Buku Kerja
Buku Kerja
Buku Kerja
Orang melayu dikenali dengan melalui warna kulit yang kuning langsat. Selain
itu, mempunyai rambut yang lurus dan hitam. Bangsa ini secara umumnya diketahui
memiliki muka berbentuk bujur sirih. Selain itu, mempunyai mata yang bulat/bundar
dan mata yang terang. Mereka secara umumnya mempunyai hidung yang kembang
dan bibir tebal. Etnik melayu mempunyai tubuh badan yang agak pendek tetapi sasa.
Negara Malaysia sinonim dengan syurga makanan yang dapat menarik minat
pelancong dari setiap negara. Terdapat banyak jenis makanan boleh didapati di
Malaysia. Etnik melayu itu sendiri mempunyai pelbagai jenis makanan tradisional.
Antaranya ialah ketupat, rending, lemang, dan sebagainya. Makanan ini kebiasaannya
dihidangkan ketika menyambut Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha, majlis
kahwin dan majlis lain. Manakala, hidangan makanan seperti nasi lemak, karipap,
pulut inti adalah makanan harian ketika bersarapan pagi dihidangkan dengan air kopi.
Etnik melayu mempunyai beberapa jenis pakaian tradisional iaitu baju tebuk
belanga dan baju melayu cekak musang bagi lelaki. Bagi wanita pula ialah baju
kurung dan baju kebaya. Baju tradisional selalunya digunakan ketika menghadiri
majlis perkahwinan, bertandang ke rumah saudara ketika hari raya dan sebagainya.
Kumpulan Etnik Cina
Kumpulan
etnik
Cina
adalah
kumpulan
etnik
kedua
terbesar
di
Ciri-ciri fizikal dari segi warna kulit bagi etnik Cina adalah berkulit putih. Selain
itu, etnik Cina mempunyai jenis rambut yang lurus dan hitam. Kumpulan etnik Cina
juga mempunyai mata sepet dan juga mempunyai ketinggian sekitar 1.68-1.75cm.
Masyarakat etnik Cina mempunyai pelbagai jenis makanan tradisional yang
membawa maksud dan lambang tersendiri. Makanan tradisional bagi kumpulan etnik
Cina termasuk Kuih Bakul, Yee Sang, Kuih Bulan, Limau Mandarin, dan sebagainya.
Kuih Bakul
Yee Sang
Nian Gao atau dikenali sebagai Kuih bakul merupakan kuih yang akan dimakan
oleh masyarakat etnik Cina semasa Tahun Baru Cina. Ia dipercayai membawa tuah
pada masa perayaan Tahun Baru Cina kerana namanya melambangkan setahun lagi
kehidupan, setingkat lagi kemajuan. Manakala Yee Sang adalah hidangan yang mesti
dihidangkan semasa Tahun Baru Cina. Makanan ini memberikan maksud seperti kita
melontarkan bahan-bahan yang berwarna-warni yang tinggi dan secara serentak yang
mempunyai impian yang sama kemakmuran dan kekayaan.
Pakaian tradisional kumpulan etnik Cina termasuklah Sam Foo dan Cheong Sam.
Sam Foo yang dipakai oleh jantina lelaki dan Sam Foo bermaksud baju dan seluar.
Manakala Cheong Sam adalah dipakai oleh wanita dan dipakai pada upacara-upacara
penting seperti majlis perkahwinan dan perayaan Tahun Baru Cina.
Kumpulan Etnik India
Etnik India merupakan etnik yang ketiga terbesar di negara kita. Etnik ini
terbahagi kepada tiga kelompok iaitu Tamil, Malayalam dan Telugu. Masyarakat etnik
ini berasal daripada India sewaktu British memerintah Tanah Melayu.
Masyarakat daripada etnik India selalu berkulit hitam manis, hidung yang
mancung, bulu kening serta bulu mata yang tebal dan lentik. Kebanyakan daripada
mereka bermata bulat dan bagi perempuan pula selalunya mereka berambut panjang.
Bagi masyarakat dari kelompok etnik Tamil makanan tradisi mereka tradisi
mereka terdiri daripada nasi daun pisang, briyani,tandoori, thosai, dan banyak lagi.
Selain itu, terdapat juga manis yang menjadi warisan kelompok etnik ini iaitu
palkova, jelebi, laddu dan sebagainya.
