Ulasan Jurnal Peranan Kepimpinan Guru

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 39

SGDU 2013

Kepimpinan Pendidikan

BIDANG PENGAJIAN PENDIDIKAN


KOLEJ SASTERA DAN SAINS

SGDU 2013 KEPIMPINAN PENDIDIKAN

Ulasan Jurnal :
Peranan Kepimpinan Guru Dalam
Mempengaruhi Iklim Bilik Darjah

DISEDIAKAN OLEH :
NORAINI BIN MD.SAPIAN (201402)
PENSYARAH :
EN. SHUHAILI BIN SHAMSUDIN

SGDU 2013
Kepimpinan Pendidikan

JURNAL

SGDU 2013
Kepimpinan Pendidikan

PERANAN KEPIMPINAN GURU DALAM MEMPENGARUHI


IKLIM BILIK DARJAH
Rahmad Sukor Ab. Samad
Shahrir Jamaluddin
Universiti Malaya

Most community members believe that the effectiveness of a school is related


to the efficiency of its management or principal's leadership style. Actually,this
phenomenon occurs if one perceives success from the macro aspect.
Conventionally.the success of an organization starts from the smaller units
thatexist in the organization itself. Hence, this article will discuss the smaller
unitsthat exist in the school organization, which refer to classrooms or micro
scale.The focus of the discussion is to suggest what should be done by
teachers in classrooms in order to create effective schools.

Selari dengan perkembangan isu kepimpinan dalam pendidikan,


banyak kajian dilakukan terhadap kepimpinan pengetua (Crowther, 1997;
Sashkin & Sashkin, 1993) tetapi sedikit sahaja kajian dijalankan ke atas
kepimpinan guru di dalam bilik darjah. Menurut Banathy (1991) systemic
change adalah apa sahaja perubahan yang berlaku pada sesuatu bahagian
dalam sistem organisasi yang akan mempengaruhi keseluruhan organisasi;
dan ini seterusnya akan membawa perubahan baru kepada organisasi
tersebut. Apabila systemic change ini dikaitkan dengan kepimpinan bilik

SGDU 2013
Kepimpinan Pendidikan

darjah, ia memberi pengertian kepimpinan bilik darjah adalah satu unit yang
akan

mempengaruhi

keseluruhan

keberkesanan

sesebuah

sekolah.

Perbezaan dalam pencapaian murid-murid dalam sekolah juga dipengaruhi


oleh perbezaan yang ketara dalam diri guru-guru yang menyumbang kepada
kecemerlangan sesebuah sekolah.

Persepsi Guru mengenai Kepimpinan Bilik Darjah


Kebanyakan guru mempunyai persepsi yang tidak tepat tentang kepimpinan
bilik darjah kerana bagi mereka peranan kepimpinan terletak di bahu
pengetua atau pentadbir sekolah. Persepsi ini perlu dibetulkan seperti yang
disarankan oleh Blase dan Blas (1998) bahawa asas kejayaan sebuah
sekolah yang berjaya bukannya disebabkan oleh pemimpin pengajaran
(pengetua; guru besar) tetapi disebabkan oleh kordinasi para guru selaku
pemimpin pengajaran. Pendapat ini telah membezakan peranan antara
pengetua sekolah dengan gurunya dimana guru berperanan sebagai
pemimpin pengajaran dan pengetua sebagai penyelaras sahaja.

Pendapat ini telah disokong berdasarkan hasil kajian ke atas sekolahsekolah efektif di mana ciri-ciri kepimpinan pengajaran yang dimiliki pengetua
sekolah menjadi faktor utama yang dapat memajukan sesebuah sekolah.
Artikel ini akan memberi tumpuan terhadap maksud kepimpinan bilik darjah;
kepimpinan bilik darjah yang berkesan; faktorfaktor yang mempengaruhi iklim
sekolah; dan halangan dalam melaksanakan kepimpinan bilik darjah.

SGDU 2013
Kepimpinan Pendidikan

Amalan kebiasaan guru dalam bilik darjah lebih banyak kepada


pengurusan bilik darjah sedangkan kepimpinan bilik darjah tidak menjadi
keutamaan. Situasi ini disebabkan program-program yang berkait dengan
latihan guru lebih banyak memberi penekanan kepada amalan bilik darjah.
Kesannya, guru yang mengajar tidak menyedari tentang peranan mereka
yang sebenar (Lambert, 2003). Guru beranggapan bahawa peranan mereka
hanya mengajar murid-murid mengikut sukatan pelajaran yang disediakan
dan secara tekal akan memastikan sukatan pelajaran yang diperuntukkan
perlu dihabiskan mengikut jangka masa yang ditetapkan. Sparks (2003)
berpendapat babawa guru adalah agen-agen perubahan yang penting dalam
memastikan sekolah mereka menjadi sekolah yang berkesan. Guru sebagai
agen perubahan perlu dijadikan agenda penting iaitu mempelajari ciri-ciri
kepimpinan bilik darjah yang berkesan dan mengamalkannya dalam proses
pengajaran dan pembelajaran supaya kualiti dan keberkesanan sekolah
dapat ditingkatkan.

Definisi Kepimpinan Pengajaran


Cuban (1984) mendefinisikan kepimpinan sebagai tindakan mempengaruhi
pihak lain dengan sengaja. Tindakan ini bertujuan untuk mencapai.matlamat
yang dihasratkan. Kepimpinan yang baik akan sentiasa membawa perubahan
positif ke atas pihak yang dipimpin. Drath dan Palus (dlm, Yukl, 2002)
mengatakan kepimpinan adalah proses menerima apa yang orang lain
lakukan secara bersama dengan itu orang akan faham dan menjadi komited.
Bagi House et al, (dlm, Yukl, 2002) kepimpinan adalah keupayaan seseorang
individu untuk mempengaruhi, memotivasikan, dan membolehkan orang lain

SGDU 2013
Kepimpinan Pendidikan

menyumbang ke arah keberkesanan dan kejayaan organisasi. Bagi Owens


(2001) pula, kepimpinan adalah satu set fungsi; ia berlaku di dalam proses
interaksi antara dua orang atau lebih yang terlibat; dan pemimpin berniat dan
berusaha untuk mempengaruhi tingkah laku orang lain. Berdasarkan semua
definisi-definisi tersebut, kepimpinan bolehkan dimaksudkan sebagai seni
atau proses mempengaruhi kegiatan manusia yang berkaitan dengan tugas
mereka, supaya mereka rela terlibat dan berusaha ke arah keberkesanan dan
pencapaian matlamat organisasi.

Sungguh pun demikian, apabila kepimpinan dibincangkan daripada


perspektif pendidikan seringkali kepimpinan dikaitkan dengan kepimpinan
pengajaran di sekolah dan bilik darjah. Southworth (2002) mendefinisikan
pemimpin pengajaran adalah berkait dengan pengajaran dan pembelajaran
termasuk pembelajaran profesion guru-guru dan juga perkembangan pelajar.
De Bevoise (1984) pula menegaskan bahawa kepimpinan pengajaran ialah
segala tindakan yang dilakukan oleh seseorang pengetua atau pihak-pihak
yang diamanahkan untuk menggalakkan pertumbuhan pembelajaran di
kalangan murid-murid. Oleh itu, guru sewajarnya mengambil berat terhadap
pengajaran dan pembelajaran termasuk pembelajaran profesionnya mahupun
pertumbuhan pelajar itu sendiri.

