Bahasa Melayu STPM Dan SPM - Cikgu Mohd Khir Kassim Teks Bahas Ala Parlimen (Menteri Kedua)

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 10

Bahasa Melayu STPM dan SPM - Cikgu

Mohd Khir Kassim


Saturday, August 21, 2010

Teks Bahas Ala Parlimen (Menteri Kedua)

Soalan Contoh

Anda akan menyertai Pertandingan Bahas Ala Parlimen peringkat daerah sebagai pasukan
kerajaan. Usul perbahasan tersebut ialah Pemantauan Pihak Berkuasa Dapat Mencegah
Masalah Keracunan Makanan dalam Kalangan Murid Sekolah.

Sebagai menteri kedua, sediakan teks perbahasan tersebut.

Rangka Karangan

Kata alu-aluan

Pendahuluan

- tolak pindaan usul oleh pembangkang sokong definisi usul Perdana Menteri

Isi-isi Penting

i. bidasan terhadap pembangkang


ii. penguatkuasaan yang lemah
iii. wujudnya unsur rasuah

Penutup
- Pemantauan pihak berkuasa dapat mencegah masalah keracunan makanan dalam kalangan
murid sekolah.

Teks Contoh

Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Speaker Dewan, rakan-
rakan Yang Berhormat daripada pihak kerajaan, barisan pembangkang dan seterusnya ahli-ahli
dewan sekalian.

Tuan Yang Dipertua,

Sebagai menteri yang kedua, saya pastinya menolak definisi usul yang telah dipinda oleh Ketua
Pembangkang sebentar tadi iaitu Pemantauan Pihak Berkuasa Tidak Dapat Mencegah
Masalah Keracunan Makanan dalam Kalangan Murid Sekolah. Jadi saya memohon agar
definisi usul itu dipinda semula seperti definisi yang diberikan oleh Perdana Menteri, iaitu
Pemantauan Pihak Berkuasa Dapat Mencegah Masalah Keracunan Makanan dalam Kalangan
Murid Sekolah.

Tuan Yang Dipertua,

Sebelum membentangkan hujah-hujah seterusnya, saya akan membidas hujah yang


dikemukakan oleh Ketua Pembangkang sebentar tadi. Ketua Pembangkang mengatakan
bahawa pemantauan yang kurang berkesan tidak dapat mencegah masalah keracunan
makanan dalam kalangan murid sekolah.

Tuan Yang Dipertua,

Sebenarnya, pihak berkuasa mempunyai prosedur atau peraturan yang menjadi garis panduan
untuk meluluskan tender kantin kepada pengusaha yang berjaya. Selepas itu, pihak berkuasa
hendaklah memantau pengusaha-pengusaha kantin sekolah yang sedang menjalankan operasi
itu dengan berkesan. Jadi, sepatutnya pihak berkuasa hendaklah menjalankan tanggungjawab
mereka itu dengan berkesan. Sekiranya mereka menjalankan tanggungjawab yang
diamanahkan, sudah pasti masalah keracunan makanan dalam kalangan murid sekolah akan
dapat diatasi. Mungkin ada segelintir pihak yang berkuasa tidak menjalankan pemantauan
yang berkesan tetapi bukan bermakna semua pihak berkuasa tidak menjalankan pemantauan
yang berkesan. Jika berlaku juga sebahagian kecil pihak berkuasa yang tidak menjalankan
pemantauan dengan berkesan, sudah pasti mereka juga akan dikenakan tindakan kerana
kecuaian. Oleh itu, perkara pokoknya di sini ialah pihak berkuasa sepatutnya menjalankan
pemantauan dengan berkesan untuk mencegah masalah keracunan makanan dalam kalangan
murid sekolah iaitu,sebelum nasi menjadi bubur.

