Tugasan Kepimpinan

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

GMGM 3023 KEPIMPINAN DALAM PENGURUSAN AWAM

Perkhidmatan bomba di Malaysia bermula pada tahun 1883 melalui penubuhan Skuad

Bomba dan Penyelamat Negeri Selangor yang diketuai oleh H.F.Bellamy dan 15 anggota. Pada

tahun 1946 sebaik sahaja tamat Perang Dunia Kedua, Perkhidmatan Bomba Malayan Union

(MUS) ditubuhkan dengan Flight Lt. W.J Gerumandi sebagai Pengarah Perkhidmatan Bomba

Malayan Union. MUS berpengkalan di Kuala Lumpur.

Perkhidmatan Bomba Malaysia disatukan sebagai sebuah jabatan diperingkat persekutuan

dan penyatuan Bomba dan Penyelamat di Negeri-negeri Persekutuan pada 1hb Januari 1976.

Penyatuan ini meletakkan Perkhidmatan Bomba Malaysia dibawah Kementerian Perumahan dan

Kerajaan Tempatan Malaysia. Ini diikuti oleh perkhidmatan Bomba Pulau Pinang, Kuala

Lumpur dan Melaka pada 1hb Januari 1977. Pada 15hb Mei 1981, perkhidmatan Bomba Sabah

dan Sarawak telah disatukan. Justeru, mulai pada saat itu, organisasi ini dikenali secara rasmi

sebagai Jabatan Perkhidmatan Bomba Malaysia (JPBM)

JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT, MALAYSIA (JBPM)

Jabatan Bomba dan Penyelamat, Malaysia (JBPM) mempunyai objektif untuk memberi khidmat

pencegahan dan pemadaman kebakaran, menguatkuasakan undang-undang yang berkaitan

Untuk memenuhi objektif tersebut antara fungsi-fungsi yang dijalankan oleh jabatan mengikut

peruntukkan dibawah seksyen 5(1) & (2) di dalam akta Perkhidmatan Bomba 1988 (Akta 341)

seperti berikut :

1. Memadam, menentang, mencegah dan mengawal kebakaran.

2. Melindungi nyawa dan harta sekiranya berlaku kebakaran.

3. Menentukan adanya jalan keluar kebakaran, penyelengaraan dan pengawalseliaan yang

sempurna.

TUGASAN BERKUMPULAN Page 1


GMGM 3023 KEPIMPINAN DALAM PENGURUSAN AWAM

Maksud pegawai bomba dan Tugas-tugas Bomba menurut Akta 341

Pegawai Bomba ertinya orang yang diambil khidmat dalam Jabatan Bomba dan Penyelamat

bagi melaksanakan tugas yang pada masa yang sama dia dikehendaki atau dibenarkan memakai

pakaian seragam;

Tugas Jabatan Bomba dan Penyelamat hendaklah termasuk -

(a) mengambil langkah yang sah bagi

i. memadam, menentang, mencegah, dan mengawal kebakaran;

ii. melindungi nyawa dan harta sekiranya berlaku kebakaran;

iii. menentukan adanya jalan keluar kebakaran, penyenggaraannya, dan

pengawalseliaannya yang sempurna; dan

iv. menentukan adanya jalan keluar yang cukup dari semua premis ditetapkan sekiranya

berlaku kebakaran;

Fungsi Setiap unit Dalam Bomba Dan Penyelamat

Seksyen Pengurusan Operasi

o Mengurus perlaksanaan pengurusan operasi besar dan bencana.

o Memantau perlaksanaan pengurusan operasi kecil.

o Membuat dasar dan SOP / ATJ operasi kebombaan dan memantau keberkesanan

perlaksanaannya.

o Menganalisa dan mengkaji keberkesanan pengurusan operasi, pengurusan logistik

operasi dan persediaan.

o Mengawalselia pengurusan Pusat Pengurusan Operasi (PPO)/ Pusat Gerakan Operasi

(PGO) Jabatan.
TUGASAN BERKUMPULAN Page 2
GMGM 3023 KEPIMPINAN DALAM PENGURUSAN AWAM

o Program latihan kecekapan operasi di balai, Kawad kemahiran

o Pemeriksaan dan penyelenggaraan kenderaan dan peralatan serta personal gear pegawai.

o Kebersihan dan keselesaan balai.

o Penyediaan Polisi Keselamatan dan Kesihatan (Safety and Health Policy) pegawai di

tempat kerja.

Cawangan Tugas-Tugas Khas

o Menyediakan dasar pelaksanaan tugas khas.

o Menguruskan pelaksanaan tugas.

o Menyediakan panduan pelaksanaan.

o Membuat pemantauan pelaksanaan tugas khas.

