Pengurusan Strategik
Pengurusan Strategik
Pengurusan Strategik
semasa pemerintahan British lagi. Pihak British telah membawa teknologi seperti telegraf dan kabel telefon bagi memudahkan urusan pentadbiran mereka. Namun begitu perkhidmatan telekomunikasi amat terhad dan dapat digunakan di kawasan bandar sahaja. Di Malaysia, industri telekomunikasi boleh dikatakan berkembang agak pesat. Jika kita lihat dalam industri telekomunikasi di Malaysia hanya terdapat tiga buah syarikat telekomunikasi yang membekalkan perkhidmatan telekomunikasi kepada pengguna buat masa ini. Maksudnya, hanya tiga buah syarikat yang bersaing dalam industri telekomunikasi, tiga syarikat tersebut ialah, Telekom Malaysia Sdn. Bhd, Maxis Communications Bhd, dan Digi Telecommunications. Persaingan dalam industri
telekomunikasi di Malaysia pada mulanya boleh dianggap monopoli, kerana pada mulanya, hanya Telekom Malaysia Sdn. Bhd. merupakan syarikat terawal yang ditubuhkan oleh kerajaan dan merupakan syarikat pertama yang terlibat dalam aktiviti membekalkan perkhidmatan telekomunikasi kepada pengguna pada masa itu. Produk utama ialah perkhidmatan talian tetap. Walau bagaimanapun selepas tahun 1990, telah muncul beberapa syarikat telekomunikasi yang cuba memecahkan monopoli Telekom Malaysia Sdn. Bhd. Antaranya Maxis, Hotlink, Digi, Mobikom dan lain-lain lagi. Ditambah pula dengan perkembangan teknologi pada masa itu seperti penciptaan telefon mudah alih yang telah mencetuskan penggunaan kad pra bayar. Walau bagaimanapun semua syarikat yang terdapat dalam industri telekomunikasi pada masa itu telah bergabung dan telah diambil alih oleh syarikat besar. Ini bagi mengelakkan wujudnya persaingan yang sengit di antara semua syarikat pada masa itu. Maka lahirlah syarikat seperti Telekom Malaysia (TM) Sdn. Bhd, Maxis communications Berhad dan Digi Telecommuications.
merupakan pembekal
tunggal bagi perkhidmatan panggilan talian tetap di seluruh Malaysia. Perkembangan yang pesat pada hari ini telah menyebabkan industri telekomunikasi di Malaysia telah berubah hari demi hari. Sudah tentu matlamat utama setiap syarikat adalah untuk memaksimumkan untung dan memastikan bahawa kos pengeluaran sentiasa rendah dan dapat
diminimumkan. Sebagai sebuah syarikat yang membekalkan perkhidmatan telekomunikasi yang utama di Malaysia, Syarikat telekomunikasi Maxis Communications Bhd. telah dipilih untuk di analisis mengenai keamatan persaingan antara syarikat telekomunikasi yang wujud dalam industri telekomunikasi di Malaysia. Ini bertujuan untuk mengetahui sejauh manakah kelebihan dan kekurangan bagi Maxis Communications jika dibandingkan dengan syarikat telekomunikasi yang lain.
Latar Belakang Syarikat Maxis Communications Berhad Maxis Communications Berhad dan anak-anak syarikatnya adalah penyedia perkhidmatan telekomunikasi yang menawarkan rangkaian perkhidmatan mudah alih, untuk peringkat tempatan dan antarabangsa di Malaysia. Perkhidmatan mudah alih Maxis ditawarkan di bawah jenama maxis untuk perkhidmatan pasca bayar dan Hotlink bagi perkhidmatan prabayar. Perkhidmatan rangkaian talian tetap Maxis menawarkan
perkhidmatan suara dan data, termasuk jalur lebar, internet dan perkhidmatan khusus lain seperti perkhidmatan VSAT kepada pasaran perniagaan perusahaan. Rangkaian
antarabangsa Maxis menyokong keperluan perkhidmatan talian mudah alih dan talian tetap bagi perhubungan antarabangsa serta menyediakan perkhidmatan borong kepada pembekal perkhidmatan lain. Sebagai sebuah organisasi yang semakin maju, Kumpulan Maxis telah berjaya mencatatkan rekod pencapaian cemerlang sejak memulakan operasinya secara komersial pada tahun 1995.
