GMGF 2023
GMGF 2023
GMGF 2023
1
Tugasan 1: Taklimat kepada pelawat luar Negara yang ingin mengetahui tentang perjalanan
pentadbiran kewangan di malaysia.
Terima kasih kepada pengerusi majlis yang dihormati, Canselor UUm Sintok Kedah, yang
dikasihi para pensyarah serta pelawat-pelawat dari China dan pelajar-pelajar sekalian.
Assalammualaikum dan selamat pagi. Saya selaku wakil pelajar, terlebih dahulu ingin
merakamkan ucapan ribuan terima kasih kerana pihak UUM Sintok Kedah kerana sudi
menjemput saya untuk memberikan sedikat maklumat mengenai perjalanan pentadbiran
kewangan pihak kerajan di Malaysia. Untuk tidak membuang masa, eloklah kiranya saya
memberikan definisi mengenai pentadbiran kewangan. Terdapat 2 konteks untuk mendefinisikan
pentadbiran kewangan iaitu, definisi Asas menurut Harold Alderfer; satu pusingan yang
bermula dengan pengenaan cukai sehingga perbelanjaan terakhir yang menggambarkan bahawa
pentadbiran kewangan adalah merupakan satu sistem yang asas dan penting atau elementary.
Kedua, definisi Moden menurut PBB; mentakrifkan pentadbiran kewangan sebagai satu sistem
yang mengandungi elemen-elemen pembuatan keputusan seperti menentukan matlamat,
program, dan alokasi sumber, teknik-teknik pengurusan, penilaian, dan laporan. mentakrifkan
pentadbiran kewangan sebagai satu sistem yang mengandungi elemen-elemen pembuatan
keputusan seperti menentukan matlamat, program, dan alokasi sumber, teknik-teknik
pengurusan, penilaian, dan laporan.
Hadirin sekalian,
GMGF2023 PENTADBIRAN KEWANGAN
2
Terdapat beberapa elemen penting dalam pentadbiran kewangan yang sangat berkait rapat dan
saling bergantung antara satu sama lain demi menjamin ekonomi negara. Elemen-elemen
tersebut ialah belanjawan Negara, Dasar Kewangan (Fiskal) Negara, Bidang Kuasa Kewangan,
Kawalan-kawalan Kewangan. Saya akan huraikan lebih lanjut mengenai elemen-elemen ini.
Pertama adalah Belanjawan Negara; satu pernyataan hasil dan anggaran perbelanjaan masa
hadapan untuk perancangan dan pengurusan sumber ekonomi negara bagi memenuhi keperluan
rakyat bagi satu-satu tahun kewangan tertentu negara. Terdapat dua kategori peranan belanjawan
iaitu belanjawan sebagai alat dasar fiskal dan belanjawan sebagai alat pengurusan. Belanjawan
Sebagai Alat Dasar Fiskal mempunyai beberapa fungsi antaranya Fungsi Peruntukan yang
memainkan peranan untuk menjaga keamanan, ketenteraman, hasil kepada meningkatkan taraf
sosio-ekonomi rakyat; kemudahan infrastruktur; sekolah, klinik, jalanraya dan lain-lain lagi.
