Buku Program Seminar Mendaulatkan Bahasa Melayu

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 24

OBJEKTIF

PERKONGSIAN ILMU
Berkongsi ilmu dan pengalaman daripada tokoh
bahasa Melayu tempatan dan antarabangsa bagi
mendepani cabaran Era Revolusi Industri Keempat

PENINGKATAN KESEDARAN
Meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan
mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa
Ilmu dalam kalangan IPT

MERINTIS PENCERAHAN
Merintis pencerahan bagi isu berkaitan bahasa
Melayu melalui forum ilmiah

MENYEBAR LUAS
Menyebar luas inisiatif KPM dalam
memartabatkan bahasa Melayu kepada semua
ahli akademik dan penjawat awam yang hadir
ATUR CARA

8.15 pagi Pendaftaran dan Minum Pagi


9.15 pagi Ketibaan Naib Canselor, Univeristi Putra Malaysia
9.30 pagi Ucapan Alu-aluan Naib Canselor Univeristi Putra Malaysia

10.00 pagi Ucaptama 1: Bahasa Melayu Meniti Era Revolusi Industri Keempat
YBhg. Prof. Dato’ Dr. Mohd Yusof bin Othman
Pengarah Institut Islam Hadhari
Universiti Kebangsaan Malaysia

11.00 pagi Forum 1


Ahli Panel 1: YBhg. Prof. Dato’ Ir. Dr. Wan Ramli bin Wan Daud
Universiti Kebangsaan Malaysia
Ahli Panel 2: YBhg. Dato’ Kepten Prof. Emeritus Dr. Hashim Yaacob (B) Mantan
Naib Canselor UM, QIUP, MERITUS, KLMUC, IUCN
Ahli Panel 3: YBhg. Datuk Prof. Dr. Azizan binti Baharuddin
Institut Kefahaman Islam Malaysia
Moderator: YBrs. Tuan Sayed Munawar bin Sayed Mohd. Mustar
Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Kota Buku

12.25 tengah hari Penyampaian Sijil Penghargaan


12.30 tengah hari Merarau

Seminar Mendaulatkan Bahasa Melayu Tahun 2018 3


Kementerian Pendidikan Malaysia
ATUR CARA

2.00 petang Ucaptama 2: Cabaran Pelestarian Bahasa Melayu Menjelang Revolusi Industri
Keempat

YBrs. Prof. Dr. Arndt Graf


Ketua Pengajian Asia Tenggara
Universiti Goethe, Frankfurt

3.00 petang Forum 2


Ahli Panel 1: YBhg. Prof. Dato’ Dr. Ahmad Murad bin Merican
Universiti Sains Malaysia
Ahli Panel 2: YBrs. Prof. Madya Dr. Sarjit Singh a/l Darshan Singh
Universiti Putra Malaysia
Ahli Panel 3: YBrs. Dr. Mohammad Alinor bin Abdul Kadir
Universiti Putra Malaysia
Moderator: YBrs. Tuan Sayed Munawar bin Sayed Mohd. Mustar
Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Kota Buku

4.30 petang Ketibaan YB Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia


4.40 petang Ucapan Perasmian Penutup oleh YB Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia mewakili
YB Menteri Pendidikan Malaysia
5.00 petang Penyampaian Sijil Penghargaan
5.15 petang Kudapan dan Bersurai

Seminar Mendaulatkan Bahasa Melayu Tahun 2018 4


Kementerian Pendidikan Malaysia
PENYAMPAI UCAPTAMA 1
Nama : Prof. Dato' Dr. Mohd. Yusof Hj. Othman
Institusi : Universiti Kebangsaan Malaysia
Kepakaran : Teknologi Fotovoltan & Fotovoltan Terma
dan Sejarah & Falsafah Sains Islam

