Kerja Lapangan Geo

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 11

SMK DOKTOR MEGAT KHAS

KERJA LAPANGAN
GEOGRAFI TINGKATAN 3
TAJUK: AMALAN KITAR SEMULA DI KAMPUNG MANJOI

NAMA: SITI BINTI ABU


TINGKATAN: 3 DIDIK
NAMA GURU: PN NURZARINA BINTI SHARIFF
SENARAI KANDUNGAN
KANDUNGAN HALAMAN
• PENGHARGAAN
• PENDAHULUAN

• OBJEKTIF KAJIAN

• KAWASAN KAJIAN

• KAEDAH KAJIAN

• HASIL KAJIAN

• RUMUSAN

• RUJUKAN

• LAMPIRAN
PENGHARGAAN
Saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada Pengetua SMK Doktor Megat
Khas iaitu Pn Hjh Noriha binti Nawawi kerana memberi kebenaran kepada saya dan rakan-rakan
yang lain untuk menjalankan kerja lapangan ini.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Guru Geografi saya yang dihormati, iaitu
Pn Hjh Nurzarina binti Shariff kerana banyak memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada saya
sehingga kerja lapangan ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Tidak ketinggalan juga ucapan terima kasih ditujukan kepada kedua-dua ibu bapa saya yang
tercinta kerana banyak memberi sokongan moral kepada saya.

Akhir sekali , ucapan terima kasih juga ditujukan kepada rakan-rakan seperjuangan saya dan
semua responden serta orang sumber saya di Kg Manjoi yang banyak memberi bantuan dan
Kerjasama kepada saya sepanjang kerja lapangan ini dijalankan.
PENDAHULUAN
Saya telah memilih tajuk “Amalan Kitar Semula di Kampung Manjoi, Ipoh”
sebagai tajuk kajian saya. Hal ini kerana kitar semula merupakan satu
amalan penting yang sedang dititikberatkan oleh semua pihak di negara
kita. Sejak akhir-akhir ini, pelbagai kempen giat dijalankan diseluruh negara
oleh agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang menyokong program
berkaitan dengan kitar semula. Selain itu, di tempat tinggal saya, iaitu
Kampung Manjoi juga mempunyai sebuah pusat kitar semula yang
memudahkan saya untuk menjalankan kajian ini.
Saya menjalankan kerja-kerja pengumpulan data dan maklumat yang
diperlukan dalam kajian ini selama dua minggu. Manakala kerja-kerja
penulisan laporan pula dijalankan pada waktu PDPR Geografi.
OBJEKTIF KAJIAN
Melalui kajian Amalan Kitar Semula di Kampung Manjoi, Ipoh Perak,
saya dapat:
🎁 Mendefinisikan konsep dan takrifan kitar semula

🎁 Menyenaraikan jenis bahan-bahan yang dapat dikitar semula

🎁 Mengenal pasti kepentingan amalan kitar semula di kawasan kajian

🎁 Mengenal pasti masalah atau halangan dalam menjalankan kitar

semula di kawsan kajian


🎁 Mencadangkan langkah-langkah untuk mengatasi masalah dalam

melaksanakan amalan kitar semula di kawasan kajian.


KAWASAN KAJIAN
Saya memilih Kampung Manjoi sebagai
kawasan kajian saya. Kampung Manjoi
kerana saya tinggal di kawasan ini. Hal ini
memudahkan saya untuk mengumpul data
dan maklumat yang diperlukan dalam
kajian saya.
KAEDAH KAJIAN
Saya telah menggunakan beberapa kaedah kajian untuk mengumpul maklumat dan data
kajian ini. Kaedah-kaedah tersebut ialah:
q Rujukan
Saya telah merujuk pelbagai sumber seperti buku teks, buku rujukan, majalah dan
internet untuk medapatkan maklumat yang diperlukan bagi kajian ini.