Selain itu Fungsi Agihan yang mengagihkan hasil dan perbelanjaan secara adil dan saksama
mengikut keperluan; PPRT, subsidi bagi mengurangkan jurang ekonomi yang berada dengan
miskin; dasar percukaian progresif; dan pengagihan pendapatan dengan saksama. Seterusnya
fungsi penstabilan yang menstabilkan ekonomi melalui kawalan kenaikan harga; pengurangan
penggangguran; peningkatan guna tenaga; peningkatan pertumbuhan ekonomi dan insentif
pelaburan kepada swasta. Manakala belanjawan sebagai alat pengurusan terbahagi kepada tiga
iaitu alat mengurus Sumber Kewangan kerana belanjawan mengandungi maklumat objektif
negara yang ingin dicapai melalui strategi pemilihan aktiviti/projek yang bijak dan sesuai
berpandukan peruntukan dan dibelanjakan mengikut perancangan yang telah disusun. Kedua
dokumen belanjawan dan kewangan telah menetapkan peruntukan kepada agensi dibelanjakan
mengikut kaedah yang telah ditetapkan; maklumat dokumen belanjawan membantu pengurus
mengawal kos dan penggunaan sumber bagi mengelak pembaziran iaitu membelanjakan wang ke
GMGF2023 PENTADBIRAN KEWANGAN
3
atas perkara-perkara yang tidak menjadi keutamaan negara. Ianya juga menjadi sebagai Alat
Mengukur kecekapan dan keberkesanan pengurusan kewangan untuk Pengukuran prestasi
belanjawan dibuat melalui laporan dan maklumbalas yang disediakan berasaskan perancangan
belanjawan; kecekapan penggunaan peruntukan yang telah diperuntukkan diukur daripada
perbelanjaannya. Ini adalah bertujuan untuk menilai sama ada objektif organisasi tercapai atau
sebaliknya. Hal ini dapat dilihat Sistem Belanjawan yang digunakan mempengaruhi
keberkesanan dan kecekapan pengurusan sesuatu belanjawan. Kerajaan Malaysia telah
mengambil langkah bijak bagi merangsang ekonomi negara demi menjamin kesejahteraan
rakyat. Ini adalah seperti yang dinyatakan dalam Ucapan Budget Tahun 2010 yang telah
disampaikan oleh YAB Dato Sri Mohd. Najib Tun abdul Razak Perdana Menteri dan Menteri
Kewangan Negara iaitu, memperkenalkan Gagasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian
Diutamakan; Meliberalisasikan 27 subsektor Perkhidmatan dan Kewangan; Melaksanakan
NKRA dan KPI; Memansuhkan garis panduan Jawatankuasa pelaburan Asing dan menubuhkan
Ekuiti Nasional Berhad (EKUINAS); Melaksanakan program untuk meringankan beban rakyat
termasuk Program Perumahan Rakyat dan infrastruktur luar Bandar; dan Melancarkan Amanah
Saham 1Malaysia untuk menggalakkan pelaburan dan meningkatkan pendapatan. Selain itu,
bajet 2010 memberikan tumpuan kepada tiga strategi berikut, Pertama Memacu negara ke Arah
Ekonomi Berpendapatan Tinggi; Kedua Memastikan Pembangunan Holisitk dan Mapan; dan
Ketiga Mengutamakan Kesejahteraan Rakyat Malaysia telah melalui pengalaman dalam
menguruskan belanjawan pada zaman yang berbeza-beza melalui beberapa sistem belanjawan
sehinggalah ke sistem belanjawan yang telah diamalkan sekarang.
Hadirin sekalian
GMGF2023 PENTADBIRAN KEWANGAN
4
Kita beralih pula kepada elemen kedua iaitu Dasar Kewangan (Fiskal) Negara. Terdapat
beberapa dasar yang sering dilaksanakan oleh pihak kerajaan iaitu dasar fiskal, dasar kewangan,
kawalan langsung dan dasar sebelah penawaran. Kerajaan mempengaruhi dalam kegiatan
ekonomi negara dengan matlamat untuk meningkatkan prestasi dan menstabilkan kedudukan
ekonomi negara (INTAN 1991:661). Perbendaharaan Malaysia telah diamanahkan untuk
menggubal dan melaksanakan dasar fiskal kewangan dan ekonomi bagi mempertingkat
pengagihan serta pengurusan sumber kewangan dilaksanakan dengan cekap dan berkesan. Dasar
ini diwujudkan untuk mengatasi masalah ekonomi yang paling utama iaitu inflasi atau
pengangguran. Inflasi merupakan satu masalah ekonomi yang merujuk kepada kenaikan tingkat
harga umum secara berterusan dan tidak terbatas. Punca utama inflasi ialah lebihan perbelanjaan
yang wujud dalam sesebuah ekonomi yang telah mencapai guna tenaga penuh, kenaikan kos