LATAR DIRI

Dato' Dr. Mohd Yusof Hj. Othman ialah Profesor di Program Fizik, Universiti
Kebangsaan Malaysia. Sebelum ini beliau ialah Ketua Jabatan Fizik (1990-94), Timbalan
Dekan Fakulti Sains dan Teknologi (1994-2002), Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan
& Inovasi (2002-07), dan Pengarah Pertama, Institut Islam Hadhari sejak Mei 2007 di
universiti tersebut. Beliau mendapat Ijazah Sarjana Muda Sains (Fizik) (1976) daripada
UKM, Sarjana Sains (Fizik Keadaan Pepejal) daripada Univ. of London (1977) dan PhD
(Tenaga Suria) daripada University of Aston, UK (1984). Beliau ialah pengasas Kumpulan
Penyelidikan Tenaga Suria, UKM dan kemudiannya menubuhkan Institut Penyelidikan
Tenaga Suria (SERI) (2005), Ahli majlis World Renewable Energy Network (WREN) sejak
1992, Profesor Pelawat di Department of Engineering, University of Reading, UK (1994).
Kini beliau ialah Ketua Editor Jurnal Hadhari, Editor Bersekutu Journal of Renewable
Energy (2005-2010), Lembaga Editor, Scientific Journal International sejak Julai 2007,
pewasit Journal of Sustainable and Renewable Energy Review, Lembaga Editor ISESCO
Journal of Science & Technology dan Lembaga Penasihat Antarabangsa, Ulum Islamiyyah
Journal. Beliau juga ialah Ahli Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam Malaysia sejak 2006,
Ahli Majlis Dakwah Negara (2014-16), Ahli Lembaga Penasihat, Institut Wasatiyyah
Malaysia (2013-15), Ahli Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka (2015-2018),
Pengerusi, Panel Pakar Falsafah Sains DBP (2010-120), ahli Jawatankuasa Penerbitan
DBP (2012-17), Felo Akademi Sains Malaysia (mulai 2014), Felo Kehormat Universiti Islam
Malaysia (2014-15), Felo Kehormat Institut Kefahaman Islam Malaysia (2005-07) dan
2017/18, dan Felo Kehormat Universiti Sultan Zainal Abidin (2014).

Seminar Mendaulatkan Bahasa Melayu Tahun 2018 5


Kementerian Pendidikan Malaysia
Beliau ialah penerima “WREN Pioneer” Award daripada World Renewable Energy
Network/Congress (2004), Special Award for outstanding cooperation & support during two
decades (2010) di WREC ke XIII, dan Special Award for recognition of Innovation in
Renewable Energy Technology (2016) di WREC XVII, Henry Goh Award 2000 untuk Most
Environment Friendly Invention 2000, Environmental Protection Prize daripada Swiss
Society for the Protection of The Environment in 2001, Special Award daripada Taiwan
Inventors Association in Seoul International Invention Fair 2004 dan Special Prize daripada
Korea Invention Promotion di INPEX 2008 Invention & New Production Exposition,
Pittsburgh, USA. Beliau telah menulis lebih daripada 350 makalah jurnal, pascasidang, dan
kertas seminar, 30 buah buku dan mendaftar sebanyak 15 paten. Di UKM, beliau ialah
penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (1990 &1993), Anugerah Khas Kreativiti dan
Inovasi Kategori Kakitangan Akademik (1997), Anugerah Khidmat Masyarakat bagi ahli
Akademik (1998) dan Anugerah Khas Penerbitan Akademik (2003). Beliau juga penerima
Anugerah Saintis Cemerlang (2004 & 2005) daripada KPT, Tokoh Akademik Bahasa
Melayu 2013 oleh KPM dan Top Research Scientist Malaysia (TRSM) 2013 oleh Akademi
Sains Malaysia dan Ikon Pejuang Bahasa Melayu Kategori Akademik 2016 oleh Jabatan
Perkhidmatan Awam Malaysia.

Seminar Mendaulatkan Bahasa Melayu Tahun 2018 6


Kementerian Pendidikan Malaysia
ABSTRAK

BAHASA MELAYU DALAM MENITI ERA REVOLUSI INDUSTRI KE-4

Banyak isu yang ditimbulkan berhubung dengan kedudukan bahasa Melayu di era
Revolusi Industri ke 4 (4IR). Dari segi sejarah, sistem ekonomi berubah dari suatu zaman
ke zaman yang lain; dari sistem feudal ke sistem sosialis, kemudian ke sistem kapitalis, dan
kini ke sistem pasaran bebas dan terbuka. Perubahan kepada sistem ekonomi ini memberi
kesan kepada evolusi sains dan teknologi. Kertas ini dimulakan dengan melakukan tinjauan
secara sepintas lalu tentang peranan bahasa Melayu dalam membina sistem nilai dalam
membangunan peradaban. Era Revolusi Industri ke-4 atau 4IR (Schwab, 2017) adalah era
pembangunan sistem ekonomi pasaran bebas dan terbuka dengan bantuan pesat oleh
pembangunan dalam bidang sains angkasa, teknologi maklumat dan komunikasi serta
pembangunan teknologi nano yang disebut juga sebagai sistem siber fizikal. Era ini adalah
era dunia tanpa sempadan (Ohmae, 1999); era maklumat dan produk bergerak dengan
pantas yang mendekatkan hubungan antara manusia (Greider, 1998); era “excellence
without a soul” (Lewis 2006) di mana nilai budaya dan agama diabaikan (Vitz, 2009). Untuk
mengekalkan jati diri dan nilai budaya, sastera, persuratan dan agama, bahasa Melayu
perlu menjadi bahasa pengantar bidang sains dan teknologi. Penggunaan bahasa Melayu
dalam pembangunan sains dan teknologi akan memastikan sahsiah, keperibadian, jati diri
dan nilai masyarakat pengguna bahasa tersebut dapat dimantapkan, dipupuk dan
dibangunkan seiring dengan kemajuan sains dan teknologi itu sendiri. Oleh kerana
pembangunan sains dan teknologi dalam peradaban Barat bersifat sekular, terpisah
daripada sistem nilai budaya dan agama, ianya dapat dijadikan wahana untuk
pembangunan sains dan teknologi dalam tamadun di alam Melayu. Kertas ini
membincangkan kemampuan bahasa Melayu dalam pembangunan di era 4IR yang
didokong oleh ledakan sistem siber fizikal.

