Pindaan Perlembagaan

Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 21

Berdasarkan Jadual Kelapan, Perkara 71, Bhg 1 Perlembagaan Persekutuan, pindaan bermaksud perubahan dlm peruntukan seksyen dlm

perlembagaan yg baharu (tambahan) atau dimansuhkan. Sebarang pindaan perlembagaan memerlukan sokongan majoriti dlm Parlimen.

Berdasarkan pakar perlembagaan, Encik Shad Saleem Faruqi, perlembagaan ini telah dipinda 42 kali semenjak negara memperoleh kemerdekaan sehingga tahun 2005, Perlembagaan Persekutuan Malaysia telah dipinda sebanyak 42 kali.

Walau bagaimanapun, jumlah sebenar yang melibatkan pindaan individu (menteri) ialah sebanyak 650 permohonan atas dasar semangat dokumen sebenar telah dicairkan (tidak relevan lagi).

Perkara 159 Perlembagaan Persekutuan menetapkan bahawa pindaan yang bertujuan untuk menambah atau memansuhkan sesuatu peruntukan boleh dibuat terhadap Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

Empat cara pindaan ini dapat dibuat, iaitu :1. Memerlukan kelebihan suara dlm tiap-tiap satu sidang Parlimen dan persetujuan Majlis Raja-raja; 2. Memerlukan kelebihan suara dlm tiap-tiap satu sidang Parlimen dan persetujuan Yang di-Pertua Negeri Sabah dan Sarawak; 3. Memerlukan kelebihan suara dlm tiap-tiap satu sidang Parlimen; 4. Memerlukan kelebihan suara biasa dalam tiap-tiap satu sidang Parlimen.

Memerlukan kelebihan suara dlm tiap-tiap satu sidang Parlimen dan persetujuan Majlis Raja-raja
perkara yang membabitkan tugas dan kuasa Majlis RajaRaja; melibatkan keutamaan Yang diPertuan Agong, Raja Permaisuri Agong, Raja-Raja dan Yang Dipertua Negeri; jaminan takhta; dan juga kedudukan istimewa orang Melayu serta bumiputera di Sabab dan Sarawak. Persetujuan juga diperlukan bagi sebarang undang-undang yang mengubah sempadan sesebuah negeri. Pada tahun 1971 misalnya, atas sebab kepentingan keselamatan dan ketenteraman awam, pindaan perlembagaan dibuat bagi melarang menyoal secara umum perkara sensitif, iaitu mengenai kerakyatan, Bahasa Kebangsaan, kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak, dan mengenai kedaulatan serta hak istimewa Raja-Raja.

Memerlukan kelebihan suara dlm tiap-tiap satu sidang Parlimen dan persetujuan Yang di-Pertua Negeri Sabah dan Sarawak perkara yang berkaitan dengan kepentingan khas Sabah dan Sarawak yang perlu mendapat persetujuan Yang Dipertua Negeri berkenaan. Antara perkara yang terlibat ialah keanggotaan dan bidang kuasa Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak, perkara perundangan dan pemerintahan dalam kuasa negeri, hal agama, bahasa dan juga kedudukan istimewa bumiputera. Akta Imigresen tahun 1963 pula memberi hak dan kuasa kepada kerajaan negeri berkenaan menahan kemasukan orang yang bukan dari Sabah dan Sarawak.

Memerlukan kelebihan suara dlm tiap-tiap satu sidang Parlimen pindaan yang hanya memerlukan lebih suara Parlimen. Antara pindaan itu ialah pindaan jadual-jadual tertentu dalam Bahagian III Perlembagaan, pindaan yang melibatkan Perkara 74 dan 76 dalam perlembagaan. Dalam Perkara 74, Parlimen boleh membuat atau meminda undang-undang mengenai perkara yang disebut dalam Senarai Persekutuan atau Senarai Bersama. Hal yang sama juga boleh dilakukan oleh Dewan Undangan Negeri bagi perkara yang berhubung dengan Senarai Negeri atau Senarai Bersama yang diperuntukkan oleh perlembagaan.

Contohnya, Senarai Persekutuan dalam Perkara 74 ialah hal ehwal luar negara, pertahanan, keselamatan dalam negeri, dan undang-undang masalah jenayah. Senarai Negeri pula ialah hukum syarak, tanah, pertanian dan perhutanan, kerajaan tempatan, penyu dan perikanan di sungai. Perkara dalam Senarai Bersama ialah kebajikan masyarakat, biasiswa, perlindungan binatang liar dan burung liar, serta perancangan bandar dan desa. Dalam Perkara 76, Parlimen boleh membuat undang-undang dalam Senarai Negeri yang melibatkan pelaksanaan persetiaan, perjanjian atau konvensyen antara Persekutuan dengan mana-mana negara lain.

Memerlukan kelebihan suara biasa dalam tiap-tiap satu sidang Parlimen


Perkara yang tidak termasuk dalam tiga cara yang tersebut di atas. Ini hanya memerlukan lebih suara dua pertiga dalam kedua-dua dewan Parlimen

Majoriti Mudah Ahli Hadir


Berdasarkan Perkara 159(1) & (4) dibaca bersama Perkara 62(3), Perlembagaan Persekutuan, sesuatu rang undang-undang meminda PP boleh diluluskan oleh majoriti mudah ahli dewan yang hadir. Untuk memberi gambaran, Dewan Rakyat (Parlimen Ke-12) mempunyai 222 ahli (Perkara 46(1), PP). Sebagai contoh, seandainya kuorum Dewan Rakyat adalah 30 ahli YB dan seorang Yang DiPertua Dewan (Speaker); hanya 50 ahli YB hadir, tidak termasuk Yang Dipertua Dewan, hadir untuk sesi meluluskan rang undangundang pindaan perlembagaan ini. Rang Pindaan Perlembagaan ini memerlukan sekadar 26 undi menyokong rang tersebut untuk diluluskan dewan berkenaan.

Sistem Kuorum
Dalam sistem berparlimen, sesebuah dewan atau jawatankuasa boleh menetap bilangan kuorum untuk bersidang. Bilangan kuorum boleh ditafsirkan sebagai jumlah minima kehadiran ahli yang layak mengundi untuk mengadakan sesuatu persidangan. Bilangan kuorum ditetapkan oleh dewan yang berkenaan; bagi Parlimen Malaysia, kuasa ini diserahkan kepada dewan berkenaan melalui Perkara 62, PP. Apabila bilangan ahli Dewan Rakyat atau Dewan Negara hadir dalam persidangan kurang daripada kuorum, tindakan persidangan itu menjadi tidak sah secara prosedur kerana kurang atau tidak memenuhi kuorum.

Sejak 1957, Perlembagaan Malaysia telah dipinda beberapa kali

Tujuan pindaan untuk :


melindungi kepentingan rakyat menjaga keselamatan negara melicinkan urusan pentadbiran negara Pindaan perlu sentiasa relevan dan sesuai dengan keperluan semasa

Perkara sensitif yang tidak boleh dipersoalkan ialah


pemerintahan beraja agama Islam kedudukan bahasa Melayu hak istimewa orang Melayu

Akta Hasutan 1970: menghadkan seseorang bercakap


perkara sensitif yang boleh menimbulkan perbalahan Kaum Tujuannya untuk memelihara keselamatan, ketenteraman dan keharmonian masyarakat berbilang kaum

Antara pindaan besar


pemansuhan imuniti (kekebalan) YDPA dan Raja daripada kesalahan jenayah

You might also like