Laporan Seminar Hubungan Etnik
Laporan Seminar Hubungan Etnik
Laporan Seminar Hubungan Etnik
Disediakan Oleh:
PENGENALAN
Seminar Hubungan Etnik merupakan satu seminar yang wajib dihadiri oleh semua pelajar semester
6 dan semester 8 Universiti Pendidikan Sultan Idris yang mengambil kursus HNS2012 Hubungan
Etnik. Kursus ini diwajibkan kerana ia merupakan salah satu daripada subjek universiti. Kursus
ini berbeza dengan kursus universiti yang lain kerana ia tidak memerlukan pelajar untuk hadir ke
kuliah selama 14 minggu. Oleh yang demikian, satu seminar telah diadakan untuk menggantikan
kuliah tersebut. Seminar ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar tentang apa sebenarnya
yang dimaksudkan dengan ‘Hubungan Etnik’. Justeru, seminar ini telah berlangsung selama dua
hari bertarikh pada 31 Mac dan 1 April 2018 bertempat di Dewan Tuanku Canselor UPSI.
Sebanyak 6 sesi telah dilaksanakan sepanjang tempoh dua hari seminar berlangsung dan pihak
UPSI telah menjemput panel penceramah yang berbeza bagi setiap sesi seminar yang bertujuan
untuk memberi penerangan, penjelasan yang tepat, padat dan mutakhir kepada pelajar berkaitan
dengan hubungan etnik.
1
SESI 1
Pada hari pertama seminar, pada pukul 8.00 pagi hingga 8.15 pagi, kata aluan-aluan telah diberikan
oleh penyelaras kursus HNS2012 Hubungan Etnik iaitu En.Mohd Syariefudin Abdullah berkenaan
dengan seminar yang akan berlangsung pada hari pertama ini. Bagi sesi pertama ini, panel
jemputan ialah Prof Dr Teo Kok Seong (KITA UKM) yang telah menyampaikan ceramah beliau
berkaitan tajuk ‘Bahasa Melayu: Cabaran dalam Negara Bangsa Malaysia.’ Ceramah beliau
telah bermula pada pukul 8.15 sehingga 11.30 pagi. Seorang yang dilahirkan sebagai kaum Cina,
Prof Dr Teo Kok Seong amat menyantuni dan fasih dalam berbahasa Melayu sebagai bahasa rasmi
negara selain daripada bahasa kebangsaan. Beliau telah menghuraikan dengan jelas kepentingan
bahasa Melayu dari aspek sejarah dan juga perlambangannya sebagai medium penyatuan bagi
sesebuah negara yang berbilang kaum, etnik, dan budaya. Selain itu, beliau juga menghuraikan
sejarah dan kepentingan bahasa sebagai alat perpaduan dalam proses pembentukan negara bangsa
secara global.
Kemampuan bahasa dalam menyatupadukan kaum dan peranannya dalam proses pembentukan
negara bangsa tidak boleh dipertikaikan lagi, beliau mengambil contoh bahasa Indonesia yang
berjaya menyatupadukan rakyat Indonesia yang mempunyai pelbagai suku bangsa, kaum dan etnik
yang rencam telah disatukan untuk menggunakan bahasa Indonesia yang menjadi bahasa rasmi
bagi negara tersebut. Sesuatu bahasa perlu dihormati oleh sesuatu bangsa agar dapat
menyatupadukan masyarakat dalam sesebuah negara. Di Malaysia, beliau menekankan bahawa
penggubalan bahasa Malaysia telah dilakukan melalui satu enakmen yang dikenali sebagai
Laporan Razak 1956. Di dalam laporan tersebut, terkandung satu hasrat dan persetujuan untuk
menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa yang akan menyatukan anak-anak daripada pelbagai
bangsa di Tanah Melayu dengan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa tunggal dalam
2
sistem pendidikan negara selain menjadi bahasa pengantar utama di sekolah. Namun yang
demikian, hasrat untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan tidak berjaya dicapai
akibat berlakunya polarisasi kaum. Hal ini dibuktikan dengan penubuhan sekolah vernakular
yang mengasingkan pendidikan mengikut kaum iaitu sekolah vernakular Melayu, Cina dan India.
Ini menjadikan bahasa Melayu tidak berjaya memupuk aspirasi rasional dalam penyatuan kaum di
Malaysia.
Prof Dr Teo Kok Seong juga menekankan tentang kelemahan pelajar berbangsa Cina dan India
dalam bertutur dalam bahasa Malaysia. Mengikut pandangan beliau, kedua-dua kaum ini boleh
berbahasa Malaysia, namun mereka tidak begitu fasih dalam berkomunikasi. Hal ini telah memberi
satu cabaran kepada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mengatasi masalah ini. Oleh
yang demikian, satu dasar telah diambil untuk membolehkan anak-anak yang pelbagai bangsa ini
dapat berbahasa Melayu dengan cekap dan baik dengan menerapkannya dalam sukatan pelajaran
sekolah rendah. Selain itu, penyeragaman satu aliran juga ditekankan untuk memperbaiki sistem
pendidikan Malaysia. Namun begitu, ia mendapat tentangan daripada kaum tersebut. Saling tidak
mempercayai antara kaum menjadi penyebab utama usaha tersebut tidak dapat dilaksanakan
kerana perpaduan kaum yang longgar dan tidak mengenali antara kaum dengan kaum yang lain.
KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, Prof Dr Teo Kok Seong mengatakan bahawa bahasa mempunyai kuasa
untuk menyatupadukan kaum di sesebuah negara. Teori Prof Dr Teo Kok Seong:
3
di dalam negara itu, negara itu didapati lebih sukar menyatupadukan rakyat
di negara tersebut.”
