Ciri-Ciri Pengetua Cemerlang
Ciri-Ciri Pengetua Cemerlang
Ciri-Ciri Pengetua Cemerlang
Abstrak Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti ciri-ciri Pengetua Cemerlang menurut persepsi ibu bapa, orang awam, guru, serta pelajar. Responden bagi kajian ini adalah seramai 30 orang yang terdiri daripada ibu bapa, orang awam, guru, serta pelajar yang dipilih secara rawak. Instrumen soal selidik dibina berdasarkan pembacaan daripada buku, jurnal, dan kajian-kajian lepas. Data dikumpul dengan menggunakan soal selidik yang mengandungi 20 item. Analisis data dibuat menggunakan perisian Statistic Packages for Social Science (SPSS) versi 22.
Dapatan kajian menunjukkan bahawa Pengetua Cemerlang adalah seorang yang mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi dalam bidang pendidikan dengan skor min 4.83. Manakala min terendah 3.40 dicatatkan oleh ciri Pengetua Cemerlang ialah seorang yang cekap dalam politik. Kesimpulannya, Pengetua Cemerlang harus mempunyai ciri-ciri yang dapat memastikan kelangsungan kecemerlangan sekolah. Kata kunci : pengetua, cemerlang
Pengenalan Bidang pendidikan masa kini memerlukan pemimpin sekolah yang beretika profesional agar dapat bersaing dengan dunia yang penuh mencabar nilai dan etika individu. Perkembangan pendidikan juga banyak memberi tekanan kepada
pemimpin sekolah untuk meningkatkan etika profesional yang teguh, dinamik dan proaktif. Pengetua selaku peneraju sekolah haruslah mempunyai kualiti diri dalam menjana kecemerlangan sekolah. Sistem pendidikan di Malaysia di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia telah mewujudkan jawatan Pengetua Cemerlang atau Pengetua Kanan dalam usaha melahirkan individu pengetua yang berkualiti dan mampu menjadi model kepada para pengetua yang lain. Konsep Pengetua Cemerlang dilaksanakan mulai tahun 1995 berasaskan kemahiran atau kepakaran dan kecemerlangan dalam bidang kepengetuaan. Gred
kenaikan pangkat Pengetua Cemerlang ialah Gred DG52, DG54, dan JUSA C. Pengetua Cemerlang (DG52) dianugerahkan kepada pengetua yang menunjukkan perkhidmatan cemerlang iaitu markah prestasi melebihi 90 peratus selama tiga tahun berturut-turut. Pengetua Cemerlang ini akan dikekalkan sebagai Pengetua di Sekolah Menengah secara Khas Untuk Penyandang (KUP) supaya kemahiran atau kepakaran dapat terus dimanfaatkan walaupun setelah dinaikkan pangkat. Melihat kepada pengistilahan definisi, pengetua didefinisikan sebagai ketua eksekutif dan pada masa yang sama beliau ialah pemimpin utama sesebuah sekolah. Beliau dilantik secara rasmi oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mengetuai sesebuah sekolah dan dipertanggungjawabkan untuk mengurus, mentadbir dan memimpin sekolah (Mohd Nor Jaafar, 2004). Cemerlang pula adalah berkisar tentang satu kiasan berkenaan dengan kejayaan, keputusan peperiksaan dan sebagainya yang sangat baik (Kamus Dewan, 1998). Menurut Lawlor & Sills (1999), Pengetua Cemerlang ialah pengetua yang memiliki beberapa sifat atau kualiti, yang termasuk nilai dan pandangan yang jelas yang boleh dikongsi bersama selain mempunyai perasaan yang kuat terhadap perkembangan dan pencapaian murid. Mereka juga mempunyai kemahiran interpersonal, sanggup mengambil risiko, cekap dalam politik, dan mempunyai ilmu yang luas. Manakala menurut Jemaah Nazir Sekolah 1998 pula, Pengetua Cemerlang ialah seorang pengetua yang proaktif, sedar akan status kedudukannya, amanah, bertanggungjawab, mempunyai kekuatan daya fikir, dapat melihat sesuatu dalam perspektif yang benar dan penuh keyakinan. Sifat ini akan mencetus kuasa dan daya penggerak yang padu dalam diri yang dapat menghidup dan menyuburkan segala potensi yang ada dalam pemimpin dan yang dipimpin. Menurut sumber Kementerian Pelajaran Malaysia, sehingga tahun 2008, terdapat 85 orang Pengetua Kanan daripada 2,040 orang pengetua di Malaysia. Latar Belakang Kajian Konsep kenaikan pangkat Pengetua Cemerlang adalah hasil daripada perluasan pemakaian konsep kenaikan pangkat Guru Cemerlang. Laluan kenaikan pangkat ini adalah berdasarkan kepada kuota yang ditetapkan oleh kerajaan dari semasa ke semasa dan tidak tertakluk kepada kekosongan jawatan. Tujuan utama kerajaan memperkenalkan dasar kenaikan pangkat Pengetua Cemerlang ialah sebagai suatu
insentif kepada Pengetua-Pengetua yang mempunyai kepakaran, berpotensi tinggi dalam pengurusan pendidikan serta telah menunjukkan mutu kepimpinan yang cemerlang untuk terus dikekalkan sebagai Pengetua-pengetua sekolah menengah tanpa hilang kekananan ataupun peluang kenaikan pangkat. Dengan adanya satu kelompok Pengetua Cemerlang yang berfungsi sebagai pakar dan pentadbir sekolah yang berkaliber, adalah dijangkakan mereka dapat dijadikan contoh dan teladan kepada Pengetua-Pengetua dan guru-guru lain untuk terus memberi perkhidmatan yang sebaik mungkin bagi memartabatkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di peringkat sekolah.
Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia 2012, syarat-syarat umum perlantikan Pengetua Cemerlang ialah : i. Mencapai tahap prestasi yang ditetapkan berdasarkan Laporan Nilaian Prestasi (NLPT) tiga tahun terakhir. ii. iii. iv. Bebas daripada tindakan tatatertib. Telah mengisytiharkan harta. Lulus Tapisan Keutuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). v. vi. vii. Bebas daripada senarai Peminjam Tegar Institusi Pinjaman Pendidikan. Diperakukan oleh Ketua Jabatan. Bagi pemangkuan Gred DG54 (KUP), calon telah dinaikkan pangkat ke Gred52 (KUP) atau hakiki sebagai Pengetua. Bagi pemangkuan Gred JUSA C (KUP), calon telah dinaikkan pangkat ke Gred DG54 (KUP) sebagai Pengetua.
Berdasarkan kajian yang dijalankan di Universiti Michigan pada tahun 1978, pemimpin yang berkesan ialah pengetua yang : i. Mempunyai hubungan yang baik dengan subordinat yang sentiasa memberi sokongan kepada ketua ii. Memantau kumpulan bukan individu dalam menyelia dan membuat keputusan iii. Meletakkan matlamat yang tinggi
Menurut Azmi Zakaria (1996) pula, pengetua yang berkesan perlu mempunyai ciri kualiti kepimpinan yang berikut : i. Kemahuan yang tinggi untuk memimpin dan tabah bertindak menghadapi cabaran ii. iii. Pintar dan berinisiatif tinggi Berwawasan dan mempunyai matlamat yang jelas mengenai organisasi dan pengajaran iv. v. vi. Bekerja keras dan menjadi contoh yang baik kepada staf Memberi peluang kepada guru menonjolkan kepimpinan mereka Mengetahui batasan kepimpinan formal dan tidak formal seperti kemahiran interpersonal, ramah & baik hati vii. Proaktif dan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap tugas.
Menurut kajian Kamarul Azmi Jasmi, Ab. Halim Tamuri dan Mohd Izham Mohd Hamzah (2010) ke atas Guru Cemerlang Pendidikan Islam (GCPI), rakan guru, pelajar, dan pengetua di lapan buah sekolah menengah di Malaysia mendapati bahawa kriteria penting pentadbir yang membantu kecemerlangan sekolah ialah pentadbir yang berwawasan, berkebolehan memahami guru lain, berkebolehan merancang aktiviti, adil dalam memberi peluang, adil dalam memberi penghargaan, mempertahankan pelaksanaan program yang dirancang, berani membuat
Secara amnya, ciri-ciri Pengetua Cemerlang meliputi ciri-ciri pengetua berkesan, iaitu sifat-sifat yang ada pada seseorang individu yang dipilih menjadi pemimpin dalam sesebuah organisasi dan pemimpin tersebut berusaha menjadi seorang pemimpin yang berupaya mempengaruhi orang lain. Pemimpin berkenaan hendaklah memiliki satu set sifat-sifat tertentu dan juga tingkah laku yang dianggap oleh orang bawahan sebagai baik serta memberi penekanan kepada organisasi.
