Ujian Segak-Turun Bangku
Ujian Segak-Turun Bangku
Ujian Segak-Turun Bangku
Ujian Segak
Ujian Naik Turun Bangku 3 Minit
Tujuan
Untuk mengukur daya tahan kardiovaskular.
Jantina
Lelaki dan perempuan
Pengurusan Ujian
1. Pelajar memakai kasut dan pakaian sukan yang bersesuaian.
2. Aktiviti dijalankan secara berpasangan.
3. Letakkan bangku di atas lantai yang rata dan selamat.
4. Pastikan bangku tidak bergerak semasa ujian dijalankan.
5. Sediakan rakaman atau metronom 96 detik seminit.
Prosedur Ujian
1. Pelaksanaan keseluruhan bateri ujian kecergasan ini adalah seperti Ilustrasi 4.
2. Pelajar berdiri tegak dengan sebelah kaki di atas bangku dan sebelah kaki di atas lantai
seperti Gambar A.
3. Penguji akan memberikan isyarat mula.
4. Pelajar melakukan pergerakan naik turun bangku seperti turutan lakuan dalam Ilustrasi 4.
Kaki pertama naik (Gambar A), diikuti kaki kedua (Gambar B). Kaki yang pertama naik akan
turun dahulu (Gambar C) dan diikuti kaki kedua (Gambar D). Turutan naik turun bangku
adalah naik, naik, turun, turun. Lutut mesti lurus semasa kedua-dua belah kaki berada di
atas bangku dan di atas lanatai.
5. Keseluruhan telapak kaki mesti memijak permukaan bangku dan permukaan lantai.
Disediakan oleh AJK UNTB3M
6. Pelajar melakukan pergerakan mengikut rentak rakaman atau metronom dengan kadar 96
detik seminit selama 3 minit tanpa berhenti.
7. Selepas tamat pelajar dikehendaki duduk serta merta.
8. Selepas 5 saat, guru atau murid hendaklah mengira kadar denyutan nadi.
9. Kadar denyutan nadi diambil dalam jangka masa 1 minit.
10. Jika pelajar tidak menamatkan ujian selama 3 minit tanpa henti, tiada skor untuk murid
berkenaan.