Seminar Mendaulatkan Bahasa Melayu Tahun 2018 7


Kementerian Pendidikan Malaysia
PENYAMPAI UCAPTAMA 2
Nama : Prof. Dr. Arndt Graf
Institusi : Universiti Goethe, Frankfurt
Kepakaran : Pengajian Asia Tenggara dan Bahasa dan
Budaya Austronesia

LATAR DIRI

Prof. Dr. Arndt Graf (PhD Hamburg 1998, habilitasi Hamburg 2004 dalam bidang “Bahasa
dan budaya Austronesia”) adalah Profesor (Chair) Pengajian Asia Tenggara di Universiti
Goethe Frankfurt, Jerman, sejak 2009, dan Timbalan Presiden European Association of
Southeast Asian Studies (EUROSEAS) sejak 2017. Sebelumnya, ia berkhidmat di Universiti
Sains Malaysia (2007-2009), Universiti Hamburg, Jerman (1999-2006) dan Cornell
University, Amerika Syarikat (1998-1999). Prof Graf telah dilantik sebagai Profesor Tamu di
Universitas Islam Negri Syarif Hidayatullah Jakarta (2004), Universiti La Rochelle, Perancis
(2005-2006), Universiti Malaya (2013) dan Universiti ENS Lyons, Perancis (2014). Arndt
Graf juga Ketua Projek Penyelidikan AFRASO (“Africa’s Asian Options”) yang didanai oleh
Kementerian Penyelidikan Jerman dan melibatkan sekitar 40 penyelidik (2013) di Universiti
Goethe Frankfurt. Penerbitan Arndt Graf meliputi aspek retorik, media, sastera dan
komunikasi politik di Asia Tenggara.

Seminar Mendaulatkan Bahasa Melayu Tahun 2018 8


Kementerian Pendidikan Malaysia
ABSTRAK

CABARAN PELESTARIAN BAHASA MELAYU MENJELANG REVOLUSI


INDUSTRI KEEMPAT

Dalam sumbangan ini, saya akan menganalisis “Cabaran pelestarian bahasa Melayu
menjelang Revolusi Industri Keempat” dengan beberapa langkah. Langkah pertama adalah
pemaparan penggunaan bahasa Inggeris di dalam wacana tentang RI4 di beberap negara
penting, termasuk di Eropah, Amerika, Asia dll. Langkah kedua adalah analisis sejarah
konsep Industri 4.0, termasuk konsep “gelombang Kondratiev” itu diikuti oleh huraian
teoretis tentang kaitan antara perubahan teknologi utama dengan bahasa, budaya dan
politik. Langkah berikutnya memfokuskan pada motivasi kerajaan Jerman di belakang
promosi konsep “Industrie 4.0”, iaitu sebagai jawaban pada pemerosotan posisi Jerman di
dalam sistem ekonomi dunia yang sedang menyaksikan kebangkitan China dan banyak
negara lain, hampir semuanya di luar “Anglosphere”. Implikasi pada kedudukan bahasa
Melayu/Indonesia adalah bahawa kedua-dua bahasa akan terus menjadi lebih penting
selama perkembangan ekonomi di Malaysia dan Indonesia terus terjamin. Kesimpulan
terakhir adalah suatu fokus kembali dari konsep Industri 4.0, iaitu sebagai kombinasi
“Internet of Things” dengan “Internet of Services”. Justeru dalam bidang “Internet of
Services” terletak banyak peluang untuk Bahasa Melayu selama pengguna di Malaysia
terus bertutur dalam Bahasa Melayu. Implikasi bagi sistem pendidikan tinggi adalah untuk
meningkatkan kebolehpekerjaan para pelajar dalam era Industri 4.0 dengan pelbagai cara.