Namun, dalam era alaf baru ini, sedikit perbezaan ciri-ciri pengetua berkesan yang perlu disesuaikan mengikut peredaran zaman. Pengetua hendaklah bersifat responsif dan berupaya menyesuaikan diri untuk menghadapi perubahan-perubahan dari semasa ke semasa. Oleh itu, untuk menghadapi cabaran pendidikan alaf baru, pengetua hendaklah mempunyai ciri-ciri yang dihuraikan seperti berikut :
i. Beriltizam, iaitu melibatkan diri secara bersungguh-sungguh dengan penuh tanggungjawab dalam melaksanakan tugas sebagai pemimpin di sekolah. ii. Berorientasikan maklumat, iaitu sentiasa mengejar maklumat baru yang berkaitan dengan pendidikan melalui sebarang media, khasnya Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT). iii. Berwawasan, iaitu berpandangan jauh dan mempunyai visi, terutama berkaitan perkembangan pendidikan, demi menjana kecemerlangan sekolah dalam alaf baru. iv. Berpandangan global, iaitu melihat perspektif pendidikan bukan lagi terhad hanya dalam negara tetapi dilihat secara global. v. Berpandangan positif, iaitu memperlihatkan reformasi dan inovasi
pendidikan serta perubahan kurikulum dalam perspektif yang positif atau yang boleh mendatangkan manfaat kepada diri, pelajar, masyarakat dan negara. vi. Berpengetahuan, fleksibel dan mudah menyesuaikan diri dalam reformasi, inovasi dan perubahan pendidikan. vii. Mahir dalam teknologi pendidikan, khasnya dalam penggunaan komputer untuk pengurusan di sekolah.
Namun dalam proses pemilihan jawatan Pengetua Cemerlang ini, terdapat percanggahan dan perbezaan pendapat yang ketara terhadap kriteria sebenar pemilihan bagi mereka yang betul-betul layak untuk menjawat jawatan tersebut. Syarat-syarat umum yang dikemukakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia hanyalah bersifat luaran manakala ciri-ciri Pengetua Cemerlang yang dikemukakan oleh beberapa orang pengkaji dalam kajian lepas adalah bersifat keperibadian sebenar yang layak bagi seorang Pengetua Cemerlang. Perkara yang menjadi persoalan ialah syarat umum yang ditetapkan oleh KPM tidak selari dan selaras dengan ciri-ciri yang harus ada dalam diri seseorang yang layak menjadi pengetua cemerlang. Adakah pengetua cemerlang perlu memenuhi syarat umum yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, atau Pengetua Cemerlang harus mempunyai ciri-ciri yang berkaitan seperti yang telah dikaji oleh para pengkaji lepas sebagai kelayakan utama?
Tujuan Kajian Kajian ini bertujuan mengenal pasti ciri- ciri Pengetua Cemerlang menurut persepsi ibu bapa, orang awam, pelajar, serta guru. Manakala persoalan kajian pula menyentuh kepada , "Apakah ciri- ciri Pengetua Cemerlang menurut persepsi ibu bapa, orang awam, pelajar, serta guru?
Peta Minda Secara rumusannya, kajian ini menggunakan ciri-ciri pengetua cemerlang yang diketengahkan oleh empat orang pengkaji lepas. Pengkaji yang pertama, Lawlor & Sills, 1999 menyatakan bahawa pengetua cemerlang ialah seorang yang mempunyai nilai dan pandangan yang jelas. Pengetua yang cemerlang mempunyai pandangan mengenai sekolah yang dipimpin. Contoh pandangan atau persoalan yang difikirkan oleh pengetua yang cemerlang ialah apakah status sekolah ini pada masa tiga tahun akan datang dari sekarang? Ciri yang kedua ialah mempunyai kemahiran intrapersonal yang baik, iaitu mampu mewujudkan satu bentuk komunikasi yang disenangi oleh pengikut bawahannya. Ciri ketiga ialah mengambil risiko. Cabaran dalam memimpin sesebuah organisasi ialah membawa organisasi kepada perubahan atau transformasi di mana setiap perubahan yang dilakukan pasti akan menemui cabaran atau permasalahan sebelum sesuatu kejayaan itu dapat dicapai. Seterusnya ialah cekap dalam politik untuk menjadi seorang pengetua yang boleh mendapatkan kerjasama yang baik daripada pelbagai pihak dengan menggunakan kuasa politik untuk kepentingan mendapatkan sumbangan dalam memajukan organisasi. Seterusnya ialah mempunyai ilmu yang luas. Ilmu pendidikan menjadi tulang belakang bagi sesebuah kepimpinan sekolah kerana ilmu mampu menjana pemikiran pengetua untuk memimpin sekolah dengan satu kepimpinan yang berkesan.
