Kertas Kerja Pengakap 2020 Audit

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

KERTAS KERJA

KEM LENCANA KERIS EMAS


PENGAKAP KANAK-KANAK
SK KOLOROK, TENOM

TARIKH :

TEMPAT :
SK KOLOROK, TENOM

ANJURAN :
PERGERAKAN PENGAKAP SK KOLOROK, TENOM
dengan kerjasama
PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA CAWANGAN SABAH
DAERAH KEMABONG

TEMA :
“ROAD TO CUB SCOUT CORD”
1.0 PENGENALAN
Kem Lencana Keris Emas merupakan aktiviti wajib Pergerakan Pengakap Kanak-Kanak yang disertai
oleh pengakap kanak-kanak SK Kolorok yang telah lulus Lencana Keris Perak. Lencana Keris Emas ini
adalah lencana kemajuan tertinggi dalam Skim Latihan Pengakap Kanak-Kanak yang perlu
dilengkapkan sebelum ahli menamatkan persekolahan mereka di Tahun 6.

Setelah lulus Kem Lencana Keris Emas, mereka akan dinilai dari segi sahsiah sebelum
dianugerahkan Rambu Pengakap Kanak-Kanak, iaitu satu pengiktirafan daripada Pengakap untuk
ahli kerana berjaya melengkapkan latihan masing-masing.

Selari dengan perkembangan semasa yang semakin mencabar ini, kecemerlangan seseorang pelajar
tidak hanya bergantung kepada pencapaian akademik semata-mata bahkan para pelajar juga perlu
memiliki ciri-ciri kepimpinan yang mantap, berketrampilan, pekerti yang mulia, dan berkebolehan
menyesuaikan diri dengan era globalisasi.

Ciri-ciri ini penting untuk dimiliki oleh setiap ahli pasukan bagi merealisasikan Falsafah Pendidikan
Negara. Semoga cita-cita dan hasrat murni ini akan difahami dan dihayati sepanjang perkhemahan
ini. Di samping itu, semua peserta perkhemahan perlu sentiasa menjunjung nilai permuafakatan
dalam melaksanakan setiap aktiviti yang dijalankan bagi mencapai kejayaan yang cemerlang,
seperti kata pepatah ‘bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat’.

2.0 MATLAMAT
Membina potensi pelajar sebagai pemimpin dan melahirkan pelajar yang berketrampilan dalam
pelbagai bidang melalui berpengakap.

3.0 OBJEKTIF
1. Memastikan pelajar berpeluang lulus Ujian Lencana Keris Emas seperti mana dalam Skim
Pengakap Kanak-Kanak seperti yang ditetapkan oleh Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM).
2. Melahirkan murid yang berdisiplin dan bersemangat juang untuk memastikan kecemerlangan
yang seimbang dalam bidang kokurikulum dan kurikulum.
3. Untuk memberi pendedahan dan pengalaman kepada ahli-ahli tentang aspek perkhemahan
secara menyeluruh.
4. Untuk memupuk semangat kerjasama dan berdikari serta meningkatkan motivasi dan
keyakinan diri setiap peserta.
5. Untuk menggalakkan integrasi nasional, memahami kebudayaan dan kepercayaan yang
pelbagai serta menghormati pegangan masing-masing.
4.0 ANJURAN
Pergerakan Pengakap SK Kolorok, Tenom.
Dengan Kerjasama,
Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Sabah Daerah Kemabong.

5.0 TEMA
“ROAD TO CUB SCOUT CORD”

6.0 MAKLUMAT PROGRAM


6.1 TARIKH & HARI

6.2 TEMPAT
SK Kolorok, Tenom

6.3 SASARAN
Semua murid yang terdiri daripada Ahli Pergerakan Pengakap SK Kolorok dan pemegang
Lencana Keris Perak.

7.0 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA


Rujuk Lampiran I

8.0 TENTATIF PROGRAM


Rujuk Lampiran II

9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN


Rujuk Lampiran III

10.0 PENUTUP
Adalah amat diharapkan agar Kem Lencan Keris Emas ini dapat dijalankan dengan lebih cemerlang
ke arah kegemilangan yang paling tinggi. Kerjasama daripada para guru dan semua pihak yang
terlibat begitu diperlukan untuk menjayakan hasrat murni ini.

DISEDIAKAN OLEH, DISEMAK OLEH, DISAHKAN OLEH,

................................. ........................................ .......................................


(MOHD ESSAUFFY BIN (HAFEZ AZWAN BIN DAWIS) (YUTANG PAMIANG AMPULI)
ROSSKELLY) PK KOKURIKULUM, GURU BESAR,
PEMIMPIN, SK KOLOROK, TENOM. SK KOLOROK, TENOM.
PERGERAKAN PENGAKAP,
SK KOLOROK, TENOM.
LAMPIRAN I : AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

