Imam Syafi'e

Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 34

DISEDIAKAN OLEH:

FARAH BINTI JASNI


Nama : Muhammad bin Idris

Nama Penuh : Muhammad bin Idris bin Abbas
bin Usman bin Syafie bin Saib bin Abdul Yazid
bin Hasyim bin Abdul Mutalib bin Abdul
Manaf.

(Keturunan beliau bertemu dengan keturunan
Nabi Muhammad SAW pada datuk Nabi
Muhammad yang ketiga iaitu Abdul Manaf
Tempat Lahir : Kampung Ghazzah, Kota
Asqala, Palestin

Tarikh Lahir : Bulan Rejab 150 H (767 Masihi)

Imam as-Syafie meninggal dunia pada 29
Rejab tahun 204 Hijrah / 820 Masihi ketika
berusia 54 tahun dan dikebumikan di Al-
Qarafah, Mesir.

Imam as-Syafie seorang yang berpandangan
jauh, berhati mulia dan bercita-cita tinggi.

Beliau berusaha dengan gigih dalam
menuntut ilmu pengetahuan.

Beliau juga merupakan seorang yang bijak
berbicara hinggakan dirinya terlepas daripada
hukuman pancung.


Beliau sangat cinta kepada ilmu pengetahuan.
Usia remajanya dihabiskan dengan menuntut
ilmu pengetahuan yang memberi manafaat.

Imam as-Syafie sangat mengutamakan
pengetahuan dan disiplin. Beliau
membahagikan waktu malamnya kepada tiga
bahagian:

i.1/3 malam untuk berehat.
ii.1/3 malam untuk menulis ilmu
pengetahuan.
iii.1/3 malam untuk beribadat.

Ketika berumur 10 tahun beliau telah hafal
Al-Quran 30 juz.

Umur 19 tahun telah mengerti isi kitab Al-
Muwatha, karangan Imam Malik. Kitab Al-
Muwatha tersebut berisi hadith-hadith
Rasulullah , yang dihimpun oleh Imam Malik.
Pada umur 15 tahun beliau telah diizinkan
memberi fatwa di hadapan masyarakat dan
menjawat jawatan sebagai guru besar ilmu
hadith serta menjadi mufti dalam Masjidil
Haram di Makkah.

Ketika berumur 20 tahun beliau pergi belajar
ke tempat Imam Malik di Madinah, setelah itu
beliau ke Iraq, Parsi dan akhirnya kembali ke
Madinah.
Usia 29 tahun beliau pergi ke Yaman untuk
menuntut ilmu pengetahuan.

Dilantik menjadi setiausaha dan penulis
istimewa Gabenor di Yaman, sekaligus
menjadi guru besar di sana.

Imam Asy-Syafi`ie menguasa ilmu Al-Quran,
hadits, Bahasa Arab dan lahjahnya, serta
mahir dalam penulisan dan sya`ir.

Dari Mekah:
1. Sufyan bin 'Uyainah. [Mufti Mekah]
2. Muslim bin Khalid Az-Zanji. [Mufti Mekah]
3. Sa'id bin Salim Al-Qaddah.
4. Daud bin Abd Rahman Al-'Aththar. [Banyak
meriwayatkan hadis]
5. Abdul Majid bin Abdul Aziz bin Abu Daud.
[Banyak meriwayatkan hadis]

Dari Madinah:
1. Malik bin Anas. [Mufti Madinah]
2. Ibrahim bin Sa'd Al-Ansari. [Banyak meriwayatkan hadis]
3. Abdul Aziz Muhammad Ad-Darawardi. [Banyak meriwayatkan hadis]
4. Ibrahim bin Yahya Al-Aslami. [Banyak meriwayatkan hadis]
5. Muhammad bin Sa'id (sebenarnya Ismail, bukan Sa'id) bin Abu
Fudaik. [Banyak meriwayatkan hadis]
6. Abdullah bin Nafi' ash-Shaigh. [Murid Senior Imam Malik & sahabat
Ibnu Abi Dz'ib]


Dari Yaman:
1. Muthraf bin Mazin.
2. Hisyam bin Yusuf. [Kadi kota Shan'a]
3. Umar bin Abi Salamah. [Sahabat Al-Auza'i]
4. Yahya bin Hasan. [Sahabat Al-Laits bin Saad]


