Tug 2 309 Noorul Effah Binti Razid

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 20

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM

100
KERJA KURSUS
KOKURIKULUM - PERSATUAN
MPU3081

Nama : NOORUL EFFAH BINTI


INTI RAZID
RAZID

Angka Giliran : 2019202340026

No Kad Pengenalan : 000213-03-0968

Program : PISMP

Ambilan : JUN 2019

Kumpulan/Unit : BA 3.09

Nama Pensyarah Kursus : EN. ISHARAE BIN ABDUL


MOSAMAD

TARIKH
TUGASAN TARIKH MULA MARKAH WAJARAN
HANTAR

KERTAS KERJA 7 SEPT 2020 5 OKT 2020 /60

LAPORAN KAJIAN
5 OKT 2020 19 OKT 2020 /40
KES

JUMLAH /100

Saya mengaku bahawa saya telah menerima maklum balas daripada pensyarah

Tanda tangan Pelajar : Tarikh:


PENGHARGAAN

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,

Bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan izin kurniaNya dapat juga saya
menyempurnakan tugasan bagi subjek Kokurikulum – Persatuan (MPU3081) ini. Sepanjang
menjalankan kerja kursus ini, saya telah memperoleh pelbagai pengalaman sama ada pahit
mahupun manis yang amat berharga dan bermakna dalam hidup saya sebagai seorang
pelajar. Pengalaman yang saya perolehi sepanjang menjalankan tugasan ini mungkin hanya
akan datang sekali sahaja dalam hidup saya.

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua
pihak yang terlibat sepanjang menjayakan tugasan ini. Terutamanya kepada pensyarah
saya iaitu Encik Isharae bin Abdul Mosamad kerana beliau telah banyak memberikan tunjuk
ajar kepada saya sepanjang menjalankan ini. Tunjuk ajar beliau amat membantu saya
dalam usaha menyempurnakan tugasan yang telah diamanahkan ini.

Selain itu, saya turut berterima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan saya kerana
telah banyak menghulurkan bantuan dan kerjasama bagi merealisasikan usaha
menyempurnakan tugasan ini dengan jayanya.

Ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan
tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Segala bantuan yang telah anda
hulurkan amatlah saya hargai kerana tanpa bantuan dan sokongan anda semua, tugasan ini
tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna.

Sekian, terima kasih.


KANDUNGAN

PENGHARGAAN

ISI KANDUNGAN

LAPORAN KAJIAN KES

1. PENGENALAN

2. LATAR BELAKANG KAJIAN

3. OBJEKTIF KAJIAN

4. PERSATUAN

5. OBJEKTIF PERSATUAN

6. AKTIVITI YANG DILAKSANA

7. DANA DAN PENGURUSAN KEWANGAN

8. ANALISIS SWOT

9. CADANGAN

10. KESIMPULAN

RUJUKAN

LAMPIRAN
LAPORAN
KAJIAN KES
1.0 PENGENALAN

SWOT adalah singkatan dari Strengths, Weaknesses, Opportunities and


Threats (Kekuatan, Kelemahan, Peluang dan Ancaman). (Main Rindam & Fatan H.
Yahaya, 2014). Analisis SWOT sudah menjadi alat yang umum digunakan dalam
perancangan strategi pendidikan, namun ia tetap merupakan alat yang efektif dalam
menilai potensi kelab dan persatuan. Analisis SWOT juga merupakan sebuah strategi
terbaru dalam bidang kokurikulum untuk menyelesaikan permasalahan yang wujud
dalam sesuatu kelab itu.

Melalui Analisis SWOT, penasihat atau organisasi kelab dapat mengenalpasti


potensi dan cabaran sebenar dalam sektor industri yang diceburi, merangkumi faktor
pengurusan, kwangan, penglibatan dan apa jua yang boleh memberi kesan baik atau
buruk terhadap kelab atau persatuan. Strengths dan Weaknesses adalah faktor
dalaman (internal factor) yang boleh dikawal. Ia boleh dikembangkan dan ditambahbaik
mengikut kepentingan. Manakala Opportunities dan Threats pula merupakan faktor yang
diluar kawalan kelab (external factor). Ia memerlukan persediaan tertentu agar mampu
bertindak memanfaatkan peluang atau menangani ancaman sekiranya berlaku.