Dari segi keamanan, Prof Dr Teo Kok Seong menyatakan bahawa memang tiada berlakunya
rusuhan kaum setelah peristiwa 1Mei 1969, namun yang demikian, secara kenyataan dan
hakikatnya, wujud ketidakpercayaan antara satu kaum dengan kaum yang lain sehingga
menyebabkan cabaran dalam menjadikan bahasa Melayu sebagai satu alat penyatuan bagi
mewujudkan perpaduan di Malaysia. Setelah menyatakan teori tersebut, Prof Dr Teo Kok Seong
telah mengakhiri ceramah beliau dan membuka peluang kepada para pelajar untuk mengemukakan
tiga soalan berkaitan tajuk yang telah dibahaskan oleh beliau pada hari ini.
4
LAPORAN SEMINAR HUBUNGAN ETNIK
Disediakan oleh:
Siti Nuraisah Binti Halmi
D20141067541
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
1.0 PENGENALAN
Pada sesi yang kedua telah dikendalikan oleh Prof. Datuk Dr. Mohammad Shatar Sabran yang
bertajuk ‘Arah dan Matlamat Pembinaan Negara Bangsa : Peranan Universiti dan Pelajar’.
Namun, ketika seminar dijalankan penceramah telah menukar topik perbincangan kepada
menyanjung tanah air sendiri berbanding negara luar. Dalam slot ini, penceramah telah
merubah bangsa dan negara dan menekankan ‘civilization theory’ atau Teori Ketamadunan.
5
2.0 ISI PENTING
Patriotisme berasal dari kata Patriot, yang ertinya adalah pecinta dan pembela tanah
air. Patriotisme maksudnya adalah semangat cinta tanah air. Pengertian Patriotisme adalah
sikap Untuk selalu mencintai atau membela tanah air, seorang pejuang sejati, pejuang
bangsa yang mempunyai semangat, sikap dan perilaku cinta tanah air, dimana ia sudi
2.2 Pendidikan
Pendidikan (sesuatu pelajaran yang didapati oleh seseorang murid ataupun pelajar)
merangkumi proses pengajaran dan pembelajaran kepakaran khusus, dan juga sesuatu yang
tidak dapat dilihat tetapi lebih mendalam: pemberian pengetahuan, pertimbangan dan
kebijaksanaan. Salah satu asas matlamat pendidikan adalah untuk mengajar kebudayaan
melangkaui generasi. Dalam masa yang sama, pendidikan akan mampu mengubah hidup
Tamadun yang kita gunakan dalam bahasa kita sekarang ini adalah berasal daripada
perkataan arab iaitu madana. Ia merupakan kata dasar daripada perkataan arab iaitu
madinah yang bermaksud kota, bandar dan sebagainya. Maksud tamadun dalam bahasa
arab secara lebih terperinci lagi ialah bermaksud peradaban dalam konteks pemodenan
dan juga urbanisasi. Dalam pengajian Sejarah iaitu berrkaitan dengan ilmu ketemadunan
6
telah diperkenalkan oleh Ibn Khaldun (1332-1406M) iaitu sejak abad ke-14M melalui
kitab Mukaddimah. Konsep dan falsafah pengajian tamadun difahami melalui kajian
etimologi iaitu memahami dan mengkaji asal-usul istilah. Dalam erti kata yang lain,
tamadun ini merujuk kepada lebudayaan, kemajuan atau peradaban. Dalam peradaban
meliputi adab atau tingkah laku serta tutur kata yang halus atau sopan dan beradab akan
3.0 PERBINCANGAN
perbincangan segenap lapisan masyarakat Malaysia. Hal ini kerana semangat patriotisme
amat penting dalam konteks negara Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan
agama. Tujuan utama semangat patriotisme ini sering diperkatakan adalah untuk
terutamanya golongan mahasiswa/I kerana golongan pelajar ini akan pemimpin dan
mencorak negara pada masa yang akan datang. Sebenarnya terdapat beberapa
memupuk dan mengekalkan semangat cinta akan negara. Dengan wujudnya semangat
cinta akan negara di kalangan rakyat, pasti negara akan terus aman dan damai.
Sesungguhnya anasir luar atau musuh negara amat menyukai jika rakyat Malaysia tidak
7
mempunyai semangat patriotisme. Apabila keadaan ini berlaku, pasti negara akan mudah
Selain itu, semangat patriotisme juga dapat menjadi pemangkin kepada kemajuan
negara. Dengan wujudnya semangat patriotisme, rakyat akan bekerja kuat untuk
memajukan negara. Rakyat juga pasti akan bekerja bersungguh-sungguh agar dapat
keadaan negara aman damai dan ini akan mendorong leblh ramal pelabur asing membuka
peluang pekerjaan, menaikkan lagi taraf hidup rakyat dan seterusnya negara kita akan
terus maju.
