Koleksi Modul Latihan Dalam Kumpulan
Koleksi Modul Latihan Dalam Kumpulan
Koleksi Modul Latihan Dalam Kumpulan
MODUL 1 ICE- BREAKING MASA : 30 minit ALATAN : kon, wisel, tali rafia, kertas A4, belon PROSEDUR : 1. Peserta berkumpul dalam kumpulan besar. 2. Ketua fasilitator memberi arahan pergerakan fizikal (tangan dan kaki) secara lisan dan isyarat. 3. Peserta diminta melakukan pergerakan mengikut arahan fasilitator. 4. Aktiviti ini dilakukan secara berulang dan terkawal. FALSAFAH : 1. Sedar akan kewujudan diri. 2. Sedar tentang kesempurnaan fizikal dan bersyukur di atas anugerah Tuhan. 3. Badan sihat otak cergas. 4. Peka kepada arahan. MODUL 2 WAJA DALAM DIRI MASA : 15 minit ALATAN : 1. Pemain kaset atau CD2. Senikata lagu PROSEDUR : 1. Ketua fasilitator meminta peserta-peserta bersedia dengan senikata lagu yang telah dibekalkan. 2. Fasilitator membimbing peserta menyanyi bersama-sama diiringi muzik minus one. 3. Peserta diminta menghayati senikata lagu yang dinyanyikan. FALSAFAH : 1. Insaf tentang kesilapan lalu. 2. Menghargai pengorbanan ibu bapa. 3.Tuhan tidak akan mengubah nasib seseorang, jika dia sendiri tidak berusaha mengubahnya.
MODUL 3 WARISKU MASA : 15 minit ALATAN : Kad gambar buah-buahan (durian, rambutan, pisang, kelapa) PROSEDUR : 1. Peserta diminta berkumpul dalam kumpulan berdasarkan kad gambar buah masing-masing. 2. Peserta diminta berkumpul dalam kumpulan berdasarkan abjad pangkal nama masing-masing. 3. Sekali lagi peserta diminta berkumpul mengikut bulan kelahiran masing-masing. 4. Seterusnya peserta diminta berkumpul semula berdasarkan kod yang diberikan pada kad nama masing-masing. 5. Ketua fasilitator memperkenalkan fasilitator bagi setiap kumpulan. FALSAFAH : 1. Kerjasama dengan lebih mendalam boleh mewujudkan kemesraan dan perasaan saling hormat menghormati di antara satu sama lain. MODUL 4 PERATURAN KUMPULAN MASA : 20 minit ALATAN : Senarai peraturan dalam kumpulan PROSEDUR : 1. Ahli-ahli duduk dalam satu bulatan. 2. Tanya pendapat ahli-ahli mengapa mereka diminta duduk dalam bentuk bulatan. 3. Fasilitator mengedarkan senarai peraturan dalam kumpulan kepada ahli-ahli untuk dibaca, dibincangkan dan ditambah jika difikirkan perlu. FALSAFAH : 1. Manusia mempunyai kebebasan dalam hidup tetapi sebalik kebebasan itu manusia mempunyai banyak peraturan atau disiplin yang perlu dipatuhi. ARAHAN LANJUT : 1. Ahli kumpulan diminta melantik seorang ketua dan penolong. 2.Setiap ahli mestilah diberi peranan/tugas. 3. Namakan kumpulan bertemakan nilai-nilai positif (Contoh ; Arif, Bestari, Bijak, Intelek dan sebagainya) 4. Cipta cogankata kumpulan anda.
