Refleksi Kajian Tindakan
Refleksi Kajian Tindakan
Refleksi Kajian Tindakan
perlu yang perlu dilaksanakan dalam menyediakan satu kajian tindakan berdasarkan pengalaman saya dalam menjalani sesi praktikum di sekolah. Menurut *** kajian tindakan adalah ****. Sebelum melaksanakan kertas cadangan kajian tindakan ini di sekolah saya dan rakan-rakan khususnya guru pelatih semester 7 akan mengambil subjek penyelidikan itndakan 1. Dalam subjek ini, kuliah bagi unit Sains akan diberikan oleh pensyarah daripada Jabatan Sains, Cik Fauziah bt Hj. Yahya dan Encik Ong Chwee Kong. Dalam subjek ini saya dan rakan-rakan akan mempelajari cara bagaimana sesuatu kajian tindakan itu dihasilkan. Semasa sesi kuliah dan tutorial diadakan saya memperoleh pelbagai maklumat dan pengetahuan yang baru dalam subjek ini. Selain itu, saya turut didedahkan dengan pelbagai contoh kajian tindakan sebagai rujukan pada saya. Bagi mendapat pemahaman yang lebih jelas tentang apa yang dipelajari, saya turut membuat rujukan daripada buku-buku rujukan yang lain bagi menambahkan lagi pengetahuan saya mengenai topik ini. Pada mulanya saya merasakan subjek ini begitu susah untuk difahami kerana mengandungi terlalu banyak topik yang perlu difahami dengan begitu mendalam. Namun begitu, tunjuk ajar daripada pensyarah dan perbincangan bersama rakan-rakan banyak membantu saya dalam memahami topic yang dipelajari dalam kelas. Saya bersama rakan-rakan turut membuat rujukan terhadap kajian tindakan yang telah dilaksanakan oleh guru-guru pelatih yang terdahulu di perpustakaan. Rujukan ini dilaksanakan bagi mendapatkan gambaran yang lebih jelas bagaimana sesuatu kajian tindakan ini dilaksanakan. Setelah mempelajarinya secara teori di dalam kuliah dan melihat contoh-contoh kajian tindakan barulah saya mendapat gambaran yang lebih jelas bagaimana kajian tindakan itu dilaksanakan. Kemudian pada 22 Januari yang lepas, saya telah menjalani latihan praktikum di salah sebuah sekolah di Alor Gajah. Semasa menjalani sesi praktikum di sana, saya dikehendaki untuk menjalankan kertas cadanagan kajian tindakan saya di sana. Saya telah menjalankan kajian saya pada murid tahun 5 Mahir. Pada mulanya, saya menganggap bahawa tempoh selama tiga bulan yang diberikan adalah cukup kepada saya dalam menyediakan kertas cadangan kajian tindakan ini. Kelemahan yang saya kenal pasti semasa melaksanakan kertas cadangan kajian tindakan ini adalah aspek pengurusan masa. Disebabkan terlalu sibuk dengan aktiviti praktikum di sekolah saya telah mengabaikan pelaksanaan kertas cadangan kajian tindakan. Ini menyebabkan saya tergesa-gesa menyiapkan kertas cadangan yang perlu dihantar kepada pensyarah penyelia. Selain itu, saya juga melihat diri saya kurang focus terhadapa tajuk yang ingin dilaksanakan dalam kajian tindakan. Pada awalnya saya sering menukar fokus kajian
yang ingin dilaksanakan kerana saya kurang yakin dengan tajuk yang ingin dilaksanakan. Namun begitu setelah mendapat tunjuk ajar dan pandangan daripada pensyarah penyelia, guru pembimbing dan rakan praktikum akhirnya saya memilih untuk melaksanakan fokus kajian yang megenai penglibatan murid dengan menggunakan kaedah main peranan. Semasa melaksanakan kertas cadangan ini, saya mendapati begitu banyak kelemahan saya khususnya dalam aspek penulisan. Pertama sekali saya menghadapi masalah dalam menulis dan mengumpul bahan yang berkaitan tinjauan literatur. Saya mendapati kebanyakkan sumber yang diperoleh adalah daripada secondary resources. Ini menunjukkan kurangnya bahan bacaan yang saya gunakan dalam menyiapkan kertas cadangan. Oleh itu bertitik tolak dari kelemahan ini saya akan mengumpul lebih banyak bahan rujukan yang dapat digunakan oleh saya dalam menyiapkan proses akhir penulisan kajian tindakan. Selain itu, saya turut menghadapi kesukaran dalam penulisan APA bagi penulisan senarai rujukan. Ini kerana saya tidak begitu pasti format yang betul digunakan dalam jurnal, artikel, surat khabar. Kurangnya perbincangan bersama pensyarah penyelia turut. Segala kelemahan yang telah saya nyatakan telah menyedarkan saya betapa pentingnya aspek pengurusan masa dan juga sesi perbincangan bersama pensyarah penyelia. Walaupun telah mempelajarinya secara teori dalam kelas namun ia tidak lah semudah yang disangka semasa melaksanakannya. Disebabkan banyak kelemahan yang saya kenal pasti semasa menyiapkan kertas cadangan tersebut Walaupun telah menghantar kertas cadangan tersebut kepada pensyarah penyelia namun perasaan saya sedikit gusar, ini kerana begitu banyak kelemahan yang saya kenal pasti semasa menyiapkan kertas cadangan. Namu begitu, saya tetap positif kerana menganggap ini adalah sebahagian daripada proses belajar.