Kertas Kerja Kem Lencana Keris Emas

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

KERTAS KERJA

KEM LENCANA KERIS EMAS


PENGAKAP KANAK-KANAK
SK KUALA TOMANI, TENOM

TARIKH :
11 & 12 NOVEMBER 2016

TEMPAT :
SK KUALA TOMANI, TENOM

ANJURAN :
PERGERAKAN PENGAKAP SK KUALA TOMANI, TENOM
dengan kerjasama
PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA CAWANGAN SABAH
DAERAH KEMABONG

TEMA :
“ROAD TO CUB SCOUT CORD”
1.0 PENGENALAN
Kem Lencana Keris Emas merupakan aktiviti wajib Pergerakan Pengakap Kanak-Kanak yang disertai
oleh pengakap kanak-kanak SK Kuala Tomani yang telah lulus Lencana Keris Perak. Lencana Keris
Emas ini adalah lencana kemajuan tertinggi dalam Skim Latihan Pengakap Kanak-Kanak yang perlu
dilengkapkan sebelum ahli menamatkan persekolahan mereka di Tahun 6.

Setelah lulus Kem Lencana Keris Emas, mereka akan dinilai dari segi sahsiah sebelum dianugerahkan
Rambu Pengakap Kanak-Kanak, iaitu satu pengiktirafan daripada Pengakap untuk ahli kerana berjaya
melengkapkan latihan masing-masing.

Selari dengan perkembangan semasa yang semakin mencabar ini, kecemerlangan seseorang pelajar
tidak hanya bergantung kepada pencapaian akademik semata-mata bahkan para pelajar juga perlu
memiliki ciri-ciri kepimpinan yang mantap, berketrampilan, pekerti yang mulia, dan berkebolehan
menyesuaikan diri dengan era globalisasi.

Ciri-ciri ini penting untuk dimiliki oleh setiap ahli pasukan bagi merealisasikan Falsafah Pendidikan
Negara. Semoga cita-cita dan hasrat murni ini akan difahami dan dihayati sepanjang perkhemahan
ini. Di samping itu, semua peserta perkhemahan perlu sentiasa menjunjung nilai permuafakatan
dalam melaksanakan setiap aktiviti yang dijalankan bagi mencapai kejayaan yang cemerlang, seperti
kata pepatah ‘bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat’.

2.0 MATLAMAT
Membina potensi pelajar sebagai pemimpin dan melahirkan pelajar yang berketrampilan dalam
pelbagai bidang melalui berpengakap.

3.0 OBJEKTIF
1. Memastikan pelajar berpeluang lulus Ujian Lencana Keris Emas seperti mana dalam Skim
Pengakap Kanak-Kanak seperti yang ditetapkan oleh Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM).
2. Melahirkan murid yang berdisiplin dan bersemangat juang untuk memastikan kecemerlangan
yang seimbang dalam bidang kokurikulum dan kurikulum.
3. Untuk memberi pendedahan dan pengalaman kepada ahli-ahli tentang aspek perkhemahan
secara menyeluruh.
4. Untuk memupuk semangat kerjasama dan berdikari serta meningkatkan motivasi dan keyakinan
diri setiap peserta.
5. Untuk menggalakkan integrasi nasional, memahami kebudayaan dan kepercayaan yang pelbagai
serta menghormati pegangan masing-masing.
4.0 ANJURAN
Pergerakan Pengakap SK Kuala Tomani, Tenom.
Dengan Kerjasama,
Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Sabah Daerah Kemabong.

5.0 TEMA
“ROAD TO CUB SCOUT CORD”

6.0 MAKLUMAT PROGRAM


6.1 TARIKH & HARI
11 & 12 November 2016 (Jumaat & Sabtu)

6.2 TEMPAT
SK Kuala Tomani, Tenom

6.3 SASARAN
6 orang murid yang terdiri daripada Ahli Pergerakan Pengakap SK Kuala Tomani dan
pemegang Lencana Keris Perak.

7.0 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA


Rujuk Lampiran I

8.0 TENTATIF PROGRAM


Rujuk Lampiran II

9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN


Rujuk Lampiran III

10.0 PENUTUP
Adalah amat diharapkan agar Kem Lencan Keris Emas ini dapat dijalankan dengan lebih cemerlang
ke arah kegemilangan yang paling tinggi. Kerjasama daripada para guru dan semua pihak yang
terlibat begitu diperlukan untuk menjayakan hasrat murni ini.

DISEDIAKAN OLEH, DISEMAK OLEH, DISAHKAN OLEH,

................................. ........................................ .......................................


