Perlembagaan Majlis Gabungan Etnik Sabah

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 32

PERLEMBAGAAN

MAJLIS GABUNGAN ETNIK BUMIBUTERA


NEGERI SABAH
......................................................................

1
1. FASAL 1 – NAMA
PERLEMBAGAAN
MAJLIS GABUNGAN ETNIK BUMIBUTERA
NEGERI SABAH
---------------------------------------------------------------

1. FASAL 1 – NAMA

Majlis ini dinamakan “Majlis Gabungan Etnik Bumiputera Negeri


Sabah” atau nama ringkasnya “MAGEBS”. Dalam perlembagaan ini
disebut “Majlis Gabungan”

2. FASAL 2 – ALAMAT DAN TEMPAT URUSAN

2.1. Alamat Pendaftaran:

Bangunan Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA)


Jalan Sembulan
88300 Kota Kinabalu Sabah

2.2. Alamat Surat Menyurat:

Bangunan Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA)


Jalan Sembulan
88300 Kota Kinabalu Sabah

2.1. Alamat urusan berdaftar dan alamat pos berdaftar ini tidak
boleh diubah tanpa kelulusan dan hanya boleh dikuatkuasakan
setelah mendapat kebenaran bertulis daripada Pendaftar
Pertubuhan.

3. FASAL 3 – TAFSIRAN

3.1. “MAJLIS GABUNGAN” ertinya


“Majlis Gabungan Etnik Bumiputera Negeri Sabah” atau
nama ringkasnya ”MAGEBS”.
2
3.2. “PENGERUSI” ertinya gelaran kepada Pengerusi Majlis
Gabungan Peringkat Negeri.

3.3. “MESYUARAT AGUNG TRI TAHUNAN” ertinya mesyuarat yang


wajib diadakan oleh Majlis Gabungan ini pada Tiga tahun
sekali seperti yang disebutkan dalam perlembagaan ini.

3.4. “MESYUARAT AGUNG KHAS” ertinya mesyuarat yang


diadakan oleh Majlis Gabungan ini pada bila-bila masa.

3.5. “AHLI JAWATANKUASA” ertinya Jawatankuasa Majlis


Gabungan yang sah dibentuk atau dilantik di bawah
Perlembagaan ini.

3.6. “BIRO” ertinya Jawatankuasa Kecil yang sah dibentuk atau


dilantik di bawah Perlembagaan.

3.7. ”SETIAUSAHA” ertinya Setiausaha Majlis Gabungan Peringkat


Negeri.

3.8. ”PEMERIKSA KIRA-KIRA” ertinya individu yang dilantik dalam


Mesyuarat untuk memeriksa dan mengesahkan kewangan
Majlis Gabungan.

3.9. ”JURUAUDIT DALAM” ertinya Juruaudit Dalam ialah ahli yang


bukan terdiri daripada Ahli Jawatankuasa Majlis Gabungan
dilantik untuk memeriksa kira-kira wang dan harta bagi
tujuan yang khusus pada setiap penghujung tahun dan
mengemukakan laporan kepada jawatankuasa Majlis
Gabungan.

3.10. ”JURUAUDIT LUAR” ertinya Juruaudit Luar bukan terdiri


daripada ahli pertubuhan dan yang bertauliah dilantik untuk
memeriksa penyata kira-kira wang dan harta bagi tujuan
yang khusus.

3
3.11. ”KORUM” ertinya ahli yang sepatutnya hadir untuk Mesyuarat
Agung atau Mesyuarat Majlis Gabungan mengikut
perlembagaan.

3.12. ”PEMERHATI” ertinya Individu yang dilantik dan hadir di


mesyuarat dan bukan daripada kalangan ahli pertubuhan
dan di persetujui oleh Jawatankuasa Majlis Gabungan tidak
boleh mengambil bahagian secara langsung dan tidak
boleh mengundi serta diundi.

3.13. “PEJABAT” ertinya tempat dan alamat urusan berdaftar


Pertubuhan Pertubuhan seperti yang termaktub dalam
Perlembagaan.

3.14. “AHLI” ertinya ahli atau anggota Majlis Gabungan seperti


yang disebutkan dalam Perlembagaan ini.

4. FASAL 4 – TUJUAN

4.1. TUJUAN UMUM

4.1.1. Untuk menjaga dan memelihara Hal Ehwal dan Budaya Etnik
Bumiputera Negeri Sabah.

4.1.2. Untuk meningkatkan kesetianegaraan di kalangan


Pemimpin-Peminpin Etnik Bumiputera Negeri Sabah yang
progresif.

4.1.3. Untuk mendokong prinsip-prinsip Rukun Negara dan


perlembaga negara.

4.1.4. Untuk memberikan peluang bagi penyertaan Etnik


Bumiputera dalam program pembangunan komuniti bandar
dan luar bandar.

4.1.5. Untuk memberikan peluang kepada Etnik Bumiputera bagi


latihan kepimpinan, kemahiran dan keusahawanan dalam
menghadapi cabaran dalam arus pembangunan negara.

4
4.2. TUJUAN KHUSUS

4.2.1. Memberi peluang kepada Pertubuhan Etnik Bumiputera


bergabung di Majlis Gabungan peringkat negeri.

4.2.1. Mengadakan aktiviti yang dapat mempromosi kebudayaan


Etnik Bumiputera, dalam program latihan kepimpinan,
kemahiran, keusahawanan dan meningkatkan semangat
patriotisme dikalangan Pemimpin Etnik Bumiputera.

4.2.2. Menggalakkan penyertaan dan penglibatan Etnik-Etnik


dalam program pembangunan komuniti setempat.

4.2.3. Memberi peluang kepada Etnik-Etnik terlibat

4.2.4. Bekerjasama dengan agensi kerajaan menjalankan aktiviti-


aktiviti ekonomi yang dapat memperkukuh sumber kewangan
Majlis Gabungan.

4.2.5. Memberi sokongan kepada dasar kerajaan yang memberi


kemanfaatan kepada Majlis Gabungan berkaitan dalam
pelaksanaan program pembangunan Etnik-Etnik.

4.2.6. Meningkatkan kerjasama dengan Gabungan Etnik


Bumiputera yang lain sesuai dengan matlamat Majlis
Gabungan.

4.2.7. Melahirkan tenaga sukarelawan etnik bumiputera yang


akan dapat memberikan perkhidmatan demi kepentingan
negeri dan negara.

