Modul Pendidikan Alam Sekitar

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 118

MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR WAJ 2022 IPGKPT

TAJUK 1.0 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

Sinopsis

Tajuk satu ialah Pengenalan Kepada Pendidikan Alam Sekitar. Tajuk ini
meliputi dua sub tajuk iaitu Sejarah Perkembangan Pendidikan Alam Sekitar
dan Definisi, Matlamat dan Objektif Pendidikan Alam Sekitar.

Hasil Pembelajaran

 Menganalisis tentang sejarah perkembangan Pendidikan Alam


Sekitar.

Kerangka Konsep

Rajah 1.1. Kerangka Tajuk Satu

1.1. Sejarah Perkembangan Pendidikan Alam Sekitar

Menurut sejarah, pengasas atau Bapa Pendidikan Alam Sekitar ialah


Sir Patrick Geddes (1854-1933) yang merupakan seorang ahli biologi dan
perintis perancang bandar dari Scotland. Orang yang pertama

1
MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR WAJ 2022 IPGKPT

menggunakan nama istilah Pendidikan Alam Sekitar ialah Thomas Pritchard


semasa persidangan International Union for the Conservation of Nature and
Natural Resources (IUCN) di Paris dalam tahun 1958.

Beberapa persidangan di peringkat antarabangsa seperti


Persidangan Stockholm (1972), Tbilisi (1977), The Belgrade Charter (1975),
Malta (1991) dan Agenda 21 (1992) telah memberi kesan sehingga
terbentuknya perlunya keperluan kepada Pendidikan Alam Sekitar kepada
kanak-kanak sekolah.

1.1.1 Stockholm (1972)

Persidangan Stockholm telah diadakan pada 5-16 Jun, 1972 di


Stockholm, Sweden dengan tema “Prinsip dan Alam Sekitar Manusia”
(Human Environment and Principles) dan dianjurkan oleh United Nations.
Tujuan persidangan ini adalah untuk mencapai satu keputusan tentang
pendekatan global yang diperlukan bagi mencari penyelesaian terhadap
situasi kemerosotan alam sekitar yang semakin hari semakin bertambah.

1.1.2 Tbilisi (1977)

Persidangan Tbilisi pada tahun 1977 merupakan persidangan


Pendidikan Alam Sekitar yang pertama di dunia dan melibatkan ramai
pemerintah atau kerajaan di seluruh dunia. Persidangan ini dikendalikan
oleh United Nations Education, Scientific and Cultural Organization
(UNESCO) dengan kerjasama U.N. Environment Programme (UNEP) dan
diadakan di Tbilisi, Georgia (USSR) pada 14-26 Oktober 1977. Persidangan
ini telah dihadiri oleh 265 delegasi dan 65 pembentang serta pemerhati
termasuk 3 organisasi antara kerajaan dan 20 organisasi bukan kerajaan
antarabangsa. Dalam persidangan ini, garis panduan, matlamat, serta
objektif Pendidikan Alam Sekitar merentas kurikulum dan latihan dalam dan
pra-perkhidmatan bagi guru-guru telah diputuskan.

2
MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR WAJ 2022 IPGKPT

1.1.3 The Belgrade Charter (1975)

Pada tahun 1975, sebuah persetujuan antarabangsa tentang


Pendidikan Alam Sekitar diadakan di Belgrad, Yugoslavia. Pada pertemuan
tersebut dihasilkan pernyataan antara negara peserta mengenai Pendidikan
Alam Sekitar yang dikenal sebagai "The Belgrade Charter-a Global
Framework for Environmental Education".
Secara ringkas tujuan Pendidikan Alam Sekitar yang dirumuskan dalam
Belgrade Charter tersebut di atas adalah sebagai berikut:
a. Meningkatkan kesedaran dan perhatian terhadap perkaitan antara
bidang ekonomi, sosial, politik serta ekologi, baik di kota mahupun di
desa.
b. Memberi kesempatan bagi setiap orang untuk mendapatkan
pengetahuan, keterampilan, sikap/perilaku, motivasi dan komitmen,
yang diperlukan untuk bekerja secara individu dan kolektif untuk
menyelesaikan masalah alam sekitar semasa dan mencegah
munculnya masalah baharu.
c. Menciptakan satu kesatuan pola tingkah laku baharu bagi individu,
kelompok- kelompok dan masyarakat terhadap alam sekitar.

1.1.4 Laporan Kabinet Kerajaan Malaysia (1979)

Di Malaysia, Jawatankuasa Kabinet telah ditubuhkan dalam tahun


1974 untuk mengkaji semula Dasar Pendidikan Kebangsaan dengan tujuan
untuk memperbaiki pelaksanaannya supaya matlamat untuk melahirkan
satu masyarakat yang bersatu padu dan berdisiplin serta memenuhi
keperluan tenaga rakyat yang terlatih bagi pembangunan negara. Hasil
Laporan Jawatankuasa ini telah diterbitkan dalam tahun 1979 memutuskan
pelaksanaan Pendidikan Alam Sekitar merentas kurikulum dalam struktur
Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah
Menengah (KBSM).

KBSR mula menerapkan Pendidikan Alam Sekitar merentas


kurikulum bermula dengan subjek Alam & Manusia bagi pelajar tahun 4
hingga 6. Penerapan Pendidikan Alam Sekitar merentas kurikulum juga
dilakukan dalam subjek lain seperti Matematik, Muzik, Bahasa Melayu,
Bahasa Inggeris dan Agama Islam. Sehubungan dengan itu juga pihak

3
MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR WAJ 2022 IPGKPT

Pusat Perkembangan Kurikulum telah membina satu garis panduan untuk


guru-guru dengan mengeluarkan satu buku bertajuk “Buku Panduan Guru
Pendidikan Alam Sekitar Merentas Kurikulum KBSR” pada tahun 1998.

1.1.5 Protokol Montreal (1987)

Protokol Montreal telah berjaya mendapatkan kerjasama


antarabangsa dengan melibatkan sejumlah 191 buah negara di dunia telah
bersetuju melindungi lapisan ozon dengan mengambil langkah berhati-hati
untuk mengawal pelepasan global bahan-bahan yang menipiskan lapisan
ozon. Kewujudan dan kepentingan ozon iaitu O3 di stratosfera serta
ancaman klorofluorokarbon (CFC) terhadap ozon di stratosfera telah
mendapat perhatian yang begitu serius.

1.1.6 Deklarasi Langkawi (1989)

Deklarasi Langkawi Mengenai Alam Sekitar pada 20 September


2006 (Langkawi Declaration 2010) yang ditandatangani oleh ketua-ketua
Negara Commonwealth untuk memastikan pembangunan negara secara
lestari dan mesra alam.

1.1.7 Malta (1991)

Kesinambungan dengan itu, satu Seminar Latihan Alam Sekitar telah


diadakan di Malta pada tahun 1991 di bawah anjuran UNESCO. Seminar ini
mengesyorkan bahawa matlamat utama Pendidikan Alam Sekitar adalah
untuk membantu masyarakat sarwajagat menyedari dan memahami isu-isu
alam sekitar di samping dapat menguasai kemahiran dan kesungguhan
dalam usaha mengatasi isu-isu alam sekitar serta dalam masa yang sama
dapat mengekalkan kualiti alam sekitar dan secara langsung dapat
meningkatkan kualiti kehidupan manusia.

1.1.8 Agenda 21, Earth Summit Rio de Jenario (1992)

Ianya bermula dari Persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu Tentang


Alam Sekitar dan Pembangunan (UNCED) @ Sidang Kemuncak Bumi

4
MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR WAJ 2022 IPGKPT

(Earth Summit) di Rio de Jeneiro, Brazil pada Jun 1992. Persidangan ini
telah dihadiri dan ditandatangani oleh lebih 178 negara termasuk Malaysia.

Persidangan Earth Summit di Rio de Janeiro telah menghasilkan 5


dokumen yang penting iaitu:

 Pengisytiharan Rio mengenai Alam Sekitar dan Pembangunan


(The Rio Declaration on Environment and Development)
 Agenda 21 (suatu program tindakan pembangunan mampan
global. Angka "21" menandakan abad ke-21. Abad 21 bermula
dari tahun 2000 hingga kini)
 Persetujuan Kepelbagaian Biologi (Convention on Biological
Diversity)
 Rangkakerja Persetujuan mengenai Perubahan Iklim (Framework
Convention on Climate Change)
 Prinsip Hutan

1.1.9 Kyoto Protocol (1997)

Protokol Kyoto merupakan persetujuan dalam Persidangan Rangka


Kerja PBB tentang Perubahan Iklim (UNFCCC), yang diterima sejagat
tentang perihal pemanasan global. Negara-negara yang bersetuju untuk
melaksanakan protokol ini di negara masing-masing berkomitmen untuk
mengurangkan pembebasan gas karbon dioksida dan lima gas rumah kaca
lain, atau bekerjasama dalam perdagangan kontrak pembebasan gas jika
mereka menjaga jumlah atau menambah pembebasan gas-gas tersebut,
yang menjadi punca gejala pemanasan global.

1.1.10 Dekad Pendidikan Pembangunan Lestari (DESD) (2005-2014)

Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (United Nation) telah


mengisytiharkan tahun 2005-2014 sebagai Dekad Pendidikan untuk
Pembangunan Lestari (DESD) dan akan berakhir pada November 2014 di
UNESCO World Conference on Education for Sustainable Development,
Jepun. Pertubuhan Pelajaran, Sains, dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa
Bersatu (UNESCO) merupakan agensi penggerak DESD, berusaha untuk

5
MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR WAJ 2022 IPGKPT

mengintegrasi prinsip, nilai dan amalan pembangunan lestari dalam semua


aspek pendidikan dan pembelajaran, dalam usaha menangani masalah
sosial, ekonomi, budaya dan alam sekitar di abad ke 21 ini.

Visi Pendidikan untuk Pembangunan Lestari (ESD) adalah sebuah


dunia di mana semua orang mempunyai peluang untuk mendapat manfaat
daripada pendidikan berkualiti dan mempelajari nilai-nilai , tingkah laku dan
gaya hidup yang diperlukan untuk masa depan yang mampan dan
transformasi sosial yang positif.

Latihan
Aktiviti 2: Berdasarkan pembacaan anda, bina satu jadual
tentang kronologi persidangan Antarabangsa Pendidikan
Alam Sekitar dan keputusan bagi setiap persidangan.

Contoh:
Tarikh Nama Tempat Keputusan
Persidangan

1972 Stockholm

6
MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR WAJ 2022 IPGKPT

RUMUSAN/KESIMPULAN

Buku Rujukan

Abdul Manaf Muda. (1993). Pendidikan Alam Sekitar. Jurnal Akademik


Maktab Perguruan Kuala Terengganu. 8: 67-75.

Bahagian Pendidikan Guru. (2003). Modul Pendidikan Alam Sekitar: Kursus


Pendek Kelolaan Maktab (KPKM). Malaysia: Kementerian Pendidikan
Malaysia.

Bahagian Pendidikan Guru. (1997). Huraian Sukatan Pendidikan Alam


Sekitar Diploma Perguruan Malaysia. Malaysia: Kementerian Pendidikan
Malaysia.

Kartini Abdul Mutalib. (2008). Keberkesanan modul pengajaran Ekosistem


Hutan Tropika dalam meningkatkan pengetahuan dan sikap pelajar.
Tesis Phd. Fakulti Pengajian Alam Sekitar. UPM. Serdang. Tidak
diterbitkan.

Barraza, L., Duque-Aristizabal, A.M. dan Robolledo, G. (2003).


Environmental Education: from policy to practice. The Journal of
Environmental Education. 9(3): 347-357. Hart, E.P. (1981). Identification
of key characteristics environmental education. The Journal of
Environmental Education. 13(1): 12-16.

7
MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR WAJ 2022 IPGKPT

Hungerford, H.R. dan Volk, T.L. (1990). Changing learner behaviour through
environmental education. The Journal of Environmental Education.
21(3): 8-12.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (1998). Buku panduan guru: Pendidikan


Alam Sekitar merentas kurikulum KBSR. Kuala Lumpur: Pusat
Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia.

Rozita Ibrahim. (2001). Pendidikan alam sekitar: Isu dan cabaran. Dlm,
Jamaluddin Md Jahi dan Mohd Jailani Mohd Nor. Environmental
management 2001. Proceeding national seminar on environmental
management: Current development and future planning (hlm. 23-30). 14-
15 Ogos 2001, Bangi, Selangor.

UNESCO-UNEP. (1978). Final Report: Intergovernmental Conference on


Environmental Education (Tbilisi, USSR). Paris: UNESCO.

Bahan Bacaan

Untuk bacaan tambahan, sila rujuk laman sesawang berikut:


http://en.wikipedia.org/wiki/United_Nations_Conference_on_the_Human_En
vironment
http://en.wikipedia.org/wiki/Agenda_21
http://unesdoc.unesco.org/images/0013/001334/133472eo.pdf
http://www.gdrc.org/uem/ee/tbilisi.html
http://www.un.org/documents/ecosoc/cn17/2000/ecn172000-8.htm
http://www.unep.org/Documents.Multilingual/Default.asp?DocumentID=97
http://www.un-documents.net/unchedec.htm
http://www.un-documents.net/rio-dec.htm
http://www.un.org/esa/dsd/agenda21/

8
MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR WAJ 2022 IPGKPT

TAJUK 2.0 KOMPONEN ALAM SEKITAR

Sinopsis

Tajuk dua adalah pengenalan kepada komponen alam sekitar,konsep


ekologi, ekosistem dan biodiversiti.

Hasil Pembelajaran

 Menjelaskan komponen alam sekitar, konsep ekologi, ekosistem dan


biodiversiti.

Kerangka Tajuk

Rajah 2.1. Kerangka Tajuk Dua

2.1 Komponen Alam Sekitar

Apakah yang dimaksudkan dengan alam sekitar? Alam sekitar adalah dunia
di sekeliling kita. Untuk memelihara alam sekitar, kita perlu memahami alam
sekitar secara menyeluruh. Alam sekitar terdiri daripada tiga komponen
yang utama iaitu:
(i) alam sekitar semulajadi (natural environment)
(ii) alam sekitar buatan (man-made environment)
(iii) alam sekitar sosiobudaya (socio-cultural environment)

9
MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR WAJ 2022 IPGKPT

Alam sekitar semulajadi meliputi matahari, air, udara, bumi, dan


kitaran fizikal yang menyokong kehidupan (seperti kitar oksigen, nitrogen,
karbon dan air) serta sistem biologi dan ekologi (benda hidup yang saling
berinteraksi).

Rajah 2.2. Alam sekitar semulajadi

Alam sekitar buatan merangkumi manusia dan persekitaran buatan


manusia. Alam sekitar buatan merujuk kepada persekitaran fizikal binaan
atau ciptaan manusia iaitu alam sekitar yang dibina oleh manusia seperti
taman herba, taman burung, taman orkid, taman bunga, zoo dan lain-lain.

Alam sekitar sosiobudaya merujuk kepada alam sekitar yang


berkaitan dengan bagaimana manusia berinteraksi dan menyusun diri
mereka dalam kumpulan seperti keluarga, pendidikan, pekerjaan, kesihatan,
politik, kerajaan, ekonomi, kesenian, agama dan budaya. Ia merangkumi
hubungan ataupun pertalian rapat antara manusia dengan budayanya
ataupun budaya di sekelilingnya termasuk etika persekitaran buatan
manusia itu sendiri. Semua komponen ini adalah saling berhubungkait dan
tidak boleh dilihat sebagai satu entiti tersendiri. Kualiti saling hubungan ini
menggambarkan alam sekitar yang sihat dan seimbang.

Contoh 1:
Masyarakat Melayu, etika ketika berada di dalam hutan
 Jangan menegur sebarang keganjilan yang ditemui
 Dilarang membuat bising
Contoh 2:
Etika bagi suami yang bakal menimang cahaya mata
 Tidak digalakkan mengail
 Tidak membunuh binatang dengan sesuka hati

10
MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR WAJ 2022 IPGKPT

Contoh 3:
Bagi masyarakat bumiputera Sabah/Sarawak:
 Mempercayai padi mempunyai semangat dan kuasa
 Mengadakan Pesta Menuai supaya semangat padi gembira
dan hasil tuaian semakin bertambah

Aktiviti 1: Kenali Alam Sekitar Anda.


Tonton video bertajuk „What is an ecosystem‟ yang berikut:
http://www.youtube.com/watch?v=O3CZFfyed3M&list=PLUDItgdqBsGvQQ7J__T3X8sc6wp2r6no0
Senaraikan semua komponen alam sekitar yang telah
dikenalpasti dan beri definisi alam sekitar yang anda
fahami dari tayangan video tersebut. Masukkan dapatan anda
ke dalam folio pembelajaran anda.

2.2 Ekologi, Ekosistem dan Biodiversiti

2.2.1 Konsep ekologi

Ekologi berasal daripada perkataan Greek „oikos‟ yang bermaksud


„rumah‟ atau „tempat untuk tinggal‟ dan „logos‟ yang bermaksud „kajian‟.
Oleh itu ekologi adalah satu kajian hubungan dalam alam semulajadi (Miller
& Spoolman, 2009). Ekologi adalah satu bidang kajian saintifik berkaitan
dengan taburan, kepadatan dan hubungan antara organisma dan
interaksinya dengan alam sekitar. Ekologi berkait rapat dengan prinsip di
dalam teras biologi seperti fisiologi, evolusi, genetik dan kelakuan hidupan.
Ekologi juga ditakrifkan sebagai kajian tentang hubungan antara organisma
dengan persekitaran fizikal dan biologinya. Ekologi termasuk kajian
mengenai populasi tumbuhan dan haiwan, komuniti tumbuhan dan haiwan
serta ekosistem.

Kajian ekologi membantu kita memahami proses dan adaptasi


hidupan, taburan dan kelimpahan organisma, aliran tenaga dan bahan-
bahan dalam komuniti organisma serta pembangunan ekosistem dan kaitan
dengan populasi hidupan.

11
MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR WAJ 2022 IPGKPT

Aktiviti 2: Susun Istilah


Padankan istilah berikut dengan definisi yang betul.
Jelaskan perkaitan antara istilah-istilah tersebut
menggunakan peta konsep.
Berikan tiga contoh bergambar bagi setiap istilah tersebut.
Masukkan hasil kerja anda ke dalam folio pembelajaran
anda.

Ekologi Hubungan pemakanan dalam bentuk satu


turutan organisma di mana setiap organisma
dalam turutan itu makan organisma yang
sebelumnya.
Spesies Benda hidup seperti tumbuhan, haiwan dan
mikrob.
Populasi Benda bukan hidup seperti cuaca, geologi, air,
udara, nutrien dan matahari.
Habitat Kawasan daratan seperti kawasan padang
pasir, tundra, hutan tropika, gurun dan padang
rumput yang mencirikan keadaan cuaca dan
jenis tumbuhan yang beradaptasi secara
spesifik di kawasan tersebut.
Komuniti Terdiri daripada beberapa rantai makanan yang
saling berhubung antara satu sama lain.
Ekosistem Cabang sains yang mengkaji habitat dan
interaksi antara benda hidup dengan alam
sekitar.
Biosfera Sekumpulan organisma yang serupa dan boleh
saling membiak antara satu sama lain untuk
melahirkan anak yang subur.
Komponen Segala aktiviti yang dilakukan oleh sesuatu
Biotik organisma di habitatnya. Ini merangkumi
segala aspek cara hidupnya terutama sekali
cara pemakanannya.
Komponen Tempat kediaman sesuatu organisma.
Abiotik
Biom Organisma sentiasa saling bertindak antara
satu sama lain dengan persekitarannya.
Nic Dikenali sebagai zon kehidupan di atas muka
bumi yang menyatukan semua kehidupan and
hubungan antara kehidupan termasuklah
interaksinya dengan elemen-elemen litosfera,
hidrosfera, ekosfera dan atmosfera.
Rantai Sekumpulan organisma sama spesies dan
makanan hidup di habitat yang sama.
Jaringan Kesemua organisma yang hidup di sesuatu
makanan habitat .

12
MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR WAJ 2022 IPGKPT

2.2.2 Ekosistem

Ekosistem terdiri dari komponen-komponen biotik dan abiotik yang


saling berinteraksi antara satu sama lain dan persekitarannya. Sebarang
perubahan suatu komponen akan mengakibatkan perubahan bagi
komponen yang lain dan seluruh ekosistem. Komponen biotik merupakan
hidupan seperti tumbuhan, haiwan dan mikroorganisma manakala
komponen abiotik adalah komponen bukan hidup iaitu persekitaran fizikal
seperti air, udara, tanah, suhu, nilai pH, cahaya, topografi, kelembapan dan
iklim mikro. Interaksi antara pelbagai haiwan dan tumbuhan dan yang telah
menyesuaikan diri terhadap iklim dan persekitaran yang spesifik di sesuatu
kawasan tersebut dikenali sebagai ekosistem.

2.2.3 Jenis-jenis ekosistem

Terdapat pelbagai jenis ekosistem di dunia iaitu seperti marin,


padang pasir, padang rumput, tundra dan hutan. Padang rumput terdiri
daripada jenis savanna, temperat dan tundra manakala marin terdiri
daripada air tawar, air masin dan estuari. Hutan pula terdiri daripada hutan
tropika, hutan hujan tropika, hutan taiga dan hutan temperat manakala
padang pasir pula terdiri daripada padang pasir panas dan kering atau
semiarid atau sejuk. Setiap ekosistem mempunyai ciri-ciri khas yang
menyebabkan suatu ekosistem berbeza dengan ekosistem yang lainnya.

Di Malaysia terdapat pelbagai jenis ekosistem yang utama


diantaranya adalah ekosistem hutan hujan tropika, ekosistem hutan
paya bakau, ekosistem hutan gambut, ekosistem air tawar seperti
kolam/tasik/sungai dan agroekosistem seperti ekosistem sawah padi
dan ekosistem ladang kelapa sawit dan lain-lain lagi.

Rajah 2.3. Ekosistem Lautan

13
MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR WAJ 2022 IPGKPT

a) Ekosistem Hutan Hujan Tropika

Hutan hujan tropika meliputi 6% daripada permukaan keseluruhan


bumi. Hutan ini terletak di kawasan sekitar garisan Khatulistiwa. Di Malaysia
kebanyakan kawasan hutan tanah pamah seperti di Hutan hujan tropika ini,
iklimnya adalah sangat panas, dimana julat suhunya adalah diantara 20-26
darjah Celsius serta menerima lebih daripada 250 sentimeter padu hujan
setahun. Kawasan ini juga menunjukkan panjang hari yang hampir sama
sepanjang tahun. Faktor Ini menjadikan kawasan ini sangat sesuai untuk
pertumbuhan tumbuh-tumbuhan yang pelbagai. Faktor latitud adalah
kawalan iklim utama di hutan hujan tropika.

Hutan Hujan Tropika adalah ekosistem yang terkaya dari segi


biodiversiti dan biojisim total. Ia mempunyai lapisan-lapisan vegetasi
tumbuh–tumbuhan yang berbeza-beza. Lapisan tertinggi iaitu lapisan
menonjol yang terdiri daripada pokok-pokok yang tinggi sehingga melebihi
40 meter. Di bawah lapisan ini adalah terdiri daripada lapisan tumbuhan
yang mempunyai ketinggian lebih 30 meter. Lapisan seterusnya adalah
lapisan pokor renek yang tinggi dan tumbuhan subkanopi diikuti dengan
lapisan tumbuh-tumbuhan renek. Lapisan-lapisan tumbuhan yang berbeza
ini membentuk kawasan–kawasan yang berbeza dari segi cahaya yang
terdapat di kawasan ini. Kesan daripada ini hutan ini membentuk berbagai
bentuk atau lapisan kehidupan seperti tumbuhan epifit, tumbuhan melilit
dan sebagainya.