Dalam jangka masa beberapa tahun sahaja, Maxis yang ditubuhkan sejak tahun 1995 lagi telah menempa nama sebagai salah sebuah syarikat yang paling berjaya dan paling pesat berkembang dalam negara, serta menjadi jenama terkemuka dalam rangkaian komunikasi mudah alih. Sambil melangkah ke hadapan, Maxis tidak pernah lupa bahawa Maxis berada dalam bidang perniagaan untuk mencipta nilai dan peluang kepada masyarakat. Selaras dengan visi Maxis iaitu Untuk menjadi kumpulan komunikasi pilihan utama dan cemerlang, Maxis telah menawarkan pelbagai bentuk perkhidmatan komunikasi kepada lebih 7 juta pelanggannya di seluruh Malaysia. Dalam pada itu, Maxis yang telah disenaraikan di Bursa Malaysia pada tahun 2002 juga turut menjadi pelopor dan peneraju beberapa perkhidmatan yang telah diperkenalkan. Contohnya seperti Pelan SMS ( Sistem Pesanan Ringkas ) dan Pelan Panggilan yang memudahkan pelanggannya menikmati kadar SMS dan kadar panggilan yang rendah. Selain itu, perkhidmatan 3G yang kali pertama diperkenalkan oleh Maxis turut diikuti oleh beberapa syarikat telekomunikasi lain di Malaysia seperti Celcom dan Digi. Dalam pada itu, tahun 2002 mula menunjukkan kematangan dan kemajuan dalam usaha Maxis mencipta setiap kejayaan demi kejayaan. Pada tahun ini, Maxis telah meningkatkan pelanggannya sebanyak 100 peratus, memeterai perjanjian Jual Beli bersyarat untuk mengambilalih seluruh kepentingan ekuiti TIME dotCom Berhad ("TdC") dalam TIMECel dengan bayaran tunai berjumlah RM1,325 juta, dan pelbagai lagi pencapaian yang dikecapi pada tahun tersebut. Kebijaksanaan dan kesungguhan dalam menjadi sebuah syarikat yang mampu menguasai seluruh pasaran Malaysia jelas dapat dilihat melalui usaha berterusan Maxis yang ingin sentiasa mencari perkhidmatan perkhidmatan terbaru untuk kebaikan dan kelebihan pelanggannya.
DIGI TELECOMMUNICATIONS
Bagi Maxis Communications Bhd. pesaing utama ialah, Telekom Malaysia Sdn. Bhd. dan Digi telecomunications. Jika kita lihat ia nya lebih kepada pasaran persaingan sempurna di mana dalam satu industri terdapat lebih dari satu firma yang menawarkan satu barang dan perkhidmatan yang hampir sama kepada pengguna. Perkhidmatan yang ditawarkan ialah telekomunikasi (perkhidmatan telefon). Bagi memudahkan analisis keamatan persaingan dibuat, jadual ciri-ciri produk matriks (product features matrixs) telah dilampirkan bersama. Berikut ialah jadual ciriciri produk matrix bagi tiga buah syarikat telekomunikasi di Malaysia iaitu Telekom Malaysia Sdn, Bhd, Maxis Communications Berhad. Dan Digi
Telecommunications.