Bahasa Melayu akan terus menjadi lebih penting dalam era Industri 4.0 selama
rakyat Malaysia, Indonesia dan Brunei terus mendaulatkan bahasa itu dan giat berusaha
melestari dan memperkayakannya dengan pelbagai cara. Ini termasuk: i) memperkayakan
istilah-istilah sains dan teknologinya; ii) menambah khazanah ilmu berbahasa Melayu
melalui penerbitan makalah jurnal dan buku yang sesuai dengan era Industri 4.0; iii)
mengajar semua mata pelajaran di maktab, kolej dan universiti dalam bahasa Melayu.
Pendeknya Bahasa Melayu wajib dijadikan bahasa wacana untuk Industri 4.0.

Seminar Mendaulatkan Bahasa Melayu Tahun 2018 9


Kementerian Pendidikan Malaysia
FORUM

MODERATOR

Nama : Tuan Sayed Munawar Sayed Mohd. Mustar


Institusi : Perbadanan Kota Buku
Jawatan : Ketua Pegawai Eksekutif

Seminar Mendaulatkan Bahasa Melayu Tahun 2018 10


Kementerian Pendidikan Malaysia
FORUM 1

PANEL 1
Nama : Prof. Dato’ Ir. Dr. Wan Ramli Wan Daud
Institusi : Universiti Kebangsaan Malaysia
Kepakaran : Kejuruteraan Kimia

LATAR DIRI
Prof. Dato’ Ir. Dr. Wan Ramli bin Wan Daud FASc ialah Profesor Kejuruteraan Kimia
di Jabatan Kejuruteraan Kimia & Proses, Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, Universiti
Kebangsaan Malaysia sejak tahun 1996. Beliau merupakan mantan Pengarah Pengasas
Institut Sel Fuel, Universiti Kebangsaan Malaysia 2007-2013 dan Felo Akademi Sains
Malaysia pada 2013. Beliau lahir pada 27 Disember 1955 di Kampung Tanah Liat, Bukit
Mertajam, Pulau Pinang. Beliau memperoleh ijazah BEng (Kepujian Kelas Pertama) di
University of Monash pada tahun 1978 dan ijazah PhD di University of Cambridge pada
tahun 1984 dalam bidang Kejuruteraan Kimia. Beliau menyertai Universiti Kebangsaan
Malaysia sebagai tutor (1979-1983), pensyarah (1984-1989), Ketua Jabatan Kejuruteraan
Kimia dan Proses, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Kebangsaan Malaysia (1985-1988),
Profesor Madya (1989-1996), Timbalan Dekan, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Kebangsaan
Malaysia (1990-1993 dan 1995-1998), Profesor Kejuruteraan Kimia, Universiti Kebangsaan
Malaysia (1996- kini) dan Pengarah Pengasas Institut Sel Fuel UKM (2007-2013).

Beliau merupakan pakar antarabangsa dalam teknologi penukaran tenaga pancaran


sifar, sel fuel yang menggunakan hidrogen, alkohol dan air buangan, dan teknologi
penghasilan hidrogen boleh dibaharui daripada biojisim, alkohol dan tenaga suria, dan
teknologi pengeringan lestari. Beliau telah menerima dana penyelidikan sebanyak kira-kira

Seminar Mendaulatkan Bahasa Melayu Tahun 2018 11


Kementerian Pendidikan Malaysia
RM40 juta oleh Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi (MOSTI) (1986-2007) dan kira-kira
RM10 juta daripada Kementerian Pengajian Tinggi (2010-2017).

Beliau telah menerbitkan 921 makalah yang terdiri daripada 329 makalah jurnal
antarabangsa, 367 makalah persidangan antarabangsa dan 225 makalah persidangan
kebangsaan. Beliau telah menerbitkan dua buah buku penyelidikan antarabangsa, dua
buah buku kebangsaan dan dua buah buku terjemahan. Beliau turut menyumbang lima bab
dalam buku penyelidikan antarabangsa dan lima bab dalam buku kebangsaan. Beliau telah
disebut dalam makalah antarabangsa sebanyak 4,040 kali dalam ISI WOS dengan H-
indeks 32, 4860 kali dalam SCOPUS dengan H-indeks 35, dan 7015 kali dalam Google
Scholar dengan H-indeks 41.

Beliau telah dinobatkan sebagai antara minda saintifik paling berpengaruh dalam
kejuruteraan pada 2015 oleh Thomson Reuters dalam laporan mereka, “The World’s Most
Influential Scientific Minds 2015”. Kesarjanaan dan kepakaran beliau dalam tiga bidang ini
diiktiraf pada peringkat global apabila diundang membentangkan 21 ucapan utama
antarabangsa dan 10 ucapan jemputan antarabangsa di Russia, Iceland, Japan, Thailand,
Philippines, Indonesia dan Malaysia.

