10 Esei Bahasa Melayu
10 Esei Bahasa Melayu
10 Esei Bahasa Melayu
KARANGAN 1
Pemberian susu ibu sangat penting kepada tumbesaran bayi semakin tidak popular
dalam kalangan kaum ibu. Hal ini berlaku demikian kerana semakin banyak kaum ibu
yang bekerja di luar di samping adanya tanggapan negatif dalam kalangan mereka
terhadap pemberian susu ibu. Bincangkan kelebihan susu ibu dan sarankan langkahlangkah yang perlu diambil untuk menggalakkan kaum ibu menyusui anak-anak
mereka.
Susu ibu merupakan makanan utama bagi bayi yang baru dilahirkan. Berbanding dengan
susu formula, susu ibu banyak mempunyai kelebihan dan kebaikannya, sama ada kepada bayi
mahupun kepada ibu itu sendiri. Walau bagaimanapun, amalan pemberian susu ibu semakin
tidak popular dalam kalangan ibu atas beberapa alasan yang tidak dapat diterima akal. Oleh
hal yang demikian, kita perlu mengambil langkah-langkah proaktif untuk menyedarkan
mereka.
Susu ibu merupakan makanan terbaik untuk bayi pada tahap awal tumbesaran mereka. Hal
ini dikatakan demikian kerana susu ibu mengandungi kolostrum, iaitu sejenis bahan yang
kaya dengan protein dan asid amino. Pemberian susu ibu yang berkolostrum ini menjamin
tumbesaran bayi sepenuhnya. Apatah lagi susu ibu serasi sebagai makanan bayi kerana
mudah dihadamkan dan tidak menimbulkan kesan sampingan. Hal ini berbeza dengan susu
formula yang banyak menimbulkan masalah kepada bayi, seperti meyebabkan bayi sembelit,
cirit birit, alergi, dan sebagainya. Tegasnya, tiada makanan yang lebih sesuai dan dapat
menggantikan susu ibu.
Komposisi bahan kimia yang terkandung dalam susu ibu juga dapat meningkatkan daya
tahan penyakit dalam kalangan bayi. Hal ini berlaku demikian kerana tidak seperti susu
formula, susu ibu kaya dengan bahan antibodi dan antijangkitan yang dapat meningkatkan
daya tahan penyakit. Kewujudannya membolehkan bayi terhindar daripada dijangkiti
selsema, batuk, ruam badan, cirit-birit, dan sebagainya. Selain itu, susu ibu sentiasa segar,
bersih, dan tidak mudah dijangkiti oleh kuman. Hal ini berbeza dengan susu formula yang
mudah dijangkiti oleh bakteria dan mesti dibuang selepas tempoh masa pendek. Tegasnya,
kesihatan anak lebih terjamin dengan pemberian susu ibu.
Pemberian susu ibu juga banyak mendatangkan kebaikan kepada para ibu. Antara
kelebihannya ialah pemberian susu ibu dapat menjarakkan kehamilan dan dengan itu
II
merupakan satu kaedah merancang keluarga secara semula jadi. Hal ini bermakna bahawa
para ibu tidak perlu bergantung pada ubat-ubatan atau kaedah lain yang mungkin
mendatangkan kesan sampingan. Malah, pemberian susu ibu dapat mengecutkan rahim ibu
dan mengurangkan kehilangan darah selepas bersalin. Amalan ini juga dapat mengembalikan
bentuk badan selepas kelahiran. Hal ini berlaku demikian kerana pemberian susu ibu akan
menggunakan lemak yang terpendap ketika hamil. Selain itu, amalan ini juga dapat
menghindarkan para ibu daripada menghidapi barah payu dara.
Walau bagaimanapun, amalan pemberian susu ibu semakin tidak popular dalam kalangan
ibu. Keadaan ini perlu diperbetul dengan memberikan kesedaran kepada mereka. Dalam hal
ini, pihak Kementerian Kesihatan dan semua pihak yang terlibat dalam bidang perubatan
perlu memberikan kesedaran kepada para ibu dan juga bapa akan kebaikan susu ibu. Mereka
perlu disedarkan tentang hal ini setiap kali menjalani pemeriksaan doktor sehinggalah selepas
melahirkan bayi. Malah pihak Kementerian Kesihatan sendiri perlu menjalankan kempen
kesedaran yang berterusan sama ada melalui penerangan di tempat awam, forum, ceramah,
seminar, pameran, ataupun melalui siaran di media-media massa.
