Komponen Elektronik
Komponen Elektronik
Komponen Elektronik
KOMPONEN ELEKTRONIK
LITAR ELEKTRONIK ASAS
TAJUK 1
KOMPONEN ELEKTRONIK
suis
Litar terbuka
Litar terbuka (Rajah 1) ialah litar yang terputus
dan tidak lengkap. Arus tidak dapat mengalir
melalui litar terbuka. Oleh itu, beban tidak boleh
berfungsi.
Sebab-sebab litar terbuka:
(a)
suis terbuka
sumber
elektrik
beban
pengalir
Rajah 1: Litar Terbuka
(b)
(c)
(d)
wayar terputus
beban terbakar
sambungan yang longgar
suis
sumber
elektrik
beban
pengalir
Litar pintas
Litar pintas berlaku apabila terdapat sentuhan di
antara dua wayar terdedah (Rajah 3). Arus
tidak melalui jalan asalnya. (arus mengalir
tanpa melalui beban). Keadaan ini
menyebabkan arus yang mengalir menjadi
terlalu besar kerana wayar pengalir mempunyai
rintangan yang sangat rendah. Arus yang
terlalu besar boleh meningkatkan suhu wayar.
Litar pintas sangat merbahaya kerana boleh
menyebabkan kerosakan wayar pengalir dan
kebakaran.
suis
sumber
elektrik
pengalir
bersentuhan
beban
pengalir
Rajah 3: Litar Pintas
3.4.2
Kebanyakan litar peralatan elektrik dan elektronik adalah kompleks kerana ianya
mengandungi pelbagai komponen sebagai beban. Namun begitu, terdapat tiga cara
utama beban-beban ini disambung dalam suatu litar, iaitu:
(a)
(b)
(c)
Kefahaman tentang ciri ketiga-tiga litar di atas adalah penting dalam mempelajari bidang
elektrik dan elektronik. Bagi memudahkan kefahaman, sebarang beban di dalam suatu
litar akan diwakili oleh perintang.
Sebagai seorang pelajar baru dalam bidang elektrik dan elektronik, anda mungkin kebingungan
apabila melihat komponen-komponen yang terdapat pada satu papan litar. Anda mungkin
tertanya-tanya tentang apakah nama, kegunaan, binaannya dan pelbagai soalan lain mengenai
komponen-komponen berbagai-bagai itu. Dalam tajuk ini akan diperkenalkan dengan beberapa
komponen penting dalam bidang elektrik dan elektronik. Tajuk ini memberi peluang kepada
anda untuk membiasakan diri dengan perkara-perkara asas mengenai komponen-komponen
tersebut. Dalam tajuk berikutnya anda akan mempelajari tentang kefungsian komponenkomponen tersebut dalam suatu litar.
1.0
Komponen Elektronik
Komponen-komponen elektronik boleh dikelaskan sebagai komponen pasif dan
komponen aktif. Komponen pasif ialah komponen-komponen yang tidak menyumbang
kepada gandaan voltan, dan arus. (amplifikasi) kepada suatu litar. Ianya tidak
memerlukan sebarang input untuk berfungsi. Contoh komponen pasif ialah perintang,
pemuat dan pearuh.
Komponen aktif pula merupakan komponen yang mempunyai kebolehan untuk
menghasilkan gandaan voltan, dan arus. Komponen ini juga boleh menghasilkan
tindakan pensuisan dalam suatu litar. Kebanyakan komponen jenis ini dibina
menggunakan bahan separuh pengalir. Contoh komponen aktif ialah transistor, diod dan
litar bersepadu.
Sekarang kita akan mempelajari tentang beberapa komponen pasif dan aktif yang asas.
1.1
Komponen Pasif
1.1.1
Perintang
Perintang merupakan komponen yang paling biasa terdapat dalam suatu litar elektronik.
Kegunaan utamanya ialah menghadkan aliran arus dalam litar. Perintang juga
digunakan sebagai pembahagi voltan. Komponen ini melesapkan tenaga elektrik dalam
bentuk haba.
Terdapat dua jenis perintang:
Perintang tetap perintang yang mempunyai nilai rintangan yang tetap
Perintang boleh ubah perintang yang nilai rintangannya boleh diubah-ubah
Contoh-contoh perintang tetap dan boleh ubah serta simbol skematiknya ditunjukkan
dalam Rajah 1. Perintang tetap jenis komposisi karbon sering digunakan untuk membina
projek elektronik kelak.