Pembelajaran yang berkesan dan bermakna perlu diterajui oleh


pengetua atau guru besar sesebuah sekolah. Smith dan Andrews (1990)
mengatakan peranan pengetua, antaranya memberi araban, sumber dan
sokongan kepada guru dan pelajar bertujuan untuk memperbaiki pengajaran

SGDU 2013
Kepimpinan Pendidikan

dan pembelajaran di sekolah. Situasi ini boleh dilihat menerusi peranannya


sebagai kepimpinan pengajaran. lni merujuk kepada kepimpinan yang
mempunyai hubungan secara langsung dengan proses-proses pe-ngajaran di
mana guru, pelajar dan kurikulum saling berinteraksi. Kepimpinan ke arab
proses ini boleh dilaksanakan jika seseorang guru bertindak sebagai penyelia
dan juga penilai perkembangan pelajar; dan ia seolah-olah sedang menjalani
latihan dalam perkhidmatan. Matlamat umum kepimpinan pengajaran ialah
untuk membaiki atau mengekalkan keadaan-keadaan yang menggalakkan
pembelajaran pelajar. Kemahiran dan kecekapan kepimpinan pengajaran
yang diamalkan pentadbir sebuah sekolah perlu diturunkan kepada guruguru. Selain itu, pentadbiran sekolah perlu mengambil berat memimpin guru
ke

arah

kecemerlangan

dalam

program-program

pengajaran

dan

pembelajaran. Antaranya, isu pengajaran dan pengurusan yang merangkumi


penilaian guru dan pelajar, iklim sekolah, kurikulum, sumber dan peralatan
mengajar, kakita-ngan, kaedah membuat keputusan, matlamat pengajaran
jangka pendek/panjang, sokongan komuniti, komunikasi dan interaksi antara
pengetua sebagai pentadbir sekolah dengan guru perlu diberi kemahiran
yang sewajarnya.

Kajian menunjukkan dalam proses memimpin program-program


pengajaran, peranan guru sebagai pemimpin pengajaran memerlukan
kecekapan teknik pendidikan dan juga visi peribadi kecemerlangan akademik
yang boleh dilaksanakan dalam bentuk strategistrategi yang berkesan. Oleh
kerana pelbagai aspek pendidikan seringkali berubah-ubah seperti program
pendidikan yang bertambah kompleks; peningkatan profesionalisme dan

SGDU 2013
Kepimpinan Pendidikan

pengkhususan guru; pengenalan teknologi pendidikan sebagai satu sumber


kaedah pengajaran dan pembelajaran; harapan komuniti dan ibu bapa; dan
perubahan kurikulum - ini semua akan mewujudkan desakan dan tuntutan
barn yang perlu diambil kira dalam merealisasikan kepimpinan pengajaran.

Kepimpinan Bilik Darjah


Hook dan Vass (2000) mendefinisikan kepimpinan bilik darjah sebagai satu
kemahiran di mana guru menggunakan kepimpinan untuk men gurus dirinya
sendiri dan berkomunikasi dengan yang lain. Selain dari itu, kemahiran ini
adalah satu kebolehan untuk mengaitkan perkara yang berlaku sehari-hari
dengan interaksi dua pihak. Kemahiran ini juga merupakan kebolehan guru
untuk menyampaikan visi kepada murid-murid dan dapat meyakinkan mereka
supaya mengikut. Kepimpinan dalam bilik darjah wujud dalam keadaan
berikut:
Apabila murid-murid mencapai sesuatu yang mereka tidak jangka dapat
capai di dalam setiap bilik darjah;
Setiap kali apabila terdapat pertumbuhan yang positif walaupun sedikit
dalam personaliti mereka ketika kehadiran seseorang guru;
Apabila seorang guru mengangkat tangan semua murid dalam bilik darjah
menjadi senyap; dan
Setiap kali murid-murid mengharapkan panduan atau teladan dari
seseorang guru.
Satu pandangan lain mengenai kepimpinan bilik darjah mengatakan bahawa
pemimpin ini tidak terhad kepada guru sahaja malah boleh diaplikasikan
kepada murid-murid yang diberi kuasa bersama oleh seorang guru. Apa yang

SGDU 2013
Kepimpinan Pendidikan

diperlukan adalah kesanggupan guru menurunkan kuasa kepada murid.


Menurut Wilcox (2005) dalam kepimpinan bilik darjah terdapat kepelbagaian
pemimpin yang boleh diwujudkan kerana di dalam bilik darjah itu sahaja ada
dua jenis pemimpin iaitu:
1) Guru kelas atau guru subjek; dan
2) Pelajar yang diberi kuasa untuk memimpin sama ada guru ada di dalam
kelas ataupun tidak.

Bagi Hook dan Vass (2000) kepimpinan bilik darjah yang berkesan
memerlukan guru yang memiliki kemahiran-kemahiran berikut:
1. Boleh mengembangkan keupayaan untuk memahami dan mempunyai visi;
2. Mempunyai kemahiran menghasilkan hubungan yang berkesan;
3. Memahami tingkah laku dan keinginan murid-muridnya;
4. Memahami bilik darjah adalah satu sistem; dan
5. Berkebolehan mencari penyelesaian dan menganalisis maklumat.
Bagi menghasilkan pengajaran berkesan, Fenstermacher dan Soltis (1998)
menyarankan tiga pendekatan:
1) Pendekatan Eksekutif;
2) Pendekatan Empati; dan
3) Pendekatan Liberal.

Proses pengajaran dan pembelajaran (PP) secara normal berlaku di


dalam bilik darjah di mana murid-murid yang mengikuti pengajaran
merupakan

responden

dan

guru

berperanan

sebagai

pemimpin.

Pembelajaran yang bermakna selalu dikaitkan dengan kualiti kepimpinan guru

SGDU 2013
Kepimpinan Pendidikan

sarna ada berjaya mendorong; bertindak sebagai perujuk; dan berkebolehan


mempengaruhi

pelajar

untuk

berusaha

mencapai

sesuatu

objektif

umpamanya objektif pembelajaran. Pelaksanaannya dapat dijayakan sewaktu


proses PP di dalam bilik darjah - merujuk kepada usaha yang digerakkan ke
arah pencapaian hasil pembelajaran mengikut topik yang diajar. Kejayaan
guru sebagai pemimpin akan kelihatan dalam keupayaannya membuat
perubahan di dalam bilik darjah menerusi usaha yang dibuat bersama muridmurid menuju ke arah pencapaian matlamat PP.

Pemimpin

juga

dikaitkan

dengan

orang

yang

berkebolehan

merancang, memberi arahan, mengawal perjalanan proses dan membentuk


strategi bagi mencapai tujuan. Oleh itu, pemimpin harus berkebolehan dan
berupaya menukar tindakan atau sikap subordinat agar sesuatu matlamat
tereapai.

Kepimpinan Berkesan
Siapakah yang dimaksudkan pemimpin di dalam bilik darjah? Dalam konteks
ini, ada dua jenis pemimpin yang wujud:
1) Guru kelas atau guru subjek; dan
2) Murid-murid yang diberi kuasa untuk memimpin sewaktu guru hadir
ataupun tidak (Wilcox, 2005). Fokus jenis pemimpin di sini adalah golongan
guru kerana golongan ini lebih banyak menonjolkan ciri-ciri kepimpinan di
dalam dan di luar bilik darjah selain banyak memberi impak kepada sekolah
(Cheng & Tsui, 1996).

SGDU 2013
Kepimpinan Pendidikan

Field (2004) menyamakan peranan guru dengan peranan kapten


sebuah kapal. Menurut beliau, bilik darjah boleh disamakan dengan sebuah
kapal di mana guru adalah juru kemudi yang memimpin sekumpulan muridmurid yang mempunyai pelbagai personaliti. Kejayaan kepimpinan guru akan
menentukan kejayaan sesebuah organisasi keeil yang dipimpinnya.

