Budaya Pembelajaran - Cara Membina Bilik Darjah Mesra Budaya

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

ISI KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN .............................................................................................................................. 2


2.0 PENGURUSAN BILIK DARJAH MESRA BUDAYA............................................................... 3
2.1 ASPEK FIZIKAL .................................................................................................................. 3
2.2 ASPEK EMOSI ..................................................................................................................... 4
2.3 ASPEK SOSIAL ................................................................................................................... 5
2.4 ASPEK SOSIOLINGUISTIK .............................................................................................. 6
3.0 KESIMPULAN .......................................................................................................................... 7
4.0 RUJUKAN ................................................................................................................................. 8

1
1.0 PENGENALAN

Pengurusan merupakan satu kerjasama ahli kumpulan dalam satu proses merancang,
mengelola, mengarah dan mengawal untuk mencapai suatu objektif. Manakala bilik darjah
pula adalah tempat berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran (PdP). Menurut Lee
Shok Mee (1995) guru perlu bertindak menjadi pengendali kelas supaya suasana
pembelajaran yang tersusun dapat diwujudkan. Oleh itu, setiap guru perlu menguasai
kemahiran pengajaran, teknik, teori dan pendekatan yang sesuai supaya pembelajaran murid
dapat berlaku optimum dan menyeluruh. Hal ini kerana di Malaysia, murid-murid terdiri
daripada pelbagai kaum yang datang daripada pelbagai latar belakang dan pembawakan
budaya masing-masing. Jadi, pengurusan bilik darjah yang berkualiti perlulah mesra budaya
dan menepati aspek fizikal, emosi, sosial dan sosiolinguistik murid supaya objektif
pembelajaran dapat dicapai secara tidak langsung dapat mewujudkan semangat perpaduan
dalam kalangan murid itu sendiri.

2
2.0 PENGURUSAN BILIK DARJAH MESRA BUDAYA

Menurut Halizah Hamzah pengurusan bilik darjah didefinisikan sebagai kemahiran guru
menggunakan masa, ruang, sumber dan peranan sebagai ketua dalam kelas tersebut dalam
menyediakan iklim pembelajaran yang berkesan. Selain itu, pengurusan bilik darjah yang
mesra budaya juga melibatkan persekitaran sosioemosi murid yang sihat dan murid berada
dalam keadaan selesa serta selamat semasa pembelajaran berlaku. Menurut Najeemah
Yusof (2006) menyatakan pengurusan bilik darjah mesra budaya sememangnya releven
untuk diaplikasikan oleh guru dalam konteks pendidikan di Malaysia. Ini kerana sekolah
merupakan institusi yang terdekat dengan murid untuk membina persekitaran mesra budaya
yang menjurus kepada perpaduan dalam kalangan murid pelbagai kaum. Pengurusan bilik
darjah seperti ini secara tidak langsung dapat mewujudkan integrasi nasional menepati aspek
fizikal, emosi, sosial dan sisiolinguistik.

2.1 ASPEK FIZIKAL

Susun atur murid dalam kelas memainkan peranan penting bagi mewujudkan suasana
pembelajaran yang kondusif dan mesra budaya antara pelajar. Guru perlu merancang dengan
rapi susun atur bilik darjah supaya guru dapat memerhati setiap muridnya dan mengendali
bilik darjah dengan mudah. Contoh kedudukan murid yang tinggi berada di belakang dan
rendah berada di hadapan. Kesannya pengajaran yang disampaikan guru dapat diterima dan
didengari keseluruhan murid. Selain itu, susunan bilik darjah abad ke-21 seperti susunan
berkelompok empat atau lima. Susunan seperti ini pula dapat menggalakkan pembelajaran
secara kolaboratif dan berpusatkan murid. Menurut Najeemah Md. Yusof, (2006)
meenyatakan bahawa guru perlu menyusun kelas yang mana setiap kelompok terdiri daripada
pelbagai kaum yang berbeza. Jadi mereka akan bekerjasama dalam menjalankan aktiviti PdP
dengan baik. Jadi melalui susunan yang berkelompok ini, murid dapat berkolaborasi dan
berbincang antara mereka dalam menjalankan tugas seperti projek atau kerja berkumpulan.
Kesannya dengan kerja berkumpulan murid dapat meningkatkan kemahiran berbahasa dan
berkomunikasi mereka dengan murid yang lain. Susunan tidak perlu statik, kedudukan murid
juga boleh ditukar setiap minggu supaya murid dapat berinteraksi dengan rakan-rakan yang
lain.

