RPH BM

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 10

PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU

BMM 3104

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU
Mata Pelajaran : Bahasa Melayu
Tarikh : 18 Mac 2012
Hari : Isnin
Masa : 9.00 pagi 10.00 pagi (60 minit)
Tajuk : Berwaspada di Jalan Raya
Tahun : Tahun 5 Gamma ( Perempuan: 17 orang , Lelaki: 15 orang )
Fokus Utama : 9.2 Mengenal pasti maklumat dan mencatat nota daripada bahan
yang didengar atau dibaca.
Aras 1 : Membuat catatan ringkas daripada maklumat yang
diperolehi.
10.1 Menghasilkan pelbagai genre (prosa dan puisi) termasuk e-mel
yang mudah, menarik dan bermakna.
Aras 2 (i) : Melakukan transformasi maklumat dalam teks kepada
pelbagai genre.
Fokus Sampingan : 5.2 Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan
intonasi yang betul dan lancar serta memahami perkara yang
dibaca.
Aras 1 : Membaca bahan sastera dan bukan sastera dengan
sebutan dan intonasi yang betul.
6.1 Membaca dan merujuk pelbagai sumber untuk mendapatkan
maklumat bagi tajuk yang sedang dikaji termasuk maklumat
daripada internet.
Aras 1 : Merujuk kepada kamus untuk mencari makna, sebutan
yang betul, ejaan dan penggunaan perkataan yang tepat.

PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU
BMM 3104


Objektif : Pada akhir pembelajaran, murid dapat :
1) Mengenal pasti isi penting dan isi sampingan yang terdapat dalam teks
syarahan Pengguna Berhemat Jiwa Selamat dengan membuat catatan
ringkas dalam bentuk peta minda.
2) Membuat transformasi maklumat/ isi penting yang terdapat dalam teks
Pengguna Berhemat Jiwa Selamat kepada bentuk iklan yang kreatif
dengan menggunakan susunan ayat dan tatabahasa yang betul.
3) Membaca teks syarahan Pengguna Berhemat Jiwa Selamat dengan
menggunakan sebutan dan intonasi yang betul dan menarik.
4) Menggunakan kamus untuk mencari makna perkataan yang murid tidak
ketahui berdasarkan teks syarahan.
Aktiviti P&P :
1) Bersoal jawab tentang video kemalangan jalan raya.
2) Membaca teks syarahan Pengguna Berhemat Jiwa Selamat dengan
menggunakan sebutan dan intonasi yang betul.
3) Perbincangn dalam kumpulan untuk mengenal pasti isi penting dan isi
sampingan yang terdapat dalam teks syarahan Pengguna Berhemat
Jiwa Selamat.
4) Perbincangan dalam kumpulan untuk mencari makna perkataan yang
sukar difahami.
5) Aktiviti menulis iklan dengan kreatif berdasarkan isi penting yang
terdapat dalam teks syarahan Pengguna Berhemat Jiwa Selamat.
6) Aktiviti pengayaan: Menuliskan maksud simbol-simbol yang terdapat di
jalan raya dengan menggunakan ayat yang betul.
7) Menyatakan pengajaran yang diperolehi sepanjang sesi pengajaran dan
pembelajaran.

Sistem Bahasa` : Sebutan dan Intonasi
Kosa kata ( makna perkataan)
PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU
BMM 3104

Sintaksis (Ayat penyata)
Pengisian Kurikulum :
Pengetahuan : Keselamatan di jalan raya
Nilai : Bekerjasama
Berhati- hati
Hormat menghormati
Kemahiran Nilai Tambah :
Kemahiran berfikir : Kemahiran menganalisi
Kemahiran menghubung kait
Kemahiran mereka cipta
Kemahiran membuat gambaran mental

K. Belajar Cara Belajar : Kemahiran membuat peta minda

Kecerdasan Pelbagai : Verbal-linguistik
Interpersonal
Visual-ruang

Kontekstual : Mengaitkan isi pelajaran dengan kehidupan seharian.