Nilai perintang tetap biasanya dinyatakan dalam
bentuk kod warna atau kod bercetak. Nilai
rintangan suatu perintang berubah tercetak pada
badannya.
Suatu perintang tetap jenis komposisi karbon
biasanya ditandakan dengan 4 atau 5 jalur warna
pada badannya. Mari kita pelajari cara
menterjemah kod warna perintang yang terdiri
3
Warna
Hitam
Coklat
Merah
Oren
Kuning
Hijau
Biru
Ungu
Kelabu
Putih
Emas
Perak
Tiada warna
Jalur 1
Digit Pertama
0
1
2
3
4
5
6
7
8
9
Jalur 2
Digit Kedua
0
1
2
3
4
5
6
7
8
9
Jalur 3
Pendarab
100
101
102
103
104
105
106
107
108
109
10-1
10-2
1
10
100
1000
10000
100000
1000000
10000000
100000000
1000000000
0.1
0.01
Jalur 4
Had Terima
1%
2%
5
10
20
hijau
5
Penyelesaian:
Berdasarkan Rajah 2:
Warna hijau mewakili nombor 5
Warna hitam mewakili nombor 0
Warna kuning mewakili pendarab 104 atau 10000
Warna emas mewakili had terima 5%
=
=
(50 X 10000) 5%
500000 5%
500000 X 5% = 25000
Aktiviti Tutorial:
1. Mengapakah nilai had terima maksimum dan minimum suatu perintang perlu
diketahui?
2. Apakah yang diwakili oleh huruf-huruf G, M, k, m, , n dan p apabila digunakan
bersama satu nilai bagi sesuatu kuantiti elektrik
Perintang Tetap
Contoh
Satu perintang mempunyai jaluran warna berikut: kuning, ungu, merah dan emas. Tentukan:
(i) nilai rintangan
(ii) julat nilai sebenar rintangan
Penyelesaian
(i) Diberi:
Oleh itu, nilai namaan perintang ialah 4.7 k
(ii) Diberi:
Jalur had terima ialah emas iaitu 5%.
Had terima
= 4700 x 0.05
= 235
Kod Bercetak
2.1.2
Pemuat
Pemuat merupakan satu daripada komponen pasif yang dapat menyimpan tenaga
elektrik dalam litar AU. Ia boleh dicas dan dinyahcas.
Penggunaan pemuat :
Jenis Litar
Litar Penapis
Litar motor
Litar penalaan
Penggunaan pemuat
Mengurangkan voltan riak atau meratakan gelombang untuk
mendapatkan voltan malar
Pembaik factor kuasa litar
Mengurangkan kesan gangguan hingar kepada alatan lain
Menentukan kadaran frejuensi penjana dan frekuensi radio
Kemuatan
Kemuatan ialah sifat menentang sebarang perubahanbezaupaya dalam litar. Kekuatan
penentang terhadap beza upaya tersebut menentukan kemampuan komponen pemuat
menyimpan cas tenaga elektrik. Kemuatan 1 farad bermakna satu pemuat boleh
menyimpan 1 coulomb cas elektrik apabila pemuat itu dibekalkan voltan 1 volt. Oleh itu
1 farad aiah 1 coulomb per volt
C= Q
V
Binaan Pemuat
Pemuat dibina daripada dua plat logam yang diletakkan bertentangan serta dipisahkan
oleh dielektrik seperti udara, kertas, mika, seramik, Teflon, polisterina, kaca dan vakum.
Dielektrik bersifat sebagai penebat dengan cirri dan pemalar tertentu. Kemampuan
sesuatu pemuat untuk menyimpan tenaga dinyatakan dalam kemuatan yang bersimbol
C, unit bagi kemuatan ialah farad, F
Spesifikasi pemilihan pemuat
Spesifikasi teknikal
Nilai kemuatan
Had terima pemuat
Voltan kerja
Kadaran bocoran
Pekali suhu
Keterangan
Nilai kemuatan dinyatakan samada dengan menggunakan
kod tercetak atau kod warna pada badan pemuat
Had terima menunjukkan kejituan julat nilai sebenar pemuat
iaitu nilai kemuatan minimum dan maksimum
Voltan kendalian maksimum yang mampu diterima oleh
pemuat sebelum pecah tebat dielektrik dialmpaui. Nilai
dinyatakan dalam pmkd atau voltan kerja AT
Arus bocor yang berlaku pada pemuat bergantung kepada
rintangan penebatan dielektrik pemuat. Pemuat elektrolit
mempunyai kadar arus bocor sehingga beberap
mikroampere dengan hanya 10 V dikenakan pada
tamatanya.