Menurut Shippen dan Shippen (2004) seorang guru yang mempunyai


kepimpinan yang berkesan memiliki tujuh ciri kepimpinan berikut: Pertama,
boleh membentuk dan menyampaikan visi yang jelas di dalam bilik darjah. Ini
turut dipersetujui Buhler (1995). Ciri ini penting kerana boleh membimbing
murid-murid di peringkat bilik darjah untuk mencapai visi yang dibina secara
bersama tetapi, pemimpin guru ini perlu memastikan visi yang baru dibina
bersama dengan murid-murid seharusnya tidak bertentangan dengan visi
sekolah.

Kedua, mempunyai kebolehan memimpin dan fleksibel. Faktor fleksibel


ini amat penting kerana boleh memupuk suasana di mana murid-murid akan
mengetahui guru mereka adalah orang yang bertimbang rasa dan tabu
batasan sebagai seorang pemimpin. Kadang kala, guru juga boleh bersetuju
dengan pendapat murid sekiranya pendapat tersebut bemas dan ada
kebenarannya. Kebolehan ini mencerminkan babawa seseorang pemimpin itu
adalab seorang yang bersikap terbuka (Zenger & Folkman, 2004).

SGDU 2013
Kepimpinan Pendidikan

Ketiga, kebolehan untuk memimpin dan menjadi teladan kepada muridmuridnya, Aptah lagi, setiap tindakan guru di dalam bilik darjah akan
diperhatikan oleh murid-murid dan menjadi contoh.

Keempat,

bijak

membuat

keputusan.

Keputusan

yang

dipilih

sewajarnya akan mendatangkan kebaikan kepada muridnya tetapi tidak


menjejaskan kepentingan organisasinya (Chek Mat, 2003).

Kelima, membuang sifat rnernentingkan diri sendiri. Sebagai seorang


guru, sifat mementingkan diri perIu dibuang kerana mengutamakan
kepentingan

murid-muridnya

(Shippen

&

Shippen,

2004)

walaupun

kadangkala mendatangkan kesulitan kepada dirinya sendiri.

Keenam, harus membuat pertimbangan yang seimbang untuk


mengelak perasaan tidak puas hati di kalangan muridnya, di samping
mendapat kerjasama mereka. Selain bersifat jujur dan merendah diri supaya
murid boleh mendekatinya dan meluahkan masalah yang mereka hadapi
kerana kepercayaan mereka kepada guru. lni akan dapat membina hubungan
yang positif antara guru dan murid (Zenger & Folkman, 2004).

Ketujuh,

sentiasa

mengamalkan

pembelajaran-berterusan

untuk

menambah ilmu pengetahuan dan kemahiran diri. Menurut Kane (2001) ilmu
pengetahuan yang diterima oleh guru akan meningkatkan keberkesanan
pengajarannya di dalam kelas. Kesannya, keadaan bilik darjah menjadi lebih
sistematik dan terkawal.

SGDU 2013
Kepimpinan Pendidikan

Lashway (2002) sebaliknya telah membincangkan peranan pemimpin


untuk menjana keberkesanan PP daripada program Leading Learning
Communities yang dibangunkan oleh National Association of Elementary
School Principals (NAESP). NAESP telah merumuskan enam peranan
pemimpin untuk menjana keberkesanan PP iaitu:
1.Mendorong pelajar-pelajar dan orang dewasa supaya mengutamakan
usaha belajar;
2.Menentukan harapan pada pencapaian yang tinggi;
3.Menyesuaikan kandungan pengajaran dan pembelajaran dan araban ke
arab piawaian yang standard;
4.Mencipta satu budaya pembelajaran berterusan untuk orang dewasa;
5.Menggunakan pelbagai sumber data untuk menilai pembelajaran; dan
6.Mengaktifkan sokongan komuniti untuk kejayaan sekolah/bilik darjah.

Faktor-faktor yang Mempengaruhi Iklim Bilik Darjah


Hook dan Vass (2000) telah merujuk budaya bilik darjah yang efektif dengan
cara mengenal pasti beberapa faktor yang mempengarnhi iklim bilik darjah
iaitu:

Mencari Keseimbangan antara Dorongan dengan Teguran


Ketika PP sedang berjalan, iklim bilik darjah yang mesra dan harmoni perlu
dicipta oleh guru. Ini kerana pelajar memang suka jika dipuji dan diberi
perhatian. Pelajar akan merasa dirinya menjadi penting dalam bilik darjah
apabila dipuji. Kesilapannya mungkin boleh dimaafkan dan diberi tunjuk ajar

SGDU 2013
Kepimpinan Pendidikan

yang

sewajarnya.

Sekiranya

guru

boleh

berhenti

di

pertengahan

penyampaian kandungan kurikuIum dan diseling dengan aktiviti tepuk tangan


atau permainan, seman gat pelajar dapat ditingkatkan untuk terus belajar.
Pelajar

yang

berjaya

membuat

sesuatu

dengan

betuI

perlu

diberi

penghargaan supaya kepuasan diri pelajar meIaksanakan sesuatu aktiviti


dapat ditingkatkan. Imej guru juga dapat ditingkatkan bahkan pelajar akan
menunggu-nunggu kehadiran guru untuk belajar bersama guru tersebut.

Membangunkan Rapport bersama Pelajar


Perhubungan antara guru dengan pelajar di dalam bilik darjah perlu
diwujudkan supaya pembelajaran berkesan dapat dipraktikkan. Situasi ini
akan mendorong seseorang guru mengamalkan tingkah Iaku yang efektif dan
berkualiti. Fenomena ini memerIukan kemahiran, keupayaan dan komitmen
yang tinggi. Selain dari itu, terdapat percubaan guru untuk memasuki dunia
peIajar dengan hasrat mempengaruhi dan memimpin mereka. Kejayaan
memasuki dunia peIajar dapat menghasilkan persefahaman dengan pelajar
khususnya pada tarat emosi yang mesra. Akhirnya, dua pihak yang terlibat
akan saling bersedia dalam hal berkongsi pengalaman dan saling
bekerjasama.

Mengaitkan Pelajar dengan Harapan


Harapan yang tinggi adalah penting bagi pelajar menuju ke arah pencapaian
tugasan dan pembelajaran yang berkesan. Ramai orang percaya bahawa
harapan merupakan salah satu cara meningatkan daya motivasi yang tinggi.
Oleh itu, guru perlu memberi perasaan optimisme yang didesak. Ini adalah

SGDU 2013
Kepimpinan Pendidikan

penting untuk memastikan kelangsungan kejayaan pelajar dan mencetus iklim


bilik darjah yang sihat.

Mengekalkan Hubungan Kerja yang Sempurna


Rogers (dim. Hook & Vass, 2000) menghuraikan proses ini sebagai proses
memperbaiki dan membangun semula. Faktor personaliti yang berbeza perlu
diambil kira yang mana usaha ini boleh dilakukan dengan dua cara iaitu guru
mesti menunjukkan bahawa beliau tidak menyimpan perasaan dendam
sebaliknya menunjukkan teladan yang berkualiti. Mengikis perasaan dendam
terhadap pelajar yang telah membuat kesilapan sinonim dengan perlakuan
guru menerima kesilapan yang dilakukan sebagai kelainan yang terdapat
pada setiap pelajar. Guru menunjukkan teladan terutamanya menggunakan
kuasa yang diperuntukkan dan jelas dalam pengurusan penyelesaian konfiik
di kalangan pelajar.