Jadual Ciri-Ciri Produk Matriks (Product Features Matrixs) Syarikat Produk Talian tetap Tempatan / Antarabangsa GPRS Pra bayar Telefon awam 3G Internet (broad band) Telekom Malaysia Sdn. Bhd Maxis Communication bhd Digi Telecomunications -
Tujuan jadual ciriciri produk matriks (product features matrixs) ini ialah bagi menerangkan kelebihan dan kekurangan sesebuah syarikat dan membuat perbandingan antara syarikat yang wujud dalam sesebuah industri. Ia nya lebih kepada membandingkan produk dan perkhidmatan yang ditawarkan kepada pengguna. Ia nya juga bertujuan untuk menilai setiap pesaing yang wujud dalam industri ini. Berdasarkan jadual di atas, penilaian yang dapat dibuat ialah, persaingan nampaknya dikuasai oleh syarikat Telekom Malaysia Sdn. Bhd. Keseluruhannya, syarikat tersebut nampaknya menguasai semua jenis perkhidmatan yang wujud dalam industri telekomunikasi. Ini kerana syarikat ini telah lama bertapak di dalam industri telekomunikasi di Malaysia sejak 20 tahun yang dulu lagi. Tambahan pula Telekom Malaysia mempunyai imej jenama (brand image) yang tersendiri. Apabila nama Telekom Malaysia disebut orang ramai akan ingat dan membayangkan bahawa Telekom Malaysia, sebagai pembekal perkhidmatan talian tetap. Di samping itu juga syarikat ini merupakan pembekal tunggal bagi perkhidmatan panggilan talian tetap (telefon tetap). Walau bagaimanapun syarikat ini juga menawarkan perkhidmatan prabayar(panggilan mudah alih) melalui anak syarikatnya CELCOM (013, 019 dan 014) dan perkhidmatan internet (broad band) melalui anak syarikatnya TM net.
Perkhidmatan internet yang ditawarkan terbahagi kepada beberapa cara antaranya ialah kabel modem, wireless(internet tanpa wayar) dan Hotspot serta perkhidmatan GPRS melalui telefon mudah alih
Manakala bagi syarikat telekomunikasi Maxis Communications Bhd. penilaian yang boleh dibuat ialah syarikat ini mempunyai keamatan persaingannya yang tersendiri. Maxis Communications boleh dianggap sebagai pesaing yang hampir kepada Telekom Malaysia Sdn. Bhd. dan ia nya lebih dikenali oleh pengguna sebagai kad pra bayar. Imej jenama (brand image) yang cuba dibina oleh Maxis Communications Bhd ialah, apabila namanya disebut orang ramai akan lebih cenderung kepada mengingati perkhidmatan prabayar. Buat masa ini Maxis Communication hanya memberikan beberapa perkhidmatan seperti perkhidmatan panggilan mudah alih iaitu, prabayar (017), perkhidmatan 3G, dan perkhidmatan GPRS melalui telefon mudah alih dan juga panggilan tempatan dan antarabangsa. Manakala bagi sayrikat Digi Telecommunications, kelebihan yang dimiliki oleh syarikat ini amatlah sedikit. Syarikat ini hanya menawarkan perkhidmatan prabayar dan GPRS sahaja. Walau bagaimanapun syarikat ini masih lagi baru bertapak dalam industri telekomunikasi di Malaysia, jika dibandingkan dengan syarikat yang lain. Daripada jadual ciriciri produk matriks di atas, keamatan persaingan dalam industri telekomunikasi di Malaysia buat masa kini lebih cenderung kepada syarikat Telekom Malaysia Sdn. Bhd. Syarikat ini nampaknya hampir menguasai separuh daripada industri dan pasaran
telekomunikasi di Malaysia. Ini disebabkan oleh produk dan perkhidmatan yang ditawarkan dan jangka masa kewujudan syarikat ini dalam industri telekomunikasi di Malaysia yang agak lama menyebabkan syarikat ini dapat menguasai hampir keseluruhan industri. Muncul sebagai pembekal perkhidmatan internet dan talian tetap yang tunggal, telah menyebabkan syarikat ini mendapat untung yang agak besar. Manakala asas persaingan bagi kesemua syarikat tersebut ialah, lebih kepada produk dan perkhidmatan yang ditawarkan serta berasakan harga. Jika kita lihat kesemua syarikat dalam industri telekomunikasi di Malaysia, ratarata mengeluarkan produk dan perkhidmatan yang hampir sama, iaitu perkhidmatan komunikasi kepada pengguna di Malaysia.
Tetapi setiap syarikat mempunyai kelebihan dan kekurangan mereka yang tersendiri. Produk dan perkhidmatan yang ditawarkan ialah seperti yang dinyatakan dalam jadual ciri ciri produk matriks (product features matrixs). Berdasarkan maklumat dari jadual di atas persaingan nampaknya lebih dikuasai oleh syarikat Telekom Malaysia Sdn. Bhd, kerana syarikat ini menawarkan lebih banyak barang dan perkhidmatan berbanding syarikat telekomunikasi yang lain. Walau bagaimanapun persaingan dari segi harga juga menjadi asas persaingan dalam industri telekomunikasi di Malaysia. Setiap syarikat mengenakan caj perkhidmatan yang berpatutan kepada pengguna mereka. Caj
perkhidmatan yang dikenakan merupakan asas kepada persaingan bagi setiap syarikat. Berikut ialah anggaran dan contoh caj perkhidmatan yang dikenakan kepada pengguna.
