaha mencapai perolehan pendidikan alam sekitar dan pembangunan, yang dikaitkan dengan pendidikan sosial, daripada peringkat umur sekolah rendah dan tadika hingga kepada setiap orang dewasa. Selain itu ianya juga bertujuan untuk meningkatkan konsep persepaduan alam sekitar dan pembangunan di dalam semua program pendidikan, khasnya analisa ke atas punca isu-isu alam sekitar dan pembangunan yang utama dalam konteks tempatan, berasaskan bukti saintifik yang paling tepat dan punca-punca pengetahuan lain yang sesuai, dan memberi penekanan khas kepada latihan lanjutan untuk pembuat keputusan di semua peringkat. Di samping itu kita juga menyedari bahawa terdapat kekurangan dalam kesedaran dalam aktiviti-aktiviti manusia dengan alam sekitar akibat maklumat yang tidak mencukupi dan tidak tepat. Negara-negara membangun khasnya kurang mempunyai teknologi dan kepakaran. Adalah perlu untuk meningkatkan kepekaan awam terhadap masalah alam sekitar dan pembangunan dan
13 melibatkan mereka dalam penyelesaian masalah dan menggalakkan sikap bertanggungjawab dan motivasi dan komitmen terhadap pembangunan mapan. Selain daripada meningkatkan kesedaran, salah satu aspek lagi yang penting untuk dikemukakan kepada masyarakat ialah latihan. Latihan adalah salah satu alat penting untuk membangunkan sumber manusia dan memudahkan peralihan ke arah dunia yang lebih mapan. Ianya hendaklah menumpukan kepada usaha untuk mengisi dan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran yang akan membantu individu mendapatkan pekerjaan dan melibatkan diri dalam kerja yang berkaitan dengan alam sekitar dan pembangunan. Dalam masa yang sama, program latihan hendaklah meningkatkan kesedaran dalam isu-isu alam sekitar dan pembangunan sebagai proses pembelajaran dua hala. Namun begitu, dalam usaha untuk mengintegrasikan pendidikan alam sekitar dalam pembelajaran, wujud pula masalah lain yang dapat dilihat secara jelas di peringkat penglibatan di sekolah. Antaranya ialah : a. Kesediaan Guru dan Aspek Etika Peribadi Faktor guru baru, kurang pengalaman dan faktor persekitaran yang kurang terdedah dengan penerapan unsur pendidikan alam sekitar akan menyebabkan kemungkinan guru-guru ini belum bersedia dari aspek etika peribadi. Ini termasuklah kurangnya persediaan dengan keyakinan dan pengetahuan tradisi dalam mengekalkan mutu alam sekitar. Sebagai contoh, guru mata pelajaran kurang mengetahui cara untuk mengaitkan tajuk-tajuk dalam mata pelajaran tersebut dengan aspek-aspek alam sekitar. Selain itu, ada guru yang merasakan tanggungjawab untuk menyebarkan tentang alam sekitar bukan tanggungjawab mereka sebaliknya tugas ini wajar dipikul oleh pihak yang lebih berkaitan mengenai alam sekitar seperti Jabatan Alam Sekitar dan Persatuan Pengguna. b. Kesediaan Guru dari Aspek isi kandungan dan Motivasi Intrinsik Persediaan guru dalam bidang pendidikan yang agak kurang dari aspek kesedaran alam sekitar. Motivasi instrinsik terhadap alam sekitar adalah penting dan perlu dipupuk dalam diri guru justeru kursus motivasi pendidikan alam sekitar diberikan kepada guru guru pelatih di maktab mahupun di universiti. Oleh itu, kursus ini perlulah dijadikan sebagai kursus wajib kerana ia amat memberikan kesan positif kepada masyarakat .