PERATURAN KUMPULAN (Contoh) 1. Semua perkara yang dibincangkan di dalam kumpulan adalah menjadi rahsia kumpulan dan tidak boleh dibawa keluar. 2. Semua ahli mendapat giliran untuk mengeluarkan pendapat. 3. Semua ahli mestilah mendengar dengan teliti apabila ahli lain sedang bercakap. 4. Semua ahli mempunyai hak yang sama rata dan adil. 5. Semua ahli mestilah berusaha bekerjasama dan mengambil bahagian tanpa malu-malu. 6. Ahli tidak boleh memperkecilkan atau merendah-rendahkan pendapat yang diberikan oleh rakan. 7. Ahli tidak boleh mencelah ketika rakan bercakap kecuali dengan izin MODUL 5 KAD PINTAR MASA : 20 minit ALATAN : Kad Pintar Waja Diri PROSEDUR : 1. Fasilitator mengedarkan Kad Pintar Waja Diri kepada semua ahli. 2.Peserta diminta mengisi maklumat yang dikehendaki termasuk nama masing-masing. 3.Kemudian ahli dikehendaki mendekati dan berkenalan dengan rakan yang paling banyak persamaan dengan dirinya. 4. 2 - 3 orang ahli secara sukarela menceritakan tentang pasangan masing-masing tanpa merujuk kepada kad tadi. FALSAFAH : 1. Mengenali seseorang dengan lebih mendalam adalah penting untuk berkomunikasi dengan berkesan, 2. Kehadiran orang lain adalah penting dalam hidup kita. MODUL 6 AKTIVITI : SI PUTIH DAN SI HITAM MASA : 40 minit ALATAN : Alat Tulis dan Edaran OBJEKTIF : 1. Supaya ahli kumpulan dapat mengenal pasti sifat positif dan negatif yang terdapat dalam diri masingmasing. 2. Ahli kumpulan dapat memikirkan cara-cara memperkembangkan sifat positifnya. PROSEDUR : 1. Fasilitator mengedarkan inventori positif dan negatif kepada setiap ahli. 2. Fasilitator menerangkan sifat positif dan negatif beserta contoh.
3. Ahli menerangkan sifat positif dan negatif dalam masa 8 minit. 4. Fasilitator memilih beberapa orang ahli secara rawak dan meminta ahli menerangkan 2 sifat positif serta contoh perlakuan atau perkara yang telah dilakukan. 5.Seterusnya fasilitator memilih dan meminta ahli menerangkan 2 sifat negatif serta memberikan cadangan bagaimana menghapuskan sifat-sifat tersebut. 6. Setiap ahli diberikan peluang untuk membantu dan memberikan pendapat serta cadangan kepada ahli lain. FALSAFAH : 1. Setiap individu mempunyai sifat positif dan negatif 2. Sifat positif harus dikekalkan dan diperkembangkan manakala yang negatif harus dihapuskan MODUL 7 AKTIVITI : DI MANA ANDA BERADA MASA : 45 minit ALATAN : Helaian'Di mana anda berada' OBJEKTIF : 1. Melatih peserta membuat keputusan sendiri. 2. Peserta dapat memberi pandangan dan pendapat secara bebas. PROSEDUR : 1. Setiap murid diberi helaian 'Dimana Pendirian Anda'. 3. Fasilitator akan membuat garisan di atas lantai yang dicatat"SANGAT SETUJU" di hadapan sekali dan garisan kedua "BERKECUALI" serta garisan terakhir "TIDAK SETUJU". 4. Peserta akan diberi satu isu dan mereka dikehendaki berdiri di mana-mana di atas garisan tersebut bergantung kepada perasaan mereka mengenai isu tersebut. Sekiranya mereka "BERKECUALI", mereka akan berdiridi tengah-tengah garisan dan sekiranya mereka tidak bersetuju, mereka akan berdiri dikawasan "TIDAK BERSETUJU" di atas garisan tersebut. 5. Pilih peserta dari bahagian yang berbeza di atas garisan dan meminta mereka menerangkan mereka. Peserta juga boleh menukar pendirian mereka. Peserta juga boleh menukar pendirian Setelah mendengar penjelasan daripada peserta yang mempunyai pandangan yang berbeza. FALSAFAH : 1. Bijak dalam membuat keputusan. 2. Tegas dalam membuat keputusan 3.Yakin dengan pendirian sendirI.