Tuan Yang Dipertua,

Pemantauan pihak berkuasa akan dapat mencegah masalah keracunan makanan dalam
kalangan murid sekolah, jadi hujah saya yang pertama iaitu berpaksikan frasa, pemeriksaan
berkala secara kerap. Selepas tender diberikan kepada pengusaha kantin, pihak berkuasa
perlulah membuat pemeriksaan berkala secara kerap terhadap pengusaha kantin tersebut.
Pihak berkuasa seperti pegawai-pegawai daripada Jabatan Pelajaran dan Kementerian
Kesihatan perlulah membuat pemeriksaan secara mengejut untuk memastikan makanan yang
disediakan benar-benar bersih dan selamat untuk dimakan oleh murid-murid. Sampel makanan
pula perlulah diperiksa dan dibuat uji kaji di makmal untuk memastikan kebersihan dan
keselamatannya. Selain itu, pekerja-pekerja yang terlibat untuk menyediakan makan perlulah
mematuhi syarat-syarat atau garis panduan yang telah ditetapkan. Sekiranya langkah-langkah
ini dijalankan, sudah pasti keracunan makan dalam kalanganmurid sekolahtidak akan berlaku.

Tuan Yang Dipertua,

Sekiranya pemeriksaan berkala secara kerap dijalankan sudah pasti pihak pengusaha kantin
akan mementingkan kebersihan dalam aspek penyediaan makanan. Oleh itu, pengusaha kantin
perlulah memastikan tangan pekerja yang menyediakan makanan benar-benar bersih dan
premis penyediaan makanan mereka bersih. Selain itu, tukang masak juga perlu memakai topi
dan apron di samping memotong kuku mereka agar bersih. Sayur-sayuran atau bahan-bahan
yang hendak dimasak perlulah dibersihkan dengan air yang secukupnya, di samping tidak
mendedahkan makanan kepada lalat atau serangga yang lain. Jika langkah sediakan payung
sebelum hujan ini diambil oleh pengusaha kantin, sudah tentulah masalah keracunan makanan
dapat dielakkan daripada berlaku kepada murid-murid sekolah.

Tuan Yang Dipertua,

Hujah saya yang kedua iaitu berpaksikan frasa, mengadakan kursus kepada pengusaha kantin.
Pihak berkuasa perlulah mengadakan kursus yang berkaitan dengan aspek kebersihan dalam
pengendalian makanan kepada pengusaha-pengusaha kantin sekolah. Melalui kursus tersebut,
pengusaha kantin akan mengaplikasikan pengetahuan yang diperoleh demi menjaga
kebersihan makanan di kantin sekolah. Dengan perkataan lain, sudah tentu mereka akan
diberikan pendedahan tentang cara-cara untuk menyediakan makanan yang bersih dan
selamat kepada murid-murid sekolah. Pekerja-pekerja kantin itu juga didedahkan dengan
aspek kebersihan dan kesihatan yang perlu dititikberatkan dalam penyediaan makanan. Selain
itu, mereka perlu memakai pakaian yang sepatutnya dipakai semasa memasak makanan dan
menjaga kebersihan seperti memastikan kuku mereka dipotong, membasuh tangan sebelum
memegang makanan dan memakai penutup rambut. Oleh itu, masalah keracunan makanan
dalam kalangan murid-murid sekolah akan dapat diatasi dengan efektif.

Tuan Yang Dipertua,

Sekali lagi saya ingin menegaskan bahawa saya menyokong usul ini seratus peratus dan
memohon agar usul ini diluluskan oleh dewan yang mulia ini dengan suara majoriti.

Tuan Yang Dipertua, Saya mohon mencadang.


Sekian, terima kasih.