Mengamalkan Cara Membuat Pilihan yang Bererti


Guru seharusnya memberi peluang kepada pelajar untuk membuat pilihan
bagaimanakah tugasan mereka akan disampaikan. Apabila sesuatu tugasan
diberi, contohnya dalam mata pelajaran Sains, buku skrap yang bertajuk
"Sumber-sumber tenaga di bumi," pelajar diberi kebebasan memilih cara
penyampaian tugasan tersebut. Selanjutnya, guru harus berbincang dengan
pelajar tentang isi-isi penting, sumber maklumat dan objektiftugasan. Pelajar
dibenarkan menentukan cara mengumpulkan maklumat dan penghasilan
tugasan. Kepimpinan bilik darjah menyarankan guru digalakkan berperanan

SGDU 2013
Kepimpinan Pendidikan

sebagai pembimbing dan pakar rujuk sahaja berbanding sebagai tukang


cerita.

Mengambil Kira Faktor Keselamatan dan Keyakinan


Aspek keselamatan sangat penting diberi perhatian sewaktu proses PP
dijalankan di makmal sains. Oleh itu, kepimpinan guru di dalam bilik darjah
perlu menitikberatkan tentang keselamatan ini. Selain itu, persekitaran yang
bersih, selamat dan selesa yang akan menjamin kelancaran aktiviti
eksperimen sains perIu diberi perhatian. PP juga memerlukan guru menanam
keyakinan diri di kalangan pelajar dengan memberi penerangan yang jelas,
penekanan pada kerangka kerja serta norma-norma yang perlu diikuti. Perihal
pembelajaran sains adalah untuk menemui dan melakukan sesuatu yang
barn dan mencabar sungguhpun ada kemungkinan menghadapi risiko. Guru
perIu memastikan pelajar berasa selesa dan selamat dalam melakukan
eksperirnen.

Membantu Pelajar Rasa Dirinya Sebahagian daripada Bilik Darjah


Pakar psikologi pernah rnengatakan bahawa hasrat inti sari rnanusia adalah
rnenjadi sebahagian daripada alam sosial dan perasaan intelektual, Oleh itu,
guru perIu rnenggerakkan keinginan pelajar rnelibatkan diri dalam suasana
bilik darjah rnengikut hasrat hati sernula jadi. Mereka mengharapkan peranan
rnereka dipuji dan diperhatikan. Interaksi sekurangkurangnya dua hala adalah
amat diperlukan dalam sesuatu pengajaran dan pernbelajaran.

SGDU 2013
Kepimpinan Pendidikan

Fokus kepada Perkara Baik yang Dilakukan


Guru harus sentiasa merefleks pergerakan dan percakapan diri. Adakah
pe1ajar mengikuti arahan di dalam kelas? Pastikah diri setiap guru melakukan
aksi yang betul? Pada masa yang sama, guru harus sentiasa rnengesan
perkara baik yang telah dilakukan oleh pelajar sehingga rnencetus suasana
emosi positif bilik darjah. Sebagai contoh, guru memuji pelajar selepas
rnembantu membersih dan menyusun radas setelah menamatkan sesuatu
eksperimen.

Stail Guru
Cara penyampaian dan stail kepimpinan guru di dalam bilik dajah adalah
aspek utama menghasilkan pembelajaran yang berkesan. Ia termasuk suara
guru seperti nada yang sesuai, lantang, jelas dan terang. Sikap positif dan
berekspektasi tinggi yang dipaparkan seseorang guru akan membawa pelajar
ke arah cemerlang sarna ada dari segi intelek, afektif dan psikornotor. Selain
itu, stail kepimpinan demokratik yang menekan kepada kerjasama, berinisiatif
serta bertoleransi dapat rnernbimbing pelajar dengan lebih 001'- kesan.
Penggunaan pujian dalam billik darjah menghasilkan peneguhan positif
kerana pelajar yang sering dipuji akan berasa seronok dan bermotivasi tinggi
dalam sesuatu pelajaran.

Menjadi Pemimpin Pengajaran yang Berkesan


Glickman (1990) menegaskan bahawa kepimpinan pengajaran akan dapat
dijalankan dengan berkesan sekiranya pemirnpin tersebut rnernpunyai tiga
kategori utarna ini:

SGDU 2013
Kepimpinan Pendidikan

1) Keperluan pengetahuan yang mendalam;


2) Tugasan; dan
3) Keperluan kemahiran.
Sebagai contoh, seorang guru yang mengajar mata pelajaran Sains
hendaklah menguasai pengetahuan yang mendalam dalam bidang ini untuk
memastikan

proses

PP

dijalankan

dengan

lancar.

Apabila

pelajar

mengemukakan soalan, guru dapat memberi respon yang positif dan


memenuhi keperIuan ingin tahu pelajar yang mana keyakinan diri pelajar
dapat dipupuk. Apabila memberi tugasan kepada pelajar, guru barus
menekankan pada matlamat setiap tugasan dan pelajar pula patut memahami
prosedur menimba ilmu dangan penemuan diri.

Pemimpin guru dalam bilik darjah memerlukan kemahiran yang mana


merangkumi dua aspek iaitu kemahiran interpersonal dan kemahiran teknikal.
Kernahiran interpersonal merupakan upaya meneka mood, tujuan, motivasi
dan perasaan orang lain. Guru yang menggunakan kemahiran ini akan
berjaya membuat tindakan yang betul. Guru yang berada di dalam bilik darjah
harus sensitif pada air muka, suara dan pergerakan anggota badan pelajar.
Kebolehan dan keprihatinan guru mengecam dan mengenal sifat pelajar di
dalam kelas membolehkannya memupuk pelajar supaya suka belajar. Guru
juga perIu menguasai kemahiran teknikal terrnasuk pengurusan alat bantu
mengajar seperti komputer, projektor LCD, carta dan sebagainya. Guru boleh
menggunakan borang, bahan edaran serta keratan akhbar untuk menjalankan
proses PP.

SGDU 2013
Kepimpinan Pendidikan

Menurut kajian Porter dan Brophy (1988) terhadap pengajaran,


terdapat tujuh penentu utama guru yang berkesan iaitu:
1. Dapat mencapai matlamat akademik dan sosialisasi: Guru seharusnya
berkebolehan
menyatupadukan pembelajaran isi kandungan dan kemahiran sosialisasi;
2. Mempunyai penguasaan isi dan pengetahuan yang mendalam: Guru
memahami dengan mendalam mata pelajaran yang diajar serta pelajar yang
dlajar; Mereka terlibat dengan menyelesaikan kelemahan pelajar; Selain dari
itu, guru berkebolehan membantu dalarn menyelesaikan masalah dan
kekurangan yang ada pada pelajar;
3. Penerangan yang jelas dan terperinci: Guru menjelaskan apa yang perIu
dipelajari, bagaimana maklumat itu berkaitan dengan pengetahuan sedia ada
pada pelajar dan apa yang akan dipelajari pada masa akan datang;
4. Menjadi model dan melatih pelajar untuk memproses maklumat: Guru akan
menjadi model di dalam kelas; Mereka melatih pelajar memproses maklumat,
mencari makna dan menyelesaikan masalah yang diberikan; Guru bertindak
sebagai fasilitator untuk mencungkil daya pemikiran pelajar dengan
menanyakan soalan; Pelajar diberi peluang untuk memberi pendapat. Guru
sentiasa mengesan kefahaman pelajar;
5. Membetulkan salah faham di kalangan pelajar: Guru cuba menjangka dan
membetulkan salah faham pelajar;
6. Memperkembangkan pengalaman pelajar: Guru menggunakan alat bantu
mengajar yang sesuai mengikut kehendak kurikulum dan ciri-ciri pelajar;
Mereka boleh memberi penjelasan serta memperIuas bahan-bahan bantuan
dengan tujuan memperkayakan kurikulum; dan

SGDU 2013
Kepimpinan Pendidikan

7. Seorang guru yang reflektif: Guru menggunakan masa untuk memikirkan


tentang apa, mengapa dan bagaimana mengajar bertujuan memperbaiki
teknik pengajaran pada masadepan.