Setiap jenis pemuat mempunyai julat suhu kendalian yang
ditentukan oleh pengilang. Ia ditandakan pada badan
pemuat. Graf kemuatan lawan suhu disediakan dalam
manual atau buku data pemuat
7
Jenis Pemuat
Komponen kapasitor atau pemuat boleh didapati dalam banyak rupa bentuk dan saiz. Walau
bagaimanapun kesemua kapasitor boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu berubah dan
tetap.
Pemuat tetap
Terdapat dua kategori pemuat tetap iatu pemuat berkutub dan tidak berkutub. Pemuat mampu
menghalang arus terus yang tidak dikehendaki dan sebaliknya hanya membenarkan arus ulang
alik mengalir melaluinya dalam litar. Nilai kemuatan pemuat tetap telah ditetapkan semasa
pembutanya di kilang.
Pemuat boleh ubahKemuatan bagi pemuat boleh ubah boleh diubah nilainya samada dengan
melaraskan luas permukaan yang berkesan (A) atau jarak julat antara plat.
1.1.3
1.2
Komponen Aktif
Asas bahan separuh pengalir
Bahan separuh pengalir mempunyai nilai-nilai rintangan di antara suatu pengalir dan penebat.
Ciri yang kedua penting bagi separuh pengalir adalah ia mempunyai pekali suhu negatif yang
bermaksud sebaik sahaja suhu bagi bahan naik, rintangannya akan jatuh. Rintangan bagi
sesuatu pengalir biasanya akan meningkat mengikut suhu tetapi rintangan separuh pengalir dan
penebat menurun. Apabila suhu sesuatu bahan bertambah, tenaga dalam bagi bahan iitu iaitu
tenaga atom dan electron, dipersekitaran bahan juga turut bertambah. Pertambahan suhu
menghasilkan dua kesan; (a) elektron-elektron mendapat tenaga tambahan untuk meninggalkan
ikatan bond yang mengikat electron-elektron kepada atom induk dan (b) getaran atom-atom
dipersekitaranyang disebabkan oleh tambahan tenaga. Kesan pertama melepaskan lebih
banyak elektron bagi pengaliran jika sesuatu beza upaya dikenakan merentasinya dan kedua
menambahkan kesukaran yang dialami oleh electron semasa bergerak dalam bahan. Contohcontoh bahan separuh pengalir yang biasa digunakan adalah seperti germanium dan silikon.
Jenis bahan separuh pengalir
Kedua-dua atom ini mempunyai 4 elektron valensi dan struktur atom kedua-duanya
diringkaskan seperti rajah di sebelah.
Dalam bahan semikonduktor tulen, atom-atomnya tersusun seperti dalam rajah berikut:
Rajah ini menunjukkan setiap atom Ge berkongsi 4 elektron valensinya dengan 4 atom lain
supaya orbit terluarnya mempunyai 8 elektron dan atom-atomnya menjadi stabil. Atom-atom
silikon juga berpadu dengan cara yang sama
Perkongsian ini menghasilkan ikatan kovalen dan hasilnya ialah kekisi hablur Ge (atau Si)
Kekisi hablur seperti ini adalah tulen (bebas dari bendasing) dan dipanggil bahan intrinsik.