14 c. Kurang Kesedaran Dalam memperkembangkan dan mempergunakan situasi yang membolehkan proses pembelajaran berlaku secara spontan dan berkesan. Guru perlulah mempunyai kesedaran dan tanggungjawab yang tinggi tentang pentingnya pendidikan alam sekitar. Namun malangnya, kesedaran ini masih kurang dan menimbulkan masalah dalam pelaksanaan pendidikan alam sekitar di sekolah. Sebagai contoh, ramai guru yang membiarkan sahaja masalah alam sekitar berlaku di sekolah tanpa cuba berusaha untuk memperbaikinya. Sikap ini sebenarnya berpunca daripada kurangnya kesedaran alam sekitar dalam kalangan guru 5.1 Langkah-langkah mengatasi Bagi mengatasi masalah yang timbul dalam pelaksanaan pendidikan alam sekitar, beberapa langkah boleh diambil untuk mengatasinya. Antaranya ialah dengan memberi orientasi kefahaman Pendidikan Alam Sekitar kepada pegawai-pegawai terlibat dalam penggubalan dan perkembangan kurikulum sekolah di semua peringkat. Hal ini kerana, pihak ini akan memastikan aspek-aspek mengenai alam sekitar dan kepentingannya dimasukkan secara aktif dan bersepadu di dalam sukatan kurikulum. Selain itu juga, memberi orientsi kefahaman alam sekitar ini juga kepada pendidik yang terlibat dalam latihan perguruan. Semua guru pelatih perlu diwajibkan mengambil kursus pendidikan alam sekitar sebagai kursus pilihan dalam latihan perguruan. Kursus sebegini akan membantu guru pelatih mengenai gambaran umum mengenai penerapan pendidikan alam sekitar dalam pengajaran kelak. Sekurang-kurangnya, guru pelatih ini akan didedahkan cara bagaimana ingin menerapkan konsep alam sekitar dalam mata pelajaran yang diajar dan sekaligus dua input dapat disampaikan serentak iaitu mengenai mata pelajaran yang diajar dan mengenai alam sekitar. Disamping itu juga, guru-guru juga boleh membina isi pengajaran dengan isu dan masalah alam sekitar tempatan dalam pengajaran. Kaedah ini sudah pasti dapat menarik minat pelajar untuk mengetahui lebih mendalam mengenai alam sekitar. Hal ini kerana, corak pengajaran guru tidak hanya tertumpu kepada isi pengajaran di dalam buku teks semata-mata tetapi dipelbagaikan dari sumber-sumber lain seperti internet, keratan akhbar, video dan
15 gambar. Disamping kaedah pengajaran lebih menarik, guru juga berjaya menyelitkan mengenai isu alam sekitar kepada para pelajar.
6.0 KOMPONEN ALAM SEKITAR Manusia dan alam sekitar adalah saling berkait rapat antara satu sama lain. Ia juga boleh dikatakan mempunyai satu hubungan yang begitu unik. Jadi, alam sekitar merupakan segala elemen penting yang berada di sekeliling manusia. Menurut Raman (2003), Persekitaran adalah keseluruhan keadaan luaran yang mempengaruhi kehidupan manusia, persekitaran menentukan mutu dan hidup matinya sesuatu penghidupan. Oleh itu, bagi meneruskan kelangsungan kehidupan seharian, manusia amatlah memerlukan alam sekitar. Jika dilihat kepada aspek kehidupan ini, tidak ada satu pun organisma yang dapat hidup tanpa hidupan lain seperti contoh haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Ianya telah mewujudkan keseimbangan yang baik dan dikongsi secara bersama. Dalam konteks pendidikan alam sekitar, ia mempunyai komponen-komponennya yang dikenali sebagai komponen alam sekitar. Komponen alam sekitar terbahagi kepada tiga iaitu alam sekitar semula jadi, alam sekitar buatan dan alam sekitar sosiobudaya. Alam sekitar semula jadi