Membentuk Agenda Bilik Darjah


Agenda bilik darjah sangat penting untuk menentukan implementasi pelan
kepimpinan bilik darjah. lni akan membentuk iklim bilik darjah yang sihat untuk
pembangunan akademik dan so sial pelajar-pelajar. Menurut Hook dan Vass
(2000) ada empat kunci utama dalam agenda bilik darjah iaitu hak,
tanggungjawab, peraturan dan rutin:

Hak-hak Guru dan Pelajar


Ketika mengaplikasikan teori kepimpinan di dalam bilik darjah, guru
memerIukan satu respon yang jelas, yang boleh disampaikan, yang
berkerangka untuk membuat sesuatu keputusan ke atas tingkah laku pelajar.
la merupakan satu kerangka yang boleh diterima dan difahami oleh pelajar
pada situasi tertentu. Keputusan yang dibuat hendaklah berdasarkan
pertimbangan atas had yang telah disokong atau dilanggar dari segi empat
hak asasi pelajar, iaitu:
Hak pelajar untuk belajar;
Hak guru untuk mengajar;
Hak setiap individu untuk aspek keselamatan (fizikal dan psikologi); dan
Hak setiap individu untuk. taraf penghormatan dan kemuliaan.
Berdasarkan hak asasi tersebut, pengurusan tingkahlaku dalam kelas adalab
terpulang kepada hak guru. Guru dapat mengatasi kekeliruan yang timbul di

SGDU 2013
Kepimpinan Pendidikan

dalam bilik darjah. Dalam pada itu, guru dapat mengatasi tanggungjawab
profesionalisme kerana berkuasa atas perlindungan hak individu dalam aspek
keselamatan. Pelajar mesti berasa selamat sebelum menjalani proses
pembelajaran yang berkesan.

Tanggungjawab
Hak dan tanggungjawab adalab dua perkara yang tidak dapat dipisahkan.
Tanggungjawab guru dalarn bilik darjah berfokus pada tingkah laku pelajar
untuk membuat keputusan atau pemilihan secara positif. Sebagai seorang
guru,

usaha

mendorong

pelajar

untuk

memilih

tingkah

laku

yang

bertanggungjawab ke arab kepimpinan bilik darjah yang berkesan adalah


rumit. Guru harus mendorong pelajar supaya bertanggungjawab ke atas
kelakuan dan usaba diri demi mencapai kejayaan yang diingini.

Peraturan
Di sekolah, kita sentiasa menekankan kepentingan peraturan sekolah.
Semasa proses PP umpamanya di makmal sains, kita perlu juga menekankan
peraturan-peraturan

yang

perlu

dipatuhi

oleh

pelajar.

Guru

mesti

membezakan antara peraturan dan rutin. Di dalam bilik darjah, kita


memerlukan tiga peraturan utama yang berkesan iaitu:
Mengikuti araban guru;
Menjaga dan memerhatikan tangan, kaki dan harta benda diri; dan
Jangan mengantuk; memanggil nama orang lain; bergerak sesuka hati dan
sebagainya.

SGDU 2013
Kepimpinan Pendidikan

Peraturan pertama, memastikan guru dapat mengajar dan pelajar dapat


belajar dalam suasana yang sesuai. Kedua, dibuat untuk menjamin
keselamatan fizikal dan psikologikal. Ketiga, untuk menjaga hak dari segi
kehormatan dan kemuliaan. Ketiga-tiga peraturan adalab satu panduan untuk
guru. Guru harus memastikan pelajar dapat memahami kehendak peraturan
ini. Kata-kata ini boleh dipaparkan pada sudut yang senang dibaca dengan
huruf yang besar dan tebal. Akhir sekali, guru hams memastikan pelajar
mengikut peraturan demi kepentingan mereka.

Rutin
Rutin berbeza dengan peraturan kerana ia mengutamakan aspek pentadbiran
dan prosedur yang diperlukan supaya suasana bilik darjab tidak menjadi
kacau bilau. Ia adalab perkara yang perlu dilakukan, umpamanya, setiap kali
masuk keluar makmal sains dan juga semasa proses PP dijalankan untuk
menjamin keberkesanan PP. Rutin merupakan satu set perilaku yang perlu
dibuat untuk membantu kejayaan pelajar. Selain itu, rutin bilik darjah merujuk
kepada aktiviti-aktiviti bilik darjah seperti menandajadual kedatangan,
menyemak keadaan fizikal bilik darjah atau makmal, mengedar alat bantu
mengajar, mengutip dan memulangkan buku latihan dan sebagainya.
Sekiranya rutin ini dapat diuruskan dengan sistematik, masa dan tenaga
dapat dijimatkan, dan disiplin pelajar dapat dipertingkatkan. Seterusnya,
segala aktiviti PP dapat dilaksanakan dengan berkesan.

SGDU 2013
Kepimpinan Pendidikan

Kaedah Pelaksanaan Bilik Darjah yang Efektif:


Iklim yang Sesuai untuk Pembelajaran
Iklim yang sesuai untuk pembelajaran dapat dihasilkan apabila guru dapat
memastikan wujud persekitaran yang sesuai untuk membolehkan proses
pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Dalam konteks ini, misi
kelas dan pelajar harus jelas dan mudah difahami. Guru-gum perlu
mempunyai peranan sebagai membantu mempromosi bilik darjah sebagai
tempat untuk pembelajaran akademik, selain melaksanakan perkaraperkara
berikut:

Penekanan kepada Pengajaran Asas


Bilik darjah yang efektif, yang boleh dihasilkan dengan memberi penekanan
kepada pengajaran asas seperti membaca, mengira dan menulis, hams
menjadi nadi sesebuah sekolah. Penggunaan teknologi pengajaran di sekolah
(kurikulum dan kaedah pengajaran) telah dikenal pasti dan telah dibuktikan
berjaya. Di Malaysia, KBSR dan KBSM diguna pakai di semua peringkat
pendidikan sekolah rendah dan menengah. Sementara kaedah pengajaran
konstruktivisme yang berpusatkan murid menjadi kaedah yang diamalkan.
Untuk mencapai sasaran pengajaran yang berkesan dalam mata pelajaran
Sains dan Matematik, Program Pengajaran Sains dan Matematik dalam
Bahasa Inggeris (PPSMIlEteMS) telah dijalankan. Penggunaan projektor LCD
dan komputer bimbit telah digunakan dengan meluas. Pihak Kementerian
Pelajaran Malaysia telah membangunkan satu set lengkap bahan kursus
cakera padat (Interactive Courseware) untuk Tingkatan Satu, Dua dan Tiga.
Proses pengajaran menjadi lebih aktif dan berkesan dengan alat bantu ini.

