Model Arcs Konstuksional
Model Arcs Konstuksional
Model Arcs Konstuksional
bermaksud sesuatu hal yang mengarah kepada pergerakan ataupun perubahan (Pintrich, 1996).
Menurut Popovich (2000), motivasi adalah suatu perkara yang menyebabkan seseorang itu bergerak
maju, dan membantunya menyelesaikan sesuatu kerja. Sebaliknya, seseorang yang tidak bermotivasi
tidak mempunyai motif mahupun keinginan terhadap sesuatu perkara, termasuklah pembelajaran.
Menurut Keller (1987b) seseorang guru secara khususnya, tidak boleh memotivasikan seseorang.
Walau bagaimanapun, seseorang guru boleh mengubah persekitaran pembelajaran agar pelajar
dapat memotivasikan diri mereka sendiri. Sebagai contoh, dalam proses pengajaran dan
pembelajaran, kemungkinan terjadi yang mana seseorang guru mengajar dengan baik, tetapi pelajar
sebenarnya tidak belajar apa-apa daripadanya. Pelajar kadangkala berasa berat atau tidak mahu
belajar sesuatu yang tidak dirasakan bermakna kepada dirinya. Pelajar hanya menghafal kandungan
dan kerap lupa apa yang dipelajari, selepas tamat peperiksaan. Pelajar akan memilih untuk tidak
mengaplikasikan apa yang dipelajari, kerana tidak berminat dengan apa telah yang dipelajari.
Menurut Popovich (2000), “motivation is an important quality that effects students’ success in
learning and performance”. Pelajar yang bermotivasi untuk belajar akan menyertai segala aktiviti
yang membantu pembelajaran mereka. Walau bagaimanapun, menurut Keller (1987b),
overmotivation boleh menimbulkan masalah. Pelajar yang overmotivation kerap kali menyatakan
bahawa mereka sudah tahu atau sudah faham tentang sesuatu kandungan pembelajaran. Ini
menyebabkan mereka kurang memberikan perhatian terhadap pelajaran yang disampaikan.
Kepentingan motivasi sebagai pengaruh positif terhadap pembelajaran telah banyak dinyatakan
dalam literatur (Keller, 1979: 1983b). Menurut Wlodkowski (1981) dan Baker (2004), banyak kajian
terkini berhubung dengan motivasi memfokus kepada mengenal pasti teknik-teknik berkesan untuk
meningkatkan reka bentuk pengajaran, pengurusan menambahbaik bilik darjah dan memenuhi
keperluan pelajar yang berbeza. Pengkaji motivasi pembelajaran (learning-motivation)
mengaplikasikan beberapa teori dan konsep yang efektif dalam bidang industri, untuk
membangunkan model-model motivasi bagi meningkatkan suasana pengajaranpembelajaran (Small,
2000; Hyland, 2006). Satu model yang khusus untuk bidang pendidikan telah dibina oleh Keller
(1987a) iaitu Model ARCS (Attention, Relevance, Confidence dan Satisfaction), yang memfokus
terhadap mencipta, mensimulasi dan mengekalkan penggunaan strategi motivasi untuk pengajaran.
Model ini menekankan strategi dan reka bentuk motivasi yang boleh diterapkan oleh pereka bentuk
arahan ataupun pengajar, ke dalam reka bentuk bahan pengajaran mereka. Menurut Popovich
(2000) dan Hyland (2006), strategi-strategi motivasi boleh digunakan dalam mempengaruhi motivasi
pelajar untuk belajar; dan juga, dalam menyelesaikan masalah berkaitan dengan pembelajaran. Ini
boleh dilakukan dengan membenarkan guru mencipta suasana pembelajaran yang bermotivasi.
Menurut Keller (1984) dan Visser (1990), “studies evaluating this model in application have provided
evidence to support the validity of the four basic constructs and their positive effects on student
attitude and performance”. Model ARCS merupakan sebuah model yang sistematik dalam mereka
bentuk motivating instruction (Small, 2000). Model tersebut telah digunakan secara meluas (Means
et al. 1997; Shellnut, Knowlton & Savage 1999; Song & Keller 2001; Hyland 2006). Model ARCS juga
telah diaplikasikan dalam beberapa jenis pengaturan pengajaran (instructional settings) tertentu
seperti computer-based instruction (Keller & Suzuki, 1988), textual material (Keller et al, 1987),
instructor-led formal lecture (Visser et al, 1990) dan online assessment (Hyland, 2006) Model ARCS
secara sistematik direka bentuk berasaskan teori motivasi, prestasi dan pengajaran yang
dibangunkan oleh Keller (1983a). Model tersebut dapat meningkatkan motivasi berasaskan bahan
pengajaran, perlakuan guru dan cara modul-modul kursus direka bentuk (Keller, 1983b). Model ini
dapat membantu para guru mengenal pasti komponen pengajaran yang boleh meningkatkan
ataupun menurunkan motivasi pelajar untuk belajar. Model ini juga menyediakan pelbagai strategi
motivasi yang boleh digunakan bagi memastikan pengajaran dapat memenuhi minat para pelajar
(Popovich, 2000) dan membantu mengekalkan perhatian mereka (Hyland, 2006). Menurut Popovich,
model juga dicipta disebabkan kurangnya garis panduan hingga kini untuk meningkatkan kualiti
motivasi terhadap pengajaran dan pembelajaran. Menurutnya, “there have been many writings
about how to design instruction that will be effective if students want to learn, but there is relatively
little that demonstrates to an educator how to make the instruction more appealing”. Fernandez
(1999) menyatakan, “The ARCS model focuses on the conditions necessary to be sustained to keep
the learner interested in the topic”. Menurut Mills (2004) dan Hyland (2006) pula, model Motivasi
ARCS menerangkan bagaimana pelajar akan berusaha dan belajar dengan lebih gigih lagi apabila
mereka bermotivasi untuk berbuat demikian. Model ARCS terdiri daripada empat konsep asas yang
menyumbang terhadap motivasi. Empat konsep tersebut yang telah dikenal pasti oleh Keller (1983a)
ialah perhatian, perkaitan, keyakinan dan kepuasan. Penjelasan lanjut tentang konsep-konsep
tersebut adalah seperti berikut:
(i) Perhatian (Attention – A) Merujuk kepada perasaan samada perasaan ingin tahu pelajar telah
diransangkan ataupun tidak; dan samada perasaan ini dapat dikekalkan untuk tempoh masa
tertentu.