MODUL 8 AKTIVITI : CITA-CITA SAYA MASA : 60 minit ALATAN : Alat Tulis, Kertas A4 OBJEKTIF : 1. Pelajar dapat menyenaraikan kaedah-kaedah yang boleh dilakukan untuk mencapai cita-cita mereka. 2. Pelajar dapat melaksanakan kaedah yang yang diberi dengan jayanya. 3. Pelajar mengetahui dan boleh mengatasi masalah serta rintangan di dalam melaksanakan kaedahkaedah ke arah mencapai cita-cita mereka. PROSEDUR : 1.Fasilitator mengedarkan kertas A4 kepada setiap peserta. 2. Fasilitator menerangkan tugasan yang perlu dilakukan oleh peserta. 3. Pelajar menulis dan menyenaraikan kaedah-kaedah ke arah mencapai cita-cita tanpa pengetahuan rakan-rakan. 4. Setelah selesai,secara rawak pelajar membacakan kaedah-kaedah yang ditulis oleh mereka. 5. Fasilitator menyenaraikan semua kaedah-kaedah tersebut di papan tulis. FALSAFAH : 1. Untuk merealisasikan cita-cita terdapat pelbagai kaedah yang boleh diikuti. 2. Apa juga permasalahan yang timbul semasa melaksanakan kaedah tersebut, perbincangan boleh dibuat dengan ibu bapa, guru-guru dan rakan-rakan. 3. Setiap usaha atau kerja perlu dilaksanakan secara terancang, teliti dan sistematik. 4. Kejayaan boleh dicapai melalui usaha-usaha yang betul, berterusan dan bersungguh-sungguh tanpa mengenal erti putus asa. 5. Setiap perancangan mesti dilaksanakan, dinilai, dibaiki dari masa ke semasa untuk mencapai cita-cita MODUL 9 AKTIVITI 2 : KAPAL KARAM MASA : 30 minit ALATAN :Lampiran OBJEKTIF : 1. Supaya peserta dapat bertindak dengan pantas beserta dengan pemikiran yang tajam. 2. Keputusan mestilah dibuat secara tepat dan tidak terburu-buru. PROSEDUR : 1. Fasilitator mengedarkan lampiran kepada peserta. 2. Peserta dikehendaki menyenaraikan 6 orang yang perlu diselamatkan mengikut keutamaan.
3. Setelah itu fasilitator meminta ahli-ahli menyatakan pendapat mereka tentang penyusunan nama tersebut. 4. Peserta-peserta lain diminta memberi pendapat. FALSAFAH : 1. Seseorang itu perlu bijak bertindak. 2. Tenang menghadapi saat-saat genting. 3. Keputusan yang baik hasil pemikiran yang tajam. MODUL 10 AKTIVITI 2 : SILANG DAN MENANG
MASA : 30 minit ALATAN : Wisel, kerusi OBJEKTIF : 1. Mewujudkan kerjasama dalam kumpulan. 2. Meningkat kemesraan dalam ahli kumpulan. PROSEDUR : 1. Sembilan buah kerusi disusun seperti lampiran. 2. Murid dibahagikan kepada dua kumpulan. 3. Apabila wisel ditiup, seorang ahli akan duduk di atas kerusi secara bergilir-gilir. 4. Setiap kumpulan hendaklah seboleh-bolehnya duduk pada kerusi dalam satu garisan lurus untuk mencapai kemenangan. 5. Kemudian setiap kumpulan melantik seorang ketua untuk mengarahkan ahli duduk di atas kerusi. 6. Aktiviti diulang untuk mencari pemenang. FALSAFAH : 1. Kepatuhan kepada ketua atau ibu bapa dan menghasilkan kejayaan. 2.Muafakat membawa berkat. 3. Seseorang mempunyai hak untuk membuat keputusan untuk tidak menggunakan dadah MODUL 11 AKTIVITI 3 : PENJAGA HARTA KARUN MASA : 30 minit ALATAN : Tiada OBJEKTIF : 1. Mewujudkan kerjasama antara ahli kumpulan. 2. Mewujudkankeseronokan semasa aktiviti.