*semua nilai berdasarkan nilai semasa dan anggaran serta tidak termasuk pelan yang ditawarkan
Berdasarkan telekomunikasi
nilai
caj
perkhidmatan
yang
dikenakan
ratarata
semua
syarikat
mengenakan caj yang hampir sama. Ini bertujuan untuk menarik minat
pengguna kerana pengguna lebih cenderung kepada harga yang murah dan berpatutan serta mutu perkhidmatan yang memuaskan kepada mereka. Kesimpulannya, semua syarikat telekomunikasi tersebut mesti bijak menentukan harga. Di samping itu mereka juga perlu memberi perkhidmatan yang berkualiti kepada para pengguna supaya pengguna setia menggunakan produk dan perkhidmatan mereka.
Ancaman Kemasukan (Pesaing Baru) Ancaman kemasukan ini boleh ditafsirkan sebagai kemasukan syarikat baru ke dalam sesuatu industri dan pasaran. Sebagai contoh, industri telekomunikasi di Malaysia, kemasukan syarikat baru ke dalam industri amatlah ketat, ini kerana disebabkan oleh beberapa peraturan dan dasar kerajaan yang menghalang kemasukan syarikat baru. Industri telekomunikasi di Malaysia pada mulanya agak monopoli tetapi sekarang lebih kepada pasaran persaingan sempurna. Jika ada kemasukan pesaing baru ke dalam industri ini, maka ia nya boleh membawa beberapa ancaman kepada syarikat yang sedia ada. Terutamanya, kepada syarikat Maxis Communications. Antara ancaman yang diberikan kepada Maxis Communication ialah, bakal mengurangkan untung yang dinikmati selama ini. Ini berlaku kerana pada mulanya dalam industri ini hanya tiga buah syarikat yang bersaing iaitu Maxis Communications, Digi Telecommunications, dan Telekom Malaysia Sdn. Bhd, tetapi jika ada sebuah syarikat baru yang memasuki industri ini, ia nya akan menyebabkan untung yang dinikmati akan berkurangan dan akan mengurangkan pengguna tetap Maxis. Sebagai contoh dalam industri ini pada dahulunya Maxis Communications mungkin menikmati untung sebanyak 30%, dalam industri ini, tetapi ia akan berkurangan kepada 25% jika ada kemasukan pesaing baru. Antara ancaman yang bakal dihadapi oleh Maxis Communications ialah, akan meningkatnya persaingan, maksudnya persaingan akan menjadi lebih sengit. Persaingan ini melibatkan dari segi harga, produk dan perkhidmatan yang dikeluarkan, kualiti dan lain-lain lagi. Pesaing baru mungkin mempunyai teknologi yang lebih canggih berbanding Maxis Communications dan dapat mengeluarkan output pada kos yang minimum dan rendah daripada Maxis Communications. Selain itu juga kemungkinan Maxis Communications juga berkemungkinan akan kehilangan pengguna yang sedia ada. Ini mungkin berlaku jika pesaing baru menawarkan
produk dan perkhidmatan yang lebih berkualiti para pengguna mungkin akan bertukar dan cenderung menggunakan produk yang baru.