Oleh kerana kepelbagaian kanopi hutan ini, organisma yang hidup


di dalamnya berpeluang untuk mengadaptasi sesuai dengan habitat yang
spesifik. Hutan hujan tropika ini adalah biom yang terkaya dari segi
biodiversiti dan biojisim total. Dianggarkan terdapat lebih daripada setengah
daripada jumlah spesies di dunia terdapat di kawasan ini. Terdapat 250,000
tumbuhan di sini termasuklah tumbuhan berbunga, paku-pakis, lumut dan
lumut hati. Biodiversiti yang tinggi juga ditunjukkan melalui interaksi biotik
yang luas. Misalnya terdapat sebanyak 900 jenis tumbuhan Ficus spp di
dalam hutan ini, dan tiap jenis spesies mempunyai agen pendebunga yang
unik. Pelbagai jenis spesies orkid yang amat pelbagai juga terdapat di Hutan
Hujan Tropika ini.

14
MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR WAJ 2022 IPGKPT

b) Ekosistem Hutan Paya Gambut

Hutan Paya Gambut adalah kawasan hutan yang di penuhi dengan


air. Hutan ini tumbuh di atas lapisan daun-daun yang telah mati dan
lapisan bahan daripada tumbuh-tumbuhan setebal 20 meter. Ia adalah
ekosistem yang unik dengan ciri-ciri terendam air, kandungan nutrien dan
oksigen larut pada tahap yang rendah serta kawasan air yang berasid.

Kawasan Hutan Paya Gambut bukan sahaja satu ekosistem yang


unik dan menjadi tempat tinggal kepada banyak spesies endemik ia juga
menyediakan pusat perlindungan bagi lebih daripada 60 spesies haiwan
yang disenaraikan sebagai terancam seperti Orang Utan, Proboscis
Monkey, Sumatran Rhinoceros, gajah asia, harimau, Civet Otter, Storm‟s
Stork and Wrinkled Hornbill. Hutan lembab ini juga berfungsi sebagai bank
gen semula jadi tumbuhan. Kawasan ini juga mengandungi banyak spesies
yang belum diketahui dan diterokai.

c) Ekosistem Hutan Paya Bakau

Hutan Paya Bakau boleh ditemui di sempadan antara laut dan


daratan. Paya Bakau merupakan ekosistem yang biasanya terdapat di
antara kawasan pasang surut dan biasanya kawasan paya bakau ini
merupakan kawasan yang berlumpur. Hutan ini merupakan sebahagian
daripada hutan tropika. Ianya tumbuh dengan subur di kawasan tropika dan
sub-tropika antara 30oU dan 30oS latitudnya. Dijumpai di seluruh benua
kecuali Eropah, Artik dan Antartik tetapi kawasan yang paling kaya adalah di
sekitar Asia iaitu dari India, Bangladesh hinggalah ke Asia Tenggara.

Pokok-pokok bakau mempunyai ciri-ciri yang spesifik seperti sistem


akar yang tahan, struktur daun dan batang yang khusus dan adaptasi unik
yang lain untuk membolehkan mereka mandiri dalam keadaan habitat
mereka yang sukar. Habitat yang lembut, berlumpur dan cetek, disertai
dengan aliran air pasang dan surut menyediakan sokongan yang sedikit
sahaja kepada kebanyakan tumbuhan paya bakau yang mempunyai akar
udara atau pneumatofor. Tumbuhan bakau yang paling biasa adalah
spesies Rhizophora, Avicennia, Bruguiera, Sonneratia, Xylocarpus dan

15
MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR WAJ 2022 IPGKPT

Nypa. Hutan paya bakau yang matang mempunyai zon-zon di mana jenis
tumbuh-tumbuhan yang ditemui di hutan ini berubah bila seseorang
bergerak menjauhi laut.

Kawasan hutan ini menjadi tempat persinggahan pelbagai spesies


burung yang berhijrah dari hemisfera selatan ke utara dan dari utara ke
selatan. Ini berlaku kerana apabila berlaku musim sejuk di utara, burung ini
bergerak ke selatan manalakala apabila selatan sejuk burung ini akan
bergerak ke utara. Haiwan-haiwan lain yang hidup di dahan-dahan pokok
bakau mengadaptasi sesuai dengan keadaan di hutan ini. Diantaranya
adalah haiwan seperti kelawar, monyet Proboscis, dan ikan keli. Kawasan
hutan paya bakau selalunya menjadi habitat haiwan yang unik. Contohnya
bayau dan kelip-kelip yang menjadi tumpuan pelancong daripada luar
Negara dan tempatan.

d) Ekosistem Marin

Lautan meliputi 70% daripada permukaan bumi. Taburan organisma


dalam lautan dikawal oleh interaksi dalam air, latitud dan jarak dari pantai.
Kebanyakan spesies di jumpai dalam air cetek berhampiran daratan,
walaupun ianya hanya meliputi 8% daripada kawasan lautan. Terdapat tiga
habitat marin yang utama.

 Zon Neritik- yang dibina oleh lapisan laut yang cetek, ia didiami
oleh spesies yang banyak secara relatifnya dengan zon-zon lain.
Kedalaman 0-200 m dimana interaksi laut dan daratan sangat
jelas. Zon ini dipengaruhi oleh tindakan ombak, menerima nutrien
banyak dari permukaan daratan. Nutrien ini memberikan
sokongan kepada dunia perikanan yang besar. Terumbu karang
juga berada di zon ini.

 Zon pelagik- ia adalah kawasan air terbuka. Zon ini mencecah


hampir 100m dalam. Kedalaman ini mencukupi bagi penembusan
cahaya untuk proses fotosintesis.Organisma di zon permukaan
membentuk plankton mikroskopik (bergerak bersana arus laut)
dan nekton (organism yang boleh berenang) makroskopik.

16
MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR WAJ 2022 IPGKPT

 Zon Abisal/apotik- Lapisan Pelatik yang lebih 100 meter


dalamnya. Zon yang mengandungi sedikit bilangan kehidupan
kerana tekanan tinggi, suhu yang rendah serta keadaan cahaya
yang kurang. Kehidupan di lapisan ini bergantung kepada bahan
organik dan nutrien yang tenggelam daripada lapisan permukaan.

Layari Internet
Aktiviti 3: Layari internet dan dapatkan maklumat lanjut
tentang ekosistem di Malaysia. Bandingbeza jenis-jenis
ekosistem di Malaysia dengan menggunakan peta buih
berganda. Masukkan dapatan anda ke dalam folio
pembelajaran anda.

2.2.4 Konsep nic (niche) dan habitat

Habitat adalah tempat tinggal hidupan. Contoh; habitat cacing ialah


tanah, habitat ikan ialah kolam dan habitat belalang ialah padang rumput.
Nic pula merupakan peranan suatu organisma dalam habitatnya, yang
dikategorikan mengikut cara ia mendapatkan makanan. Nic ekologi
merupakan peranan atau „pekerjaan‟ suatu spesies dalam suatu komuniti
dan ekosistem. Nic ekologi organisma boleh berubah-ubah semasa
peringkat hidupnya. Contohnya berudu tinggal dalam air dan makan
plankton tetapi katak dewasa tinggal di darat dan menangkap serangga
sebagai makanan. Pelbagai jenis hidupan boleh berkongsi di habitat yang
sama tetapi melakukan nic atau pekerjaan/peranan/fungsi yang berbeza-
beza. Di dalam ekosistem hutan hujan tropika contohnya, harimau memburu
kancil tetapi ulat beluncas memakan daun tumbuh-tumbuhan.

2.2.5 Keseimbangan ekosistem

Perubahan persekitaran yang disebabkan oleh manusia


(anthropogenic) akan mengakibatkan kehilangan spesies dalam dekad akan
datang (Sala et al. 2000). Keadaan ini akan menyumbang kepada kadar
kepupusan spesies yang tinggi di seluruh dunia (Stork 2010). Spesies
memainkan peranan yang penting dalam ekosistem, maka kehilangan
spesies boleh mengancam kestabilan perkhidmatan ekosistem yang mana
manusia bergantung kepadanya (McCann 2000). Contohnya, spesies
tumbuhan menukarkan tenaga daripada matahari kepada tenaga kimia
melalui fotosintesis, dan proses biologi ini menyediakan tenaga asas dalam

17
MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR WAJ 2022 IPGKPT

rantaian makanan untuk pelbagai pengguna yang terdiri dari haiwan.


Gangguan kepada biodiversiti oleh aktiviti manusia seperti pembalakan
haram, pembersihan hutan, pembukaan ladang dan eksploitasi sumber
akan mengakibatkan perkhidmatan dalam suatu ekosistem terjejas dan
ekosistem tidak stabil.

Satu ekosistem akan berada dalam keseimbangan apabila


komponen benda hidup (biotik) dan abiotik (bukan hidup) berada dalam
keseimbangan. Ini bermakna pada keadaan seimbangan, semua nutrien
dapat berkitar dengan berkesan, dan tiada komuniti organisma ataupun
fenomena semula jadi yang mengganggu aliran tenaga dan kitar nutrien ke
bahagian lain dalam ekosistem. Sebahagian keseimbangan ekosistem
melibatkan kawalan populasi organisma hidup.

2.2.6 Pemindahan tenaga dalam ekosistem

Cahaya matahari membekalkan tenaga kepada suatu ekosistem.


Pengeluar iaitu tumbuhan hijau menukarkan tenaga daripada matahari
kepada tenaga kimia secara fotosintesis. Pengguna terdiri dari haiwan
mendapat tenaga apabila memakan tumbuhan atau haiwan lain. Hubungan
pemakanan dalam suatu ekosistem dinamakan rantai makanan. Rantai
makanan adalah satu laluan yang menunjukkan bagaimana tenaga
dipindahkan daripada pengeluar kepada pengguna. Dalam suatu ekosistem
juga terdapat pelbagai jenis rantai makanan dan siratan makanan. Rantai
makanan berbentuk satu arah dan bermula dengan pengeluar (tumbuhan)
sehingga kepada pengguna primer, pengguna sekunder dan pengguna
seterusnya. Setiap peringkat dalam rantai makanan ditunjukkan dengan
menggunakan anak panah (→) yang bermaksud „dimakan oleh‟. Siratan
makanan pula terdiri daripada jaringan beberapa rantai makanan.

18
MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR WAJ 2022 IPGKPT

TENAGA
SURIA

PENGELUAR

PENGGUNA

pertukaran PENGURAI
nutrien &
bahan
organik

Rajah 2.4 : Aliran tenaga dalam ekosistem

Kenalpasti pengeluar dan pengguna dalam rantai makanan


berikut:

19
MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR WAJ 2022 IPGKPT

Latihan
Aktiviti 4: Siapa makan siapa?

Bina siratan makanan untuk hidupan berikut. Pamerkan hasil


kerja anda di dalam kelas.
Ramalkan apa yang akan berlaku jika organisma yang berada
di aras tertinggi dalam siratan makanan mati?

Aktiviti 5: Permainan

Pilih satu ekosistem yang anda tahu. Senaraikan semua


hidupan di ekosistem tersebut. Cari maklumat tentang
hubungan makanan antara hidupan tersebut. Bina satu
permainan berdasarkan maklumat tentang jaringan makanan
yang diperolehi. Hantar tugasan ini kepada pensyarah
kursus anda.

2.2.7 Kitar Semula Jadi Dalam Ekosistem

Pergerakan bahan-bahan dalam ekosistem berlaku dalam bentuk


kitaran maka pergerakan bahan ini dinamakan Kitaran biogeokimia atau
kitar nutrien. Unsur-unsur kimia atau molekul bergerak melalui kedua-dua
komponen biotik dan abiotik bumi. Unsur-unsur ini dikitarkan walaupun
dalam sesetengah kitaran terdapat tempat dimana unsur-unsur ini
dikumpulkan untuk jangka masa yang panjang. Teras bagi proses ini adalah

20
MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR WAJ 2022 IPGKPT

pemindahan tenaga daripada pengeluar kepada pengguna primer,


pengguna sekunder seterusnya organisma karnivor yang teratas. Dalam
proses ini bahan-bahan seperti karbon, nitrogen, fosforus, oksigen dan air
dipindahkan bersama dengan aliran tenaga ini.

Secara ringkasnya, kitar nutrien adalah proses nutrien bergerak


daripada alam sekitar fizikal kepada organisma hidup, dan kemudian dikitar
kembali kepada alam sekitar fizikal. Dalam sesuatu ekosistem, kitar nutrien
mestilah dalam keadaan seimbang dan stabil supaya organisma yang
tinggal di dalamnya sentiasa subur, berupaya berkembang dan membiak
serta kekal dalam populasi yang seimbang.

Kitaran biogeokimia terbahagi kepada dua jenis iaitu:


 Kitaran yang melibatkan bahan-bahan dalam bentuk gas-gas
seperti oksigen, nitrogen, dan karbon dioksida. Kitaran ini
dipanggil kitaran meruwap.
 Kitaran yang melibatkan bahan-bahan yang tidak meruwap
seperti fosforus yang dinamakan kitaran tak meruwap atau
kitaran sedimentari.

Kitaran-kitaran ini mengawal empat unsur penting dalam kehidupan


iaitu kitar karbon, nitrogen, fosforus dan sulfur.

a) Kitar air

Dalam kitar air atau kitaran hidrologi, pergerakan air secara


berterusan di permukaan bumi, di atas dan di bawah permukaan tanah. Air
boleh bertukar bentuk daripada cecair, wap air dan pepejal di pelbagai
tempat dalam kitaran air ini. Walaupun keseimbangan air di bumi hampir
tetap dari semasa ke semasa molekul air secara individu boleh datang dan
pergi. Air bergerak dari satu takungan kepada takungan yang lain seperti
dari sungai ke laut atau dari laut ke atmosfera melalui proses fizikal seperti
pengewapan, kondensasi, pemendakan, penurasan dan pengaliran
permukaan. Semasa proses-proses ini, air melalui fasa-fasa berbeza iaitu
cecair, pepejal dan gas.

21
MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR WAJ 2022 IPGKPT

Kitar air ini juga melibatkan pertukaran tenaga haba, yang


menyebabkan suhu berubah. Sebagai contoh, semasa proses pengewapan,
air menyerap tenaga dari persekitaran dan menyejukkan persekitaran.
Manakala proses kondensasi dimana air akan membebaskan tenaga dan
memanaskan persekitarannya.

Rajah 2.5. Kitar Air

Rajah 2.4 merupakan kitar air yang menerangkan kesignifikan


dalam menetapkan kehidupan dan ekosistem di bumi. Dengan perpindahan
air dari satu kawasan tadahan ke kawasan tadahan yang lain, kitar air
menulenkan air, membekalkan tanah dengan air bersih , dan memindahkan
garam mineral ke bahagian bumi yang lain. Air juga terlibat dalam proses
mengubah struktur geologi bumi melalui proses hakisan dan pemendakan.
Sebagai tambahan disebabkan kitar air melibatkan pertukaran haba, ia juga
memberikan kesan kepada iklim sesuatu ekosistem.

b) Kitar Nutrien

Kitar nutrien dikaji dalam bentuk nutrien yang spesifik, dimana


setiap nutrien di persekitaran mempunyai corak kitaran yang tertentu. Di
antara kitar nutrien yang paling penting adalah kitar karbon dan kitar
nitrogen. Kedua-dua kitaran ini merupakan bahagian terpenting dalam kitar
nutrien dalam tanah.

22
MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR WAJ 2022 IPGKPT

i. Kitar Nitrogen

Komponen utama kitar nitrogen bermula dengan unsur nitrogen di


udara. Nitrogen dioksida di temui di dalam udara hasil daripada interaksinya
dengan oksigen. Nitrogen hanya akan bertindak balas dengan oksigen
dengan kehadiran suhu dan tekanan yang tinggi semasa kilat dan dalam
tindakbalas pembakaran dalam logi kuasa atau dalam enjin pembakaran
internal. Asid nitrik (NO) dan nitrogen dioksida (NO2) akan terbentuk dalam
keadaan ini. Nitrogen dioksida boleh bertindak balas dengan air hujan untuk
membentuk asid nitrik, HNO3. Nitrat yang terbentuk boleh digunakan oleh
tumbuhan sebagai nutrien.

Nitrogen di udara telah bertukar menjadi bahan biologi melalui


tindakan bakteria dan alga dalam proses pengikatan nitrogen. Tumbuhan
kekacang seperti kacang soya dan kacang tanah membentuk bintil-bintil di
akarnya dimana bakteria pengikat nitrogen ini , mengikatkan nitrogen di
udara dan menukarnya kepada ammonia, NH3. Amonia ini kemudiannya
ditukarkan oleh bakteria lain kepada ion nitrat (NO2-) , kemudian kepada ion
nitrat lain (NO3-). Ion nitrat ini akan digunakan oleh tumbuhan sebagai
nutrien atau baja untuk pertumbuhan. Nitrogen digabungkan dalam banyak
asid amino yang akan seterusnya menghasilkan protein.

Amonia juga boleh dihasilkan melalui proses sintetik yang


dinamakan Proses Haber. Nitrogen dan hidrogen bertindak balas di dalam
keadaan tekanan dan suhu yang tinggi. Nitrogen dan hidrogen akan
bertindak balas dalam tekanan dan suhu yang tinggi dengan kehadiran
mangkin untuk menghasilkan ammonia. Amonia boleh diaplikasikan terus ke
ladang sebagai baja. Ammonia juga boleh diproses seterusnya dengan
oksigen untuk menghasilkan asid nitrik. Tindakan ammonia dan asid nitrik
akan menghasilkan ammonium nitrat yang kemudian boleh digunakan
sebagai baja. Bahan buangan haiwan juga bila mereput boleh kembali ke
bumi sebagai nitrat. Untuk melengkapkan kitaran ini bakteria dalam tanah
melakukan proses denitrifikasi dimana nitrat ditukar semula kepada gas
nitrogen.

23
MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR WAJ 2022 IPGKPT

ii. Kitar Karbon

Kitar karbon adalah kitar yang paling penting bagi hidupan di bumi,
kerana kehidupan di bumi ini adalah berasaskan karbon. Karbon boleh
didapati dalam jumlah yang banyak di udara dalam bentuk karbon dioksida.
Apabila tumbuhan berfotosintesis, ia menggunakan karbon dioksida
daripada udara , dan menggunakannya untuk membina molekul gula, kanji,
protein dan makanan lain. Ini merupakan bahagian pertama dalam kitar
karbon. Karbon yang terdapat dalam tumbuhan ini boleh digunakan oleh
haiwan herbivor iaitu haiwan yang memakan tumbuhan.

Haiwan herbivor seperti rusa menggunakan tumbuhan untuk


mendapatkan bahan binaan untuk tumbesaran sel-selnya. Ini memindahkan
karbon dari tumbuhan kepada haiwan. Karnivor seperti harimau mungkin
akan membunuh rusa tersebut dan memakannya seterusnya menggunakan
daging rusa ini untuk tumbesaran dan pembiakannya. Apabila akhirnya
kedua-dua tumbuhan dan haiwan ini mati, dan karbon dalam badan mereka
dikitarkan kedalam tanah. Bahan karbon dalam tanah ini akan dipecahkan
oleh fungi dan bakteria, membebaskan atom karbon ke dalam tanah dan
kembali ke udara sebagai karbon dioksida.

iii. Kitar fosforus

Fosforus juga adalah mineral yang penting kepada organisma. Ia


adalah elemen penting dalam asid nukleik, oleh itu ia merupakan asas bagi
struktur membran sel, fungsi dalam struktur dan fungsi ATP iaitu asas
tenaga terpenting dalam kehidupan.

Kitaran ini adalah satu kitaran sedimentari dimana batuan fosforus


adalah bentuk takungan utamanya. Fosforus memasuki kitar ini melalui
hakisan dan luluhawa simpanan fosforus. Fosforus yang larut memasuki
tumbuhan dan haiwan dan pengurai. Bahan-bahan ini dibawa oleh aliran
permukaan ke lautan dimana dimana ia boleh masuk ke dalam tumbuhan
dan haiwan semula. Zooflankton yang memakan fitoplankton memainkan
peranan penting dalam kitar ini kerana zooflankton ini mengumuhkan
fosforus yang berlebihan ke dalam air yang boleh diambil semula oleh
pengeluar primer.

24
MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR WAJ 2022 IPGKPT

Organisma ini kemudian mati dan tenggelam di dasar bersama


organisma ini. Apabila fosforus terbenam bersama sedimen ia mungkin
tersimpan sehingga beberapa lama sehingga sedimen ini dibawa naik bila
berlaku proses perubahan geologi. Secara keseluruhan kitar ini perlahan.
Bentuk fosforus yang berguna adalah dalam bentuk ion PO4-3. Ia adalah
bentuk yang boleh diserap terus oleh tumbuhan. Fosforus juga berada
dalam keadaan tidak larut dalam bentuk sebatian dengan aluminium, besi
dan kalsium. Kebolehdapatan PO4-3 ditentukan oleh pH dan kepekatan ion-
ion lain. Kadar kelarutan H2 PO4-3 paling tinggi pada pH sederhana. Dalam
keadaaan berasid atau beralkali bentuk kompleks tak larut dalam air atau
tanah terbentuk.

Aktiviti 6: Kitar Semulajadi


Tonton video bertajuk „Biogeochemical Cycle‟ yang
berikut:
http://www.youtube.com/watch?v=dDBU0lg-HYE
Bina kitar biogeokimia berdasarkan maklumat yang
diperolehi dari tayangan video tersebut. Buat analisis
terperinci tentang kitar air dan kitar biogeokimia
menggunakan peta dakap (brace map). Masukkan
hasil kerja dalam folio pembelajaran anda.

2.2.8 Konsep Biodiversiti

Biodiversiti atau kepelbagaian biologi adalah variasi pelbagai bentuk


organisma atau hidupan dari pelbagai sumber di alam ini. Biodiversiti
merangkumi semua bentuk kehidupan dari sekecil mikroorganisma hingga
ke hidupan liar dan tumbuh-tumbuhan seperti ikan paus serta pokok-pokok
yang besar. Setakat ini hampir 1.7 juta spesies telah dikenal pasti, namun
para saintis menganggarkan jumlah spesies yang terdapat di dunia ini
adalah lebih dari 100 juta. Biodiversiti dibahagikan kepada tiga peringkat
iaitu:

Kepelbagaian spesies – merujuk kepada kepelbagaian organisma


di sesuatu kawasan. Misalnya pelbagai spesies iaitu gajah, harimau, pokok
dan sebagainya .

Kepelbagaian genetik – merujuk kepada kepelbagaian gen dalam


sesuatu spesies. Gen adalah bahan pewarisan yang diturunkan daripada
induk kepada generasi berikutnya.

25
MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR WAJ 2022 IPGKPT

Kepelbagaian ekosistem – merujuk kepada kepelbagaian


ekosistem seperti laut, hutan tanah tinggi, padang rumput, padang pasir,
ekosistem akuatik, paya bakau dan sebagainya. Ekosistem mempunyai
kepelbagaian hidupan yang berbeza-beza bergantung kepada iklim dan
jenis tanamannya.

2.2.9 Kepentingan Biodiversiti

Biodiversiti penting kepada manusia dari segi prinsip intrinsik, faedah


ekonomi, kelangsungan hidup, perkhidmatan ekosistem, nilai pengetahuan
dan nilai estetik.

a) Prinsip Intrinsik
Biodiversiti mempunyai nilai intrinsik (dalaman) iaitu nilai
kewujudan. Setiap organisma mempunyai hak untuk hidup.
Manusia mempunyai tanggungjawab moral dan etika untuk
memulihara biodiversiti.

b) Faedah ekonomi
Biodiversiti menyediakan sumber ekonomi seperti makanan
(hidupan liar dan tanaman), ubat-ubatan, agen kawalan
biologi, bahan industri (kayu, getah) dan ekopelancongan
(taman rekreasi).

c) Perkhidmatan ekosistem
Perkhidmatan ekosistem adalah fungsi semulajadi sesuatu
ekosistem yang boleh digunakan untuk faedah manusia dan
pengekalan ekologi. Perkhidmatan ekosistem termasuklah
kitaran air dan udara, kitaran nutrien, pendebungaan,
kawalan biologi dan sumber genetik. Biodiversiti memainkan
peranan utama dalam pengekalan perkhidmatan ekosistem.

d) Nilai pengetahuan
Biologi dan ekologi organisma merupakan sumber
pengetahuan untuk kajian lanjutan.

