Perlembagaan PSKPP Melaka
Perlembagaan PSKPP Melaka
Perlembagaan PSKPP Melaka
3. Bertaraf : Negeri.
2 Tempat urusan berdaftar dan alamat surat menyurat Pertubuhan tidak boleh diubah tanpa
kebenaran Pendaftar Pertubuhan.
3 Menyokong kerajaan dalam segala usahanya bagi menggalak dan memajukan kegiatan-
kegiatan sukan dan kebudayaan dikalangan pegawai-pegawai kerajaan.
6 Bekerjasama dengan mana-mana badan yang dianggap sesuai dan tidak berlawanan
dengan dasar dan tujuan-tujuan Pertubuhan.
7 Menggalak dan memajukan bakat –bakat yang ada pada ahli dan membantu mereka
memperkembangkannya.
1
FASAL (4) : KEAHLIAN
1 Kewarganegaraan – Malaysia.
2 Semua Pegawai yang berkhidmat dengan Jabatan Pendidikan Melaka, Pejabat Pendidikan
Daerah (PPD), IPG Perempuan Melayu Melaka , Kolej Matrikulasi Melaka, Pejabat Jemaah
Nazir Negeri Melaka, Pusat Kegiatan Guru (PKG) dan Sekolah-Sekolah Seluruh Negeri
Melaka secara automatiknya adalah menjadi Ahli PSKPP Negeri Melaka
4.1. Patuh kepada Perlembagaan Pertubuhan dan segala keputusan yang ditetapkan
oleh Mesyuarat Agung dan Jawatankuasa Pertubuhan.
4.2. Menjaga dan memelihara nama baik Pertubuhan dan keselamatan harta benda
pertubuhan.
4.3. Bekerjasama dengan Pertubuhan dalam semua bidang kegiatan supaya sempurna
perjalanan Pertubuhan dan tercapai segala tujuan.
1. Ahli yang telah berpindah tempat bertugas luar daripada negeri Melaka secara automatik
terlucut keahlian mereka.
2. Ahli tidak boleh memohon pelucutan keahlian selagi mereka bertugas sebagai pegawai
perkhidmatan pendidikan Melaka.
3. Mana-maa ahli yang gagal mematuhi perlembagaan pertubuhan atau bertindak dengan
cara mencemarkan nama baik persatuan boleh digantung keahliannya. Jawatankuasa
boleh memanggil ahli bagi memberikan penjelasan dan sebab-sebab penggantungan
diberikan secara bertulis oleh jawatankuasa. Penggantungan hendaklah dilaksanakan
melainkan mesyuarat agung menunda atau membatalkan keputusan itu berdasarkan
rayuan ahli tersebut.
3 Sebarang pindaan berkaitan yuran tahunan ahli hendaklah diputuskan dalam Mesyuarat
Agung mengikut undian majoriti.
2
4 Yuran khas atau kutipan wang daripada ahli-ahli untuk perkara-perkara tertentu boleh
dipungut dengan persetujuan Mesyuarat Agung.
5. Pertubuhan ini dibenarkan untuk menerima sumbangan dalam bentuk wang tunai dan
barangan. Sumbangan berbentuk wang hendaklah diisytiharkan dengan jelas dalam
penyata tahunan pertubuhan.
6. Pertubuhan ini boleh menjalankan kegiatan ekonomi seperti menjual, membeli, melabur,
menyewa, memiliki harta alih dan tidak alih serta lain-lain kegiatan ekonomi.
1 Sekurang-kurangnya satu per-empat (1/4) daripada Jumlah Ahli yang berhak mengundi
atau dua kali Jumlah Ahli Jawatankuasa, mengikut mana yang kurang hendaklah hadir di
dalam Mesyuarat Agung bagi mengesahkan perjalanan mesyuarat dan mencukupi korum
untuk mesyuarat.
2 Jika bilangan korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang telah
ditetapkan untuk mesyuarat, maka mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan kepada suatu
tarikh (tidak lebih daripada 30 hari) yang ditetapkan oleh Jawatankuasa.
4 Setiausaha hendaklah menghantar Notis Mesyuarat Agung kepada tiap-tiap ahli sekurang-
kurangnya 14 hari sebelum tarikh Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan diadakan. Satu agenda
mesyuarat termasuk sesalinan Minit Mesyuarat, Laporan Tahunan, Penyata Kewangan
yang telah diaudit hendaklah diserahkan kepada ahli.
6 Mesyuarat Agung Khas yang diminta oleh ahli hendaklah diadakan pada satu tarikh dalam
tempoh satu bulan daripada tarikh menerima permintaan mesyuarat.
7 Pengumuman dan Agenda Mesyuarat Agung Khas hendaklah diedarkan oleh Setiausaha
Agung 14 hari sebelum tarikh mesyuarat.
3
8 Fasal 6(1) dan Fasal 6(2) dalam Perlembagaan ini berkenaan korum dan Penangguhan
Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan terpakai untuk Mesyuarat Agung Khas.
9. Setiausaha hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli satu salinan minit mesyuarat
agung dwi tahunan dan mesyuarat agung khas dalam tempoh 3 bulan setelah selesai
mesyuarat.
6 Ahli Jawatankuasa yang tidak hadir Mesyuarat 3 kali berturut-turut tanpa alasan yang
memuaskan akan diminta memberikan surat tunjuk sebab atas ketidakhadiran.