Dari Iraq:
1. Waki' bin Al-Jarrah. -Kufah.
2. Abu Usamah Hamad bin Usamah. -Kufah.
3. Ismail bin 'Aliah. -Basrah.
4. Abdul Wahab bin Abdul Majid. -Basrah

Di Mekah:
1. Abu Bakar Al-Humaidi. [Mufti dan Ahli Hadis
Mekah]
2. Abu Ishaq Ibrahim bin Muhammad Al-
'Abbasi. [Ahli Hadis Mekah]
3. Abu Bakar Muhammad bin Idris. [Sahabat
Imam AL-Syafie]
4. Abu Al-Walid Musa bin Abu Al-Jarud. [Ahli
Fiqh Mekah]

Di Baghdad:
1. Abu al-Hasan Ash-Shabbah Az-Za'farani. [Ahli
Fiqh, Ahli Hadis Baghdad]
2. Abu Ali Al-Husain bin Ali al-Karabisi. [Ahli Fiqh,
Ahli Hadis Baghdad]
3. Abu Tsaur Al-Kalbi. [Ahli Fiqh Mesir]
4. Abu Abdurrahman Ahmad bin Muhammad bin
Yahya Al-Asy'ari. [Ahli Fiqh, Ahli Hadis Baghdad]
5. Ahmad bin Hanbal. [Mujtahid Mutlak, Pengasas
madzhab Hanbali, Amirul Mukminin fil Hadis]

Di Mesir:
1. Harmalah bin Yahya Bin Harmalah. [Ahli Hadis
Mesir]
2. Abu Ya'qub Yusuf bin Yahya Al-Buwaithi. [Imam
Besar, Ahli Fiqh Mesir]
3. Abu Ibrahim Ismail bin Yahya Al-Muzani. [Imam
Besar. Ahli Fiqh Mesir]
4. Muhammad bin Abdullah bin Abdul Hakam.[Ahli
Fiqh Mesir]
5. Al-Rabi' bin Sulaiman bin Daud Al-Jaizi. [Ahli
Fiqh Mesir]
6. Al-Rabi' bin Sulaiman Al-Muradi. [Ahli Fiqh,
Muadzdzin di Masjid Jami' Fusthath- Jami' Amr
bin Al-Ash.]

Imam as-Syafie adalah ulama mujtahidin
yang berpegang kuat pada Al-Quran, hadith,
Ijmak Ulama, Qias dan Masolih Al-Mursalah.

Pendapat Imam as-Syafie diterima oleh
sebahagian besar orang-orang Islam kerana
segala fatwanya sesuai dengan suasana,
masyarakat dan adat resam sesuatu kaum.


Antara kitab-kitab karangannya yang
termashyur termasuklah bidang dalam usul
fikah; kitab yang membicarakan dengan jelas
tentang cara mengambil hukum daripada Al-
Quran dan hadis. Kitab-kitab tersebut ialah:

a.Abtal Al-Istihsan.
b.Ahkam Al-Quran.
c.Ar-Risalah.
Dalam bidang fikah; kitab yang
membicarakan hukum-hukum fikah. Kitab
tersebut ialah;

i.Al-Mukhtasar Al-Kabir.
ii.Al-Mukhtasar as-Saghir.
iii.Al-Farid.
iv.Al-Umm.

Dalam bidang hadis; beliau telah menyusun
sebuah kitab menjelaskan tentang
perselisihan hadis-hadis nabi. Kitab-kitab
tersebut ialah;

i.Al-Masnad.
ii.Al-Amali.
iii.Ikhtilaf Al-Hadis.

Suatu hari datang surat baginda Sultan dari Baghdad. Dalam
surat yang ditujukan kepada Wali negeri itu diberitahukan
supaya semua kaum Syiah ditangkap. Yang paling penting
adalah para pemimpinnya, jika pekerjaan penangkapan telah
selesai semua mereka akan dikirimkan ke Baghdad.

Semuanya harus dibelenggu dan dirantai. Imam Syafie juga
ditangkap, sebab di dalam surat tersebut bahawa Imam Syafie
termasuk dalam senarai para pemimpin Syiah.

Ketika peristiwa itu terjadi pada bulan Ramadhan, Imam
Syafie dibawa ke Baghdad dengan dirantai kedua belah
tangannya.

Dalam keadaan dibelenggu itu para tahanan disuruh berjalan
kaki mulai dari Arab Selatan (Yaman) sampai ke Arab Utara
(Baghdad), yang menempuh perjalanan selama dua bulan.
Sampai di Baghdad belenggu belum dibuka, yang
menyebabkan darah-darah hitam melekat pada rantai-rantai
yang mengikat tangan mereka.