26
MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR WAJ 2022 IPGKPT

e) Nilai estetik
Manusia memperolehi pengalaman daripada hidupan liar.
Hidupan merupakan sumber inspirasi kepada kehidupan
manusia.

Memikir
Aktiviti 7: Kepupusan biodiversiti.
Tonton video bertajuk „Mass Extinction‟ yang berikut:
http://www.youtube.com/watch?v=vpxmTZ02FXg
Kenalpasti faktor-faktor penyebab kepupusan biodiversiti
menggunakan peta buih. Ramalkan kesan kepupusan
biodiversiti. Masukkan hasil kerja dalam folio pembelajaran
anda.

Rujukan

Enger, E.D., Ross, F.C. dan Bailey, D.B. (2007). Concepts in biology. (12th
ed.). New York: Mc Graw Hill Higher Education.

Miller, G.T. (2004). Environmental Science: Working with the earth. (10th ed.)
Canada: Thompson Learning, Inc.

Miller, G.T dan Spoolman, S. (2008). Environmental Science: Principles,


connections and solutions. (12th ed.). Canada: Brooks/Cole Cengage
Learning.

Raven, P, H., Johnson, G. B., Losos, J.B. dan Singer, S.R.(2005). Biology.
(7th ed.). Boston: McGraw Hill.

27
MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR WAJ 2022 IPGKPT

TAJUK 3.0 ISU ALAM SEKITAR

Sinopsis

Tajuk tiga adalah tentang Isu Alam Sekitar. Tajuk ini terdiri daripada empat
bahagian yang utama iaitu Jenis Isu, Punca Isu Alam Sekitar, Kesan Isu
Alam Sekitar dan juga Menangani Isu Alam Sekitar.

Hasil Pembelajaran

 Mengenal pasti isu-isu, punca isu dan impak isu alam sekitar

Kerangka Tajuk

Rajah 3.1. Kerangka tajuk tiga

3.1 Jenis, punca dan impak

Adakah anda sedar? Pada masa kini, seluruh dunia termasuk negara
kita Malaysia sedang mengalami pembangunan yang amat pesat sekali.
Aktiviti-aktiviti manusia lebih mementingkan pembangunan dan
pertumbuhan ekonomi dengan kemajuan sains dan teknologi. Akibatnya
kesemua negara-negara seluruh dunia menghadapi pelbagai masalah dan
isu-isu yang berkaitan dengan alam sekitar seperti isu pertambahan
penduduk, pelupusan spesies flora dan fauna, penebangan hutan,
penghapusan paya, peningkatan gurun, hakisan tanah, pencemaran air,
udara, bunyi dan darat, penipisan ozon, pemanasan bumi, kekurangan

28
MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR WAJ 2022 IPGKPT

bekalan sumber api, galian dan air serta pemendapan asid di permukaan
bumi.

3.1.1 Jenis Isu

Kemerosotan sumber yang tidak boleh diperbaharui

Sumber yang tidak boleh diperbaharui termasuklah bekalan tenaga


daripada bahanapi fosil seperti minyak petrol, gas dan arang batu, dan
mineral seperti kuprum dan nikel. Ia terbentuk melalui proses geologi
berjuta-juta tahun lamanya, dan wujud antara lapisan-lapisan batuan, tetap
dan tidak boleh diperbaharui semula apabila dikeluarkan daripada tempat ia
terbentuk. Bahan api akan semakin berkurangan dengan pengunaan yang
tinggi, terutamanya minyak petrol atau diesel apabila banyak kenderaan
digunakan. Hal ini menyebabkan pengunaan bahanapi lebih daripada yang
boleh dihasilkan. Namun sumber tenaga ini lebih menjadi pilihan
dibandingkan dengan sumber tenaga yang boleh diperbaharui. Sebagai
contoh, adalah sukar untuk mencari sebuah kereta yang bergerak
menggunakan kuasa bateri, kuasa solar atau tenaga elektrik. Jika anda
temuinya, ia kurang efisien (tidak bergerak sepantas, praktikal dan
sebagainya), dan jika di temui kosnya adalah amat tinggi.....!

Hakisan tanah

Tanah adalah suatu sember semula jadi yang penting, namun ia


jarang dianggap sebagai suatu sumber semula jadi yang perlu dipulihara
dengan baik. Namun tanah menghasilkan sumber asli yang sangat penting
kepada manusia seperti hasil-hasil tuaian makanan. Oleh itu pemuliharaan
tanah adalah penting untuk mengekalkan kualiti tanah dan meningkatkan
produktivitinya.

Satu daripada kejadian yang sering berlaku adalah hakisan tanah


yang boleh menyebabkan tanah runtuh. Tanah runtuh adalah merupakam
pergerakan Pergerakan batu, tanah,serpihan-serpihan batu dan tanah
menuruni tanah condong. Ia terdiri daripada kejadian-kejadian tanah jatuh,
salji runtuh, gelongsoran lumpur, mengalir dan merebak.

29
MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR WAJ 2022 IPGKPT

Rajah 3.2. Kesan hakisan tanah

Tanah runtuh satu situasi yang berbahaya pada gunung ganang dan
kawasan berbukit, di muara sungai dan kawasan pinggir pantai. Ia boleh
menyebabkan kematian, kerosakan infrastruktur (jalanraya, jalan keretapi,
paip, empangan buatan manusia dsb) dan harta benda (bangunan, kawasan
pertanian dsb). Fenomena semulajadi contoh hujan lebat, gempa bumi,
letusan gunung berapi, atau akibat aktiviti-aktviti manusia seperti memotong
bukit, membuang hutan, membina struktur di atas bukit. Jika kawasan cerun
tidak diurus dengan baik, tanah runtuh boleh berlaku secara gelongsoran
atau gelinciran (Rajah 3.2)

Rajah 3.3. Tanah runtuh

30
MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR WAJ 2022 IPGKPT

Pencemaran (udara, air, bunyi dan tanah)

Pencemaran udara

Udara membekalkan kita dengan oksigen yang penting untuk badan


kita terus hidup. Komposisinya terdiri daripada 78% Nitrogen, 21% oksigen,
0.03% karbon dioksida CO2. Adalah penting untuk di kekalkan nisbah dalam
kompsisi sedemikian untuk benda hidup kekal hidup di bumi. Namun aktiviti-
aktiviti manusia boleh melepaskan bahan-bahan ke udara, yang mana ada
diantaranya boleh menimbulkan masalah kepada manusia, pokok dan
binatang. Perubahan dalam komposisi, atau pencemaran boleh secara
langsung menambah gas yang beracun dan berbahaya- yang mungkin
boleh menyebabkan satu siri komplikasi kesihatan, mempengaruhi
kehidupan pokok-pokok dan binatang- kerana proses kehidupan boleh
dikurangkan disebabkan pengurangan dalam kandungan oksigen di udara.

Sebuah kereta atau lori tidak akan membakar semua bahan api yang
masuk ke dalam tangki pembakaran, hanya 85% sahaja digunakan. Diesel,
biodiesel, gasoline, propana, gas asli, minyak, kayu dan arang batu semu
menghasilkan karbon monoksid bila dibakar. Hal ini lebih ketara dalam
kereta lama membakar kurang bahan api dan bahan api yang tidak terbakar
adalah punca jawab kepada masalah pencemaran seperti ditunjukkan di
bawah.

Pembakaran lengkap

Bahan api fosil + Oksigen Karbon dioksida + Air


O2 CO2 H2O

Pembakaran tidak lengkap menghasilkan karbon monoksida

kurang oksigen
Bahan api fosil + Oksigen Karbon Monoksida + Air
O2 CO H2O

31
MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR WAJ 2022 IPGKPT

Terdapat empat jenis pencemaran udara, iaitu akibat daripada:

 karbon monoksida
 hidrokarbon
 nitrogen oksida
 Jirim-jirim zarah

Di kawasan bandar yang sesak, lebih 95% CO yang dikeluarkan


disumbangkan oleh kenderaan atas jalanraya dan luar jalanraya. Sumber-
sumber lain CO adalah pemanas industri dan relau pembakar, pemanas gas
yang rosak atau tak berbahan api dan alat-alat pemanas. Gas karbon
monoksida tidak mempunyai bau, rasa dan warna. Oleh itu manusia tidak
dapat mengesan kehadirannya. Namun begitu peratusan yang tinggi dalam
udara mengurangkan pengambilan oksigen dan boleh jadi beracun atau
membunuh manusia dan binatang. Impak kesihatan Keracunan Karbon
Monoksid mudah penat, sakit kepala, pening, mual. Ia juga boleh
menyebabkan pemanasan global, menjadi satu komponen dalam kabut.

Hidrokarbon dilepaskan ke atmosfera hasil daripada pembakaran


tidak lengkap bahanapi fosil, dan penyejatan bahanapi. Sebanyak 47%
daripada hidrokarbon yang dilepaskan ke atmosfera adalah akibat
kenderaan atas-jalanraya dan luar-jalanraya. Hidrokarbon mempunyai bau
kuat. Bauu kuat daripada enjin kenderaan diesel adalah disebabkan
kehadiran hdrokarbon.

Bila hidrokarbon dicampur dengan NOx dan matahari, ozon


dihasilkan. Ia juga menyumbang satu komponen penting dalam penghasilan
kabut , jerebu yang bewarna coklat yang boleh kerengsaan dan kerosakan
pada mata, kulit dan paru-paru. Ia mengeringkan selaput pelindung pada
hidung dan tekak, menganggu kebolehan badan untuk melawan penyakit.
Hidrokarbon adalah dalam bentuk gas, mempunyai bau kuat, bercampur
dengan Nox untuk menghasilkan ozon, is boleh menjadi toksik kepada
manusia. Nitrogen oksid (Nox) dihasilkan apabila nitrogen (N2) dan oksigen
(O2) bercampur pada suhu dan tekanan tinggi semasa pembakaran
bahanapi. Semua bahanapi, seperti gasolin, disel, biodisel, propane,
arangbatu, dan etanol, megeluarkan NOx bila dibakar. Nitrogen oksid
dihasilkan daripada kenderaan, penjanaan kuasa dan daripada industri,

32
MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR WAJ 2022 IPGKPT

komersial dan rumah kediaman. Ia kepada pebagai masalah kesihatan


seperti masalah pernafasan dan persekitaran. Ia juga tidak mengeluarkan
berbau dan bergabung dengan ampaian-ampaian di udara menghasilkan
kabut yang coklat-merah dan merupakan menyumbang kepada kesan
rumah hijau melalui pemanasan global dan perubahan cuaca dan hujan asid

Zarah-zarah berjirim adalah sejenis pencemaran udara yang mana


jirim-jirim diibebaskan ke dalam udara daripada bahanapi yang membakar
untuk tenaga.

Rajah 3.4. Zarah-zarah berjirim dan kesannya

Ia terdiri daripada zarah-zarah yang sangat kecil yang tidak boleh


dilihat dengan mata kasar dalam lingkungan beberapa mikrometers (µm)
saiznya. Zarah-zarah kecil ini dihasilkan daripada ekzos bahanapi yang
terbakar pada kenderaan, rumah, dan industri adalah punca utama
pencemaran diudara. Selain itu, aktiviti-aktiviti seperti membakar kayu atau
bahanapi pada unggun api dan barbeku boleh melepaskan jelaga (soot) ke
udara. Satu contoh kehadiran zarah-zarah pepejal di udara adalah jerebu
yang berlaku di negara kita setiap tahun. Zarah-zarah ini bila di hidu, boleh
menyebabkan kesukaran untuk bernafas untuk mereka yang sedia ada
mempunyai masalah respiratori dan boleh memburukkan lagi serangan
asma. Ia juga boleh memburukkan keadaan persekitaran dengan
menyumbang kepada kehadran kabut, hujan asid, kesan rumah hijau dan
kebocoran pada lapisan ozon.

33
MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR WAJ 2022 IPGKPT

Pencemaran Air

Pencemaran air adalah pencemaran pebagai jenis air (contohnya


tasik, sungai, lautan dan air dalam tanah). Pencemaran air berlaku apabila
bahan tercemar dikeluarkan secara langsung atau tidak langsung ke dalam
air tanpa rawatan yang sesuai untuk mengeluarkan bahan sebatian yang
berbahaya . Keadaan ini mempengaruhi pokok dan organisma air; bukan
sahaja merosakkan spesies dan populasi, tetapi juga komuniti biologi.
Beberapa punca pencemaran air adalah:

• Kumbahan dan bahan buangan


• Bahan buangan industri
• Pencemaran akibat minyak
• Pemendapan atmosfera
• Pembuangan marin
• Bahan buangan radioaktif
• Kebocoran storan bawah tanah
• Pemanasan global
• Eutrofikasi (menambah nutrien pada tanah)

Bahan kumbahan dan buangan adalah daripada aktiviti domestik di


rumah, amalan-amalan industri dan pertanian boleh menyebabkan
pencemaran yang boleh menyebabkan pencemaran tasik dan sungai. Ia
mengandungi najis, air kencing dan bahan buangan basuhan. Terdapat
berjuta manusia di Bumi, jadi merawat bahan kumbahan adalah sangat
penting. Pembuangan bahan kumbahan adalah masalah major pada negara
membangun sebab kebanyakan orang di kawasan-kawasan ini tidak
mempunyai akses kepada keadaan sanitari dan air bersih. Air yang tidak
dirawat boleh mencemarkan persekitaran dan menyebabkan penyakit-
penyakit seperti cirit birit. Bahan kumbahan di rawat di logi rawatan air dan
di lepaskan ke laut.

Selain itu, bahan buangan industri ke dalam air seperti asbestos,


plumbum, raksa merbahayakan kesihatan dan boleh menyebabkan
penyakit. Unsur-unsur logam seperti raksa dan plumbun tidak boleh mereput
dan amat sukar dibersihkan apabila tercemar. Nitrat dan fosfat adalah
bahan-bahan kimia yang biasa digunakan di dalam baja. Akibat penggunaan

34
MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR WAJ 2022 IPGKPT

baja yang bertambah, nitrat di alirkan dari tanah ke sungai dan tasik dan
mencemarkan air. Hal ini menyebabkan kejadian seperti eutrofikasi berlaku
di tasik-tasik dan menganggu hidupan marin disitu.

Pencemaran minyak juga merupakan satu penyumbang kepada


pencemaran air di bumi kita. Laut dicemar oleh minyak setiap hari akibat
tumpahan minyak, perkapalan dan pembuangan. Sebanyak 12% daripada
minyak yang masuk ke dalam laut, lainnya daripada aktiviti-aktiviti
perkapalan. Keadaan ini sangat bebahaya dan boleh membunuh hidupan
laut seperti ikan, burung dan memerang. Hal ini demikian kerana minyak
tidak boleh larut dalam air dan menghasilkan enapan yang pekat di dalam
air, yang boleh melemaskan ikan, terperangkap pada bulu burung dan
menghalang fotosintesis daripada berlaku pada tumbuhan apabila ia
tertumpah pada tumbuhan marin.

Satu lagi faktor yang merupakan punca pencemaran air adalah


pembuangan marin. Ia berlaku apabila manusia membuang sampah sarap
sewenang-wenangnya ke dalam air tasik, sungai atau laut. Bahan-bahan
yang dibuang mengambil masa yang berbeza untuk mereput di dalam air,
contohnya;

• Kadbod – 2 minggu
• Surat khabar - 6 minggu
• Bungkusan photodegradable – 6 minggu.
• Foam – 50 tahun
• Styrofoam – 80 tahun.
• Aluminium – 200 tahun
• Bungkusan plastik – 400 tahun
• Gelas – sangat lama dan tidak boleh ditentukan

Hujan asid adalah satu pencemaran air yang berlaku akibat


pencemaran udara. Ia berlaku apabila terdapat zarah-zarah air bercampur
dengan karbon dioksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida di atmosfera, lalu
menghasilkan asid lemah. Bila hujan, air dicemar dengan gas-gas ini dan
mejadi berasid. Hujan sebegini dipanggil hujan asid. ujan asid
mencemarkan habitat air seperti sungai dan tasik.

35
MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR WAJ 2022 IPGKPT

Pencemaran bunyi

Pencemaran bunyi adalah berbeza daripada pencemaran-


pencemaran lain kerana pencemarannya hilang atau berhenti apabila punca
pencemaran dihentikan. Tiada bahan kimia yang masuk ke udara atau air.
Selain itu, ia memberi tekanan kepada yang terlibat, yang menjurus kepada
penyakit-penyakit lain. Bunyi diukur dalam unit desibel, dan kekuatan dan
kenyaringan bunyi menentukan tahap pencemarannya. Namun, satu bunyi
mungkin sangat bising kepada seorang individu tetapi ia biasa-biasa sahaja
kepada invidu yang lain. Jadual 3.1 menunjukkan tahap-tahap bunyi dan
kesan yang mungkin terhadap seseorang individu yang terdedah
kepadanya.

Jadual 3.1
Kekuatan bunyi

Kekuatan Kesan
Punca bunyi
(desibel)
Pelancaran 180 Berbahaya
roket
Tembakan pistol 140 Berbahaya (diambang sakit)
Jet 130 Boleh mendatangkan bahaya jika: 3.5
min sehari
Hon kereta 120 Boleh mendatangkan bahaya jika: 7.5
min sehari
Kelab malam 110 Boleh mendatangkan bahaya jika: 30
min sehari
Pemotong 105 Boleh mendatangkan bahaya jika: 1
rumput jam sehari
Lori/jeritan 90 Boleh mendatangkan bahaya jika: 8
jam sehari
Jam penggera 80 menjengkelkan

Penipisan Lapisan Ozon

Apakah fungsi lapisan ozon? Mengapa lapisan ozon semakin


menipis? Ozon secara kimianya merupakan gas yang mengandungi tiga
atom oksigen (O3). Lapisan ozon berkedudukan di atas lapisan awan dan
dikenal pasti sebagai lapisan stratosfera. Jaraknya adalah lebih kurang
antara 20-50 km daripada bumi. Ia berperanan sebagai pelindung bagi
sinaran bahaya ultra ungu (UV).

36
MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR WAJ 2022 IPGKPT

Rajah 3.5. Kedudukan lapisan ozon dari bumi

Kini, lapisan ozon dunia didapati semakin menipis. Pada Oktober


1987, penyelidikan NASA mendapati lapisan ozon di Antartika menipis
sebanyak 95% terutama bagi musim bunga manakala di Artik dan ruangan
angkasa Greenland pada musim salji. Lapisan ozon di bahagian Ottawa,
Kanada juga didapati menipis kira-kira 25% penerimaan sinar UV
berbanding tahun 1950-an. Lubang ozon di atas Kutub Selatan pada tahun
2006 membuktikan bahawa kerosakan lubang ozon masih terus berlanjutan
sampai saat ini yang luasnya mencapai 29 juta km2.

Rajah 3.6. Lubang ozon di Antartika yang digambarkan oleh


NASA pada tahun 2006

Mengumpul Maklumat
Cuba cari berapa besarkah „lubang‟ ozon pada masa kini di
Antartika.

37
MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR WAJ 2022 IPGKPT

Fenomena penipisan lapisan ozon stratosfera oleh bahan kimia


chlorofluoromethane (atau biasa disebut sebagai chlorofluorocarbon – CFC)
pertama kali disampaikan oleh dua orang ilmuwan Amerika, Rowland dan
Molina, dalam Jurnal Nature pada tahun 1974. Penipisan lapisan ozon
merupakan salah satu masalah alam sekitar yang harus segera ditangani
kerana setiap penipisan lapisan ozon sebesar 10% akan menyebabkan
kenaikan intensiti sinar ultra violet (UV) sebanyak 20%.

Hujan asid

Hujan asid adalah istilah yang diperkenalkan oleh seorang inspektor


kilang dalam pertengahan abad yang lalu di Manchestor, United Kingdom.
Apakah di yang dimaksudkan dengan hujan asid? Hujan asid adalah satu
istilah yang umum berkaitan dengan asid dan bahan-bahan pencemaran
yang bersifat asid dalam hujan, salji dan wap awan. Istilah ini
membayangkan komponen semulajadi dan juga komponen buatan manusia.

Bagaimana pertambahan keasidan boleh berlaku dalam air hujan?


Pertambahan keasidan air hujan diakibatkan oleh pertambahan kepekatan
gas-gas berasid ke dalam atmosfera seperti gas sulfur dioksida dan nitrogen
dioksida. Pertambahan keasidan hujan juga adalah disebabkan oleh buatan
manusia yang mengeluarkan gas-gas buangan daripada kilang, ekzos
kenderaan, penjanaan kuasa elektrik dan juga bahan api fosil serta aktiviti
perindustrian yang menghasilkan gas klorin. Oleh yang demikian bukan
hanya air hujan didapati bertambah berasid tetapi juga hujan ais dan kabus.
Jadi mendapan asid adalah satu istilah yang biasanya digunakan bagi
semua keasidan yang diakibatkan oleh wap, gas dan zarah.

38
MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR WAJ 2022 IPGKPT

Rajah 3.7. Hujan asid

3.1.2 Punca Isu

Setelah mengetahui tentang isu-isu alam sekitar semasa, kita perlu


pula mencari maklumat tentang punca-punca bagi isu alam sekitar. Antara
puncanya ialah disebabkan oleh penggondolan hutan, pertambahan
penduduk, bencana alam, pembangunan, penggunaan teknologi, aktiviti
manusia, eksploitasi sumber dan pertanian. Untuk mengkaji lebih lanjut
tentang punca-punca alam sekitar, mari kita gunakan kaedah secara inkuri
dengan cara mengikuti langkah-langkah seperti ditunjukkan dalam Rajah 3.8
berikut.

39
MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR WAJ 2022 IPGKPT

Mengenal pasti masalah

Membuat andaian/Hipotesis

Merancang strategi penyelesaian

Mengumpul maklumat yang berkaitan

Mengkaji dan menganalisis maklumat yang dikumpulkan

Membuat generalisasi atau rumusan

Cadangan penyelesaian dan pelan tindakan

Rajah 3.8. Kaedah pengajaran dan pembelajaran melalui inkuiri

Berikut adalah dua contoh hasil kajian yang boleh dijadikan panduan
bagi membuat laporan apabila menggunakan kaedah inkuiri.

40
MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR WAJ 2022 IPGKPT

MASALAH 1: TANAH RUNTUH DI KAWASAN LERENG BUKIT

HIPOTESIS: Tanah runtuh di lereng bukit disebabkan


pembangunan

STRATEGI: Mengkaji
 struktur tanah
 kecerunan kawasan
 tekstur tanah-kelekitan
 jenis tumbuhan tutup bumi

MENGUMPUL MAKLUMAT:

Pemerhatian
 pemasangan paip air utama
 pemotongan lereng tidak terancang
 tidak berteres
 kawasan terlalu cerun
 tiada tindakan susulan
- gagal menanam semula tumbuhan
- tiada cerucuk sebagai penahan tanah
 tanah terdedah
 tekstur tanah
- tanah liat dan tanah pasir
- berstruktur kering dan longgar akibat terdedah
langsung kepada iklim
 jenis tumbuhan
- tiada tumbuhan tutup bumi
- kurang tumbuhan berakar yang boleh mencengkam
tanah
ANALISIS:

 cerun yang terdedah tanpa struktur penyokong akan


mengakibatkan larian air dan hakisan

RUMUSAN

Pembangunan kurang terancang dan terkawal menyebabkan tanah


runtuh

CADANGAN PENYELESAIAN

1. Pastikan sebarang pembangunan mendapat kelulusan EIA


2. Kurangkan aktiviti pembangunan di lereng bukit
3. Lakukan pemantauan yang kerap
4. Tindakan pencegah tanah runtuh perlu disegerakan.