Cawangan Pengurusan Sumber Air

o Merancang pemasangan baru mengikut keperluan.

o Mengkaji sumber air yang sesuai untuk pemadaman.

o Menyediakan dasar dan perundangan berkaitan sumber air.

o Menyediakan prosedur / standard pemeriksaan dan pengujian pili bomba.

o Menyediakan prosedur / standard penyelenggaraan pili bomba.

o Menyemak rekod pili bomba.

o Memantau pengurusan sumber air.

Sebagai pegawai bomba tugasan bekerja fokus jabatan adalah merupakan isu-isu

menyelamat dan kebakaran dipertanggungjawab terhadap mereka oleh masyarakat. Pegawai

bomba yang berpengalaman akan saling bantu membantu dengan memberi tunjuk ajar kepada
TUGASAN BERKUMPULAN Page 3
GMGM 3023 KEPIMPINAN DALAM PENGURUSAN AWAM
pegawai bomba yang baharu oleh itu pengalaman dikongsi bersama dengan pegawai yang lain

sewaktu menjalankan latihan dan tugasan. Kebanyakkan ketua-ketua balai bomba banyak

memberi tunjuk ajar dan berkongsikan pengalaman. Pegawai bomba perlu perlu mempunyai nilai

murni seperti ketulusan, kejujuran, bijaksana, keikhlasan, kebenaran, hormat-menghormati, adil

dalam setiap tindakan, tidak berpura-pura, melakukan perkara yang baik setiap masa dan patuhi

undang-undang.

dan mengarah, menyalur, memandu, menjadi rujukan, menjaga masa dan menyelaraskan

kerja anggota dalam pasukannya. Selain itu beliau juga sebagai pemimpin dalam pasukan bomba

akan bertindak secara meluas untuk memenuhi kehendak dan mencapai matlamat dalam

organisasi. Beliau juga sebagai penggerak kepada anggota-anggota bomba lain serta sentiasa

memberi peluang dan macari peluang dalam pasukan bomba untuk terus maju. Encik Kharir Bin

Shaibi selaku Komander Unit Hazmat di Balai Bomba Pengkalan menggunakan kuasa dengan

bijak dan

Encik Kharir Bin Shaibi selaku Komander Unit Hazmat di Balai Bomba Pengkalan

mempunyai ciri-ciri sebagai pemimpin bertanggungjawab melalui kepimpinannya yang

ditunjukkan daripada sifat. Kepimpinan ini dapat dilihat unsur dengan personaliti beliau.

Kepimpinan beliau di mana memastikan ahli anggota bombanya yang berada dalam pasukan

beliau lebih berkeyakinan dengan kekuatan dan kesungguhan yang ditunjukkan semasa tugas

dilaksanakan.

Makluman daripada Encik Kharir Bin Shaibi selaku Komander Unit Hazmat di Balai

Bomba Pengkalan terdapat 2 konsep semasa dalam operasi pemadaman iaitu defensive dan

offensive. Konsep pertama bertahan dari bentuk luaran iaitu pemadaman dari luar disebabkan

tidak mengetahui jenis kebakaran yang berlaku. Kedua tindakan mara ke dalam untuk mencari

TUGASAN BERKUMPULAN Page 4


GMGM 3023 KEPIMPINAN DALAM PENGURUSAN AWAM
punca api, tetapi terdapat perbezaan dengan unit beliau iaitu unit kimia dan CBRME di Perak.

Unit beliau terdapat 3 konsep iaitu defensive, offensive dan nonintervention. Dapat di lihat

tindakan yang kita tidak boleh buat apa, iaitu tunggu dan lihat keputusan sekiranya tempat

tersebut tercemar dan berbahaya. Dapat di lihat tindakan kepimpinan beliau dalam menangani

kes yang berlaku pada September 2016 berlaku kebocoran gas di Kilang Perindustrian Bukit

Merah. Di mana beliau telah mengambil tindakan untuk mengenalpasti arah angina untuk

menyelamatkan diri dan 5 anggota bomba disebabkan arah angina yang tidak sekata walaupun

ketika itu mereka mempunyai sut perlindungan yang kebal dalam mengawal gas klorin.

Kepimpinan beliau merujuk beberapa aspek iaitu berkeyakinan diri, bersistematik,

berfikiran terbuka, teliti, berpengatahuan luas, kreatif, berani mengambil risiko dan sedia

memberikan bimbingan kepada anggota-angota bomba. Selain itu kepimpinan tingkah laku

beliau meliputi beberapa aspek seperti melakukan pemantauan, menyediakan kemudahan,

pemberian ganjaran, menyediakan suasana kerja yang kondusif, menggalakan anggota-anggota

bomba memberi komitmen terhadap tugasan dengan lebih baik. Terdapat juga kepimpinan beliau

memfokuskan kepada aspek kemahiran dengan memiliki kemahiran komunikasi yang baik,

memberi penerangan tentang tugas dan objektif, mencari idea dan sumber-sumber baru,

mendapatkan pandangan daripada anggota-anggota bomba lain dan sebagainya.