Selain itu kerajaan perlu mengawal promosi produk susu formula. Dalam hal ini, kerajaan
perlu melarang ejen-ejen penjual susu berformula daripada mempromosikan produk yang
dipasarkan mereka di hospital-hospital kerajaan dan swasta. Mereka juga perlu ditegah
daripada memberikan sampel susu berformula secara percuma kepada ibu-ibu yang baru
bersalin. Selain itu kerajaan hendaklah melarang pameran produk susu formula bayi
dipersidangan atau forum. Di pihak Kementerian Kesihatan sendiri, semua kakitangan
perubatan dan perkhidmatan perubatan mestilah dilarang daripada menerima sebarang bentuk
derma atau tajaan daripada pengusaha dan pengedar susu formula. Melalui cara ini kaum ibu
tidak mudah terpengaruh oleh susu berformula.
Sesuatu yang berupa tiruan dan dicipta manusia sememangnya tidak dapat menandingi
faedah dan kebaikan susu ciptaan Allah. Dalam hal ini, setiap ibu bapa perlu memastikan bayi
yang baru dilahirkan itu perlu diberi makanan asli dan bukannya makanan tiruan. Dalam
konteks susu, susu ibulah yang terbaik dan asli manakala susu formula banyak mempunyai
kesan sampingan, khususnya dalam tumbesaran bayi. Para ibu bapa perlu sedar akan hal ini
dan tidak membiarkan diri mereka dibelenggu oleh kekeliruan dan pelbagai tanggapan
negatif tentang menyusui bayi dengan susu ibu.
III
KARANGAN 2
Kini, bilangan ibu tunggal dalam masyarakat kita semakin meningkat. Ada yang
menjadi ibu tunggal disebabkan mereka kematian suami dan tidak kurang pula yang
disebabkan bercerai dengan suami mereka. Huraikan masalah hidup yang dihadapi
oleh para ibu tunggal dan bantuan yang perlu diberikan kepada mereka.
Dalam masyarakat kita pada hari ini, bilangan ibu tunggal, iaitu ibu-ibu yang tidak
bersuami lagi tetapi terpaksa memelihara anak-anak mereka, semakin bertambah. Ada dua
sebab utama yang menjadikan mereka itu ibu tunggal, iaitu disebabkan kematian suami
ataupun perceraian. Sebagai ibu tunggal, golongan ini akan berdepan dengan pelbagai
masalah dan oleh itu golongan ini perlu diberi bantuan.
Masalah utama yang paling biasa didepani oleh ibu tunggal ialah masalah kewangan.
Masalah ini paling teruk menimpa golongan ibu tunggal yang tidak mempunyai pendapatan
tetap serta yang berpendapatan rendah. Dalam keadaan yang serba kekurangan itu, mereka
pula terpaksa menyara anak-anak yang sesetengahnya masih bayi dan kanak-kanak malah
tidak kurang pula yang telah pun berada dalam alam persekolahan yang menuntut belanja
yang bukan sedikit. Desakan hidup seperti ini kadang-kadang menyebabkan mereka
bertindak nekad dengan menyerahkan anak-anak mereka kepada orang lain ataupun
memberhentikan persekolahan anak-anak mereka. Malah, ada yang berhutang kepada
kenalan, jiran, dan saudara-mara. Sesetengahnya pula mengambil jalan singkat dengan
menjadi pelacur, penjenayah, dan sebagainya semata-mata untuk menyara hidupnya dan
anak-anaknya serta untuk membayar balik pinjaman mereka.
Selain itu, golongan ibu tunggal juga berdepan dengan masalah membesarkan anak-anak.
Dalam hal ini, oleh sebab berpendapatan rendah, mereka biasanya akan melakukan pelbagai
kerja sampingan bagi menambah pendapatan. Kesibukan seperti ini menyebabkan tugas
mendidik anak-anak terabai. Keadaan seperti ini, jika berlaku berterusan, akan
merenggangkan kemesraan yang sepatutnya hidup subur antara anak dengan ibu.
Kerenggangan ini bakal mewujudkan kesepian dan kekosongan dalam hidup anak-anak.
