Warisan Kebudayaan Pelbagai Kaum
Warisan Kebudayaan Pelbagai Kaum
Warisan Kebudayaan Pelbagai Kaum
MAKANAN
Nasi lemak merupakan salah satu makanan kegemaran bagi orang Malaysia terutamanya
sebagai sarapan pagi. Nama Nasi Lemak mendapat gelaran daripada penggunaan santan untuk
memasak nasi. Santan khususnya merupakan bahan masakan yang sering digunakan oleh
masyarakat melayu tradisional. Oleh itu, Nasi Lemak dikaitkan dengan penggunaan santan
dalam nasi yang membuatkan rasa nasi itu berlemak. Nasi lemak biasanya dihidangkan dengan
telur, timun, ikan bilis goreng ,kacang goreng dan sambal. Kini, pelbagai hidangan disajikan
bersama nasi lemak seperti ayam, daging, sotong, udang, limpa dan hati lembu.
2.LEMANG
Lemang ialah sejenis makanan tradisi yang disukai orang ramai. Lemang dijual sepanjang tahun,
tetapi lebih meluas pada hari perayaan seperti Hari Raya Aildilfitri. Semua orang daripada
pelbagai kaum suka makan makanan tradisi ini. Lemang merupakan hidangan istimewa di
Malaysia. Makanan tradisional ini dihidangkan bersama rendang atau serunding. Lemang
diperbuat daripada beras pulut dan santan yang dimasukkan ke dalam ruas buluh yang dilapik
dengan daun pisang, sebelum dibakar sehingga masak. Kaedah memasak yang menggunakan
buluh ialah cara memasak kaum asli di Malaysia.
3.OTAK-OTAK
Ketupat ada disebut dalam kesusteraan Melayu, Hikayat Indraputra, yang tarikh ditulis dicatat sebagai
1700, tetapi kisahnya wujud secara lisan sebelum tarikh tersebut.
Jenis ketupat bergantung kepada bahan yang digunakan dan daun yang digunakan untuk membuat
bungkusannya:
Kuih Bulan adalah sejenis kuih cina yang sering dimakan sewaktu perayaan Pertengahan Musim
Luruh. Kuih bulan biasanya pastri bulat atau segi empat tepat, berukuran lebih kurang 10 cm
dalam diameter dan 4-5 sm tebal. Inti tebal selalunya dibuat daripada isi biji teratai dikelilingi
oleh satu kerak agak nipis (2-3 mm) dan boleh mengandungi kuning telur daripada telur itik
masin. Kuih bulan adalah kaya, berat, dan tebal berbanding dengan kebanyakan kek Barat dan
pastri. Kuih Bulan diperbuat daripada adunan yang manis dan memiliki inti biji buah teratai atau
kacang merah atau dengan kuning telur masin di tengahanya. Banyak jenis inti boleh dijumpai
di kuih bulan tradisional mengikut budaya setempat. Terdapat beberapa jenis inti yang terdapat
dalam kuih bulan adalah pes biji teratai, pes kacang manis dan lain-lain.
2.ZONG ZI
Zongzi atau biasa disebut Ba Tzang adalah makanan tradisional Cina yang terbuat dari beras
ketan dan dibungkus dengan daun buluh sertu dikukus dan digantung untuk dikeringkan. Zongzi
biasa disajikan pada tradisi perayaan Duanwu atau Festival Perahu Naga yang jatuh pada hari ke
5 dalam bulan ke 5 dalam kalender Lunar untuk memperingati wafatnya Qu Yuan, seorang
penyair dari zaman kerajaan Chu. Menurut legenda, Qu Yuan gagal memperingati kaisar dan
para pejabat istana untuk menghentikan perang saudara yang sedang terjadi kala itu. Qu Yuan
lalu membuat puisi yang berisikan kesedihan dan kekhawatirannya terhadap peperangan di
tanah air mereka. Setelah puisi itu selesai, ia melompat ke sungai Miluo. Orang-orang mencuba
menyelamatkannya dengan melempari bungkusan-bungkusan nasi dengan maksud memberi
makan para ikan agar mereka tidak memakan mayat Qu Yuan. Nah, bungkusan-bungkusan nasi
itulah yang kemudian dikenal dengan nama Zongzi atau Ba Tzang.ang disambut pada hari ke 5
dalam bulan ke 5 kalender Lunar.