q Pemerhatian
Pemerhatian dibuat secara langsung di kawasan kajian untuk melihat jenis-jenis bahan
yang dapat dikitar semula oleh penduduk kawasan tersebut

q Soal selidik
Soal selidik dilakukan dengan cara mengedarkan borang soal selidik kepada 10 orang
responden terpilih untuk mendapatkan maklumat tentang kepentingan amalan kitar
semula di kawasan kajian.
HASIL KAJIAN
Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, kitar semula bermaksud kaedah atau teknik untuk memproses
bahan-bahan seperti kertas, botol dan tin yang telah digunakan untuk menghasilkan barangan baharu
yang dapat digunakan semula. Menurut Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007
(Akta 672) pula, kitar semula bermaksud memungut dan mengasingkan sisa pepejal bagi tujuan
menghasilkan keluaran semula. Secara umumnya, kitar semula boleh dimaksudkan sebagai satu
kaedah untuk memproses semula barang-barang terpakai untuk menghasilkan barangan baharu yang
dapat digunakan semula. Contoh barang-barang yang dapat dikitar semula ialah bahan-bahan plastik,
kertas, botol kaca dan barangan besi.
Jenis-jenis bahan yang dapat dikitar semula
1. LOGAM

Bahan-bahan logam seperti aluminium dan besi merupakan bahan yang paling
banyak dikitar semula oleh penduduk di kawasan kajian kerana harganya lebih
tinggi berbanding dengan bahan-bahan lain. Contoh tin minuman, bahan- bahan
besi dan logam daripada barangan elektrik yang sudah rosak dan tin makanan
seperti tin biskut, tin sardine dan sebagainya.

2. KERTAS
Jenis-jenis kertas yang dihantar oleh penduduk di kawasan kajian untuk dikitar
semula adalah seperti surat khabar lama, majalah lama, risalah , buku-buku lama,
kad-kad dan calendar terpakai.
Jenis-jenis bahan yang dapat dikitar semula
3. PLASTIK
Plastik merupakan salah satu barangan yang banyak dihantar oleh penduduk
di Kawasan kajian ke pusat kitar semula . Antara barangan plastic yang boleh dikitar
semulailah cawan plastik, botol plastic, pinggan plastik baldi plastic dan bekas
makanan plastik
4. KACA
Semua jenis barangan kaca juga boleh dikitar semula. Contohnya ialah botol
minuman , botol ubat dan bekas kosmetik. Semua jenis barangan kaca ini boleh
digunakan semula setelah melaui proses pembersihan.

5. GETAH
Selain barangan plastic, barangan getah seperti tayar kenderaan. pelampung,
hos ais dan tiub basikal juga merupakan bahan-bahan yang dihantar oleh penduduk
di kawasan kajian untuk dikitar semula.
Kepentingan amalan kitar semula di Kampung Manjoi, Ipoh Perak
1. Mengurangkan pencemaran
Kitar semula sangat penting kerana dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar yang
berpunca daripada sampah sarap yang dibuang oleh penduduk ke dalam tong sampah. Melalui
soal selidik yang dijalankan, di dapati sebanyak 35% daripada responden berpendapat bahawa
amalan kitar semula yang dijalankan oleh penduduk di kawasan kajian dapat mengurangkan
masalah pencemaran yang disebabkan oleh sampah sisa pepejal seperti kertas, plastic, kotak,
kaca dan aluminium. Amalan kitar semula ini adalah penting untuk memastikan bahawa alam
sekitar yang bersih dapat menghindarkan penduduk di kawasan ini daripada pelbagai jenis
penyakit berjangkit yang di bawa oleh tikus, lalat , lipas dan nyamuk.

2. Menambahkan pendapatan penduduk


Melalui soal selidik yang dijalankan didapati bahawa sebahagian besar daripada responden
berpendapat bahawa amalan kitar semula dapat menambahkan pendapatan penduduk . Bahan-
bahan terpakai seperti aluminium, kertas, besi dan plastikmempunyai harga tertentu dipasaran.
Dengan menjual barang-barang tersebut, penduduk di Kawasan kajian dapat menjana pendapatan
sampingan bagi menampung kos sara hidup mereka.Wang hasil daripada penjualan barang-barang
terpakai ini dapat digunakan untuk membeli pelbagai barangan keperluan harian mereka.

You might also like