meliputi segala keperluan asas yang terdapat di bumi ini seperti air, udara dan matahari serta terdapatnya kitaran fizikal yang menyokong setiap kehidupan di alam ini seperti kitar karbon, oksigen dan nitrogen. Selain itu, di dalam komponen semula jadi ini juga terdapat sistem biologi dan ekologi di mana kedua-dua sistem ini saling berinteraksi dalam kehidupan. Bagi menggambarkan persekitaran yang berunsurkan alam semula jadi, termasuklah manusia dan hidupan lain ia dikenali sebagai ekosistem. Ekosistem adalah suatu kesatuan lingkungan kehidupan di mana ia merupakan tempat terjadinya saling kebergantungan antara makhluk-makhluk kehidupan dalam lingkungannya. Ekosistem terdiri daripada dua jenis komponen iaitu komponen biotik dan komponen abiotik. Komponen biotik ialah komponen hidup seperti contoh tumbuh-tumbuhan, haiwan dan manusia manakala komponen abiotik pula adalah komponen bukan hidup tetapi berada di sekitar komponen hidup seperti contoh tanah, udara, air dan matahari. Oleh yang demikian, kedua-dua komponen ini saling bergantung dan berinteraksi antara satu sama lain. Bagi komponen yang kedua pula iaitu alam sekitar buatan. Komponen ini merangkumi manusia dan juga persekitaran fizikal yang dibuat atau dibina oleh manusia seperti contoh
16 taman bunga, zoo, taman burung dan taman bunga. Di negara kita, taman Wetland Putrajaya adalah taman buatan manusia yang terbesar dan unik di rantau ini. Taman ini dibina dan dihiasi dengan pelbagai jenis pokok dari spesies tempatan seterusnya menjadikan taman ini sebagai satu khazanah tumbuhan tanah lembap. Selain itu, taman ini juga menjadi tumpuan kepada pelbagai jenis haiwan selaras dengan pengembangan taman ini yang bertujuan untuk menjadi pusat rujukan berkaitan dengan ekosistem bagi kawasan tanah lembap. Selain itu, contoh lain alam sekitar buatan manusia yang terdapat di negara kita ini adalah seperti Hutan Rekreasi Sungai Tekala, Hutan Rekreasi Sungai Chongkak dan Hutan Rekreasi Templer. Jika dilihat kepada ketiga-tiga tempat rekreasi buatan manusia ini, ia mempunyai ciri-ciri ke arah melestarikan kawasan melalui pendekatan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. Manakala bagi komponen yang ketiga pula adalah alam sekitar sosiobudaya. Komponen ini berkisarkan kepada alam sekitar di mana ia dikaitkan dengan cara dan bagaimana manusia itu berinteraksi dan menyesuaikan diri dalam banyak keadaan sama ada dalam kumpulan seperti contoh dalam aspek pekerjaan, pendidikan, kekeluargaan, agama dan juga budaya. Secara keseluruhannya, ia merangkumi etika persekitaran buatan manusia atau pun persekitaran yang wujud di sekelilingnya serta hubungan manusia dengan budayanya. Seperti mana contoh menurut Zainal Abidin (1986), masyarakat daripada golongan asli dan bomoh memuliakan persekitaran mereka dengan beberapa tanggapan dan kepercayaan yang menyebabkan mereka akur dan takut terhadap sesuatu objek seperti busut, pokok besar, haiwan tertentu dan sebagainya. Maka, melalui kepercayaan dan amalan inilah, secara tidak langsung manusia akan melestarikan persekitaran seterusnya ia akan wujud satu nilai yang murni ke arah menghormati makhluk lain. Dalam masa yang sama juga, perkara sebegini mampu mengubah manusia daripada cuba mengeksploitasi alam sekitar secara berleluasa. Ini kerana, budaya dan kehidupan manusia dipengaruhi oleh alam sekeliling.