3.KUIH BAKUL
Kuih Bakul atau Nian Gao ialah makanan cina yang diperbuat daripada tepung pulut berbentuk
seperti dodol. Sungguhpun boleh dimakan bila-bila masa, secara tradisi kuih ini paling laris
dimakan ketika sambutan Tahun Baru Cina. Makanan kuih bakul dipercayai membawa tuah
pada masa perayaan ini kerana namanya “Nian Gao” di mana perkataan gāo berbunyi sama
dengan perkataan yang bermaksud ‘tinggi’ melambangkan erti “semakin tahun semakin tinggi”
atau ringkasnya “setahun lagi kehidupan, setingkat lagi kemajuan”. Sungguhpun pelbagai
jenisnya, namun semuanya berkongsi ramuan pulut sama yang dihancurkan atau dikisar
menjadi adunan, dan, bergantung kepada jenis itu, boleh diacu begitu sahaja atau dimasak
semula untuk mengukuhkan ramuannya. Kuih bakul berbagai-bagai jenisnya termasuklah jenis-
jenis yang didapati dalam masakan Shanghai, dan masakan Kontonis dari Guangdong.
Roti canai atau paratha dan puri ini pada asalnya ialah makanan kegemaran kaum India. Buat
masa kini roti canai berjaya meletakkan tarafnya bersama dengan nasi lemak, diminati oleh
sebilangan besar rakyat Malaysia. Capati yang diolah dari gandum tulin mempunyai banyak
khasiat dan makanan sesuai untuk penyakit kencing manis dan darah tinggi. Roti canai sedap
dimakan bersama dal, kari dan sambal.
3.TOSAI
Tosai ini mempunyai banyak nama lain. Tosai juga dikenali sebagai dosa, dosay, dose, dosai,
dhosha, thosai ataupun chakuli.Tosai juga terdiri daripada pelbagai jenis seperti tosai telur,
tosai cili, tosai bawang dan sebagainya. Makanan tradisional ini sering dimakan oleh rakyat
Malaysia terutamanya kaum India.Tosai boleh didapati di mana-mana gerai atau kedai mamak
dan juga di restoran india. Makanan tradisional ini berasal dari India.Tosai dimakan sebagai
sarapan pagi atau makan malam.Tosai amat kaya dengan karbohidrat dan protein.Tosai
dimakan dengan pelbagai jenis lauk sampingan. Contohnya, sambar, sambal dari buah-buahan,
acar India, kari ayam atau daging kambing dan lain-lain. Tosai diisi dengan kentang dan bawang
yang telah di goreng sehingga ranggup.
Juadah Perayaan
A)Hari Raya
Antara juadah utama yang disediakan oleh kaum Melayu di Malaysia ini untuk menyambut
perayaan Hari Raya samada Aidil Fitri atau Aidil Adha ialah lemang,ketupat pulut atau ketupat
nasi.Ia merupakan makanan utama yang dimakan bersama rendang ataupun serunding.Bahan
asasnya ialah beras pulut atau beras biasa yang di masak dengan teknik membakar didalam
buluh atau merebus didalam kelongsong daun palas atau daun kelapa untuk dijadikan ketupat
dan lemang.
dari kiri atas:rendang ayam,rendang kerang.bawah kiri serunding dan rendang daging
Selain makanan utama,kaum Melayu juga menyediakan kuih muih tradisional yang agak
popular di Malaysia ini seperti kuih bahulu,kuih karas,kuih siput,batang buruk dan lain-lain
lagi.Walaubagaimanapun kebanyakan kuih-kuih tradisional ini telah digantikan dengan kuih-
kuih moden yang jauh lebih enak dan mudah untuk disediakan.Kuih-kuih tradisional ini ada
yang disediakan dengan kaedah membakar dan menggoreng dengan bahan-bahan utama
seperti tepung,gula,telur dan lain-lain lagi.
Kaum Melayu juga sering menyajikan sejenis manisan yang dibuat untuk perayaan utama
mereka samada wajik ataupun dodol.Wajik dibuat dari beras pulut yang telah ditanak dikacau
dengan gula merah dan santan manakala dodol pula dibuat dari tepung pulut,santan dan gula
yang dikacau berjam-jam diatas api sehingga pekat.
S
a
n
g
Kuih Bakul,kuih
bangkit,kuih kapit & limau
Mandarin
Kuih Chang ataupun Zongzi pula dimakan dan disediakan untuk meraikan Festival Dragon Boat
yang disambut pada hari ke 5 dalam bulan ke 5 kalender Lunar.Ia dibuat daripada beras pulut
yang diisi inti dan dibalut dengan daun buluh serta dikukus dan digantung untuk dikeringkan.
Akhir sekali,kuih Bulan ataupun Mooncake Festival yang disambut pada hari ke 15 bulan ke 8
kalender lunar.Kuih bulan ini sejenis kuih yang manis mengandungi pelbagai inti seperti kacang
merah ataupun telur asin.Kini di Malaysia terdapat pelbagai versi dan bentuk malah ada juga
yang Halal untuk dimakan oleh orang Melayu disini.
C)Deepavali
Untuk perayaan Deepavali beberapa jenis juadah kuih-muih yang disajikan untuk tetamu yang
datang bertandang seperti murukku,candi kelapa,laddu dan macam-macam lagi dengan
kepelbagaian rasa.Ada yang manis dan ada yang pedas.