rakyat yang berilmu pengetahuan. Dengan wujudnya rakyat yang berilmu, maka
kehidupan rakyat akan menjadi lebih baik. Hal ini kerana mereka yang berpendidikan
akan mendapat pekerjaan yang baik dengan gaji yang lumayan. Dengan pendapatan yang
lumayan, maka rakyat dapat membeli keperluan asas yang lebih baik dan kehidupan
mereka akan lebih bahagia. Rakyat yang berilmu pengetahuan juga dapat menjadi
Seterusnya ialah dapat meninggikan lagi mutu pendidikan negara. Jika ramai rakyat
yang berilmu pengetahuan, maka sudah tentulah sebahagian daripada mereka akan
pendidik ini pasti dapat membimbing generasi muda untuk menjadi rakyat yang
8
berpengetahuan dan berkemahiran. Oleh itu, mutu pendidikan negara akan terus
Selain itu, rakyat yang berpendidikan juga dapat memajukan negara. Sejarah telah
pengetahuan. Contohnya, negara Jepun, Korea Selatan serta Amerika Syarikat. Rakyat
yang berilmu pengetahuan ini dapat mencipta benda-benda baru untuk membangunkan
negara. Oleh itu, dengan adanya rakyat yang berilmu pengetahuan, maka Malaysia juga
Tamadun merupakan aspek yang amat penting kepada manusia. Ini adalah kerana
tamadun merupakan kayu pengukur dalam menentukan cara hidup, pengurusan diri dan
masyarakat, dan juga pegangan hidup. Adalah penting untuk kita mengetahi bahawa
tamadun juga merupakan identiti sesuatu individu atau populasi. Ia juga merupakan kayu
pengukur untuk menilai tahap kehidupan seseorang, semakin tinggi tamadun itu, semakin
Islam.
Tamadun Islam merupakan tamadun yang unik berbanding dengan kaum yang lain.
Ini adalah kerana tamadun Islam tidak hanya menumpukan kepada hal hal duniawi seperti
mana tamadun lain, terutamanya tamadun barat. Tamadun Islam adalah unik dan amat
sempurna. Ianya meliputi segala macam aspek kehidupan dunia dan akhirat. Tamadun
Islam digambarkan dengan penuh sistematik dan tersusun. Antara kepentingan tamadun
dalam sesebuah negara adlaah untuk mewujudkan sebuah sistem pemerintahan yan
9
sistematik dan ia akan memudahkan sesebuah kerajaan menjalankan pentadbiran dalam
Selain itu juga, pengenalan tamadun ini juga telah membawa kepada pengkhususan
perkembangan ekonomi. Dari segi sosial, ia mampu membetuk tingkah laku yang baik
dalam kalangan masyarakat. Pembentukkan tingkah laku yang baik ini adalah sangat
penting dalam kalangan remaja atau mahasiswa/I kerana golongan ini akan mencorak
4.0 KESIMPULAN/REFLEKSI
Secara ringkasanya, dalam Pembentukan Negara Dan Bangsa Malaysia merupakan satu
perjuangan yang masih belum selesai persoalan negara bangsa dan bangsa Malaysia menarik
perhatian pelbagai pihak selepas bekas perdana menteri Malaysia yang keempat, Tun Dr
Wawasan 2020, beliau menegaskan bahawa dalam usaha menjadikan Malaysia sebuah negara
maju menjelang tahun 2020, kita perlu berusaha ke arah membentuk sebuah masyarakat yang
liberal dan bertolak ansur tetapi pada masa yang sama bebas mengamalkan adat, kebudayaan
dan pegangan agama masing-masing. Dengan itu, dalam pembentukkan negara bangsa setiap
pendidikan dan juga sentiasa memenuhi dengan nilai positif agar dapat membangunkan diri
terutamanya dalam kalangan mahasiswa/i kerana umum mengetahui bahawa para pelajar ini
akan membentuk dan mencorak negara pada masa yang akan datang.
10
LAPORAN SEMINAR HUBUNGAN ETNIK
Disediakan oleh:
1.0 PENGENALAN
Integrasi nasional mempunyai dua maksud yang berbez, iaitu integrasi dan nasional. Integrasi
berasal daripada kata Latin iaitu integrate yang membawa maksud memberi tempat dalam suatu
keseluruhan. Satu proses dinamik untuk merapatkan masyarakat negeri-negeri dalam Malaysia
khususnya di antara negeri-negeri di Semenanjung dengan Negeri Sabah dan Sarawak, untuk
membentuk satu Bangsa Malaysia yang mempunyai identitinya sendiri berteraskan Perlembagaan
Persekutuan dan Rukun Negara.
Perpaduan dan integrasi adalah dua perkara yang penting dalam sesebuah negara. Apalagi
bagi sesebuah negara yang mempunyai kepelbagaian sama dari segi ras, etnik, bahasa agama,
11
kebudayaan dan pegangan. Bagi setiap negara berdaulat, tambahan pula negara-negara baharu
merdeka, persoalan tentang ada atau tidak, tinggi atau rendah tahap perpaduan dan integrasi dalam
kalangan rakyat malaysia amat penting. Hal ini kerana kejayaan sesebuah negara baru untuk hidup
bebas, aman dan progresif bergantung kepada keharmonian sosial yang boleh menwujudkan
kestabilan politik, dan seterusnya membolehkan pertumbuhan ekonomi. Seperti yang pernah
dikatakan oleh Tun Abdul Razak, perpaduan dan integraasi penting supaya tenaga negara dapat
disalurkan kepada memajukan negara dan digunakan untuk menyelesaikan masalah wujud
daripada kepelbagaian.
Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) ditubuhkan pada 1 Julai 1969
setelah Majlis Gerakan Negara yang dipengerusikan oleh Mantan Perdana Menteri Kedua
AllahyarhamTun Abd Razak memutuskan agar diwujudkan sebuah jabatan untuk memantau isu
dan masalah perpaduan kaum yang menganggu-gugat kestabilan negara dan keharmonian
masyarakat pada masa itu. Antara objektif JPNIN ditubuhkan adalah untuk memelihara, meningkat
dan mengukuhkan perpaduan rakyat dan integrasi nasional selaras dengan dasar-dasar kerajaan
berlandaskan perlembagaan persekutuan dan Rukun Negara
Jabatan perpaduan ini mempunyai beberapa peranan yang telah ditetapkan untuk memupuk
perpaduan dalam sesebuah negara, antaranya adalah mendidik masyarakat supaya cintakan
perpaduan, memelihara, mengekal dan meningkatkan perhubungan kaum ke arah
perpaduannasional, mewujudkan keharmonian negara, menjalankan kajian untuk mengetahui
tahap dan iklim perhubungan kaum dan mencadangkan langkah-langkah yang komprehensif dan
holistik di dalam mengurus perpaduan negara dan integrasi nasional. Selain itu, peranan jabatan
perpaduan negara dan integrasi nasional juga dapat menyumbang saran pendapat dan idea
bagi membantu kerajaan dalam menyatakan pendirian negara di peringkat antarabangsa
12
Peraturan 27A, Peraturan-Peraturan Perlu Rukun Tetangga (1975), Pindaan 1988. Skim ini
dikendalikan oleh Jawatankuasa Rukun Tetangga yang bertindak sebagai Jawatankuasa Skim,
manakala rondaan dilaksanakan oleh tidak kurang dari 20 pemastautin sukarelawan yang
memohon untuk melaksanakan rondaan di sebahagian atau di seluruh kawasan Rukun Tetangga.
Skim Rondaan Sukarela dijangka menjadi tulang belakang bagi program serta aktiviti Rukun
Tetangga kerana ia boleh mencegah kejadian dan gejala sosial negatif disamping dapat merapatkan
hubungan Rukun Tetangga dengan penduduk setempat.
Tujuannya adalah untuk membantu mencegah jenayah dan gejala sosial yang negatif di
dalam kawasan rondaan, membendung kegiatan jenayah dan gejala sosial yang negatif dan
membantu pihak berkuasa menangkap penjenayah dan menyerahkan penjenayah tersebut kepada
pihak polis dengan kadar segera.
Konsep Kejiranan
Semangat kejiranan dapat memupuk kerjasama dalam kalangan anggota masyarakat di sesuatu
tempat. Kerjasama ini boleh dipupuk melalui penglibatan anggota masyarakat dalam pelbagai
aktiviti yang diadakan di kawasan tempat mereka tinggal. Aktiviti kemasyarakatan seperti gotong-
royong, majlis sambutan perayaan atau perjumpaan bulanan komuniti dapat mempertemukan
semua jiran, saling berkenalan dan merapatkan hubungan. Mereka akan lebih mesra, saling
membantu bagai aur dengan tebing tanpa membezakan warna kulit, bangsa atau kepercayaan. Hal
ini menunjukkan bahawa semangat kejiranan yang dipupuk dapat membentuk kerjasama dalam
kalangan anggota masyarakat seterusnya membentuk ukhuwah yang kukuh dan ampuh. Hal ini
juga dapat mengukuhkan perpaduan komuniti di Malaysia.
Pembangunan komuniti
Pembangunan komuniti merujuk kepada usaha meningkatkan taraf hidup dan kesejahteraan serta
kualiti hidup komuniti setempat. Usaha ini boleh dilaksanakan oleh komuniti sendiri atau komuniti
bersama-sama dengan agen-agen pembangunan, pihak kerajaan ataupun bukan kerajaan.
Pembangunan komuniti sebagai satu strategi pembangunan negara telah menghasilkan kejayaan,
khususnya dalam program-program terancang. Kejayaan pembangunan komuniti ini banyak
bergantung kepada penyertaan komuniti itu sendiri, disamping pendekatan-pendekatan sesuai
yang dipraktikkan oleh pengamal-pengamal pembangunan komuniti. Perkongsian pengalaman di
13
peringkat lapangan dapat membantu kecekapan perancangan dan pelaksanaan program-program
pembangunan komuniti. Ini juga menampakkan keperluan-keperluan pendidikan dan latihan
khusus untuk melahirkan pekerja-pekerja pembangunan komuniti yang mahir dan terlatih. Ini
selaras dengan cabaran-cabaran yang telah dinyatakan dalam Wawasan 2020 dan juga sebagai
cabaran dalam era globalisasi. Koleksi kertas kerja ini merangkumi empat bahagian utama, iaitu
Dasar Pembangunan Komuniti, Konsep Pembangunan Komuniti, Strategi Pembangunan Komuniti
dan Isu-Isu dalam Pembangunan Komuniti.
Pembangunan Komuniti juga adalah untuk memupuk semangat serta nilai-nilai perpaduan
dalam kalangan masayarakat bagi mencapai matlamat satu bangsa Malaysia yang bersatu padu. Ia
dilaksanakan menerusi aktiviti pembangunan komuniti, kemasyarakatan dan pendidikan pra-
sekolah melalui institusi Skim Rukun Tetangga dan Tabika Perpaduan.
Mediator Komuniti
Mediator Komuniti adalah pihak ketiga yang menolong dan membimbing pihak-pihak yang
terlibat dalam proses mediasi. Mereka ini juga terdiri daripada pengerusi-pengerusi Rukun
Tetangga. Objektif Mediator Komuniti adalah untuk memelihara keharmonian masyarakat melalui
mediasi di antara pihak yang bertelagah. Mereka juga dijadikan pengantara bagi membantu
menyelesaikan masalah masyarakat setempat dan menjadi insan yang dihormati oleh masyarakat
setempat dalam penyelesaian masalah masyarakat. Mediator Komuniti ini turut melaksanakan
MOU dengan Universiti Islam Antarabangsa untuk pensijilan.
3. Membantu mencari penyelesaian yang boleh diterima oleh pihak yang bertelagah bagi
memelihara keharmonian masyarakat.
4. Menjalankan mediasi secara profesional, adil dan ikhlas tanpa mengharapkan imbuhan /
balasan.