(Bahan yang mengandungi bendasing dipanggil bahan ekstrinsik)
Bahan semikonduktor intrinsik digunakan untuk menghasilkan komponen solid-state seperti
transistor, diod dan IC
10
Apabila bahan semikonduktor tulen dikenakan voltan (lihat rajah di sebelah ), elektron dalam
bahan tersebut akan tertarik ke arah punca positif sumber voltan
Lubang yang terhasil akan tertarik ke arah punca negatif sumber
Dengan itu, elektron bergerak ke arah kanan dan lubang bergerak ke arah kiri
Aliran arus dalam bahan semikonduktor melibatkan pergerakan elektron dan lubang
Bilangan pasangan elektron-lubang bertambah apabila suhu meningkat; jumlah arus
mengalir dalam bahan semikonduktor bergantung kepada jumlah pasangan elektron-lubang;
dengan itu kebolehan bahan semikonduktor mengalirkan arus bertambah apabila suhu
meningkat
Apabila bahan semikonduktor tulen didop dengan bahan pentavalen (seperti As),
sebahagian atom Ge atau Si dalam hablur digantikan oleh atom bahan pentavalen (lihat
rajah sebelah)
Rajah ini menunjukkan satu atom As menggantikan satu atom Ge atau Si
As berkongsi 4 elektron valensinya dengan 4 atom Ge atau Si di sekelilingnya
Satu lagi elektron As tidak terikat dan boleh dibebaskan dengan mudah
Kesemua atom dalam kekisi hablur ini adalah neutral dari segi cas
Bahan pentavalen telah menderma elektron bebas kepada kekisi hablur; maka bahan
pentavalen adalah atom penderma
Semakin banyak atom penderma dalam kekisi hablur, semakin banyaklah elektron bebas
dalam bahan semikonduktor yang didop
Selepas pengdopan, sebilangan elektron Ge atau Si masih terus melompat keluar dari
orbitnya; maka bilangan elektron bebas semakin banyak; pada masa yang sama lubang
juga terhasil
Jika voltan dikenakan kepada semikonduktor jenis-N (lihat rajah di sebelah), elektron bebas
(dari atom penderma dan elektron yang keluar dari orbit Ge atau Si) akan bergerak ke arah
punca positif sumber voltan. Pada masa yang sama lubang bergerak ke arah punca negatif
sumber
Pada suhu bilik, bilangan elektron bebas dari penderma adalah lebih banyak daripada
elektron bebas dari Ge atau Si; bermakna bilangan elektron bebas dalam bahan
semikonduktor jenis N melebihi bilangan lubang; dalam bahan jenis-N ini, elektron adalah
pembawa majoriti dan lubang adalah pembawa minoriti bagi arus
11
Apabila bahan semikonduktor tulen didop dengan bahan trivalen (seperti Ga), sebahagian
atom Ge atau Si dalam hablur digantikan oleh atom bahan trivalen (lihat rajah sebelah):
Rajah menunjukkan satu atom Ga menggantikan satu atom Ge atau Si
Ga berkongsi 3 elektron valensinya dengan 3 atom Ge atau Si
Walau bagaimanapun, satu lagi atom
Ge atau Si tidak membentuk ikatan
kovalen dengan atom Ga kerana
kekurangan elektron; lubang terhasil
Kesemua atom dalam kekisi hablur yang terhasil juga neutral dari segi cas
Bahan trivalen telah menerima elektron bebas daripada kekisi hablur; maka bahan trivalen
adalah atom penerima
Semakin banyak atom penerima dalam kekisi hablur, semakin banyak lubang dalam bahan
semikonduktor yang didop
Sebilangan elektron Ge atau Si masih terus melompat keluar dari orbitnya; maka bilangan
elektron bebas semakin banyak; pada masa yang sama lubang juga terhasil
Jika voltan dikenakan kepada semikonduktor jenis-P (lihat rajah di bawah), lubang akan
bergerak ke arah punca negatif sumber voltan. Pada masa yang sama elektron bergerak ke
arah punca positif sumber
dalam
melebihi
bahan
pembawa
pembawa
12
Diod
Simpang P-N
Ketika simpang P-N mula-mula terbentuk, terdapat satu interaksi unik antara pembawapembawa arus
Elektron bebas daripada bahan jenis-N meresap
merentasi simpang untuk mengisi lubang dalam
bahan jenis-P
Hanya pembawa-pembawa arus yang berhampiran
dengan simpang yang terlibat
Elektron yang meninggalkan bahan jenis-N
menyebabkan ion positif terbentuk di tempat yang
ditinggalkannya
Apabila lubang dalam bahan jenis-P diisi oleh elektron
yang sama, terbentuk pula ion negatif dalam bahan
jenis-P
13
Kawasan yang berhampiran dengan simpang sekarang dipenuhi oleh ion positif dan negatif
Dengan interaksi ini, bilangan lubang dan elektron dalam kawasan ini menyusut
Kawasan ini dipanggil zon susutan