41
MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR WAJ 2022 IPGKPT

MASALAH 2: PENCEMARAN BAU

HIPOTESIS:
 Tangki septik
 Pembuangan sampah
 Air bertakung

STRATEGI:
 Lawatan ke sekitar kawasan
 Temubual dengan pekerja dan pengurus

MENGUMPUL MAKLUMAT

 pemerhatian lawatan ke
- kawasan longkang
- tangki septik
- stor simpan sampah

 temubual
- pengurusan
- pekerja

DAPATKAN MAKLUMAT

 bau berpunca daripada tangki septik (hasil temuramah)


 sebab-sebab tangki septik sudah lama tidak
dikosongkan
 air mandian panas masuk ke dalam tangki septik dan
mengeluarkan bau

HASIL PEMERHATIAN

 longkang dan tangki septik septik berbau


 dapur dan stor sampah tidak berbau

RUMUSAN

Bau dari tangki septik

CADANGAN PENYELESAIAN

 laporkan kepada Majlis Daerah


 kuatkuasakan jadual pembersihan tangki
 asingkan sisa mandian daripada tangki septik

42
MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR WAJ 2022 IPGKPT

Latihan
Aktiviti 1: Pengajaran dan Pembelajaran Melalui Inkuiri

Secara berpasangan, gunakan kaedah inkuiri seperti


contoh yang telah ditunjukkan untuk melaksanakan kajian
berkaitan satu isu alam sekitar di kawasan kampus atau
sekolah anda. Sediakan laporan lengkap tentang kajian itu
dan masukkan laporan tersebut ke dalam folio
pembelajaran.

3.1.3 Impak

Isu-isu alam sekitar yang telah dibincangkan boleh menyebabkan


kualiti hidup manusia menurun. Kekurangan sumber asli daripada bumi
seperti minyak, arang batu, logam dan mineral menyebabkan kos sara hidup
menjadi tinggi. Apabila permintaan untuk bahan-bahan ini melebihi
keperluan, harga bahan mentah akan melambung naik dan menyebabkan
manusia tidak boleh bergantung kepada bahan-bahan ini lagi.

Pencemaran dan hakisan yang berterusan yang tidak dikawal


menyebabkan sumber-sumber daripada tanah berkurangan atau mati.
Spesis-spesis tumbuhan dan haiwan akan mati dan pupus apabila tidak
mendapat keperluan asas mereka. Hal ini menyebabkan degradasi alam
dan sumber, apabila kitaran makanan tidak dapat dipenuhi oleh haiwan dan
tumbuhan menyebabkan berlaku ketakseimbanagn dalam organisma-
organisma yang hidup di bumi.

Pembakaran bahanapi fosil mengeluarkan gas rumah hijau seperti


karbon dioksida ke udara. Haba daripada matahari terperangkap didalam
atmosfera Bumi dan menyebabkan suhu global meningkat Peningkatan
suhu air menyebabkan kematian banyak organisma tanah dan akuatik.
Sebagai contoh; peningkatan suhu mengakibatkan pemutihan terumbu
karang diseluruh dunia menyebabkan kematian hidupan-hidupan marin
yang bergantung kepadanya.

Sejauhmanakah alam sekitar kita memberi keselesaan kepada


kehidupan dunia adalah bergantung kepada tindak-tanduk penduduk dunia
sendiri. Penggunaan sumber semula jadi yang berleluasa tanpa memikirkan

43
MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR WAJ 2022 IPGKPT

akibatnya akan memberikan kesan yang mendalam dan mungkin tidak


boleh diperbaiki. Sebenarnya, pada masa kini kita juga telah menghadapi
banyak masalah yang berkaitan dengan kesan akibat alam sekitar yang
tercemar. Seperti yang kita telah bincangkan di atas tentang pelbagai punca
isu alam sekitar, bolehkah anda nyatakan kesan isu-isu tersebut? Aktiviti
berikut akan membolehkan anda mengetahui lebih mendalam lagi tentang
kesan isu alam sekitar.

Latihan
Aktiviti 2: Mengkaji Isu Alam Sekitar

Petikan 1 dan 2 adalah keratan akhbar yang menunjukkan


beberapa isu alam sekitar di Malaysia.

(i) Teliti petikan tersebut dan kenal pasti punca, masalah dan
kesan isu yang dinyatakan.
(ii) Cadangkan tiga cara bagaimana isu alam sekitar tersebut
dapat diatasi. Masukkan cadangan tersebut ke dalam folio
pembelajaran anda.

44
MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR WAJ 2022 IPGKPT

Letters to the Editor The Star Thursday 26 August 2004

Save environment before it‟s too late

The recent efforts of The Star to highlight the massive pollution


of Tasik Chini and the gradual extinction of the fireflies in
Kuala Selangor must be highly commended.
For far too long, the apathetic attitude of our authorities to
prevent or reduce such degradation of our environment has
only served to encourage the more selfish members of the
populace to continue to abuse and damage our natural
heritage.
These are but two of the cases highlighted. All we have to do
is look around us and we can see examples of such abuses
daily.
The indiscriminate dumping of rubbish, the uncontrolled
clearing of hills and water catchment areas. The list goes on.
Just take a cruise up the Straits of Malacca and you would not
fail to notice the large, unsightly patches of rubbish (mainly
plastic bags and polystyrene materials) floating in the sea off
the mouths of the many waterways flowing from the Malaysian
coast.
Why are all these to go on? At the national level, we have a
ministry specifically tasked with protecting the environment
and every state we have an executive councilor in charge of
the environment.
They should be proactive and have in place programmes and
systems to monitor any potential damage to the environment
and highlight these problems to the relevant enforcement
agencies for corrective actions to be taken before more
damage is done.
They should not wait for the media to highlight the problem
and the Sultan to reprimand them before they would act.
I agree with the views of the Malaysian Nature Society that a
holistic approach is needed. Apart from the policing and
controlling of pollution, an integrated approach to address the
polluting factors should be implemented. In addition, educating
and even rewarding good environmental practice should be
encouraged.

Mah Chee Wah, Johor Baru

Petikan 3.1. Keratan akhbar „Selamatkan Alam Sekitar‟

45
MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR WAJ 2022 IPGKPT

Just the spark we need to protect nature‟s wonder

Firstly, I would like to congratulate The Star for being at the


forefront of environmental journalism.

Your recent articles on Tasik Chini and the fireflies coupled


with your weekly environment articlesin StarTwo are well
researched and objective.
Twenty years ago, scientists had warned the loss of beaches
to development and the continued consumption of turtle
eggs will lower the turtle count in Malaysian waters.
Today leatherback turtle landins are fewer than 100 per year
while successful hatchlings have not been recorded in the
last few years.
Worse still, the once common hawksbill turtle is now also in
danger of extinction.
A little less than 10 years ago, scientists and NGOs had
warned about the threats to the fireflies. The fireflies of Kuala
Selangor are only one of two colonies in the world, which
flash synchronously.
Previously, this phenomenon occurred along 6 km of the
Sungai Selangor. Today they are barely visible in two spots
along the river.
Today, a controversy is raging on Pulau Tioman. Previously
labeled as one of the most beautiful islands in the world,
Tioman now lives in the shadow of having been scarred by
development.
Adding insult to injury, plans are already afoot to put in a
multi million ringgit marina and new airstrip. Coral reefs have
been earmarked for destruction and locals are being asked
to leave.
If we are to repeat these mistakes notwithstanding the
vindicating evidence of recent past, then we deserve to be
called a third world nation.
How ironic it is that while we can build skyscrapers, high
tech townships, bridges kilometers long and put satellites in
orbit, we can still fail to protect a colony of fireflies which is
so unique in the world

The Dugong Dude, Kuala Lumpur

Petikan 3.2. Keratan akhbar „Lindungi Alam Semulajadi‟

46
MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR WAJ 2022 IPGKPT

Memikir
Adakah Bumi Kita Selamat?

Arahan: Baca petikan berikut.

Bumi milik kita bersama. Walaupun kita berbeza bangsa,


bahasa atau agama, bumi tempat tinggal kita. Anehnya
banyak perkara yang tidak wajar telah kita lakukan terhadap
bumi.
Atas dasar pembangunan, kita memusnahkan hutan dan
mencemari udara, sungai serta laut. Tindakan ini bukan
sahaja membahayakan nyawa kita tetapi generasi akan
datang. Banyak spesis tumbuhan dan haiwan telah diancam
kepupusan dan ada yang telah pupus.

Dalam keghairahan mengejar kemajuan, kejahilan mengenai


alam dan sifat tamak akan menyebabkan kerosakan yang
berkekalan.
Kita mestilah menggunakan sumber semulajadi dengan bijak
supaya hidupan terus hidup.
Kita mesti belajar menghargai nilai kehidupan, alam
semulajadi dan kita harus menggunakan teknologi dengan
bijak agar tidak membahayakan diri sendiri dalam jangka
masa panjang kerana hanya bumi tempat tinggal yang kita
miliki.

Petikan 3.3. Adakah bumi kita selamat?

Latihan
Aktiviti 3: Kartun Isu-Isu Alam Sekitar

Pepatah ada mengatakan bahawa “suatu gambar boleh memberikan


beribu perkataan dan makna.” Gambar juga boleh mencetuskan
pelbagai imaginasi kita. Majalah, suratkhabar dan buku tentang alam
sekitar serta bahan daripada organisasi alam sekitar merupakan
sumber gambarfoto, lukisan dan gambarajah yang boleh digunakan
untuk membina, membangun dan meransangkan pengetahuan serta
imaginasi pelajar.

Secara berpasangan, perhatikan gambar kartun berikut dan jawab


soalan yang berkaitan dengannya. Hantar jawapan ke dalam folio
pembelajaran anda.

47
MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR WAJ 2022 IPGKPT

Rajah 3.9. Situasi 1

Rajah 3.10. Situasi 2

48
MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR WAJ 2022 IPGKPT

Rajah 3.11. Situasi 3

Rajah 3.12. Situasi 4

Rajah 3.13. Situasi 5

49
MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR WAJ 2022 IPGKPT

Rajah 3.14. Situasi 6

(i) Apakah masalah alam sekitar yang dapat diperhatikan pada setiap
situasi dalam rajah berikut?

Rajah 3.9
Rajah 3.10
Rajah 3.11
Rajah 3.12
Rajah 3.13
Rajah 3.14

(ii) Nyatakan punca-punca masalah tersebut.


(iii) Apakah kesan-kesan akibat daripada masalah tersebut?
(iv) Bagaimanakah anda dapat mengatasi masalah tersebut
sekarang dan di masa hadapan?

Rujukan

Garg, R. (1994). Environment Quiz Book. Malaysia: S.Abdul Majeed dan Co.
Publishing Division.

Institute of Islamic Understanding Malaysia. (2004). The environment: A gift


of God. (2nd ed.). Kuala Lumpur: IKIM Publishing Unit.

Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar Malaysia. (1991). Isu-Isu


Semasa Sains dan Teknologi. Petaling Jaya: Koperasi Pencetakan
Malaysia Berhad.

50
MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR WAJ 2022 IPGKPT

Bahan Bacaan

Untuk bacaan tambahan, sila rujuk laman sesawang berikut:

http://en.wikipedia.org/wiki/Ozone_layer

http://www.nepa.gov.jm/resource-material/pdf/The_Ozone_Layer...

http://en.wikipedia.org/wiki/Acid_rain

http://www.epa.gov/acidrain/effects/

http://www.epa.gov/.../ch1intro...

http://www. dge.stanford.edu/SCOPE/.../SCOPE_1_5.0_Environ_Problems
_21-26.pdf

http://omicsonline.org/scientific-reports/2157-7617-SR-632.pdf

Rehat

51
MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR WAJ 2022 IPGKPT

TAJUK 4.0 MENANGANI ISU ALAM SEKITAR DI MALAYSIA

Sinopsis

Tajuk empat adalah tentang cara untuk menangani isu alam sekitar di
Malaysia iaitu melalui Perundangan dan Penguatkuasaan, Bukan
Perundangan dan Pengurusan Risiko Bencana.

Hasil Pembelajaran

 Menjelaskan tentang Perundangan dan penguatkuasaan, Bukan


Perundangan dan Pengurusan risiko bencana.

Kerangka Tajuk

Rajah 4.1. Kerangka Tajuk Empat

4.1 Perundangan dan Penguatkuasaan


4.1.1 Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974

Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta 127) (kemudian daripada ini
dikenali sebagai Akta 127) merupakan suatu akta berhubung dengan
mencegah, menghapus, mengawal pencemaran dan membaiki alam
sekeliling dan bagi maksud-maksud yang berkaitan dengannya. Ianya telah
dikuatkuasakan pada 15 April 1975 dan sejak itu ia telah mengalami empat
kali pindaan iaitu padatahun 1995, 1996, 1998 dan 2001 untuk
meningkatkan perlaksanaan penguatkuasaan.

52
MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR WAJ 2022 IPGKPT

Satu peraturan bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang telah
dikuatkuasakan dala tahun 1979 menghendaki semua industri mengolah air
buangan untuk mengasingkan bahan pencemar ke paras yang selamat
sebelum dilepaskan ke mana-mana saliran air daratan. Sisa toksik yang
tidak boleh diolah perlu dibakar, dikitar semula atau dihapuskan dengan
cara yang selamat seperti ditanam. Dalam pembinaan infrastruktur,
contohnya jalanraya, rancangan yang teliti harus dibuat. Pembukaan tanah
untuk projek perumahan dan pembandaran perlu disertakan dengan pelan
penanaman tumbuhan.

Pihak berkuasa mesti mensyaratkan pemulihan kawasan hijau


sebelum sesuatu projek pembangunan diluluskan. Alam sekitar haruslah
diurus dengan teliti dan teratur dalam sebarang aktiviti ekonomi atau
pembangunan. Alam sekitar dengan keseimbangan ekologinya yang unik
tidak harus dikorbankan demi kepentingan manusia semata-mata.
Penguatkuasaan akta ini adalah di bawah seksyen berikut:

 Pencemaran Udara (Seksyen 20)


 Pencemaran Bunyi Bising (Seksyen 23)
 Pencemaran Tanah (Seksyen 24)
 Pencemaran Perairan Daratan (Seksyen 25)
 Pencemaran Minyak (Seksyen 29)

4.1.2 Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172)

Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) diperbuat


menurut perkara 76(4) Perlembagaan Persekutuan. Ianya hanya
berkuatkuasa di negeri-negeri Semenanjung Malaysia. Walau
bagaimanapun pemakaian bagi negeri-negari hanya boleh dibuat pada
suatu tarikh yan ditetapkan oleh pihak berkuasa negeri yang berkenaan
dengan persetujuan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Bagi
negeri Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ianya
menggunakan undang-undang perancangannya sendiri.

53
MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR WAJ 2022 IPGKPT

Pada asalnya Akta 172 ini mengandungi 9 bahagian dengan 59 seksyen


dan kemudiannya telah dipinda sebanyak 3 kali iaitu antara tahun 1993
hingga tahun 2001.

Akta Perancangan Bandar Dan Desa (Pindaan)1993 (Akta A866)

Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) telah dipinda
pada tahun 1993 dan dikenali dengan Akta A866. Akta ini dipinda dengan
memasukkan peruntukkan berhubung aktiviti pembetungan agar ianya
selaras dengan Akta Perkhidmatan Pembetungan 1993 (Akta 508) yang
diwujudkan pada tahun yang sama.

Akta Perancangan Bandar Dan Desa (Pindaan) 1995 (Akta A933)

Pada tahun 1995, sekali lagi Akta Perancangan Bandar dan Desa
1976 (Akta 172) dipinda bagi menangani kelemahan yang wujud akibat
pembangunan yang mengabaikan pemeliharaan alam sekitar khususnya
yang berkaitan dengan perintah pemeliharaan pokok. Keseluruhan
peruntukkan berkaitan dengan perintah pemeliharaan pokok ini dapat dilihat
di Bahagian 5A bermula dari seksyen 35A hingga 35H Akta 172.

Akta Perancangan Bandar Dan Desa (Pindaan) 2001 (Akta


A1129)

Sekali lagi Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172)
dipinda dan dikenali sebagai Akta Perancangan Bandar dan Desa (Pindaan)
2001 (Akta A1129). Ianya dibuat bagi menangani masalah yang timbul
khususnya dalam sektor hartanah dan mewujudkan peranan kerajaan
persekutuan dalam hal ehwal Perancangan Bandar dan Desa selaras
dengan semangat tanggungjawab bersama yang diperuntukkan dalam
Perlembagaan Persekutuan. Akta ini juga memuatkan dua bahagian baru
dan memperkenalkan beberapa pendekatan baru khususnya dalam sistem
rancangan pemajuan dan juga kawalan perancangan ke dalam Akta 172.

54
MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR WAJ 2022 IPGKPT

4.1.3 Akta Perhutanan Negara 1984 (Akta 313)

Akta Perhutanan Negara 1984 merupakan suatu akta untuk


mengadakan peruntukan bagi pentadbiran, pengurusan dan pemuliharaan
hutan dan pembangunan perhutanan dalam Negeri di Malaysia. Akta ini
bertujuan mengadakan peruntukan bagi pentadbiran, pengurusan dan
pemuliharaan hutan dan pembangunan perhutanan di negeri-negeri.
Digubal menurut Fasal 1(b) Perkara 76. Perlembagaan Persekutuan Akta
313 diwartakan pada 31 Disember 1984 dan diterimapakai oleh semua
negeri di Semenanjung melalui Enakmen Perhutanan (Pemakaian) negeri
masing-masing. Akta ini telah dipinda pada tahun 1993 sejajar dengan
perkembangan semasa sektor perhutanan serta berlakunya masalah
pencerobohan dan kegiatan pembalakan haram secara berleluasa.

Rajah 4.2. Statistik pembalakan haram di Sarawak


(Sumber: MAFF Statistics, 2010)

55
MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR WAJ 2022 IPGKPT

4.1.4 Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972

Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972 merupakan suatu Akta untuk


mengadakan peruntukan bagi perlindungan dan pemuliharaan hidupan liar
dan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya. Pindaan akta ini telah
dilaksanakan pada 2010 dan dinamakan Akta Pemuliharaan Hidupan Liar
2010. Akta ini terpakai bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah
Persekutuan Labuan.

 Sumbu Badak - 10,000 USD / kilo


 Hempedu Beruang - 1,000 USD / 250 cc
 Tulang Harimau - 400 USD / kilo
 Kulit Harimau - 50,000 USD
 Gading Gajah - 400 USD / kilo
 Gaharu Gred Super A - RM 13,000 / kilo
 Gaharu Gred A - RM 7,000 / kilo
 Gaharu Gred B1-B2 - RM 1,500 - 3,000 /kilo
 Gaharu Gred C1-C5 - RM 80 - 1,500 / kilo
 Gaharu Gred D - RM 7.00 – 15.00 / kilo

Rajah 4.3: Sumber asli negara mempunyai nilai yang tinggi

Rajah 4.4: Bahagian Harimau belang yang di rampas oleh


Jabatan PERHILITAN

56
MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR WAJ 2022 IPGKPT

Tahun Jumlah Kes Selesai Belum Selesai Hasil (RM)

2005 25 22 3 75,220.00

2006 60 45 15 87,850.00

2007 57 33 24 101,800.00

JUMLAH 142 100 42 264,870.00

Rajah 4.5: Bilangan kes penyeludupan hidupan liar di Malaysia dalam


tempoh 2005 hingga 2007 (Sumber: Jabatan PERHILITAN)

Aktiviti 1: Ancaman Hidupan Liar


Baca keratan akhbar yang berikut dengan teliti. Kenal
pasti isu, punca dan cara mengatasinya.
Masukkan hasil kerja ke dalam folio pembelajaran anda.

57
MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR WAJ 2022 IPGKPT

KOSMO 18 Mei 2014

Seramai tiga orang lelaki ditangkap iaitu dalam lingkungan umur 20-an hingga 30-
an di sebuah rumah kongsi yang salah satu biliknya dijadikan stor penyimpanan
tenggiling. Pihak Perhilitan melakukan kerjasama dengan banyak agensi
penguatkuasaan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kastam, Maritim Malaysia
(APMM), Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) dan Perkhidmatan Kuarantin dan
Pemeriksaan Malaysia (Maqis) bagi membanteras penyeludupan hidupan liar.

Biarpun kelihatan jinak, Penolong Pengarah Kanan Perhilitan, Joil Bombon, 36,
berkata, tenggiling merupakan haiwan prasejarah dan tidak mungkin ia dapat
hidup sebagai binatang peliharaan. Tenggiling merupakan spesies hidupan liar
yang dilindungi sepenuhnya di Semenanjung Malaysia. Ia disenaraikan dalam
Jadual Kedua Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716). Haiwan itu sama
sekali tidak boleh dipelihara, disimpan, diniaga atau sebagainya. Tiada permit
khas yang dikeluarkan bagi pemilikan oleh Jabatan Perhilitan. Terdapat lapan
spesies tenggiling di dunia tetapi hanya satu yang didapati di Malaysia iaitu Manis
javanica atau dikenali sebagai Malayan pangolin. Selalunya, Joil akan terus ke
tempat kejadian apabila terdapat tangkapan bagi memastikan kesahihan haiwan
yang ditangkap sebagai bukti di mahkamah nanti.

Malaysia dianggap sebagai negara transit dari negara asal sebelum dijual di
negara-negara yang terdapat permintaan tinggi terhadap tenggiling.Terdapat
beberapa jenis golongan yang terlibat dengan tangkapan tenggiling itu. Antaranya
ialah pekerja-pekerja ladang yang bekerja separuh masa dengan menangkap
tenggiling pada waktu malam. Ia disimpan dan dikumpul sebelum dijual kepada
peraih. Peringkat peraih merupakan golongan yang paling licik kerana mereka
melakukan aktiviti penyeludupan secara terancang.

Jalan penyeludupan pula meliputi semua laluan yang ada sama ada laut, udara
dan darat. Terdapat beberapa titik panas yang menjadi tempat pendaratan
berdasarkan maklumat hasil risikan dan intipan. Bagaimanapun, Joil menolak
untuk memberitahu kawasan-kawasan tersebut kerana ia merupakan rahsia
risikan dan tidak boleh didedahkan bagi mengelakkan berlaku perubahan cara
penyeludupan. Kemudian, tenggiling yang masuk ke Semenanjung Malaysia
dieksport ke negara-negara yang mempunyai pasaran menggunakan kargo laut
dan udara. Kaedah yang digunakan penyeludup juga telah berubah daripada
pengumpulan tenggiling secara tetap kepada cara pengumpulan secara runcit
akibat stor-stor haram kerap diberkas Perhilitan.

Mereka juga mempunyai hubungan antarabangsa yang akan menerima tenggiling


apabila berjaya diseludup. Para penyeludup juga mendapat bantuan tonto yang
sentiasa memantau pergerakan pihak berkuasa.

Tenggiling telah berkurun lama didagangkan di Asia. Sekitar tahun 50-an dan 60-
an, terdapat rekod sebanyak 10 tan haiwan tersebut dieksport dari Kepulauan
Borneo. Antara tahun 2000 hingga 2012, dianggarkan lebih kurang 69,000
tenggiling telah dirampas oleh agensi penguat kuasa di seluruh Asia Tenggara.

Petikan 4.1. Keratan akhbar tentang penyeludupan haiwan liar

58
MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR WAJ 2022 IPGKPT

4.2 Bukan Perundangan


4.2.1 Dasar Alam Sekitar Negara 2002

Pada bulan November 2002, Dasar Alam Sekitar Negara telah


dilancarkan dan memberi kesan terhadap pengurusan lestari alam sekitar
dan sumber asli di negara kita. Dalam Rancangan Malaysia ke 8 (2000-
2005), amat menekankan dan terus memberikan perhatian terhadap isu-isu
yang berkaitan dengan alam sekitar dan sumber-sumber asli scara
bersepadu untuk mencapai pembangunan lestari dan meningkatkan kualiti
hidup rakyat Malaysia. Dasar Alam Sekitar Negara (DASN) telah diwujudkan
untuk meneruskan kemajuan ekonomi, sosial dan budaya serta peningkatan
kualiti hidup rakyat Malaysia menerusi kesejahteraan alam sekitar dan
pembangunan lestari.

Tujuan Dasar Alam Sekitar Negara adalah untuk :-

 Alam sekitar yang bersih, selamat, sihat dan produktif bagi


generasi masa kini dan masa hadapan.

 Pemuliharaan kebudayaan dan warisan semulajadi yang unik


dan pelbagai dengan penyertaan berkesan semua sektor
masyarakat.

 Cara hidup, pola penggunaan dan pengeluaran yang lestari.

