Temubual Bersama Guru Besar
Temubual Bersama Guru Besar
Temubual Bersama Guru Besar
4. Bagaimana pula dengan kerjasama dari guru pendidikan khas terutama kepada guru-guru di
aliran perdana?
Setakat yang saya perhatikan, setiap orang guru memberikan kerjasama yang sangat
baik samada untuk program pendidikan khas mahupun untuk program sekolah. Mereka
sama-sama bertugas, melatih murid perdana, melibatkan diri dengan program sekolah
dan ada yang turut membantu mengajar kelas tambahan tahun 6. Syabas dan tahniah
saya ucapkan buat guru-guru ini. Walaupun berhadapan dengan pelbagai rencam
masalah murid di program pendidikan khas, mereka tetap memberikan komitmen dan
kerjasama yang sangat baik.
5. Pada pendapat cikgu, wajarkah murid-murid pendidikan khas ditempatkan dalam program
inklusif?
Pada pendapat saya, murid yang layak memang wajar ditempatkan dalam program
inklusif. Sebagai pentadbir saya merasakan tidak wajar untuk kita menyekat peluang
murid tersebut. Murid-murid ini perlu dibenarkan belajar mengikut tempoh dan
kemampuan mereka. Mereka mempunyai hak yang sama untuk mendapatkan layanan
serta pendidikan yang terbaik agar potensi mereka dapat berkembang ke tahap optimum.
Tambahan pula, mereka dapat mengembangkan kemahiran sosial dan berinteraksi
bersama-sama dengan rakan-rakan yang lain apabila bergaul dengan rakan lain di kelas
perdana.
6. Bagaimana pula pandangan tuan mengenai murid pendidikan khas yang ingin mengambil
UPSR?
Bagi saya, murid-murid yang ingin mengambil UPSR tidak boleh disekat. Semua pihak
perlu memberikan galakkan. Ini merupakan satu cabaran yang perlu dihadapi oleh semua
pihak termasuk pihak pentadbir. Semua pihak perlu mengembleng tenaga dan tidak
boleh lepas tangan serta menuding jari kepada sesiapa yang bertanggungjawab dan
sebagainya. Selagi ada peluang, pihak sekolah akan memberikan komitmen, galakan dan
bantuan mana yang perlu untuk memastikan murid ini mendapat pendidikan yang
sebaiknya. Tidak mustahil bagi murid ini juga mencapai kejayaan yang sama seperti
murid di aliran perdana.
7. Bagaimana pula kerjasama dan penglibatan pihak sekolah terutama pihak pentadbir kepada
program pendidikan khas?
Pada setiap organisasi, aktiviti mahupun program yang dirancang oleh program
pendidikan khas, saya sebagai pihak pentadbir sangat mengalu-alukan aktiviti yang
dirancang. Bagi saya tiada masalah dan halangan tentang apa sahaja yang ingin
dilaksanakan samada untuk murid, guru, program ataupun untuk sekolah. Akan tetapi
saya sentiasa mengingatkan guru-guru pendidikan khas supaya sentiasa memaklumkan
kepada saya ataupun kepada pihak pentadbir terlebih dahulu. Begitu juga dengan risiko
yang akan dihadapi perlu difikirkan terlebih dahulu. Pastikan setiap apa yang dirancang
sentiasa memikirkan tentang keselamatan murid dan guru.