pengeluaran dan harga barang import. Inflasi dianggap sebagai satu masalah ekonomi kerana ia
akan menyebabkan kos hidup masyarakat meningkat dan seterusnya taraf hidup masyarakat akan
menurun. Manakala Pengangguran pula merupakan jumlah tenaga buruh yang sanggup dan
mampu bekerja, tetapi tidak mendapat pekerjaan pada tingkat upah tertentu. Pengangguran
adalah berpunca daripada penggantian buruh dengan mesin, kemunduran dalam industri,
kemelesetan ekonomi. Terdapat pihak yang mengatakan bahawa pengangguran adalah berpunca
daripada 3 faktor iaitu faktor kehilangan kerja, faktor meniggalkan pekerjaan dan faktor tenaga
buruh baru dan kemasukan semula tenaga buruh. Matlamat dasar ini digubal adalah untuk
memastikan penurunan kadar pengangguran iaitu peningkatan kadar guna tenaga, pertambahan
pendapatan Negara dan keluaran negara dan peningkatan pencapaian ekonomi. Dasar fiskal ialah
dasar perubahan perbelanjaan kerajaan dan cukai demi mengatasi inflasi dan kemelesetan
ekonomi. Kesan dasar fiskal menjadi lengkap apabila bank pusat melaksanakan dasar kewangan
GMGF2023 PENTADBIRAN KEWANGAN
5
yang selaras dengan tujuannya pada masa yang sama. Terdapat dua jenis dasar fiskal iaitu
pemantap automatik dan dasar budi bicara. Pemantap automatik adalah alat kerajaan yang dapat
mengecilkan keadaan melambung-meleset ekonomi secara automatik (Lai Mooi Chang, 2001).
Terdapat beberapa jenis pemantap automatik iaitu pengenaan cukai, bayaran pindahan kerajaan
dan dasar harga maksimum-minimum. Semasa keadaan ekonomi melambung, pendapatan
masyarakat akan meningkat dan seterusnya permintaan agregat juga meningkat. Keadaan ini
akan menyebabkan peningkatan harga umum, pengenaan cukai pendapatan akan mengurangkan
pendapatan boleh guna masyarakat. Serentak dengan itu juga dasar harga maksimum akan
dilaksanakan bagi menghalang kenaikan tingkat harga melebihi tingkat harga maksimum. Ini
akan mengakibatkan peningkatan permintaan agregat dapat dikurangkan dan kenaikan tingkat
harga umum dapat dikecilkan. Dasar kewangan ialah langkah-langkah bank pusat untuk
mempengaruhi kegiatan ekonomi melalui kawalannya terhadap bekalan wang dan kadar bunga
dan mengubah penawaran wang dalam ekonomi demi mengatasi inflasi dan kemelesetan
ekonomi. Kesan dasar kewangan menjadi lengkap apabila kerajaan melaksanakan dasar fiskal
yang selaras dengan tujuannya pada masa yang sama. Dasar kewangan boleh dibahagikan
kepada dua iaitu dasar kewangan kuantitatif dan kualitatif (Lai Mooi Chang, 2001). Dasar
kewangan kuantitatif ialah langkah-langkah bank pusat mempengaruhi penawaran wang dan
kadar bunga manakala dasar kewangan kualitatif ialah langkah-langkah bank pusat
mempengaruhi bentuk pinjaman dan pelaburan bank-bank perdagangan. Pada masa inflasi iaitu
kenaikan tingkat harga umum berterusan dan tidak terbatas, perbelanjaan agregat melebihi
penawaran agregat. Maka pelaksanaan dasar kewangan menguncup yang menyebabkan
pengurangan bekalan wang dan kenaikan kadar bunga dapat mengurangkan pelaburan dan
perbelanjaan agregat sehingga mencapai keseimbangan dengan penawaran agregat untuk
GMGF2023 PENTADBIRAN KEWANGAN
6
mengurangkan inflasi. Manakala pada masa deflasi iaitu kadar pengangguran yang tinggi,
perbelanjaan agregat kurang daripada penawaran agregat. Ini akan menyebabkan bank pusat
melaksanakan dasar kewangan mengembang yang menyebabkan pertambahan bekalan wang dan
kejatuhan kadar bunga dapat menambahkan pelaburan dan perbelanjaan agregat sehingga
mencapai keseimbangan dengan penawaran agregat untuk menggerakkan ekonomi negara
seterusnya akan dapat menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan kepada masyarakat. Secara
kesimpulannya, dasar kerajaan samada dasar kewangan atau fiskal akan memberi kesan positif
dalam jangka masa pendek tetapi boleh memberi kesan negatif dalam jangka masa panjang.