5. FASAL 5 – KEAHLIAN
6.
6.1. SYARAT-SYARAT ASAS

5.1.1. Keahlian Majlis Gabungan adalah terdiri daripada


empat jenis iaitu:

5
a. AHLI BIASA

Terbuka kepada Persatuan dan Pertubuhan Etnik


Bumiputera di Negeri Sabah.

b. AHLI SEUMUR HIDUP

Terbuka kepada ahli persatuan etnik yang dilantik oleh


Jawatankuasa Majlis Gabungan boleh mengundi atau
memegang jawatan dan membayar yuran RM500.00
(Ringgit Malaysia Lima Ratus Sahaja) secara sekali.

c. AHLI BERSEKUTU

Terbuka kepada individu bukan ahli persatuan etnik


yang dilantik oleh Jawatankuasa Majlis Gabungan tidak
boleh mengundi atau memegang jawatan dan
membayar yuran sebanyak RM2000.00 (Ringgit
Malaysia Dua Ribu Sahaja) secara sekali.

d. AHLI KEHORMAT

Ahli Kehormat akan diberi kepada sesiapa yang telah


mencurahkan bakti penting kepada Majlis Gabungan
dengan kelulusan dari Jawatankuasa Majlis Gabungan.
Ahli Kehormat hendaklah layak mendapat
keistimewaan sebagai ahli penuh, tetapi mereka tidak
layak mengundi atau memegang jawatan.

6.2. PENDAFTARAN KEAHLIAN MAJLIS GABUNGAN

6.2.1. Permohonan mendaftar menjadi ahli hendaklah


dikemukakan Borang Permohonan Menjadi Ahli kepada
Setiausaha Majlis Gabungan dan kelulusan tertakluk
kepada Jawatankuasa Majlis Gabungan.

6
6.2.2. Borang Permohonan Menjadi Ahli hendaklah diisi dan
ditandatangani oleh Pengerusi Persatuan / Pertubuhan
Etnik dan diserahkan kepada Setiausaha Majlis Gabungan
dan hendaklah disertakan dengan Salinan Sijil Pendaftaran
Persatuan.

6.2.3. Setiausaha Majlis Gabungan hendaklah membawa segala


permohonan keahlian kepada Mesyuarat Jawatankuasa
Majlis Gabungan untuk pertimbangan kelulusan.

6.2.4. Jawatankuasa Majlis Gabungan berhak membuat apa-


apa keputusan atas mana-mana permohonan menjadi
ahli atau taraf sesuatu pendaftaran itu termasuk menarik
balik pendaftaran dan keputusan itu adalah muktamad.

6.2.5. Sekiranya permohonan menjadi ahli ditolak, sebab-sebab


penolakan hendaklah dikemukakan kepada Persatuan
secara bertulis.

6.2.6. Pemohon boleh membuat rayuan kepada Jawatankuasa


Majlis Gabungan sekiranya permohonan keahliannya
ditolak.

6.2.7. Ahli yang dipecat atau menarik diri daripada menjadi ahli
Gabungan tidak boleh diterima kembali menjadi ahli
melainkan mendapat kebenaran bertulis daripada
Pengerusi Majlis Gabungan.

6.2.8. Ahli yang dipecat atau menarik diri boleh membuat


permohonan baru selepas Enam (6) bulan daripada tarikh
pemecatan.

6.2.9. Membayar Yuran Pendaftaran dan Yuran tahunan


sebagaimana ketetapan perlembagaan.

7
7. FASAL 6 – AHLI JAWATANKUASA DAN BIRO

7.1. AHLI JAWATANKUASA


7.1.1. Pengerusi
7.1.2. Timbalan Pengerusi
7.1.3. Naib Pengerusi (Wanita)
7.1.4. Naib Pengerusi (Belia)
7.1.5. Setiausaha
7.1.6. Bendahari
7.1.7. Pegawai Penerangan
7.1.8. Penolong Setiausaha
7.1.9. 6 Orang Ahli
7.1.10. Ahli Jawatankuasa dikalangan Pengerusi Persatuan Etnik
7.1.11. Dua (2) Pemeriksa Kira-kira

7.2. BIRO
7.2.1. Pendidikan dan Kerjaya
7.2.2. Kemasyarakatan
7.2.3. Sukan dan Kecergasan
7.2.4. Kesenian dan Kebudayaan
7.2.5. Ekonomi
7.2.6. Agama, Kerohanian dan Etika
7.2.7. Hal Ehwal Wanita
7.2.8. Hal Ehwal Belia

8. FASAL 7 – TANGGUNGJAWAB DAN HAK AHLI

8.1. Memegang teguh konsep Majlis Gabungan dan


melaksanakan tujuan-tujuannya.

8.2. Mematuhi perintah-perintah dan disiplin Majlis Gabungan.

8.3. Menjaga rahsia-rahsia dan memelihara nama baik Majlis


Gabungan.

8.4. Membayar yuran-yuran keahlian mengikut tempoh masa yang


ditetapkan.

8
8.5. Bersedia dan sanggup memberikan perkhidmatan terhadap
pembangunan Etnik.

8.6. Menghadiri mesyuarat dan mengambil bahagian dalam


kegiatan Persatuan.

8.7. Berhak bersuara dan mengemukakan pendapat dan


mengundi di mesyuarat Majlis Gabungan.

8.8. Berhak memilih dan dipilih untuk memegang jawatan dalam


Majlis Gabungan.

8.9. Ahli Majlis Gabungan tidak boleh menerbitkan sebarang surat


keterangan atau Surat Pekeliling Majlis Gabungan melainkan
jika surat keterangan atau surat pekeliling itu telah diluluskan
oleh Jawatankuasa Majlis Gabungan.

8.10. Ahli juga tidak boleh membuat sebarang pengumuman


mengenai Majlis Gabungan kepada media cetak atau
elektronik tanpa sebarang kelulusan Jawatankuasa Majlis
Gabungan.

8.11. Taat setia yang tidak berbelahbagi demi mempertahankan


kedaulatan negara daripada sebarang ancaman yang
menggugat kesejahteraan negeri dan negara.

9. FASAL 8 – PENGERUSI DAN TIMBALAN

9.1. Mempengerusikan Semua Mesyuarat.

9.2. Pengerusi dan Timbalan Pengerusi hendaklah dipilih dua tahun


sekali di dalam Mesyuarat Agung.

9.3. Pengerusi hendaklah menjadi Pengerusi dalam sebarang


persidangan melainkan jika Pengerusi itu tidak hadir maka
Timbalan Pengerusi hendaklah mengambil tempatnya
ataupun mereka boleh bergilir-gilir mempengerusikan
Mesyuarat.

