Kerja Kursus Geografi PMR 2010-2
Kerja Kursus Geografi PMR 2010-2
Kerja Kursus Geografi PMR 2010-2
ALLAh s.w.t. kerana dengan limpah kurnia-Nya saya dapat menyiapkan Kerja Kursus Geografi
dalam jangka masa yang ditetapkan dari bulan Febuari hingga Julai.
Saya ingin mengucapkan ucapan ribuan terima kasih kepada Pengetua SAM Tanjong
Karang,Tuan Haji Bahari bin Haji Bustamam kerana telah memberikan kebenaran kepada saya
untuk menjalankan kerja kursus ini. Tidak lupa juga kepada guru Geografi saya iaitu En.
Kamaruzaman bin Khalid yang telah banyak memberikan tunjuk ajar dan nasihat sepanjang
Ucapan penuh kasih sayang kepada kedua ayah saya Abdul Hadi dan ibu saya Siti Majura
kerana memberikan sokongan dan dorongan kepada saya untuk menyiapkan kerja kursus ini.
Banyak wang ringgit yang telah mereka habiskan demi memastikan kajian ini dapat dilaksanakan
dengan jayanya.
Jutaan penghargaan juga buat rakan yang saya Nurfarahin Binti Norzin dan Muhammad
Faizul Afham Bin Ibrahim yang telah banyak membantu saya ketika proses soal selidik dan temu
bual dilakukan.
Akhir sekali saya mengucapkan terima kasih kepada penduduk Kawasan Tanjong
Karang yang telah sudi memberikan kerjasama yang baik kepada saya semasa kajian ini
dijalankan. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa dan budi baik kalian semua.
Ti
PENDAHULUAN
merupakan syarat untuk pensijilan Penilaian Menengah Rendah ( PMR ).Saya telah memilih
tajuk Amalan Kitar Semuka.Oleh itu,aya telah diarahkan oleh guru untuk membuat kajian ini di
Oleh sebab itu, saya memilih tajuk Amalan Kitar Semula ini kerana di kawasan saya
mempunyai pusat kitar semula dan ini memudahkan saya untuk menjalankan kajian ini.
Masa yang diberikan untuk menjalankan kerja kursus ini ialah bermula bulan Febuari
sehingga bulan Julai iaitu kira-kira 5 bulan. Setiap pelajar perlu menulis satu laporan yang
Saya berharap agar kajian dan laporan ini akan mendatangkan manfaat dan faedah
khususnya kepada saya dan amnya kepada masyarakat di kawasan tempat tinggal saya.
Ti
OBJEKTIF KAJIAN
1) Menyatakan maksud konsep kitar semula dengan tepat dan jelas.
2) Menyenaraikan jenis-jenis bahan dan amalan kitar semula di kawasan kajian.
4) Menghuraikan masalah atau halangan amalan kitar semula di kawasan kajian.
5) Mencadangkan langkah mengatasi masalah dalam melaksanakan amalan kitar semula.
6) Dapat menerapkan unsur nilai dan patriotisme terhadap penduduk di Kawasan Tanjung
Ti
KAWASAN KAJIAN
Kajian ini telah dijalankan di Kawasan Tanjong Karang,Selangor. Lokasi kawasan kajian
ini terletak kira-kira 15 kilometer dari Kuala Selangor yang mengambil masa kira-kira 20
minit.Manakala jarak dari Sekinchan kira-kira 12 km yang mengambil masa dalam 15 minit.
Biasanya perjalanan pergi dan balik dari sekolah mengambil masa 10 minit. Kawasan saya
mempunyai 3 buah sekolah menengah iaitu SAM Tanjong Karang iaitu sekolah saya
sendiri,SMK Dato Harun dan SMK Seri Desa.Semua sekolah disini mempunyai pelajar lebih
kurang 1200 orang. Kawasan saya juga mudah untuk dikunjungi kerana mempunyai sistem
Kawasan Tanjong Karang mempunyai tanah subur (tanah pamah) yang rata dan ini
menggalakkan sebahagian besar penduduk terlibat dalam aktiviti pertanian. Pekerjaan utama
penduduk ialah dalam sektor pertanian iaitu menanam kepala sawit,sawah padi dan
sesetengahnya terlibat dengan sektor perkilangan, perniagaan dan profesional seperti menjadi
Ti
KAEDAH KAJIAN
Sebelum memulakan kajian , saya telah mengenal pasti beberapa kaedah yang akan
digunakan untuk memudahkan saya mencatat maklumat secara terperinci dan bersistematik.
Oleh itu, saya telah menggunakan 4 kaedah untuk menjalankan kerja kursus ini. Berikut
2) Temu Bual = Seterusnya saya telah menemu bual beberapa orang penduduk
kawasan kajian untuk mengetahui pendapat dan pandangan mereka tentang amalan kitar semula.
Temu bual dijalankan kepada penduduk kawasan kajian yang telah lama menetap disitu kerana
3) Soal Selidik = Saya juga telah menyediakan 20 borang soal selidik yang perlu diisi
oleh penduduk kawasan kajian yang akan menjadi responden terhadap kajian yang akan
4) Rujukan =Buku Teks Geografi dan Peta Topo menjadi sumber utama saya.