Analisis SWOT ini secara ringkasnya dapat ditampilkan seperti rajah di bawah:

Rajah 1
2.0 LATAR BELAKANG KAJIAN

Tugasan ini dilaksanakan pada 11 Oktober hingga 15 Oktober 2020 iaitu pada tempoh
Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) yang merupakan kewajipan kepada para
pelajar Semester 3 Institut Pendidikan Guru. Untuk sesi PBS kali ini, saya telah memilih
Sekolah Kebangsaan Tok Bali yang bertempat di Pasir Puteh, Kelantan sebagai lokasi
pilihan untuk PBS. Sepanjang berada di sana, saya dengan bantuan guru penolong
kanan kokurikulum dan guru-guru lain telah mengkaji kelab-kelab dan persatuan yang
terdapat di sana. Kami bersepakat untuk memilih Kelab Memanah yang merupakan
antara kelab yang paling aktif dan paling mendapat tumpuan di sini.

Sepanjang tempoh 5 hari itu juga, saya telah merujuk guru penasihat Kelab
Memanah ini sendiri iaitu Puan Wan Noriah binti Wan Omar bagi mendapatkan sumber
maklumat berkaitan kelab ini. Beliau dengan sukacitanya berkongsi segala maklumat
yang diperlukan, malah turut menjemput saya untuk menyertai latihan memanah mereka
yang diadakan sediap hujung minggu.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

Tujuan kajian ini dijalankan adalah atas beberapa objektif iaitu:

a) Mengenal pasti objektif penubuhan Kelab Memanah SK Tok Bali

b) Mengenal pasti jenis dan contoh aktiviti yang dilaksanakan oleh Kelab Memanah
SK Tok Bali

c) Mengetahui bagaimana persatuan ini mengumpul dana bagi menjalankan aktiviti


yang dirancang.

4.0 PERSATUAN

Bagi melengkapkan tugasan ini, saya telah memilih Kelab Memanah SK Tok Bali
sebagai kelab kajian saya. Kelab ini mula ditubuhkan pada tahun 2018 dan bergiat aktif
bermula pada tahun 2019. Pengasas kelab ini adalah guru penasihat kelab ini sendiri
iaitu Puan Wan Noriah yang baru sahaja berpindah ke sekolah ini pada tahun 2017.
Beliau mengasaskan kelab ini dengan tujuan untuk melahirkan lebih ramai pemanah cilik
di negara ini. Kelab Memanah ini mempunyai 51 orang ahli berdaftar dan 6 orang guru
penasihat.

5.0 OBJEKTIF PERSATUAN

Persatuan ini mempunyai pelbagai objektif bagi memastikan mereka dapat


mengeluarkan lebih ramai pemanah cilik yang mana antaranya termasuklah:

1. Merancang, melaksana dan menilai program pembangunan sukan berprestasi


tinggi dengan berkesan ke arah kegemilangan sukan SKTB.

2. Melatih pelajar sukan memanah yang mana merupakan antara sukan yang
digemari Nabi Muhammad SAW sekaligus menghidupkan sunnah baginda.

3. Menghantar sebanyak mungkin penyertaan ke Majlis Sukan Sekolah Daerah


(MSSD, Majlis Sukan Sekolah Kelantan (MSSK) dan Majlis Sukan Sekolah
Malaysia (MSSM) bagi mengharumkan nama sekolah.

4. Memupuk sikap suka bersukan dalam diri pelajar bagi melahirkan murid yang
cemerlang dari semua aspek kehidupan selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.