Kebitaran beliau dijulang dengan Anugerah Merdeka 2016 bagi Pencapaian


Kesarjanaan Terbilang, anugerah tertinggi bagi saintis Malaysia pada 23 September 2016
bagi penyelidikan dan pengembangan terbilang dalam memajukan teknologi sel fuel dan
hidrogen. Beliau telah dianugerahkan “the ASEAN Energy Award 2005” di Phnom Phen,
“the ASEAN Energy Awards 2007” di Singapura, “the IChemE Highly Commended Shell
Energy Award 2008” di Birmingham, UK, “the Outstanding Contribution to the Drying
Community 2009 Award” di Bangkok, Thailand, dan “the Award for Excellence in Research
in Drying of Agricultural Products and Outstanding Contribution to the Development of
Drying Technology 2011” di Kuala Lumpur, Malaysia.

Beliau memenangi dua pingat emas di “the 29th and 33rd Salon International Des
Inventions Geneve 2001 dan 2005”, “the Environmental Award” dari the Swiss Society for
the Protection of the Environment 2001, dua pingat emas di World Exhibition Of Innovation,
Research And New Technologies, Brussels, Belgium, 2007, satu pingat perak di “the 34th
Salon International Des Inventions Geneve 2006” dan “Special Awarad Union des
Innovateurs de la Croatie 2006”.

Seminar Mendaulatkan Bahasa Melayu Tahun 2018 12


Kementerian Pendidikan Malaysia
FORUM 1

PANEL 2
Nama : Dato’ Kepten Prof. Emeritus Dr. Hashim
bin Yaacob (B)
Institusi : Grewal Dental Surgery
Kepakaran : Pakar Pergigian

LATAR DIRI

Hashim Yaacob menoreh getah dan menanam padi sewaktu cuti sekolahnya. Pada tahun
2003 beliau telah dilantik sebagai Naib Canselor Universiti Malaya. Kemudiannya dilantik
sebagai Naib Canselor di empat buah universiti swasta. Beliau dianugerahi Fellowship oleh
The Royal College of Surgeons of England; The Royal College of Pathologists U.K; The
Royal College of Pathologists Australasia; The Academy of Science Malaysia. Beliau
merupakan seorang penyair, dalang wayang kulit, pelukis amatur, penceramah motivasi
dan kepimpinan, dan doktor pergigian pakar di Grewal Dental Surgery, Jalan Telawi,
Bangsar.

Seminar Mendaulatkan Bahasa Melayu Tahun 2018 13


Kementerian Pendidikan Malaysia
FORUM 1

PANEL 3
Nama : Datuk Prof. Dr. Azizan
binti Baharuddin
Institusi : Institut Kefahaman Islam Malaysia
Kepakaran : Sains dan Islam, Quran & Sains

LATAR DIRI
Azizan Baharuddin berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Biologi dari
University of Tasmania dan PhD dari University Lancaster, United Kingdom dalam bidang
Sejarah dan Falsafah Sains (Sains dan Islam). Bidang utama beliau ialah falsafah sains,
dialog antara tamadun, etika alam sekitar, bioetika serta interaksi antara sains dan agama.
Beliau aktif menulis dan telah menghasilkan lebih dari 200 buah penulisan dalam bentuk
buku, monograf, bab buku, artikel jurnal, dan penulisan di akhbar dalam pelbagai topik
mengenai sains dan nilai/agama, sains dan masyarakat, bioetika dan etika alam sekitar
serta dialog antara penganut agama. Beliau merupakan Pensyarah/Profesor di Universiti
Malaya sehingga 2011 sebelum dilantik sebagai Timbalan Ketua Pengarah dan Ketua
Pengarah di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM). Melalui slot radio IKIMfm, beliau aktif
membincangkan topik-topik berkaitan bidang-bidang, yang dinyatakan khasnya sains dan
Islam.

Seminar Mendaulatkan Bahasa Melayu Tahun 2018 14


Kementerian Pendidikan Malaysia
Beliau dilantik oleh Kementerian Pengajian Tinggi sebagai penilai Anugerah
Akademik 2010 – 2016. Beliau dilantik menganggotai kumpulan UNESCO Network of
Women Philosophers dan pernah menerima anugerah menyediakan kurikulum tentang
sains dan agama dalam Islam daripada Templeton Centre of Theology & Natural Sciences
(2001) USA. Beliau juga aktif dalam beberapa pertubuhan kerajaan dan pertubuhan bukan
kerajaan (NGO) yang berkaitan dengan gender, pembangunan lestari alam sekitar dan
dialog antara agama/budaya dan merupakan ahli dalam pelbagai jawatankuasa penasihat
dan perundingan kepada beberapa kementerian. Beliau juga dilantik menjadi panel
penasihat mata wang Bank Negara Malaysia dan ahli Majlis Bioetika Negara (2010 – 2017).