Cikgu Mohd Khir Kassim at 4:29 AM

36 comments:

Anonymous March 16, 2011 at 3:35 AM


cikgu boleh x brikan contoh teks pembangkang ke3..email saya d [email protected]
Reply

Anonymous March 17, 2011 at 12:13 AM


cikgu boleh x postkan teks pembangkang ketiga kat sini...berharap sangat
Reply

Anonymous March 25, 2011 at 1:46 AM


Cikgu, boleh tak cikgu berikan contoh teks pembangkang yang lengkap. Kalau boleh saya ingin
dapatkan teks pencadang juga dengan tajuk yang sama. Saya nak buat panduan.Ini email saya:
[email protected] Terima kasih
Reply

kawanXx March 29, 2011 at 8:41 AM


cikgu, sy perlukan teks pembangkang ketiga. tolong e-mailkan ke [email protected]...
Reply

Anonymous September 15, 2011 at 11:19 PM


Assalamu'alaikum cikgu.boleh tak cikgu tolong berikan teks ketua pembangkant di bawah tajuk:
"penghayatan rukun negara mengukuhkan perpaduan negara"
boleh tak cikgu email kan kpd sy di alamat...
[email protected]
terima kasih cgu..
Reply

Anonymous October 21, 2011 at 8:45 PM


salam..cikgu.. sya kna mnjadi pencadang untuk tajuk " aktiviti kolej dan universiti membebankan
pelajar'.. bleh x cikgu tlong saya bgi idea utk memantapkan hujah sya.. sya rasa usul yg saya dpt ni
agk berat..tolong e-mail saya at [email protected]
Reply

Anonymous February 16, 2012 at 10:30 PM


selamat sejahtera cikgu.cigku boleh tak bagi teks ketua pembangkang atau pembangkang tentang
sains dan teknologi puca gejala sosial
ini email saya : [email protected]
terima kasih cikgu..:)
Reply

Anonymous February 22, 2012 at 5:57 AM


cgu.. bole beri idea tentang isi kerajaan dan pembangkang tentang tajuk 1. pencapaian tinggi dalam
akdemik menjamin mada depan yang cemerlang dan 2. slogan 1 malaysia dapat menigkatkan
semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat... email saya [email protected] ...tq cgu
Reply

Anonymous February 28, 2012 at 2:38 AM


ckgu bleh x tlg cth bg teks kerajaan dan pembangkang ke 2.
usul:undang-undang mampu menangani kes kemalangan jalan raya.
e-mail saya:[email protected]
terima kasih...
Reply

Anonymous February 28, 2012 at 9:47 PM


ckgu boleh tak tolong email kn saya teks bahas untuk menteri kedua mengenai keluarga
penyumbang utama melahirkbn pelajar cemerlang...tlng yep ckgu..jasamu ttp ku knang...
Reply

aida mich mylam0c March 9, 2012 at 11:51 PM


salam . ckgu , blh x saye na teks contoh penggulungan untk debat ala parlimen ? susa sgat2 na cari .
terima kasih .
Reply

Anonymous March 14, 2012 at 8:44 PM


Assalamualaikum cikgu boleh tak bagi saya contoh teks menteri/pembangkang ketiga dan
penggulungan
[email protected]
-terima-kasih
Reply

Anonymous April 2, 2012 at 6:13 AM


thanks cikgu..really helpful..
Reply

Anonymous April 14, 2012 at 2:57 AM


ringBoleh tk cikgu bagi contoh teks bahas tajuk "Media Sosial Mampu Menyemai Nilai-Nilai
Kemanusiaan"
Kalua cikgu rajin, cikgu emel pd saya.Saya baru nk bljr bahas ni.
email:[email protected]
Reply

Anonymous April 14, 2012 at 2:58 AM


Boleh tk cikgu bagi contoh teks bahas tajuk "Media Sosial Mampu Menyemai Nilai-Nilai
Kemanusiaan"
Kalua cikgu rajin, cikgu emel pd saya.Saya baru nk bljr bahas ni.
email:[email protected]
Reply

Anonymous July 11, 2012 at 4:54 AM


Salam, saya sebagai pencadang. Cikgu boleh tak beri contoh teks "Belajar Secara Berkumpulan
Lebih Baik Daripada Secara Individu". Kalau Cikgu boleh buatkan tolong emailkan ke
[email protected] ... Terima Kasih
Reply

