Ucapan YB Senator Dato HJ Mohd Salim Bin Mohd Sharif

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Ucapan YB Senator Dato Hj Mohd Salim Bin Mohd Sharif (Ketua Umno Bahagian Jempol)

1. Kata alu-aluan kepada semua yang hadir


2. Beliau mengucapkan terima kasih kerana sudi menjemput beliau untuk merasmikan mesyuarat
PIBG kali ke-25 sekolah ini
3. Beliau mengucapkan tahniah dan berasa bangga dengan Guru Besar dan semua AJK PIBG
kerana berjaya menjalankan tanggungjawab yang telah diberikan dengan baik
4. Beliau menyatakan bahawa tujuan serta peranan ibu bapa hadir ke mesyuarat ini adalah untuk
bersama-sama melonjakkan kecemerlangan sekolah bersama pentadbir, guru-guru dan
kakitangan sekolah
5. Beliau menyatakan harapan supaya pihak ibu bapa hadir dan memberikan komitmen kepada
sekolah dalam memastikan kejayaan murid
6. Beliau berpendapat bahawa golongan bapa terutamanya adalah khalifah kepada instituisi keluarga
untuk berjaya di dunia dan di akhirat
7. Beliau menerangkan fungsi PIBG di sekolah adalah gabungan kerjasama ibu bapa bersama guru
untuk membantu, memberikan sokongan moral kepada murid.
8. Beliau turut menyatakan bahawa setiap murid adalah berbeza. Murid PPKI mempunyai harapan
untuk berjaya di masa akan datang. Sebolehnya mereka perlu pandai mengurus diri sendiri demi
kepentingan anak-anak istimewa ini untuk masa akan datang
9. Beliau juga menyatakan bahawa generasi akan datang dibentuk berdasarkan generasi sekarang
10. Beliau turut menyatakan pandangan beliau bahawa harta tidak menjamin masa depan. Yang paling
penting adalah iman yang dibentuk sejak dari mula iaitu zaman kanak-kanak lagi.
11. Beliau menerangkan bahawa agenda pendidikan Negara adalah untuk melahirkan insan yang
seimbang dari segi jasmani, rohani, emosi, intelek dan sahsiah. Oleh itu, walaupun dalam keadaan
susah bagaimanapun, ibu bapa dan guru hendaklah mendidik anak dengan penuh hemah supaya
mendapat keberkatan daripada Allah
12. Beliau juga akan sedaya upaya membantu pihak sekolah dalam menaiktaraf prasarana sekolah
walaupun sekolah ini lebih baik daripada sekolah pedalaman yang serba kekurangan
13. Beliau akan memberikan RM200 kepada pelajar UPSR yang memperoleh 5A dan menaja
percutian guru ke Pulau Langkawi sekiranya sekolah ini mendapat 10 orang yang memperoleh 5A
dalam UPSR
14. Beliau tururt memberikan sumbangan tambahan RM3000 untuk tabung PIBG
15. Selain itu, beliau meminta pihak sekolah membuat kertas kerja bagi permintaan
gelanggang/padang sebaguna. Beliau akan cuba usahakan permintaan tersebut dan membawa
kertas kerja kepada Timbalan Perdana Menteri
16. Dengan lafaz Bismillahirrahmanannirrahim YB merasmikan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-25

You might also like