Pengkaji yang kedua ialah Elaine K. Mc Ewan (2003) yang menyatakan ciriciri pengetua cemerlang berdasarkan 10 ciri, iaitu mempunyai komunikasi yang baik dan disenangi oleh pengikut bawahan. Pengetua Cemerlang ialah seorang pendidik yang mampu mendidik subordinat untuk memajukan diri. Pengetua Cemerlang juga seorang fasilitator yang boleh membimbing subordinat untuk mencapai matlamat yang ditetapkan dalam sebuah organisasi. Seterusnya ciri menyampaikan visi, di mana pengetua yang berkesan ialah pengetua yang boleh menjelaskan visi kepada
subordinat supaya subordinat jelas dengan visi yang hendak dicapai. Pengetua cemerlang juga merupakan seorang agen perubahan yang baik. Dalam sebuah transformasi atau perubahan, pengetua menjadi orang penting untuk menyampaikan perubahan supaya subordinat jelas dengan kehendak transformasi pendidikan. Ciri yang keenam, iaitu pembentuk budaya di mana pengetua yang berkesan mampu menggalakkan subordinat bekerja dalam satu bentuk budaya yang kondusif seperti budaya kerjasama. Ciri seterusnya memotivasikan, Pengetua Cemerlang mampu menunjukkan contoh yang baik kepada subordinat dan mampu memberi motivasi intrinsik atau ekstrinsik kepada pekerja. Sifat pemimpin iaitu mengarah juga dijadikan sebagai salah satu ciri pengetua yang berkesan. Pengetua Cemerlang bertindak sebagai pembentuk karakter atau membimbing subordinat ke arah satu budaya kerja yang berkesan. Ciri yang terakhir yang dinyatakan oleh Elaine K. Mc Ewan ialah penyumbang di mana pengkaji melihat pengetua berkesan adalah seorang penyumbang dari pelbagai aspek seperti menyumbang idea, tenaga, wang, dan perkhidmatan.
Menurut Sani Ibrahim & Jamalul lail Abdul Wahab (2012), pengetua cemerlang adalah seorang yang mampu menyelesaikan masalah secara bersendiri atau menggalakkan subordinat bekerjasama untuk mencari penyelesaian.
Perkembangan senior yang kuat bermaksud seorang yang boleh diminta pandangan atau nasihat, dan dihormati. Pengetua Cemerlang digambarkan sebagai seorang yang berani mengambil tindakan kerana beliau bertindak sebagai ketua dalam organisasi dan beliau bertanggungjawab terhadap tindakan yang diambil. Pengetua yang cemerlang dilihat sebagai orang yang memberi sokongan atau latihan kepada kumpulan pertengahan yang tergolong dalam guru atau staf yang tidak jelas tentang tugasnya. Seterusnya, pengetua yang berkesan sentiasa menjalankan kursus untuk memastikan kelangsungan perkembangan profesionalisme guru-guru dan staf. Pengetua Cemerlang digambarkan sebagai orang tengah yang menyebabkan perubahan, membincangkannya dengan cara yang berkesan dan menyesuaikannya dengan nilai-nilai dan iklim sekolah. Pengetua cemerlang bijak mewujudkan kerjasama dengan lembaga pengurusnya. Seorang pengetua yang cemerlang perlu menjadi penyiasat untuk sentiasa mencari usaha-usaha baru untuk memajukan organisasi. Seterusnya ialah memanfaatkan ICT bukan sahaja dalam urusan pentadbiran, malah digunakan dalam urusan pembelajaran dan pengajaran (PdP).
Akhir sekali ialah pengetua yang cemerlang ialah pengetua yang kerap melakukan perbincangan secara profesional untuk memperbaiki atau menerima cadangan daripada subordinat dalam usaha untuk mewujudkan kepimpinan yang mampu menjana kecemerlangan sekolah.
Pengkaji yang terakhir ialah Chan Yuen Fook & Gurnam Kaur Sidhu (2009) mendapati pengetua yang cemerlang ialah seorang yang beragama. Selain itu, pengetua cemerlang mempunyai keperibadian diri yang baik iaitu sentiasa merendah diri, peramah, mengambil berat, dan baik hati terhadap para pengikutnya. Pengetua yang cemerlang digambarkan sebagai seorang yang sanggup belajar atau menerima teguran daripada orang bawahannya. Akhir sekali, pengetua cemerlang ialah seorang yang sentiasa mengambil tahu perkembangan semasa seperti teknologi dan isu semasa.
1. Mempunyai nilai dan pandangan yang jelas. 2. Kemahiran intrapersonal. 3. Mengambil risiko 4. Cekap dalam politik. 5. Mempunyai ilmu yang luas. (Lawlor & Sills, 1999) 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. Mempunyai komunikasi yang baik Pendidik Fasilitator Menyampaikan visi Agen perubahan Pembentuk budaya Memotivasikan Mengarah Pembentuk karakter Penyumbang (Elaine K. Mc Ewan,2003)
1. 2. 3. 4.
Penyelesai masalah Perkembangan senior yang kuat Berani mengambil tindakan Memberi sokongan kepada pengurusan pertengahan 5. Mengadakan kursus untuk memastikan continuous profesional development. 6. Agen perubahan. 7. Mewujudkan kerjasama 8. Sentiasa mencari usaha baru. 9. Memanfaatkan ICT 10. Mengadakan perbincangan secara profesional. (Mohammed Sani Ibrahim & Jamalul lail Abdul Wahab, 2012)
1. 2. 3. 4. 5. 6.