(ii) Perkaitan (Relevance – R) Merujuk kepada persepsi pelajar terhadap pengajaran guru iaitu,
samada pelajaran yang disampaikan oleh guru berkaitan dan dapat memuaskan keperluan
peribadinya ataupun dapat membantunya mencapai tujuan peribadinya.
(iv) Kepuasan (Satisfaction – S) Merujuk kepada kesempurnaan pengukuhan menerusi ganjaran dan
peneguhan yang diperoleh daripada pengajaran. Ini meliputi aspek seperti faktor dalaman (internal)
dan faktor luaran (external).
Perhatian
Menurut Ricco et al (2002) dalam Stroud (2006) “attention is a fundamental component of learning,
so it is fundamental to success on any academic task”. Dalam proses pengajaran, guru perlu cuba
membangkitkan perhatian pelajar sebelum sebarang aktiviti pembelajaran dijalankan. Tujuan
motivasi adalah untuk mempertahankan perhatian yang teliti oleh para pelajar. Guru perlu
memperkenalkan strategi motivasi yang dapat mengekalkan perhatian pelajar bagi mencapai satu
tahap perhatian yang memuaskan sepanjang pengajaran. Kupritz dan Laszlo (2003) menyatakan
bahawa: “gaining a learner’s attention by incorporating strategies that maintain curiosity and
interest is essential to effective learning”. Menurut Gunter et al (2006), “strategies include initiating
the instructional event with some sort of sensory stimuli, through an inquiry arousal (i.e., a series of
thought provoking questions), and/or variability (such as varying the kinds of media)”. Untuk
menarik perhatian, guru boleh memulakan pengajaran dengan menyediakan persoalan yang dapat
menimbulkan keinginan untuk mengetahui lebih lanjut lagi ataupun menyediakan sesuatu yang tidak
dijangka oleh pelajar. Contohnya, menggunakan persembahan audio, video, animasi dan juga grafik
yang berkesan untuk menarik perhatian pelajar pada permulaan pelajaran. Mempersembahkan dua
fakta yang bercanggah juga dapat menarik perhatian pelajar. Pembelajaran berbantukan komputer,
perlu memuatkan segmen pembelajaran yang pendek, padat dan interaktif. Bushro dan Halimah
(2005) turut menyatakan bahawa paparan skrin hendaklah konsisten dan boleh dipelbagaikan dari
semasa ke semasa.
\Relevans
Selepas berjaya menarik perhatian pelajar, guru perlu mempersembahkan bahan pengajaran.
Pelajar mungkin akan bertanya mengapa perkara tersebut perlu dipelajari. Sekiranya perkara yang
dipersembahkan dirasakan relevan dan bermakna oleh pelajar, maka mereka akan bermotivasi
untuk belajar. Driscoll (2000) menyatakan betapa pentingnya konsep relevan ini, “this concept is
important considering, research indicates the more familiar something is, the more relevant the
learner perceives it to be”. Menurut Hyland (2006) “relevance is by far the most reported successful
motivator”. Penggunaan permainan, simulasi dan animasi grafik yang ada kaitan dengan
pengalaman pelajar juga dapat menimbulkan minat pelajar kerana aktiviti ini dirasakan relevan
dengan pelajar. Bahasa yang mudah difahami perlu digunakan pada setiap skrin. Begitu juga dengan
contoh-contoh dan konsep yang diberikan hendaklah berkaitan dengan pengalaman pelajar. Bahan
yang relevan dengan pembelajar merupakan successful mativators terhadap pembelajaran (Hardre,
2001; Moshinkie, 2001 dalam Hyland 2006). Strategi pengajaran yang bersesuaian dengan profil
pelajar juga perlu digunakan, (Popovich, 2000; Nor Azan, 2005; Megat Aman Zahiri & Norliah, 2005;
Hyland, 2006; Barry & Pitt, 2006).
