Slides Rekabentuk Kumpulan

Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 18

KEPIMPINAN PENGETUA /

GURU BESAR
BERPRESTASI TINGGI
DAN KUALITI
KEBERHASILAN PELAJAR

09/05/2015

PPP6144 REKABENTUK KURIKULUM DAN


INSTRUKSIONAL

PEMBENTANG:
NOOR AZIZAH BINTI ZAMIR (M20141000095)
SHUFARYINIE BINTI ABD SHUKOR
(M20141000121)
MAZLAN BIN MOHAMAD ZAKI (M20141000190)
RAMDZAN BIN HAZRAM (M20141000169)

PENGENALAN

Banyak perubahan telah berlaku dalam usaha mencapai kecemerlangan


global dalam bidang pendidikan di Malaysia.

Perubahan adalah sesuatu yang semula jadi dan perubahan pendidikan akan
berlaku apabila terjadinya perubahan yang pesat dari aspek ekonomi, sosial,
politik, dan teknologi maklumat di dalam dunia.

Sistem pendidikan malaysia perlu berkembang daripada pendekatan satu


untuk semua, kepada penyelesaian spesifik mengikut konteks dalam usaha
mencapai kejayaan (Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, 2013).

Kementerian akan melaksanakan lebih banyak tranformasi struktur


kurikulum dan pentaksiran bagi menambahbaik sistem pendidikan Negara.

Pendidikan murid pintar cerdas sebagai satu alat pemacu pembangunan


modal insan dan inovasi Negara adalah satu usaha bagi membangunkan
individu yang paling berbakat dalam mencapai matlamat Malaysia menjadi
Negara Maju seperti Jepun dan Korea.

PENGENALAN

Justeru, kepimpinan pengetua pasti akan diberi perhatian:

Bagaimana seseorang pengetua berprestasi tinggi boleh membimbing dan


memimpin sekolahnya sehingga segala bentuk aktiviti dan inovasi dapat
dilaksanakan sehingga dapat meningkatkan keberhasilan pelajar.

Kualiti kepimpinan sekolah merupakan faktor berasaskan sekolah yang


kedua terpenting, selepas kualiti guru, dalam menentukan keberhasilan
pelajar.

Beberapa kajian antarabangsa tentang kepimpinan sekolah menunjukkan


bahawa pengetua/guru besar yang cemerlang, iaitu yang memberi
tumpuan kepada kepimpinan instruksional dan bukannya kepimpinan
pentadbiran, dapat meningkatkan keberhasilan murid sebanyak 20%.

DEFINISI / KONSEP
2.1 Kepimpinan
aktiviti mempengaruhi individu supaya berusaha secara sukarela untuk
mencapai objektif kumpulan atau organisasi (Jaafar Muhamad, 2007)

mendefinisikan kepimpinan sebagai setiap tindakan yang menumpukan


sumber sumber ke arah matlamat (Ismail Noor, 2004)

Pengkaji melihat kepimpinan adalah satu dimensi tindakan atau inisiatif


seorang pemimpin terhadap mencari penyelesaian kepada sesuatu masalah
atau untuk meransang orang lain untuk perubahan.

Dalam kajian ini pengkaji memperincikan kepimpinan sebagai tingkah laku


dalam proses mencapai matlamat organisasi dengan membawa ahli ahli
organisasi terlibat sama dalam membuat keputusan, menyumbang, idea dan
usaha.

DEFINISI / KONSEP
2.2 Pengetua / Guru Besar
Dalam konteks sekolah, Pengetua / Guru Besar betindak selaku pelaksana
dasar pendidikan dan pentadbiran di sekolah (Rojiehah, 2009).

Kepimpinannya merupakan kepimpinan formal (Al Ramaiah, 1999) kerana


bergantung kepada kedudukan formal dalam struktur organisasi sekolah.

Pengiktirafan dan status berwibawa diberikan kepada Pengetua/Guru Besar


di sekolah.

Pengetua juga merupakan seseorang yang boleh mencorakkan pencapaian


cemerlang sesebuah sekolah melalui keterampilan, dedikasi, dan
keperibadian yang ada pada dirinya.