Anonymous August 24, 2012 at 8:16 PM


assalamualaikum cikgu. saya ada pertandingan debat di sekolah nanti. saya sememangnya tak arif
tentang perdebatan ni. boleh tak cikgu tolong saya dalam nak buat teks tu. saya jadi menteri kedua.
tajuk nya, pelancongan membantu pembangunan negara. kalau boleh, emailkan kepada saya kat
[email protected] dalam masa terdekat. terima kasih ;)
Reply
Anonymous October 29, 2012 at 2:29 AM
salam. cikgu, saya ni baru cuba masuk prtandingan bahas di sekolah. cikgu, boleh x cikgu bagi
contoh teks kerajaan untuk perdana menteri,timbalan,menteri ke 3 dan pnggulungan untuk tajuk
kecemerlangan akademik menjamin kesejahteraan hidup.saya tahu tajuk ni mungkin mudah tetapi
saya masih tidak tahu bagaimana hendak mengeluarkan usul
>mohon jasa baik cikgu secepatnya ni email saya [email protected]
Reply

Edlin Adilla February 1, 2013 at 7:52 PM


salam sejahtera cikgu,sy nak minta tlg cikgu buat teks bahas tajuknya 'MEDIA SOSIAL MAMPU
MENYEMAI NILAI NILAI KEMANUSIAAN' untuk menteri kedua , cikgu boleh tolong emailkan tk? -
[email protected]
Reply

Maherian February 6, 2013 at 8:56 AM


agak lucu disitu sbb menteri/pembangkang ke 3 tiada teks kerana mereka perlu bercakap spontan
Reply

Anonymous April 11, 2013 at 3:12 AM


salam cigu, boleh berikan contoh teks teknologi maklumat membentuk masyarakat berilmu? terima
kasih. email saya [email protected]
Reply

Anonymous May 9, 2013 at 7:25 AM


cikgu,,,boleh tolong berikan teks pencadang yang bertajuk CUTI SEKOLAH YANG SINGKAT LEBIH
BAIK DARIPADA CUTI PANJANG untuk p.menteri,t.p.menteri dan menteri kabinet. Harap e-mailkan
ke [email protected] .
Harap dibantu
Reply

Anonymous July 19, 2013 at 10:12 AM


cikgu boleh x berikan teks kesemua pembahas ala parlimen di bawah tajuk 'KEHIDUPAN DI
BERASRAMA PENUH LEBIH BAIK DARI SEKOLAH HARIAN'.kalau x dapat semua ,teks perdana
menteri pun jadiklah.tolong emelkan ke [email protected]. terima kasih banyak-banyak
Reply
Anonymous October 15, 2013 at 8:56 PM
Salam cikgu,boleh tolong berikan contoh teks menteri kedua untuk tajuk bahasa melayu semakin
dipinggirkan..e-melkan ke [email protected]
Reply

Anonymous February 13, 2014 at 1:32 AM


assalamualaikum cikgu . boleh tak cikgu bagi teks pembangkang yang lengkap tentang " 1 murid 1
sukan tidak mampu meningkatkan utu sukan negara "
ini email saya , [email protected]
terima kasih cikgu !
Reply

Anonymous February 17, 2014 at 3:32 AM


salam cikgu.. boleh cikgu berikan contoh teks ketua pembangkang.. email saya
[email protected]
Reply

Anonymous March 4, 2014 at 3:23 AM


aSSALAMUALAIKUM cikgu boleh x berikan teks kesemua pembahas ala parlimen di bawah tajuk
'PENCAPAIAN TINGGI DALAM AKDEMIK MENJAMIN MASA DEPAN YANG CEMERLANG'.kalau x
dapat semua ,teks perdana menteri pun jadiklah.tolong emelkan ke [email protected].
terima kasih banyak-banyak SEMOGA CIKGU DAPAT MEMBANTU
Reply

