Makanan Tradisional Kaum
Makanan Tradisional Kaum
Makanan Tradisional Kaum
Nasi lemak adalah hidangan yang dijual di Malaysia, Brunei, Singapura, dan Thailand
Selatan. Nasi lemak secara meluas dimakan di Malaysia, bahkan sebagai hidangan disajikan
di sekolah-sekolah Malaysia. Nasi lemak adalah hidangan sarapan biasa, pagi-pagi dijual di
warung pinggir jalan di Malaysia, di mana ia sering dijual dibungkus dalam surat khabar,
kertas coklat, atau daun pisang. Namun, ada restoran yang menyajikannya di atas piring
sebagai makan siang atau malam hari, sehingga memungkinkan untuk hidangan yang akan
dimakan sepanjang hari. Nasi lemak kukus yang bermaksud lemak nasi panas adalah nama
lain yang diberikan kepada nasi lemak yang dihidangkan dengan nasi panas.
Kuih Bahulu
Kuih Bahulu merupakan makanan Melayu tradisional biasanya sangat popular, terutama
pada hari cuti dan hari orang ramai.Umumnya kuih bahulu terdiri daripada tiga jenis kuih
yang merupakan dikenakan bahulu kecil bahulu, lapisan bahulu bahulu and roll. Bahulu
bahulu layer dan roll agak sukar ditemui di supermarket untuk kuih tradisional ditempah
dari kilangnya.
Ketupat
Kaum Cina lebih gemar makan mi yang terdiri daripada pelbagai jenis dan teknik masakan
seperti di goreng,mi rebus,mi sup,mi hailam dan macam-macam lagi.Dan yang paling
terkenal di Malaysia ini yang juga telah menjadi makanan pelbagai kaum lain disini ialah
Char Koey Tiaw dan Mi Sizzling.
Bubur nasi dan lauk pauk serta sayuran
Kaum Cina tidak makan nasi sebagai makanan utama seharian tetapi memasak bubur nasi
yang dimakan bersama lauk pauk dan sayur-sayuran .Mereka juga gemar memakan
makanan laut dan manisan.Nasi ayam juga merupakan makanan tradisional kaum Cina yang
kini di gemari oleh semua kaum di Malaysia.
Salah satu pencuci mulut kaum Cina yang agak popular di negara kita ialah Tang Yuan.
Sejenis manisan dari beras pulut yang direbus dimakan dengan air gula lebih kurang bubur.
Terdapat juga popia yang dikenali sebagai Spring Roll sebagai makanan yang berasal dari
keturunan kaum Cina yang digemari juga kaum-kaum lain di sini.
Yee Sang
Antara juadah yang sering disaji semasa perayaan Tahun Baru Cina di Malaysia ialah Yee
Sang. Yee Sang merupakan campuran sayur-sayuran yang berbagai tekstur dan warna-warni
yang membawa maksud kemakmuran kepada mereka. Pada malam sebelum Tahun Baru
Cina mereka akan mengadakan makan besar iaitu majlis makan malam keluarga dengan
menyajikan pelbagai lauk pauk yang enak-enak. Disamping itu mereka juga menyediakan
kuih muih seperti kuih bakul,kuih kapit dan limau Mandarin untuk tetamu yang bertandang.
Kuih Chang ataupun Zongzi pula dimakan dan disediakan untuk meraikan Festival Dragon
Boat yang disambut pada hari ke 5 dalam bulan ke 5 kalender Lunar.Ia dibuat daripada
beras pulut yang diisi inti dan dibalut dengan daun buluh serta dikukus dan digantung untuk
dikeringkan.
Kuih Bulan
Mooncake Festival disambut pada hari ke 15 bulan ke 8 kalender lunar. Kuih bulan ini
sejenis kuih yang manis mengandungi pelbagai inti seperti kacang merah ataupun telur asin.
Kini di Malaysia terdapat pelbagai versi dan bentuk malah ada juga yang Halal untuk
dimakan oleh orang Melayu disini.
Makanan Tradisional Orang India
MURUKKU
Murukku juga mempunyai nama-nama lain. Nama lain murukku ialah chakli dan chakri.
Makanan tradisional ini juga berasal dari negara India. Bahan utama murukku ialah urad dan
tepung beras. Murukku boleh didapati di mana-mana sahaja dan dihidangkan sebagai
makanan ringan. Murukku amat lazat dan senang untuk disediakan. Murukku dapat dibuat
dengan pelbagai perasa seperti cili,asafoetida,ajawain dan cumin. Semua orang daripada
pelbagai kaum menikmati makanan ini tidak kira umur. Rakyat United Kingdom merujuk
murukku sebagai chakri di negara tersebut.
TOSAI
Tosai ini mempunyai banyak nama lain. Tosai juga dikenali sebagai dosa, dosay, dose, dosai,
dhosha, thosai ataupun chakuli. Tosai juga terdiri daripada pelbagai jenis seperti tosai telur,
tosai cili, tosai bawang dan sebagainya. Makanan tradisional ini sering dimakan oleh rakyat
Malaysia terutamanya kaum india. Tosai boleh didapati di mana-mana gerai atau kedai
mamak dan juga di restoran india. Makanan tradisional ini berasal dari India. Tosai dimakan
sebagai sarapan pagi atau makan malam.Tosai amat kaya dengan karbohidrat dan protein.
IDLI
Idli juga berasal dari India. Idli mempunyai banyak jenis. Contohnya, sanna, rave atau
sambar idli. Ia dimakan sebagai sarapan pagi ataupun sebagai makanan ringan. Makanan ini
sering dihidang dengan sambal dari buah-buahan, sambar dan lain-lain. Bahan utamanya
ialah vigna mungo dan nasi.
PUTU MAYAM
Putu mayam merupakan makanan tradisional India yang telah mendapat sambutan yang
mengalakkan dari semua bangsa dan kini turut dinikmati oleh semua kaum di Sri Lanka,
Malaysia dan Singapura sebagai snek. Proses menghasilkan putu mayam terdiri daripada
mengaul tepung beras atau tepung idiyappam dengan air atau santan, dan menekan doh
melalui acuan bagi menghasilkan utusan seperti mee.