9
9.4. Panduan Pengerusi/Timbalan Pengerusi mengendalikan
Persidangan Majlis Gabungan
10.4.1. Mengumumkan jumlah perwakilan yang hadir
10.4.2. Pesanan ringkas mengenai tatacara persidangan
10.4.3. Mengarahkan pembentangan kertas-kertas
persidangan
10.4.4. Membentangkan kertas-kertas persidangan
10.4.5. Membubar Jawatankuasa sedia ada
10.4.6. Pemilihan Jawatankuasa Baru
10.4.7. Pemilihan wakil ke mesyuarat perwakilan (sekiranya
berkaitan)
10.4.8. Membahaskan usul
10.4.9. Ucapan Penangguhan (mulai oleh ahli-ahli dan diakhiri
oleh pengerusi)
10.4.10. Penangguhan mesyuarat

10. FASAL 9 – MESYUARAT AGUNG TAHUNAN

10.1. Mesyuarat Agung diadakan pada tiap-tiap tahun tidak lewat


dari 30 Jun, dan pemilihan Jawatankuasa hendaklah dibuat
secara Tri Tahunan. Mesyuarat Agung bolehlah didahulukan
atau pun ditangguhkan kepada masa lain dan sebarang
penangguhan adalah tidak mendahului atau melebihi 30 hari
dengan kelulusan Pendaftar dan perlu dipohon sebelum 15
Jun.

10.2. Mesyuarat Agung hendaklah terdiri daripada;

10.2.1. Pengerusi
10.2.2. Timbalan Pengerusi
10.2.3. Naib Pengerusi (Wanita)
10.2.4. Naib Pengerusi (Belia)
10.2.5. Setiausaha (Dilantik)
10.2.6. Bendahari (Dilantik)
10.2.7. Pegawai Penerangan (Dilantik)
10.2.8. Penolong Setiausaha (Dilantik)
10.2.9. 6 Orang Jawatankuasa (Dilantik)
10.2.10. Dikalangan Pengerusi Persatuan Etnik Bumiputera Sabah
10.2.11. Dua (2) Pemeriksa Kira-kira
10
10.3. Notis Mesyuarat Agung, Agenda, Laporan dan Penyata
Kewangan, Borang Usul dan Borang Pencalunan yang telah
di audit hendaklah dihantar kepada Ahli sekurang-kurangnya
Empat Belas (14) hari sebelum tarikh mesyuarat. Segala Usul-
usul, cadangan-cadangan, Borang Perwakilan serta Borang
Pencalonan hendaklah disampaikan kepada Setiausaha
selewat-lewatnya Tujuh (7) hari sebelum tarikh Mesyuarat.

9.4. Apa-apa keputusan yang memerlukan pengundian, pengundian


hendaklah dibuat dengan cara:

9.4.1. Mengangkat tangan; atau Jika diminta oleh Pengerusi


dengan persetujuan majoriti ahli mesyuarat; atau Satu perdua
(1/2) daripada Ahli Mesyuarat yang berhak mengundi untuk
menggunakan kertas undian tertutup.

9.4.2. Keputusan undian tersebut hendaklah diisytiharkan oleh


Pengerusi sebaik sahaja proses pengiraan selesai dan keputusan
itu hendaklah direkodkan dalam Minit Mesyuarat.

9.5. Perwakilan Mesyuarat Agung Majlis Gabungan adalah


daripada kalangan ahli yang telah menjelaskan yuran sebelum 30
April mengikut tahun Mesyuarat Agung diadakan.

9.6. Jumlah Perwakilan bagi setiap Ahli Majlis Gabungan ialah


Lima (5) orang termasuk Presiden/Pengerusi Persatuan Etnik.

9.7. Agenda Mesyuarat Agung mengandungi antara lain:

9.7.1. Ucapan Pengerusi Mesyuarat

9.7.2. Membentang, menerima dan mengesahkan Minit


Mesyuarat Agung Tahunan tahun sebelumnya.

9.7.3. Membentang, Menerima dan mengesahkan Laporan aktiviti


yang dijalankan sepanjang tahun sebelumnya.

11
9.7.4. Membentang, Menerima dan mengesahkan penyata
kewangan yang telah disahkan oleh Pemeriksa Kira-kira atau
Juruaudit bagi tahun berakhir.
9.7.5. Membubar Jawatankuasa yang ada

9.7.6. Melantik Pengerusi Sementara mempengerusikan Mesyuarat


Pemilihan

9.7.7. Pemilihan Ahli Jawatankuasa Baru:

9.7.7.7.1. Pengerusi
9.7.7.7.2. Timbalan Pengerusi
9.7.7.7.3. Naib Pengerusi (Wanita)
9.7.7.7.4. Naib Pengerusi (Belia)
9.7.7.7.5. Setiausaha (Dilantik)
9.7.7.7.6. Bendahari (Dilantik)
9.7.7.7.7. Pegawai Penerangan (Dilantik)
9.7.7.7.8. Penolong Setiausaha (Dilantik)
9.7.7.7.9. 6 Orang Jawatankuasa (Dilantik)
9.7.7.7.10. Dua (2) Pemeriksa Kira-kira

9.7.8. Pembentangan Usul

9.7.9. Ucapan Penangguhan

9.8. Agenda Mesyuarat Agung (Tiada Pemilihan mengandungi


antara lain:)

9.8.1. Ucapan Pengerusi Mesyuarat

9.8.2. Membentang, menerima dan mengesahkan Minit


Mesyuarat Mesyuarat Agung Tahunan

9.8.3. Membentang, menerima dan mengesahkan Laporan aktiviti


yang dijalankan sepanjang tahun.

9.8.4. Membentang, menerima dan mengesahkan penyata


kewangan yang telah disahkan oleh Pemeriksa Kira-kira atau
Juruaudit bagi tahun berakhir.
12
9.8.5. Pembentangan Usul

9.8.6. Ucapan Penangguhan


11. FASAL 10 – MESYUARAT AGUNG KHAS

10.1. Mesyuarat Agung Khas boleh diadakan pada bila-bila masa


apabila dikehendaki oleh salah satu daripada permintaan berikut;

10.1.1. Dengan kehendak Pengerusi

10.1.2. Apabila difikirkan mustahak oleh Jawatankuasa atau;

10.1.3. Apabila difikirkan mustahak oleh Pendaftar.

12.1.4. Dengan permintaan bertulis, setelah mengadakan


Mesyuarat Agung Khas dalam perkara yang sama
dengan menerangkan tujuan-tujuan dan sebab-
sebabnya.

10.1.5 Atas permintaan bertulis oleh tidak kurang daripada


satu perdua (1/2) jumlah ahli yang berhak mengundi
dan menyatakan tujuan-tujuan dan sebab-sebabnya.

10.1.6. Apabila berlaku perletakan jawatan Ahli Jawatankuasa


Majlis Gabungan melebihi Satu Pertiga (1/3) daripada
jumlah Ahli Jawatankuasa Majlis Gabungan.

10.2. Mesyuarat Agung Khas yang diminta hendaklah diadakan


dalam tempoh satu (1) bulan daripada tarikh penerimaan
permintaan mesyuarat itu.