Beliau dilantik oleh Ketua Pengarah UNESCO sebagai ahli International Bioethics
Committee UNESCO, Paris (2014 – 2017). Beliau telah menerima anugerah Pingat Jasa
Negara (P.J.N) daripada DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong pada 2016.
Beliau juga menerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah Peringkat Wilayah Persekutuan Tahun
2016 anjuran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Beliau juga adalah
penerima Anugerah Langkawi Tahun 2015/2016 anjuran Kementerian Sumber Asli dan
Alam Sekitar. Beliau merupakan salah seorang daripada penggubal Deklarasi Islam
Mengenai Perubahan Iklim yang telah dilancarkan di Istanbul, Turki pada 2015. Terkini
beliau dilantik sebagai ahli Lembaga Shariah QSR Brands Holdings (M) Berhad (2017 –
2019) serta Ahli Lembaga Penasihat Pertubuhan Legasi Tun Abdullah Ahmad Badawi
(LEGASI) (2017) dan Ahli Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka (2016 – 2019).

Seminar Mendaulatkan Bahasa Melayu Tahun 2018 15


Kementerian Pendidikan Malaysia
FORUM 2

PANEL 1
Nama : Prof. Dato’ Dr. Ahmad Murad
bin Merican
Institusi : Universiti Sains Malaysia
Kepakaran : Sejarah Intelektual/Sains Sosial,
Kewartawanan dan Pengajian Media
Melayu

LATAR DIRI

Dato' Dr. Ahmad Murad Merican merupakan seorang profesor di Pusat Penyelidikan
Dasar dan Kajian Antarbangsa (CenPRIS), Universiti Sains Malaysia, Minden, Pulau
Pinang. Beliau pernah menjadi profesor adjung di Akademi Seni Budaya dan Warisan
Kebangsaan (ASWARA) antara tahun 2016-2017, dan juga pernah menjadi profesor
pelawat di Universitas Andalas, Sumatra Barat pada tahun 2006 dan 2010. Beliau
merupakam ahli majlis Institut Pemikiran Mahathir Mohamad (IPDM) yang bertempat di
Universiti Utara Malaysia. Pada tahun 2009 hingga 2012, beliau merupakan penyandang
pertama Zamalah Presiden Kehormat Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya. Beliau
telah menerbitkan 13 buah buku, tiga yang terbaharu ialah Views from Pulau Pinang:
Countering Modern Orientalism and Policy Perspectives (Penulisan bersama, 2018), In
Other Words: Ideas on Journalism, Social Science and Society (2017) dan Batu Uban:
Sejarah Awal Pulau Pinang (2015). Sebuah lagi bertajuk Revisiting Atas Angin: A Review of
the Malay Imagination of Rum, Ferringhi and the Penjajah sedang diterbitkan (2018). Beliau
juga merupakan naib presiden, Persatuan Komunikasi Asia Pasifik (Pacific Asia
Communication Association) yang berpusat di Seoul, Korea. Beliau juga ialah Ahli
Jawatankuasa Teknikal Anugerah Tokoh Akademik Bahasa Melayu (ATABM).

Seminar Mendaulatkan Bahasa Melayu Tahun 2018 16


Kementerian Pendidikan Malaysia
Minat akademik dan penyelidikan beliau termasuk Sejarah Intelektual/Sains Sosial,
Kewartawanan dan Pengajian Media Melayu, dan Sejarah Budaya dan Warisan Melayu
Pulau Pinang, dan rantau Kepulauan Melayu. Ijazah Doktor Falsafah beliau ialah dalam
Sejarah dan Falsafah Sains. Di Cenpris, USM, beliau menumpu pada kajian dan wacana
penafian kolonialisme, dan kajian sejarah dan persejarahan Melayu Pulau Pinang. Beliau
percaya bahawa setiap sarjana mesti berupaya mendekati bidang disiplinnya dari dimensi-
dimensi sosiologi, sejarah, falsafah serta berfungsi sebagai advokat awam dalam
mengatasi, mentafsir serta menyalurkan pemikiran demi pemajuan masyarakat nasional
dan antarabangsa. Prof. Ahmad Murad juga seringkali ditemu bual oleh pertubuhan media
seperti Reuters, IRIB (Radio dan Televisyen Iran), Iranian National News Agency (IRNA),
BTTV (Televisyen Bukittinggi, Sumatra Barat), Radio Singapura Internasional, Straits Times
dan Berita Harian (Singapura), The Star, ASTRO, Padang Ekspres, Malaysiakini, Rakyat
Post, Malaysia Gazette, Bernama, Sin Chew dan China Press. Beliau ialah seorang penulis
esei dan kolumnis untuk majalah Dewan Masyarakat dan akhbar New Sunday Times, New
Straits Times, Sinar Harian dan juga sering menulis untuk suratkhabar dan majalah bahasa
Melayu yang lain. Sebelum menceburi kerjaya akademik 32 tahun yang lalu pada tahun
1986, beliau merupakan wartawan di Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA)
selama dua tahun bermula 1981 dan juga wartawan sambilan untuk Berita Harian tahun
1980 – 1981.