7.0 KITAR SEMULA JADI ALAM SEKITAR Segala interaksi yang baik antara organisma dengan alam sekitar telah dikenali sebagai keseimbangan alam. Keseimbangan alam ini sangat penting untuk mengekalkan kehidupan yang baik di atas muka bumi ini. Kitar semula jadi merupakan peranan yang utama dan amat penting untuk mencapai keseimbangan alam ini. Antara contoh-contoh kitar semula jadi adalah kitar karbon, kitar nitrogen, kitar nutrien, kitar air dan kitar oksigen. Kesemua kitar semula jadi
17 inilah yang memainkan peranan untuk membolehkan segala organisma terus hidup dan membiak. Bagi Kitaran Karbon, aliran ini terjadi dalam pelbagai bentuk yang berbeza dan ia sangat penting kepada semua benda hidup kerana semua benda hidup mengandungi karbon. Karbon dioksida yang telah terbebas semasa proses respirasi akan digunakan oleh tumbuh-tumbuhan. Kemudian, tumbuh-tumbuhan pula akan mengeluarkan makanan dan oksigen kepada haiwan. Secara keseluruhannya, jika dilihat kepada kitaran karbon ini, ia merupakan suatu proses bahawa karbon yang telah digunakan kemudian dilepaskan semula ke udara. Ia boleh dikembalikan semula ke udara melalui beberapa proses iaitu proses pernafasan, pembakaran dan pereputan. Oleh kerana karbon dioksida agak larut di dalam air, maka peratusan karbon dioksida di udara dapat dikawal oleh tasik, sungai dan lautan. Apabila terdapat kekurangan karbon dioksida di udara, maka karbon dioksida yang terdapat di dalam tasik, sungai dan lautan itu akan terbebas ke udara. Selain itu, tumbuh-tumbuhan juga amat penting kerana ia mengawal kandungan karbon dioksida di udara. Apabila peratusan karbon dioksida di udara meningkat, maka kadar proses fotosintesis juga akan meningkat. Manakala Kitaran Oksigen pula, membawa maksud edaran gas oksigen di muka bumi ini melalui beberapa proses iaitu proses pembakaran, fotosintesis, pereputan dan juga pernafasan. Kitaran oksigen ini sentiasa memastikan kandungan oksigen di udara sentiasa berada pada tahap 21%. Gas Oksigen telah digunakan semasa proses pernafasan. Tumbuh- tumbuhan dan haiwan menggunakan oksigen untuk mengoksidakan segala makanan semasa proses pernafasan kemudian menghembuskan karbon dioksida ke udara. Semasa proses pernafasan berlaku, sel-sel dalam badan telah diberi tenaga untuk bergerak kemudian oksigen diserap ke dalam paru-paru dan dibawa ke seluruh badan. Dan karbon dioksida telah dikeluarkan semula semasa menghembuskan nafas. Selain itu, gas oksigen juga digunakan dalam proses pereputan di mana mikroorganisma akan menggunakan oksigen untuk menguraikan haiwan dan tumbuh-tumbuhan yang sudah mati. Dan kitaran yang terakhir adalah Kitaran Nitrogen. Kitaran Nitrogen merupakan gas nitrogen yang dibebaskan ke udara melalui proses penitritan oleh bakteria. Gas Nitrogen di udara berubah menjadi sebatian nitrat adalah melalui proses letusan gunung berapi, terjadinya kilat dan wujudnya aktiviti bakteria pengikat nitrogen. Jika tumbuh-tumbuhan dan haiwan yang telah mati, bakteria pereputan akan menguraikan tisu mati organisma kepada sebatian ammonia, kemudian sebatian ammonia ini diubah oleh bakteria penitritan menjadi nitrit
18 seterusnya menjadi nitrat. Akhirnya nitrat telah diubah oleh bakteria pendenitritan menjadi gas nitrogen semula.
8.0 PROGRAM ALAM SEKITAR Melalui pendidikan alam sekitar terdapat banyak program program dan aktiviti aktiviti yang telah dirancang dan dilaksanakan oleh pelbagai pihak tidak kira badan kerajaan ataupun badan bukan kerajaan (NGO). Menurut Dasar Alam Sekitar Negara, Dasar Perubahan Iklim Negara dan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang merupakan asas pengurusan alam sekitar di negara kita. Jabatan Alam Sekitar (JAS) pula menguatkuasakan Akta Kualiti Alam Sekitar manakala Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) bertanggungjawab untuk dasar-dasar yang berkaitan dengan perubahan alam sekitar dan iklim seperti Dasar Alam Sekitar Kebangsaan dan Dasar Perubahan Iklim Negara. Selain itu, NRE juga bertanggungjawab untuk melaksanakan program-program alam sekitar atau projek-projek yang memberi manfaat kepada persekitaran global secara berkesan.