Beragama. Rendah diri. Percaya dengan setiap yang dilakukan. Komunikasi yang baik. Sanggup untuk menerima/ belajar. Mengikuti perkembangan semasa.
Metodologi
Perbincangan metodologi adalah menyentuh kepada pendekatan kajian, jenis kajian, dan sampel kajian. Kajian ini merupakan kajian melalui pendekatan kuantitatif. Bagi pemilihan sampel kajian, pengkaji menggunakan persampelan bertujuan iaitu kelompok responden mewakili populasi yang hendak dikaji dikenal pasti dan
kesemua individu dalam kelompok tersebut diambil kira sebagai sampel. Responden kajian adalah terdiri daripada 30 orang responden dan dipilih secara rawak dalam kalangan ibu bapa,orang awam, pelajar, dan guru. Instrumen kajian adalah satu set soal selidik yang mengandungi dua bahagian. Bahagian A mengandungi item-item mengenai demografi responden. Bahagian B pula mengandungi 20 item yang berkaitan dengan ciri-ciri Pengetua Cemerlang. Item-item dalam Bahagian B dibina berdasarkan pembacaan daripada buku-buku dan jurnal. Dalam Bahagian B, responden diminta menandakan darjah persetujuan pada skala 5 berbentuk likert. Kedudukan skala adalah sangat tidak setuju = 1, tidak setuju = 2, sederhana setuju = 3, setuju = 4, sangat setuju = 5. Data dianalisis menggunakan perisian Statistic Package for Social Science (SPSS) versi 22. Analisis statistik deskriptif (kekerapan dan peratus) digunakan untuk menganalisis latar belakang responden daripada aspek jantina, umur, akademik, pekerjaan, dan tempoh perkhidmatan. Analisis deskriptif (kekerapan dan min) juga digunakan untuk mengukur tahap ciri-ciri Pengetua Cemerlang yang paling dominan menurut persepsi ibu bapa, orang awam, guru, dan pelajar.
Dapatan Kajian Seramai 30 orang responden yang terlibat dalam kajian ini. Responden adalah terdiri daripada golongan ibu bapa, orang awam, guru-guru, dan para pelajar yang dipilih secara rawak. Daripada 30 orang responden ini, seramai 20 orang responden (66.7%) berumur kurang daripada 25 tahun yang kebanyakannya terdiri daripada pelajar, orang awam, dan guru. Seramai 3 orang (10%) responden berumur 25 hingga 29 tahun yang terdiri dalam kalangan guru, 2 orang responden (6.7%) yang berumur 30 hingga 34 tahun terdiri dalam kalangan ibu bapa dan guru, dan 5 orang responden (16.7%) berumur lebih 40 tahun yang terdiri daripada golongan ibu bapa
dan guru. Jadual di bawah menunjukkan maklumat yang berkaitan dengan responden.
Latar Belakang Umur : Kurang 25 tahun 25 hingga 29 tahun 30 hingga 34 tahun Lebih 40 tahun Jumlah Kelayakan Akademik: PMR SPM Diploma Ijazah Pertama Jumlah Pekerjaan : Sokongan Profesional Pelajar Bekerja Sendiri Tidak bekerja Jumlah Tempoh Perkhidmatan : Kurang 5 tahun 5 hingga 9 tahun 10 hingga 14 tahun 15 hingga 19 tahun Lebih 20 tahun Jumlah Kekerapan 20 3 2 5 30 1 4 3 22 30 7 11 10 1 1 30 25 1 1 1 2 30 Peratus(%) 66.7 10.0 6.7 16.7 100 3.3 13.3 10.0 73.3 100 23.3 36.7 33.3 3.3 3.3 100 83.3 3.3 3.3 3.3 6.7 100
Ciri- ciri Pengetua Cemerlang Analisis dilakukan untuk mengenalpasti kekerapan dan nilai min bagi item-item yang terlibat dalam instrumen soal selidik yang dijalankan. Dapatan terperinci dapat dijelaskan dalam Jadual 2 di bawah.
No. item
1.
2.
Pernyataan soalan Seorang Pengetua Cemerlang ialah seorang yang.... Mempunyai ilmu pengetahuan yang luas dalam bidang pendidikan. Berani mengambil risiko.
STS
TS
Respon SeS
Min S SS
26
4.83
24
4.80
3. 4. 5.