Sehubungan itu, kerajaan terutamanya melalui dasar kewangan akan sentiasa melibatkan diri
dalam ekonomi bagi mengurang dan mengelak kesan negatif kepada ekonomi akibat daripada
perubahan ekonomi domestik atau antarabangsa atau akibat daripada (kesan negatif) dasar
kewangan yang telah dijalankan sebelum ini.
Hadirin sekalian,
Saya teruskan taklimat ini dengan elemen ketiga iaitu Bidang Kuasa Kewangan.
PERKARA 39, Perlembagaan: Kuasa Pemerintah Persekutuan adalah terletak pada
Yang Di Pertuan Agong dan kuasa itu boleh dijalankan oleh mana-mana Menteri yang
diberikuasa oleh Jemaah Menteri, tetapi Parlimen boleh dengan undang-undang memberi
tugas-tugas pemerintah kepada orang-orang lain.
Seksyen 6(1), Akta Tatacara Kewangan 1957 : Berhubung dengan pengurusan
kewangan awam, Yang Di Pertuan Agong bertindak menurut nasihat Jemaah
Menteri melalui Menteri Kewangan yang telah diberikuasa eksekutif oleh Badan
Perundangan
GMGF2023 PENTADBIRAN KEWANGAN
7
Menteri Kewangan adalah bertanggungjawab secara keseluruhan ke atas Pengurusan Kewangan
Kerajaan Persekutuan.
Seksyen 6(1), Akta Acara Kewangan 1957 (dipinda 1972) menyatakan :
Pengurusan Kumpulan Wang Disatukan dan kawalan dan arahan bagi semua
perkara berhubung dengan hal ehwal Kewangan Persekutuan.terletak hak pada
Menteri.
Perlembagaan telah menetapkan bahawa hanya Parlimen sahaja yang boleh mengenakan
sebarang cukai atau kadar ke atas mana-mana pihak. Segala hasil dan pendapatan utama
Persekutuan hendaklah dimasukkan ke dalam Kumpulan Wang Disatukan dan hanya melalui
akta Parlimen sahaja akan membenarkan wang tersebut diagihkan atau dibelanjakan. Bagi
Kerajaan-kerajaan Negeri, mereka hanya layak memungut dan membelanjakan apa-apa hasil
yang diperoleh dalam bidang kuasanya seperti mana yang telah disenaraikan dalam Jadual Ke-9
(Senarai Negeri).
