Tutorial 2
Tutorial 2
Tutorial 2
Setelah membaca keseluruhan bab reka bentuk, pembinaan dan pentadbiran ujian , renungkan
peranan guru dalam menghasilkan satu kertas peperiksaan yang sah dan boleh dipercayai untuk
murid. Fikirkan langkah-langkah yang perlu anda ambil jika dikehendaki untuk menyediakan
kertas peperiksaan untuk pengkhususan anda.
Anda telah ditugaskan untuk menyediakan satu ujian subjektif yang terdiri daripada item respons
terhad dan respons terbuka. Dalam penggubalan ujian itu, anda ingin menggunakan rubrik
permarkahan holistik. Sejauh manakah rubrik permarkahan holistik paling sesuai digunakan dalam
penskoran ujian yang dibina? Bincangkan.
Dalam menyediakan ujian subjektif yang terdiri daripada item respons terhad dan terbuka,
saya perlu mengambil kira cara pemarkahan holistik. Rubrik jenis holistik memang dianggap sebagai
kaedah yang paling tekal dan boleh dipercayai dalam menggred esei. Selain itu, penggredan holistik
mengambil masa yang lebih singkat. Hal ini demikian kerana, setiap pemeriksa akan membaca esei
dengan cepat, padankan kualiti dengan sampel esei. Dengan sampel dalam minda,
kebolehpercayaan pemeriksa dalam menggred lebih tinggi. Namun, begitu, jika kita telitikan
kesesuaian rubrik pemarkahan holistik, dapat disimpulkan bahawa ia paling sesuai untuk pemeriksa
yang berpengalaman supaya pemeriksaan lebih tekal dan boleh dipercayaai.