6.0 AKTIVITI YANG DILAKSANA

Untuk kajian kes kali ini, saya telah memilih laporan aktiviti tahun 2019 sebagai panduan
untuk melengkapkan tugasan ini. Kelab ini telah merancang pelbagai aktiviti sepanjang
12 minggu dalam 2019 aktiviti persatuan dijalankan. Kebanyakannya berfokuskan
kepada latihan memanah itu sendiri bersesuaian dengan objektif dan fokus kelab ini.
Sepanjang 2019, kelab ini telah menjalankan latihan aktiviti memanah setiap hujung
minggu dan pada tarikh-tarikh tertentu yang lain. Kelab ini juga turut mengadakan latihan
memanah pada ssetiap petang setiap kali musim pertandingan tiba.

Antara aktiviti lain Kelab Memanah SK Tok Bali adalah mesyuarat pelantikan AJK
yang mana dilaksanakan pada awal tahun. Mereka juga belajar asas teori memanah dan
mengenal bahagian alatan memanah sebelum belajar lebih lanjut lagi mengenai cara
memanah. Selain itu, kelab ini turut menjalankan praktikal pemasangan alatan memanah
yang mana bertujuan supaya ahli kelab lebih menghargai alatan memanah yang bernilai
tinggi serta menjaga keselamatan diri semasa menggunakannya.
Pembimbing kelab ini juga telah melaksanakan latihan kecegasan dan kekuatan
tangan untuk membolehkan pelajar belajar mengenai postur badan semasa memanah
serta mengetahui otot-otot penting semasa proses memanah. Di samping itu, taklimat
peraturan dan undang-undang memanah juga turut dilaksanakan agar murid mengetahui
peraturan pertandingan memanah serta cara mengira kedudukan dan mata. Mereka juga
melaksanakan ujian penilaian praktikal memanah bagi memilih pemanah untuk mewakili
sekolah serta menilai pemanah dan memberi pengiktirafan kepada mereka.

7.0 DANA DAN PENGURUSAN KEWANGAN

Pengurusan kewangan adalah aspek terpenting yang harus dipertitikkan dalam


pengurusan sesebuah kelab atau persatuan. Tanpa pengendalian kewangan yang baik
dan teratur, perjalanan dan pengurusan persatuan akan menjadi sukar dan tidak
mengikut perancangan. Oleh itu, adalah sangat penting penjanaan kewangan yang
berterusan bagi memastikan setiap aktiviti kelab yang dirancang menjadi kenyataan.
Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji pengurusan kewangan sesebuah
persatuan dan cara mereka menjana kewangan. Antara dapatan kajian termasuklah
sumber kewangan kelab ini secara am dan pengurusan kewangan mereka untuk aktiviti-
aktiviti yang dijalankan sepanjang tahun.

Bagi memastikan objektif kelab ini tercapai, kelab ini telah melaksanakan
pelbagai aktiviti dan program sepanjang tahun 2019. Setiap aktiviti yang dirancang dan
dijalankan tersebut memerlukan peruntukan kewangan agar dapat berlangsung dengan
sempurna. Kelab Memanah ini mendapatkan sumber kewangannya melalui pelbagai
sumber antaranya termasuklah dana peruntukan sekolah, sumbangan individu serta
sumbangan pihak tertentu. Untuk menyediakan alatan memanah yang bernilai tinggi,
kelab ini telah mendapat tajaan daripada Tok Bali Supply Base (TBSB) iaitu sebuah
syarikat yang mengendali dan menyedia kemudahan kepada industri minyak dan gas.
Syarikat ini bertempat di sebelah SK Tok Bali dan telah kerap kali menyampaikan
sumbangan kepada sekolah ini sejak mula-mula bertempat di sana.

Mereka turut memperoleh dana yang diperuntukkan oleh panitia kokurikulum SK


Tok Bali. Oleh kerana kelab ini berpotensi besar dan banyak menghantar wakil pelajar
untuk bertanding di peringkat kebangsaan dan antarabangsa, setiap sesi latihan dan
pertandingan ditaja sepenuhnya oleh pihak sekolah. Sekiranya ada kesuntukan wang,
ianya akan diperuntukkan oleh guru penasihat sendiri agar setiap aktiviti yang dirancang
berjalan dengan lancar dan sempurna. Menurut Puan Wan Noriah, beliau dan rakan
penasihat yang lain bergilir untuk memberi sumbangan setiap bulan agar pelajar dapat
berlatih dan belajar dengan selesa.