10.3. Setiausaha hendaklah mengedarkan notis pemberitahuan


dan agenda untuk Mesyuarat Agung Khas kepada semua ahli
sekurang-kurangnya empat belas (14) hari sebelum tarikh yang
ditetapkan untuk bermesyuarat.

13
10.4. Korum Mesyuarat Agung Khas adalah sama dengan
korum Mesyuarat Agung Tahunan. Sekiranya korum tidak mencukupi
selepas setengah jam (1/2) jam dari waktu yang telah ditetapkan
bagi mesyuarat itu maka mesyuarat hendaklah ditangguhkan pada
hari, masa dan tempat yang sama pada minggu berikut atau pada
hari, masa dan tempat yang ditetapkan oleh Pengerusi dan jika
korum masih tidak mencukupi pada mesyuarat yang ditangguhkan
itu selepas setengah jam daripada masa yang ditetapkan maka
mesyuarat itu terbatal.

10.5. Tiada pemilihan Jawatankuasa boleh diadakan semasa


Mesyuarat Agung Khas.

12.6. Sesuatu Mesyuarat Agung Khas hendak dibuat, maka


hendaklah terlebih dahulu dimaklumkan ke Pendaftar dan
seterusnya memaklumkan keputusan yang telah dibuat dalam
tempoh Tiga Puluh (30) hari setelah selesai Mesyuarat Agung Khas
diadakan.

12. FASAL 11 – JAWATANKUASA MAJLIS GABUNGAN

12.1. Jawatankuasa ialah badan yang menjalankan pentadbiran


hal ehwal Majlis Gabungan di bawah kuasa dan perintah
Mesyuarat Agung.
12.2. Jawatankuasa Majlis Gabungan adalah mengandungi;

12.2.1. Pengerusi
12.2.2. Timbalan Pengerusi
12.2.3. Naib Pengerusi (Wanita)
12.2.4. Naib Pengerusi (Belia)
12.2.5. Setiausaha (Dilantik)
12.2.6. Bendahari (Dilantik)
12.2.7. Pegawai Penerangan (Dilantik)
12.2.8. Penolong Setiausaha (Dilantik)
12.2.9. 6 Orang Jawatankuasa (Dilantik)
12.2.10. Pengerusi/Presiden Persatuan/Pertubuhan
12.2.11. Dua (2) Pemeriksa Kira-kira

14
12.3. Setiausaha dilantik oleh Pengerusi dan berkhidmat selama
tempoh Jawatankuasa Majlis Gabungan melainkan ia minta
berhenti atau diberhentikan.

12.4. Jawatankuasa Majlis Gabungan hendaklah mengadakan


mesyuarat sekurang-kurangnya sekali dalam masa Tiga (3)
bulan.

12.5. Panggilan Mesyuarat Jawatankuasa Persatuan akan


diuruskan oleh Setiausaha. Korum ialah Satu Perdua (1/2)
daripada ahli-ahli yang sepatut hadir.

12.6. Jika Pengerusi dan Timbalan Pengerusi tidak hadir dalam


mesyuarat, maka pemilihan berikutnya mengikut kekananan
jawatan boleh mempengerusikan mesyuarat.

13. FASAL 12 – PERLETAKAN JAWATAN AHLI JAWATANKUASA

12.1. Perletakan Jawatan termasuk berlaku Ketidakhadiran Tiga


(3) kali berturut-turut dalam Mesyuarat Rasmi Jawatankuasa tanpa
sebab yang dibenarkan oleh Satu Pertiga (1/3) Ahli Jawatankuasa,
kematian, kehilangan melebihi Enam (6) Bulan dengan tanpa
dikesan atau meletak jawatan dengan rasminya secara bertulis atau
lisan bersaksikan Tiga (3) orang Ahli Majlis Gabungan.

12.2. Apabila berlaku perletakan jawatan Ahli Jawatankuasa


Majlis Gabungan melebihi Satu Pertiga (1/3) daripada jumlah Ahli
Jawatankuasa maka Mesyuarat Agung Khas perlu diadakan bagi
tujuan memilih untuk mengganti Ahli Jawatankuasa Majlis
Gabungan yang telah meletak jawatan.

14.3. Apabila berlaku perletakan jawatan Ahli Jawatankuasa


Majlis Gabungan kurang dari Satu Pertiga (1/3) daripada jumlah Ahli
Jawatankuasa Majlis Gabungan maka Presiden boleh melantik Ahli
Jawatankuasa Majlis Gabungan gantian dengan persetujuan
majoriti Ahli Jawatankuasa Majlis Gabungan yang ada.

15. FASAL 15 – KEWAJIPAN DAN KUASA JAWATANKUASA

15
15.1. Membentuk asas, dasar dan perancangan dan
perlaksanaan dalam perlembagaan ini.

15.2. Jika Pengerusi dan Timbalan Pengerusi tidak hadir dalam


mesyuarat, maka pemilihan berikutnya mengikut kekananan
jawatan boleh mempengerusikan mesyuarat.

15.3. Berkuasa melantik Biro tertentu untuk mengurus perjalanan


Majlis Gabungan yang dipengerusikan daripada kalangan
Jawatankuasa Majlis Gabungan.

15.4. Membentangkan kepada Mesyuarat Agung satu laporan


lengkap bagi menerangkan prestasi serta penyata kewangan yang
telah diperiksa dan disahkan.

15.5. Menjalankan sebarang usaha bersama dengan kumpulan-


kumpulan, Gerakan-Gerakan atau Pertubuhan-Pertubuhan Etnik lain
atas hal-hal yang sesuai dengan perlembagaan ini.

15.6. Memberhentikan seorang Ahli Jawatankuasa Majlis


Gabungan selain daripada Pengerusi dan Timbalan Pengerusi
dengan persetujuan sekurang-kurangnya Dua Pertiga (2/3)
daripada jumlah Ahli Jawatankuasa, sekiranya tindakan mereka
bertentangan dengan dasar Persatuan atau mereka tidak
menjalankan kewajipan masing-masing dengan sempurna dan
jawatan tersebut tidak boleh diganti melalui prosedur-prosedur dan
peraturan yang ditetapkan.

15.7. Memberi kebenaran untuk menerima semula keahlian


seseorang ahli yang telah dipecat.

15.8. Berkuasa menjatuhkan hukuman menggantung atau


memecat ahli yang melanggar peraturan Persatuan.

15.9. Sebarang penggunaan kuasa oleh Jawatankuasa sama


ada mengeluarkan pekeliling dan arahan serta untuk menjatuhkan
hukuman tidak boleh mengatasi peraturan dan ketetapan didalam
perlembagaan.