DEFINISI / KONSEP
2.3 Pengetua / Guru Besar Berprestasi Tinggi
Pengetua/ Guru Besar berprestasi tinggi merujuk kepada tahap pengukuran
pemimpin yang berkesan, dinamis, pengurusan kurikulum yang tersusun,
pemantauan ataupun penyeliaan yang baik dan sebagainya.

Melalui Anjakan ke 5, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 2025 iaitu : memastikan kepimpinan berprestasi tinggi ditempatkan setiap sekolah.

Setiap sekolah akan mempunyai pengetua/guru besar berprestasi tinggi yang


untuk meningkatkan keberhasilan murid, dari segi akademik dan bukan
akademik.

Pengetua/guru besar cemerlang akan diberikan insentif untuk berkhidmat di


sekolah berprestasi rendah, dan akan berperanan sebagai mentor dalam
komuniti yang lebih luas.

seterusnya, asas kepimpinan di setiap sekolah akan diperkukuh, iaitu dengan


membangunkan dan menjadikan guru penolong kanan, ketua bidang dan ketua
panitia sebagai pemimpin instruksional.

DEFINISI / KONSEP
2.4 Kualiti Keberhasilan Pelajar

Kualiti keberhasilan pelajar merupakan satu pengukuran kepada kejayaan


sesebuah sekolah.

Keberhasilan pelajar merangkumi

kualiti ilmu dan kemahiran yang sentiasa meningkat

keupayaan literasi subjek dan numerasi yang bertambah

literasi ICT yang bersifat terkini

daya komunikasi yang membina asas persefahaman dan perpaduan

kualiti etika serta akhlak yang boleh menjadi sumber ikutan.

Keberhasilan pelajar adalah disebabkan oleh keberkesanan kepimpinan


pengetua dalam mengendalikan sesebuah sekolah.

3.
0

ISU-ISU DAN IMPLIKASI

3.1 Kepimpinan sekolah faktor


utama keberhasilan pelajar

Dapatan kajian sekolah berkesan secara empirikal menunjukkan

peranan pemimpin sekolah menjadi faktor utama menentukan kualiti


keberhasilan murid atau pelajar di sekolah berkesan (Amin Senin, 2012).

Sekolah yang diklasifikasikan sebagai sekolah berjaya mempunyai


kepimpinan pengetua yang kompeten manakala sekolah yang tidak
berjaya, tidak mempunyai pemimpin sedemikian (Huber, 2004).

Terdapat kesepakatan tentang ciri-ciri pemimpin sekolah berkesan yang


menunjukkan bahawa kepimpinan pengetua berprestasi tinggi dapat
mempengaruhi pencapaian pelajar melalui dua cara (Davis, Darling
Hammond, LaPointe & Meyerson, 2005) iaitu:

melalui sokongan dan pembangunan guru berkesan

perlaksanaan proses-proses organisasi yang berkesan.

Perkara ini akan mempengaruhi amalan-amalan instruksional dan


seterusnya kualiti Pengajaran dan Pembelajaran (PDP).

3.1 Kepimpinan sekolah faktor utama


keberhasilan pelajar (sambungan)

Sammon, Hillman, dan Mortimore (1995) dalam kajiannya menggariskan antara


faktor utama keberkesanan sekolah ialah:

kepimpinan professional

perkongsian visi dan matlamat

memberi fokus terhadap PDP

memantau pelajar

Mereka turut mendefinisikan Professional School Leadership sebagai

pemimpin yang tegas dan bermatlamat,

berkongsi tanggungjawab kepimpinan,

terlibat dan berpengetahuan tentang apa yang berlaku dalam bilik darjah.

Seterusnya kajian itu menunjukkan bertapa pentingnya penglibatan yang jelas


dan bermatlamat oleh pihak lain dalam tugas-tugas kepimpinan.