Pada suatu malam pengadilan pun dimulai. Para tahanan satu
persatu masuk ke dalam bilik pemeriksaan.

Setelah mereka ditanya dengan beberapa kalimat, mereka
dibunuh dengan memenggal leher tahanan tersebut. Supaya
darah yang keluar dari leher yang dipotong itu tidak berserak
ia dialas dengan kulit binatang yang diberi nama dengan
natha.


Imam Syafie dalam keadaan tenang menunggu giliran,
dengan memohon keadilan kepada Allah SWT. Kemudian
beliau dipanggil ke hadapan baginda Sultan.

Imam Syafie menyerahkan segalanya hanya kepada Allah
SWT. Dengan keadaan merangkak kerana kedua belah kaki
beliau diikat dengan rantai, Imam Syafie mengadap Sultan.
Semua para pembesar memperhatikan beliau.
Assalamualaika, ya Amirul Mukminin wabarakatuh.

Demikian ucapan salam beliau kepada baginda dengan tidak
disempurnakan iaitu Warahmatullah.

Wa alaikassalam warahmatullah wabarakatuh. Jawab baginda.

Kemudian baginda bertanya: Mengapa engkau mengucap salam
dengan ucapan yang tidak diperintahkan oleh sunnah, dan mengapa
engkau berani berkata-kata dalam majlis ini sebelum mendapat izin
dari saya?
Imam Syafie menjawab: Tidak saya ucapkan
kata Warahmatullah kerana rahmat Allah itu
terletak dalam hati baginda sendiri.

Mendengar kata-kata itu hati baginda jadi
lembut. Kemudian Imam Syafie membaca
surah An-Nur ayat 55 yang bermaksud:
Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang
beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang
soleh bahawa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan
mereka berkuasa di bumi, sebagaimana Dia telah
menjadikan orang-orang yang sebelum mereka berkuasa,
dan sesungguhnya Dia akan meneguhkan bagi mereka
agama yang telah diredhaiNya untuk mereka, dan Dia
benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah
mereka berada dalam ketakutan menjadi aman sentosa.
Setelah membaca ayat di atas kemudian Imam Syafie berkata:
Demikianlah Allah telah menepati janjiNya, kerana sekarang
baginda telah menjadi khalifah, jawapan salam baginda tadi
membuat hati saya menjadi aman.

Hati baginda menjadi bertambah lembut. Baginda Harun ar
Rashid bertanya kembali: Kenapa engkau menyebarkan faham
Syiah, dan apa alasanmu untuk menolak tuduhan atas dirimu.

Saya tidak dapat menjawab pertanyaan baginda
dengan baik bila saya masih dirantai begini, jika
belenggu ini dibuka Insya-Allah saya akan
menjawab dengan sempurna.

Lalu baginda memerintahkan kepada pengawal
untuk membukakan belenggu yang mengikat
lmam Syafie itu.
Setelah rantai yang membelenggu kedua kaki dan
tangannya itu dibuka, maka Imam Syafie duduk dengan
baik kemudian membaca surah Hujarat ayat 6:

Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu
orang fasiq yang membawa suatu berita, maka periksalah
dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah
kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang
menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.

Ya Amirul Mukminin, sesungguhnya berita yang
sampai kepada baginda itu adalah dusta belaka.
Sesungguhnya saya ini menjaga kehormatan
Islam. Dan bagindalah yang berhak memegang
adab kitab Allah kerana baginda adalah putera
bapa saudara Rasulullah iaitu Abbas. Kita sama-
sama menghormati keluarga Rasulullah.
Maka kalau saya dituduh Syiah kerana saya
sayang dan cinta kepada Rasulullah dan
keluarganya, maka demi Allah, biarlah umat
Islam sedunia ini menyaksikan bahawa saya
adalah Syiah. Dan tuan-tuan sendiri tentunya
sayang dan cinta kepada keluarga
Rasulullah. Demikian jawab Imam Syafie.

Baginda Harun ar Rasyid pun menundukkan
kepalanya kemudian ia berkata kepada Imam
Syafie: Mulai hari ini bergembiralah engkau
agar lenyaplah perselisihan antara kami
dengan kamu, kerana kami harus memelihara
dan menghormati pengetahuanmu wahai
Imam Syafie.

You might also like