15.10. Sekiranya tiada tersebut didalam perlembagaan maka


setiap keputusan hendaklah dibincang di Mesyuarat Jawatankuasa
Majlis Gabungan atau Mesyuarat Khas Jawatankuasa Majlis

16
Gabungan dan setiap keputusan hendaklah mendapat sokongan
Dua Perdua (2/3) daripada jumlah kehadiran mesyuarat.

15.11. Sebarang keputusan yang tidak dapat dibuat oleh


Jawatankuasa Majlis Gabungan maka Jawatankuasa Majlis
Gabungan diberikan kuasa untuk melantik Jawatankuasa Khas bagi
membuat keputusan yang terdiri tidak kurang daripada Lima (5)
orang yang dilantik melalui Mesyuarat Jawatankuasa Majlis
Gabungan.

15.12. Sebarang keputusan yang perlu dilapor kepada Pendaftar


hendaklah dalam masa 30 hari daripada tarikh keputusan dibuat.

15.13. Menjalankan sebarang tindakan atau apa jua langkah


selain daripada perkara-perkara yang tersebut di atas bagi
kesempurnaan perjalanan Majlis Gabungan.

15.14. Sebarang kuasa dan keputusan Jawatankuasa Majlis


Gabungan adalah tidak boleh mengatasi Perlembagaan Persatuan
serta tidak boleh mengatasi keputusan Mesyuarat Agung Tahunan
dan Mesyuarat Agung Khas.

16. FASAL 16 – TUGAS AHLI-AHLI JAWATANKUASA

16.1. PENGERUSI

16.1.1. Menjadi Ketua yang bertanggungjawab atas


kesempurnaan perjalanan dan pentadbiran Belia
Persatuan seluruhnya.

16.1.2. Melantik Setiausaha sebagai Ahli Jawatankuasa Majlis


Gabungan.

16.1.3. Memanggil dan mempengerusikan semua mesyuarat


jawatankuasa.

16.1.4. Menandatangani cek bersama Bendahari dan


Setiausaha.

17
16.1.5. Mempunyai kuasa pemutus apabila berlaku undian yang
sama dalam Mesyuarat Agung Tahunan atau Mesyuarat
Agung Khas.

16.1.6. Memastikan bahawa Setiausaha dan Bendahari telah


menyimpan segala dokumen Persatuan seperti Fail, Buku
Rekod, Rekod Kewangan dan Rekod Harta-harta lainnya
yang dimiliki oleh Persatuan.

16.2. TIMBALAN PENGERUSI

16.2.1. Membantu Pengerusi melaksanakan tanggungjawab


mentadbir dan mengurus Pertubuhan.

16.2.2. Timbalan Pengerusi boleh menjalankan tugas Pengerusi


dan membuat keputusan yang berkaitan dengan tugas-tugas
Pengerusi semasa ketiadaannya.

16.2.3. Memangku tugas Jawatan Pengerusi dala m keadaan


Pengerusi meninggal dunia atau melepaskan jawatan sehingga
ke Mesyuarat Agung yang terawal.

16.3. NAIB PENGERUSI (WANITA)

16.2.1. Membantu Pengerusi melaksanakan tanggungjawab


mentadbir dan mengurus Hal Ehawal Wanita.

16.2.2. Naib Pengerusi (Wanita) boleh menjalankan tugas yang


berkaitan dengan tugas-tugas kebajikan hal ehwal wanita.

16.4. NAIB PENGERUSI (BELIA)

16.2.1. Membantu Pengerusi melaksanakan tanggungjawab


mentadbir dan mengurus Hal Belia.

16.2.2. Naib Pengerusi (Belia) boleh menjalankan tugas yang


berkaitan dengan tugas-tugas kebajikan hal ehwal Belia.

18
16.5. SETIAUSAHA

16.5.1. Bertanggungjawab dalam segala pengurusan dan


pentadbiran Majlis Gabungan mengikut perlembagaan dan
menjalankan arahan-arahan Mesyuarat Agung. Beliau
bertanggungjawab mengenai surat-menyurat, meyimpan apa-
apa dokumen seperti buku, surat dan kertas kecuali buku kira-kira
dan buku kewangan. Beliau hendaklah hadir dalam semua
mesyuarat dan membuat catatan-catatan mesyuarat.

16.5.2. Mendapat persetujuan daripada Pengerusi berkenaan


dengan pengambilan dan pemberhentian pegawai-pegawai
dan anggota-anggota Ibu Pejabat dan mengawal kerja-kerja
mereka.

16.5.3. Mengemaskini daftar ahli.

16.3.4. Mengurus panggilan mesyuarat-mesyuarat atas


arahan dan persetujuan Pengerusi serta menghadiri dan menulis
minit mesyuarat tersebut.

16.5.5. Menguruskan persediaan, perlaksanaan dan laporan


Mesyuarat Agung Tahunan.

16.5.6. Menandatangani buku cek bersama Bendahari


semasa ketiadaan Pengerusi.

(1) 16.3.7. Mengemukakan kepada Pendaftar Pertubuhan Belia


dalam tempoh Enam Puluh (60) hari selepas Mesyuarat Agung atau
Enam Puluh (60) hari selepasnya berakhirnya setiap tahun kalendar,
Penyata Tahunan seperti yang dikehendaki di bawah Seksyen 14 (1),
Akta Pertubuhan, 1966.

16.6. BENDAHARI

16.6.1. Menguruskan hal berkaitan kewangan

16.6.2. Mengemaskini semua rekod kewangan

19
16.6.3. Menandatangani segala cek Persatuan Kebangsaan
bersama dengan Presiden atau Setiausaha Agung.

16.6.4. Menyediakan dan membentangkan Penyata


Kewangan bagi tiap-tiap Mesyuarat Jawatankuasa dan
Mesyuarat Agung.

16.6.5. Menubuhkan Jawatankuasa Kewangan dengan


kebenaran Jawatankuasa bagi tujuan menambah baik
Persatuan.

16.6.6. Mengenal pasti dan mendapatkan sumber kewangan


bagi tujuan pengurusan dan pelaksanaan aktiviti Persatuan
dengan kebenaran Jawatankuasa dan mengikut peraturan
dalam perlembagaan.

16.6.7. Tahun Kewangan Persatuan ialah mulai 1 Januari


hingga 31 Disember.

16.7. PEGAWAI PENERANGAN

16.7.1. Membantu dalam promosi, pengiklanan dan hebahan


secara keseluruhan aktiviti yang dijalankan oleh Majlis Gabungan.

16.8. PENOLONG SETIAUSAHA

16.8.1. Membantu Setiausaha dalam pengurusan dan


pentabdiran secara keseluruhan aktiviti yang dijalankan oleh Majlis
Gabungan.

16.9. AHLI JAWATANKUASA

16.9.1. Membantu dalam pentadbiran dan pengurusan


secara keseluruhan dan melaksanakan aktiviti yang dijalankan.

