Mahkamah Syariah
Mahkamah Syariah
Mahkamah Syariah
Sejarah
Pada kurun 15, Islam telah bertapak di Melaka. UndangUndang Islam mula digunakan apabila pembesar dan rajaraja memeluk agama Islam. Risalah Hukum Kanun, Undangundang Melaka dan Undang-undang Pahang adalah undang-undang Islam yang telah wujud ketika itu. "Sebelum kedatangan British undang-undang Islam adalah undang-undang negara di Malaysia. Mazhab yang diikuti ialah Mazhab Syafie" kata Hakim Edmond JC Shaik Abdul Latif, dll lwn Shaik Elia Bux). "Undang-Undang Islam bukanlah undang-undang asing tetapi undang-undang tempatan & undang-undang negara" (Kes Ramah lwn Laton Mah. Rayuan Ngri Melayu Bersekutu (1927) 6 FMSLR 128).
Kejatuhan Melaka pada 1511, Portugis dan kemudiannya Belanda telah menjajah Melaka, Walaubagaimanapun kedudukan dan pelaksanaan undang-undang Islam tidak terjejas. Mulai 1786, kedatangan Inggeris mengambil Pulau Pinang dan Kedah menjadi titik mula usaha pengenepian Undang-undang Islam. Mereka menganggap Pulau Pinang ketika itu tidak mmepunyai sebarang sistem perundangan (Undang-undang) dan mendakwa undang-undang Islam yang diamalkan adalah zalim.(Dakwaan mereka palsu kerana ketika itu Tanah Melayu telah mempunyai Undang-undang Islam yang bertulis).
Pada 1880 Inggeris mula memenuhi kehendak rakyat Tanah Melayu dengan akhirnya bersetuju menggubal Ordinan Perkahwinan Mohammedan No. 5 Tahun 1880. (kahwin & cerai umat Islam). Pada tahun 1948, ordinan Mahkamah Persekutuan dan sistem kehakiman persekutuan memisahkan Mahkamah Syariah dari hierarki mahkamah. Pada masa pemerintahan kuasa asing, segala urusan agama diberi kuasa kepada rajaraja Melayu tetapi terhadap bidang yang terbatas seperti perkahwinan, adat istiadat, dan agama.
Sejak Tahun 1952 Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Selangor No. 3 Tahun 1952 dilulus dan dikuatkuasakan. Ia merupakan Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam yang pertama, terlengkap ketika itu yang mengatur pentadbiran perundangan Islam. Kuatkuasa undang-undang itu adalah Khas untuk umat Islam dan terhad kepada bidang munakahat, waris kesalahan matrimoni dan kesalahan takzir sahaja. Kemudiannya langkah negeri Selangor itu oleh negeri-negeri lain di Malaysia Barat.
Sultan adalah sebagai Ketua Agama dan mempunyai bidang kuasa perkara-perkara berkaitan dengan hal-hal agama Islam. Keadaan ini diamalkan sejak sebelum merdeka lagi. Sultan bagi setiap negeri di Malaysia dilantik sebagai Ketua Agama yang bertanggungjawab terhadap pentadbiran agama Islam. Bagi negeri yang tidak mempunyai institusi beraja seperti Melaka, Pulau Pinang, Sarawak, Wilayah dan Sabah, Ketua Agama yang bertanggungjawab terhadap pentadbiran agama Islam ialah Yang diPertuan Agong.
Mahkamah Syariah dinamakan Mahkamah Kadi bagi menjalankan peraturan dan peruntukan Undangundang Pentadbiran Agama Islam bagi setiap negeri di Malaysia. Setiap negeri ditubuhkan sebuah Jabatan Agama Islam untuk mentadbir perkara-perkara yang berkaitan dengan undang-undang di bawah peruntukan pentadbiran agama Islam. Mahkamah Syariah adalah satu badan penting yang berada di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam pada setiap negeri. Mahkamah Syariah juga ditubuhkan di setiap daerah bagi kebanyakan negeri untuk memudahkan lagi menjalankan pentadbiran agama Islam. Ketua bagi setiap daerah berkenaan dilantik seorang Kadi Daerah.