Bertindak sebagai seorang fasilitator. Memanfaatkan ICT. Menghargai sumbangan dan sentiasa memberi pengiktirafan kepada subordinat. Memberi tunjuk ajar kepada subordinat tentang perkara baru. Memotivasikan subordinat. Mempunyai kemahiran komunikasi yang baik. Penyelesai masalah. Fleksibel dan sukakan pembaharuan. Membentuk budaya yang kondusif dalam pengurusan sekolah. Menerima teguran/pelajaran daripada subordinat. Agen perubahan yang baik. Mempunyai pengetahuan agama yang baik. Sentiasa merendah diri dan bergaul dengan semua lapisan subordinat. Tegas. Memiliki empati yang tinggi terhadap subordinat. Sentiasa mendengar masalah subordinat. Sentiasa mengarah subordinat dalam menjalankan tugas. Cekap dalam politik. 1
6 8 8
24 22 22
6.
23
4.73
7. 8. 9. 10. 11.
8 11
21 19 20 18 16
1 1
9 11 14
2 2 2
10 12 12 16
18 16 16 14
18 19 2 4 5 19 14
12 11 9 7
20.
11
10
3.40
Responden (n=30) Petunjuk : STS = Sangat tidak setuju, TS = Tidak setuju, SeS = Sederhana setuju, S = Setuju, SS = Sangat setuju
Dapatan kajian menunjukkan bahawa seramai 26 orang responden (Min 4.83) sangat bersetuju bahawa Pengetua Cemerlang mestilah seorang yang mempunyai ilmu pengetahuan yang luas dalam bidang pendidikan. Min terendah (3.40) pula dapat dilihat melalui hanya 4 orang responden sahaja yang sangat bersetuju bahawa Pengetua Cemerlang ialah seorang yang cekap dalam politik. Bagi ciri-ciri Pengetua Cemerlang yang lain masing-masing mencatatkan min yang tinggi iaitu antara 3.675.00. Perbincangan Dapatan kajian menunjukkan bahawa Pengetua Cemerlang mestilah seorang yang mempunyai pengetahuan yang tinggi dalam bidang pendidikan mencatatkan skor min tertinggi iaitu 4.80 berbanding ciri-ciri yang lain. Pengetua sebagai ketua dalam organisasi sekolah perlu mempunyai pengetahuan yang luas terutamanya dalam bidang pendidikan sendiri untuk terus menjamin kualiti pendidikan dalam organisasi bawah pemerintahannya. Ilmu yang meluas bukan sekadar untuk diketahui, tetapi perlu dihayati dan diaplikasi supaya organisasi sekolah mendapat manfaat daripada pengetahuan tersebut.
Ciri berani mengambil risiko berada pada tahap tinggi, iaitu 4.80. Ini menunjukkan bahawa ibu bapa, orang awam, guru dan pelajar bersetuju bahawa seorang Pengetua Cemerlang adalah seorang yang berani mengambil risiko dalam setiap keputusan yang dibuat. Dalam dunia pendidikan yang sering mengalami perubahan kurikulum dari semasa ke semasa, Pengetua yang cemerlang perlu bijak dalam membuat keputusan yang akan mempengaruhi organisasi yang dipimpin lantas sentiasa bersedia dengan inisiatif-inisiatif lain dalam menghadapi sebarang cabaran.
Dalam era kecanggihan teknologi ini, bidang pendidikan juga tidak ketinggalan untuk memanfaatkan teknologi dalam organisasi sebuah sekolah. Skor min yang tinggi iaitu 4.73 dicatatkan bagi ciri memanfaatkan ICT. Tidak dapat dinafikan lagi bahawa kecanggihan teknologi mampu memudahkan kerja-kerja pentadbiran dan boleh juga digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Justeru, seorang Pengetua Cemerlang perlu bijak memanfaatkan ICT dalam pengurusan sekolah dan meningkatkan penggunaan ICT dalam usaha untuk menarik
minat pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran supaya dapat mengekalkan kecemerlangan sekolah.
Seterusnya bagi ciri-ciri Pengetua Cemerlang yang dirangkumkan dalam aspek kemahiran interpersonal, masing-masing mencatatkan skor min yang tinggi iaitu antara 3.67- 5.00. Antara ciri-ciri Pengetua Cemerlang yang terlibat dalam kemahiran interpersonal ialah mempunyai kemahiran komunikasi yang baik(4.63), penyelesai masalah(4.63), memotivasikan subordinat(4.66), sentiasa merendah diri dan bergaul dengan semua lapisan subordinat(4.46), menerima teguran atau pelajaran daripada subordinat(4.53), memiliki empati yang tinggi terhadap
subordinat(4.36), dan sentiasa mendengar masalah subordinat(4.23). Seorang Pengetua Cemerlang perlu mewujudkan hubungan yang baik dengan subordinat supaya subordinat sentiasa mendapat kepuasan dalam menjalankan tugas. Ini selari dengan kajian yang dijalankan oleh Rosli Mohamed (2007) yang mendapati terdapat hubungan signifikan antara iklim komunikasi dengan tahap pencapaian organisasi.