Hadirin sekalian,
Seterusnya elmen yang terakhir adalah Kawalan - kawalan kewangan merupakan proses bagi
memastikan kewangan negara ditadbir dan diurus dengan cekap, berkesan, dan mematuhi
peraturan yang telah ditetapkan. Di Malaysia, pengurusan kewangan adalah dikawal melalui
beberapa tahap tertentu antaranya ialah peruntukan perlembagaan, kawalan parlimen, kawalan
eksekutif, dan kawalan
pentadbiran. Peruntukan Perlembagaan, Seperti yang telah diketahui, Perlembagaan merupakan
undang-undang tertinggi dan mana-mana pihak tidak dibenarkan untuk menggubal undang-
undang dalam Persekutuan yang bercanggah dengan Perlembagaan. Badan Perundangan
GMGF2023 PENTADBIRAN KEWANGAN
8
bertanggungjawab untuk menjalankan pengawalan ke atas perbelanjaan Kerajaan melalui
peruntukan-peruntukan Perlembagaan bahawa: (Arahan Perbendaharaan,ms 6) Segala hasil
daripada apa-apa punca jua pun hendaklah dimasukkan ke dalam Kumpulan Wang
Disatukan(KWDS), dan tiada apa-apa pembayaran boleh dibuat daripada KWDS kecuali apabila
peruntukan sebanyak yang ditetapkan bagi maksud-maksud yang tertentu telah dibenarkan oleh
undang-undang; apa-apa wang yang telah diuntukkan bagi sesuatu maksud yang khusus
hendaklah diserah balik kepada KWDS sekiranya tidak dibelanjakan bagi maksud tersebut dalam
tempoh yang dibenarkan baginya; dan akaun awam hendaklah diperiksa oleh Ketua Audit
Negara dan laporannya mestilah dibentangkan dalam Dewan Badan Perundangan yang
berkenaan. Seterusnya kawalan Palimen, Parlimen merupakan badan perundangan bagi kerajaan
persekutuan, dan memainkan peranan penting dalam membuat undang-undang yang boleh
dikuatkuasakan di seluruh negara. Parlimen berhak meluluskan undang-undang persekutuan,
membuat pindaan kepada undang-undang persekutuan yang ada, memeriksa dasar-dasar
kerajaan, meluluskan perbelanjaan kerajaan dan meluluskan hasil-hasil cukai yang baru.
Parlimen mengawal perbelanjaan negara melalui rancangan perbelanjaan setiap tahun yang
dibentangkan dan diperdebatkan di Dewan Rakyat. Komitmen setiap agensi kerajaan akan disoal
dan diselidik sebelum kelulusan peruntukan diberikan. Semasa peringkat ini juga, Ketua Audit
Negara akan melaporkan laporan pengauditan beliau ke atas akaun awam sementara
Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam akan memeriksa laporan yang dibangkitkan oleh Ketua
Audit Negara tersebut. Hal ini menjelaskan dengan terperinci, bahawa setiap tindakan
kakitangan awam tidak akan terlepas daripada pemeriksaan oleh pihak yang berkuasa. Kawalan
Perbendaharaan dan Eksekutif, Perbendaharaan telah dipertanggungjawabkan bagi memastikan
agar hal ehwal negara dijalankan dengan teratur dan berkesan. Perbendaharaan bertindak
GMGF2023 PENTADBIRAN KEWANGAN
9
mengawal dengan lebih cermat atas setiap perbelanjaan semua jabatannya dan ke atas semua
perkara mengenai tatacara kewangan dan perakaunan, termasuklah tatacara bagi memungut,
menyimpan, dan membayar Wang Awam dan tatacara pembelian, penyimpanan, dan pelupusan
Aset Awam. Kawalan Perbendaharaan juga melibatkan permohonan peruntukan daripada agensi
awam bagi mengadakan sesuatu program. Perbendaharaan hanya akan menyalurkan peruntukan
kepada agensi-agensi awam tersebut mengikut jumlah yang telah diluluskan oleh badan
perundangan dengan syarat mereka dikehendaki mengemukakan sebuah laporan perbelanjaan
kepada Perbendaharaan. Perbendaharaan mengawal akauntabiliti agensi awam melalui
penguatkuasaan prosedur dan amalan yang dikenakan ke atas agensi-agensi yang menerima
wang rakyat. Kawalan Kementerian, Jabatan dan Pentadbiran. Merupakan kawalan yang
dilaksanakan dalam setiap kementerian dan jabatan terletak di tangan seorang pegawai pengawal
yang dilantik. Mereka dipertanggungjawabkan untuk memastikan perjalanan kewangan
organisasi mereka dibuat berdasarkan prinsip legaliti dan akauntabiliti serta menggunakan
instrumen-instrumen akauntabiliti yang berkesan. Mereka dibenarkan untuk menurunkan kuasa
tersebut ke peringkat bawahan tetapi beliau tidak dibenarkan untuk melepaskan amanah dan
tanggungjawab asal yang diberi kepadanya.