Zon susutan adalah kawasan yang tidak mempunyai pembawa arus majoriti
Rujuk rajah
Sebelum simpang terbentuk, bahan jenis-N dan P adalah neutral dari segi cas elektrik
Selepas resapan berlaku, kawasan P yang berhampiran dengan simpang sekarang bercas
negatif (kerana terdapat ion negatif berkumpul); kawasan
N yang berhampiran dengan simpang pula bercas positif
Cas-cas ini menolak elektron dan lubang menjauhi
simpang
Elektron dan lubang yang berjauhan ini tidak berpeluang
untuk meresap merentasi simpang
Akhirnya, cas-cas negatif dan positif terkumpul di
simpang menyebabkan kawasan simpang membentuk
upaya halangan
Upaya halangan ini seolah-olahnya serupa dengan
keadaan satu bateri kecil yang disambung kepada
simpang tersebut
Perhatikan kekutuban upaya ini berbanding dengan
bahan jenis-N dan P
Upaya ini sentiasa wujud pada simpang dan disukat dalam Voltan
Upaya halangan bagi germanium, ialah kira-kira 0.3 V dan silikon 0.7 V
Upaya halangan ini dikenali sebagai voltan halangan
Voltan halangan pada simpang P-N ini mesti diatasi oleh sumber voltan luar untuk
mebolehkan arus mengalir melaluinya
MEMINCANG SIMPANG
14
Pincang Terbalik
Arus Bocor
Arus bocor simpang dari bahan germanium lebih besar jika dibandingkan dengan silikon
kerana silikon lebih stabil pada suhu yang tinggi. Nilai arus bocor pada simpang bahan
silikon ialah beberapa nanoampere
Pincang Hadapan
Diod simpang diberi pincang hadapan apabila punca positif bateri disambung kepada bahan
jenis-P dan punca negatif kepada bahan N
Voltan ini menolak pembawa arus majoriti
setiap bahan menyebabkan banyak lubang
dan elektron berkumpul di simpang
Dalam bahan jenis-N, elektron meneutralkan
ion positif. Dalam bahan jenis-P, elektron
ditarik keluar dari ion negatif dan
meneutralkannya
Dengan itu, zon susutan dan seterusnya
upaya halangan terhapus
Keadaan ini membolehkan simpang P-N
membenarkan arus mengalir menerusinya
Rajah di bawah menunjukkan diod yang
dipincang hadapan
Rajah di bawah menunjukkan bagaimana aliran arus berlaku dalam diod yang dipincang
hadapan
16
1.2.2
1. Diod jenis LED mempunyai beberapa jenis, saiz, dan warna. Saiz atau garis pusat
kepalanya berbeza, iaitu daripada 3 mm ke 5 mm. Warnanya ialah merah, hijau, oren,
dan kuning.
2. Diod tidak mempunyai filamen. Diod diperbuat daripada sejenis hablur bahan semi
konduktor seperti germanium dan silikon. LED rnenjimatkan tenaga elektrik kerana
boleh menyala pada voltan serendah 1.7 volt. Arus yang diperlukan pula hanya 10
miliampere
3. Fungsi-fungsi diod
(a) Diod semi konduktor yang boleh bercahaya digunakan untuk menunjukkan
adanya arus mengalir dalam sesuatu bahagian litar. Ia membenarkan arus
mengalir sehala sahaja.
(b) Digunakan dalam radas elektronik sebagai lampu penunjuk dan sebagai penunjuk
kekuatan keluaran bunyi seperti alat-alat Hi-Fi atau stereo dan juga pada lampu
disko.
(c) LED menggunakan arus yang kecil, sesuai untuk litar-litar yang menggunakan
bateri.
Penyambungan:
(a) Diod (LED) tidak akan menyala jika kutub negatif dan positifnya dipasang terbalik.
(b) Arus yang berlehihan akan merosakkan LED.
4. Cara menentukan kekutuban kaki LED
(a) Bahagian badan LED yang rata dan mempunyai kaki yang terdekat adalah kutub katod.
17
Jangan menguji LED pada bateri 9 V kerana ini boleh merosakkan LED.
5. Keselamatan
(a) Pastikan kaki anod dan katod dipasang dengan betul kerana arus hanya mengalir apabila
katod (K) mengarah ke negatif.
(b) Lebihan arus akan merosakkan atau boleh membakar LED. Pastikan ada satu perintang
330 ohm dipasang bersiri ke bateri 9 V semasa menguji LED.
(c) Untuk mengelakkan daripada patah, jangan bengkokkan kaki-kaki terlalu dekat pada badan
komponen.
(d) Pastikan kaki diod tidak terpintas semasa pemasangan kerja projek.
(e) Jangan mengetatkan skru pada bongkah penyambung terlalu kuat sehingga kaki-kaki diod
terpotong.
6. Voltan bekalan dan nilai perintang yang dicadangkan untuk LED adalah seperti berikut:
Voltan bekalan
Nilai perintang
1.2.3
12 volt
560
9 volt
330
6 volt
220
3 volt
56
Transistor
1. Transistor merupakan komponen elektronik yang penting pada peralatan elektronik seperti
radio dan televisyen.