16.8. BIRO

16.10.1. Bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas yang


diamanahkan oleh Jawatankuasa.
20
17. FASAL 17 – PEMEGANG AMANAH DAN HARTA BENDA

17.1 Persatuan Peringkat Negeri boleh memiliki tanah, bangunan


dan lain-lain harta benda atas nama Persatuan serta boleh membeli,
meminjam, mencagar dan memindah harta benda dengan cara
yang sah. Semua tanah, bangunan dan lain-lain harta benda
kecuali wang dalam bank bolehlah diamanahkan kepada
Pemegang Amanah.

17.2. Pemegang-pemegang Amanah hendaklah terdiri daripada;

17.2.1. Pengerusi

17.2.2. Setiausaha

17.2.3. Bendahari

18. FASAL 18 - PERLANTIKAN PENAUNG DAN PENASIHAT

18.1. Perlantik Penaung dan Penasihat melalui Mesyuarat


Jawatankuasa Majlis Gabungan.

19. FASAL 19 – DISIPLIN

19.1. Tindakan disiplin boleh diambil ke atas ahli-ahli yang


melanggar tanggungjawab yang terkandung dalam
Perlembagaan ini.

19.2. Jawatankuasa Majlis Gabungan boleh melaporkan ahli-ahli


yang didapati melanggar disiplin kepada Jawatankuasa
Disiplin Majlis Gabungan untuk tindakan yang sewajarnya.

19.3. Ahli-ahli Persatuan, pemegang-pemegang jawatan dalam


Majlis Gabungan atau perwakilan yang melanggar disiplin
Majlis Gabungan boleh;

19.3.1. Diberi amaran


19.3.2. Digantung hak-haknya di dalam Persatuan
19.3.3. Dipecat

21
19.4. Seseorang ahli yang tidak berpuas hati dengan keputusan
Jawatankuasa Disiplin Majlis Gabungan bolehlah merayu
kepada Jawatankuasa Majlis Gabungan dalam masa
Empat Belas (14) hari daripada tindakan disiplin dikenakan.

20. FASAL 20 – JAWATANKUASA DISIPLIN

20.1. Dilantik oleh Jawatankuasa Majlis Gabungan melalui


Mesyuarat Jawatankuasa Majlis Gabungan.

20.2. Jawatankuasa yang dilantik hendaklah terdiri tidak kurang


daripada Lima (5) orang.

20.3. Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan Setiausaha tidak boleh


dilantik dalam Jawatankuasa Disiplin.

20.4. Tempoh memegang jawatan adalah sama dengan tempoh


jawatan Jawatankuasa Majlis Gabungan.

20.5. Tempoh memegang jawatan adalah sama dengan tempoh


jawatan Jawatankusa Majlis Gabungan.

20.6. Jawatankuasa Disiplin hendaklah mengadakan siasatan


serta mengemukakan laporan kepada Jawatankuasa Majlis
Gabungan untuk mengambil tindakan selanjutnya.

21. FASAL 21 – PERTIKAIAN DALAMAN

21.1. Jika berlaku pertikaian, bantahan atau aduan hendaklah


dibuat dengan bertulis kepada Jawatankuasa Majlis
Gabungan dalam tempoh tidak lebih daripada Tujuh (7) hari
daripada tarikh mesyuarat tersebut diadakan.

21.2. Sebarang bantahan atau aduan hendaklah dibuat bertulis


dengan mengemukakan bukti-bukti dan saksi-saksi yang
relevan dengan bantahan atau aduan tersebut kepada
Jawatankuasa Majlis Gabungan.

22
21.3. Jawatankuasa Majlis Gabungan berkuasa menubuhkan
sebuah Jawatankuasa Penyiasatan untuk menjalankan
siasatan dan mengemukakan laporan kepada Pengerusi
Jawatankuasa Majlis Gabungan.

21.4. Jawatankuasa Majlis Gabungan akan menyelesaikan apa-


apa pertikaian yang timbul di kalangan ahli-ahli.

22. FASAL 22 – LARANGAN

22.1. Menjalankan segala bentuk perjudian yang bertentangan


dengan undang-undang Malaysia di dalam rumah atau
premis Majlis Gabungan.

22.2. Menjalankan Loteri samada dikhaskan kepada ahli-ahli atau


tidak, atas nama persatuan atau pemegang jawatan
dengan tidak mendapat kebenaran bertulis daripada
Jawatankuasa Majlis Gabungan.

22.3. Adalah menjadi satu kesalahan menggunakan atau


melantik ejen atas nama persatuan atau pemegang
jawatan untuk membuat kutipan sumbangan, derma,
penjualan iklan buku cenderamata dan apa juga cara
dengan tidak mendapat kebenaran bertulis Jawatankuasa
Majlis Gabungan.

22.4. Menyertai atau menganggotai kumpulan atau individu yang


menjalankan aktiviti yang boleh menggugat keselamatan
negara yang tidak mendapat kebenaran undang-undang.

22.5. Tidak dibenarkan bergabung dengan mana-mana badan-


badan siasah atau politik.

22.6. Ahli-ahli yang disabitkan, boleh dikenakan hukuman


mengikut Perlembagaan ini.

23. FASAL 23 – YURAN.

23
YURAN KEMASUKAN DAN KEAHLIAN
(1) Bayaran masuk dan yuran tahunan yang perlu dijelaskan
adalah seperti berikut:

Jenis Ahli Bayaran Masuk Yuran Tahunan


Ahli Biasa RM1000.00 (Satu Ribu RM300.00 (Tiga
(Persatuan / Sahaja) Ratus Sahaja)
Pertubuhan)
Ahli Seumur Hidup RM500.00 (Lima Ratus Sahaja) dibayar secara
(Individu) sekali gus.
Ahli Bersekutu RM2000.00 (Dua Ribu Sahaja)
(Induvidu)
Ahli Kehormat Tiada yuran dikenakan
(Individu)

23.1. Semua yuran hendaklah dijelaskan pada keetapan sebelum


30 April.

23.2. Kegagalan ahli menjelaskan Yuran Tahunan akan


menyebabkan tidak dapat menyertai sebagai perwakilan
atau bertanding sebarang jawatan dalam Mesyuarat Agung
Majlis Gabungan.

23.3. Sekiranya yuran tidak dijelaskan, ahli yang berkenaan tidak


boleh mengambil bahagian dalam Mesyuarat Agung
Tahunan serta tidak boleh mengundi dan diundi.

23.4. Seseorang yang terhenti menjadi ahli kerana tunggakan


yuran bolehlah memohon semula menjadi ahli mengikut
Perlembagaan ini dengan syarat pemohon menjelaskan
segala tunggakan yuran iaitu bayaran pendaftaran, yuran
tahunan dan penalti sebanyak jumlah yang sama dengan
bayaran pendaftaran. Permohonan ini tertakluk kepada
kelulusan Jawatankuasa Majlis Gabungan.