14
3.0 Kesimpulan
Sebagai kesimpulan, usaha ke arah mewujudkan integrasi etnik di Malaysia perlu melibatkan
pelbagai pihak dan tidak seharusnya diserahkan kepada pihak kerajaan semata-mata. Pelbagai
dasar yang dilakukan oleh pihak kerajaan seharusnya disokong oleh masyarakat, NGO ataupun
pihak swasta bagi memastikan hubungan etnik sentiasa berada dalam keadaan harmoni agar
berbilang bangsa menjadi satu. Keharmonian sesebuah negara bermula daripada institusi keluarga,
sekolah kejiranan dan komuniti. Rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama haruslah
bersatu dalam memelihara keharmonian hidup di negara ini. Secara ringkasnya kesepaduan sosial
ini adalah tanggungjawab kita semua.
15
LAPORAN SEMINAR HUBUNGAN ETNIK
Disediakan oleh:
1.0 PENGENALAN
Dalam menelusuri sejarah politik di Malaysia, pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka sering
dijadikan titik permulaan dalam memahami pentadbiran feudalisme di Tanah Melayu. Sistem
politik tradisional tidak membenarkan persaingan kuasa secara bebas. Sultan mempunyai kuasa
mutlak dan kesetiaan rakyat dan kedaulatan raja Melayu sentiasa dijunjung dan penderhakaan
terhadap raja atau sultan dianggap satu kesalahan besar. Rakyat menumpahkan kesetiaan dan
ketaatan tidak berbelah bahagi kepada raja. Kemasukan penjajah ke Tanah Melayu, terutama
penjajah Inggeris menghakiskan kuasa institusi kesultanan Melayu.
16
2.0 PROSES KEMATANGAN HUBUNGAN ETNIK DALAM DINAMIKA POLITIK
MALAYSIA
Masyarakat Malaysia yang segmented telah terbahagi kepada dua iatu warganegara Malaysia dan
juga bukan warganegara Malaysia. Dalam warganegara Malaysia terdapat pelbagai etinik, budaya,
agama dan juga adat budaya yang berebeza. Dengan wujudnya sentiment etnik ini, ia telah meresap
dalam persaingan dan dengan itu politik telah berkembang berdasarkan etnik, parti, dasar
perjuangan, kempen, calon dan juga pengundian. Penubuhan Malayan Union membawa kepada
penentangan orang Melayu kerana kuasa sultan semakin dilenyapkan oleh pihak British. UMNO
ditubuhkan dalam Kongres Melayu Se-Tanah Melayu di Kelab Sultan Selangor, Kuala lumpur
secara rasmi dalam persidangan pada 11 dan 12 Mei 1946. UMNO yang diterajui oleh Dato’ Onn
Jaafar sebagai presiden pertama bertujuan untuk menentang Malayan Union. Akibat daripada
tentangan yang hebat oleh orang Melayu akhirnya Malayan Union dimansuhkan dan digantikan
dengan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948.
Pada awal tahun 1950-an, parti UMNO telah menyaksikan satu peristiwa penting dalam
konteks permuafakatan politik negara. Pertama kali dalam sejarah, UMNO dan MCA telah
bergabung dengan mewujudkan parti Perikatan yang mengamalkan konsep perkongsian kuasa atau
pakatan politik walaupun memperjuangkan kepentingan mengikut etnik. MCA yang dipimpin oleh
Tan Cheng Lock sebagai presiden dibentuk pada Februari 1949 dengan tujuan untuk melindungi
kepentingan sosial, ekonomi, politik dan budaya masyarakat Cina.
Parti politik di Malaysia hakikatnya bergerak di atas landasan perkauman. Asas kerjasama parti
pemimpin politik pelbagai etnik adalah menjurus kepada aspek permuafakatan sehingga boleh
17
membentuk gabungan politik. Gabungan berkenaan mencerminkan keinginan untuk berkongsi
kuasa kerana menyedari bahawa tidak mungkin bagi satu-satu kaum mendominasi kuasa dan
memerintah di negara ini. Bagi mencapai matlamat dan kepentingan bersama maka penggabungan
parti politik terbentuk. Gabungan berkenaan berjaya menentukan solidariti dan kestabilan politik
sejak kemerdekaan. Bagi lijphart (1952), pembentukan demokrasi permuafakatan mampu
mewujudkan kestabilan politik kerana pendekatan tersebut mengutamakan pengagihan sumber
kekayaan dan politik kepada etnik yang berbeza. Perkongsian kuasa dapat memberi kepuasan
kepada pelbagai etnik.
Parti politik yang mewakili pelbagai etnik dapat bekerjasama untuk menjalankan
pentadbiran negara dan membawa pembangunan. Ratnam (1969) yakin bahawa faktor perkauman
dapat dikurangkan melalui mekanisme perpaduan yang wujud dalam parti Perikatan. Asas sistem
politik Malaysia ialah permuafakatan, kerjasama dan tolak ansur bagi memastikan wujudnya
kestabilan. Konflik kepentingan kaum ditangani melalui permuafakatan dalam kalangan pemimpin
elit yang mewakili pelbagai etnik dalam gabungan berkenaan. Sebaliknya, Vasil (1972) tidak
menganggap bahawa mekanisme perpaduan dalam Perikatan sebagai mantap dan kekal, malah
tidak mendapat sokongan pengundi seperti pada pilihan raya 1969.
Justeru, terdapat kritikan terhadap teori dan model politik permuafakatan kerana teori
berkenaan tidak menjelaskan realiti kehidupan berpolitik di negara ini. Malah, tidak wujud satu
parti yang dapat membentuk Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri dan membentuk
kerajaan sehingga menyebabkan beberapa buah parti perlu bergabung. Fenomena ini dikenali
sebagai demokrasi permuafakatan berdasarkan prinsip tawar-menawar, bertolak ansur,
pengorbanan dan perundingan bagi memastikan suara setiap etnik diwakili, termasuk etnik
minoriti.