Tindakan yang dapat dilakukkan adalah dengan menyelitkan teguran secara menasihati

supaya memberikan kesedaran kepada mereka dan sedikit tegas dalam meningatkan peraturan.

Selain itu pendekatan tindakan melalui untuk memberi pujian kepada generasi ini dan cuba untuk

mendalami sikap mereka.

Selain itu stail kepimpinan beliau juga dikategorikan sebagai kepimpinan karismatik di

mana kesanggupan beliau untuk memotivasikan pekerja dengan melakukan sesuatu yang di luar

TUGASAN BERKUMPULAN Page 5


GMGM 3023 KEPIMPINAN DALAM PENGURUSAN AWAM
dalam jangkaan biasa. Kekuatan kepimpinan karismatik beliau dengan memulakan dengan

pelbagai tanggapan atau anggaran mengenai masa depan anggota-anggota bomba yang

sebenarnya, membentuk nilai korporat bagi sesiapa yang terlibat dan mempercayai anggota-

anggota bombadan mendapatkan kepercayaan daripada mereka. Kepimpinan beliau menaikkan

semangat atau minat anggota-anggota bomba masing-masing untuk mancapai kepentingan atau

keperluan organisasi. Kepimpinan Encik Kharir Bin Shaibi selaku Komander Unit Hazmat di

Balai Bomba Pengkalan juga melakukan perubahan untuk merangsang atau mendorong anggota-

anggota bomba supaya mempunyai semangat untuk melaksanakan tugasan.

Selepas menjalankan satu sesi temubual bersama Encik Khariri Bin Ahmad Shaibi kami

telah sedikit sebanyak mengetahui tentang sejarah latar belakang awal penubuhan perkhidmatan

bomba di Malaysia.

Perkhidmatan bomba di Malaysia bermula pada tahun 1883 melalui penubuhan Skuad

Bomba dan Penyelamat Negeri Selangor yang diketuai oleh H.F Bellamy dan 15 anggota. Pada

tahun 1946 sebaik sahaja tamat Perang Dunia Kedua, Perkhidmatan Bomba Malayan Union

(MUS) ditubuhkan dengan Flight Lt. W.J Gerumamdi sebagai Pengarah Perkhidmatan Bomba

Malayan Union. Mus berpengkalan di Kuala Lumpur.

Kemudiannya perkidmatan Bomba di satukan sebagai sebuah jabatan diperingkat

persekutuan dan penyatuan Bomba dan penyelamat di Negeri-negeri Persekutuan pada 1hb

Januari 1976. Pada 15 Mei 1981 perkhidmatan Bomba Sabah dan Serawak serta Pulau Pinang,

Kuala Lumpur dan Melaka disatukan dibawah bomba dan penyelamat di Negeri-negeri

Persekutuan menjadi sebagai Jabatan Perkhidmatan Bomba Malaysia (JPBM).

Seterusnya kami sedikit sebanyak mengetahui objektif JPBM ditubuhkan. Antaranya ialah

untuk memberi khidmat pencegahan dan pemadaman kebakaran, menguatkuasakan undang-

TUGASAN BERKUMPULAN Page 6


GMGM 3023 KEPIMPINAN DALAM PENGURUSAN AWAM
undang yang berkaitan dengan aspek keselamatan dan memadam kebakaran serta menyediakan

khidmat kemanusiaan yang cekap dan berkesan. Ciri-ciri keperibadian beliau dapat dilihat

melalui cara kepimpinannya dalam memimpin anggota bawahanya, kakitangan organisasinya

dan sikap yang dipamerkan oleh beliau kepada masyarakat sekeliling. Dalam hal ini, sebagai

pemimpin beliau melaksanakan pelbagai fungsi kepimpinan yang membawa kepada

kecemerlangan,

Selain pada itu,kami telah mendapat banyak nasihat yang berguna daripada beliau dan kata

kata motivasi serta teguran iaitu kesedaran kepada kami dan generasi Y dalam mengingatkan

peraturan. Melalui keluarga penentuan semangat individu akan menaik atau menurun. Nasihat

demi nasihat selalu diberikan agar lebih menghargai yang mana baik yang mana buruk dan

impak kepada individu sekeliling manakala keluarga memainkan peranan yang penting dalam

menjalani kehidupan seharian.

Secara kesimpulannya dapat dibuat, pemimpin adalah merupakan tunjang utama dalam

suatu organisasi bagi menjalankan kerja-kerja yang diamanahkan supaya ianya bergerak lancar ,

cekap dan efisyen. Pemimpin seperti beliau wajar dijadikan contoh dan teladan kepada generasi-

generasi sekarang dan masa hadapan.

TUGASAN BERKUMPULAN Page 7

You might also like