Seminar Mendaulatkan Bahasa Melayu Tahun 2018 17


Kementerian Pendidikan Malaysia
FORUM 2

PANEL 2
Nama : Prof. Madya Dr. Sarjit Singh
a/l Darshan Singh
Institusi : Universiti Putra Malaysia
Kepakaran : Antropologi & Sosiologi

LATAR DIRI
Prof. Madya Dr. Sarjit Singh Gill berasal dari Kuala Lumpur dan mendapat
pendidikan peringkat B.A, M.A dan Ph.D dalam bidang Antropologi & Sosiologi dari
Universiti Kebangsaan Malaysia. Bidang kajian beliau adalah pengajian minoriti dan
mengkhusus dalam kajian komuniti Sikh di Malaysia. Kini beliau memfokus kepada
masyarakat minoriti seperti Orang Asli, Peranakan Chetti, Baba Nyonya, Siam, India
Muslim, Gurkha dan Portugis serta etnik pribumi di Sabah dan Sarawak. Beliau
merupakan mantan Ketua Jabatan Sains Kemasyarakatan dan Pembangunan, Fakulti
Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia. Pada 1 Januari 2009, Dr. Sarjit telah dilantik
sebagai Ahli Institut Integriti Malaysia (IIM) sehingga kini. Beliau juga pernah berkhidmat
sebagai Karyawan Tamu (Guest Scholar) Kementerian Pengajian Tinggi selama setahun
pada 2011.

Pada pertengahan 2012, Dr. Sarjit telah dilantik sebagai Ketua Kluster Keharmonian
Sosial, Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IPPBM), Kementerian Belia dan
Sukan Malaysia. Di IPPBM, Dr. Sarjit berkhidmat sebagai Eksekutif Editor bagi Malaysian
Journal of Youth Studies sejak 2008 sehingga kini. Kemudian pada Oktober 2013, Dr. Sarjit
telah dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat Jurnal Teknikal dan Sains Sosial,
Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Selangor. Pada bulan September 2013, Y.B
Datuk Paul Low, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Malaysia telah melantik Dr. Sarjit
sebagai Ahli Pasukan Petugas Mengkaji Laporan Inkuiri Nasional Mengenai Hak Tanah
Orang Asal/Asli oleh SUHAKAM.

Pada bulan 1 April 2014, Dr. Sarjit telah dilantik sebagai Setiausaha Kluster
Perpaduan Nasional, Majlis Profesor Negara, Jabatan Perdana Menteri. Pada bulan Mei
2014, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia telah melantik Dr Sarjit sebagai pakar rujuk
bagi pemurnian Dasar Belia Malaysia yang baharu. Pada 1 Julai 2014, YB Tan Sri Datuk
Seri Joseph Kurup, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Malaysia telah melantik Dr. Sarjit
sebagai Ahli Lembaga Penasihat Institut Kajian dan Latihan Integrasi Nasional(IKLIN),
Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional, Jabatan Perdana Menteri. Pada 24
Februari 2016, YAB Perdana Menteri Malaysia telah melantik Dr. Sarjit sebagai Timbalan
Pengerusi Jawatankuasa Kerja I mengenai Isu-isu Agama, Jawatankuasa Mempromosikan
Persefahaman dan Keharmonian Antara Penganut Agama (JKMPKA) selama dua tahun.
Jawatankuasa ini berperanan menasihati Kerajaan mengenai tema perpaduan dan integrasi
nasional.

Pada 21 Jun 2016, Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia telah melantik Dr.
Sarjit sebagai Ahli Jawatankuasa Bebas Pakar Bidang Tamadun India untuk membantu
menyelesaikan kontroversi slides pembentangan bahagian Tamadun India dalam Kursus
Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) di UTM. Beliau telah menghasilkan 8 buah
buku sebagai Editor dan lebih 80 jurnal tempatan dan antarabangsa. Beliau juga
merupakan seorang penulis bagi pelbagai majalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka
Malaysia sejak 1999 hingga kini, antaranya Dewan Masyarakat, Dewan Budaya, Dewan
Bahasa, Pelita Bahasa dan Dewan Siswa. Koleksi 80 artikelnya menyentuh tema manusia,
masyarakat dan kebudayaan Malaysia.