8.1 Sekolah Lestari Program ini telah dilancarkan pada 27 januari 2005 di SMK Bandar Baru Bangi dalam satu Majlis Pelancaran Bersamaoleh Y.B. DatoSri AdenanHj. Satem, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar dan YB Dato Sri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Pelajaran Malaysia. Program ini dilaksanakan adalah untuk memupuk nilai murni alam sekitar dalam kalangan warga sekolah. Selain itu, ia juga untuk meningkatkan tahap kesedaran warga sekolah mengenai kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. Program ini juga untuk menggalakkan warga sekolah melaksanakan aktivit mesra alam dan juga sekali gus dapat meningkatkan kerjasama antara sekolah dengan masyarakat dalam menjayakan pendidikan alam sekitar. Akhir sekali program ini juga bertujuan untuk menwujudkan suasana sekolah yang kondusif bagi melahirkan warga sekolah yang mempraktikkan amalan hidup lestari. Sekolah lestari ini memberi pendekatan yang menyeluruh kerana ia melibatkan semua lapisan warga sekolah bersama keluarga, komuniti setempat, kerajaan, pihak swasta dan juga badan bukan kerajaan. Selain itu, ia juga menitikberatkan pendekatan bersepadu dalam pengurusan, kurikulum, kokurikulum dan juga penghijauan sekolah. Dibawah program ini ia
19 telah menyediakan paying aktiviti alam sekitar. Ia telah menyenaraikan aktivitI aktiviti dibawah Sekolah Lestari iaitu seperti Projek Riadah Alam Sekitar (PRIAS), Projek Wira Alam, Toyota Eco Youth, RE & EE, Penceriaan Taman, Projek 3K, Kem Kesedaran Alam Sekitar dan lain- lain aktiviti. Bagi menilai setiap sekolah yang menyertai Sekolah Lestari, ia tel;ah menetapkan beberapa komponen iaitu pengurusan, kurikulum, kokurikulum dan komponen penghijauan. Dari segi komponen pengurusan, sekolah tersebut haruslah memiliki ataupun menyediakan sudut maklumat alam sekitar di bilik darjah dan kawasan tertentu di sekolah mereka. Selain itu, sekolah tersebut haruslah menyediakan dan mengimplementasikan peraturan sekolah yang berkaitan dengan alam sekitar. Melaui komponen penghijauan pula sekolah akan melaksanakan program sekolah dalam taman. Dalam program sekolah dalam taman ini setiap pokok yang ditanam hendaklah dilabelkan dengan nama - nama sainstifik dan nama tempatan pokok tersebut seperti pokok Kesum yang dilabelkan dengan nama sainstifiknya iaitu Polygonum minu. Selain daripada itu terdapat juga program satu pelajar, satu pokok. Ia bagi memupuk rasa minat pelajar terhadap pokok dan alam sekitar. Dalam aspek ko-kurikulum pula, sekolah haruslah melaksanakan Program Kitar Semula yang akan dikelolakan dibawah persatuan ataupun badan beruniform di sekolah. Melalui program ini pelajar akan mengumpulkan barang yang boleh dikitar semula dari rumah mereka sendiri dan barang tersebut di bawa ke sekolah. Rentetan daripada Program Kitar Semula tersebut akan diteruskan dengan aktiviti menghasilakan barangan yang kreatif melalui barang yang telah dikumpul tersebut. Maka para pelajar, guru dan keluarga secara tidak langsung terlibat dalam proses program tersebut. Hasil kreativiti pelajar dalam mengunakan barang kitar semula terhasillah model landskap, barangan dan sebagainya seperti lampiran. Elemen alam sekitar dalam Pembelajaran Dan Pengajaran (P&P) juga diterapkan oleh guru semasa di dalam kelas. Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia menyatakan bahawa Pendidikan Alam Sekitar disepadukan dan diajar secara jelas dalam mata pelajaran seperti Pendidikan Moral, Geografi, Bahasa, Pendidikan Agama Islam dan juga dalam mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan yang telah diperkenalkan pada tahun 2005. Melalui mata pelajaran di atas guru dapat menerapkan nilai nilai murni dalam diri pelajar sebagai contoh dalam subjek Bahasa Melayu, guru mengajar tajuk karangan dan memberikan risalah risalah tentang pencemaran alam sekitar. Kemudian meminta pelajar untuk menyatakan faktor berlakunya pencemaran dan kesan pencemaran terhadap bumi dan masyarakat. Ia secara tidak langsung
20 dapat mmperlihatkan pelajar bagaimana ,manusia sendiri yang memusnahkan tempat tinggal mereka. Program ini telah bermula sejak tahun 2005 sehingga sekarang. Sekolah yang memenangi pertandingan ini akan menerima Sijil Khas Sekolah Lestari- Anugerah Alam Sekitar. Permohonan penyertaan bagi program Sekolah Lestari semakin meningkat bermula dari tahun 2005/2006 iaitu sebanyak 67 sekolah kepada 116 buah sekolah pada tahun 2007/2008. Pemenang pada tahun 2009/2010 ialah SMK ST. Michael, Penampang bagi kategori menengah, manakala SJK (C) Tuang Hua, Sibu bagi kategori rendah.