Memahami dapatan kajian tersebut, boleh disimpulkan bahawa kepimpinan


pengetua yang berprestasi tinggi mampu melaksanakan kepimpinannya
dengan berdedikasi sehingga dapat meningkatkan kualiti keberhasilan pelajar.

3.2 Amalan kepimpinan


pengajaran dapat membentuk
keberhasilan pelajar di SBT

Isu kedua berkaitan dengan amalan kepimpinan di Sekolah Berprestasi


tinggi adalah berdasarkan dapatan kajian Jamilah Ahmad (2011).

Beliau berpendapat pemimpin yang berkesan,

Penting untuk menghasilkan sekolah-sekolah yang berjaya dan berprestasi


tinggi.

Perlu menentukan visi, matlamat dan hala tuju organisasinya, memastikan


setiap warga sekolah berkongsi, memahami visi tersebut dengan jelas dan
berusaha untuk memastikan setiap tindakan adalah relevan ke arah
pencapaian visi tersebut.

Bertanggungjawab terhadap prestasi diri, semua warga sekolah dan


organisasi sekolah tersebut.

Memiliki hubungan dan kolaborasi dengan warga sekolah dan komuniti


samaada dalaman atau luaran yang baik dan teguh.

Memiliki ilmu pengetahuan dan kepakaran untuk mengurus organisasi dan


menstruktur organisasi mengikut keperluan dan arus perubahan, agar
matlamat organisasi tercapai.

3.2 Amalan kepimpinan pengajaran


dapat membentuk
keberhasilan pelajar di SBT
(sambungan)
Dapatan kajian Jamilah Ahmad (2011) seterusnya menjurus kepada beberapa

implikasi terhadap kepimpinan di sekolah. Antaranya:

Kepimpinan pengajaran perlu diamalkan di sekolah keranamberupaya


memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar (Leithwood &
Jantzi, 2000; Ross & Gray, 2006).

Kepimpinan ini mampu meningkatkan pembelajaran pelajar dengan cara


membentuk dan mengubah sikap para guru yang suka bekerja berseorangan
kepada kerja berpasukan.

Faktor utama yang mendorong kepada pencapaian SBT adalah kepimpinan


pengetua atau guru besar.

Seseorang pemimpin itu mestilah mempunyai ciri-ciri pemimpin yang berkesan


dan mengamalkan gaya kepimpinan yang paling terbaik.

Berdasarkan ciri-ciri utama yang perlu ada pada SBT, kepimpinan yang paling
dominan untuk diaplikasikan oleh pemimpin SBT adalah kepimpinan pengajaran
(Leithwood et al., 2007).

3.3 Gaya kepimpinan utama dalam


kalangan
pengetua/ guru besar

Sebagai pemimpin utama di sesebuah sekolah, gaya dan amalan kepimpinan


pengetua / guru besar boleh memberi kesan kepada peningkatan prestasi
sekolah (Abd. Ghani Kanesan & K. Anandan, 2010).

Terdapat empat gaya kepimpinan yang telah dikenalpasti memberi kesan


terhadap keberhasilan pelajar (Budiman bin Sahali, 2008):

Mengarah

Bertimbang rasa

Penglibatan

Berorientasikan kejayaan.

Faktor-faktor yang mempengaruhi gaya kepimpinan tersebut (SKPM 2004)


ialah

Budaya ilmu berfikir

Permuafakatan

Motivasi dan dorongan

Kepimpinan kurikulum

Pengupayaan kepimpinan.

3.3 Gaya kepimpinan utama dalam


kalangan
pengetua/ guru besar (sambungan)

Gaya kepimpinan paling dominan yang memberi kesan terhadap peningkatan


prestasi di sekolah berprestasi tinggi ialah gaya kepimpinan yang
berorientasikan kejayaan dengan penekanan budaya ilmu berfikir (Azizi
Yahaya, Nordin Yahaya dan Lim Ting Theng, 2010)

Menepati Teori Path Goal, pemimpin dengan gaya kepimpinan sedemikian akan
menetapkan sasaran prestasi yang tinggi dengan harapan bahawa para
pengikut akan melaksanakan tanggungjawab juga pada tahap produktiviti
yang tinggi.