Mahkamah Syariah
Mahkamah Syariah ditubuhkan di bawah Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak (Akta 505). Setiap negeri mempunyai Mahkamah Syariah sebagaimana diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan Senarai 2 Butiran 1 untuk mengadili orang Islam. Mahkamah Syariah berperanan untuk mengadili orang Islam mengikut hukum agama Islam (berdasarkan AlQuran dan Sunnah/Hadis). Mahkamah Syariah mempunyai kedudukan sebagai entiti yang boleh membuat keputusan kehakiman tetapi sering dipertikaikan di mahkamah sivil.
Menyelamatkan umat Islam daripada pepecahan dan keruntuhan rumahtangga. Tempat rujukan untuk mendapatkan khidmat nasihat serta menyelesaikan masalah rumahtangga. Memberi bimbingan dan nasihat kaunseling kepada pasangan yang ingin berumahtangga agar dapat membina rumahtangga yang bahagia sebagaimana tuntutan agama. Tempat membuat rayuan daripada pihak isteri untuk mendapatkan nafkah daripada suaminya yang sudah bercerai Tempat menyelesaikan masalah kekeluargaan seperti nikah kahwin, penceraian, talak, fasakh, dan sebagainya.
Menyelesaikan masalah sosial dalam masyarakat seperti judi, minum arak, riba, khalwat, dan lainlain perkara mungkar Membantu serta menyelesaikan pembahagian harta pusaka dan hal-hal berkaitan seperti wasiat Juga bertugas sebagai penasihat jika diminta oleh kerajaan Badan yang dilantik oleh kerajaan yang bertanggungjawab memberi penerangan berkait dengan keagamaan, kekeluargaan dan sentiasa berdakwah sepanjang masa Menerapkan nilai-nilai Islam agar orang Islam mengamalkan sistem dan cara hidup Islam secara menyeluruh dalam kehidupan mereka.
Di bawah Seksyen 40 (1) Akta 505, Yang diPertuan Agong atas nasihat Menteri boleh menubuhkan Mahkamah Syariah Rayuan di tempat yang difikirkan perlu. Di bawah Seksyen 40 (2) Akta 505, Yang diPertuan Agong atas nasihat Menteri boleh menubuhkan Mahkamah Syariah Tinggi di tempat yang difikirkan perlu. Di bawah Seksyen 40 (3) Akta 505, Yang diPertuan Agong atas nasihat Menteri boleh menubuhkan Mahkamah Syariah Rendah di tempat yang difikirkan perlu.
Mahkamah Syariah menjalankan tugas yang berasingan dengan Pejabat Agama. Pejabat Agama menjalankan pentadbiran dalam halhal yang bersangkut dengan masyarakat Islam seperti urusan zakat, Baitulmal, dakwah, pendidikan,pengurusan masjid dan sebagainya mengikut kuasa bagi setiap negeri berkenaan di Malaysia. Pada masa kini semua Mahkamah Syariah telah terpisah pentadbiranya dengan Jabatan Agama Islam.Mahkamah Syariah telah ditukar identitinya menjadi Jabatan Kehakiman Syariah Negeri.
Kebanyakan negeri menjadikan Majlis Mesyuarat Dewan Undangan Negeri sebagai institusi yang tertinggi(pembuat dasar) dan diikuti Majlis Agama & Istiadat,Jabatan Mufti,Jabatan Kehakiman Syariah dan Jabatan Agama Islam. Bidang kuasa Mahkamah Syariah terhad kepada kuasa tempatan sahaja. Mahkamah Syariah menguruskan permohonan pendaftaran kes-kes syariah seperti mal, jenayah, dan faraid. Mahkamah Syariah membicarakan kes sivil dan jenayah yang melibatkan orang beragama Islam sahaja. Mengendalikan kes-kes rayuan mal dan jenayah serta mengeluarkan sijil faraid.