2. Transistor digunakan untuk menggandakan arus, voltan dan kuasa.
3. Transistor juga boleh digunakan dalam litar sebagai suis. Contoh bentuk transistor yang
biasa digunakan ialah seperti berikut:
18
Binaan transistor
1. Transistor mempunyai tiga kaki iaitu pemungut Collector) (C), Tapak (Base) (B), dan
pemancar (Emitter) (E).
2. Transistor dibina daripada bahan separa pengalir seperti germanium dan silikon.
3. Bahan separa pengalir inii terdiri daripada bahan positif (P) dan bahan negatif (N).
Jenis transistor
1. Terdapat dua jenis transistor, iaitu jenis NPN dan jenis PNP.
2. Jenis transistor pada litar skema boleh dikenal pasti dengan melihat anak panah pada kaki
pemancar (E).
3. Jika anak panah mengarah ke luar, transistor itu ialah jenis NPN. Jika anak panah
mengarah ke dalam, transistor itu ialah jenis PNP.
19
Keselmaatan transistor
1. Pastikan jenis transistor yang digunakan itu betul untuk sesuatu projek.
2. Pastikan dengan betul kaki pemungut (C), tapak (B), dan pemancar (E).
3. Jangan bengkokkan kaki transistor dekat dengan badan, bertujuan untuk mengelakkan kaki
transistor daripada patah
4. Pastikan kaki transistor tidak terkena atau bersentuh antara satu dengan lain semasa
pemasangan.
1.2.4
i.
KOMPONEN KHUSUS
Perintang Peka Cahaya / LDR
1. Rintangan dalam perintang peka cahaya akan meningkat apabila kurang cahaya dan akan
berkurangan rintangan apabila menerima banyak cahaya.
2. Perintang peka cahaya digunakan pada lampu malam automatik, penggera keselamatan,
pintu automatik, kamera automatik, lampu keselamatan, dan lain-lain.
ii.
1. Penerus kawalan silikon atau Silikon Control Rectifier (SCR) ialah suatu peranti yang
berfuugsi sebagai suis. SCR digunakan sebagai suis kawalan pada litar seperti litar
kawalan motor, lampu, dan litar pembekal voltan.
2. Fungsi penerus kawalan silikon adalah:
(a) untuk mengawal kuasa tinggi dengan hanya menggunakan kuasa bekalan yang kecil.
(b) untuk memastikan arus elektrik mengalir dalam satu arah sahaja.
3. Penerus kawalan silikon mempunyai kaki, iaitu anod (A), katod (K), dan get(G). Kaki-kaki ini
boleh ditentukan dengan merujuk lembaran data komponen terssebut.
20
1.2.4
Foto Diod
1. Foto diod digunakan sebagai pengesan cahaya dalam alat kawalan jauh
2. Foto diod diperbuat daripada sejenis hablur bahan semi konduktor seperti germanium dan
silicon, di kenali dengan symbol :
21
1.2.3
IC / Litar Bersepadu
1.Litar bersepadu terdiri daripada beberapa komponen elektronik yang membentuk satu litar
lengkap atau separa lengkap dalam satu pakej kecil
2.
Fungsinya adalah untuk menjadikan suatu liitar yang kompleks itu kecil saiznya
dan menjimatkan ruang
3.
Struktur dan binaan :
a. mengandungi perintang, gegelung, transistor dan diod
b. mempunyai pin-pin atau kaki yang bilangan pinnya bertambah banyak jika litar itu
mempunyai fungsi yang kompleks
4. Bentuk litar bersepadu mengikut kadar kuasa, iaitu litar bersepadu kuasa rendah, kuasa
sederhana dan kuasa tingg
1.3.
Fungsi utama litar bekalan kuasa adalah menukarkan voltan AU kepada voltan AT. Di samping
itu, ia juga berfungsi untuk merendahkan voltan masukan (AU) kepada voltan yang kita
kehendaki setelah ditukarkan kepada voltan AT. Biasanya setelah voltan AT diperolehi di
peringkat keluaran, maka ia berfungsi untuk kendalian litar. Untuk bekalan kuasa yang baik
maka voltan keluaran mestilah terdiri daripada voltan AT tulen. Bekalan kuasa terdiri daripada :
22
pengatur voltan
Transformer ( alat-ubah )
Penerus ( Rectifier )
Penapis ( Filter )
Pengatur voltan voltage regulator)
Raj. XX:
Penerus separuh
gelombang
b. Penerus
Terdapat 3 jenis penerus yang biasa digunakan iaitu :
i.
penerus separuh gelombang
ii.
penerus gelombang penuh
iii.
penerus tetimban
i. Penerus separuh gelombang
1.