Bagi seorang Pengetua/guru besar yang mengamalkan gaya kepimpinan


berorientasikan kejayaan akan berusaha sedaya upaya mempengaruhi
subordinatnya untuk melaksanakan misi dan visi sekolah serta menghasilkan
kecemerlangan dalam semua bidang.

Sepertimana takrifan SBT oleh KPM iaitu sekolah yang menyerlah dalam
semua aspek pendidikan dan mampu berdaya saing di persada antarabangsa
dan menjadi sekolah pilihan utama. (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2009)

3.4 Kepimpinan pengetua


berprestasi tinggi
mempengaruhi kualiti
Isu ke 4 ini dipetik daripada jurnal perlaksanaan kepimpinan pengajaran
keberhasilan
pelajar
di kalangan pengetua (Latip
Muhammad, 2007).

Beliau mendapati:

Pemimpin yang berjaya dan berkesan, bertanggungjawab terhadap


prestasi diri, warga sekolah dan organisasi sekolah tersebut. Justeru,
pengetua disarankan supaya berperanan sebagai pemimpin pengajaran
(Ibrahim 2001).

Sekolah yang berjaya, inovatif, menjadi tempat tumpuan murid-murid,


terkenal dengan kecemerlangan dalam pembelajaran dan terdapat murid
yang gigih mengikut kebolehan masing-masing adalah kerana
kepemimpinan pengetua (Rosenblum et al. dalam Azizah, 2001).

Peralihan tugas utama pengetua iaitu dari pentadbir sekolah kepada


pemimpin pengajaran adalah disarankan menurut Laporan Jawatankuasa
Mengkaji Taraf Pendidikan di Sekolah-sekolah, Kementerian Pelajaran
Malaysia (1982)

Perubahan peranan pengetua ini berlaku atas usaha JPN dan Bahagian di
KPM untuk mencapai kecemerlangan pendidikan di Malaysia

3.4 Kepimpinan pengetua berprestasi


tinggi mempengaruhi kualiti keberhasilan
pelajar (sambungan)

Tambahan daripada Latip Muhammad (2007) ialah pengetua perlu mewujudkan


suasana yang kondusif untuk proses pengajaran dan pembelajaran.

Antara langkahnya ialah:

Pengetua juga perlu mendorong dan memotivasikan pelajar dengan menghargai


kecemerlangan dan peningkatan prestasi akademik bagi memupuk iklim pembelajaran
kondusif (Hoy dan Miskel, 2001)

Harris dan Lowery (2002) pula mengatakan pengetua perlu menjadi seorang yang
mudah ditemui oleh murid-murid, perlu menghargai, menjadi pembela dan menjaga
keselamatan murid-murid di samping memastikan persekitaran pembelajaran yang
sihat

Penilaian program PDP bagi mengawasi kemajuan murid dengan memastikan


keputusan ujian digunakan untuk menilai kemajuan pencapaian matlamat sekolah
(selari dapatan Southworth, 2002)

Namun, isu yang timbul ialah meskipun kepimpinan pengetua memainkan peranan
dalam menghasilkan murid yang berkualiti tetapi pengetua sekarang telah
dibebani oleh tugasan luar dan ini secara tidak langsung mengurangkan proses
kepimpinan pengetua.

Kebanyakan masa dihabiskan untuk menyelesaikan urusan di sekolah atau di luar


sekolah lebih mustahak dan perlu dilaksanakan segera.

4.0
Kesimpulan

Untuk menghasilkan kualiti keberhasilan pelajar, kepimpinan pengetua


berprestasi tinggi perlu memainkan peranan penting.

Kejayaan sesebuah sekolah tersebut amatlah bergantung kepada


kepimpinan pengetua.

Banyak kajian lepas memperlihatkan betapa pentingnya peranan


pengetua dalam mengendalikan sesebuah sekolah sehingga mencapai
kecemerlangan disamping menghasilkan pelajar yang lebih berkualiti.

SEKIAN. TERIMA KASIH.

You might also like