Dato Onn Jaafar
Dato Onn Jaafar
Dato Onn Jaafar
negara
Dato' Onn lahir pada tahun 1895. Dato' Onn sejak kecil dipelihara oleh Sultan Ibrahim.
Beliau mendapat pendidikan Melayu sebelum melanjutkan pelajaran ke England. Dato' Onn
pernah bekerja sebagai wartawan pada tahun 1930. Pada tahun 1934, Dato' Onn menjadi
pengarang Lembaga Malaya dan harian Lembaga. Disamping itu, Dato' Onn juga pernah
menjadi ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor. Semasa Zaman Pendudukan Jepun, Dato' Onn
menjadi
Ketua
Pejabat
Kawalan
Makanan
Negeri
Johor.
Pada 1 hingga 4 Mac 1946, 41 persatuan Melayu menghadiri Kongres Melayu pertama yang
diadakan di Kelab Sultan Sulaiman. Hasil daripada mesyuarat, sebuah badan yang mewakili
orang Melayu menentang Malayan Union akan ditubuhkan. Kongres Melayu Ketiga
kemudiannya diadakan di Istana Besar Johor Bahru pada bulan Mei, 1946. Kongres inilah
yang melahirkan UMNO dengan Datuk Onn sebagai president yang pertama.
Pada 1 Oktober 1946, Datuk Onn Datuk Jaafar dilantik menjadi Menteri Besar Johor. Tiga
tahun kemudian, Datuk Onn meletakkan jawatan Menteri Besar Johor dan menumpukan
kepada UMNO. Di bawah kepimpinan Dato' Onn, UMNO telah berjaya memaksa kerajaan
British membubarkan Malayan Union dan diganti dengan Persekutuan Tanah Melayu.
Persekutuan
Tanah
memperketatkan
Melayu
syarat-syarat
1948
mengekalkan
kerakyatan
dan
kedudukan
memberi
hak
Raja-raja
Melayu,
istimewa
Melayu.
Dato' Onn bercadang untuk membuka keahlian UMNO kepada semua orang tanpa mengira
kaum. Cadangan tersebut ditentangan. Oleh yang demikian, Dato' Onn meletakkan jawatan
sebagai president UMNO apabila persidangan Majlis Mesyuarat Agung Keenam diadakan
pada 25 dan 26 Ogos 1951.Namun begitu, UMNO telah menggabungkan parti-parti yang
dianggotai oleh kaum lain iaitu MCA dan MIC menjadi parti Perikatan pada tahun 1955.
Dato' Onn menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya selepas meninggalkan UMNO.
Malangnya, parti tersebut tidak mendapat sokongan daripada orang Melayu. Pada tahun
1954, beliau menubuhkan Parti Negara mengganti Parti Kemerdekaan Malaya. Tujuan
penubuhan parti tersebut adalah untuk bertanding dalam pilihan raya umum yang pertama
pada tahun 1955. Sekali lagi, partinya gagal mendapat sokongan dan tidak memenangi
sebarang
kerusi
dalam
pilihan
raya
umum.
Walau bagaimanapun, beliau masih berusaha untuk mendapatkan tempat dalam politik.
Akhirnya, beliau berjaya mendapat satu kerusi di kawasan Parlimen Kuala Terengganu
Selatan dalam pilihan raya Persekutuan 1959. Dato' Onn meninggal dunia pada tahun 1962.
Namun, tidak siapa pun yang dapat melupakan jasa Dato' Onn kepada negara dan bangsa.
Dato Onn Jaafar mendirikan rumah tangga bersama Datin Halimah Hussein, dan salah
seorang daripada anak mereka termasuk Allahyaraham Tun Hussein bin Dato' Onn.
Natijahnya, Dato' Onn mempunyai pandangan yang berbeza dengan ahli-ahli UMNO yang
lain. Beliau ingin membuka pintu UMNO kepada kaum-kaum lain menyertainya tetapi ahliahli UMNO menggangap tindakan ini sebagai satu ancaman. Walau bagaimanapun, Dato'
Onn tetap merupakan seorang yang berani dan berusaha dengan bersungguh-sungguh demi
negara dan bangsa.