8.2 Projek Hijau Lestari Projek Hijau Lestari menurut laman webnya merupakan satu Projek Berasaskan Komuniti (community based project) yang memerlukan penyertaan dari semua golongan komuniti dalam pengurangan sisa makanan ke tapak pelupusan. Terdapat dua projek iaitu Projek Hijau Lestari Komuniti dan Projek Hijau Lestari Sekolah. Kedua-dua projek ini mengajak semua komuniti termasuk murid-murid, guru-guru dan pekerja-pekerja sekolah untuk melibatkan diri dalam aktiviti menjaga alam sekitar bermula di rumah. Aktiviti ini dilaksanakan secara berperingkat dan berterusan dan menjadi sebahagian daripada projek 'Low Carbon Society'. Projek ini mendapat sokongan daripada Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan juga BioSense. Konsep asas Projek Hijau Lestari ini adalah untuk mengurangkan sisa daripada sumbernya iaitu; reduce, recycle and reuse. Melalui projek ini kawasan ataupun dipanggil penjana sisa seperti rumah, kantin, pusat penjaja bertanggungjawab dalam menguruskan sisa buangan mereka. Oleh itu, projek ini ia ingin mengajar pelbagai lapisan masyarakat bagaimana untuk menguruskan sisa pembuangan mereka. Pasukan Biosense akan mengajar para peserta untuk merawat sisa makanan untuk menjadi baja kompos. Kemudian baja kompos tersebut boleh digunakan untuk tanaman sendiri ataupun dujual semula kepada Biosense mengikut kualiti dan harga yang ditetapkan ia dikenali sebagai buy back program. Antara sekolah dan kawasan yang terlibat ialah SK Seremban 2, SK Taman Dusun Nyior, SMK Dato' Sheikh Ahmad, Taman Sri Kasih, Seremban dan banyak lagi.
21 8.3 Sahabat Alam Malaysia Sahabat Alam Malaysia ataupun SAM merupakan sebuah badan bukan kerajaan (NGO). SAM ditubuhkan pada tahun 1977, Presiden SAM ialah S.M. Mohammad Idris dan betapak di Pulau Pinang. Tujuan penubuhan SAM ialah untuk memelihara alam yang dianugerah dan diamanahkan oleh Tuhan daripada dieksploitasi dan dimusnahkan oleh kegiatan manusia dalam pelbagai bentuk kegiatan atas nama pembangunan dan kemajuan. SAM teruskan perjuangan mereka dalam membina kesedaran kritikal masyarakat dan kerajaan bagi semua peringkat dalam mengawal kegiatan manusia terhadap alam. Ia untuk mengembalikan kita dalam menguruskan sumber alam demi keharmonian hidup dan untuk generasi masa depan. Pada tahun 1983, SAM telah menyertai Friends of the Earth International (FoEI), dan menerbitkan beberapa buku dan majalah berita. SAM berperanan dalam mengerakkan kempen mengenai pencemaran, penggunaan tanah, penyah-hutanan, perikanan, tenaga, air, empangan, pertanian, hak orang asli dan perlancongan. SAM juga telah membuat satu kerjasama dengan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dalam Program Kesedaran Alam Sekitar yang diadakan pada 18.02.2011 di Tg. Uda River Resort, Kg Setiawan, Daerah Manjung, Perak Darul Ridzuan. Program tersebut disertai oleh 50 orang peserta yang terdiri dari pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Seri Iskandar dan Universiti Perguruan Sultan Idris Shah (UPSI), Tg. Malim. Program ini berkaitan dengan kesedaran tentang pentingnya pemeliharaan sungai. Para peserta diberi penerangan tentang kaedah pemantauan kualiti air sungai secara biologi dan juga secara kimia. Antara kejayaan SAM ialah pembatalan projek penapisan minyak Sungai Limau Hidrokarbon Hub (SULIHH) oleh pihak Jabatan Alam Sekitar. Projek ini tidak diluluskan kerana laporan kesan alam sekitar (EIA) yang dikemukakan syarikat-syarikat terbabit tidak memenuhi Seksyen 34A(2), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. SAM juga telah menerima penghargaan dengan penganugerahan Global 500, Honour Roll 1978, Alternative Global Price 1988 Goldman Award 1991, Conde Nast Travel Environmental Award 1998 dan The Right Liverhood Award.