Strategi Bagi Mengatasi Kemasukan Pesaing Baru Antara strategi yang boleh di jalankan oleh Maxis Communications ialah, menurunkan harga semurah yang mungkin bagi membolehkan pengguna terus membeli produk dan perkhidmatan mereka. Bagi pesaing baru jika Maxis Communications berbuat demikian pasti mereka tidak dapat bertahan lama, ini kerana jika pesaing baru turut sama mengenakan harga yang rendah, pasti mereka tidak dapat menikmati untung dan terpaksa keluar dari industri. Ini kerana, jika tidak dapat menikmati untung, ia nya agak sulit bagi pesaing baru untuk meneruskan perniagaan mereka kerana tidak mampu menampung dan membiayai modal semasa di awal permulaan perniagaan mereka. Selain itu juga Maxis Communications Bhd. boleh menjalankan strategi pembezaan produk (product
differentiation) dengan pesaing baru supaya wujud perbezaan antara produk mereka dengan pesaing. Ini juga untuk memastikan pengguna dapat membezakan produk yang sedia ada dan produk baru yang dikeluarkan oleh pesaing baru. Di samping itu juga ia nya dapat mengurangkan persaingan.Selain itu juga Maxis Communications perlu membuat promosi besar-besaran ke seluruh negara. Sebagai contoh membuka lebih banyak cawangan dan liputan di setiap negeri di Malaysia. Menggunakan artis sebagai duta produk. Selai itu, Maxis Communcations perlu memberi perkhidmatan yang berkualiti dan bermutu tinggi kepada pengguna bagi memastikan pengguna setia menggunakan produk mereka. Di samping itu juga penyelidikan pemasaran serta R&D perlu dijalankan bagi memastikan perkhidmatan dapat dibaiki dan produk serta perkhidmatan baru dapat dicipta sebagai contoh Maxis 3G. Menggunakan teknologi yang lebih canggih dari pesaing dan dapat meminimumkan kos pengeluaran, dan yang paling penting perlu menjaga hubungan baik dengan pelanggan
dan pembekal. Maxis Communications perlu menjaga hubungan baik dan bijak berurusan dengan pembekal, kerana pembekal merupakan pihak yang penting. Semua strategi tersebut perlu dijalankan oleh Maxis Communications supaya dapat menghalang
Pembekal Pembekal merupakan individu yang penting bagi memastikan kelicinan perniagaan bagi sesebuah firma yang menjalankan perniagaan di dalam sesuatu industri atau pasaran. Pembekal di sini membawa maksud pembekal dari segi kewangan (institusi kewangan), konsultan, pembekal peralatan (bahan mentah) dan lain-lain lagi. Bagi Maxis
Communication Bhd, pembekal utama ialah pembekal kewangan dan pembekal alat telekomunikasi. Walau bagaimanapun pihak Maxis Communications Bhd mungkin kerap berurusan dengan pihak pembekal kewangan pada awal perniagaan dan pasti kerap berurusan dengan pembekal alat telekomunikasi. Alat telekomunikasi di sini membawa maksud peralatan yang digunakan untuk memberi perkhidmatan telekomunikasi seperti Kad SIM, pencawang telefon, kemudahan satelit, gelombang radio dan kemudahan yang lain lagi.
Pembekal Kewangan Pembekal kewangan di sini membawa maksud pemiutang (creditors) iaitu institusi kewangan yang memberi pinjaman modal permulaan kepada Maxis Communications Bhd bagi memudah mereka memulakan dan menjalankan perniagaan. Ini berlaku semasa di awal permulaan perniagaan, kerana disebabkan oleh kekurangan modal untuk memulakan perniagaan. Selalunya pembekal kewangan kepada mereka ialah bank dan institusi kewangan. Institusi kewangan yang terlibat ialah dari luar negara serta dalam negara dan selalunya melibatkan bank saudagar yang memberi pinjaman besar-besaran.
10
Pembekal Alat Telekomunikasi Pihak yang membekalkan alat telekomunikasi ini merupakan individu yang penting kerana tanpa mereka, Maxis Communications tidak dapat memberikan perkhidmatan
kepada pengguna. Sebagai contoh jika tiada pihak yang membekal alat telekomunikasi seperti pencawang yang memancar gelombang radio sudah tentu tiadanya liputan Maxis. Selain itu juga kemudahan satelit dibekalkan oleh pihak MEASAT yang mengawal satelit negara. Pembekal yang lain seperti Kad SIM merupakan individu yang penting, kerana pada masa kini telefon mudah alih menggunakan perkhidmatan pra-bayar dan ia nya memerlukan kad sim. Oleh yang demikian, Maxis Communications Bhd, perlulah bijak berurusan
dengan semua pembekal dan perlu menjalinkan hubungan yang erat antara pembekal.
