6 Peringkat Domain Taksonomi Bloom
6 Peringkat Domain Taksonomi Bloom
6 Peringkat Domain Taksonomi Bloom
1. ARAS PENGETAHUAN
Pengetahuan merupakan aras paling rendah dalam domain kognitif. Aras ini
melibatkan murid untuk mengingati kembali pengetahuan antaranya seperti
pengetahuan khusus. Pengetahuan berkait dengan symbol-simbol khgusus iaitu
perkataan dan bukan perkataan
2. ARAS KEFAHAMAN
Menterjemahkan bahan atau idea daripada satu bentuk ke bentuk lain, mentafsir
bahan atau idea, menganggar trend masa depan. Contohnya: berikan contoh….
Bolehkah anda jelaskan…. Apakah yang dimaksudkan dengan….?
3. ARAS APLIKASI
Menggunakan bahan, idea, strategi, konsep, prinsip atau teori dalam situasi baru.
Murid diminta unyik mengaplikasikan ilmu sedia ada atau ilmu baharu yang
diperolehi di dalam pembelajaran mereka. Dalam item ujian, contohnya. Daripada
maklumat yang diberikan, bolehkah anda bina satu……? Apakah yang akan
berlaku sekiranya anda…..? berikan contoh lain bagi….?
4. ARAS ANALISIS
Mengasingkan maklumat kepada komponen-komponennya untuk memahami dan
menbuat perhubungan antara komponen. Sebagai contoh, Apakah fungsi….?
Apakah hubungan antara …dengan..? Kenyataan manakah yang sesuai
dengan….?
5. ARAS SINTESIS
Memerlukan keupayaan murid untuk menggabungkan sesuatu struktur yang lebih
jelas. Kategori soalan bagi aras sintesis ini penghasilan satu komunikasi unik iaitu
pembinaan suatu komunikasi di mana murid cuba menyampaiakn suatu idea,
perasaan atau pengalam kepada orang lain
6. ARAS PENILAIAN
Menguji keupayaan murid menilai sesuatu perkara berasaskan kriteria yang perlu
diketahui. Murid perlu membuat pertimbangan tentang nilai sesuatu idea hasil
kerja penyelesaian bahan, sesuatu idea atau sebagainya.