Keyakinan
Pelajar berasa yakin terhadap kebolehan mereka sendiri apabila mereka berjaya menyelesaikan
suatu tugasan yang mencabar (Driscoll, 2000; Megat Aman Zahiri & Norliah, 2005; Gunter et al,
2006). Memberi keyakinan kepada pelajar dapat dipenuhi dengan memastikan topik pelajaran
mampu dipelajari olehnya, dan pelajar mempunyai kuasa untuk mengawal pembelajarannya. Ini
akan dapat meningkatkan motivasi mereka. Menurut Mills (2004), menyediakan strategi
pembelajaran yang bebas, melalui kemahiran praktikal dan latihan, secara perlahan-lahan akan
menimbulkan keyakinan kepada pelajar. Maklum balas guru ataupun sistem perisian juga
menimbulkan keyakinan kepada pelajar. Keller (1983a) menyatakan bahawa “providing feedback
helps students to develop an internal attribution for success”. Kepentingan maklum balas turut
dinyatakan oleh Mayer et al. (2001) “in order to facilitate learning, students need to be given
opportunities to practice and obtain feedback about the quality of their performance”.
Kepuasan
Motivasi pelajar dapat dikekalkan sekiranya matlamat pembelajaran adalah selaras dengan
keperluan pelajar. Menurut Mills (2004) dan Baker (2004), kepuasan boleh dibahagikan kepada tiga
aspek yang mepengaruhi motivasi. Aspek-aspek tersebut ialah: pengukuhan intrisik, ganjaran
ektrinsik dan equiti (equity) (Small, 2000). Baker (2004) menyatakan, “Intrinsic motivation refers to
doing an activity or behavior voluntarily for its own sake, and the inherent pleasure and satisfaction
derived from participation”. Motivasi intrinsik didapati boleh menyumbang secara positif terhadap
proses pembelajaran dan juga kualiti pembelajaran. Small (2000) turut menyatakan bahawa,
“instrinsic outcomes are a result of one’s internal emotions and evaluations in response to the
performance”. Secara khususnya, seseorang individu yang bermotivasi secara intrinsik didapati lebih
kreatif (Koestner et al, 1984), mempunyai keupayaan untuk mengingati bahan yang telah dipelajari
yang lebih berkesan (Ryan et al, 1984), dan mempunyai prestasi akademik yang lebih memuaskan
(Ryan et al. 1995). Motivasi intrinsik juga, dikaitkan dengan peningkatan selfesteem dan perlakuan
yang baik (Ryan et al, 1995). Menurut Keller (1987c), “instructors need to encourage and support
intrinsic enjoyment of the learning experience”. Ini boleh dilakukan dengan menyediakan peluang
kepada pelajar untuk menggunakan pengetahuan atau kemahiran yang baru diperoleh dalam situasi
sebenar ataupun simulasi. Menurut Baker (2004), “Extrinsic motivation refers to activities engaged
in as a means to an end such as, to gain reward or avoid criticism, rather than for satisfaction of the
activity itself”. Menurut Small (2000), menggunakan ganjaran ektrinsik sebagai satu kaedah
peningkatan kepuasan melibatkan penyediaan pengukuhan positif dan maklum balas yang
bermotivasi. Ganjaran ektrinsik boleh disediakan menerusi penggunaan peneguhan melalui pujian,
pemberian ganjaran dalam bentuk simbolik dan nyata, dan pemberian insentif (Mills, 2004).
Menggunakan ganjaran ektrinsik sebagai respons terhadap jawapan yang betul dan tidak mengkritik
bagi jawapan yang salah, dapat membantu pelajar memahami bahawa kesalahan yang dilakukan
adalah satu peluang pembelajaran ataupun peluang untuk memperbaiki diri. Walau bagaimanapun,
ganjaran-ganjaran ektrinsik perlu digunakan secara bijaksana agar pelajar tidak melihat ganjaran
yang diberikan adalah lebih penting daripada pelajaran yang disampaikan (Mills, 2004). Menurut
Keller (1987b) ekuiti dapat menggalakkan motivasi dan kejayaan pelajar menerusi penggunaan
piawaian yang konsisten. Contohnya, pelajar akan sentiasa mengetahui apakah hasil yang akan
diperoleh untuk soalan yang salah dan begitu juga bagi soalan yang betul (Vroom, 1964). Bagi pelajar
disleksia, tahap motivasi mereka adalah rendah. Seperti pelajar lain, mereka juga perlu diberi
motivasi untuk terus belajar. Pengaplikasian elemen-elemen motivasi yang terdapat dalam model
motivasi ARCS akan dapat meningkatkan motivasi mereka. Motivasi merupakan satu perkara penting
dalam proses pembelajaran. Seseorang pelajar yang mempunyai tahap motivasi yang tinggi terhadap
pembelajarannya, akan menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam pelajaran mereka. Bagi
pembangunan perisian D-Matematika, aspek motivasi turut diambil kira untuk meningkatkan
motivasi pelajar disleksia. Faktor-faktor berasaskan elemen model motivasi ARCS turut diterapkan ke
dalam perisian tersebut.