Anonymous March 11, 2014 at 7:12 PM


assalamualaikum cikgu, boleh tak tolong hantarkan teks menteri kedua yang bertajuk 'Pemotongan
Rambut Ala Tentera Kepada Murid Lelaki'.Boleh tak cikgu?Saya sangat memerlukannya.Saya akan
menyertai pertandingan bahas ala parlimen tidak lama lagi.Kalau boleh tolong hantarkan di email
saya iaitu [email protected] .Tolongla ya cikgu. Terima kasih :)
Reply

Anonymous March 13, 2014 at 7:35 PM


Assalamualaikum. Cikgu, saya ingin minta tolong. Saya tidak tahu bagaimana untuk memulakan ayat
untuk mencelah dalam perbahasan. Jika cikgu sudi membantu sye.. cikgu boleh emailkan teks
tersebut ke alamat ini, [email protected]
Harap cikgu boleh membantu saya. Terima kasih cikgu..

Reply
Reply

Anonymous March 13, 2014 at 7:37 PM


Assalamualaikum. Cikgu, saya ingin minta tolong. Saya tidak tahu bagaimana untuk memulakan ayat
untuk mencelah dalam perbahasan. Jika cikgu sudi membantu sye.. cikgu boleh emailkan teks
tersebut ke alamat ini, [email protected]
Harap cikgu boleh membantu saya. Terima kasih cikgu..
Reply

Anonymous March 16, 2014 at 8:48 AM


Cikgu boleh x bagi contoh lengkap pembahasan yg bertajuk *rambut ala2 tentera mendisiplin kan
murid*
Reply

Anonymous June 18, 2014 at 6:23 PM


cikgu boleh x postkan contoh teks menteri ke 2
Reply

Anonymous January 20, 2015 at 5:14 AM


Cikgu saya minta cikgu emelkan teks bahas untuk menteri kedua. Usulnya 'sains dan teknologi
mampu menyelamatkan alam sekitar' cikgu boleh emelkan ke [email protected]
Reply

Anonymous January 24, 2015 at 6:41 AM


Kalau tak keberatan :/ berikan saya teks pembahas dan pembangkang yang lengkap sebab saya
baru nak ceburi debate . email saya ; [email protected] . berharap sangat ni :/ terima kasih
Reply

MLP LoverKawaii March 11, 2015 at 1:41 AM


cikgu kami dapat tajuk teknologi hijau jawapan kpd alam sekitar boleh cikgu tlg kami dapatkn
keburukan teknolog hijau
Reply

Anonymous June 5, 2015 at 12:29 AM


salam cikgu boleh tak sy dapatkan cntoh teks kerajaan persekutuan tonggak pembangunan negara..
harap cikgu dapat membantu sy .. email kn di [email protected] .. ini tugasan sy di kolej
matrikulasi .. harap cikgu sudi membantu sy bagi memudahkan tugasan sy .. segala usaha ckg sy
ucpkan ribuan terima kasih..
Reply

Enter your comment...

Comment as: Ateh Hashim (Google)

Sign out

Publish Preview Notify me

Home
View web version

Maklumat Diri

Cikgu Mohd Khir Kassim


Sepang, Selangor, Malaysia
Guru Akademik Tingkatan 6 DG52 mulai 1 Januari 2008; Gred DG54 mulai 1 Januari 2012;
Merangkap Ketua Unit Kemanusiaan Pra-U; Unit Bahasa Melayu Pra-U; Ketua Unit Penyelidikan
Pra-U; Guru Cemerlang Bahasa Melayu DG48 Mulai Oktober 2003. Kelulusan: Ijazah Sarjana Pendidikan
(Sosiologi Pendidikan) UM 1999, Ijazah Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan USM 1988, Diploma Pendidikan
IPSI 1990.
View my complete profile

Powered by Blogger.

You might also like