Terdapat lapan (8) prinsip di bawah Dasar Alam Sekitar Negara


untuk mengharmonikan matlamat pembangunan ekonomi dengan
kepentingan alam sekitar iaitu:

1. Pengawasan Alam Sekitar

 Menghormati dan berperihatin terhadap alam sekitar


mengikut standard moral dan etika yang tertinggi.

59
MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR WAJ 2022 IPGKPT

2. Pemuliharaan Ketahanan dan kepelbagaian Alam

 Memulihara ekosistem semula jadi untuk memastikan


keutuhan kepelbagaian biologi dan sistem-sistem sokongan
hidup.

3. Peningkatan Berterusan Kualiti Alam Sekitar

 Memastikan peningkatan berterusan dalam produktiviti dan


kualiti alam sekitar ketika mengejar objektif pertumbuhan
ekonomi dan pembangunan manusi.

4. Penggunaan Mapan Sumber-Sumber Asli

 Menguruskan penggunaan sumber asli untuk mengekalkan


asas sumber dan keutuhan alam sekitar.

5. Membuat Keputusan Bersepadu

 Mengintegrasikan dimensi alam sekitar ke dalam


perancangan dan pelaksanaan dasar, objektif dan mandat
semua sektor.

6. Peranan Sektor Swasta

 Memperkukuhkan peranan sektor swasta dalam perlindungan


dan pengurusan alam sekitar.

7. Komitmen dan Kebertanggungjawaban

 Memastikan semua pembuat keputusan di sektor awam dan


swasta, pengguna-pengguna sumber, pertubuhan bukan
kerajaan dan orang awam mempunyai komitmen tertinggi
terhadap perlindungan dan kebertanggungjawaban ke atas
alam sekitar ketika membentuk, merancang dan
melaksanakan aktiviti masing-masing.

8. Penyertaan Aktif dalam Masyarakat Antarabangsa

 Menyertai secara aktif dan berkesan dalam usaha serantau


dan sejagat ke arah pemuliharaan dan pembaikan alam
sekitar.

Strategi Hijau Malaysia arah ke hadapan

Dasar Alam Sekitar Negara juga bertujuan mengintegrasikan


pertimbangan alam sekitar ke dalam aktiviti pembangunan dan proses

60
MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR WAJ 2022 IPGKPT

membuat keputusan yang berkaitan, memupuk pertumbuhan ekonomi serta


kemajuan manusia jangka panjang, dan untuk melindungi dan memperbaiki
alam sekitar. Ia melengkapi dan menambah dimensi alam sekitar yang
terkandung dalam dasar kebangsaan yang lain, seperti dasar perhutanan
dan perindustrian, dan juga mengambil perhatian akan konvensyen
antarabangsa mengenai kepentingan sejagat. Strategi Hijau Malaysia akan
menumpukan ke arah bidang-bidang berikut:-

 Pendidikan dan kesedaran.

 Pengurusan berkesan sumber asli dan alam sekitar.

 Perancangan bersepadu pembangunan dan pelaksanaan yang


bersepadu.

 Pencegahan dan kawalan pencemaran dan kemerosotan alam


sekitar.

 Pengukuhan mekanisme pentadbiran dan keinstitusian.

 Pendekatan proaktif terhadap isu alam sekitar serantau dan sejagat.

 Pembentukan dan pelaksanaan Pelan-pelan tindakan.

4.2.3 Konvensyen antarabangsa

Pelbagai usaha telah dijalankan bagi memastikan kelestarian alam


sekitar menjadi suatu perkara yang menjadi perkara yang dititikberatkan
oleh seluruh umat manusia. Usaha-usaha ini meliputi pelbagai peringkat
baik dari peringkat tempatan, mahupun antarabangsa. Antara usaha yang
telah dilakukan oleh pihak antarabangsa adalah melalui Deklarasi Langkawi
(1989), Sidang Kemuncak Bumi di Rio de Janeiro (1992), dan Persidangan
Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2009 di Copenhagen.

Deklarasi Langkawi 1989

Deklarasi Langkawi adalah komitmen semua negara-negara


Komanwel (negara yang pernah dijajah oleh British) untuk menjaga dan
melindungi alam sekitar. Pada bulan Oktober 1989, Deklarasi Langkawi
telah berjaya dikeluarkan. Ia adalah bersempena Mesyuarat Ketua-Ketua
Kerajaan Negara Komanwel. Hasil deklarasi itu ialah mengakui bahawa

61
MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR WAJ 2022 IPGKPT

pencemaran dan pemusnahan alam sekitar telah bermula sejak zaman


penjajah lagi.

Sejarahwan J.S. Furnivall melaporkan bahawa zaman kolonial telah


menyebabkan kemerosotan alam sekitar yang hebat. Negara penjajahan
mahukan keuntungan lumayan dari pelaburan modal barat. Keuntungan dari
pelaburan itu adalah semata-mata bagi kepentingan negara mereka.

Agenda 21 (Persidangan Bumi) 1992

Sidang Kemuncak Bumi telah dilaksanakan di Rio de Janeiro pada


tahun 1992. Semasa Sidang Kemuncak Bumi ini diadakan, banyak usaha
telah diambil bagi menunjukkan betapa tingginya kesedaran sesetengah
pihak dalam memandang isu alam sekitar yang semakin hari semakin tenat
disebabkan pencemaran dari pelbagai sudut seperti tanah, air, dan udara.
Antara usaha yang dapat dilihat semasa sidang ini berlangsung adalah
melalui Agenda 21 dan Protokol Kyoto.

Rajah 4.5. Agenda 21

Agenda 21 merupakan perjanjian atau panduan yang dibentuk oleh


Persidangan Alam Sekitar dan Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu (UNCED) sewaktu sesi persidangannya di Rio de Janeiro (Sidang
Kemuncak Bumi) pada 1992. Agenda ini menggariskan beberapa perkara
yang harus dilaksanakan oleh negara-negara anggota PBB (yang menerima
pakai Agenda ini) seterusnya mengadakan laporan khusus (tahunan)
tentang perjalanannya di peringkat negara, dan kemudian diserahkan
kepada Majlis Pembangunan Mapan (CSD). Laporan tersebut antaranya
mengandungi kegiatan yang dilakukan yang memenuhi hasrat Agenda 21,

62
MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR WAJ 2022 IPGKPT

halangan dan cabaran yang dihadapi, serta isu-isu alam sekitar dan
pembangunan yang berkaitan.

Kenyataan prinsip dan dasar, pembinaan perancangan yang kukuh


dan usaha perlaksanaan berterusan kepada komitmen ini merupakan asas
penting untuk mencapai kelestarian. Persidangan Bumi (1992) telah
mengumumkan prinsip-prinsip berikut:

Prinsip 1:
Manusia menjadi fokus pembangunan lestari. Mereka berhak
menikmati kehidupan yang sihat dan produktif serta harmoni dengan
alam semulajadi.

Prinsip 2:
Selaras dengan perakuan Bangsa-Bangsa Bersatu dan prinsip
undang-undang antarabangsa, semua negara mempunyai hak
sepenuhnya untuk memanfaatkan sumber-sumbernya unutk
memantapkan polisi-polisi alam sekitar dan pembangunannya
sendiri, dan bertanggungjawab memastikan bahawa aktiviti-aktiviti di
bawah bidang kuasa dan kawalannya tidak menyebabkan kerosakan
alam sekitar negara lain atau kawasan melampaui batasan bidang
kuasa negaranya.

Prinsip 3:

Hak untuk membangun mesti ditunaikan bagi memenuhi keperluan


pembangunan dan alam sekitar yang saksama unutk generasi kini
dan akan datang.

Prinsip 4:
Untuk mencapai pembangunan lestari, perlindungan alam sekitar
hendaklah mengandungi proses pembangunan yang terkamir dan
tidak boleh dipertimbangkan secara berasingan.

63
MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR WAJ 2022 IPGKPT

Prinsip 5:
Semua Negara dan rakyat hendaklah bekerjasama membasmi
kemiskinan sebaga suatu keperluan yang wajib unutk pembangunan
lestari, dalam usaha mengurangkan perbezaan kualiti hidup dan
memenuhi keperluan majoriti penduduk dunia dengan lebih baik.

Prinsip 6:
Keadaan dan keperluan-kepeeluan khas negara membangun,
terutama negara kurang membangun dan terlalu terdedah kepada
bahaya alam sekitar haruslah diberi keutamaan khusus. Tindakan-
tindakan antarabangsa dalam bidang alam sekitar dan
pembangunan hendaklah juga mengambilkan kepentingan semua
negara.

Prinsip 7:
setiap negara hendaklah bekerjasama dalam semangat perkongsian
sedunia untuk memulihara, melindungi dan mengekalkan kesihatan
dan integriri ekosistem bumi. Memandangkan sumbangan yang
berbeza terhadap kemusnahan alam sekitar sedunia, negeri
mempunyai tanggungjawab yang sealiran tetapi berlainan. Negara
maju mesti memhami tanggungjawab yang sealiran tetapi berlainan.
Negara maju mesti memahami tanggungjawab yang mereka pikul
dalam susulan antarabangsa mengenai pembangunan lestari
memandangkan tekanan yang diberika oleh rakyat mereka ke atas
alam sekitar sedunia serta teknologi dan sumber kewangan yang
mereka kuasai.

Prinsip 8:
Untuk mencapai pembangunan lestari dan kualiti hidup yang lebih
baik untuk semua rakyat, negara hendaklah mengurang dan
memberhentikan pola-pola pengeluaran dan kepenggunaan yang
tidak lestari dan memajukan polisi-polisi demografi yang sesuai.

64
MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR WAJ 2022 IPGKPT

Prinsip 9:
Negara-negara hendaklah bekerjasama mengukuhkan keupayaan
masyarakat terpinggir untuk pembangunan lestari dengan
mempertingkatkan kefahaman saintifik dan teknologi dan dengan
mempertingkatkan pembangunan, penyesuaian, pengembangan dan
pemindahan teknologi baru dan inovatif.

Prinsip 10:
isu alam sekitar sebaik-baiknya ditangani dengan penyertaan semua
rakyat terkesan pada semua peringkat yang relevan. Pada peringkat
kebangsaan, setiap individu haruslah mempunyai akses yang sesuai
kepada maklumat mengenai alam sekitar yang diwujudkan oleh
pihak berkuasa awam, termasuk maklumat tentang bahan-bahan
merbahaya dan aktiviti-aktiviti di dalam komuniti mereka dan peluang
penglibatan mereka di dalam proses membuat keputusan. Negara
hendaklah membantu dan menggalakkan kesedaran dan
penglibatan awam dengan menyebar maklumat secara meluas.

Agenda 21 menekankan kepada alam sekitar dan pembangunan


yang seimbang dan mampan; program tindakan pembangunan mampan
global dan angka “ 21 “ menandakan abad ke-21; ditandatangani oleh lebih
178 wakil kerajaan termasuk Malaysia; dan mengandungi 40 bab yang
kesemuanya berhubung dengan pembangunan mampan; dan bab 28
Agenda 21 bertajuk ” Usaha Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Dalam
Menyokong Agenda 21.

65
MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR WAJ 2022 IPGKPT

Rajah 4.6: Jalinan kerjasama untuk mencapai Local Agenda 21

Kuala Lumpur Accord 1990 (Asean)

Kuala Lumpur Accord 1990 (Asean) ialah Mesyuarat Menteri-Menteri


ASEAN keempat tentang alam sekitar dan pembangunan yang
berlangsung pada 19 Jun 1990 di Kuala Lumpur. Antara isu yang
dibincangkan adalah:
 Menyedari bahawa pengurusan alam sekitar dan mencapai
pembangunan mapan adalah penting untuk menjamin
kesejahteraan penduduk ASEAN hari ini dan di masa hadapan.
 Selanjutnya menyedari bahawa pengurusan alam sekitar dan
mencapai pembangunan mampan memerlukan kerjasama yang
erat antara negara anggota ASEAN dalam kerjasama tertentu
dan global secara umum, dan ASEAN itu perlu berusaha untuk
mengukuhkan kerjasama itu,
 Menyedari bahawa persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu
mengenai alam sekitar dan pembangunan, yang akan diadakan
pada tahun 1992, menyediakan satu forum dan peluang untuk
terus menggalakkan kerjasama tersebut dan bagi ASEAN untuk
menegaskan terhadap pengurusan alam sekitar dan
pembangunan mapan,

66
MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR WAJ 2022 IPGKPT

 Menyedari bahawa pembentukan pandangan dan amalan-


amalan tersebut memerlukan langkah persediaan dan kajian,
samada secara bersama-sama maupun secara berasingan.
 juga mengambil perhatian terhadap:
- Pengisytiharan Manila 1981;
- Pengisytiharan Bangkok 1984;
- Resolusi Jakarta 1987;
- Pengisytiharan Sidang Kemuncak Manila 1987; Dan
- Pengisytiharan Langkawi Tahun 1989.

Semasa mesyuarat tersebut, Menteri-menteri ASEAN telah mebuat


beberapa persetujuan iatu:

1. Untuk memulakan usaha-usaha yang menuju ke arah langkah-


langkah konkrit yang berkaitan dengan pengurusan alam sekitar,
termasuk:
 penggubalan strategi ASEAN untuk pembangunan yang
berterusan dan program tindakan sama,
 harmonisasi standard kualiti alam sekitar,
 pengharmonian pencegahan dan pengurangan amalan
pencemaran merentasi sempadan
 menjalankan penyelidikan dan pembangunan dan
penggalakan penggunaan teknologi yang lebih bersih.

2. Untuk memulakan usaha-usaha yang menuju ke arah langkah-


langkah konkrit yang berkaitan dengan pengurusan sumber
alam, termasuk:
 pengharmonian pendekatan dalam penilaian sumber alam,
 pembangunan pengurusan sumber alam bersama program,
 pembangunan dan penyeragaman prosedur bertujuan untuk
mendapatkan gambaran lebih baik tentang keadaan
kekayaan semula jadi negara untuk pertimbangan.

3. Untuk memulakan usaha-usaha yang membolehkan


mengambilkira faktor-faktor alam sekitar ke dalam pengiraan

67
MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR WAJ 2022 IPGKPT

ekonomi dan dengan itu menyediakan tempat yang lebih baik


bagi kerjasama ekonomi antarabangsa.

4. Untuk membangun dan merumuskan kedudukan ASEAN yang


biasa dikemukakan ke Persidangan peringkat Menteri Alam
Sekitar untuk Asia dan Pasifik dan kemudian ke persidangan
Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai alam sekitar dan
pembangunan pada tahun 1992, termasuk:

 mengesahkan komitmen ASEAN dalam pembangunan


mapan, menekankan keperluan untuk mengukuhkan
kerjasama serantau dan antarabangsa
 mencadangkan prinsip-prinsip yang mana kerjasama harus
dilandaskan,
 menekankan kepentingan agenda alam sekitar global yang
mencerminkan keutamaan dan perhatian semua negara,
menarik perhatian kepada pola hubungan antarabangsa yang
menghalang pelaksanaan usaha alam sekitar di negara-
negara membangun dan penyertaan mereka dalam usaha-
usaha alam sekitar global,
 mencari sokongan dan jangkaan persekitaran ekonomi
Antarabangsa yang menggalakkan pertumbuhan ekonomi
dan pembangunan dalam negara-negara yang sedang
membangun dengan segera,
 menekankan keperluan untuk perkongsian tanggungjawab
secara adil dan pembahagian liabiliti dalam usaha
persekitaran global,
 menekankan bahawa walaupun usaha persekitaran global
akan memberi manfaat yang besar kepada umum, faedah-
faedah tersebut perlu dikongsi pakai, termasuk faedah-
faedah penyelidikan dan pembangunan,
 mengariskan keperluan untuk sumber-sumber tambahan
yang besar untuk membantu negara-negara membangun
mengejar matlamat pembangunan mapan serta akses
kepada, dan pemindahan teknologi yang mesra alam pada

68
MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR WAJ 2022 IPGKPT

kos yang berpatutan dan penubuhan mekanisme pembiayaan


yang sesuai.

Aktiviti 2: Undang-undang Alam Sekitar di Malaysia


Layari internet tentang Akta Alam Sekitar yang berikut dan
ringkaskan seksyen yang ada bagi setiap akta tersebut.
 Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974
 Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976
 Akta Perhutanan Negara 1984
 Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972
Persembahkan hasil kerja anda dalam bentuk buku skrap
dan masukkan dalam folio anda.

4.3 Pengurusan Risiko Bencana

Malaysia tidak terkecuali dalam menghadapi bencana alam


Contohnya, Ribut Tropika “Greg” melanda pantai Barat Sabah pada 29
Disember 1996 mengorbankan 200 nyawa; memusnahkan 4,925 rumah.
Banjir besar di seluruh negara khususnya di Johor, Melaka, Pahang,
Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak pada Disember 2006
menyebabkan kerugian yang amat besar kepada negara. Kejadian tsunami
yang melanda Pantai Barat Semenanjung Malaysia pada 26 Disember 2004
telah mengorbankan 74 nyawa amat mengejutkan negara, walaupun secara
geografinya Malaysia terletak di luar kawasan Lingkaran Api Pasifik.

Rajah 4.7. Tragedi ribut di Sabah

69
MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR WAJ 2022 IPGKPT

Tahukah anda apakah maksud atau definisi bencana alam? Bencana


alam adalah fenomena atau kejadian yang berlaku secara mengejut, bersifat
kompleks dan memberikan kesan perubahan yang kuat serta menyebabkan:

• Kemusnahan alam sekitar


• Kehilangan nyawa manusia
• Kemusnahan hidupan lain
• Kerosakan harta benda
• Kerugian kepada negara

Rajah 4.8 Bencana alam

4.3.1 Strategi antarabangsa bagi mengurangkan risiko bencana


(Hyogo Framework For Action)

Sejak tahun 2003 Malaysia adalah ahli kepada ASEAN


Committee on Disaster Management. Malaysia juga menerima pakai
Rangka Kerja Tindakan Hyogo yang dibentangkan Jan 2005 di Jepun yang
memfokuskan kepada lima perkara iaitu:

(i) cabaran menyediakan peruntukan risiko bencana


(ii) mengurangkan risiko akibat perubahan iklim
(iii) mengukuhkan kepimpinan komuniti menghindarkan
bencana

70
MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR WAJ 2022 IPGKPT

(iv) menyedia kemudahan sekolah & hospital yang selamat


(v) pembinaan infrastuktur selepas bencana

4.3.2 Dasar dan mekanisma pengurusan dan Bantuan Bencana


Negara (Arahan MKN No. 20)

Di Malaysia, pada 18 Mei 1994, Jemaah Menteri memutuskan


satu mekanisme pengurusan bencana diwujudkan iaitu bertitik tolak selepas
keruntuhan pangsapuri Highland Towers 11 Dis 1993. Oleh itu Dasar dan
Mekanisme Pengurusan dan Bantuan Negara diwujudkan pada 11 Mei 1997
bagi menentukan peranan dan tangggungjawab setiap agensi tertentu
seperti polis, bomba, hospital, jabatan saliran, JKR, Mercy, NGO dan lain-
lain. Jawatankuasa ini meliputi peringkat pusat, negeri, daerah.
Komandernya ialah Polis DiRaja Malaysia dan Timbalan Komander ialah
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Tutorial
Aktiviti 3: Dasar dan mekanisma pengurusan dan bantuan
Bencana Negara.
Sila rujuk kepada laman web www.mkn.gov.my.
Berdasarkan carta fungsi, bincangkan peranan dan pelan
tindakan pelbagai agensi berkaitan dalam pengurusan dan
bantuan di tempat kejadian bencana dan juga bagi
pengurangan risiko bendana (DRR). Masukkan laporan ke
dalam folio anda.

4.3.4 Pengurangan Risiko Bencana (DRR)

Bencana boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja tanpa diduga.


Oleh itu setiap agensi perlu menyediakan pelan tindakan masing-masing
sebagai persediaan untuk menghadapi bencana. Malah setiap lapisan
masyarakat juga perlu diberi kesedaran tentang latihan kecemasan semasa
bencana, diberi kesedaran dengan mengadakan kempen-kempen
keselamatan dan risiko bencana. Masyakarat juga harus didedahkan
dengan peranan dan bantuan agensi-agensi kecemasan seperti Bomba dan
MERCY dan lain-lain NGO.

71
MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR WAJ 2022 IPGKPT

Di samping itu, masyarakat juga harus diberikan kesedaran melalui Kempen


Kesedaran Keselamatan dan Risiko Bencana yang dijalankan secara
berkolaborasi dengan agensi-agensi kecemasan seperti Bomba, Rakan Cop
dan juga MERCY. Masyarakat perlu sedar bahawa pengurusan risiko
bencana adalah tanggungjawab bersama. Sebagai rakyat kita hendaklah
sentiasa bersyukur kerana Malaysia masih berisiko rendah terhadap
kejadian bencana.

72
MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR WAJ 2022 IPGKPT

Rujukan

Garg, R. (1994). Environment Quiz Book. Malaysia: S.Abdul Majeed dan Co.
Publishing Division.

Institute of Islamic Understanding Malaysia. (2004). The environment: A gift


of God. (2nd ed.). Kuala Lumpur: IKIM Publishing Unit.

Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar Malaysia. (1991). Isu-Isu


Semasa Sains dan Teknologi. Petaling Jaya: Koperasi Pencetakan
Malaysia Berhad.

Miller, G.T. (2004). Environmental Science: Working with the earth. (10th ed.)
Canada: Thompson Learning, Inc.

Miller, G.T, & Spoolman, S. (2008). Environmetal Science: Pronciples,


connections and solutions. (12th ed.). Canada: Brooks/Cole Cengage
Learning.

Miller, G.T., & Spoolman, S. E. (2010). Environmental Science. Brooks/Cole


Cengage Learning.

Bahan Bacaan

Untuk bacaan tambahan, sila rujuk laman sesawang berikut:

http://www.mkn.gov.my

73
MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR WAJ 2022 IPGKPT

TAJUK 5.0 PEMBANGUNAN LESTARI

Sinopsis

Tajuk kelima ialah berkaitan dengan Pembangunan Lestari. Lima sub tajuk
di bawah tajuk Pembangunan Lestari ialah Definisi dan Konsep
Pembangunan Lestari, Prinsip Alam Sekitar Lestari dan Pembangunan
Lestari, Tujuan dan Kepentingan Pembangunan Lestari, Komponen dalam
Pembangunan Lestari dan sub tajuk yang terakhir ialah Peranan dan
Tanggungjawab terhadap Pemuliharaan dan Pemeliharaan Alam Sekitar.

Hasil Pembelajaran

 Menjelaskan konsep, tujuan dan strategi pelaksanaan institusi lestari

Kerangka Tajuk

Rajah 5.1. Kerangka tajuk lima

5.1 Definisi dan Konsep Pembangunan Lestari

Tahukah anda apakah definisi dan konsep Pembangunan Lestari?


Mari kita sama-sama meneroka lebih lanjut untuk memahami tentang
definisi dan konsep berkaitan dengan pembangunan lestari. Definisi bagi
pembangunan lestari adalah pelbagai dan konsepnya adalah kompleks
(Rudawska, Renko, & Bilan, 2013). Pencetusan idea tentang konsep

74
MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR WAJ 2022 IPGKPT

pembangunan lestari bermula dengan Persidangan United Nations


Comission on Environment and Development (UNCED) 1972 di Stockholm
dan juga persidangan UNCED di Rio de Janeiro pada tahun 1992 yang
menggariskan prinsip-prinsip dalam Agenda 21 iaitu plan tindakan
menyeluruh bagi membantu pihak pemerintah sesebuah negara dan institusi
lain melaksanakan dasar-dasar dan program pembangunan lestari.

Pembangunan lestari didefinisikan sebagai satu pembangunan yang


memberi penekanan kepada pemuliharaan dan pemeliharaan sumber alam
dalam setiap aktiviti pembangunan yang dijalankan. Ianya tidak terhad
kepada sesuatu aktiviti pembangunan semata-mata, tetapi adalah
menyeluruh dan berkait rapat dengan kehidupan manusia di atas muka
bumi. Pembangunan lestari juga menekankan kepada pembangunan yang
memenuhi keperluan pada masa kini tetapi menghindari pelupusan sumber
dan memastikan kerosakan minimum ke atas alam semulajadi. Proses
pembangunan lestari menekankan kepada keseimbangan antara
pembangunan ekonomi, keperluan sosial dengan keperluan mengekalkan
alam sekitar semulajadi supaya dapat diwariskan kepada generasi yang
akan datang.

