Ayat Majmuk
Ayat Majmuk
Ayat Majmuk
Menurut buku Tatabahasa Dewan edisi ketiga (2008), ayat majmuk ialah ayat
yang dibina dengan mencantumkan dua ayat tunggal atau lebih, dan
percantuman ayat-ayat itu disusun mengikut cara tertentu sehingga
menjadikannya ayat 1,(a) , dengan ayat 1.(b);
1. Ali sedang membaca buku dan Fatimah sedang membuat
latihan matematik.
(a) Ali sedang membaca buku.
(b) Fatimah sedang membuat latihan matematik.
Ayat majmuk gabungan ialah ayat yang dibina oleh dua ayat atau lebih yang
menjadikan satu dengan cara mengabungkan atau mencantumkan ayat-ayat
tersebut dengan kata hubung seperti ,dan,atau, tetapi, dan sebagainya.
Contoh:
1 Rokiah pandai menyanyi dan menari.
2 Abu kurus tetapi kuat makan.
Ayat 1 dihubungkan dengan kata hubung dan manakala ayat 2 dihubungkan
dengan kata hubung tetapi.
Ayat majmuk pancangan ialah ayat yang dibentuk oleh klausa yang tidak
setara.Ini bermakna dalam ayat berkenaan terdapat satu klausa
bebas atauayat utama dan satu atau lebih klausa tak
bebas atau ayat kecil.Ayat kecil dipancangkan di dalam ayat utama dengan
menggunakan kata hubungan seperti yang, bahawa, kerana, jika, apabila,
sungguhpun dan sebagainya.Dalam bahasa Melayu, ayat majmuk pancangan
dapat dibahagikan kepada tiga jenis iatu ayat relatif, ayat komplemen, dan ayat
keterangan.
Ayat majmuk campuran ialah ayat yang mengandungi lebih daripada satu jenis
ayat.Ayat ini mungkin terdiri daripada ayat tunggal dan ayat majmuk gabungan
atau ayat majmuk pancangan.Biasanya, ayat jenis ini panjang.Panjang pendek
bukanlah kriteria ayat majmuk campuran tetapi bilangan subjek dan predikatnya
atau bilangan klausanya.
Contoh 1:
Mereka mendaftarkan kanak-kanak yang lahir dalam tahun 2002, yang telah
menerima suntikan tersebut.
Dalam ayat ini terdapat dua ayat relatif yang dipancangkan ke dalam ayat induk
iaitu yang lahir dalam tahun 2002 dan yang mereka menerima suntikan tersebut.
Subjek ayat majmuk ialah mereka, katakerjanya mendaftarkan dan objek tepat
kanak-kanak.Kedua-dua ayat relatif itu merupakan penerang kepada objek tepat
2. Dengan berdasarkan petikan dari buku teks Tahun 6 muka surat 23 dan
63 setelah dianalisis petikan tersebut dan telah mendapati beberapa contoh
mengikut perkara berikut:
Contoh 2:
Apabila menyebut perkataan hutan, tergambar dalam fikiran kita akan pokok-
pokok yang besar dan pelbagai jenis mergastua.