Bidang kuasa Mahkamah Syariah adalah sebagaimana yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Malaysia. Pindaan Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan pada 1988 memberi Mahkamah Syariah bidang kuasa berasingan daripada mahkamah sivil, menjadikan Mahkamah Syariah bebas daripada campur tangan mahkamah biasa dan dianggap setaraf. Kuasa Mahkamah Syariah adalah di bawah enakman negeri.
Kriteria Hakim
Mestilah seorang warganegara Malaysia. Mempunyai pengetahuan luas tentang hukum syarak dan berkelulusan undang-undang Islam. Berpengalaman memegang jawatan selama 10 tahun sebagai Hakim Mahkamah Tinggi Syariah atau Kadi Pendakwa Mahkamah Syariah atau Pendakwa Syariah sesuatu negeri.
Fungsi Mahkamah Rayuan Syariah ialah mendengar rayuan yang dibuat oleh sesuatu pihak yang tidak puas hati dengan keputusan Mahkamah Tinggi Syariah. Mahkamah Rayuan Syariah diperuntukkan di bawah Seksyen 52 (1) (2) dan Akta Pentadbiran Undang-undang Islam 1993 (Akta 505). Keputusan rayuan bergantung kepada pendapat majoriti anggota Mahkamah Rayuan Syariah.
Menerima rayuan responden yang dihukum penjara atau denda tidak kurang RM25.00 dan telah membuat rayuan mengikut prosedur yang telah ditetapkan Setiap rayuan akan didengar sekurangkurangnya oleh tiga orang panel(hakim) rayuan daripada Panel(hakim) Rayuan Syariah yang dilantik dan ditaulaiha oleh KDYMM Sultan*(Ketua Hakim adalah Pengerusi Panel Rayuan Syariah)Keputusan mahkamah adalah muktamad dan sah.
c) mendengar dan membuat prosiding orang Islam seperti: i. Perkahwinan, rujuk, penceraian, nusyuz, fasakh (pembubaran perkahwinan, faraq (pemisahan kehakiman) dan masalah suami isteri, wakaf, baitulmal dan zakat; ii. Penganiayaan ajaran sesat, khalwat, zina, tidak berpuasa, judi dan minuman keras; iii. Kes yang berkaitan pelupusan atau tuntutan kepada harta yang berbangkit;
iv. Kes berkaitan nafkah orang tanggungan, kesahtarafan atau penjagaan atau jagaan (hadhanak) budak-budak; v. Pembahagian atau tuntutan kepada harta sepencarian; vi. Wakaf atau nazr; vii. Menentukan orang-orang yang berhak kepada bahagian harta pusaka si mati yang beragama Islam.
3. Golongan perkhidmatan awam atau bidang yang berkaitan guaman boleh dilantik untuk mengendalikan kes. 4. Anggota hakim Mahkamah Rendah Syariah dilantik oleh sultan atas nasihat Ketua Hakim Syariah.
d) Mendengar dan memutuskan semua tindakan dan prosiding, Mahkamah Tinggi Syariah diberi kuasa untuk mendengar dan memutuskannya dalam kes mal, dengan jumlah atau nilai perkara yang dipertikaikan itu tidak melebihi RM50 000 atau yang tidak dapat dianggarkan dengan wang; e) Mendakwa kes oleh pendakwa agama; f) Kuasa mal Mahkamah Rendah Syariah diwartakan dari semasa ke semasa.
Bi l. 1 Johor
Negeri
Rujukan 5/1990
Enakmen Undang-undang 2 Negeri Sembilan 7/1983 Keluarga Islam Negeri Sembilan Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Pahang Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Perak Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Perlis
3 Pahang
3/2005
4 Perak
13/1991
5 Perlis
4/1992
Enakmen Undang-undang Pulau Pinang Keluarga Islam Pulau Pinang Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Selangor
2/1985
Selangor
4/1984
Terengganu
12/1985
Kedah
1/1984
10 Kelantan
11 Melaka
8/1983
12 Sabah
15/1992
13 Sarawak
5/1991
14 W. Persekutuan