SGDU 2013
Kepimpinan Pendidikan

Jangkaan

Guru

bahawa

Semua

Pelajar

Berkebolehan

Mencapai

Kecemerlangan
Bagi memastikan keberkesanan, gum yang bertanggungjawab mendidik
pelajar, hendaklah berpandangan semua pelajarnya

boleh mencapai

kecemerlangan pada akhirnya. Dengan pandangan sebegini, maka tumpuan


guru adalah untuk memastikan kejayaan diperolehi oleh pelajar-pelajarnya
dan mereka semuanya akan menjadi manusia yang dilengkapi dengan
pendidikan seperti yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Satu Sistem Objektif Pengajaran yang Jelas untuk Mengawasi Prestasi


Pelajar
Untuk memastikan bilik darjah berjaya sebagai satu institusi pendidikan maka
satu sistem pengajaran yang jelas diwujudkan dan penilaian prestasi pelajar
perlu dilaksanakan. Lni bermakna, seseorang pelajar yang mengikuti sistem
pendidikan dari awal tahun akan menerima pengajaran yang seimbang, selain
menduduki ujian dan peperiksaan yang sistematik untuk mengesan tahap
pencapaian pelajar.

Pelaksanaan Pengajaran Sains


Proses PP mata pelajaran Sains banyak dijalankan di makmal sains. Gum
hams bertindak membuat refleksi diri sebelum, semasa dan selepas setiap
sesi pengajaran. Sebelum sesi pengajaran, guru membuat refleksi untuk
merancang dan bersedia. Refleksi dalam aksi dan refleksi atas aksi perlu
dibuat oleh gum. Selepas pengajaran, gum refleks apa yang telah
dilakukannya, dicakap dan dibuat di dalam bilik darjah. Guru digalakkan

SGDU 2013
Kepimpinan Pendidikan

menulis diari atas refleks diri untuk rujukan masa hadapan serta membaiki
kesilapannya.

Sewaktu

proses

PP

dilaksanakan,

guru

boleh

mengarnalkan

pembelajaran kolaboratif. lni bennaksud pelajar dalam keadaan positif dan


berdikari, bertanggungjawab, bekerja dalam kumpulan dan bergaul mesra
dengan ahli-ahli kumpulan untuk menjalankan tugasan yang spesifik.
Seterusnya, pelajar mencari akal untuk penyelesaian masalah yang ditujukan
kepadanya. Guru pula perIu menentukan objektif pengajaran yang sesuai dan
menentukan saiz kumpulan umpamanya kumpulan yang bercorak-heterogen
membolehkan setiap ahli mempunyai peranan yang spesifik. Dalam usaha
mencari penyelesaian masalah, pelajar perIu berbincang antara kumpulan,
menjalankan sesi eksperimen serta mencari rujukan sarna ada daripada guru
atau buku. Dalam konteks ini, guru sebagai pemerhati dan fasilitator menilai
proses pembelajaran pelajar serta hasil tugasan mereka. Dengan ini, pelajar
berpeluang untuk berkembang mengikut kebolehan diri. Pada akhir sesi, guru
harus memberi pujian dan sokongan ke atas usaha yang ditunjukkan oleh
pelajar.

Halangan dan Cabaran


Di Malaysia, pengetua dan guru terpaksa menempuh beberapa cabaran dan
kerumitan ekoran beberapa masalah besar yang masih belum dapat
diselesaikan. Antara masalah tersebut ialah kekurangan guru; guru-guru yang
tidak mempunyai opsyen yang sesuai untuk mengajar mata pelajaran
tertentu; saiz kelas yang besar; dan sebagainya. Kekurangan ini merupakan

SGDU 2013
Kepimpinan Pendidikan

kekangan kepada pengetua sekolah untuk melaksanakan peranan sebagai


pemimpin pengajaran. Masalah ini telah menyebabkan .rnereka terkeliru
mengenai cara yang sesuai untuk menyempurnakan tanggungjawab sebagai
pemimpin pengajaran yang berkesan. lmplikasinya, ada kalangan pengetua
tidak dapat memotivasikan stafnya ke arah kecemerlangan dan keberkesanan
PP.

Sekolah adalah satu unit organisasi pendidikan yang mana guru perlu
melibatkan diri dalam aspek kepimpinan pengajaran disamping kepimpinan
pendidikan.

Berpegang

kepada

teori,

tanggungjawab

guru

terhadap

pengajaran ialah memastikan segala tenaga dan usahanya ke arah


pencapaian

program

pendidikan

yang

berkesan.

Tanggungjawab

ini

termasuklah mengadakan matlamat dan objektifPP, dan rnernbirnbing para


pelajar supaya kecekapan mereka dalam pembelajaran dan lain-lain bidang
kurikulum dapat dipertingkatkan. Tanggungjawab guru tennasuk juga
memberi

pene

gasan

terhadap

pencapaian

rnatlamat

dan

objektif

pembelajaran, membuat keputusan, mengelolakan aktiviti serta bekerja


dengan guru lain supaya matlarnat tercapai.

RUMUSAN
Memang tidak dapat dinafikan lagi suasana sekolah banyak memberi impak
ke atas kepirnpinan sekolah dan juga bilik-bilik darjah seseorang pengetua
sekolah. Kajian Hallinger et al. (1983) yang menunjukkan ciri-ciri yang ada
pada sesebuah sekolah sebenarnya memberi kesan yang mendalam perlu
diarnbil kira dalarn rnembentuk model kepimpinan pengajaran yang berjaya.

SGDU 2013
Kepimpinan Pendidikan

Kepimpinan bilik darjah yang diamalkan oleh guru bukan sahaja boleh
menentukan pencapaian matlarnat sebuah bilik darjah malah memberi kesan
ke atas semua individu yang ada dalam bilik darjah tersebut. Guru harus
bertindak tennasuk merefleksi diri; cuba melaksanakan pembelajaran secara
kolabomtif dan penyelesaian masalah dalam menuju ke arab kepimpinan bilik
darjah yang berkesan. Timbul satu persoalan di sini: Patutkah kepimpinan
bilik darjah ini diperluas dan dikembangkan di kalangan guru untuk
menjayakan program pendidikan kita? Ini adalah persoalan yang belum
dijawab lagi, yang membuka ruang yang luas kepada setiap individu guru
untuk membuat kajian lanjut.

RUJUKAN
Banathy, B. H. (1991). Systems design of education: Ajourney to create the
future.Englewood Cliffs, NJ: Educational Technology.
Blase, J., & Blase, J. (1998). Handbook of instructional leadership. How really
good principals promote teaching and learning. Thousand Oaks, CA:
Corwin.
Buhler, P. (1995). Leaders vs managers. Supervision, 56(5), 24-26.
Cheng, Y. C., & Tsui, K. T, (19%). Total teacher effectiveness: New concept
and improvement. International Journal of Educational Management,
10(6), 7-17.
Chek Mat (2003). Kemahiran memimpin: Kuala Lumpur: Utusan.
Crowther, F. (1997). The William Walker Oration, 1996: Unsung heroes: The
leader in our classroom. Journal of Educational Administration, 35(1),
5-17.

SGDU 2013
Kepimpinan Pendidikan

Cuban, L. (1984). Transforming the frog into a prince: Effective school


research, policy and practice at the district level. Harvard Education
Review, 54(2), 129-151.
De Bevoise, W. (1984). Synthesis of research on the principal as instructional
leader.Educational Leadership, 41, 14-20.
Fenstermacher, G., & Soltis, J. (1998). Approaches to teaching (3rded.). New
York: College. Field, R. (2004). Leadership in classrooms. Dimuat turun
September 15,2005, daripada: www.bus.ualberta.calrfield.
Hallinger, P., Murphy, J., Well, M., Mesa, R. P., & Mitman, A. (1983). School
effectiveness:

Identifying

the

specific

practices,

behaviors

for

principals. NASSP Bulletin,67(463),83-91.