“Sustainable development is development which meets the


needs of the present without compromising the ability of future
generations to meet their own needs.”
(Harris, 2000)

"Sustainable development is development that meets the needs


of the present without compromising the ability of future
generations to meet their own needs. It contains within it two key
concepts:

 the concept of needs, in particular the essential needs of


the world's poor, to which overriding priority should be
given; and
 the idea of limitations imposed by the state of technology
and social organization on the environment's ability to
meet present and future needs."

World Commission on Environment and Development


(Our Common Future, 1987, p. 43,
dipetik dalam Rudawska, Renko, & Bilan, 2013 )

75
MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR WAJ 2022 IPGKPT

Pembangunan
Lestari

Rajah 5.2. Pembangunan lestari

“Sustainable development is a development strategy that


manages all assets, natural resources, and human resources,
as well as financial and physical assets for increasing long-term
wealth and well-being. Sustainable development as a goal
rejects policies and practices that support current living
standards by depleting the productive base, including natural
resources, and that leaves future generations with poorer
prospects and greater risk than our own”

(Pearce, et al., 1997, p.7


dipetik dalam Rudawska, Renko, & Bilan, 2013 ).

Pada dasarnya, konsep pembangunan lestari merupakan satu


pembangunan yang saling menyokong dari aspek ekonomi, sosial dan
fizikal. Konsep ini juga mengambil kira pelan tindakan dan polisi-polisinya
agar dapat memenuhi kehendak masa kini, tanpa menjejaskan kehendak
generasi akan datang. Konsep pembangunan lestari antara lain turut
menggalakkan perkongsian maklumat dan kepakaran mengenai
pembangunan dan alam sekitar termasuk di peringkat inter agensi,
pembentukan keupayaan perancangan dan pengurusan alam sekitar, dan
juga pengurusan sumber dan risiko alam sekitar untuk mencapai
pembangunan lestari. Konsep pembangunan lestari yang saling menyokong
dari aspek ekonomi, sosial (budaya), fizikal dan komuniti di masa depan
digambarkan dalam Rajah 5.3 di bawah.

76
MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR WAJ 2022 IPGKPT

International Ecocity Framework and Standards Condition

Rajah 5.3. Konsep Pembangunan Lestari (Smith, 2013)

Satu contoh konsep pembangunan lestari adalah dalam program


„Bandar Lestari‟. Bandar lestari merupakan sebuah penempatan atau
kawasan perbandaran yang dirancang dan diurus dengan menitikberatkan
kepentingan alam sekitar dalam semua aspek termasuklah pengurusan,
perancangan infrastruktur dan pembangunan, pendidikan, gaya hidup dan
pentadbiran. Pembangunan lestari merupakan satu proses yang panjang
dan mencabar serta memerlukan penglibatan bersepadu dan kerjasama
berterusan semua lapisan masyarakat. Pembangunan lestari merupakan
satu konsep yang mengekalkan sumber alam semulajadi dan ekosistemnya
supaya dapat dimanfaat bersama oleh generasi masa depan (Mariani,
2008).

77
MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR WAJ 2022 IPGKPT

Perbincangan
Aktiviti 1: Teliti dan analisiskan dua kenyataan yang
diberikan di bawah. Buat satu ulasan berasaskan kepada
pandangan anda tentang kefahaman Guru A dan Guru B
tentang pendidikan untuk pembangunan lestari.

“Bagi saya, pembangunan lestari adalah pembangunan yang


berterusan yang melibatkan pelbagai aspek iaitu sumber, recycle,
sustainable dan lain-lain....Kesemuanya ciri-ciri Geografi secara
lestari....”
(Guru A)
“...apa yang saya harap dalam sekolah ialah di mana sekolah adalah
suatu tempat untuk kita didik orang untuk buat proses pembangunan
secara boleh jalan sendiri....”
“... dalam sistem kita sendiri sebagai contoh yang sepatutnya berlaku
dalam sekolah, pembangunan lestari ialah pengurusan pusat
sumber...Saya punya konsep pembangunan lestari ni kita nak
wujudkan satu sistem di mana orang mengurus pusat sumber secara
lestari. Kita pilih satu kumpulan budak yang akan jadi pengawas pusat
sumber. Tapi dalam masa yang sama proses pendidikan berlaku, orang
yang dah ada dalam tu akan didik adik dia iaitu sebagai pelapis. Proses
akan berlangsung, walaupun yang senior ini akan keluar tapi dia ada
proses yang dikata lestari tu iaitu berterusan kepada adik dia dan
akhirnya kita akan dapat satu sistem yang jaga diri sendiri iaitu self
sustaining system”.

(Guru B)
5.2 Prinsip Alam Sekitar Lestari dan Pembangunan Lestari

Dasar Alam Sekitar Negara yang dilancarkan pada 14 Oktober


(Guru B) 2002
merupakan strategi kerajaan untuk memulihara, menjaga dan
menguruskankan alam dalam konteks pembangunan lestari sejajar dengan
matlamat Wawasan 2020. Dasar ini mengambilkira syor-syor daripada Plan
Agenda 21, Chapter 36 Rio de Janeiro (1992) dan juga Deklarasi Langkawi
(1989), Dasar alam sekitar negara mempunyai matlamat untuk meneruskan
kemajuan ekonomi, sosial dan budaya serta peningkatan keutuhan alam
sekitar.

Di samping itu dasar ini juga bertujuan mencapai alam sekitar yang
bersih, selamat, sihat dan produktif bagi generasi masa kini dan masa
hadapan; pemuliharaan kebudayaan yang unik, pelbagai dan warisan
semulajadi dengan penyertaan berkesan semua sektor masyarakat; serta

78
MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR WAJ 2022 IPGKPT

gaya hidup, pola pengeluaran dan penggunaan yang lestari. Dasar alam
sekitar negara berlandaskan kepada lapan prinsip yang mengharmonikan
matlamat pembangunan ekonomi dengan kepentingan alam sekitar dalam
pembangunan lestari.

Membuat Nota
Aktiviti 2:
Cari dan akses bahan-bahan rujukan dan maklumat tentang
lapan prinsip alam sekitar lestari dalam Dasar Alam Sekitar
Negara. Buat satu rumusan tentang lapan prinsip tersebut.

5.3 Tujuan dan kepentingan pembangunan lestari

Pembangunan lestari bertujuan untuk untuk membolehkan manusia


memenuhi keperluan asas mereka dan menikmati kehidupan yang lebih
baik, tanpa kompromi (menjejaskan) masa depan kualiti kehidupan generasi
akan datang. Untuk mencapai tujuan tersebut Tahun 2005-2014 telah
diisytiharkan sebagai “Dekad Pendidikan untuk Pembangunan Lestari” oleh
Bangsa-Bangsa Bersatu melalui UNESCO sebagai agensi penggerak.
Dalam ertikata yang lain pembangunan lestari adalah penting untuk
memastikan kesejahteraan kehidupan yang berterusan dan juga bagi
meningkatkan kualiti hidup manusia.

5.4 Komponen dalam pembangunan lestari

Bagi merealisasikan konsep pembangunan lestari terdapat empat


komponen utama yang terlibat dan perlu diberikan perhatian. Komponen-
komponen tersebut ialah:

(a) Komponen Masyarakat –aspek kesaksamaan jantina (gender


equality), kepelbagaian budaya (cultural diversity), kesihatan seimbang
(health promotion), hak asasi manusia dan keadilan sosial, keamanan dan
keselamatan manusia (peace and human security). Contohnya apabila
berlaku masalah pencemaran udara atau jerebu yang merentasi beberapa
buah negara maka kerjasama antara masyarakat di negara-negara
berkenaan dan negara-negara lain amat diperlukan bagi mengelakkan
ancaman terus berlaku terhadap kesejahteraan hidup manusia. Keprihatinan

79
MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR WAJ 2022 IPGKPT

masyarakat antarabangsa mampu membawa kepada kesepakatan dalam


menangani masalah alam sekitar global untuk mencapai matlamat
pembangunan mampan (Muhammad Rizal, Abdul Samad, Jamaluddin,
Abdul Hadi, Ahmad Fariz dan Shaharudin, 2014).

Dalam komponen masyarakat, kesihatan seimbang juga merupakan


salah satu sub aspek yang harus diambilkira dalam mencapai matlamat
pembangunan lestari. Contohnya akibat penggunaan sumber alam di luar
kawalan ditambah dengan pelepasan asap yang tidak terkawal ke
aotmosfera dan pembuangan sisa buangan ke dalam saliran dan tanah
akan memberi kesan kepada kesihatan masyarakat dan juga kualiti alam
sekitar. Di samping itu kejadian seperti banjir kilat, tanah runtuh, hakisan
dan pencemaran sungai akan mempengaruhi kesihatan masyarakat
khususnya golongan kanak-kanak. Oleh itu dalam usaha ke arah
pembangunan lestari, kerjasama masyarakat antarabangsa telah dibentuk
dengan penubuhan Pertubuhan Kesihatan Dunia atau World Health
Organisation (WHO) yang menjadi pemangkin ke arah memperbaiki
kesihatan dunia dan persekitaran yang sihat.

(b) Komponen Persekitaran – aspek pemeliharaan dan pemuliharaan


alam sekitar (air, perubahan iklim, biodiversiti) serta pencegahan bencana
(disaster preventation). Dalam proses pembangunan lestari di sesebuah
negara, aktiviti pembangunan samada dalam sektor industri mahupun
pertanian haruslah seimbang dengan aspek pemeliharaan dan
pemuliharaan alam sekitar iaitu tidak mengadaikan kualiti alam sekitar serta
mampu mengurangkan kemerosotan kualiti serta alam sekitar. Ini adalah
kerana sebarang bentuk pembangunan yang tidak menimbangkan
keupayaan daya tampung (carrying capacity), kelestarian (sustainable) dan
kesejahteraan persekitaran akan menyebabkan kemusnahan ekosistem di
kawasan yang dibangunkan. Alam sekitar bertindak sebagai asas untuk
pertumbuhan ekonomi dan perkembangan sosial. Alam sekitar semulajadi
menawarkan pelbagai khidmat ekosistem kepada bandar seperti udara yang
bersih untuk persekitaran yang sihat, sungai yang membekalkan air
minuman bersih dan biodiversiti yang membekalkan makanan, bahan
mentah, ubat-ubatan dan lain-lain.

80
MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR WAJ 2022 IPGKPT

(c) Komponen Ekonomi – iaitu yang melibatkan aspek pembangunan


bandar baru yang terancang, pembandaran lestari (sustainable
urbanization) dan juga pembangunan luar bandar (rural development).
Sistem ekonomi yang lestari adalah sistem yang berupaya menghasilkan
pengeluaran dan perhidmatan yang berterusan dan pada masa yang sama
dapat mengekalkan pengurusan alam sekitar. Dalam komponen ekonomi,
kelestarian ekonomi merujuk kepada pengagihan kekayaan yang sama rata
dan harga pengguna harus dimasukkan ke dalam kos alam sekitar seperti
yang dinyatakan dalam Prinsip-Prinsip Dasar Alam Sekitar Negara dan juga
Strategi Hijau Malaysia. Selain darpada itu komponen ekonomi juga perlu
mengambikira kos sosial seperti pencemaran alam sekitar. Contohnya di
bawah RMK Kesembilan, Jabatan Pengairan dan Saliran telah mendapat
peruntukan RM500 juta untuk melakukan kerja-kerja pemulihan sungai.

(d) Komponen budaya – amalan gaya hidup dan kepenggunaan lestari


(sustainable consumption). Komponen budaya juga dikenali sebagai
komponen sosial. Dalam pembangunan lestari, komponen budaya merujuk
kepada cara hidup, peranan dan penyertaan masyarakat setempat yang
membawa kepada nilai-nilai toleransi dalam masyarakat yang berlainan
keturunan dan bahasa tetapi bersama-sama mengembling tenaga dan
usaha bagi menangani masalah alam sekitar. Komponen budaya juga perlu
mengambilkira usaha-usaha yang melibatkan pendidikan alam sekitar,
pendidikan lestari dan juga kesedaran masyarakat terhadap pemeliharaan
dan pemuliharaan alam sekitar termasuklah usaha mewujudkan sekolah
dan juga institusi lestari.

Di Malaysia, pembangunan lestari yang melibatkan pemuliharaan


alam sekitar serta amalan dan gaya hidup kepenggunaan lestari masyarakat
telah diberi perhatian yang khusus melalui peruntukan RM 20 juta dalam
Belanjawan 2010 iaitu untuk tujuan mempergiatkan aktiviti kesedaran hijau
dan amalan mesra alam sekitar, selain menjadikan Putrajaya dan Cyberjaya
sebagai Bandar Teknologi Hijau iaitu menjadi pelopor kepada pembangunan
bandar-bandar lain. Antara amalan gaya hidup lestari yang boleh diamalkan
oleh masyarakat bagi memelihara kualiti alam sekitar ialah menggunakan
minyak petroleum rendah sulfur dan tanpa plumbum, bahan api bio-fuel,

81
MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR WAJ 2022 IPGKPT

bahan bioplastik dan teknologi enjin hibrid iaitu mengunakan konsep eko-
inovasi atau penggunaan teknologi hijau mesra alam dan amalan inovasi
berteraskan pembangunan lestari dalam penghasilan produk, proses
ataupun sistem.

Layari Internet
Aktiviti 3:
Cari satu artikel yang bertajuk “Prinsip Pembangunan
Mampan dalam Novel Desir Angin di Pergunungan”. Bina
satu peta buih bagi merumuskan empat komponen utama
dalam pembangunan lestari yang dibincangkan dalam
artikel tersebut.

5.5 Peranan dan tanggungjawab terhadap pemeliharaan dan


pemuliharaan alam sekitar

Adakah anda tahu bahawa pemeliharaan dan pemuliharaan alam


sekitar merupakan tanggungjawab bersama antara Organisasi Kerajaan,
Organisasi Bukan Kerajaan (NGO), Badan Korporat dan juga penglibatan
individu serta komuniti itu sendiri? Organisasi kerajaan yang terlibat
memainkan peranan dalam pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar
adalah Jabatan Alam Sekitar Malaysia, Jabatan Kerajaan Tempatan,
Jabatan Perhutanan, Institut Penyelidikan Perhutanan, Jabatan Hidupan

82
MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR WAJ 2022 IPGKPT

Liar dan Taman Negara (PERHILITAN), Jabatan Parit dan Saliran, Jabatan
Perikanan dan juga jabatan-jabatan kerajaan yang lain.

Selain daripada itu terdapat juga organisasi bukan kerajaan (NGO)


contohnya Tabung Alam Malaysia (WWF), Persatuan Pencinta Alam
Malaysia (MNS), Sahabat Alam Malaysia (SAM), Environmental
Management and Research Association of Malaysia (ENSEARCH),
Bussiness Council for Sustainable Dvelopment in Malaysia (BCSDM), Treat
Every Environment Special (TrEES) dan lain-lain yang terlibat secara aktif
dalam usaha memainkan peranan masing-masing dalam pemeliharaan dan
pemuliharaan alam sekitar.

Latihan:
Aktiviti 4: Fungsi dan Peranan Organisasi Kerajaan, Bukan
Kerajaan dan Badan Korporat dalam memelihara dan
memulihara alam sekitar.

Cari dan kumpulkan maklumat mengenai fungsi dan peranan organisasi-


organisasi kerajaan, bukan kerajaan dan badan korporat menggunakan
brosur dan juga laman sesawang seperti berikut:

Berasaskan maklumat yang dikumpulkan bina satu jadual ataupun peta


buih I-think yang menunjukkan fungsi dan peranan organisasi-organisasi
tersebut.

Memikir:
Aktiviti 5: Buat refleksi dengan melakukan suai padanan
terhadap fungsi dan peranan jabatan-jabatan berikut berserta
logo masing-masing.

83
MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR WAJ 2022 IPGKPT

1 Jabatan Alam Sekitar Malaysia


2 Jabatan Kerajaan Tempatan
3 Jabatan Perhutanan
4 Institut Penyelidikan Perhutanan
5 Jabatan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN)
6 Jabatan Parit dan saliran
7 Jabatan Perikanan

JABATAN LOGO FUNGSI ATAU PERANAN


bertanggungjawab kepada
pengurusan, perancangan,
perlindungan dan pembangunan
kawasan Hutan Simpanan Kekal
pengurusan sumber air, hidrologi dan
empangan termasuk sungai, pantai
dan banjir dan juga saliran yang
mesra alam sekitar
memastikan pembangunan lestari di
dalam proses memajukan negara
melalui pengurusan dan pengawasan
alam sekitar yang berkualiti.
mengurus dan membangunkan sektor
perikanan negara secara mapan,
dinamik dan berdaya saing
berasaskan maklumat saintifik dan
perkhidmatan berkualiti
menerajui integrasi dan pelaksanaan
program konservasi dan pengurusan
lestari biodiversiti negara secara
cekap dan berkesan
pengurusan lestari sumber-sumber
hutan bagi membina pengetahuan
dan teknologi melalui penyelidikan,
perkembangan dan aplikasi hutan
tropika

Rehat
Layari alamat di bawah dan taipkan komen anda di ruangan yang
disediakan.

http://www.youtube.com/results?search_query=pembangunan+
lestari+my+powtoon+project

84
MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR WAJ 2022 IPGKPT

Rujukan

Bahagian Pendidikan Guru. (2002/2003). Modul Pendidikan Alam Sekitar:


Kursus Pendek Kelolaan Maktab (KPKM). Malaysia: Kementerian
Pendidikan Malaysia.

Jabatan Alam Sekitar Malaysia. (2006). Era Hijau. Keluaran 1. Putrajaya:


Harian Zulfadzli Sdn. Bhd.

Maharam Mamat. (2009). Prinsip pembangunan mampan dalam novel „


Desir Angin di Pergunungan‟. MALIM, 10, 209-235.

Mariani Hambug (2008). Kesedaran pembangunan lestari di peringkat awal


umur kanak-kanak. (Tesis Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan
Awam yang tidak diterbitkan). Universiti Teknologi Malaysia, Skudai,
Johor Bahru, Malaysia.

85
MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR WAJ 2022 IPGKPT

Muhammad Rizal Razman, Abdul Samad Hadi, Jamaluddin Md Jahi, Abdul


Hadi Harman Shah, Ahmad Fariz Mohamed, & Shaharudin Idrus. (2014).
Perlindungan alam sekitar: Inisiatif global dan penglibatan tempatan.
Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Harris, J.M. (2000). Basic principes of Sustainable Development. G-DAE


Working Paper No. 00-04. Global Development and Environment
Institute, Tufts University.

Rudawska, E., Renko, R.,& Bilan, Y. (2013). Sustainable Development:


Concept, interest groups, benefits and global challenges. International
Journal of Academic Research, 5(6), 83-86.

Bahan Bacaan

Untuk bacaan tambahan, sila rujuk laman sesawang berikut:

http://teknologialam.blogspot.com/2009/01/indikator-pembangunan-lestari

http://www.iab.edu.my/Jurnal/Jurnal%202007/Lestari.pdf

http://www.doe.gov.my/en/taxonomy/term/676/all

http://www.youblisher.com/p/251221-Pengenalan-Pembangunan-
Pendidikan-Lestari/

http://www.youtube.com/results?search_query=pembangunan+lestari+my+p
owtoon+project

86
MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR WAJ 2022 IPGKPT

TAJUK 6.0 WARGA ALAM SEKITAR

Sinopsis

Tajuk enam adalah Warga Alam Sekitar. Tajuk ini terdiri daripada tiga sub
tajuk iaitu Konsep dan Ciri Warga Alam Sekitar, Gaya Hidup Lestari dan
Aktiviti/Projek Gaya Hidup Lestari.

Hasil Pembelajaran

 Membincangkan tentang konsep dan ciri-ciri warga alam sekitar


serta gaya hidup lestari.
 Merancang aktiviti atau projek gaya hidup lestari untuk dilaksanakan
di mana-mana institusi pendidikan.

Kerangka Tajuk

Rajah 6.1. Kerangka tajuk enam

6.1 Konsep dan ciri-ciri warga alam sekitar

Apakah maksud warga alam sekitar? Warga alam sekitar atau


Environmental Citizenship ditakrifkan sebagai

“a notion of „civic virtue‟ (Dobson, 2003) that manifests in the


behavior, attitude, values, and action of an individual. It involves
both the exercising of environmental rights and carrying out
ecological responsibilities.”
(Ho Yuek Ming, 2007)

87
MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR WAJ 2022 IPGKPT

“An environmental citizen is an environmentally responsible


individual who displays responsible environmental behaviour. He
or she takes action in solving environmental problems either at the
individual level or in a group and when necessary initiates
legislative or political actions.”
(Azizi Muda, 2007)

Latihan
Aktiviti 1: Warga alam sekitar: Siapakah Anda?

Cuba jawab soalan-soalan berikut bagi nilai cara kehidupan


anda dengan menandakan (√) di ruangan yang disediakan.
Setelah selesai, kirakan skor yang anda diperolehi. Adakah
anda seorang Warga Alam?

Kenyataan Sentiasa Kadang- Tidak


kadang pernah
1. Saya asingkan bahan buangan seperti
kertas, tin, pembungkus minuman dan
lain-lain.
2. Saya kitar semula surat khabar lama.
3. Saya menggunakan paip semburan
ketika membasuh kereta.
4. Saya gunakan pili air hujan (shower)
untuk mandi.
5. Saya tutup pili air ketika memberus gigi.
6. Saya padamkan lampu/pendingin
udara/komputer apabila tidak
digunakan.
7. Saya gunakan kedua-dua belah muka
surat kertas untuk menulis.
8. Saya gunakan sapu tangan dan
kurangkan kertas tisu.
9. Saya pastikan kawasan rumah sentiasa
bersih dengan menggunakan tong
sampah.
10. Saya guna bateri lampu yang boleh
dicaj semula.
Kirakan skor anda: 45-50: Anda warga alam
 Sentiasa (5 markah) sekitar yang baik.
 Kadang-kadang (2 markah) Teruskan amalan
 Tidak pernah (0 markah) murni ini.
20-44: Anda menuju ke
arah menjadi warga
alam sekitar yang
baik.
0-19: Anda telah
menunjukkan minat
untuk menjaga
alam sekitar.
(diubahsuai daripada Era Hijau, 2007, Keluaran 3)

88
MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR WAJ 2022 IPGKPT

6.2 Gaya hidup lestari

Gaya hidup lestari adalah satu cara praktikal untuk memastikan


kesejahteraan masyarakat dan alam sekitarnya secara menyeluruh.
Perubahan ke arah gaya hidup yang mendokong ke arah masyarakat lestari
sangat bergantung kepada individu sebagai permulaan. Demi kepentingan
menjaga alam sekitar adalah amat baik sekiranya lebih ramai orang sedar
tentang bagaimana sikap, nilai dan tindakannya akan memberi kesan
terhadap persekitaran iaitu sama ada gaya hidup yang diamalkan selama ini
adalah mesra alam ataupun tidak. Satu pepatah ada mengatakan bahawa

“sekiranya setiap individu membuat satu perubahan walaupun


kecil secara berkumpulan, ini akan membawa kepada kesan
positif yang besar”.

Amalan dan gaya hidup yang lestari menuntut agar setiap ahli
masyarakat menjalinkan hubungan yang harmoni dengan alam sekitar bagi
mengelakkan timbulnya pelbagai kesan negatif terhadap persekitaran dan
juga kesihatan. Gaya hidup lestari melibatkan beberapa faktor iaitu
pengetahuan, kesedaran, sikap dan amalan lestari masyarakat samada di
kawasan tempat tinggal, tempat awam mahupun di tempat kerja. Selain
daripada itu penggunaan teknologi hibrid dan solar yang bijak juga adalah
dituntut dalam kalangan masyarakat bagi memastikan kelestarian alam
sekitar dapat diwarisi kepada generasi yang akan datang di masa depan.