Selain itu, dalam ruangan setiap kelas perlu ada sudut bacaan sebagai bahan bacaan
tambahan kepada murid unutuk membantu perkembangan intelek mereka. Sudut ruangan
membaca ini perlu strategik dan sepatutunya tidak mempunyai halangan untuk murid
membaca. Kebiasaanya sudut bacaan ini berada di hujung penjuru kelas, dihiasi dan dipenuhi

3
dengan bahan bacaan seperti buku-buku ilmiah, surat khabar, buku cerita, brosur dan
majalah. Buku-buku yang disediakan ini kebanyakannya perlu bertemakan nilai murni,
pengajaran dan bahan ilmiah tentang negara. Bahan ini bukan sahaja meningkatkan minat
membaca malah menambah pengetahuan murid tentang keharmonian rakyat Malaysia.
Contohnya seperti majalah kemerdekaan, sambutan perayaan dan, brosur makanan daripada
pelbagai kaum di Malaysia. Kesannya setiap murid dapat menghayati budaya kaum masing-
masing dan menyemai sikap toleransi antara murid.

2.2 ASPEK EMOSI

Menurut Noriati A. Rashid et.al, (2017) menyatakan bahawa emosi adalah perasaan yang
akan terpapar apabila tindak balas fisiologi berlaku terhadap ransangan emosi seseorang.
Maksudnya emosi ini adalah perasaan intens yang dihala tuju kepada seseorang atau sesuatu
perkara apabila ransangan dari persekitaran berlaku. Emosi yang stabil akan memberi kesan
kepada persekitaran bilik darjah yang mesra budaya.

Antara cara untuk menstabilkan emosi para murid adalah dengan membina hubungan rapat
dengan mereka di awal perkenalan. Ini bertujuan untuk memudahkan murid berasa senang
untuk berkongsi maklumat, melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran dan seterusnya
merapatkan hubungan baik antara guru dan murid. Menurut Zamri (2015) berpendapat
bahawa individu dapat menyampaikan fikiran, pendapat dan perasaan secara lebih berkesan
menerusi penguasaan kemahiran bertutur mereka. Dapat dibuktikan lagi dalam kajian Wan
Muna Ruzanna (2017) bahawa murid yang menguasai kemahiran bertutur mampu menguasai
kemahiran lain seperti membaca dan menulis. Jadi guru perlu memiliki kemahiran
berkomunikasi yang berkesan, berunsur kecindan dan penuh budi bahasa untuk mewujudkan
suasana kelas yang kondusif dan mengurangkan perasaan takut dalam kalangan murid.
Contohnya guru memastikan kesediaan belajar para murid dengan bertanyakan tentang
kebajikan murid seperti kesihatan diri, sosial di rumah, keadaan persekitaran dan sebagainya.
Guru perlu cuba untuk berkomunikasi dengan pelajar. Jadi pelajar akan berasa lebih teruja
untuk menjawab soalan yang dekat dengan mereka. Oleh itu, secara tidak langsung
hubungan guru dengan murid menjadi lebih akrab. Kesannya apabila hubungan repo ini
berlaku, murid telah bersedia untuk menerima pengajaran daripada guru tersebut.