Kuasa Pembekal Pembekal menjadi individu yang terpenting kepada sesebuah firma kerana pembekal, membekalkan, sumber yang diperlukan oleh firma untuk menghasilkan output. Sumber-sumber termasuklah, bahan mentah, modal, buruh, maklumat dan lainlain lagi. Tanpa sumbersumber tersebut, ia nya mustahil bagi sesebuah firma untuk menghasilkan output. Antara kuasa pembekal ialah, pembekal boleh menaikkan harga bagi sumber yang dibekalkan kepada Maxis Communications Bhd atau membekalkan sumber (input) yang tidak berkualiti. Jika ini berlaku, kemungkinan Maxis Communications Bhd tidak dapat menikmati untung yang besar. Kuasa pembekal akan bertambah kuat jika barang yang dibekalkan kepada Maxis Communications merupakan sumber yang terhad. Selain itu juga, pembekal juga mempunyai kuasa untuk menentukan harga barang mentah dan boleh mendorong serta mempengaruhi kos pengeluaran bagi pihak Maxis Communications Bhd. Pembekal boleh menamatkan urusan dengan pihak Maxis Communication Bhd, jika mereka tidak berpuas hati dengan harga input yang dijual. Jika barang yang dibekalkan itu merupakan daripada sumber yang terhad, maka kuasa
11
pembekal akan bertambah kuat. Pembekal juga boleh memberi kesan kepada pengeluaran output, kualiti produk, dan tahap inventori kepada Maxis Communications Bhd. Kesimpulannya, hubungan yang baik perlu dijalin bagi memastikan keduadua pihak dapat menikmati untung yang sama. Maxis Communications Bhd, perlu pandai dan bijak berurusan dengan semua pembekal mereka, kerana tanpa pembekal tersebut, perniagaan tidak dapat dijalankan.
Pembeli Pembeli atau pengguna merupakan individu yang membeli dan menggunakan sesuatu produk dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh sesebuah firma dalam sesebuah industri. Produk utama yang dijual oleh syarikat ini ialah kad tambah nilai pra-bayar dan Kad SIM. Bagi Maxis Communications Bhd. tanpa pembeli, maka mereka tidak akan mendapat untung. Salah satu polisi syarikat ini ialah mengutamakan pembeli (pelanggan). Bagi Maxis Communications Bhd, terdapat dua jenis pembeli utama iaitu, pembeli pukal(pengedar) dan pembeli akhir. Gambar rajah pengguna akhir bagi produk di bawah menunjukkan saluran pengedaran hingga ke dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh Maxis
Communications Bhd. produk yang dimaksudkan bagi gambar rajah di bawah ialah Kad SIM dan kad tambah nilai (pra bayar) Hotlink 017.
12
Orang tengah (pengedar) - Ejen Maxis jual kepada peruncit/pekedai. - Cawangan Maxis
Pengguna akhir
Kuasa Pembeli Seperti mana pembekal, pembeli juga mempunyai kuasa mereka yang tersendiri dan boleh mempengaruhi keuntungan sesebuah firma. Orang tengah atau pemborong berkuasa untuk mempengaruhi harga pasaran, mereka boleh membeli dengan harga yang rendah dan menjual dengan harga yang tinggi kepada pembeli akhir. Selain itu pembeli tengah dan pembeli akhir mempunyai kuasa untuk meminta harga yang rendah, berkualiti tinggi dan perkhidmatan yang lebih baik supaya setimpal dengan harga yang dibayar. Mempunyai kuasa untuk berunding dengan Maxis Communications Bhd seperti meminta harga yang rendah pada kualiti yang tinggi. Pendapatan juga merupakan salah satu kuasa pembeli jika pendapatan mereka tinggi maka mereka akan cenderung untuk berbelanja lebih dan sebaliknya. Selain itu, tahap pengetahuan pembeli juga merupakan salah satu kuasa, di mana mereka akan lebih cerewet atau memilih, untuk membeli atau menggunakan sesuatu produk dan perkhidmatan. .