Di peringkat kerajaan persekutuan, BN kini dianggotai oleh 14 buah parti, iaitu UMNO,
MCA, MIC, Parti Progresif Penduduk (PPP), dan juga parti dari Sabah dan Sarawak. Parti dari
Sabah ialah Parti Demokratik Sabah (PDS), Parti liberal Demokratik (lDP) dan Parti Bersatu Sabah
(PBS), selain daripada UMNO. Sarawak pula diwakili Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB),
Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Progresif
Demokratik Sarawak (SPDP). Kadangkala ada parti komponen terbabit keluar daripada gabungan
apabila menghadapi masalah tertentu. Misalnya, PAS yang menganggotai BN pada 1974 terkeluar
18
pada 1977 selepas berlaku krisis kepemimpinan di negeri Kelantan. Keadaan ini turut dihadapi
oleh parti PBS yang mengambil keputusan untuk keluar daripada BN Sabah pada 1987 tetapi
kemudiannya menyertai BN semula pada 1994. Gabungan dibentuk kerana pakatan sedemikian
dianggap memberi faedah kepada pihak terbabit. Sekiranya parti yang terlibat dengan
penggabungan gagal memperoleh faedah, besar kemungkinan kerjasama tersebut tidak dapat
dipertahankan dan parti berkenaan akan keluar daripada gabungan.
3.0 KESIMPULAN
Pembinaan negara bangsa merupakan matlamat utama pembangunan politik, iaitu satu wilayah
yang mempunyai sempadan, pemerintahan atau kerajaan dan warganegara atau bangsa. Usaha
memupuk hubungan etnik yang harmoni memerlukan tindakan secara formal daripada pihak
atasan. Sejak menjelang kemerdekaan lagi, Parti Perikatan mengamalkan konsep perkongsian
kuasa atau pakatan politik. Perkongsian kuasa antara Melayu dengan Cina terjalin apabila UMNO
dan MCA berpakat dan bertanding dalam Pilihan Raya pada tahun 1952 untuk menentang IMP.
Dalam pilihan raya bersejarah itu, Perikatan memenangi 9 daripada 12 kerusi yang
dipertandingkan. Manakala dalam Pilihan Raya Persekutuan 1955, Perikatan yang turut disertai
MIC mendapat sokongan padu rakyat dengan memenangi 51 daripada 52 kerusi yang
dipertandingkan. Dalam pilihan raya itu politik perkauman adalah begitu ketara sekali. Selepas
pilihan raya itu, Tunku Abdul Rahman dilantik sebagai Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu.
Kemenangan besar berkenaan, membuktikan kejayaan awal kerjasama antara kaum, menjadi asas
dan modal bagi Tunku Abdul Rahman yang menerajui UMNO dan Perikatan untuk mendapatkan
kemerdekaan daripada pihak British.
19
LAPORAN SEMINAR HUBUNGAN ETNIK
Disediakan oleh:
Ahmad Tang Bin Bakri
D20141067512
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
1.0 PENGENALAN
Perpaduan melalui pendidikan: Berjaya atau gagal hendaklah dilihat berdasarkan kepada seluruh
bangsa bukannya merujuk kepada kaum-kaum tertentu. Dalam kontek negara Malaysia hari ini,
bangsa memainkan peranan penting bagi menjayakan pendidikan di Malaysia yang didasari oleh
perpaduan yang wujud. Menyebut mengenai perpaduan, bangsalah yang menjadi tunjang
persefahaman bagi membentuk bangsa Malaysia yang bersatu padu melalui pendidikan. Oleh hal
yang demikian, terdapat beberapa perkara yang disentuh oleh Prof. Dr. Amir Hasan Dawi semasa
seminar. Berikut merupakan beberapa perkara yang dibahaskan:
20
2.0 PERPADUAN DAN PENDIDIKAN
Berkenaan dengan perpaduan dan pendidikan, timbul pelbagai persoalan yang meibatkan
pemilihan kaedah atau institusi sebagai medium perpaduan. Persoalan penyamapaian, pembinaan
atau pemupukan perpaduan bermula dari peringkat rendah sehinggalah ke peringkat yang tinggi
iaitu bermula dari Prasekolah, sekolah rendah, sekolah menengah dan peringkat atas seperti institut
pengajian awam atau swasta. Wadah penyampian ilmu melalui institusi seperti inilah yang
memulakan perpaduan dalam kalangan pelajar yang berbeza dari segi bangsa, agama, budaya dan
status sosial.
Perpaduan di Malaysia adalah berlatar belakangkan sejarah negara itu sendiri yang merangkumi
era sebelum merdeka. Tanah Melayu sebelum dikenali sebagai Malaysia memiliki 3 bangsa utama
iaitu Melayu, Cina dan India. Ketiga-tiga bangsa inilah yang bertungkus lumus berganding bahu
untuk mendapatkan kemerdekaan dek kerana monopoli pemikiran dan tenaga oleh pihak penjajah
sehingga wujudnya kerjasama daripada pihak British untuk memberikan kemerdekaan kepada
Tanah Melayu untuk berkerajaan sendiri. Oleh hal yang demikian, perpaduan kaum pada mulanya
dapat diterapkan, akan tetapi berlakunya rusuhan kaum atau lebih dikenali sebagai peristiwa
berdarah 13 Mei telah mencatatkan satu titik hitam yang pasti tidak dapat dilupakan oleh setiap
rakyat di negara ini. Pertumpahan darah dan kacau bilau yang dahsyat yang berlaku pada 13 Mei
1969 itu hampir menghancurkan negara. Kenapa berlakunya peristiwa 13 Mei? Tunku Abd.
