Contoh KK Sejarah
Contoh KK Sejarah
Contoh KK Sejarah
Pemilihan tajuk
Saya telah memilih tajuk Kebudayaan Baba Nyonya di Melaka. Saya memilih tajuk ini
kerana kawasan kajian saya adalah sebuah kawasan dimana terletaknya tinggalan sejarah
yang kini menjadi tarikan pelancong untuk datang ke Melaka. Selain itu, saya juga amat
tertarik dengan cara kehidupan dan budaya yang mereka amalkan. Bagi saya, budaya baba
nyonya sangat sesuai untuk dijadikan sebagai kajian kerana terdapat pelbagai aspek yang
dapat dikaji.
Pengenalan
Cara hidup dan kebudayaan Baba N
yonya:
Baba dan Nyonya di Melaka adalah Cina Peranakan dimana nenek moyang mereka telah
datang dan berkahwin dengan wanita tempatan. Perkahwinan campur seperti ini telah
melahirkan budaya Cina yang unik serta tradisi Melayu.
Kaum Baba dan Nyonya telah memperkenalkan perabut unik, porselin dan pinggan
mangkuk, cara pemakaian dan makanan lazat yang hanya boleh dijumpai di Melaka. Kaum
Nyonya memakai sarung kebaya dengan "brooch" berbagai bentuk dan barang kemas yang
diperbuat daripada perak atau emas.
Objektif kajian
Antara objektif saya menjalankan kajian ini adalah
a) Untuk mengkaji asal usul kemunculan kaum Baba Nyonya
b) Untuk mengkaji keunikan budaya yang diamalkan oleh kaum Baba Nyonya.
c) Untuk mengetahui bahasa yang digunakan oleh kaum Baba Nyonya.
d) Untuk mengkaji tentang pakaian yang digunakan oleh kaum ini.
e) Untuk mengupas makanan tradisional Baba Nyonya.
Permasalahan kajian
Saya akan mengupas mengenai asal usul Baba Nyonya.Selain itu,mengupas tentang
keunikan budaya yang diamalkan oleh kaum Baba Nyonya.Selain itu,saya ingin mengkaji
dan mengupas bahasa yang digunakan oleh kaum ini.Akhir sekali,saya akan mengkaji
tentang pakaian tradisional yang digunakan oleh masyarakat Baba Nyonya dan makanan
tradisional Baba Nyonya.
Skop kajian
Saya akan mengkaji mengenai asal usul Kaum peranakan Baba Nyonya yang sudah wujud
di negeri
ini sejak 600 tahun lalu dan negeri Melaka merupakan satu-satunya negeri di Malaysia yang
merupakan kolonis terbesar masyarakat unik ini bertapak.
Kajian Lepas:
Wartawan Utusan Malaysia, NORIZAN ABDUL MUHID dan jurugambar ABDUL RAZAK
LATIF baru-baru ini telah mendekati kumpulan minoriti Baba Nyonya yang ada di Melaka
untuk mengetahui sejauh mana adat resam dan budaya masyarakat itu dapat
dipertahankan.
Kaedah Kajian
Untuk hasil kajian saya ini, saya telah mengaplikasikan beberapa kaedah kajian. Antaranya
ialah
a) Kaedah temubual :- Melalui kaedah ini, saya telah menemu ramah beberapa orang
tempatan yang mengetahui tentang asal usul kumpulan minoriti Baba Nyonya.
b) Kaedah lawatan :- Saya juga telah melawat kawasan kajian yang didiami oleh kaum
Baba Nyonya di Jonker Walk.
c) Melayari internet :- Kaedah melayari internet juga turut saya aplikasikan di dalam kajian
saya ini kerana ia merupakan salah satu cara terpantas untuk memperolehi maklumat.
d) Pembacaan karya ilmiah :- Saya telah membaca beberapa karya ilmiah yang sedikit
sebanyak menyumbang kepada hasil kajian saya.
Bahagian 4:Pakaian
Di dalam bahagian ini pula, saya akan mengupas mengenai pakaian kaum Baba Nyonya.
Kebanyakan mereka berpakaian kebaya dan sarung batik yang diwarisi oleh nenek moyang
mereka. manakala dari aspek kerohanian dan keagamaan mereka mempunyai banyak
persamaan dengan keturunan Cina.
Bahagian 5:Makanan
Di dalam bahagian ini saya akan mengkaji dan mengupas tentang makanan masyarakat
Baba Nyonya yang kita tidak ketahui.Selain itu,dikatakan makanan kaum Baba Nyonya
dikatakan sama dengan makanan masyarakat orang Melayu.
Penutup
Saya berharap, dengan hasil kajian saya ini, akan membuka mata masyarakat untuk lebih
menghargai amalan dan budaya sosial yang diamalkan masyarakat Baba Nyonya yang
semakin disisihkan oleh generasi baru kaum itu. Mereka sayang untuk meninggalkan
budaya yang unik itu begitu sahaja. Mereka sanggup mempertahankan budaya masyarakat
Baba dan Nyonya. Percampuran budaya dan adat antara masyarakat Cina dan masyarakat
Melayu telah membuktikan akan keakraban dan perpaduan yang wujud dalam masyarakat
tersebut, malah masih mengamalkan budaya Melayu dalam kehidupan bermasyarakat.