K. Generik : Kemahiran Komunikasi
Kemahiran bekerja dalam kumpulan
Strategi Pengajaran : Berpusatkan murid dan bahan
Penekanan Konsep 5P :
Penggabungjalinan : Kemahiran menulis, membaca, mendengar dan bertutur dan
Pendidikan seni visual.
Penyerapan : ilmu Keselamatan jalan raya
Nilai Bekerjasam
Hormat menghormati
Berhati hati
PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU
BMM 3104

Pemulihan : Meminta murid membaca semula teks syarahan yang diberikan.

Pengayaan :a) Murid mencari makna perkataan yang sukar dengan
menggunakan kamus
b) Membuat peta minda berdasarkan teks syarahan.
c) Menulis maksud simbol-simbol yang terdapat di jalan raya
dengan menggunakan ayat yang betul.

Penilaian : a) Murid dapat membuat transformasi daripada isi penting yang
terdapat dalam teks syarahan kepada bentuk iklan yang kreatif.
b) Murid dapat mengenal pasti isi penting dan isi sampingan yang
terdapat dalam teks, kemudian menulisnya kembali dalam bentuk
peta minda.
Bahan Sumber P&P :
Bahan Elektronik : Video kemalangan jalan raya
Bahan Bercetak : Teks syarahan yang bertajuk Pengguna Berhemat Jiwa Selamat
: Contoh iklan Panduan Melintas Jalan
: Gambar simbol simbol yang terdapat di jalan raya
: Kamus
Kad Tugasan
Borang penilaian : Peta minda
: Iklan yang dihasilkan
Pengetahuan Sedia Ada
1. Murid pernah mendengar dan mengetahui mengenai syarahan dari aspek penyampaian
( sebutan dan intonasi) dan penulisan.
2. Murid pernah melihat, menonton, atau membaca mengenai isu kemalangan jalan raya
dan keselamatan di jalan raya.
3. Murid mempunyai pengalaman dalam melihat suasana di jalan raya.
4. Murid tahu mengenai ciri-ciri sesebuah iklan.
5. Murid tahu untuk menggunakan kamus.
PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU
BMM 3104



PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU
BMM 3104

AKTIVITI PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN
Langkah
& Masa

Isi Kandungan

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Catatan

Set Induksi
(5 minit)









1. Video mengenai kemalangan jalan raya
(Lampiran 1)
2. Soalan:
a) Apa yang kamu perhatikan?
b) Siapa yang pernah melihat kemalangan
jalan raya?
c) Apa yang berlaku dalam situasi
tersebut?
d) Siapa yang terlibat?
e) Mengapa perkara tersebut berlaku?
f) Bagaimana hendak mengelakkan
kemalangan jalan raya?

1. Guru menayangkan video yang berkaitan
dengan kemalangan jalan raya.
2. Guru bersoal jawab dengan murid.
3. Guru memperkenalkan tajuk pengajaran dan
pembelajaran pada hari ini iaitu Berwaspada di
Jalan Raya

BBM: Video
Kontekstual :
Menghubung kait isi
pelajaran dengan
pengalaman sedia ada
murid
TKP: Intrapersonal
K. Berfikir: kemahiran
menghubung kait


Langkah 1
(10 minit)




1. Teks syarahan bertajuk Pengguna
Berhemat Jiwa Selamat.


2. Guru mengedarkan teks syarahan Pengguna
Berhemat Jiwa Selamat.
3. Murid diminta untuk membaca teks secara
senyap bagi mendapatkan maksud keseluruhan
teks selama 4 minit.

BBM: Teks syarahan
TPK : Intrapersonal,
Verbail-linguistik


PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU
BMM 3104

4. Guru memanggil beberapa orang murid untuk
menyampaikan syarahan Pengguna Berhemat
Jiwa Selamat dengan menggunakan nada,
intonasi dan sebutan yang betul.