Selain itu, Menurut Sufean Hussin (2004) menyatakan bahawa sekolah merupakan
institusi yang menggalakkan perpaduan dalam kalangan murid pelbagai kaum. Jadi para guru
perlu menggunakan pelbagai cara yang menjurus kepada persefahaman antara murid.
Contohnya guru mengamalkan prinsip demokrasi dalam bilik darjah. Pengamalan budaya ini

4
dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasi mereka apabila setiap daripada mereka diberi
kebebasan untuk menyuarakan pandangan masing-masing walaupun pendapat tersebut
kurang betul. Guru akan menjadi pembimbing atau bahan rujuk para murid dalam memberi
respon terhadap pandangan mereka. Jadi dengan wujudnya budaya demokrasi ini, murid
tidak akan berasa takut atau tertekan dalam menyuarakan apa jua pandangan. Dengan
wujudnya pengamalan budaya ini, suasana bilik darjah akan menjadi lebih harmoni dan
kondusif.

Semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung (PdP), motivasi daripada murid
perlu terus meningkat dan minat mereka untuk mempelajari sesuatu subjek perlu lebih
mendalam. Jadi satu penghargaan atau pujian memberi kesan kepada para murid sebagai
galakan kepada mereka. Contohnya guru memuji atau menyuruh satu kelas bertepuk tangan
apabila seseorang murid berjaya menjawab soalan dengan betul. Murid akan menjadi
bermotivasi untuk terus mencuba dalam soalan seterusnya daripada guru. Untuk lebih
seimbang, persoalan dan penghargaan daripada guru perlulah menyeluruh tanpa mengira
kaum, etnik dan kepercayaan murid dalam kelas yang diajar. Ini bagi mengelakkan berlaku
perkara yang menyentuh sensitiviti atau pilih kasih antara guru dan murid.

2.3 ASPEK SOSIAL

Sosial adalah sesuatu yang berkaitan dengan masyarakat yang dibentuk oleh sifat manusia.
Dalam pendidikan, aspek sosial adalah kebergantungan individu antara satu sama lain dalam
proses belajar. Jadi sekolah merupakan institusi yang menjadi medium murid mengembang
potensi mereka untuk bersosial kerana di sekolah, murid akan berjumpa dengan rakan-
rakannya yang lain untuk berkongsi maklumat dan merapatkan hubungan. Jadi para guru
boleh meningkatkan kemahiran bersosial para murid dengan meningkatkan kemahiran
berinteraksi mereka ketika di dalam kelas. Guru perlu sering menggunakan komunikasi
secara dua hala supaya murid dapat memberi respon terhadap pengajaran yang diajar oleh
guru. Guru juga boleh menggunakan kaedah bersosial dalam pengajaran didik hibur.
Contohnya, guru memberi tugasan berkumpulan seperti dialog, lakonan, main peranan dan
forum. Dalam aktiviti seperti ini, kemahiran bercakap dan keyakinan mereka dapat diuji dalam
memberi persembahan. Jadi melalui pengajaran didik hibur ini, murid akan belajar dengan
seronok dan tidak berasa tertekan terhadap subjek yang diajar. Secara tidak langsung
kemahiran bersosial murid dapat ditingkatkan dan menjadi penutur yang hebat.

Seterusnya, menurut Rusli Md Zain (1998) dalam kajiannya menyatakan mereka yng
berpendapatan tinggi akan memenuhi segala perbelajaan pendidikan anak dan mendapat

5
pendidikan yang terbaik daripada orang lain. Jadi akan wujud perbezaan kelas sosial yang
amat ketara antara orang kaya dan orang miskin. Jadi konsep kesamarataan antara murid
tersebut perlu dititik beratkan. Oleh itu guru perlu membuat kajian tentang latar belakang
setiap pelajar terlebih dahulu dan tidak membezakan mereka dengan bangsa, kaum dan
warna kulit. Sebaliknya guru perlu melayan secara sama rata setiap murid dan tidak
mengelompokkan mereka dalam kumpulan yang berlainan. Guru perlu membiarkan murid
berkomunikasi antara mereka bagi melupuskan konsep kelas sosial tersebut.