(DELDRIN PETER) (BONIFACE B. JOHANIS) (HAMZAH BIN JUMADI)
PEMIMPIN, PK KOKURIKULUM, GURU BESAR,
PERGERAKAN PENGAKAP, SK KUALA TOMANI, TENOM. SK KUALA TOMANI, TENOM.
SK KUALA TOMANI, TENOM.
LAMPIRAN I : AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

PENAUNG : EN. MOHD RIDHUAN BIN YUSOF


PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH TENOM

PENASIHAT : EN. HAMZAH BIN JUMADI


GURU BESAR SK KUALA TOMANI, TENOM

PENGERUSI : EN. BONIFACE B. JOHANIS


PEN. KANAN KOKURIKULUM

NAIB PENGERUSI : PN. INING BINTI LINGGANG


PEN. KANAN HEM

KETUA PENYELARAS : EN. ALBERT BIN ANSIKIT


KETUA PENYELARAS UNIT BERUNIFORM

SETIAUSAHA : EN. DELDRIN PETER


PEMIMPIN PERGERAKAN PENGAKAP SK KUALA TOMANI

BENDAHARI : PN. SITI LAILA MAYRAH RAHIM


PEN. PEMIMPIN PERGERAKAN PENGAKAP SK KUALA TOMANI

KEM KOMANDEN : EN. MOHD AL HAFIS BIN BOHARI

REKOD & SIJIL : PN. NORSHELAWATIE BINTI MAHMOOD

KEBAJIKAN & KESELAMATAN : EN. SAFRI MD. YUSSOF

MEDIA & DOKUMENTASI : EN. AHMAD THARMIZI BIN DAMIT

HAL-WANI : PN. GALIT BINTI TALIYOR

QUARTERMASTER : PN. SYAFINA BINTI MAIDOL

TUGAS-TUGAS KHAS : PN. HEROSE WONG


PN. FATIN SYUKRIAH BINTI ABDUL HALIM
CIK KHAIRUNISSA
LAMPIRAN II : TENTATIF PROGRAM & TINDAKAN

TARIKH MASA AKTIVITI PENGENDALI


1.00pm – 2.00pm Pendaftaran Peserta KRU SKKT
Sidang 1 : A1 – A4
A1 Lagu Patriotik
A2 Jata Negara & Lambang Negeri
2.00pm – 4.00pm DELDRIN
A3 Mengenali Tokoh Tempatan
A4 Mengenali Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri &
Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara
4.00pm – 4.30pm Rehat -
11 Nov 2016
Aktiviti 1 : C1
4.30pm – 5.30pm ZULKIFLI
C1 Latihan Asas Perbarisan
Solat Maghrib & Moral / Pengurusan Diri /
5.30pm – 7.30pm -
Makan Malam
7.30pm – 9.30pm Malam Kebudayaan : D3 AZIDAH
Aktiviti 2 : D2.3
9.30pm – 11.00pm SYLVESTER
D2.3 – Aktiviti Kraftangan (Layang-Layang)
11.00pm Tidur / Sentri KO-KHIDMAT

Solat Subuh & Moral / Pengurusan Diri /


5.30am – 7.00am -
Sarapan Pagi
7.00am – 7.30am Laung Agung DELDRIN
Aktiviti 3 : C4
7.30am – 8.30am JASRI
C4 Demonstrasi Mendiri & Menurunkan Khemah
Sidang 2 : C3
8.30am – 9.30am AKHYARI
C3 Simpulan & Ikatan
9.30am – 10.00am Rehat -
Sidang 3 : B1 – B5
B1 Lima Peraturan Hidup Sihat & Bahagia
B2 Mengatasi Sakit Selesema
12 Nov 2016 10.00am – 12.30pm B3 Maksud Pertolongan Cemas & Cara Mendapatkan FELICIA/DELDRIN
Bantuan Kecemasan
B4 Balutan Anduh
B5 Buku Skrap
12.30pm – 1.30pm Solat Zohor / Makan Tengahari -
Aktiviti 4 : D1
1.30pm – 2.30pm ALBERT
D1 Mengetahui 5 Jenis Pokok Hutan & Kegunaannya
Aktiviti 5 : D2.3
2.30pm – 3.00pm SYLVESTER
D2.3 – Aktiviti Kraftangan (Main Layang-Layang)
3.00pm – 3.30pm Break Camp / Khidmas -
3.30pm – 4.00pm Majlis Penutupan KRU SKKT
4.00pm Bersurai / Sayonara -
LAMPIRAN III : ANGGARAN PERBELANJAAN

PERKARA KUANTITI ANGGARAN


Kit & Sijil Perkhemahan
- Lencana Keris Emas RM 4.00 x 6 RM 24.00
- Lencana Kem RM 4.00 x 6 RM 24.00
- Lencana Aktiviti RM 6.00 x 6 RM 36.00
- Kertas Sijil RM 0.50 x 6 RM 3.00

Bahan-Bahan Masakan :
- Beras 10kg RM 30.00 x 1 kampit RM 30.00
- Sayur-Sayuran RM 18.00 x 1 pek RM 18.00
- Telur RM 11.00 x 1 tray RM 11.00
- Tin Sardin (Besar) RM 7.00 x 3 tin RM 21.00
- Mee Kuning RM 18.00 x 1 pek RM 18.00
- Ayam RM 30.00 RM 30.00
- Bawang RM 3.00 x 3 jenis RM 9.00
- Minyak Masak RM 3.50 x 2 plastik RM 7.00
- Kicap RM 3.50 x 1 botol RM 3.50
- Sos Tiram RM 3.50 x 1 botol RM 3.50
- Garam RM 1.00 x 1 plastik RM 1.00
- Bahan Perasa RM 2.00 x 1 plastik RM 2.00
- Milo RM 15.00 x 1 pek RM 15.00
- Gula RM 4.00 x 1 pek RM 4.00

JUMLAH BESAR RM 260.00

Kutipan daripada pelajar : RM 10.00 x 6 = RM 60.00

Jumlah peruntukkan yang diperlukan : RM 260.00 – RM 60.00 = RM 200.00

You might also like