Bertindak sebagai seorang fasilitator (4.80) dan sentiasa memberi tunjuk ajar kepada subordinat tentang sesuatu perkara baru (4.73) merupakan ciri-ciri Pengetua Cemerlang yang mencatatkan skor min yang tinggi. Sebagai seorang ketua, Pengetua perlu sentiasa memberi penerangan yang jelas tentang tanggungjawab subordinat terutamanya yang melibatkan perubahan dasar seperti PBS. Tunjuk ajar daripada ketua penting supaya penyampaian maklumat kepada guru adalah jelas kerana antara punca guru mengeluh mengenai dasar PBS ialah maklumat tidak disampaikan dengan jelas kepada pelaksana dasar baru.
Dalam kajian ini, didapati bahawa ciri Pengetua Cemerlang merupakan agen perubahan yang baik mencatatkan skor min yang tinggi iaitu 4.46 serta fleksibel dan sukakan pembaharuan juga mencatatkan min yang tinggi iaitu 4.56. Elemen utama dalam apa jua reformasi atau transformasi pendidikan ialah Pengetua kerana mereka bukan sahaja pemboleh ubah yang perlu diubah untuk meningkatkan kualiti pendidikan tetapi mereka sebenarnya adalah agen perubahan utama dalam reformasi pendidikan. Kualiti yang dimaksudkan bukan sahaja kepada kualiti proses malah yang lebih utama ialah kualiti outputnya (hasil).
Dapatan turut menunjukkan bahawa Pengetua Cemerlang ialah seorang yang mempunyai pengetahuan agama yang baik mencatatkan skor min yang tinggi iaitu 4.46. Dalam semua agama, umatnya dididik supaya sentiasa berakhlak mulia. Pengetahuan agama yang baik menjadikan Pengetua sentiasa berlandaskan agama dalam setiap amalan pengurusannya. Konsep dosa dan pahala dalam agama Islam sentiasa menyedarkan Pengetua supaya sentiasa melakukan perkara yang positif. Dalam kajian ini, didapati ciri menghargai sumbangan dan sentiasa memberi pengiktirafan kepada subordinat mencatat skor min yang tinggi iaitu 4.73. Sumbangan dan pengiktirafan merupakan satu bentuk motivasi intrinsik dan ekstrinsik kepada para subordinat. Motivasi subordinat akan meningkatkan tahap efisikasi mereka terhadap pencapaian matlamat yang telah ditetapkan oleh Pengetua. Pengetua Cemerlang ialah seorang yang tegas mencatatkan skor min yang tinggi iaitu 4.40 dan sentiasa mengarah subordinat dalam menjalankan tugas juga mencatatkan skor min yang tinggi iaitu 3.80. Walaupun kedua-dua item ini menunjukkan skor min yang tinggi, namun daripada 20 item yang disenaraikan dalam instrumen soal selidik, kedua-dua item ini masing-masing berada dalam kedudukan ke 16 dan 19. Hal ini kerana ketegasan dalam pengurusan sesebuah organisasi kadangkala menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan subordinat. Pengetua dicadangkan untuk lebih bersifat demokratik seperti yang dinyatakan dalam kajian Sapora Sipon dan Justina Esther Gubud (2010) mengenai gaya kepimpinan pengetua dan kepuasan kerja guru. Pengetua cemerlang membentuk budaya yang kondusif dalam pengurusan sekolah berada pada tahap skor min yang tinggi iaitu 4.53. Sesebuah sekolah mempunyai budaya yang tersendiri dan ia dipengaruhi oleh cara pentadbiran dan pengurusan, keadaan bangunan, kemudahan, cara pembelajaran dan kepuasan kerja guru dan sebagainya. Budaya sekolah yang positif dapat memupuk intelek pelajar dan memperkembangkan sahsiah. Terdapat hubungan antara iklim sekolah dan kepuasan kerja guru, dan di antara iklim sekolah dan pencapaian pelajar. (Rahmad Sukor Ab. Samad & Gooi Ai Wei, 2005). Dapatan kajian menunjukkan bahawa ciri cekap dalam politik mencatatkan skor min yang sederhana iaitu 3.40. Abdul Shukor (2004) ada menegaskan
pengurusan pentadbiran yang cekap hanya lahir daripada motif politik bermatlamat untuk menguat dan meluaskan kuasa pemimpin dalam organisasi. Namun, keterlibatan pengetua dalam aspek politik yang terlalu tinggi akan menyebabkan ketidakadilan dalam pembahagian kuasa dan sumber. Pengetua Cemerlang perlu juga melibatkan diri dalam politik untuk kepentingan tertentu seperti mendapatkan kuasa dan sumbangan tetapi keterlibatan disarankan hanya sekadar pada tahap yang sederhana. Maka dapat disimpulkan bahawa ciri-ciri Pengetua Cemerlang yang disenaraikan perlu ada pada seorang Pengetua Cemerlang tetapi setiap item dinilai mengikut prioriti dan kepentingan sesebuah organisasi. Pengetua perlu bijak menyesuaikan cara pengurusan dan pentadbiran dengan keadaan semasa dalam usaha untuk memastikan kelangsungan kecemerlangan sekolah.