2.4 ASPEK SOSIOLINGUISTIK

Sosiolinguistik ilmu yang mempelajari ciri dan berbagai variasi bahasa serta fungsi bahasa
tersebut kepada pengguna dalam sesuatu masyarakat. Penggunaan bahasa merupakan
aspek penting dalam bersosial dengan orang sekeliling. Dengan menggunakan bahasa, guru
dapat menghasilkan kelas yang mesra budaya melalui penyatuan bahasa. Melalui aspek ini,
guru menggunkan kaedah bilih darjah penyayang yang ditunjukkan oleh guru. Guru
membentuk jati diri murid melalui penghayatan bahasa dan kesopananan dalam berbahasa.
Sebagai contoh guru menggunakan bahasa yang lembut, sopan, menegur dan membetulkan
kesalahan murid dengan cara yang berhemah. Oleh itu, murid akan terarah kepada
pembentukan budaya dalam berbahasa iaitu dengan menggunakan bahasa yang sopan dan
berlemah lembut dalam bercakap. Contoh aktiviti yang lebih menarik guru boleh melakukan
permainan bahasa, nyanyian, pantun atau sastera yang mempunyai maksud bahasa yang
tersirat. Secara tidak langsung, hubungan antara murid itu sendiri dapat dirapatkan serta
memartabatkan bahasa kebangsaan Malaysia.

Seterusnya, guru boleh mempelbagaikan pengajaran dengan memasukkan pelbagai


unsur budaya dalam bahan bantu mengajar. Kepelbagaian budaya dalam pengajaran dari
peringkat awal dapat memberi pendedahan kepada murid tentang perpaduan dan
penerimaan kepelbagaian kaum di dalam kelas dan juga di luar kelas. Sebagai contoh, guru
mengenakan pakaian pelbagai kaum sempena hari perayaan dan guru menggunakan tema
kemerdekaan sebagai medium pengajaran dalam memberi kefahaman kepada murid tentang
perpaduan kaum. Jadi murid akan berinteraksi dan menukar pandangan berdasarkan tema
yang telah dipilih. Melalui pengajaran bertema atau penggunaan bahan bantu mengajar ini,
aspek sosiolinguistik dapat dipupuk antara kepelbagaian murid dalam kelas tersebut.

6
3.0 KESIMPULAN

Secara tuntasnya, terdapat banyak perkata yang boleh guru jalankan untuk menjadikan bilik
darjah yang mesra budaya. Bilik darjah mesra budaya diapliksikan bertujuan memandang ke
kesan pada masa hadapan. Pengurusan bilik darjah seperti ini sangat penting untuk
merealisasikan hasrat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia yang memfokuskan
perpaduan antara kaum. Di samping memajukan pendidikan masyarakat Malaysia, bilik
darjah mesra budaya melalui aspek-aspek yang dinyatakan dapat mewujudkan konsep
penerimaan dan persefahaman dalam kalangan murid Malaysia yang terdiri daripada pelbagai
kaum.

7
4.0 RUJUKAN

Najeemah Yusof. (2006). Konsep Pendidikan. Penerbit : PTS Professional.

Noriati A. Rashid et.al, (2017). Budaya dan pembelajaran Edisi Kedua : Publisher : Oxford
Fajar. Selangor

Wan Muna Ruzanna (2017). Pengaruh Faktor Sosial dalam Pembelajaran Bahasa Melayu
dalam Kalangan Murid Iban. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu. UKM. Bangi.

Sufean Hussin (2004). Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zamri Mahamod, Ruslin Amir & Mohamed Amin Embi. 2015. Kepelbagaian pelajar dan
perbezaan pembelajaran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zamri Mahamod. 2016a. Sosialinguistik dan pengajaran bahasa. Bangi: Penerbitan Fakulti
Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

You might also like