Bagi kelompok etnik Malayalam pula makanan tradisi mereka terdiri daripada
aviyal, inji puli, dan tohran. Makanan tersebut selalunya disajikan khas pada hari
perayaan Onam yang merupakan tahun baharu bagi kelompok Malayalam. Makanan
tersebut akan disajikan atas daun pisang dan diberi nama sebagai Sadhya.
Disamping itu, makanan tradisi bagi kelompok etnik Telugu pula terdiri daripada
karalu atau soyaan, buralu urandai, ugadi pachadi, dan gongkorah curry .Makanan
bagi kelompok ini pula berasal daripada negara Andhara.
Etnik masyarakat India turut mempunyai cara dan jenis pakaian tradisional sama
seperti etnik lain. Jenis pakaian tradisional adalah sama bagi setiap kelompok etnik
India cuma cara pemakaianya sahaja yang berbeza. Pakaian tradisional bagi lelaki
terdiri daripada dhoti, jippa,dan kurta. Manakala bagi yang perempuan pula terdiri
daripada sari, punjabi, paatu padavai dan pavadai thavenie.
Kumpulan Etnik Rungus
Masyarakat Rungus merupakan salah satu kaum di Sabah. Rungus lebih dkenali
sebagai Momogun Rungus atau Dayak Dusun Rungus. Pada hari ini, semua suku
Momogun Rungus di Sabah secara politiknya dihimpunkan dalam kategori Kaum
Kadazandusun Murut atau lebih dikenali sebagai KDM.
Ciri-ciri fizikal masyarakat Rungus adalah mempunyai tubuh badan yang rendah
tetapi tegap atau sering digelar pendek-pendek tagap, mempunyai mata yang kecil,
dan kaum perempuan Rungus mempunyai tubuh badan yang lebih kurus terutamanya
di pinggang kerana sering memakai tali pinggang tradisional Rungus.
Masyarakat Rungus mempunyai makanan tradisional tersendiri. Kebanyakan
makanan tradisional masyarakat Rungus lebih kepada makanan yang berkhasiat dan
mudah disediakan. Antaranya ialah hinava ikan yu, sup ayam lihing, sinamu, roti ubi
kayu, terung bakar, butod, jeruk bambangan, pinasakan dan sebagainya.
Gambar pertama merupakan hinava ikan yu. Hinava masyarakat Rungus berbeza
dari suku kaum etnik yang lain kerana menggunakan isi ikan Yu dalam resipinya,
masyarakat Rungus mempercayai bahawa isi ikan Yu lebih lazat dijeruk berbanding
ikan yang lain dengan menggunakan air limau dalam proses penjerukkan. Hinava ikan
Yu masyarakat Rungus selalunya dicampur dengan Peria dan cili padi. Gambar kedua
merupakan sup ayam lihing. Bahan-bahan dalam makanan ini termasuk daging ayam,
minuman keras jenis Lihing, halia, garam dan serbuk perasa. Menurut kepercayaan
masyarakat Rungus, makanan ini baik untuk wanita yang baru melahirkan anak.
Etnik Bajau ialah salah satu kaum asli bumiputera Sabah. Bajau terbahagi kepada
dua iaitu Bajau Samah Pantai Barat dan Bajau Pantai Timur. Kedua-dua kelompok ini
menetap di daerah-daerah yang berbeza. Bajau Samah Pantai Barat menetap di sekitar
Putatan, Tuaran, Kota Marudu, Kota Belud dan Papar. Manakala Bajau Pantai Timur
pula menetap di sekitar Kudat, Lahad Datu, Semporna dan Sandakan. Bajau Samah
Pantai Barat terkenal dengan gelaran penunggang kuda dipanggil sebagai cowboy of
the east manakala Bajau Pantai Timur terkenal dengan kegiatan pelautan dipanggil
sebagai sea gypsies yang bermaksud Panglima Dilaut atau Pelayar Terunggul.
sasa@tegap
dan
Kilau @ Kinilau
ketinggian
yang
sederhana.
Lato @ Latok
bajau
dikenali
pantai
barat
pantai
dan
berangkit,perhiasan
madapun
leher
sebagai
manakala
timur.
kain
Wanita
sarung
dan
menggayakan
olos
perhiasan
baju
potongan Cekak Musang, seluar, samping dan destar. Baju tradisional suku bajau
mempunyai keunikan iaitu pakaian tradisonal mempunyai warna-warna yang terang.