8.4 Kitar Semula Pada 2 Disember 2000, program kitar semula dilancarkan secara rasminya dengan penglibatan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Program Kitar Semula telah mencecah usia 14 tahun pelaksanaannya dan kadar kitar semula telah meningkat daripada 5% pada tahun 2006 kepada
22 10.5% pada tahun 2012 manakala 22% pada tahun 2020. Peningkatan ini sudah mula meunjukkan bahawa rakyat Malaysia mengambil berat tentang longgokan sisa pepajal yang semakin meningkat. Menurut Japan International Corporation Agency (JICA) dalam laman web KPKT, jumlah sisa pepejal yang dihasilkan oleh penduduk negara ini akan meningkat dari tahun ke tahun dan menjelang tahun 2020, sisa pepejal yang dihasilkan dianggarkan sebanyak 30,000 tan sehari. Program Kitar Semula ini dilaksanakan seluruh negara mengikut PBT yang terlibat telah menyeluruh bukan sahaja di bangunan-bangunan kerajaan, sekolah, malah di bangunan persendirian dan kawasan awam juga diletakkan tong-tong kitar semula. Promosi di media massa juga meluas bagi merancakkan lagi kempen ini. Selepas melihat masalah yang akan dihadapi oleh negara pada masa hadapan, pihak KPKT lebih komited dalam meneruskan program. Ia dapat dilihat dengan pembelian Tong Kitar Semula 240 liter yang akan diserahkan kepada PBT, pembinaan dua buah pusat pengumpulan kitar semula berskala besar di Subang Jaya, Selangor dan PPR Taman Intan Baiduri , Kuala Lumpur, penganjuran Forum 3R, Projek Perintis Kempen Kitar Semula di lapan Presint di Putrajaya dan banyak lagi. menurut surat maklum balas kepada Utusan Malaysia yang berkaitan aktikel yang bertajuk Kempen Kesedaran Kitar Semula Gagal? bertarikh 8 Disember 2010 menyatakan tentang kajian Penilaian Outcome dan Impak Projek Perintis Kempen Kitar Semula di lapan Presint di Putrajaya mendapati majoriti penduduk bersetuju kempen yang dilaksanakan kerana ia telah meningkatkan tahap kesedaran mereka terhadap aktiviti kitar semula dan sekali gus mempengaruhi mereka untuk terus mengitar semula. Pihak kementerian juga menjalankan program anjuran bersama dengan Danish International Development Assistance (DANIDA) di seluruh Malaysia. Antara program tersebut seperti Recycle Bank in Schools & 3R Aktivity in Rural Community di Pulau Pinang, 2Recycling Activities in Selected Model Schools di Kinta Selatan, Perak dan Schedule Collection of Bulky Wastes and Recycleable di Melaka.