89
MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR WAJ 2022 IPGKPT

Memikir:
Aktiviti 2: Gaya Hidup Lestari - Membuat Kesimpulan
Perhatikan gambar-gambar kartun yang ditunjukkan di bawah
bagi mencetuskan idea anda. Berdasarkan idea tersebut, bina
satu jadual perbandingan yang menunjukkan lima contoh
aktiviti gaya hidup lestari yang boleh anda lakukan di rumah
dan juga di tempat kerja.

Rajah 6.2. Gaya hidup lestari

6.3 Aktiviti /Projek Gaya Hidup Lestari

Aktiviti gaya hidup lestari boleh dilakukan dalam pelbagai cara dan
juga bentuk samada di rumah, di tempat awam, di pejabat mahupun di
mana-mana institusi pendidikan. Antara gaya hidup lestari yang boleh
dilaksanakan adalah Kempen Cinta Alam Sekitar dan juga Hari Bumi. Hari
Bumi telah diisytiharkan dan disambut di seluruh dunia pada 22 April setiap
tahun dan pertama kali disambut pada tahun 1970 selepas satu konferen
UNESCO diadakan di San Francisco pada tahun 1969.

Selain itu, sambutan di seluruh dunia juga dilakukan bagi Hari Alam
Sekitar pada tarikh 5 Jun setiap tahun dengan tujuan untuk meningkatkan
kesedaran masyarakat dunia supaya mengambil tindakan positif bagi

90
MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR WAJ 2022 IPGKPT

melindungi alam sekitar dan juga planet bumi. Hari Alam Sekitar diterajui
oleh UNEP (United Nations Environment Programme).

Contoh aktiviti gaya hidup lestari lain yang boleh dilaksanakan ialah
amalan terhadap Konsep 5R (Recycle, Reuse, Repair, Reduce, Rethink)
iaitu suatu tindakan yang dilakukan oleh individu dan masyarakat bagi
mengelakkan berlakunya pembaziran dalam pengurusan tenaga,
pengurusan wang di samping melahirkan sikap berbelanja secara berhemah
dalam kehidupan keharian dalam kalangan masyarakat. Amalan 5R juga
membezakan antara individu yang peka dan individu yang tidak sensitif
dengan dalam memainkan peranannya menjaga alam sekitar.

RRE
Rethink
RRE
Reuse RRE
Recycle

RRE
Repair
RRE
Reduce

Rajah 6.3. Amalan konsep 5R

Antara aktiviti gaya hidup lestari lain yang boleh dijalankan oleh ahli
masyarakat ialah aktiviti bergotong royong membersihkan kawasan institut,
kampung, sungai dan juga pantai selain daripada melibatkan diri menjadi
ahli dalam persatuan yang berkaitan dengan alam sekitar seperti Persatuan

91
MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR WAJ 2022 IPGKPT

Alam Sekitar atau Rakan Alam Sekitar. Aktiviti gaya hidup lestari juga boleh
dilakukan dengan menjalinkan hubungan kolaborasi bersama agensi-agensi
kerajaan, pihak swasta, pertubuhan-pertubuhan NGO dan juga komuniti
setempat berhampiran dengan tempat tinggal ataupun institusi tempat anda
bekerja.

Latihan:
Aktiviti 3: Laporan Aktiviti Gaya Hidup Lestari
Rancangkan kertas kerja bagi melaksanakan satu aktiviti
gaya hidup lestari antara institusi anda dengan kerjasama
pihak luar seperti Jabatan Alam Sekitar atau pihak NGO.
Jalankan aktiviti tersebut dan hantar laporannya bersama
gambar kepada pensyarah anda menerusi email serta
masukkan ke dalam folio.

Rujukan

Jabatan Alam Sekitar Malaysia. (2007). Era Hijau. Keluaran 2. Putrajaya


:Harian Zulfadzli Sdn. Bhd.

Jabatan Alam Sekitar Malaysia. (2007). Era Hijau. Keluaran 3. Putrajaya


:Harian Zulfadzli Sdn. Bhd.

Jabatan Alam Sekitar Malaysia. (2006). Era Hijau. Keluaran 1. Putrajaya


:Harian Zulfadzli Sdn. Bhd.

Bahan Bacaan

Untuk bacaan tambahan, sila rujuk laman sesawang berikut:

http://chem.eng.utm.my/staff/zaini/images/DOCUMENTS/gaya-hidup-lestari-
1ogos2008.pdf

92
MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR WAJ 2022 IPGKPT

TAJUK 7.0 PENDIDIKAN ALAM SEKITAR MERENTAS


KURIKULUM

Sinopsis

Tajuk ketujuh adalah tentang Pendidikan Alam Sekitar Merentas Kurikulum.

Hasil Pembelajaran

 Menghuraikan konsep pendekatan sekolah secara menyeluruh.


 Menjelas dan mengaplikasikan tiga pendekatan kurikulum melalui
subjek sekolah.
 Merancang dan menyediakan Rancangan Persediaan Harian yang
mengintegrasikan Pendidikan Alam Sekitar dalam subjek sekolah.
 Mengenal pasti dan menyenaraikan penerapan unsur-unsur
Pendidikan Alam Sekitar dalam pelbagai aktiviti kokurikulum di
sekolah.

Kerangka Tajuk

Rajah 7.1. Kerangka tajuk tujuh

93
MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR WAJ 2022 IPGKPT

7.1 Definisi, Matlamat dan Objektif Pendidikan Alam Sekitar

1.7.1 Definisi Pendidikan Alam Sekitar

Pendidikan alam sekitar sebagaimana yang dipersetujui di


Persidangan UNESCO dalam Deklarasi Tbilisi 1977, ditakrifkan meliputi
segala aktiviti pembelajaran, komunikasi massa, penglibatan komuniti serta
apa-apa aktiviti lain yang bertujuan untuk membentuk populasi manusia
yang peka dan mengambil berat terhadap alam sekitar dan perkara-perkara
yang berkaitan dengannya (Moseley, 2000). Selain itu juga, pendidikan
alam sekitar adalah berhasrat untuk membentuk populasi manusia yang
mempunyai pengetahuan, kemahiran, sikap, motivasi dan komitmen untuk
bekerja secara individu dan kolektif dalam menyelesaikan masalah
persekitaran pada masa kini dan mencegah masalah baru daripada muncul.
O‟ Riodan (1981) berpendapat bahawa pendidikan alam sekitar mempunyai
persamaan dengan pendidikan kewarganegaraan yang tujuannya adalah
untuk membina komitmen dan tanggungjawab sosial yang berteraskan
pandangan holistik tentang hubungan manusia dan alamnya.

Pendidikan Alam Sekitar ialah pembelajaran untuk memahami


interaksi manusia dengan alam sekitar dan bagaimana alam sekitar
diuruskan dengan bijaksana dan bertanggungjawab ke arah kelestarian
hidupan di bumi. Proses ini melibatkan pendidikan tentang alam sekitar,
melalui alam sekitar dan untuk alam sekitar.

Alam sekitar adalah sesuatu yang penting dalam kehidupan


manusia, tidak mengira bangsa, agama dan negara. Alam sekitar ini
termasuklah kawasan-kawasan tumbuhan hijau, udara dan air seperti
sungai dan laut. Alam sekitar masa kini semakin tercemar kerana terdapat
pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab telah melakukan pencemaran
seperti pembuangan sampah di sungai-sungai, penggunaan baja-baja kimia
dan pelbagai lagi. Alam sekitar seharusnya dijaga kerana alam sekitar
bukan hanya digunakan pada masa sekarang tetapi akan digunakan
sehingga beratus-ratus tahun lagi. Sehubungan itu, sikap sayangkan alam
sekitar akan dapat dipupuk dalam diri semua masyarakat terutamanya
pelajar. Justeru itu, Pendidikan alam sekitar sama ada secara formal dan
tidak formal merupakan kaedah yang dapat menyelesaikan masalah

94
MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR WAJ 2022 IPGKPT

persekitaran pada masa kini dan mencegah daripada timbulnya masalah


baru.

Memikir
Aktiviti 1: Buat refleksi tentang mengapa Pendidikan
Alam Sekitar perlu diintegrasikan dalam aktiviti
pembelajaran di institusi atau sekolah anda. Masukkan
jawapan ke dalam folio anda.

1.7.2 Matlamat Pendidikan Alam Sekitar

Semasa Deklarasi Tblisi 1977, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu


telah bersetuju menetapkan matlamat, objektif dan prinsip Pendidikan Alam
Sekitar bagi negara-negara di seluruh dunia. Matlamat Pendidikan Alam
Sekitar ialah untuk:

(i) Menggalakkan kesedaran dan keprihatinan terhadap ekonomi,


sosial, politik, and saling bergantungan ekologikal di bandar
dan luar bandar.
(ii) Menyediakan peluang kepada semua orang untuk memperoleh
pengetahuan, nilai, sikap, komitmen dan kemahiran untuk
melindungi dan memperbaiki alam sekitar.
(iii) Menghasilkan corak tingkah laku baru terhadap alam sekitar
dalam kalangan individu, kumpulan dan masyarakat
seluruhnya.

Menurut UNESCO (1976), matlamat utama Pendidikan Alam Sekitar


adalah seperti kenyataan berikut.

“…. to develop a world population that is aware of and


concerned about environment and its associated
problems and which has the knowledge, skills,
attitudes, motivation and commitment to work
individually and collectively towards the solution of its
current problem and prevention of new ones.”

(UNESCO, 1976)

95
MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR WAJ 2022 IPGKPT

1.2.3 Objektif Pendidikan Alam Sekitar

Persidangan Tbilisi 1977 juga telah menetapkan lima objektif


Pendidikan Alam Sekitar seperti berikut:

(i) Kesedaran: untuk membantu kumpulan sosial dan individu


memperoleh kesedaran dan sensitiviti terhadap alam sekitar
seluruhnya dan permasalahan alam sekitar.

(ii) Pengetahuan: untuk membantu kumpulan sosial dan individu


memperoleh pelbagai jenis pengalaman dan kefahaman asas
terhadap alam sekitar dan permasalahan alam sekitar.

(iii) Sikap: untuk membantu kumpulan sosial dan individu


memperoleh satu set nilai dan perasaan keprihatinan
terhadap alam sekitar dan motivasi untuk aktif terlibat dalam
pemeliharaan dan pembaikan alam sekitar.

(iv) Kemahiran: untuk membantu kumpulan sosial dan individu


memperoleh kemahiran untuk mengenal pasti dan
menyelesaikan masalah alam sekitar.

(v) Penglibatan: untuk menyediakan peluang kepada kumpulan


sosial dan individu terlibat secara aktif pada semua peringkat
bagi menghasilkan resolusi terhadap masalah alam sekitar.

Menurut Muthoka (1985), objektif utama Pendidikan Alam Sekitar


adalah untuk memperbaiki kesedaran, membangkitkan prihatin yang
berupaya membawa kepada perubahan komitmen dan mengambil tindakan.
Pendidikan Alam Sekitar merupakan satu proses pendidikan sama ada
secara formal atau tidak formal untuk mengubahsuai kefahaman dan sikap
manusia agar lebih prihatin terhadap alam yang telah banyak berjasa
kepadanya (Abdul Manaf Muda, 1993).

96
MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR WAJ 2022 IPGKPT

Semasa Persidangan Tbilisi 1977 juga terdapat 12 prinsip


Pendidikan Alam Sekitar telah ditetapkan iaitu:

(i) Mengambil kira keseluruhan alam sekitar termasuklah alam sekitar


semulajadi dan buatan, teknologi dan sosial seperti ekonomi, politik,
sejarah, budaya, etika dan estetika.
(ii) Menjadi satu proses sepanjang hayat, bermula dari peringkat
prasekolah dan disambung sehingga peringkat pendidikan formal dan
bukan formal.
(iii) Menggunakan pendekatan merentas kurikulum dengan menerapkan
nilai-nilai alam sekitar kepada mata pelajaran khusus setiap disiplin
dalam bentuk perspektif yang holistik dan seimbang.
(iv) Menilai isu-isu utama alam sekitar dari pandangan tempatan, nasional
dan antarabangsa.
(v) Memfokuskan kepada potensi situasi alam sekitar terkini dengan
mengambil kira perspektif sejarah.
(vi) Mempromosikan nilai dan keperluan berasaskan tempatan, nasional
dan kerjasama antarabangsa dalam mencegah dan menyelesaikan
masalah alam sekitar.
(vii) Mengambilkira dengan terperinci setiap aspek alam sekitar dalam
plan pertumbuhan dan pembangunan.
(viii) Membolehkan pelajar berperanan dalam merancang pengalaman
pembelajaran dan mendapat peluang untuk membuat dan menerima
keputusan bersama.
(ix) Menghubungkait sensitiviti alam sekitar, pengetahuan, kemahiran
penyelesaian masalah dan nilai yang jelas kepada semua peringkat
umur dengan memberi penekanan khusus terhadap sensitiviti alam
sekitar.
(x) Membantu pelajar meneroka simptom dan penyebab bagi masalah
sebenar alam sekitar.
(xi) Menekankan kompleksiti masalah alam sekitar dan keperluan untuk
membina pemikiran kritikal dan kemahiran penyelesaian masalah.
(xii) Menggunakan pembelajaran alam sekitar secara pelbagai dan
pendekatan pendidikan yang meluas bagi mengajar, belajar tentang
dan dari alam sekitar dengan menekankan kepada aktiviti praktikal
dan pengalaman sebenar.

97
MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR WAJ 2022 IPGKPT

7.2 Konsep Pendekatan Sekolah Secara Menyeluruh

Tahukan anda, apakah yang dimaksudkan dengan Konsep


Pendekatan Sekolah Secara menyeluruh? Konsep Pendekatan Sekolah
Secara menyeluruh merujuk kepada penglibatan warga sekolah termasuk
pihak pentadbir, staf sokongan, guru-guru dan para pelajar sekolah. Konsep
ini merujuk kepada proses membudayakan Pendidikan Alam Sekitar kepada
warga sekolah dengan menerapkan nilai murni alam sekitar dalam aspek
pengurusan, kurikulum, kokurikulum dan penghijauan secara berterusan
bagi mewujudkan amalan hidup yang selaras dengan konsep pembangunan
lestari. Konsep Pendekatan Sekolah Secara menyeluruh ini merupakan
payung kepada aktiviti Pendidikan Alam Sekitar yang sedang dan akan
dilaksanakan di sekolah.

Latihan
Aktiviti 1: Konsep Pendekatan Sekolah Secara Menyeluruh

Nyatakan peranan-peranan yang boleh dimainkan oleh warga sekolah


yang melibatkan elemen Pendidikan Alam Sekitar. Cadangkan
penambahbaikan untuk meningkatkan lagi pencapaian konsep
Pendekatan Sekolah Secara Menyeluruh.

7.3 Pendekatan Pendidikan Alam Sekitar

Apakah yang dimaksudkan dengan pendekatan Pendidikan Alam


Sekitar? Pendidikan Alam Sekitar adalah satu proses pembelajaran yang
berupaya meningkatkan pengetahuan dan kesedaran manusia tentang alam
sekitar serta mengukuhkan pemikiran kritikal, kemahiran penyelesaian
masalah dan membuat keputusan yang efektif. Ia juga mengajar individu
untuk menilai pelbagai isu alam sekitar supaya dapat membuat keputusan
yang bermakna dan bertanggungjawab.

98
MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR WAJ 2022 IPGKPT

“Environmental education is a learning process that


increases people knowledge and awareness about the
environment and associated challenges, develops the
necessary skills and expertise to address the challenges,
and fosters attitudes, motivations, and commitments to
make informed decisions and take responsible action.”

(UNESCO, Tbilisi Declaration, 1978)

Pendekatan Pembelajaran Pendidikan Alam Sekitar di Malaysia


seperti mana yang ditulis oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (1998)
serta Bahagian Pendidikan Guru (2002/2003) di dalam Modul Pendidikan
Alam Sekitar Kursus Pendek Kelolaan Maktab menunjukkan bahawa
terdapat tiga elemen penting dalam pendekatan pembelajaran Pendidikan
Alam Sekitar yang menjadi dasar ataupun asas kepada perancangan
kurikulum Pendidikan Alam Sekitar iaitu pendidikan mengenai alam sekitar,
pendidikan untuk alam sekitar dan pendidikan melalui ataupun dalam alam
sekitar itu sendiri (Kartini Abdul Mutalib, 2008).

Menurut Palmer dan Neal (1994), ketiga-tiga elemen ini iaitu


pendidikan untuk alam sekitar, pendidikan mengenai alam sekitar serta
pendidikan melalui alam sekitar merupakan komponen yang saling kait
mengait. Saling hubungan antara ketiga-tiga elemen perlu difahami dan
diambilkira semasa membina kurikulum Pendidikan Alam Sekitar. Hubungan
antara ketiga-tiga elemen dalam pendekatan pembelajaran ini ditunjukkan
dalam Rajah 7.2 seperti berikut.

99
MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR WAJ 2022 IPGKPT

PEMBELAJARAN

Pendidikan Pendidikan Untuk


Mengenai Alam Pengetahuan dan Alam Sekitar
Kefahaman
Sekitar
Konsep,
Kemahiran, Sikap

PROSES

Pendidikan Melalui atau Dalam Alam Sekitar

Rajah 7.2. Tiga elemen pendekatan Pendidikan Alam Sekitar Model


Palmer dan Neal (1994)

Model Palmer dan Neal (1994) menekankan bahawa pendidikan


mengenai alam sekitar bertujuan untuk membentuk pengetahuan tentang
alam semula jadi dan sistem semula jadi mengunakan aktiviti penyelidikan
dan juga untuk membentuk pemahaman terhadap alam sekitar, nilai alam
sekitar serta interaksi kompleks elemen semula jadi dan manusia. Manakala
pendidikan untuk alam sekitar adalah berhubung dengan perkembangan
sikap dan nilai menyayangi alam sekitar termasuk elemen kefahaman
manusia dan tingkah laku. Pendidikan untuk alam sekitar menggalakkan
murid meneroka respon peribadi kepada hubungan dengan alam sekitar dan
isu-isu alam sekitar iaitu dengan menekankan kepada etika personal, sifat
bertanggungjawab dan mengambil berat terhadap alam sekitar.

Pendidikan melalui atau dalam alam sekitar pula bertujuan untuk


membolehkan perkembangan pengetahuan, aktiviti penyelidikan oleh
kanak-kanak, membentuk pengalaman individu dan kemahiran menyiasat

100
MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR WAJ 2022 IPGKPT

serta komunikasi di kalangan pelajar berlaku dengan cara menggunakan


alam sekitar sebagai alat dan sumber pembelajaran. Komponen ini adalah
sebahagian daripada kedua-dua Pendidikan Alam Sekitar secara formal dan
bukan formal. Untuk mencapai matlamat pembelajaran menggunakan
ketiga-tiga elemen tersebut, pengajaran Pendidikan Alam Sekitar di
peringkat sekolah menengah boleh dijadikan sebagai satu subjek,
disepadukan dalam subjek-subjek lain ataupun menggunakan pendekatan
pengajaran secara bermodul.

7.4 Strategi Pelaksanaan Pendidikan Alam Sekitar

7.4.1 Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)

Di Malaysia, penerapan Pendidikan Alam Sekitar dalam Pengajaran


dan Pembelajaran dijalankan secara merentas kurikulum dalam semua
mata pelajaran ataupun subjek di sekolah. Terdapat 16 nilai murni alam
sekitar yang sesuai untuk diterapkan semasa PdP dalam mana-mana mata
pelajaran di sekolah. Berikut adalah nilai-nilai murni tersebut.

 Prinsip rendah diri


 Prinsip kerjasama
 Prinsip menghormati alam/ bumi
 Prinsip kehidupan seimbang
 Prinsip mementingkan kemapanan ekosistem
 Prinsip mengekalkan hidupan liar dan keperbagaian hidup
 Prinsip kerosakan minima
 Prinsip kesederhanaan
 Prinsip mencintai persekitaran
 Prinsip perubahan berterusan
 Prinsip ekonomi bukanlah segala-galanya
 Prinsip mengiktiraf hak mereka yang belum lahir
 Prinsip tanggungjawab setiap individu
 Prinsip etika melebihi hukum
 Prinsip mengalami dan menghayati sendiri adalah paling
baik
 Prinsip perlindungan dan pemulihan ekosistem

Guru-guru perlu menggunakan menggunakan kreativiti masing-


masing dengan cara merancang terlebih dahulu di mana-mana langkah
yang sesuai dalam pengajaran dan pembelajaran masing-masing bagi

101
MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR WAJ 2022 IPGKPT

menerapkan 16 nilai murni tersebut. Guru-guru juga digalakkan merujuk


kepada Buku Panduan untuk guru-guru sekolah rendah dan juga menengah
telah dihasilkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum pada tahun 1998.

Di dalam buku panduan tersebut terdapat enam tema utama kandungan


Pendidikan Alam Sekitar merentas Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
(KBSR) dan juga Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) iaitu
Tuhan Pencipta Alam Semester, Bumi dan Alam Semester, Benda Bukan
Hidup, Sumber Semula Jadi dan Tenaga, Benda Hidup dan Alam
Sekitarnya, Interaksi antara Manusia, Haiwan dan Tumbuhan dan
Pengurusan Alam Sekitar. Buku panduan ini juga menyediakan strategi
pelaksanaan Pendidikan Alam Sekitar merentas Kurikulum di samping
contoh-contoh Rancangan Mengajar bagi pelbagai subjek di sekolah.

Nilai murni alam sekitar yang akan diterapkan oleh guru-guru


semasa PdP hendaklah dicatatkan dalam ruangan catatan di dalam
Rancangan Persediaan Mengajar Harian dan juga di ruangan butiran am.
Berikut adalah satu contoh umum Rancangan Pengajaran Harian (Guru
pelatih opsyen prasekolah). Contoh ini boleh diubahsuai dan dimantapkan
lagi bagi menerapkan elemen-elemen Pendidikan Alam Sekitar merentas
kurikulum.

102
MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR WAJ 2022 IPGKPT

CONTOH RANCANGAN PERSEDIAAN MENGAJAR HARIAN TANPA


INTEGRASI ELEMEN-ELEMEN PENDIDIKAN ALAM SEKITAR
(SATU SLOT PENGAJARAN- 30 MINIT)

BAHAGIAN A: BUTIRAN AM

Nama Kelas : TADIKA RIDZQY

Tarikh : 10 JUN 2007

Hari : ISNIN

Masa : 9.00 – 9.30 PAGI ( 30 MINIT )

Bilangan murid : 25 ORANG

Komponen : BAHASA DAN KOMUNIKASI


(KURIKULUM BAHASA MELAYU )

Tema Pengajaran : SERANGGA

Sub – tema : NAMA SERANGGA

Tajuk Aktiviti : PERMAINAN „ TEKA NAMA SERANGGA‟

Hasil Pembelajaran : 2.1.2 Berinteraksi secara bersopan dan


( kurikulum ) bertatasusila
a. mengikut giliran
Hasil Pembelajaran : Di akhir PdP, murid-murid boleh:
( slot/ aktiviti ) 1. Menyebut sekurang-kurangnya lima nama
serangga berdasarkan model serangga yang
dikeluarkan dari kotak ajaib .

2. Berinteraksi secara bersopan dan mengikut


giliran semasa aktiviti dijalankan.

Pengetahuan Sedia Ada : Kanak-kanak pernah melihat dan tahu beberapa


nama serangga yang terdapat di persekitaran
mereka.

Kemahiran berfikir (KBKK) : Menjana idea, membanding beza

Penerapan Nilai : Sopan, sabar dan mengikut giliran

Alat Bantu Mengajar : Model serangga (mainan/ plastik) , Kotak Ajaib


dan cip bentuk serangga

Kesepaduan Komponen : Perkembangan Kognitif dan Perkembangan


Sosioemosi

Pendidikan Alam Sekitar : Sila pilih mana-mana nilai alam sekitar

:.