Pada 2009, Dr Sarjit telah dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Personaliti Media UPM.
Pada 7 November 2013, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menyampaikan Anugerah
Citra Sahabat DBP kepada Dr. Sarjit sebagai penghargaan mendaulatkan Bahasa Melayu
di Malaysia. Beliau juga aktif sebagai penulis rencana dalam akhbar Berita Harian. Beliau
sering dijemput oleh media massa seperti RTM, TV3, TV9, Astro Awani, Al-Hijrah, Bernama
TV & Radio24 untuk memberikan pandangan mengenai masyarakat Malaysia khususnya
kaum India, belia dan minoriti. Beliau pernah mewakili Malaysia sebanyak 3 kali seperti
Bengkel Keamanan dan Keselamatan Manusia anjuran UNESCO Bangkok pada 2007,
Persidangan Antara Agama di Perth, Australia pada 2009 dan Interfaith Summit di Bali,
Indonesia pada 2012.

Seminar Mendaulatkan Bahasa Melayu Tahun 2018 19


Kementerian Pendidikan Malaysia
FORUM 2

PANEL 3
Nama : Dr. Mohammad Alinor bin Abdul Kadir
Institusi : Universiti Putra Malaysia
Kepakaran : Teori Kategori dan Topologi Aljabar

LATAR DIRI
Dr. Mohammad Alinor Abdul Kadir kini ialah Pensyarah Sambilan di Permata Pintar,
PPSM dan FST, UKM. Beliau pernah berkhidmat sebagai Pensyarah Matematik Tulen dan
Falsafah Sains Matematik di PPSM, FST, UKM dan Pensyarah Etika Sains dan Teknologi
di FST, UKM sehingga tahun 2009. Beliau sangat aktif dalam penyelidikan dan bidang yang
diminatinya ialah Sejarah dan Falsafah Sains dan Teknologi Tamadun Melayu, dan
pelbagai tamadun manusia lain seperti Islam, Eropah-Barat, India dan China. Antara
pengalaman penyelidikan beliau termasuklah sebagai Penyelidik Pelawat dalam bidang
Aljabar Geometri di ICTP, Trieste, Italy, Penyelidik Bersekutu di ATMA, UKM, dalam bidang
Sains dan Teknologi Rumpun Melayu serta Penyelidik Bersekutu di IIH, UKM, dalam bidang
Sains dan Teknologi Islam. Beliau juga pernah menjadi Felo Tamu ATMA dan sejak 2005
sehingga kini menjadi Penyelidik Bersekutu di INSPEM, UPM, dalam bidang Etnomatematik
Rumpun Melayu dan Timbalan Pengarah (Penyelidikan) Akademi Kajian Ketamadunan
(2007-kini) serta Penyelidik Bersekutu di Pusat Dialog Peradaban, UM (2013-kini). Dr.
Mohammad Alinor mendapat pendidikan PhD dari University of Wales, Bangor, UK (1995-
1999) dalam bidang Teori Kategori dan Topologi Aljabar, Sarjana Sains (UKM) pada tahun
1992-1994 dalam bidang Matematik Tulen, Sarjana Muda Sains (UKM) pada tahun 1988-
1993 dalam bidang Matematik. Pendidikan Menengah beliau ialah di Pusat Matrikulasi
Sains UKM di Sekolah Alam Shah, Cheras dan Sekolah Menengah King George V,
Seremban.

Seminar Mendaulatkan Bahasa Melayu Tahun 2018 20


Kementerian Pendidikan Malaysia
JAWATANKUASA KERJA

Bahagian Perancangan, Penyelidikan dan Penyelarasan Dasar, KPM

Dewan Bahasa dan Pustaka

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia

Bahagian Kewangan, KPM

Bahagian Khidmat Pengurusan, KPM

Bahagian Pengurusan Maklumat, KPM

Bahagian Pembangunan Kurikulum, KPM

Unit Komunikasi Korporat, KPM

Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi, KPM

Jabatan Pendidikan Tinggi

Jabatan Pendidikan Politeknik & Kolej Komuniti

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional

Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC), UPM

UPMHoldings Sdn Bhd

Seminar Mendaulatkan Bahasa Melayu Tahun 2018 21


Kementerian Pendidikan Malaysia
NOTA

Seminar Mendaulatkan Bahasa Melayu Tahun 2018 22


Kementerian Pendidikan Malaysia
NOTA

Seminar Mendaulatkan Bahasa Melayu Tahun 2018 23


Kementerian Pendidikan Malaysia
Urus Setia
Seminar Mendaulatkan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu
Bahagian Perancangan, Penyelidikan dan Penyelarasan Dasar
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 13, No. 2, Menara 2
Jalan P 5/6, Presint 5
62200 Putrajaya

Seminar Mendaulatkan Bahasa Melayu Tahun 2018 24


Kementerian Pendidikan Malaysia

You might also like