Selain itu, saya juga membuat rujukan di perpustakaan dan melayari internet untuk mendapatkan
Ti
DAPATAN KAJIAN
dan terbuang untuk dijadikan barangan baru yang berguna. Amalan kitar semula barang-barang
terpakai diperkenalkan dalam usaha untuk menjimatkan penggunaan sumber, memastikan alam
Antara barang yang boleh dikitar semula termasuklah kertas, plastik, besi, aluminium dan
getah.Tetapi, barang yang disarankan kepada orang ramai untuk dikitar semua adalah plastik,
Ti
8.2 Jenis Bahan dan Amalan Kitar Semula
Bahan kitar semula yang biasanya di lakukan oleh penduduk kampung saya ialah kertas,
Amalan kitar semula yang dijalankan oleh penduduk kampung saya ialah MENJUAL
bahan-bahan kitar semula ini di pekan Tanjong Karang. Kebanyakan daripada penduduk
kampung akan membawa sendiri bahan tersebut ke pusat memproses bahan kitar semula.
semula ini untuk menjimatkan perbelanjaan. Contohnya, digunakan untuk membuat keceriaan di
dalam rumah, menggunakan kedua-dua helaian kertas dan membuat perhiasan rumah seperti
Semua jenis kaca termasuklah botol minuman, bekas makanan, botol vitamin,
dan bekas kosmetik. Semua jenis kaca ini mestilah diletakkan di dalam tong yang
berwarna COKLAT.
berwarna JINGGA.
Ti
Semua jenis kertas yang berwarna ataupun yang tidak berwarna seperti
surat khabar lama, majalah lama, buku, catalog, risalah, kalender, kalender,
kad, sampul surat dan kotak yang boleh dikitar semula. Semua jenis kertas
Beg-beg membeli belah plastik, beg plastik dari supermarket, botol minuman
plastik, botol air mineral dan bekas makanan yang diperbuat daripada plastic
boleh diproses untuk di kitar semula. Semua jenis plastic ini mestilah
Ti
Selain itu, terdapat penduduk kampung yang sudi bekerjasama MEMBERI
menambah pendapatan Persatuan Ibu Bapa dan guru (PIBG) bagi menampung program-program
pelajar di sekolah memandangkan bahan kitar semula mempunyai nilai ringgit yang tinggi di
pasaran.
Di samping itu juga, apa yang saya dapat perhatikan ialah terdapat penduduk yang cuba
PLASTIK. Sebagai contoh terdapat penduduk yang tidak menggunakan plastik, polisterin ketika
membungkus barang atau makanan. Kertas juga dijimatkan supaya tidak membazir begitu
sahaja.
Amalan ini akan dapat menjimatkan penggunaan bahan kitar semula dan seterusnya
Ti
8.3 Kepentingan Kitar Semula.
Kini terdapat kira-kira 230 tapak pelupusan sampah di Malaysia. Setiap satunya
berkeluasan antara 20 hingga 150 ekar, bergantung pada lokasi dan jumlah sampah yang
dibuang. Sebaik sahaja sebuah tapak pelupusan sampah dipenuhi sampah, tapak baru akan
dibuka. Lambat laun, tapak-tapak ini akan berkembang dan menular mencerobohi ruang hidup
2) Kitar semula untuk persekitaran yang lebih sihat dan lebih bersih
dibiarkan bersepah ia boleh mengeluarkan bau dan menyebabkan penyakit. Melalui kitar semula,
kita dapat mengurangkan sampah yang dibuang dan seterusnya mengawal penyakit daripada
merebak.
Longgokan bahan buangan di dalam tong sampah, lori atau tapak pelupusan sampah
merupakan salah satu punca pencemaran udara, air dan bau. Amalan mengitar semula dapat
mengurangkan ancaman alam sekitar tersebut daripada terus mengancam kualiti kehidupan kita.
Ti
4) Kitar semula untuk menjimatkan kos, sumber dan tenaga
i) Dengan mengitar semula 1 tin aluminium anda seumpama menjimatkan penggunaan tenaga
ii) Jika kertas dapat dikitar semula secara maksimum anda dapat mengurangkan 4,360 tan
sampah sehari yang bersamaan 78,000 batang pokok. Untuk menghasilkan satu tan kertas,
sebanyak 17 pohon terpaksa ditebang. Mengitar semula kertas akan mengurangkan bilangan
pokok yang perlu ditebang. Kita perlu memelihara hutan kerana ia merupakan paru-paru yang
iii) Dengan mengitar semula 1 botol kaca anda seumpama menjimatkan penggunaan tenaga
iv) Mengitar semula kaca menurunkan suhu lebur untuk kaca baru sambil menjimatkan sehingga
Dengan amalan kitar semula ini ia akan dapat menerapkan unsur tanggungjawab dan
Ti
8.4 Masalah /halangan Amalan Kitar Semula
Ketika melaksanakan kerja kursus ini, terdapat beberapa masalah yang telah dikenalpasti.