103
MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR WAJ 2022 IPGKPT

BAHAGIAN B: BUTIRAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

LANGKAH/ ISI KANDUNGAN AKTIVITI GURU DAN MURID BAHAN BANTU MENGAJAR
MASA / TAJUK (BBM)
/ CATATAN
BBM
Set induksi 2.Kemahiran Bertutur 1. Guru menunjukkan „Kotak Ajaib‟ kepada  Kotak Ajaib ( kotak terbuang
( 3 minit ) 2.1 Berinteraksi dengan kanak-kanak dan minta mereka meneka yang dibalut dengan kertas
mesra objek yang terdapat di dalamnya. pembalut hadiah )
2. Murid-murid cuba meneka objek.  Serangga mainan/ plastik
3. Guru memberitahu beberapa klu. KBKK
 Menjana idea

Langkah 1 Nama serangga yang 1. Guru memperkenalkan perkataan BBM


( 7 minit ) telah diketahui oleh Serangga dengan menunjukkan  Kad Tema/ Perkataan Serangga
kanak-kanak kad tema dan carta gambar.  Carta gambar serangga
2. Guru berbual dengan kanak-kanak KBKK
mengenai pengalaman mereka melihat  Membanding beza
serangga di rumah atau di persekitaran NILAI
luar seperti taman atau padang.  Sopan semasa berinteraksi

Langkah 2 Permainan: 1. Lima orang murid diminta keluar ke BBM


( 10 minit ) „Teka Nama hadapan dan berbaris.  Kotak Ajaib
Serangga‟ 2. Setiap orang murid diberi peluang  Model Serangga Mainan/ Plastik
menyeluk tangan ke dalam „Kotak Ajaib‟ seperti:-
dan mengeluarkan hanya satu model Semut, lipas,lipan, belalang,kala
serangga. jengking.
3. Murid-murid lain diminta meneka nama KBKK
model serangga yang dilihat  Membanding beza
4. Murid yang berinteraksi secara bersopan NILAI
dan mengikut giliran serta dapat  Sabar dan mengikut giliran
menjawab dengan betul diberi cip bentuk
serangga.
BBM
Langkah 4 Nama serangga 1. Guru meminta kanak-kanak menyebut  Carta gambar serangga
( 7 minit ) i. semut nama serangga yang ditunjukkan pada  Cip bentuk serangga
ii. lipas carta gambar satu persatu seorang demi KBKK
iii. lipan seorang.  Membanding beza
iv.belalang 2. Murid yang dapat menyebut dengan NILAI
v.kala jengking betul diberi tepukan dan cip bentuk  Sabar dan mengikut giliran
dan lain-lain serangga.

Penutup Refleksi dan 1. Guru dan murid-murid bersama-sama BBM


( 3 minit ) Peneguhan merumuskan isi/ tajuk yang telah  Kad Tema/ Perkataan Serangga
dipelajari.  Carta gambar serangga
2. Murid-murid menyatakan perasaan
mereka mengenai aktiviti yang telah
dijalankan.

Refleksi Guru

Ulasan Guru Pembimbing :

104
MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR WAJ 2022 IPGKPT

Ulasan Pensyarah Pembimbing:

Latihan
Aktiviti 2: Penerapan Pendidikan Alam Sekitar dalam
Pengajaran dan Pembelajaran

Secara berpasangan, rancang dan sediakan satu Rancangan


Persediaan Mengajar Harian yang mengintegrasikan elemen-
elemen Pendidikan Alam Sekitar dalam satu subjek. Gunakan
format RPH seperti contoh yang telah ditunjukkan.

Buat rakaman video sepanjang tempoh 30 minit pengajaran dan


pembelajaran. Berdasarkan rakaman tersebut tuliskan satu
rumusan yang menunjukkan bagaimana unsur-unsur Pendidikan
Alam Sekitar diterapkan dalam PdP.

7.4.2 Pendekatan Kokurikulum

Bagaimanakan Pendidikan Alam Sekitar pendekatan kokurikulum


dijalankan? Pengintegrasian Pendidikan Alam Sekitar dengan Sistem
Pendidikan Kebangsaan secara langsung menjadikan Pendidikan Alam
Sekitar sebagai suatu bidang pendidikan yang merentas kurikulum dan
kokurikulum. Penyepaduan Pendidikan Alam Sekitar dalam ko-kurikulum
adalah untuk mengimbangi proses penyepaduan Pendidikan Alam Sekitar
dalam kurikulum iaitu sebagai satu usaha penyepaduan yang menjadi

105
MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR WAJ 2022 IPGKPT

manifestasi terhadap segala apa yang dipelajari mengenai Pendidikan Alam


Sekitar di dalam bilik darjah.

Perkara ini adalah selaras dengan polisi yang telah ditetapkan oleh
Kerajaan dalam Rancangan Malaysia Ketujuh (1996-2000) dan Rancangan
Malaysia Kelapan (2001-2005) yang dengan jelas menyatakan bahawa
kursus Pendidikan Alam Sekitar dan aktiviti kokurikulum berasaskan alam
sekitar di bawah Kementerian Pendidikan malaysia akan diperkukuhkan.
Oleh itu Pendidikan Alam Sekitar pendekatan kokurikulum boleh diterapkan
atau diintegrasikan semasa melaksanakan aktiviti badan/unit beruniform,
sukan/permainan ataupun Persatuan/Kelab yang ada di sekolah.

Rajah 7.3. Contoh aktiviti penerapan Pendidikan Alam Sekitar


dalam aktiviti kokurikulum

106
MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR WAJ 2022 IPGKPT

Latihan
Aktiviti 3: Penerapan Pendidikan Alam Sekitar Dalam Aktiviti
Kokurikulum

Hasilkan satu sajak atau lagu yang bertemakan alam sekitar dan
persembahkannya semasa aktiviti kokurikulum di sekolah. Berikut
adalah contoh koleksi sajak terbaik yang telah dihasilkan oleh pelajar
sekolah. Sertakan sajak atau lagu tersebut dalam folio pembelajaran
Pendidikan Alam Sekitar anda.

CONTOH SAJAK 1

PELARIAN DI DAERAH SENDIRI


BUNYI ITU KEDENGARAN LAGI
GEGARANNYA MENGGONCANG BUMI
SEMALAM BISING SEKALI
HARI INI MENJADI-JADI
BENCANA APAKAH INI?

APAKAH YANG MEREKA MAHU LAGI?


POHON SUBUR SUDAH MENYEMBAH BUMI
SUNGAI JERNIH SUDAH BERUBAH WARNA
BUKIT TINGGI SUDAH MENJADI RATA
KEPANASAN SUDAH MEMBARA

KELMARIN KEDIAMAN SANG TUPAI SUDAH BERKECAI


SEMALAM RUMAH SANG PELANDOK RANAP
HARI INI ………
MUNGKINKAH GILIRANKU PULA

WAHAI PENCINTA ALAM


DIMANAKAH PEMBELAANMU?

AKU KINI PELARIAN DI DAERAH SENDIRI


MENANTI SIMPATI
AKU TIDAK BERUPAYA TERBANG LAGI
KERANA SAYAPKU BERDARAH
DITIMPA DAHAN PATAH

Nukilan : Nurul Nabila Ismail


Tahun 4, Sek. Keb. Tanjung Bunga
Julai 2004

107
MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR WAJ 2022 IPGKPT

CONTOH SAJAK 2

RINTIHAN PENGHUNI RIMBA

WAHAI MANUSIA,
DENGARLAH RINTIHAN HATIKU
JUGA TEMAN-TEMAN
PENGHUNI RIMBA

WAHAI MANUSIA,
DULU TEMPAT INI SYURGAKU
AKU BEBAS MENGGEPAKKAN SAYAPKU
LANTAS BERTENGGEK
DI DAHAN YANG GAGAH

KINI,
SAYAPKU TERASA PANAS
TIDAK DAPAT LAGI UNTUK AKU BERTENGGEK
KERANA DAHAN YANG GAGAH
TELAH MENJADI USANG DAN RAPUH

WAHAI MANUSIA,
DEMI MEMBINA TEMPAT YANG SELESA
DEMI MENJAMIN HIDUP YANG BAHAGIA
WAJARKAH TEMPAT TINGGAL KAMI MENJADI MANGSA?
WAJARKAH KAMI DISIKSA?

ANDAINYA ENGKAU DI TEMPATKU


PASTI ENGKAU MENGERTI
BETAPA ZALIMNYA MAKHLUK
YANG BERGELAR MANUSIA !
KERANA MENGEJAR KEMEWAHAN DUNIA
MEREKA MELUPAKAN PENGHUNI RIMBA

CONTOH SAJAK 3

BUMIKU

BUMIKU,
BETAPA DIRIMU SEMAKIN TENAT
KEINDAHAN KIAN TERNODA

TATKALA DADAMU SEGAR MENGHIJAU


PENUH DENGAN KHAZANAH BERHARGA
MANUSIA PUN MENJADI RAKUS
MENGEJAR KEMAJUAN
YANG GILA AKAN KEKAYAAN
MEROBEK DADAMU

BUMIKU,
INILAH JANJIKU PADAMU
PEWARIS MASA DEPAN
AKAN CUBA KUPASTIKAN
KEHIJAUAN YANG MASIH TINGGAL
TIDAK HARUS TERNODA

108
MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR WAJ 2022 IPGKPT

Rujukan

Bahagian Pendidikan Guru. (2002/2003). Modul Pendidikan Alam Sekitar:


Kursus Pendek Kelolaan Maktab (KPKM). Malaysia: Kementerian
Pendidikan Malaysia.

Institute of Islamic Understanding Malaysia. (2004). The environment: A gift


of God. (2nd ed.). Kuala Lumpur: IKIM Publishing Unit.

Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar Malaysia. (1991). Isu-Isu


Semasa Sains dan Teknologi. Petaling Jaya:Koperasi Pencetakan
Malaysia Berhad.

Bahan Bacaan

Untuk bacaan tambahan, sila rujuk laman sesawang berikut:

http://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_Alam_Sekitar

www.kkk.org.my/.../237-hari-alam-sekitar-sedunia.html

www.nre.gov.my/BM/BeritaNRE/Pages/SHASS08.aspx

http://www.unep.org/wed/2010/english/

http://www.epa.gov/enviroed/index.html

http://www.ipbl.edu.my/inter/penyelidikan/jurnalpapers/jurnal2006/tiwi06a.pdf

http://www.doe.gov.my/en/erahijau?sort=desc&order=Title+|+Tajuk

http://www.doe.gov.my/files/u1/EraHijau%20Isu%204-09.pdf

http://www.doe.gov.my/files/u1/EraHijau%20Isu%204-09.pdf

http://www.treehungger.com/

109
MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR WAJ 2022 IPGKPT

TAJUK 8.0 INSTITUSI LESTARI

Sinopsis

Tajuk kelapan ialah adalah Institusi Lestari. Tajuk ini terdiri daripada lima
sub tajuk iaitu Konsep dan Tujuan Institusi Lestari, Strategi Pelaksanaan
Institusi Lestari, Audit Hijau, Tindakan Susulan dan Refleksi.

Hasil Pembelajaran

 menjelaskan konsep, tujuan dan strategi pelaksanaan institusi lestari

 melaksanakan dan membuat laporan audit hijau di institusi


pendidikan

Kerangka Tajuk

Rajah 8.1. Kerangka tajuk lapan

8.1 Konsep dan Tujuan Institusi Lestari

Pembangunan lestari merupakan satu konsep yang memberi


penekanan kepada pemuliharaan dan pemeliharaan sumber alam dalam
setiap aktiviti yang dijalankan. Oleh itu konsep institusi lestari menekankan
kepada suatu persekitaran di sesebuah institusi yang dibentuk dengan
menitikberatkan kepada pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar di

110
MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR WAJ 2022 IPGKPT

mana seluruh warga institusi lestari mengamal, menghayati dan


membudayakan konsep dan ciri-ciri warga alam sekitar iaitu warga yang
mesra alam.

Konsep institusi lestari juga memberi penekanan kepada


keseimbangan antara memenuhi keperluan manusia dengan keupayaan
sistem semula jadi untuk membekalkan produk dan perkhidmatan tanpa
degradasi. Oleh itu Pendidikan Alam Sekitar merupakan satu keperluan iaitu
satu alat bagi menzahirkan sebuah institusi lestari. Dalam ertikata yang
mudah, institusi lestari merupakan kesinambungan kepada pendidikan alam
sekitar yang telah diperolehi oleh setiap individu semasa di peringkat
sekolah rendah dan sekolah menengah dan secara khususnya merupakan
kesinambungan konsep sekolah lestari.

Institusi lestari diwujudkan dengan tujuan untuk melaksanakan Dasar


Alam Sekitar Negara dengan menekankan kepada lapan prinsip dan tujuh
strategi hijau. Di samping itu, Institusi lestari juga diwujudkan bagi tujuan
memastikan kesejahteraan alam sekitar dan pembangunan lestari adalah
selaras dengan prinsip-prinsip Pembangunan Mampan seperti yang tercatat
dalam Agenda 21, RIO.

8.2 Strategi Pelaksanaan Institusi Lestari

Untuk melahirkan sebuah institusi lestari maka satu rangka atau


pelan strategik yang mantap dan sistematik perlu dihasilkan oleh pihak
pengurusan institusi. Antara contoh strategi yang boleh dilaksanakan ialah
pelan strategik institusi lestari bagi tempoh lima tahun. Pelan strategik
tersebut perlu mengandungi konsep dan definisi institusi lestari, objektif dan
empat komponen utama institusi lestari iaitu komponen pengurusan,
komponen kurikulum, kokurikulum dan juga penghijauan serta juga garis
panduan pelaksanaan. Setiap komponen menyediakan sasaran masing-
masing iaitu sasaran yang hendak dicapai. Pihak institusi juga perlu
mewujudkan satu jawatankuasa induk di peringkat institusi dan carta alir
bagaimana setiap komponen memainkan peranan masing-masing.

111
MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR WAJ 2022 IPGKPT

Antara aktiviti yang boleh dijalankan dalam strategi pelaksanaan


instisi lestari ialah aktiviti atau projek gaya hidup lestari seperti Kempen cinta
alam sekitar / Hari Bumi, Konsep 5R (Recycle, Reuse, Repair, Reduce,
Rethink), Gotong royong membersihkan kawasan institut, kampung, sungai
dan pantai, Penglibatan / keahlian persatuan / berdasarkan alam sekitar
(Persatuan Alam Sekitar/ Rakan Alam Sekitar), serta kolaborasi bersama
agensi-agensi kerajaan, NGO dan juga komuniti setempat atau komuniti
sasaran.

Penentu kepada kejayaan melahirkan institusi lestari melibatkan


banyak faktor seperti latihan, infrastruktur, kewangan, sumber manusia,
syumul, iltizam dan intergrasi di samping mencari bahan-bahan rujukan dan
contoh-contoh model institusi lestari termasuklah model sekolah lestari dan
garis panduan sekolah lestari – anugerah alam sekitar. Di samping itu
kerjasama yang tinggi serta kefahaman yang jelas terhadap strategi
pelaksanaan institusi lestari dalam kalangan staf amat diperlukan di semua
peringkat institusi daripada bahagian hadapan seperti jaga, tukang kebun,
staf sokongan, staf akademik sehingga ke peringkat pengurusan atasan.

Rajah 8.2. Garis panduan sekolah lestari

Latihan
Aktiviti 1: Strategi Pelaksanaan Institusi Lestari
Bina satu logo institusi lestari, objektif, misi, visi dan carta
organisasi induk termasuk komponen pengurusan, kurikulum,
kokurikulum dan penghijauan. Masukkan ke dalam folio anda.

112
MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR WAJ 2022 IPGKPT

8.3 Audit hijau

Audit hijau adalah satu proses penilaian untuk mengenal pasti


apakah tindakan yang perlu dilakukan untuk membantu ke arah
melestarikan alam sekitar dan juga planet bumi. Audit hijau juga dikenali
sebagai „eko-audit‟ atau „ audit alam sekitar‟. Audit Hijau juga dilaksanakan
untuk mengenal pasti sejauh manakah pengurusan sumber yang efektif ke
arah meningkatkan kecekapan dan penjimatan penggunaan samada tenaga
elektrik, air, bahan pakai habis seperti kertas, dakwat pencetak, sisa pejabat
di kawasan institusi seperti di dalam bilik darjah, kantin, makmal dan juga di
bengkel. Bagaimana audit hijau hendak dijalankan dan bagaimanakah
saranan penjimatan tenaga, air dan bahan pakai habis boleh dilakukan oleh
anda?

Audit hijau boleh dilakukan dengan beberapa langkah seperti berikut


iaitu pra-audit, audit di lapangan (on-site audit) dan juga pasca audit (post-
audit).

Rajah 8.3. Langkah-langkah audit hijau

Dalam langkah audit pelan, lima perkara yang perlu difokuskan ialah
dimanakah tepat yang hendak diaudit serta sempadannya (where) aiiatu
perancangan tempat, apakah skop kriterianya dan objektifnya (what),

113
MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR WAJ 2022 IPGKPT

bagaimanakah cara bagi protokol menemu bual, mengaudit, membuat


logistik dan penyusuanan dalam pengurusan (how), siapakah ahli pasukan
audit, siapakah yang menyusun kemudahan di lapangan (who) dan
siapakah yang akan membuat analisis data serta pelaporan serta bilakah
skedul melaksanakan audit hijau (when).

Senarai semak, protokol temu bual atau soal selidik yang hendak
digunakan biasanya melibatkan isu-isu seperti pengurusan alam sekitar
secara menyeluruh, polisi, pengurusan tenaga, pengurusan bahan-bahan,
pengurusan air dan sisa air, pengurusan sisa pepejal, kawalan bunyi dan
pemantauan, kawalan dan pmantauan kualiti udara, juga prosedur respon
kecemasan dan program penghijauan. Di samping itu isu-isu lain yang boleh
diaudit ialah pengangkutan, kesedaran dan latihan staf, maklumat dan
publisiti terhadap alam sekitar serta respon terhadap pertanyaan dan aduan
awam.

Latihan
Aktiviti 2: Audit Hijau
Teliti beberapa contoh borang audit hijau yang dilampirkan.
Dengan menggunakan idea serta daya kreativiti anda, binakan
satu borang audit hijau dan laksanakan audit hijau tersebut di
mana-mana institusi. Hantar laporan audit hijau anda kepada
pensyarah menggunakan dan kongsikan dengan rakan-rakan
anda menggunakan „google drive‟ serta masukkan ke dalam
folio anda.

Contoh borang senarai semak audit seperti berikut boleh digunakan.

Contoh:Lembaran Audit Penggunaan Elektrik di makmal


1 2 3 4 5 6
Alatan Tenaga Penggunaan Bilangan Purata kWh Purata
digunakan sehari kali sehari (watt kWh
(watt) (jam) digunakan x jam x sebulan
no/1000)
dapur 1000W 1 2 1000 x 2 x x 30 = 60
elektrik 1/1000 = 2 kWh/bulan
kWh sehari
cerek
elektrik
lampu
lampu
CFL
ketuhar
elektrik

114
MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR WAJ 2022 IPGKPT

Contoh: Lembaran Audit Penggunaan Air di tandas


1 2 3 4 5 6
Aktiviti Purata air Bilangan Jumlah air Bilangan Jumlah air
digunakan aktiviti digunakan orang yang yang
per aktiviti dilakukan oleh menggunakan digunakan
(liter) setiap hari seorang tandas sehari
setiap hari
(liter)
cuci
muka
dan
tangan
mandi
gosok
gigi
dengan
paip
terbuka
cuci
cawan

Contoh: BORANG AUDIT HIJAU

Perkara Senarai Semak


Pengunaan air di institusi Tandas Kantin Makmal
1. Punca air
2. Berapa banyak digunakan
sebulan?
3. Adakah berlaku pembaziran –
limpahan air, paip bocor
4. Bagaimanakah air boleh
digunakan semula atau disimpan
untuk kegunaan lain?

115
MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR WAJ 2022 IPGKPT

Contoh: BORANG AUDIT HIJAU

Perkara Senarai Semak


Tenaga di institusi Catatan
1. Berapa banyak tenaga elektrik
digunakan sebulan?
2. Di mana dan bilakah tenaga eletrik
digunakan?
3. Apakah bentuk tenaga lain yang
digunakan?
4. Dari manakah tenaga tersebut?
5. Adakah tenaga dibazirkan?
6. Bagaimanakah tenaga dapat
disimpan atau digunakan semula?
Sampah Sarap Catatan
1. Apakah bahan buangan biasa
yang terdapat di perkarangan
institusi?
2. Adakah anda berpuas hati dengan
keadaan kebersihan di institusi?
3. Adakah institusi anda membakar
sampah?
4. Apakah kesan pembakaran
terbuka kepada kita?
5. Adakah anda tahu, pengasingan
sampah boleh menjana wang?
6. Senaraikan barangan tersbut.
7. Adalah anda boleh mengenal pasti
sampah yang boleh dikitar
semula?
8. Adakah anda boleh mengenal
pasti sampah yang boleh terurai
menjadi baja?
9. Senaraikan sampah yang boleh
digunakan semula.
Kantin Catatan
1. Kenal pasti barangan yang dijual di
kantin dan dibungkus dengan
plastik.
2. Adakah pengusaha kantin dan
pelajar tahu pembuangan plastik
mendatangkan kesan kepada alam
sekitar?
3. Apakah barangan yang dijual di
kantin yang tidak baik kepada
alam sekitar?
4. Adakah kantin menggunakan
straw?
5. Adakah kantin menggunakan
polistirena?
6. Bagaimana pihak kantin
menguruskan bahan buangan?
7. Bagaimana anda boleh membantu
pihak kantin menguruskan
perniagaan dengan lebih mesra
alam.

116
MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR WAJ 2022 IPGKPT

Rujukan

Bahagian Pendidikan Guru. (2002/2003). Modul Pendidikan Alam Sekitar:


Kursus Pendek Kelolaan Maktab (KPKM). Malaysia: Kementerian
Pendidikan Malaysia.

Institute of Islamic Understanding Malaysia. (2004). The environment: A gift


of God. (2nd ed.). Kuala Lumpur: IKIM Publishing Unit.

Jabatan Alam Sekitar Malaysia. (2006). Era Hijau. Keluaran 1. Putrajaya:


Harian Zulfadzli Sdn. Bhd.

Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar Malaysia. (1991). Isu-Isu


Semasa Sains dan Teknologi. Petaling Jaya: Koperasi Pencetakan
Malaysia Berhad.

Mariani Hambug (2008). Kesedaran pembangunan lestari di peringkat awal


umur kanak-kanak. (Tesis Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan
Awam yang tidak diterbitkan). Universiti Teknologi Malaysia, Skudai,
Johor Bahru, Malaysia.

Muhammad Rizal Razman, Abdul Samad Hadi, Jamaluddin Md Jahi, Abdul


Hadi Harman Shah, Ahmad Fariz Mohamed, & Shaharudin Idrus. (2014).
Perlindungan alam sekitar: Inisiatif global dan penglibatan tempatan.
Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Harris, J.M. (2000). Basic principes of Sustainable Development. G-DAE


Working Paper No. 00-04. Global Development and Environment
Institute, Tufts University.

Rudawska, E., Renko, R.,& Bilan, Y. (2013). Sustainable Development:


Concept, interest groups, benefits and global challenges. International
Journal of Academic Research, 5(6), 83-86.

117
MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR WAJ 2022 IPGKPT

Bahan Bacaan

Untuk bacaan tambahan, sila rujuk laman sesawang berikut:

http://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_Alam_Sekitar

http://www.kkk.org.my/.../237-hari-alam-sekitar-sedunia.html

http://www.nre.gov.my/BM/BeritaNRE/Pages/SHASS08.aspx

http://www.unep.org/wed/2010/english/

http://www.epa.gov/enviroed/index.html

http://www.ipbl.edu.my/inter/penyelidikan/jurnalpapers/jurnal2006/tiwi06a.pdf

http://www.doe.gov.my/en/erahijau?sort=desc&order=Title+|+Tajuk

http://www.doe.gov.my/files/u1/EraHijau%20Isu%204-09.pdf

http://www.doe.gov.my/files/u1/EraHijau%20Isu%204-09.pdf

http://www.treehungger.com/

http://www.greeningsacredspaces.net/files/GreenAuditBrochure.pdf

http://www.epd.gov.hk/.../p.

http://www.oshc.org.hk/others/bookshelf/pb268e.pdf

118

You might also like