Kelab Memanah SK Tok Bali tidak mengutip apa-apa yuran dari pelajar sejak hari
pertama ia ditubuhkan. Hal ini kerana mereka mengambil kira faktor kewangan pelajar.
SK Tok Bali bertempat berdekatan dengan pelabuhan nelayan, oleh itu hampir 70%
pelajar SK Tok Bali merupakan anak nelayan yang tidak mempunyai pendapatan yang
tetap. Sekiranya kelab ini mengutip yuran dari mereka, semestinya keinginan mereka
untuk terlibat dalam aktiviti kelab merudum seterusnya memadamkan bakat yang dimiliki.

8.0 ANALISIS SWOT

8.1 KEKUATAN

Kekuatan yang dapat diperhatikan dalam pengumpulan dan pengurusan dana


kelab ini adalah sumber peruntukan yang mencukupi. Mereka mendapat tajaan
sepenuhnya dari pihak sekolah dan pihak luar untuk menjalankan aktiviti mereka.
Contohnya seperti yang telah dimaklumkan sebelum ini, mereka mendapat tajaan
daripada TBSB untuk menyediakan peralatan memanah yang diperlukan untuk
sesi latihan. Oleh itu, kekuatan utama mereka adalah sumber kewangan ini
sendiri yang membolehkan mereka menguruskan kewangan persatuan tanpa
menghadapi apa-apa masalah.

Kekuatan lain yang dimiliki oleh kelab ini adalah kemahiran guru
penasihat sendiri. Mereka tidak perlu mengambil jurulatih dari luar kerana guru
penasihat kelab ini, Puan Wan Noriah merupakan pemegang sijil kejurulatihan
yang sangat berpengalaman dalam memanah. Ini sekaligus menjimatkan
perbelanjaan mereka kerana tidak perlu mengeluarkan modal untuk menampung
kos jurulatih.

8.2 KELEMAHAN

Antara kelemahan yang dapat dikenalpasti dalam penjanaan kewangan bagi


Kelab Memanah SK Tok Bali adalah walaupun mendapat tajaan yang banyak
daripada pelbagai pihak, ianya bukanlah satu jumlah yang mencukupi untuk
jangka masa yang panjang. Misalnya, dana yang disumbangkan oleh TBSB
hanya mencukupi untuk pembelian dua papan sasar (targets butt) yang mana
adalah tidak mencukupi untuk 51 orang ahli kelab. Mereka terpaksa menunggu
giliran untuk berlatih yang mana akan menyebabkan masa latihan menjadi lama.

8.3 PELUANG

Terdapat banyak peluang yang boleh digunakan oleh kelab ini untuk
memaksimakan penjanaan kewangan meraka. Antaranya adalah mengadakan
tabung mingguan iaitu meminta pelajar untuk memasukkan baki wang belanja
yang mereka ada pada setiap hari akhir persekolahan. Dengan cara ini, pelajar
tidak akan terbeban kerana mereka masih boleh berbelanja serta sumbangan itu
bukanlah satu kewajipan. Jumlah sumbangan juga tidak ditetapkan membolehkan
pelajar menyumbang tanpa kesulitan. Pelajar juga menyumbang atas dasar
kerelaan hati sendiri bagi memudahkan urusan latihan memanah. Di sini lah
peranan guru penasihat iaitu untuk mengadakan kempen untuk menyumbang
agar kesedaran dalam diri pelajar dapat dipupuk.