24
23.5. Jawatankuasa Majlis Gabungan berhak menentukan jenis
dan kadar yuran.

24. FASAL 24 – CARA MENYIMPAN DAN MENGGUNAKAN WANG

24.1. Segala kewangan Majlis Gabungan hendaklah diluluskan


dalam Mesyuarat Agung Tahunan yang meliputi perkara-
perkara yang berikut:

24.1.1. Bayaran dan perbelanjaan pentadbiran yang


dipersetujukan oleh Jawatankuasa Majlis Gabungan

24.1.2. Bayaran gaji, imbuhan dan perbelanjaan kepada


pegawai-pegawai Majlis Gabungan.

24.1.3. Menyewa, membeli atau mendirikan rumah atau


bangunan untuk urusan Persatuan.

24.1.4. Membiayai segala rancangan persatuan selaras


dengan tujuan-tujuan Majlis Gabungan.

24.1.5. Bayaran mencetak, menerbit dan mengedar sebarang


surat berita, majalah dan lain-lain penerbitan yang
diterbitkan oleh Persatuan untuk melaksanakan dan
menjayakan tujuan-tujuannya.

24.1.6. Bayaran yuran-yuran yang sah yang telah dipersetujui


dalam Mesyuarat Agung.

24.2. Jumlah wang yang lebih daripada jumlah yang dibenarkan


dimasukkan ke dalam bank yang diluluskan oleh
Jawatankuasa Persatuan Negeri tidak lewat dari Tujuh (7)
hari adanya kelebihan itu.

24.3. Bendahari dibenarkan memegang wang tunai tidak


melebihi jumlah RM1,000

25
24.4. Perbelanjaan yang melebihi RM 5,000 bagi sesuatu masa
perlu diluluskan terlebih dahulu oleh Jawatankuasa Majlis
Gabungan.

24.5. Perbelanjaan yang melebihi RM 10,000 bagi satu-satu masa


perlu mendapat kebenaran Mesyuarat Agung.

24.6. Semua cek atau kenyataan pengeluaran wang Majlis


Gabungan hendaklah ditandatangani dua (2) dikalangan
Pengerusi, Bendahari dan Setiausaha pengluaran wang
Majlis Gabungan .

24.7. Ahli-ahli Jawatankuasa Majlis Gabunga boleh memeriksa


buku-buku kewangan dan daftar ahli satu (1) kali dalam
masa empat (4) bulan dengan syarat membuat
permohonan kepada Pengerusi Persatuan empat belas (14)
hari sebelum pemeriksaan dan diluluskan secara bertulis
terlebih dahulu.

24.8. Jawatankuasa berkuasa membuat sebarang peraturan


berkenaan dengan Majlis Gabungan dalam perkara
berkaitan penyimpanan dan penggunaan kewangan Majlis
Gabungan.

24.9. Semua harta Majlis Gabungan akan dimiliki atas nama


Pemegang Amanah bersama-sama Kewangan Pertubuhan
Belia yang tidak dikehendaki untuk urusan pentadbiran dan
kegiatan boleh digunakan untuk menanam modal dalam
Jaminan Amanah (Trustee Securities) dengan syarat
jawatankuasa berkuasa itu digunakan untuk menanam
modal dalam sebarang jaminan yang dipersetujui. Wang
yang dipermodalkan itu hendaklah dipermodalkan lagi atas
nama Pemegang Amanah dan mereka itu akan memegang
bagi pihak Majlis Gabungan.

24.10. Kewangan Persatuan bolehlah dibahagikan dan


diperuntukkan sebanyak yang dipersetujukan oleh
Jawatankuasa Majlis Gabungan bagi penggunaan Ahli
Gabungan.

26
24.11. Jawatankuasa Majlis Gabungan berkuasa membuat
sebarang peraturan yang berkenaan dengan kira-kira itu

25. FASAL 25 – PEMERIKSA KIRA-KIRA

25.1. Dua (2) orang yang bukannya pemegang jawatan dalam


Jawatankuasa Majlis Gabungan boleh dilantik sebagai
Pemeriksa Kira-kira. Pelantikan hendaklah dibuat semasa
Mesyuarat Agung Tahunan. Jawatan yang dipegang ialah
selama tempoh dua (2) tahun dan boleh dilantik semula.

25.2. Tugas Pemeriksa Kira-kira membuat pemeriksaan terhadap


penyata kewangan persatuan dan membuat laporan dan
pengesahan ke atas penyata kewangan tersebut.

25.3. Penerimaan dan perbelanjaan hendaklah disahkan oleh


Pemeriksa Kira-kira bagi tujuan membentang, menerima dan
mengesah dalam Mesyuarat Agung Tahunan.

25.4. Pemeriksa Kira-kira akan memeriksa kaedah pengurusan harta


dan kewangan Persatuan dilakukan mengikut peraturan dan
perlembagaan serta memiliki segala dokumen penerimaan
dan perbelanjaan kewangan Majlis Gabungan.

26. FASAL 26 – JURUAUDIT

26.1. JURUAUDIT DALAM

26.1.1. Jawatankuasa diatas keperluan yang khusus dibenarkan


melantik Dua (2) orang ahli sebagai Juruaudit Dalaman
yang bukan terdiri daripada Ahli-ahli Jawatankuasa
Majlis Gabungan untuk memeriksa kira-kira masing-
masing pada penghujung tiap-tiap tahun dan
mengemukakan laporan mereka kepada jawatankuasa
Majlis Gabungan.

26.1.2. Perlantikan Juruaudit Dalam adalah perlu mendapat


persetujuan 2/3 Jawatankuasa melalui Mesyuarat
Jawatankuasa Majlis Gabungan di dalam tempuh yang
diperlukan.
27
26.1.3. Kedua- dua Juruaudit Dalaman hendaklah membuat
audit bersama ke atas kira-kira dan mengesahkan
Penyata Kewangan Tahunan yang disediakan oleh
Bendahari.

26.1.4. Juruaudit berhak melihat dan memeriksa resit-resit,


baucer-baucer dan lain-lain surat keterangan yang
perlu untuk menyempurnakan tugas-tugas mereka.

26.2. JURUAUDIT LUAR

26.2.1. Mesyuarat Agung berhak mencadang melantik Syarikat


Juruaudit bertauliah untuk memeriksa kira-kira wang dan
harta Majlis Gabungan.

26.2.2. Perlantikan Juruaudit Luar adalah perlu mendapat


persetujuan Dua Pertiga (2/3) Ahli Jawantankuasa Majlis
Gabungan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Majlis
Gabungan.