Langkah 2
(10 minit)







1. Contoh peta minda :



2. Kosa kata
Media massa
Kadar
Berwaspada
Nahas
Trafik
Berhemat

1. Guru membahagikan murid kepada 6 kumpulan
kecil.
2. Setiap kumpulan perlu mencari isi penting dan
isi sampingan yang terdapat di dalam teks
syarahan dan mempersembahkannya dalam
bentuk peta minda.
3. Kemudian, Guru membekalkan setiap
kumpulan dengan 2 buah kamus.
4. Murid diminta untuk mengenal pasti perkataan
yang sukar mereka fahami yang terdapat di
dalam teks syarahan dan mencari maksud
perkataan tersebut dengan menggunakan
kamus.
5. Peta minda dan maksud perkataan yang sukar
difahami perlu dibentangkan di dalam kelas.
6. Guru membuat penilaian.

BBM: Kamus

K. Berfikir : Kemahiran
Menganalisi

KBCB : Kemahiran
mebuat peta minda

TPK : Interpersonal

K. Generik : Kemahiran
bekerja di dalam
kumpulan, kemahiran
komunikasi

Nilai : Bekerjasama,
Hormat- menghormati

Isi 1
cth 1
Huraian
Isi 2
cth 2
Huraian
Isi 3
cth 3
Huraian
PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU
BMM 3104





Langkah 3
(25 minit)













1. Kandungan Kad Arahan :
Setiap penyataan yang dibuat di
dalam iklan haruslah
menggunakan susunan ayat yang
betul mengikut hukum tatabahasa
yang betul.
Markah bonus akan diberikan jika
terdapat elemen kreativiti di dalam
iklan tersebut seperti gambar atau
lukisan.
Masa yang diberikan untuk
menyiapkan iklan ini adalah
selama 20 minit
2. Bahan yang diberikan kepada setiap
kumpulan ialah:
Kertas lukisan
Kertas warna
Pen marker
Pensel warna
Kad arahan

1. Murid diminta untuk menukarkan isi utama dan
isi sampingan yang mereka perolehi kepada
bentuk iklan yang kreatif (Bergambar dan
bertulis)
2. Setiap kumpulan akan dibekalkan dengan
sekeping kertas lukisan, pen marker bewarna,
pensel warna dan kertas warna.
3. Setiap kumpulan akan diberikan sampul kad
arahan daripada guru.
4. Guru menunjukkan contoh iklan yang bertajuk
Panduan Melintas Jalan sebagai panduan
untuk murid membuat iklan.
5. Guru membuat penilaian.







BBM : Kad Arahan,
kertas lukisan, pen
marker, pensel warna,
kertas warna, iklan
Panduan Melintas
Jalan
K. Berfikir : Kemahiran
mereka cipta dan
membuat gambaran
mental
TPK : Intrapersonal,
Verbal-linguistik dan
visual-ruang
Sistem Bahasa : Kosa
kata
Kontekstual :
mengaitkan isi pelajaran
dgn pengalaman murid
K. Generik : Kemahiran
bekerja di dalam
kumpulan
PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU
BMM 3104

Nilai : Bekerjasama



Langkah 4
(7 minit)









1. Antara gambar simbol-simbol yang
diberikan kepada murid :
(Rujuk Lampiran..)







1. Guru mengedarkan gambar-gambar simbol
yang terdapat di jalan raya kepada setiap
murid-murid.
2. Setiap murid akan dapat gambar yang berbeza
dari rakan yang lain.
3. Murid diminta untuk menuliskan maksud simbol
yang diberikan dengan menggunakan ayat
yang betul
BBM : gambar simbol
yang terdapat di jalan
raya

Kontekstual :
Menghubung kait isi
pelajaran dengan
pengalaman sedia ada

Sistem Bahasa:
Sintaksia (ayat)

Penutup
(3 minit)




Pengajaran :
Jadilah pengguna jalan raya yang
berhemah.
Gunakan mata dan telinga anda semasa
melintas jalan raya.
Melintas di tempat yang selamat seperti
menggunakan jejantas.
Patuhi lampu isyarat

1. Guru mengumumkan pemenang bagi kumpulan
yang dapat mencipta iklan yang kreatif dan
menarik.
2. Guru merumuskan isi pelajaran dengan
memberikan beberapa pengajaran yang boleh
dijadikan panduan hidup untuk murid.

Nilai : Hormat
menghormati, berhati-
hati
PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU
BMM 3104

You might also like