13
Produk Atau Perkhidmatan Gantian Perkembangan teknologi dan kecekapan ekonomi merupakan salah satu daripada faktor yang menyumbang kepada terciptanya produk gantian yang akan menggantikan produk atau perkhidmatan yang sedia ada di pasaran. Ia nya juga boleh menyebabkan produk yang sedia ada tidak berguna lagi ataupun kurang digunakan oleh pengguna. Perkembangan teknologi yang pesat dalam industri telekomunikasi telah menyebabkan munculnya produk dan perkhidmatan yang baru serta canggih dan bakal menjadi pengganti kepada produk ataupun perkhidmatan yang sedia ada di pasaran. Antara perkembangan teknologi yang terkini dalam industri telekomunikasi ialah teknologi 3G. Bagi Maxis Communications Bhd. mereka harus peka terhadap perkembangan yang berlaku dalam industri telekomunikasi. Berikut ialah produk dan perkhidmatan gantian yang telah dan bakal wujud dalam industri telekomunikasi. Produk dan perkhidmatan tersebut boleh digunakan sebagai gantian terdekat bagi output syarikat.
Produk Dan Perkhidmatan Dalam Industri Telekomunikasi Produk dan perkhidmatan sedia ada Talian tetap Panggilan S.M.S. Sidang video GPRS (WAP) Pesanan suara Produk dan perkhidmatan gantian. Telefon mudah alih (pra bayar) Perkhidmatan Faks M.M.S. / emel (GPRS) 3G video Jalur lebar (broadband) Pesanan video 3G
Produk dan perkhidmatan gantian tersebut tercipta hasil daripada perkembangan teknologi yang canggih pada masa kini. Produk atau perkhidmatan gantian tersebut boleh menyingkirkan produk atau perkhidmatan yang sedia ada di dalam pasaran. Ia nya juga boleh memberi nilai relatif kepada pengguna. Justeru itu Maxis Communications Bhd, perlu mengambil peluang keemasan ini, kerana ia nya dapat memberi untung yang lumayan.
14
Sebagai contoh selepas kemerdekaan Malaysia, perkhidmatan telekomunikasi yang terdapat pada masa itu ialah, telefon talian tetap, kemudian terciptanya produk pengganti iaitu, talian mudah alih pada awal tahun 1995 dan seterusnya, talian mudah alih menguasai hampir kemudahan telekomunikasi di Malaysia. Ini menunjukkan ia nya memberi nilai relatif kepada pengguna kerana kos pengeluarannya lebih rendah dan efisien jika dibandingkan dengan talian tetap serta memudahkan pengguna untuk bergerak. Di samping itu juga jika dahulu orang ramai hanya boleh membuat panggilan, tetapi teknologi telah mencipta produk pengganti yang baru iaitu, S.M.S. begitu juga dengan perkhidmatan 3G yang bakal menggantikan sidang video. Kos input bagi semua produk pengganti tersebut boleh dianggap sebagai minimum dan efisien dan tidak memakan kos yang tinggi. Produk dan perkhidmatan pengganti tersebut mempunyai prestasi yang bagus kerana ia nya dapat menyelesaikan masalah pengguna seperti, memudahkan pengguna berinteraksi, mobiliti tidak terhad dan memudahkan menjalankan urusan harian sebagai contoh perkhidmatan video 3G, pengguna dapat berinteraksi sesama mereka dan dapat melihat wajah pengguna kerana menggunakan teknologi video streaming. Justeru itu Maxis Communications Bhd perlu peka dan mesti merebut peluang ini.
15
Bibliografi Bateman and Snell, Management : The New Competitive landscape, sixth edition, Mc.Graw Hill International Edition, 2005 Philip Kotler, Gary Armstrong, Swee Hoon Ang, Siew Meng Leong, Chin Tiong Tan and David K. Tse, Principles of Marketing an Asian perspective, Pearson Prentice Hall, 2005 Lehman and Winer, Product Management Fourth Edition, Mc. Graw Hill International Edition, 2004 Harold Koontz & Heinz Weihrich, Terjemahan : Mohd Salmi Mohd Sohod dan Siti Nadzrah Sheikh Omar, Pengurusan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 2001 Mohammad nizam Hanafiah, Pengurusan Strategik : Kes dan Konsep, Pearson Prentice Hall, Kuala Lumpur, 2005 Maxis annual report year 2002, 2003 and 2004 Telekom Malaysia Sdn. Bhd. annual report year 2002, 2003, and 2004.
16