8.5 Hari Tanpa Beg Plastik Melaui satu kenyataan media yang dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan telah melancarkan Majlis Pelancaran Kempen Kurangkan Penggunaan Beg Plastik Dan Hari Tanpa Beg Plastik peringkat Wilayah. Pada 16 Oktober 2010
23 menteri PDNKK mengumumkan kempen Hari Tanpa Bag Plastik pada setiap hari sabtu dilaksanakan diseluruh negara mulai 1 Januari 2011. Kempen ini dilaksanakan berperingkat- peringkat bermula daripada tahun 2010-2011 dan ecara menyeluruh pada tahun 2013. Hari Tanpa Beg Plastik merupakan satu kempen yang dimulakan oleh kerajaan Selangor. Kempen ini bertujuan untuk memupuk rasa sayangkan bumi ini dan berharap ia mampu dijadikan sebagai tabiat harian dan bukan sahaja untuk hari Sabtu bagi penduduk di Selangor. Kempen ini telah mendapat sokongan daripada organisasi-organisasi dan pasaraya- pasaraya besar seperti Giant, Tesco, SpeedMart, 7-Eleven, TF Value, dan sebagainya. Menurut Utusan Online, Kerajaan negeri Melaka akan melaksanakan 'Hari Tanpa Beg Plastik' pada setiap Jumaat dan Sabtu di semua pasar raya dan pusat beli-belah di negeri itu bermula 1 April. Pasaraya yang terlibat ialah Pasaraya Aeon, Tesco dan Mydin. Kesedaran untuk kempen ini timbula apabila melihat kenyataan yang menyatakan lebih kurang 500 billion ke 1 trilion beg plastik digunakan serata dunia. Ini bermaksud lebih dari sejuta beg plastik dalam seminit. Menurut laman web rasmi Kementirian Penerangan lagi, sekiranya 1 daripada 5 rakyat Malaysia mengalkan kempen ini maka kita mengurangkan sebanyak 110,822,400,000 beg sepanjang umur. Negara China telah mengharamkan pemberian beg plastik secara percuma.
9.0 PENUTUP Pendidikan alam sekitar sepatutnya diterapkan sejak dari awal lagi oleh ibu bapa sendiri. Hal ini kerana pendidikan tidak fomal dirumah dan persekitaran banyak memberi impak kepada kehidupan masa hadapan mereka. Sifat cintakan alam sekitar dan tahap kesedaran terhadap alam sekitar perlu ditingkatkan sekarang supaya sikap kiat yang sayangkan alam sekitar menjadi satu tabiat yang baik dan menjadi ikutan generasi akan dating. Sebagai contoh membuang sampah keluar dari kenderaan, anak-anak akan mengikut ibu bapa mereka yang selalu membuang sampah keluar dari kenderaan tanpa rasa bersalah dan merasakan perkara tersebut satu kebiasaan mereka. Walaupun kerajaan dan banyak NGO yang terlibat dalam memberikan kesedaran kepada masyarakat akan tetapi masyarakat masih lagi tidak dapat memahami secara kritikal masalah alam sekitar sekarang ayang akan memeberi impak kepada kehidupan masa hadapan anak bangsa nanti. Oleh itu, hebahan dan juga kempen perlu dilaksanakan dengan memberikan fokus terhadap promosi dan juga hebahan di laman sesawang. Ini kerana generasi
24 sekarang lebih dekat dengan laman sesawang ini terutamanya Facebook, Twitter, Instagram dan sebagainya. Medium seperti boleh diguna pakai oleh pihak perlaksana untuk mempromosikan pendidikan alam sekitar pada masa kini dan jagan terlalu bergantung kepada telivesyen, radio dan akhbar sahaja. Pendidikan alam sekitar bukan sahaja mengajar kita untuk mengenal bumi kita dan mencintainya malah mengajar kita untuk berhadapan dengan segalan situasi bencana alam yang bakal berlaku. Selain itu, ia mengajar kita juga untuk cuba memperbaiki kesalahan yang kita lakukan kepada alam sekitar kita. Sebagai contoh bagaimana untuk mengurangkan pembuangan sisa pepejal dan sebagainya. Oleh itu, pendidikan alam sekitar ini merupakan satu proses pembelajaran yang panjang dan boleh dikatakan sebagai pembelajaran sepanjang hidup. Sekiranya kita tidak mahu hidup dalam persekitaran yang tidak kondusif maka berubahlah dari sekarang untuk menjamin kehidupan yang nyaman pada masa hadapan.