7 Jika seseorang Ahli Jawatankuasa meninggal dunia, bersara atau bertukar, calon yang
menggantikan tempat beliau hendaklah dilantik untuk memenuhkan kekosongan itu. Jika
4
calon tersebut menolak pelantikan, maka Yang DiPertua diberikan kuasa untuk melantik
ahli lain bagi mengisi kekosongan jawatan.
8 Jawatankuasa boleh memberi arahan kepada Setiausaha dan Pegawai-Pegawai lain untuk
menjalankan urusan Pertubuhan dan melantik Pengurus dan kakitangan yang difikirkan
mustahak. Ia boleh menggantung atau melucutkan jawatan pegawai dan kakitangan
kerana cuai, curang, tidak cekap, engkar menjalankan keputusan Jawatankuasa atas
sebab-sebab yang difikirkan boleh merosakkan kepentingan Pertubuhan.
5
FASAL (10) : KEWANGAN
4 Perbelanjaan yang lebih daripada RM 20,000.00 (Ringgit Malaysia : Sepuluh Ribu) bagi
sesuatu masa tidak boleh dibayar dengan tidak diluluskan oleh Jawatankuasa Pertubuhan.
Perbelanjaan kurang daripada RM 10,000.00 (Ringgit Malaysia : Sepuluh Ribu) dan ke
bawah bagi sesuatu masa boleh diluluskan oleh Yang Dipertua atau Timbalan Yang
Dipertua atau Naib Yang Dipertua. Manakala perbelanjaan yang lebih daripada
RM50,000.00 (Ringgit Malaysia : Lima Puluh Ribu) bagi satu-satu masa tidak boleh
dilakukan tanpa mendapat kebenaran mesyuarat agung.
5 Penyata Kewangan hendaklah disediakan oleh Bendahari dan diperiksa oleh juru audit
yang dilantik selepas tamatnya tahun kewangan. Penyata kewangan yang telah diaudit
hendaklah dibentangkan dalam Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan. Setiap salinan tersebut
hendaklah dibekalkan untuk makluman ahli di tempat urusan pertubuhan.
6 Tahun Kewangan Pertubuhan ini hendaklah bagi tempoh 12 bulan bermula 1 Januari.
1 Dua orang Juruaudit yang bukannya Ahli Jawatankuasa Pertubuhan hendaklah dilantik
oleh Yang DiPertua dan dipersetujui oleh Mesyuarat Jawatankuasa Pertubuhan.
3 Juruaudit juga dikehendaki pada bila-bila masa oleh Yang Dipertua mengaudit Penyata
Kewangan Pertubuhan dan membuat laporan kepada Jawatankuasa.
6
FASAL (12) : PENTADBIR HARTA
1 Segala harta tidak alih Pertubuhan hendaklah didaftarkan atas Nama Pertubuhan dan
segala surat cara perlaksanaan berkaitan dengan harta ini dianggap sah dan berkuatkuasa
seolah-olah ianya telah dilaksanakan oleh seorang tuan punya berdaftar dengan syarat
surat cara itu disempurnakan oleh 3 orang pemegang jawatan pertubuhan pada masa itu
yang mana perlantikan mereka disahkan melalui Sijil Perakuan yang dikeluarkan oleh
Pendaftar Pertubuhan.
2 Harta tidak alih pertubuhan tidak boleh dijual, digadai, ditarik balik atau ditukar milik tanpa
Persetujuan Mesyuarat Agung.
2 Kecuali perkara-perkara yang bertentangan atau tidak selaras dengan dasar yang telah
dibuat dalam Mesyuarat Agung, keputusan Jawatankuasa terhadap ahli-ahli adalah
muktamad jika diubah oleh Keputusan Mesyuarat Agung.
1 Jawatankuasa boleh, jika difikirkan perlu, melantik orang-orang yang layak menjadi
Penasihat / Penaung bagi pertubuhan ini dengan syarat orang yang dilantik itu
menyatakan persetujuannya secara bertulis terlebih dahulu.
1 Sebarang bentuk perjudian seperti tafsiran dalam Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dilarang
dipermis Pertubuhan.
2 Pertubuhan atau Ahli-Ahlinya tidak harus cuba menghalang dengan apa cara juga
mengganggu perniagaan atau harga barang-barang atau mengambil peranan didalam
Gerakan Kesatuan Sekerja seperti definisikan dalam Akta Kesatuan Pekerja 1959.
1 Perlembagaan ini tidak boleh dipinda kecuali dengan Keputusan Mesyuarat Agung.
Permohonan untuk pindaan perlembagaan hendaklah dikemukakan kepada Pendaftar
Pertubuhan dalam tempoh 60 hari dari tarikh keputusan Mesyuarat Agung yang
meluluskan pindaan itu dan hanya boleh dikuatkuasakan mulai daripada tarikh pindaan
itu diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan.
7
FASAL (17) : PEMBUBARAN
1 Pertubuhan ini boleh dibubarkan secara sukarela dengan persetujuan tidak kurang
daripada 3/5 ahli daripada jumlah Ahli Pertubuhan dalam Mesyuaat Agung yang dipanggil
khas.
2 Sekiranya pertubuhan hendak dibubarkan seperti disebut di atas, maka segala hutang dan
tanggungan pertubuhan yang sah mengikut perlembagaan hendaklah dijelaskan dan baki
wang yang tinggal hendaklah diselesaikan mengikut cara yang dipersetujui dalam
Mesyuarat Agung berkenaan.