2.
3.
4.
7. Pada kitar masukan negatif, dengan kekutuban voltan bekalan seperti rajah 8.20b, diod
dipincang balikan
8. Tiada arus mengalir melalui diod dan tiada voltan diperoleh merentasi beban, R. Dengan
menggunakan hokum Kirchhoff, V2 = VR+ VD, dengan V2 ialah voltan merentasi diod. I = 0
kerana pincang balikan
9. Oleh itu, V2 + VD voltan maksimum merentasi diod adalah V maks.
10. Bagi menghalang diod daripada rosak nilai puncak voltan bekalan mestilah melebihi voltan
puncak balikan, PIV bagi diod
11. Rajah di bawah menunjukkan gelombang keluaran yang dipeproleh merentasi beban RL jika
Rajah 8.23 ms
4. Bagi pengubah sadap tengah, voltan pada separa lilitan sadap tengah ( A ke O ) adalah
separuh daripada voltan di antara A dan B.
5. Jika voltan di antara A dan B adalah V maks, voltanskunder di anatara A dan O adalah V maks/ 2.
6. Kekutuban gelombang voltan di antara AO dan OB adalah berlawanan fasa seperti di
tunjukkan dalam raja 8.24
7. Ketika kitar masukan positif seperti rajah 8.25a , diod D1 dipincang ke depan dan diod D2
dipincang balikan. Arus mengalir dari titik A melalui D1 ke beban dan menghasilkan voltan
keluaran merentasi beban seperti yang ditunjukkan
8. Pada kitar masukan negatif kekutuban voltan bekalan berubah seperti rajah 8.25b. D1
dipincang balikan dan D2 dipincang ke depan. Arus mengalir dari titik B melalui D2 ke beban
dan menghasilkan voltan keluaran merentasi beban seperti yang ditunjukkan. Perhatikan
arah arus yang mengalir dalam beban adalah sehala.
Voltan keluaran maksimum, Vk merentasi beban ialah :
Vk = V maks - VD
2
Raj. 8.26 ms170
9. Gelombang keluaran yang terhasil daripada penerus gelombang penuh dengan voltan
keluaran maksimum daripada penerus ialah V maks dan diod dianggap unggul ( VD = 0 )
25
Rajah di bawah menunjukkan litar bekalan kuasa penerus gelombang penuh dengan
empat diod atau lebih dikenali sebagai penerus tetimbang
( masukkan raj 8.27 ms 172 )
2.
3.
4.
Diod D1 dan D3 dipincang ke depan manakala diod D2 dan D4 dipincang balikan. Arus
mengalir dalam beban RL pada arah yang ditunjukkan dan voltan terbina pada R L
mempunyai nilai V maks 2 VD
Pada kitar masukan negatif, kekutuban voltan bekalan adalah seperti rajah 8.28b
( masukan rajah 8.28b ms172 )
5.
Diod D2 dan D4 dipincang ke depan manakala diod D1 dan D3 dipincang balikan. Arah
arus melelui RL adalah sehala. Voltan keluaran bagi kedua-dua kitar yang diperoleh
merentasi beban RL adalah seperti dalam rajah 8.29 dengan nilai V maks 2 VD
( masukan rajah 8.29 ms173 )
C. Penapis
1. Penapis ialah litar yang menukarkan voltan AU berdenyut kepada voltan AT beriak
rendah.
2. Voltan AT berdenyut yang dihasilkan oleh litar penerus menegandungi nilai purata yang
besar
3. Kebanyakan bekalan kuasa menggunakan pemuat sebagai penapis bagi mengurangkan
riak dalam litar keluaran
( rajah 8.32 ms 174 )
4. Gelombang keluaran penapis bersama masukan dari penerus gelombang penuh
ditunjukkan dalam rajah 8.33
( rajah 8.33 ms174)
5. Pada kitar pertama, di antara titi A dan B, pemuat dicas sehingga mencapai nilai voltan
maksimum, V maks.
6. Di antara titik B dan C, ketika voltan masukan kurang daripada nilai V maks, pemuat mula
menyahcas melalui RL. Ini berlaku sehingga titik C iaitu ketika voltan masukan
bersamaan dengan voltan pemuat, pemuat mengecas semula. Proses ini berulang pada
kitaran seterusnya.