Rahman telah menyalahkan komunis dan anasir-anasir kongsi gelap lain yang dikatakan
bertanggungjawab berlakunya peristiwa tersebut. Bagaimanapun, Tun Dr. Ismail Menteri Dalam
Negeri ketika itu mengatakan bahawa demokrasi telah mati di negara ini. Demokrasi mati di tangan
parti-parti politik pembangkang yang telah mendorongkan meletusnya keganasan ini. Laporan
Majlis Keselamatan Negara (9 Okt. 1969) berpendapat bahawa peristiwa ini terjadi akibat peranan
yang di mainkan oleh Parti Komunis Malaya dan kongsi-kongsi gelap Cina di samping beberapa
faktor yang lain. Walau apa pun sebabnya peristiwa 13 Mei merupakan satu krisis perkauman yang
terbesar di negara ini, yang melibatkan tiga kaum terbesar iaitu Melayu, Cina dan India. Kesannya,
pertelingkahan itu memakan korban yang besar iaitu seramai 196 orang mati, dan 149 orang
21
cedera. Walau bagaimanapun pihak polis dengan bantuan tentera berjaya mengawal keadaan
daripada terus berpanjangan.
Pendidikan sebelum merdeka melibatkan pendidikan sebelum penjajahan pihak British lagi. Dari
sudut sejarahnya iaitu sebelum penjajahan Inggeris, pendidikan untuk rakyat jelata di tanah air ini
berlangsung secara tradisional dalam institusi keluarga dan masyarakat. Pendidikan pada masa itu
bercorak warisan turun temurun yang diwarisi dari satu generasi ke satu generasi. Rakyat
berpegang kuat pada adat resam yang bersifat ketimuran ditambah pula dengan ajaran agama Islam
yang teguh. Pendidikan melibatkan perkara-perkara asas bagi tujuan kelangsungan kehidupan
harian seseorang baik dalam keluarga mahu pun dalam masyarakat. Pendidikan tradisional juga
melibatkan perkara-perkara berkaitan budaya dan warisan. Ibu bapa sebagai orang yang
memainkan peranan utama sebagai pendidik. Anak-anak tidak kira lelaki atau perempuan, dididik
dengan ketertiban, nilai, budi bahasa serta adab sopan yang diterima pakai dalam lingkungan
masyarakat pada ketika itu. Sebagai contoh, setiap individu perlu menghormati orang lain terutama
kepada ibu bapa serta orang yang lebih dewasa daripada mereka. Tutur kata serta perbuatan perlu
sentiasa dijaga bagi memelihara keamanan, kesejahteraan dan keharmonian dalam hidup
berkeluarga dan bermasyarakat.
Berkaitan dengan keagamaan, anak-anak lelaki dan perempuan juga diajar tentang ilmu
agama. Pembelajaran agama biasanya dilakukan di sebelah petang atau malam, di mana mereka
akan mengikuti pengajian di rumah Pak Imam atau orang yang lebih arif tentang agama yang boleh
dianggap sebagai guru atau ustaz termasuk pendakwah Islam yang datang dari Asia Barat.
Anakanak diasuh untuk membaca Al-Quran, menghafal doa, mempelajari fardhu „ain, fardhu
kifayah, hadis, hukum-hakam dan cara hidup Islam. Tradisi masyarakat adalah menjadikan Al-
Quran sebagai pelajaran dasar di samping pelajaran-pelajaran yang lain. Selain di rumah Pak
Imam, guru atau ustaz pelajaran agama juga berlangsung di surau-surau dan di masjid-masjid.
Selain itu pendidikan bercorak keagamaan di sekolah pondok juga banyak terdapat di
Semenanjung Tanah Melayu pada masa itu.
22
Semasa penjajahan Inggeris (1786 – 1957), masyarakat di Tanah Melayu adalah terdiri
daripada golongan elit, bangsawan, rakyat pertengahan dan rakyat bawahan. Masyarakat mula
bersifat majmuk dengan kedatangan buruh dari Cina dan India secara beramai-ramai untuk bekerja
di lombong bijih timah dan di ladang-ladang seperti ladang kopi, kelapa, tebu dan getah. Inggeris
melaksanakan dasar pecah dan perintah dengan budaya superior penjajah yang begitu ketara.
Pengekalan budaya dan warisan berasaskan kaum berlaku dengan bebas sehingga mewujudkan
polarisasi antara kaum. Tiada usaha penyatuan oleh pemerintah pada masa itu ke arah perpaduan
antara golongan elit, bangsawan, rakyat pertengahan dan rakyat bawahan; antara penduduk bandar
dan luar bandar; lebih-lebih lagi antara suatu suku kaum dengan suku kaum yang lain.
23
4.2.2 Vernacular Cina
Sekolah vernakular Cina bermula di Negeri-negeri Selat. Sekolah yang awal, didirikan di
Melaka. Sekolah vernakular Cina juga kurang mendapat sambutan daripada masyarakat
Cina. Pada pertengahan abad ke-19 iaitu apabila kedatangan orang Cina ke Tanah Melayu
berlaku secara beramai-ramai, kebanyakan sekolah Cina dibiayai oleh kaum Cina sendiri
iaitu oleh pertubuhanpertubuhan, persatuan atau orang perseorangan. Penubuhan sekolah
tersebut adalah dengan tujuan untuk memastikan pengekalan warisan budaya dan bahasa
kaum Cina. Guru-guru dan bahan pembelajaran adalah daripada tanah besar Cina. Pihak
Inggeris tidak masuk campur atau menghalang usaha yang dilakukan sehingga Enakmen
Pendaftaran Sekolah diadakan pada tahun 1920 yang mana semua sekolah Cina perlu
didaftarkan pembukaannya.