Hadirin yang dikasihi sekalian,
Di sini saya dapat simpulkan bahawa Kewangan merupakan aspek penting dalam pentadbiran
sesebuah negara demi memastikan setiap peruntukan dan perbelanjaan negara diselia dan
dikawal dengan cekap, berkesan dan mematuhi setiap aspek dalam Perlembagaan Persekutuan.
Perlembagaan Persekutuan menjadi garis panduan tentang proses dan prosedur pentadbiran
kewangan dalam membentuk negara Malaysia sebagai negara demokrasi. Maka, terdapat empat
perkara penting dalam skop pentadbiran kewangan iaitu belanjawan, dasar kewangan(fiskal)
GMGF2023 PENTADBIRAN KEWANGAN
10
negara, bidang kuasa kewangan, dan kawalan-kawalan kewangan. Belanjawan adalah merujuk
kepada anggaran perbelanjaan dan hasil, serta strategi-strategi yang bakal diambil oleh oleh
negara dalam menghadapi suasana ekonomi semasa. Dasar Kewangan(Fiskal) Negara pula
merujuk kepada tindakan-tindakan yang diambil oleh kerajaan bagi menstabilkan dan
menghadapi masalah ekonomi. Bidang kuasa kewangan adalah had-had kuasa dan
tanggungjawab badan dan institusi tertentu dalam menguruskan hal ehwal kewangan negara. Dan
kawalan-kawalan kewangan merupakan proses untuk memastikan supaya kewangan negara
ditadbir dengan cekap, berkesan, adil dan mematuhi prosedur yang telah ditetapkan. Seperti
matlamat kerajaan dalam Ucapan Bugdet 2010 pada 23 Oktober 2009 yang lalu, melalui strategi
yang pertama iaitu Memacu Negara Ke Arah Ekonomi Berpendapatan Tinggi. Strategi ini
menyenaraikan beberapa langkah utama iaitu antaranya dengan meningkatkan pelaburan swasta,
menyediakan persekitaran mesra perniagaan, pelaksanaan inisiatif Projek Perkongsian Awam-
Swasta(PPP), dan mempergiatkan kemasukan pelaburan asing. Saya berharap para pelawat
daripada Negara luar dapat memahani isi taklimat yang telah saya berikan sebentar tadi. Saya
sudahi dengan sekian terima kasih dan jumpa lagi.
GMGF2023 PENTADBIRAN KEWANGAN
11
RUJUKAN DAN BIBLIOGRAFI
Aaron Wildavsky.(2001). Budgeting and Governing. New Jersey : Transaction Publisher.
Ahmad Martadha Mohamed, Mohd Nazri Baharom, Muhamad Ali Embi, Ruslan Zainuddin,
Saadon Awang. (2007). Asas Pentadbiran Awam
Amrin Buang (Ed.) (1990). Dasar-dasar utama kerajaan Malaysia. Kuala Lumpur: Institut
Tadbiran Awam Negara (INTAN)
Chamhuri Siwar & Surtahman Kastin Hasan. (2001). Ekonomi Malaysia (edisi ke-4). Petaling
Jaya: Pearson Education Malaysia Sdn. Bhd.
Jinping Sun, Thomas D.Lynch (Ed). (2008). Government Budget Forecasting Theory and
Practice. USA : Auerbach Publication.
Lai Mooi Chang. (2001). Makroekonomi. Petaling Jaya: Pearson Education Malaysia Sdn. Bhd.
Samihah Khalil, Siti Alida John Abdullah, Subri Hasim. MGF2113 Pentadbiran Kewangan.
Shamsudin Ismail. (1998). Pengenalan Pengurusan Kewangan. Selangor : Percetakan Dewan
Bahasa Dan Pustaka
Faudziah Zainal Abidin, Nasruddin Zainudin, Faizah Ismail, Nurwati Ashikkin Ahmad Zaluki.
(2007). Pengurusan Kewangan Teori Dan Aplikasi. Selangor : Pearson Education
Malaysia Sdn. Bhd.