Hook, P., & Vass, A., (2000). Confident classroom leadership. London: Fulton.
Kane, M. (2001). Leadership requirements and leadership development.
Dimuat

turun

September

15,2005,

daripada:

www.execuiteveevolution.com.
Lambert, L. (2003). Leadership refined: An evocative context for teacher
leadership. School Leadership and Management, 23(4),421-430.
Lashway, L. (2002, July). Developing instructional leaders. ERIC Digest, 160.
University of Oregon, Clearinghouse on Educational Management.
Dimuat

turon

September

21,

2005,

daripada:

www.vtaide.com/png/ERIC/DevoIOPing-Instructional-Leaders. htm
Owens, R. G. (2001). Organizational behavior in education: Instructional
leadership and school reform (7th ed.). Needham Heights, MA: Allyn.
Porter, G., & Brophy, M. (1988). Research on teacher effectiveness. Reston,
VA: ASCD.

SGDU 2013
Kepimpinan Pendidikan

Sashkin, M., & Sashkin, M. G. (1993). Leadership and culture building in


schools. Dim.
W. E. Rosenbach & R. L. Taylor (Eds.), Contemporary issues in leadership
(3rd ed., pp. 201-212.). Boulder, CO: Westview.
Shippen, M. E., & Shippen, S. J. (2004). Seven characteristics of affective
leaders. Classroom Ledership, 7, 1-3.
Smith, W., & Andrews, R. (1990). Instructional leadership: How principals
make a difference. Alexandria, VA: ASCM.
Southworth, G. (2002). Instructional leadership in schools: Reflections and
empirical evidence. School Leadership and Management, 22(1), 73-92.
Sparks, D. (2003), Interview with Fullan: Change agent. Journal of Staff
Development,

24(1).

[Atas

talian]

http://www.nsdc.org/library

/publications/jsd/fullan241.cfm
Wilcox, S.(2005). Leadership in the classroom. Dimuat turun September
18,2005, daripada: www.queensu.ca/idc/trainerslhandlleaderlhtml
YukI,G.A. (2002). Leadership in organizations (5thed.). Upper Saddle
River.Nr: Prentice.
Zenger, J. H., & Folkman, J. (2004). The handbook for leaders: 24 lessons for
extraordinary leadership. New York: McGraw-Hill.

SGDU 2013
Kepimpinan Pendidikan

ULASAN JURNAL

SGDU 2013
Kepimpinan Pendidikan

ABSTRAK
Tidak banyak kajian yang dibuat berkaitan kepimpinan guru di dalam bilik
darjah, berbanding artikel berkaitan peranan dan kepimpinan Guru Besar dan
Pengetua di sekolah. Oleh itu jurnal yang ditulis oleh Rahmad Sukor Ab.
Samad dan Shahrir Jamaluddin daripada Universiti Malaya ini amat sesuai
dibuat kajian oleh semua pemimpin bilik darjah di sekolah, iaitu peranan guru
dalam mempengaruhi iklim bilik darjah. Lagipun mereka lebih rapat dengan
pelajar berbanding Guru Besar di sekolah rendah atau Pengetua di sekolah
menengah.

PERBINCANGAN
Artikel

ini

membincangkan

ketidaktepatan

persepsi

guru

mengenai

kepimpinan bilik darjah. Mereka beranggapan bahawa kepimpinan hanya


terletak di bahu Guru Besar dan Pengetua (selepas ini saya akan melabelkan
mereka sebagai pentadbir), sedangkan gurulah sebenarnya berperanan
sebagai pemimpin pengajaran manakala pentadbir sebagai penyelaras
sahaja.

Guru

tidak

mengutamakan

kepimpinan

bilik

darjah,

hanya

mengutamakan pengurusan bilik darjah sahaja, iaitu pengurusan pengajaran


dan pembelajaran dan sedikit pengurusan kelas dalam hal-hal berkaitan
kebersihan dan disiplin bilik darjah. Penulis mengatakan perkara ini mungkin
disebabkan oleh program latihan guru lebih berfokus dan menekankan
kepada amalan didalam pengurusan bilik darjah.

SGDU 2013
Kepimpinan Pendidikan

Artikel ini memberikan banyak contoh tentang maksud kepimpinan


mengikut orientalis dan pemikir barat. Juga apakah sebenarnya konsep
kepimpinan guru sebagai pemimpin pengajaran yang berkait dengan
pengajaran dan pembelajaran termasuk pembelajaran profesion guru-guru
dan juga perkembangan pelajar. Pentadbir juga dilihat berperanan dalam
memberi arahan, sumber dan sokongan kepada guru dan pelajar bagi
memperbaiki pengajaran dan pembelajaran di sekolah, secara tidak langsung
menyerlahkan peranan guru sebagai pemimpin pengajaran. Seterusnya
kepimpinan itu sendiri mempunyai hubungan secara langsung dengan
proses-proses pengajaran di mana guru, pelajar dan kurikulum saling
berinteraksi. Kepimpinan pengajaran guru inilah akhirnya bertindak sebagai
pemangkin pembelajaran murid-murid.

Contoh-contoh kesan wujudnya kepimpinan guru dalam bilik darjah


juga dijelaskan di dalam artikel ini, antaranya ialah :
Pelajar mencapai apa yang tidak dijangka dicapai dalam bilik darjah
(kemahiran selain akademik),
Pertumbuhan personaliti pelajar (tingkahlaku, perwatakan dan sikap),
Pelajar mematuhi arahan (disiplin), dan
Pelajar sentiasa memerlukan panduan dan menjadikan guru sebagai
teladan (kepimpinan melalui teladan).

Penurunan kuasa (empowerment) kepada pelajar juga adalah kesan


kepimpinan berkesan di dalam bilik darjah. Dikatakan bahawa kepimpinan
berkesan akan mewujudkan dua jenis pemimpin dalam bilik darjah iaitu ;

SGDU 2013
Kepimpinan Pendidikan

Guru kelas atau guru subjek, dan


Pelajar yang diberi kuasa memimpin di dalam kelas tersebut.

Seterusnya artikel ini menyarankan pendapat Hook & Vass (2000),


kepimpinan berkesan oleh guru-guru hendaklah mempunyai kemahirankemahiran berikut :

Boleh mengembangkan keupayaan memahami dan mempunyai visi,


Kemahiran menghasilkan hubungan berkesan,
Memahami tingkah laku dan keinginan pelajarnya,
Memahami bilik darjah sebagai satu sistem, dan
Kebolehan menyelesai dan menganalisis maklumat.

Di samping kemahiran yang dijelaskan di atas, artikel ini turut


menyelitkan pandangan Shippen & Shippen (2004), tentang tujuh ciri
kepimpinan berkesan seorang guru :
1)
2)
3)
4)
5)
6)

Boleh membentuk dan menyampaikan visi di bilik darjah,


Boleh memimpin, fleksibel dan bersikap terbuka terhadap pelajarnya,
Boleh memimpin dan menjadi teladan pelajarnya,
Bijak membuat keputusan tanpa menjejaskan dasar sekolah,
Tidak pentingkan diri sendiri tetapi mementingkan pelajarnya,
Boleh membuat pertimbangan yang seimbang dan membina hubungan

positif antara guru dengan pelajar, dan


7) Mengamalkan pembelajaran berterusan sebagai guru.