1. Sikap
Terdapat segelintir penduduk yang tidak mempedulikan amalan kitar semula ini.
Kebanyakan plastik, kertas dan kaca yang boleh dikitar semula dibuang ke tempat sampah dan
kemudiannya dibakar dengan begitu sahaja. Keadaan ini akan menyebabkan berlakunya
pencemaran udara.
2. Kurang Pengetahuan
Hasil daripada kajian saya, kebanyakan penduduk kampung yang membuang bahan kitar
semula ini adalah disebabkan oleh kurangnya pengetahuan tentang pentingnya amalan kitar
semula. Mereka lebih senang membuang bahan tersebut daripada mengitarnya semula. bagi
mereka amalan kitar semula ini hanya membuang masa dan tidak mempunyai apa-apa
kepentingan.
Kebanyakan pusat pengumpulan mengambil barangan kitar semula dengan harga yang
rendah. Kertas di beli dengan harga tidak kurang 20 sen untuk I kilogram. Harga yang rendah
menyebabkan penduduk lebih senang membakar bahan tersebut daripada menjualnya kerana
Ti
4. Kurang Pusat Pengumpulan.
Di kawasan Tanjung Karang hanya terdapat sebuah pusat pengumpulan bahan kitar
semula. Keadaan ini menyukarkan penduduk untuk menjual barangan kitar semula
memandangkan lokasi pusat ini terlalu jauh buat penduduk yang tinggal di kawasan hujung
kawasan kajian. Tambahan pula, pusat ini hanya menerima bahan kitar semula yang dihantar
oleh penduduk sahaja. Mereka tidak menyediakan perkhidmatan mengambil barangan kitar
5. Kurang Kerjasama
Terdapat juga penduduk yang tidak memberikan kerjasama apabila kempen kitar semula
ini dijalankan oleh kerajaan. Sikap tidak peduli dan tidak mahu mengambil kisah amalan kitar
semula ini menyebabkan usaha kerajaan untuk menjimatkan tenaga dan bahan kitar semula tidak
Saya berpendapat penduduk kawasan kajian perlu insaf dan berubah sikap untuk
menjadikan amalan kitar semula ini sebagai sebahagian daripada hidup mereka. Amalan ini
Ti
8.5 Langkah/cadangan untuk mengatasi masalah dalam melaksanakan kitar semula
Bagi memastikan amalan kitar semula ini dijalankan di kawasan kajian, beberapa langkah
atau tindakan dapat di lakukan bagi memastikan amalan tersebut dapat dilaksanakan dengan
baik.
1. Kempen
Negara kita menyambut perayaan seperti Hari Perhutanan Sedunia, Hari Bumi, Hari
Alam Sekitar Sedunia dan Minggu Alam Sekitar Malaysia pada setiap tahun. Objektif utamanya
adalah untuk meningkatkan kesedaran menjaga alam sekitar. Ini bagi melahirkan masyarakat
yang lebih prihatin, peka dan bersama-sama memainkan peranan untuk mengamalkan amalan
kitar semula. kempen dan program yang dilaksanakan ini dapat member keinsafan kepada rakyat
2. Pendidikan
Guru-guru di sekolah boleh memberi galakan kepada pelajar untuk melaksanakan amalan
kitar semula. Guru perlu menyatakan bahawa amalan kitar semula ini dapat menyelamatkan
bumi dan alam sekitar kita daripada musnah. Guru juga boleh mengadakan pertandingan di
sekolah untuk menarik minat pelajar mengamalkan kitar semula dengan menyediakan hadiah
Ti
3. Menyediakan Kemudahan Pusat Pengumpulan.
Pihak berkuasa tempatan perlu menyediakan lebih banyak pusat pengumpulan kitar
semula bagi menarik penduduk untuk mengamalkan amalan kitar semula. Ini penting supaya
penduduk lebih peka dengan tidak membuang bahan yang boleh dikitar semula sesuka hati. Ini
Pihak sekolah juga boleh menyediakan tong-tong kitar semula dan diletakkan di lokasi
yang strategik bagi memudahkan pelajar membuang bahan yang boleh dikitar semula ke dalam
4. Gotong Royong
Penduduk kawasan ini boleh juga bersama-sama bergotong royong untuk membersihkan
kawasan kajian. Pastikan penduduk kawasan mengumpulkan bahan kitar semula ini dan tidak
membakar atau membuangnya begitu sahaja. Ketua memainkan peranan yang penting supaya
Semua pihak perlulah berganding bahu dan bekerjasama untuk memastikan amalan kitar
semula ini dapat dijalankan dengan sempurna. Semua peringkat umur perlu mempunyai sikap
bertanggungjawab untuk sama-sama menjaga bumi ini daripada terus mengalami kemusnahan.
Ti
RUJUKAN
Buku Teks
Buku Rujukan
Internet
Blog smkpenghulusaad.wordpress.com.my
Orang Sumber
Ti