PENAUNG : EN. MOHD RIDHUAN BIN YUSOF


PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH TENOM

PENASIHAT : EN. YUTANG PAMIANG AMPULI


GURU BESAR SK KOLOROK, TENOM

PENGERUSI : EN. HAFEZ AZWAN BIN DARWIS


PEN. KANAN KOKURIKULUM

NAIB PENGERUSI : EN. JOEFREEZER MOURICE


PEN. KANAN HEM

KETUA PENYELARAS : EN. MOHD ESSAUFFY BIN ROSSKELLY


KETUA PENYELARAS UNIT BERUNIFORM

SETIAUSAHA : EN. MOHD ESSAUFFY BIN ROSSKELLY


PEMIMPIN PERGERAKAN PENGAKAP SK KUALA TOMANI

BENDAHARI : EN. MOHD ZAHAR BIN ALI


PEN. PEMIMPIN PERGERAKAN PENGAKAP SK KUALA TOMANI

KEM KOMANDEN : EN. MOHD FAEZ BIN SAHMAIN

REKOD & SIJIL : PN. JULINIH TANIS

KEBAJIKAN & KESELAMATAN : EN. FADLEY@ RAYNER PATRICK


EN. RAINOH PING SANG

MEDIA & DOKUMENTASI : EN. FREDOLINE FRANCIS


EN. FAZRUL

HAL-WANI : PN. JULINIH TANIS


PN. ROHANI ANDUL

QUARTERMASTER : EN. RAYSTER DOON

TUGAS-TUGAS KHAS : EN SARADIN BIN SIRIN


LAMPIRAN II : TENTATIF PROGRAM & TINDAKAN

TARIKH MASA AKTIVITI PENGENDALI


1.00pm – 2.00pm Pendaftaran Peserta KRU SKK
Sidang 1 : A1 – A4
A1 Lagu Patriotik
A2 Jata Negara & Lambang Negeri RAINOH
2.00pm – 4.00pm
A3 Mengenali Tokoh Tempatan ZAHAR
A4 Mengenali Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri &
Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara
4.00pm – 4.30pm Rehat -
Aktiviti 1 : C1 FREDOLINE
4.30pm – 5.30pm
C1 Latihan Asas Perbarisan FADLEY@RAYNER
Solat Maghrib & Moral / Pengurusan Diri /
5.30pm – 7.30pm KO-KHIDMAT
Makan Malam
JULINIH
7.30pm – 9.30pm Malam Kebudayaan : D3
ROHANI
Aktiviti 2 : D2.3 HAFEZ
9.30pm – 11.00pm
D2.3 – Aktiviti Kraftangan (Layang-Layang) JOEFREEZER
11.00pm Tidur / Sentri KO-KHIDMAT

Solat Subuh & Moral / Pengurusan Diri /


5.30am – 7.00am -
Sarapan Pagi
7.00am – 7.30am Laung Agung FAEZ
Aktiviti 3 : C4
7.30am – 8.30am SARADIN
C4 Demonstrasi Mendiri & Menurunkan Khemah
Sidang 2 : C3
8.30am – 9.30am ESSAUFFY
C3 Simpulan & Ikatan
9.30am – 10.00am Rehat -
Sidang 3 : B1 – B5
B1 Lima Peraturan Hidup Sihat & Bahagia
B2 Mengatasi Sakit Selesema RAINOH
10.00am – 12.30pm B3 Maksud Pertolongan Cemas & Cara Mendapatkan FAZRUL
Bantuan Kecemasan ZAHAR
B4 Balutan Anduh
B5 Buku Skrap
12.30pm – 1.30pm Solat Zohor / Makan Tengahari -
Aktiviti 4 : D1 RAYSTER
1.30pm – 2.30pm
D1 Mengetahui 5 Jenis Pokok Hutan & Kegunaannya FREDOLINE
Aktiviti 5 : D2.3 HAFE AZWAN
2.30pm – 3.00pm
D2.3 – Aktiviti Kraftangan (Main Layang-Layang) JOEFREEZER
3.00pm – 3.30pm Break Camp / Khidmas -
3.30pm – 4.00pm Majlis Penutupan KRU SKK
4.00pm Bersurai / Sayonara -
LAMPIRAN III : ANGGARAN PERBELANJAAN

PERKARA KUANTITI ANGGARAN


Kit & Sijil Perkhemahan
- Lencana Keris Emas RM 4.00 x 6 RM 24.00
- Lencana Kem RM 4.00 x 6 RM 24.00
- Lencana Aktiviti RM 6.00 x 6 RM 36.00
- Kertas Sijil RM 0.50 x 6 RM 3.00

Bahan-Bahan Masakan :
- Beras 10kg RM 30.00 x 1 kampit RM 30.00
- Sayur-Sayuran RM 18.00 x 1 pek RM 18.00
- Telur RM 11.00 x 1 tray RM 11.00
- Tin Sardin (Besar) RM 7.00 x 3 tin RM 21.00
- Mee Kuning RM 18.00 x 1 pek RM 18.00
- Ayam RM 30.00 RM 30.00
- Bawang RM 3.00 x 3 jenis RM 9.00
- Minyak Masak RM 3.50 x 2 plastik RM 7.00
- Kicap RM 3.50 x 1 botol RM 3.50
- Sos Tiram RM 3.50 x 1 botol RM 3.50
- Garam RM 1.00 x 1 plastik RM 1.00
- Bahan Perasa RM 2.00 x 1 plastik RM 2.00
- Milo RM 15.00 x 1 pek RM 15.00
- Gula RM 4.00 x 1 pek RM 4.00

JUMLAH BESAR RM 260.00

Kutipan daripada pelajar : RM 10.00 x 6 = RM 60.00

Jumlah peruntukkan yang diperlukan : RM 260.00 – RM 60.00 = RM 200.00

You might also like