Faktor-faktor yang mempengaruhi iklim bilik darjah juga diterangkan


di dalam artikel ini, bagaimana bilik darjah yang efektif itu sendiri seperti
suasana harmoni, hubungan interpersonel antara guru-pelajar, keselamatan

SGDU 2013
Kepimpinan Pendidikan

yang terjamin, keselesaan (kemudahan fizikal) serta kebersihan bilik darjah


apabila diadun dengan agenda bilik darjah iaitu pematuhan kepada hak setiap
anggota atau ahli, kebertanggungjawaban ahli, mematuhi peraturan dan rutin
harian akan dapat mencapai kepimpinan bilik darjah yang berkesan.

Pada akhirnya artikel ini juga menjelaskan akan cabaran dan kekangan
bagi mencapai hasrat membudayakan kepimpinan guru dalam mempengaruhi
iklim bilik darjah di Malaysia. Antaranya ialah masalah kekurangan guru,
opsyen yang tidak sesuai, saiz kelas dan lain-lain lagi. Dan adakah konsep
kepimpinan bilik darjah ini perlu disebarluaskan kepada semua guru, kerana
tidak semua guru mempunyai kemahiran dan ciri kepimpinan bilik darjah
seperti yang dihuraikan di dalam artikel ini.

KRITIK
Artikel ini adalah satu kajian dan pandangan yang amat menarik
tentang konsep kepimpinan guru dan pengaruhnya kepada iklim bilik darjah.
Isu yang dibincangkan sangat menyeluruh dan pelbagai aspek telah disentuh
dan dibincangkan dengan baik dan berkesan. Ia jelas membincangkan
tentang bilik darjah sebagai satu entiti kecil di sekolah yang sebenarnya
merupakan penyebab berjaya atau tidaknya sekolah tersebut dalam
mencapai matlamat dan dasar yang ditentukan (visi dan misi). Kegagalan

SGDU 2013
Kepimpinan Pendidikan

murid di bilik darjah amnya dan kegagalan guru sebagai agen kepimpinan
khasnya akan mempengaruhi pencapaian atau kejayaan sekolah sebagai
satu organisasi. Perlu diingat guru adalah juga pentadbir dan pengurus di
sekolah.

Adalah elok jika dibincangkan juga bagaimana strategi kepimpinan


sekolah, kepimpinan guru di dalam bilik darjah juga akhirnya akan melibatkan
kepimpinan pelajar dalam memperkuat dan mengukuhkan lagi sistem dan
struktur organisasi sekolah. Antaranya ialah :
1) Sistem Pengawasan Sekolah,
2) Sistem Ketua Darjah / Pengerusi Bilik Darjah, dan
3) Sistem Ketua Kumpulan / Pengerusi Ko Akademik atau Kokurikulum,

Maksud kepimpinan, kepimpinan bilik darjah, kepimpinan bilik darjah


yang berkesan, faktor mempengaruhi iklim bilik darjah sebagai kekangan dan
halangan melaksanakan kepimpinan bilik darjah juga telah dihuraikan dengan
begitu jelas dan konsisten dengan definisi sebenar akan konsep asas
kepimpinan secara global.

Sekiranya perkara-perkara tersebut dapat diimplimentasikan oleh


pentadbir sekolah dan lebih-lebih lagi oleh guru sebagai fokus kepimpinan di
bilik darjah, pastinya hasrat dan wawasan Dasar Pendidikan Negara yang
menjadi tonggak sistem pendidikan negara ini akan dapat dicapai dengan
mudah.

SGDU 2013
Kepimpinan Pendidikan

Walaubagaimanapun konsep kepimpinan dan kepimpinan pendidikan


menurut kaca mata atau pandangan islam bolehlah ditambah kerana islam
adalah satu cara hidup, ideanya merangkumi segenap aspek kehidupan :
Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap pemimpin bertanggungjawab atas
pimpinannya Hadis al Bukhary
Tujuan pendidikan adalah untuk seseorang individu berkembang secara
menyeluruh serta berbudi pekerti mulia, sifat berani, sabar serta menghormati
orang lain Imam al Ghazali

Cadangan agar kemahiran dan kepimpinan yang diamalkan oleh


pentadbir sekolah perlu diturunkan kepada guru dalam konteks kepimpinan di
bilik darjah pula adalah cadangan yang baik. Ini akan bertambah cemerlang
lagi jika pihak pentadbir juga mengambil berat memimpin guru ke arah
kecemerlangan dalam program pengajaran dan pembelajaran. Bermaksud
mengambil berat isu yang merangkumi penilaian guru dan pelajar, iklim
sekolah, kurikulum, pengurusan sumber, kaedah membuat keputusan,
matlamat pengajaran jangka pendek / jangka panjang, sokongan komuniti
sekolah dan masyarakat, komunikasi dan interaksi antara pentadbir dan guru
sekolah.

Sebagai tambahan perlunya dijelaskan juga adalah ciri-ciri iklim


sekolah yang banyak mempengaruhi corak kepimpinan guru di bilik darjah.

SGDU 2013
Kepimpinan Pendidikan

Bagaimana faktor-faktor seperti dasar organisasi (kementerian / jabatan /


sekolah), gaya kepimpinan pentadbir dan batasan kuasa yang jelas juga
dapat mempengaruhi guru dalam fungsinya sebagai pemimpin bilik darjah.
Bagaimana gaya kepimpinan pentadbir perlu disesuaikan mengikut masa dan
keperluan agar ianya dapat mencetuskan tranformasi dan perangsang
kepada guru untuk mencorakkan kepimpinan dalam bilik darjah, bukan hanya
untuk dirinya tetapi juga kepada pelajar. Kepimpinan yang baik tadi
seterusnya akan menjadi contoh dan ikutan pelajar.

Walaubagaimanapun
dinyatakan
pengkaji

lain

halangan

dan

cabaran

mendatang,

yang

di akhir artikel, diharapkan dapat membuka peluang bagi


merungkai

bagaimana

cara

untuk

mengatasinya

bagi

mempastikan kaedah-kaedah yang dicadangkan dapat diimplementasikan


dengan baik dan berguna di peringkat sekolah.
RUMUSAN
Isu kepimpinan dalam bilik darjah, yang diperjelaskan di dalam artikel ini
adalah satu isu yang amat menarik untuk dilaksanakan di sekolah. Ianya
menjelaskan kepada kita betapa konsep kepimpinan guru berkesan sangat
mempengaruhi iklim bilik darjah di sekolah. Ternyata kemahiran, faktor dan
ciri-cirinya yang diterangkan dengan panjang lebar tadi amat berkesan dalam
menjana kejayaan sekolah dalam mencapai visi dan misi sekolah tersebut.
Kepimpinan adalah proses mempengaruhi aktiviti kumpulan ke arah
pencapaian matlamat Rauch & Behling (1984)

SGDU 2013
Kepimpinan Pendidikan

Kepimpinan adalah keupayaan seseorang untuk mempengaruhi, memotivasi


dan membolehkan orang lain memberi sumbangan terhadap keberkesanan
dan kejayaan organisasi House et.al (1999)
KEPIMPINAN CEMERLANG MENGHASILKAN PELAJAR CEMERLANG

BIBLIOGRAFI

Ee Ah Meng (1995). Pendidikan Sebagai Satu Proses Asas Pendidikan.


Shah Alam : Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Ismail Mustafa (2008). Kepimpinan Pendididikan Teori dan Amalan.


Shah Alam : Penerbitan Seri Kota.

Kementerian Pendidikan Malaysia (1988). Panduan Tatacara Disiplin Sekolah


Untuk Guru Besar dan Guru. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka.

SGDU 2013
Kepimpinan Pendidikan

Teacher Quality Series (2004). Where We Stand on Teacher Quality.


Princeton NJ : ETS Policy Information Center.

You might also like