8.4 ANCAMAN

Ancaman yang diterima oleh kelab ini adalah latar belakang ahli kelab itu sendiri
yang majoritinya berasal daripada keluarga yang susah. Mereka tidak dapat
bergantung sepenuhnya kepada peruntukan sekolah dan penaja, dan tidak
berupaya untuk mengenakan yuran yang tinggi kepada pelajar.Hal ini
menimbulkan dilema kepada guru-guru penasihat yang mana menyebabkan
mereka terpaksa menggunakan wang sendiri untuk memastikan perjalanan aktivti
berjalan dengan lancar. Jika perkara ini berlanjutan, ia akan menyebakan
tekanan kepada para guru kerana mereka sendiri mempunyai tanggungan
tersendiri.

9.0 CADANGAN

Setelah meneliti pengurusan dana dan kewangan kelab ini, antara cadangan yang dapat
disuarakan bagi memastikan kelancaran perjalanan aktiviti kelab adalah melalui jualan
amal. Jualan amal adalah salah satu cara yang efektif bagi mengumpulkan dana dalam
masa yang singkat. Ianya juga bukanlah satu aktiviti yang berlanjutan sepanjang tahun,
sebaliknya hanya dilaksanankan pada hari-hari tertentu, misalnya Hari Kantin dan Hari
Sukan. Selain daripada mengumpul dana bagi aktiviti kelab, aktiviti jualan amal ini juga
boleh memberi pengalaman berniaga kepada pelajar yang mana adalah sangat berguna
kepada mereka pada masa hadapan.

Selain itu,Kelab Memanah ini juga boleh mengadakan bengkel untuk mengajar
memanah. Semestinya ada pelajar SK Tok Bali yang lain yang berminat untuk menyertai
aktivti memanah tetapi tidak berpeluang. Dengan mengadakan bengkel berbayar, kelab
ini bukan sahaja dapat mengumpul dana kelab, bahkan mengenal pasti pelajar yang
berminat dan berpotensi untuk menyertai kelab ini.

10.0 KESIMPULAN

Pengumpulan dana dan pengurusan kewangan adalah aspek terpenting dalam


pengurusan sesebuah kelab bagi memastikan aktiviti kelab dapat dijalankan tanpa
sebarang kesulitan. Tanpa pengurusan kewangan yang baik, perancangan tahunan
kelab akan sekadar menjadi mimpi yang tidak terlaksana sekaligus menjurus kepada
kelumpuhan kelab itu sendiri.

Berdasarkan kajian, dapat dilihat bahawa penngumpulan dana dan pengurusan


kewangan Kelab Memanah SK Tok Bali berada di tahap yang memuaskan. Ianya cukup
untuk terus menjalankan aktiviti namun untuk berasa selesa, ia masih terlalu jauh untuk
digapai. Dapat disimpulkan di sini bahawa setiap kelab dan persatuan perlulah menjaga
rapi pengurusan dana dan kewangan bagi kemaslahatan setiap ahli kelab.
RUJUKAN

Gusti Bagus Rai Utama. (2016). Analisis SWOT Deskriptif Kualitatif Untuk Siswa.

Kementerian Pelajaran Malaysia. Buku Panduan Penyelidikan Kajian Kes. Selangor: Institut
Pendidikan Guru Malaysia.

M. Afif Salim, Agus B Siswanto. (2019). Analisis SWOT Dengan Metode Kuisioner. Semarang:
Pilar Nusantara.

Main Rindam, Fatan Hamamah Yahaya. (2014). Analisis SWOT (C) Prospek Pembangunan
Ekotourism Di Penempatan Orang Asli Lanoh, Perak. Malaysian Journal of Society and
Space. 10 (5), 123-134.
LAMPIRAN
1. OBJEKTIF KELAB

2. PERANCANGAN AKTIVITI

3. SIJIL PELAJAR

4. MAKLUMAT PERTUBUHAN

5. LAPORAN – PENAMBAHBAIKAN

6. SIJIL GURU PENASIHAT


Lampiran 2
Lampiran 3
Lampiran 4
Lampiran 5
Lampiran 6
Lampiran 7

You might also like