7. Selain penapis pemuat, terdapat juga penapis jenis RC, RL, LC dan RLC. Rajah di
bawah menunjukan pelbagai jenis penapis:
26
1. Peringkat terakhir dalam litar bekalan kuasa AT dan fungsinya ialah untuk :
I. Menstabilkan voltan keluaran, Vk walaupun berlaku perubahan pada arus masukan
atau arus keluaran
II. Mengurangkan riak yang terdapat pada voltan keluaran litar penapis
2. Pengatur voltan yang paling mudah ialah penbgatur voltan zener seperti ditunjukkan dalam
rajah di bawah
3. Pada pincang ke depan cirri diod zener berkendali apabila dipincang balikan dan akan
berada pada voltan tetap, Vz.
4. Oleh sebab diod disambung selari dengan beban, voltan beban adalah tetap bersamaan
dengan voltan pecah tebat zener, Vz
5. Gelombang keluaran penapis mempunyai perbezaan riak yang agak besar. Apabila
gelombang beriak ini melalui diod zener, kesan riak ini akan berkurangan dan
menghasilkan voltan keluaran yang tetap
6. Rajah di bawah menunjukkan voltan keluaran litar pengatur voltan ( rajah 8.37 ms 176 )
3.2.3 Litar Transistor Asas
a. Penguat audio
b. Pengayun
c. Pembilang getar
27
1.1
28
Taipkan isi sub-tajuk (text) berikutnya di sini menggunakan font 11, Arial. Text ditaip dengan
jarak langkau sebaris, laras Justified. Gunakan font 10, Arial sekiranya text ditaip di dalam
Table atau Text Box.
Latihan Refleksi
Soalan Esei
Soalan Berstruktur
Pelbagai cara yang lain-lain
1.2
Rumusan
Taipkan isi rumusan (text) di sini menggunakan font 11, Arial. Text ditaip dengan jarak
langkau sebaris, laras Justified. Gunakan font 10, Arial sekiranya text ditaip di dalam Table
atau Text Box.
1.3
Taipkan senarai bahan bacaan asas di sini dengan menggunakan font 11, Arial.
1.4
Rujukan / References
1.5
2.
3.
Nama
PENGERUSI
Taipkan nama pengerusi panel di sini
Taipkan nama maktab / institusi di sini
Taipkan alamat maktab / institusi di sini
Taipkan sambungan alamat di sini
AHLI 1
Taipkan nama ahli panel 1 di sini
Taipkan nama maktab / institusi di sini
Taipkan alamat maktab / institusi di sini
Taipkan sambungan alamat di sini
AHLI 2
Kelayakan
Taipkan kelayakan di sini
Contoh:
Ph.D
Guru Bahasa Melayu 10 tahun
Penulis buku..
Taipkan kelayakan di sini
Contoh:
BA (Hons) Diploma Pendidikan
Ketua Jabatan Bahasa
Taipkan kelayakan di sini
29
4.
5.
Contoh:
BA (Hons) Diploma Pendidikan
Guru Cemerlang BM
Taipkan kelayakan di sini
Contoh:
BA (Hons) Diploma Pendidikan
Guru Cemerlang BM
Taipkan kelayakan di sini
2.
3.
4.
5.
Nama
PENGERUSI
Taipkan nama pengerusi panel di sini
Taipkan nama maktab / institusi di sini
Taipkan alamat maktab / institusi di sini
Taipkan sambungan alamat di sini
AHLI 1
Taipkan nama ahli panel 1 di sini
Taipkan nama maktab / institusi di sini
Taipkan alamat maktab / institusi di sini
Taipkan sambungan alamat di sini
AHLI 2
Taipkan nama ahli panel 2 di sini
Taipkan nama maktab / institusi di sini
Taipkan alamat maktab / institusi di sini
Taipkan sambungan alamat di sini
AHLI 3
Taipkan nama ahli panel 3 di sini
Taipkan nama maktab / institusi di sini
Taipkan alamat maktab / institusi di sini
Taipkan sambungan alamat di sini
PENYELARAS
Taipkan nama penyelaras di sini
BPG
Kelayakan
Taipkan kelayakan di sini
Contoh:
Ph.D
Guru Bahasa Melayu 10 tahun
Penulis buku..
Taipkan kelayakan di sini
Contoh:
BA (Hons) Diploma Pendidikan
Ketua Jabatan Bahasa
Taipkan kelayakan di sini
Contoh:
BA (Hons) Diploma Pendidikan
Guru Cemerlang BM
Taipkan kelayakan di sini
Contoh:
BA (Hons) Diploma Pendidikan
Guru Cemerlang BM
Taipkan kelayakan di sini
30