Sebagai akibatnya, anak-anak akan melahirkan protes, khususnya melalui tindakan dan
IV
perlakuan yang membawa kepada perbuatan negative seperti menghisap rokok, menagih
dadah , melepak dan sebagainya.
Masalah lain yang dihadapi oleh ibu tunggal ialah pandangan seorang masyarakat. Dalam
masyarakat yang masih konservatif, isteri yang kematian suami dianggap sial. Isteri yang
bercerai dengan suami pula digolongkan sebagai wanita yang rendah akhlak dan mereka
sering dipersalahkan walaupun kesalahan tersebut sebenarnya berpunca daripada bekas suami
mereka. Malah, ada yang menggolongkan mereka sebagai perempuan murahan. Apabila
tuduhan ini diyakini masyarakat, mereka menjadi sasaran godaan orang-orang yang ingin
mengambil kesempatan terhadap diri mereka. Semua bentuk pandangan ini menimbulkan
rasa sakit hati dan menambah tekanan jiwa mereka. Stigma ini menjejaskan martabat ibu
tunggal.
Keadaan yang sebegitu rupa tidak harus dibiarkan berterusan supaya negara tidak
kehilangan orang-orang yang berpotensi dan produktif dalam pembangunan Negara. Oleh hal
yang demikian, terdapat beberapa langkah yang perlu diambil untuk menangani masalah ini.
Antara yang dilakukan termasuklah pengenalan dasar perlindungan ibu tunggal. Dasar ini
sangat penting untuk mencerahkan hidup golongan ibu tunggal. Dalam merealisasikan dasar
ini, kerajaan telah mengecualikan ibu tunggal yang miskin daripada dikenakan cukai
pendapatan melalui bajet 2004. Seterusnya suatu undang-undang yang mewajibkan bekas
suami memberikan nafkah kepada ibu tunggal juga dilaksanakan. Dengan ini, masalah
kewangan ibu tunggal dapat diatasi. Selain itu, pihak majikan disarankan memberikan
kelonggaran masa bekerja kepada ibu tunggal ataupun menawari mereka masa kerja anjal.
Hal ini terjadi demikian kerana ibu-ibu tunggal perlu menjaga anak-anak mereka terutamanya
ketika anak-anak mereka jatuh sakit. Mereka juga diberikan keutamaan untuk memiliki
rumah kos rendah dengan diskaun harga 20%.
Selain itu, Persatuan Ibu Tunggal telah ditubuhkan dan persatuan ini memainkan peranan
yang tidak kurang pentingnya. Antara yang dilakukan oleh persatuan ini termasuklah
menawarkan kemudahan tempat berteduh untuk golongan ibu tunggal yang tidak mempunyai
tempat tinggal. Di sini, mereka dapat berbincang dan meluahkan apa-apa masalah yang
dihadapi mereka. Mereka juga diberi bimbingan dan kaunseling supaya tekanan jiwa mereka
mereka dapat diringankan. Sokongan moral dan material juga diberikan agar mereka tidak
menjadi insan yang mudah putus asa sebaliknya berani menjalani kehidupan baharu. Di
samping itu, terdapat juga peguam yang berkhidmat secara sukarela bagi memperjuangkan
hak golongan ibu tunggal. Banyak yang telah dilakukan oleh peguam-peguam sukarela ini,
antaranya termasuklah memberikan khidmat percuma dalam kes-kes untuk mendapatkan hak
penjagaan anak-anak. Malah, mereka juga turut memberikan khidmat percuma dalam kes-kes
tuntutan nafkah hidup daripada bekas suami serta harta-harta yang ditinggalkan oleh suamisuami yang telah meninggal dunia.
Sesetengah ibu tunggal memang bernasib malang kerana terpaksa berdepan dengan
pelbagai masalah setelah bercerai atau selepas kematian suami. Sebagai manusia, mereka
mempunyai hak yang sama seperti orang lain untuk meneruskan kehidupan barsama-sama
dengan keluarga mereka. Oleh sebab setiap warganegara berpontensi untuk membangunkan
negara, kita tidak harus membiarkan mereka tergolong sebagai warga yang tidak produktif.
Oleh itu, golongan ini perlu kita bantu supaya beban mereka menjadi ringan.