27. FASAL 27 – PERATURAN MESYUARAT

27.1. Jawatankuasa Majlis Gabungan berkuasa membuat


peraturan mesyuarat dengan syarat tidak bertentangan
dengan mana-mana peruntukan di dalam Perlembagaan ini.
27.2. Peraturan Mesyuarat Majlis Gabungan adalah disifatkan
sebahagian daripada Perlembagaan ini dan mempunyai
kuatkuasa sedemikian itu, setelah mendapat kelulusan oleh
Pendaftar Pendaftar Pertubuhan.

27.3. Peraturan Mesyuarat Majlis Gabungan boleh dipinda atau


dimansuhkan dengan satu ketetapan menurut kelebihan undi.

28. FASAL 28 – MEMINDA PERLEMBAGAAN

28.1. Perlembagaan ini atau sebarang bahagian daripadanya


boleh dipinda atau dimansuhkan dengan ketetapan yang
dipersetujukan oleh tidak kurang daripada Dua Pertiga Dua

28
Pertiga (2/3) wakil-wakil yang hadir dalam Mesyuarat Agung
Tahunan atau Mesyuarat Agung Khas dan hendaklah
dikemukakan kepada Pendaftar Pertubuhan dalam tempoh
60 hari dari tarikh keputusan meminda Perlembagaan, untuk
mendapat kelulusan.

28.2. Semua ketetapan untuk meminda atau memansuhkan


Perlembagaan ini hendaklah dibuat oleh Setiausaha mengikut
syarat didalam peraturan mesyuarat Majlis Gabungan dan
dihantar kepada Pejabat Pendaftar Pertubuhan.

28.3. Setiap pindaan akan berkuatkuasa mulai tarikh pindaan itu


diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan.

28.4. Majlis Gabungan tiada diberi hak untuk meminda


perlembagaan dan sebarang pindaan hendaklah mendapat
persetujuan Mesyuarat Agong dan diserahkan kepada
Jawatankuasa Majlis Gabungan untuk membuat keputusan
pindaan perlembagaan.

29. FASAL 29 – PROSES PEMBUBARAN MAJLIS GABUNGAN

29.1. Jawatankuasa Majlis Gabungan boleh mencadangkan


kepada Pejabat Pendaftar Pertubuhan untuk membubarkan
pendaftaran Majlis Gabungan.

29.2. Majlis Gabungan ini boleh dibubarkan dalam Mesyuarat


Agung Khas dan dengan keputusan oleh Dua Pertiga (2/3)
daripada ahli yang layak mengundi.

29.3. Sekiranya Majlis Gabungan hendak dibubarkan secara yang


tersebut di atas, maka segala hutang dan tanggungan Majlis
Gabungan yang sah daripada segi undang-undang
hendaklah dijelaskan dan baki wang yang tinggal hendaklah
diurus mengikut cara yang dipersetujui oleh Mesyuarat Agung
tersebut.

29.4. Keputusan pembubaran itu hendaklah disampaikan kepada


Pendaftar Pertubuhan dalam tempoh empat belas (14) hari
dari tarikh pembubaran beserta Minit Mesyuarat Agung Khas.

29
29.5. Adalah menjadi kewajipan Pengerusi dan Bendahari
menyerahkan kepada Setiausaha segala buku, rekod, wang
dan harta-harta lainnya berserta dengan penyata kira-kira
yang dimiliki daripada tarikh akhir pengemukaan penyata kira-
kira itu dibentangkan sehingga tarikh perintah pembubaran.

30. FASAL 30 – KEPUTUSAN MUKTAMAD

30.1. Jika berbangkit sebarang perselisihan faham di atas tafsiran


Perlembagaan ini atau Peraturan Mesyuarat Majlis Gabungan
yang dibuat di bawah kuatkuasanya maka tafsiran yang
diberikan oleh Jawatankuasa Majlis Gabungan adalah
muktamad, melainkan dipinda atau dibatalkan oleh
Mesyuarat Agung Tahunan atau Mesyuarat Agung Khas.

30.2. Semua cadangan hendaklah dimaklumkan kepada


Pendaftar Pertubuhan dalam tempuh Empat Belas (14) hari
setelah pindaan dibuat.

[ ABDULLAH BIN SIBIL ] [ ISMAIL BIN YUSUF ]


Pengerusi Setiausaha

30
2. FASAL 2 – ALAMAT DAN TEMPAT URUSAN
3. FASAL 3 – TAFSIRAN
4. FASAL 4 – SLOGAN DAN IKRAR
5. FASAL 5 – LAMBANG DAN BENDERA
6. FASAL 6 – TUJUAN
6.1. TUJUAN UMUM
6.2. TUJUAN KHUSUS
7. FASAL 7 – KEAHLIAN
7.1. SYARAT-SYARAT ASAS
7.1. PENDAFTARAN KEAHLIAN
8. FASAL 8 – AHLI JAWATANKUASA DAN BIRO
8.1. AHLI JAWATANKUASA
8.2. BIRO
9. FASAL 9 – TANGGUNGJAWAB DAN HAK AHLI
10. FASAL 10 – PENGERUSI DAN TIMBALAN PENGERUSI
11. FASAL 11 – MESYUARAT AGUNG TAHUNAN
12. FASAL 12 – SYARAT PENCALUNAN DAN PERTANDINGAN
13. FASAL 13 – MESYUARAT AGUNG KHAS
14. FASAL 14 – JAWATANKUASA
15. FASAL 15 – PERLETAKAN JAWATAN AHLI JAWATANKUASA
16. FASAL 16 – KEWAJIPAN DAN KUASA JAWATANKUASA
17. FASAL 17 – TUGAS AHLI-AHLI JAWATANKUASA
17.1. PENGERUSI
17.2. TIMBALAN PENGERUSI
17.3. SETIAUSAHA
17.4. BENDAHARI
17.5. PEGAWAI PENERANGAN
19. DAN HARTA BENDA
20. FASAL 91- LEMBAGA PENASIHAT PERSATUAN
20.1. PERLANTIKAN LEMBAGA PENASIHAT
21. FASAL 20 – DISIPLIN
22. FASAL 21 – JAWATANKUASA DISIPLIN
23. FASAL 22 – PERTIKAIAN DALAMAN
24. FASAL 23 – LARANGAN
25. FASAL 24 – KAD AHLI
26. FASAL 25 – YURAN
27. FASAL 26 – CARA MENYIMPAN DAN MENGGUNAKAN WANG
28. FASAL 27 – PEMERIKSA KIRA-KIRA

31
29. FASAL 28 – JURUAUDIT
29.1. JURUAUDIT DALAM
29.2. JURUAUDIT LUAR
30. FASAL 29 – PERATURAN MESYUARAT
31. FASAL 30 – MEMINDA PERLEMBAGAAN
32. FASAL 31 – PROSES PENUBUHAN DAN PEMBUBARAN
FASAL 32 – KEPUTUSAN MUKTAMAD

32

You might also like