Kesimpulan Kajian secara keseluruhannya telah mengenal pasti ciri-ciri Pengetua Cemerlang menurut persepsi ibu bapa, orang awam, guru, dan pelajar. Pengetua Cemerlang perlu mempunyai ilmu yang tinggi berkaitan pendidikan dan pengurusan organisasi sekolah serta mampu mewujudkan kemahiran interpersonal yang baik dengan subordinat di mana setiap item dilihat mampu mewujudkan kepuasan kerja dalam kalangan subordinat dan seterusnya mampu meningkatkan pencapaian pelajar. Kecemerlangan pencapaian pelajar akan membawa sekolah ke arah keberkesanan memandangkan pemilihan Pengetua Cemerlang oleh Kementerian Pendidikan Malaysia melihat kepada tahap prestasi yang ditetapkan berdasarkan NLPT pada tiga tahun terakhir.
Rujukan Abdul Shukor Abdullah. 2004. Pengurusan Organisasi: Perspektif, Pemikiran dan Teori. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Azian Binti Ahmad Shaharbi . 2010. Leadership Behaviour And Practices Of A Head Teacher In An Excellent School. Open University Malaysia Azizah Isa. 2000. Apakah Pengetua-Pengetua di Malaysia Menjalankan Tugas Sebagai Pemimpin Pengajaran atau Pemimpin Pentadbir?
Chan Yuen Fook & Gurnam Kaur Sidhu.2009. Leadership Characteristics of An Excellent Principal inMalaysia. International Education Studies 2(4). Fakulti Pendidikan.Universiti Teknologi MARA. Elain K. Mc Ewan. 2003. 10 Traits of Highly Effective Principals ; From Good to Great Performance. Corwin Pres Inc. Kamarul Azmi Jasmi, Ab. Halim Tamuri & Mohd Izham Mohd Hamzah. Faktor Pentadbir dan Pengetua dalam Kecemerlangan Guru Cemerlang Pendidikan Islam dan Guru di Sekolah Menengah : Satu Kajian Kes. 2010. Journal of Islamic and Arabic Education. 2(1) : 13-20 Larry C. Spears. Ten Characteristics of Effective, Caring Leader. Journal of Virtues and Leadership. Lokman Mohd Tahir, M.Al Muzammil & Mislina Salleh. 2012. Impak Strategi Politik Terhadap Amalan Kepimpinan Pengajaran Pengetua Cemerlang . Jurnal Teknologi. Fakulti Pendidikan : Universiti Teknologi Malaysia. Mohd Najib A Ghafar & Tamyis Arbak. 2008. Gaya Kepimpinan Pengetua dan Ciri ciri yang Efektif. Jurnal Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia, 13 : 73-84. Mohammed Sani Ibrahim & Jamalul lail Abdul Wahab. 2012. Kepimpinan Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia. Mok Soon Sang. 2012. Prinsip Teras Ketua Pentadbiran (Guru Besar & Pengetua).Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd. Rahmad Sukor Ab. Samad & Gooi Ai Wei. 2005. Hubungan Antara Iklim Sekolah dengan Kepuasa Kerja Guru Sekolah Menengah di Wilayah Persekutuan. Jurnal Pendidikan. Fakulti Pendidikan : Universiti Malaya.
Rosli Mohammed. 2007. Iklim Komunikasi dan Pencapaian Organisasi : Kajian Kes Antara Dua Buah Organisasi Awam di Malaysia. Universiti Sains Malaysia. Sapora Sipon & Justina Esther Gubud. 2010. Gaya Kepimpinan Pengetua dengan Kepuasan Kerja Guru : Ke Arah Perkembangan Profesion Perguruan . Prosiding Seminar Profesion Perguruan.
Pelantikan Guru Besar dan Pengetua Berdasar Penilaian. Borneo post online. July 2013.http://www.theborneopost.com/2013/07/03/pelantikan-guru-besar-danpengetua-berdasar-penilaian/ Pengetua Cemerlang. Portal Rasmi Bahagian Pengurusan Sekolah Harian. http://www.moe.gov.my/bpsh/index.php?option=com_content&view=category&id=73: pengetua-cemerlang&Itemid=71&layout=default