PROSEDUR : 1. Peserta membuat satu bulatan. 2. Seorang peserta berperanan sebagai penjaga harta karun. Manakala seorang lagi berperanan sebagai pencuri. 3. Peserta yang berperanan sebagai pencuri dikeluarkan dari bulatan dan kembali semula untuk mengesan penjaga harta karun tersebut. 4. Peserta yang berperanan sebagai penjaga harta karun hendaklah membuat beberapa gerakan (tepuk tangan) dan diikuti oleh peserta-peserta yang lain. (Gerakan tersebut boleh ditukar kepada beberapa gerakan yang berbeza-beza) 5. Apabila pencuri dapat mengesan peserta yang berperanan sebagai penjaga harta karun maka permainan ini tamat. FALSAFAH : 1. Kerjasama dalam kumpulan bagi menjaga keselamatan dan ketenteraman awam. 2. Menjaga rahsia keluarga/kelompok masyarakat. 3. Berusaha menghindarkan diri dan masyarakat daripada ancaman luar yang berbahaya. MODUL 12 CANTUMAN PERSAUDARAAN MASA: 15 minit OBJEKTIF: 1. merapatkan ukhwah 2. membimbing semangat bekerjasama antara pelajar 3.mendidik erti kesabaran PROSEDUR: Sekeping kertas A4 di tulis kata-kata hikmah ,kemudian kertas itu digunting dan diceraikanSelepas itu kepingan tadi dimasukkan dalam sampul surat dan diberi kepada pelajar untuk dicantumkan semula.Kemudian fasilitator akan menerangkan bahawa apabila kita menyelesaikan sesuatu masalah secara berkumpulan kerja yang dilakukan menjadi lebih mudah dan masa dapat digunakan dengan sebaik-baiknya. MODUL 13 TAJUK : Keluargaku Sahabatku MASA : 30 minit OBJEKTIF : 1. Mengeratkan lagi silaturahim antara kumpulan: 2. Mengenal asal-usul keluarga dan kawan-kawan: 3. Berkongsi masalah pelajar yang mungkin hadir dalam keluarga.
PROSEDUR :Pelajar akan diberi borang yang disediakan. Kemudian pelajar dikehendaki mengisi borang tersebut sehingga siap. Selepas itu lipatkan kertas tersebut menjadi sepucuk surat dan ditulis pada muka depan nama sahabat yang paling disukai dalam kumpulan tersebut. Kemudian fasilitator akan mengambil semua surat tersebut dan menyorokkan di tempatyang dikehendaki tanpa dilihat oleh pelajar.Kemudian pelajar akan disuruh untuk mencari nama masing-masing.untuk pelajar yang mempunyai namanya dia akan bacasurat tersebut dan mengucapkan ribuan terima kasih kerana memilih dia untuk menjadisahabatnya.Bagi yang tidak dapat mencari namanya fasilitator akan menerangkankemungkinan pelajar tersebut mempunyai masalah dalam pergaulan dengan kawan-kawan. LAMPIRAN KELUARGAKU SAHABATKU NAMA:........................................... UMUR:........................... TARIKH LAHIR:............................ CITA-CITA:.................................... NAMA AYAH:................................. NAMA IBU:..................................................... BILANGAN ADIK-BERADIK:.......................... KENANGAN BERSAMA KELUARGA:MANIS . PAHIT.............................................................................................................................................................. ........................................................................................................................................................................ ........................................................................................................................................................................ ....................................................................................................................................................................... IMPIAN UNTUK KELUARGA: ................................................................................................... KENAPA SAYA SAYANG SAHABAT SAYA??
MODUL 14 TAJUK: Nombor berangkai MASA: 3 minit OBJEKTIF: 1.Membina Daya Kreatif Pelajar 2.Menguruskan Masa Dengan Baik PROSEDUR: Pelajar akan diberi masa untuk menyambungkan semua nombor yang telah di tulis dalam masa yang akan ditetapkan. Fasilitator akan melihat sejauh mana kepantasan pelajar dalam menggabungkan nombor yang telah diselerakkan tadi. Akhir sekali fasilitator akan menerangkan apa sebenarnya objektif yang ingin kita capai. LAMPIRAN