24
persekolahan vernakular yang diperkenal adalah sebenarnya tidak bertapak di atas asas
yang konkrit apalagi ke arah perpaduan rakyat di nagara ini.
Semasa Perang Dunia Kedua, Tanah Melayu ditakluki oleh tentera Jepun. Kebanyakan
sekolah ditutup untuk dijadikan markas tentera Jepun. Beberapa sekolah Nihongo dibuka oleh
tentera Jepun. Pada masa itu anak-anak penduduk tempatan telah diminta menghadiri sekolah-
sekolah tersebut. Sekolah-sekolah yang dikendalikan oleh tentera Jepun ini menggunakan bahasa
Jepun sebagai bahasa pengantar. Mata pelajaran meliputi pelajaran bahasa Jepun, nyanyian lagu-
lagu klasik Jepun, kebudayaan Jepun dan kegiatan-kegiatan yang ada kaitannya dengan penerapan
nilai ketaatan dan kesetiaan kepada kerajaan dan maharaja Jepun. Jepun pada masa itu
menggunakan slogan Asia for Asian iaitu Asia adalah untuk orang Asia.
25
1956. Penyata Razak telah dijadikan asas kepada Ordinan Pelajaran 1957. Walaupun ordinan
Pelajaran telah diwartakan pada 1957, namun ordinan ini tidak dapat dilaksana atau
dikuatkuasakan kerana Tanah Melayu sudah hampir untuk mencapai kemerdekaan. Seperti yang
terkandung dalam Penyata Razak (Para 12), “Kami percaya juga yang tujuan dasar pelajaran di
dalam negeri ini ialah bermaksud hendak menyatukan budak-budak daripada semua bangsa di
dalam negeri ini dengan memakai satu peraturan pelajaran yang meliputi semua bangsa dengan
menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang besar, walaupun perkara ini tidak
dapat dilaksanakan dengan serta merta melainkan hendaklah diperbuat dengan beransur-ansur”.
26
4.4.1 Laporan Rahman Talib
Pada tahun 1959, sebuah Jawatankuasa Penyemak Matapelajaran telah dibentuk yang
dikenali sebagai Laporan Rahman Talib. Jawatankuasa ini diketuai oleh Menteri Pelajaran
ketika itu, iaitu Abdul Rahman Talib.Tujuan perlantikan jawatankuasa ini untuk mengkaji
semula polisi pendidikan kebangsaan sebagaimana yang telah dicadangkan dalam Laporan
Razak yang dibuat pada tahun 1956. Antara cadangan-cadangan yang dikemukakan dalam
Laporan Rahman Talib ialah yang pertama, menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar utama di setiap sekolah termasuk Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil.
Antara tindakan-tindakan yang diambil ialah mewajibkan semua murid lulus dalam
matapelajaran Bahasa Melayu dalam peperiksaan awam, kertas peperiksaan ditulis
menggunakan Bahasa Melayu dan sebagainya. Ini bertujuan untuk memupuk semangat
perpaduan dalam kalangan masyarakat yang berbilang kaum. Yang kedua, jawatankuasa
ini mencadangkan agar umur persekolahan murid-murid dinaikkan daripada 12 tahun ke
15 tahun. Ia bertujuan untuk mengelakkan berlakunya masalah penggangguran dan
masalah sosial sekiranya murid-murid ini berhenti sekolah terlalu awal.
Yang ketiga pula, memberi bantuan kewangan kepada Sekolah Menengah
Kebangsaan (aliran Bahasa Melayu ) dan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan ( aliran
Bahasa Inggeris). Mana-mana sekolah yang ingkar terhadap sistem pendidikan
kebangsaan, bantuan kewangan terhadap sekolah tersebut akan ditarik balik. Di samping
itu, Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional telah ditubuhkan bagi melahirkan pelajar
yang mempunyai kemahiran dalam pelbagai bidang dan jurusan. Laporan Rahman Talib
ini kemudiannya dibentangkan di Parlimen dan diluluskan yang mana kemudiannya
dikuatkuasakan dalam Akta Pelajaran 1961. Sejak itu, perkembangan pendidikan
kebangsaan selanjutnya adalah berdasarkan kepada polisi pendidikan kebangsaan yang
tercatat dalam Akta Pelajaran 1961 ini.
27
merupakan tahap perlaksanaan rancangan sistem pendidikan yang telah dikuatkuasakan
dalam Akta Pelajaran 1961. Tahap kedua pula merupakan tahap perlaksanaan rancangan
pendidikan di bawah Rancangan Malaysia Pertama. Ia digubal dengan tujuan untuk
menyelesaikan masalah ekonomi dan sosial yang timbul dalam tempoh ini. Sistem
pendidikan pada tahap ini bukan hanya berorientasikan kepada pembasmian buta huruf
tetapi juga untuk mencapai matlamat ekonomi negara.
Antara matlamat lain yang ingin dicapai ialah memperkukuhkan sistem pendidikan
kebangsaan bagi memupuk perpaduan sosial, kebudayaan dan politik, menyediakan
kemudahan pendidikan yang lebih bersistematik dan selesa kepada para pelajar,
meningkatkan taraf pendidikan di seluruh negara serta melaksanakan pendemokrasian
pendidikan tanpa mengira bangsa, kaum mahu pun agama. Pada tahap ini, beberapa buah
Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional telah disediakan bagi melatih pelajar dalam
bidang pertukangan, pertanian, sains rumahtangga dan perdagangan agar pelajar dapat
mengembangkan lagi bakat mereka dalam bidang kemahiran yang telah
disediakan.Perkembangan sistem pendidikan dalam tahap ketiga pula ialah merupakan
pengubahsuaian sistem pelajaran dan latihan untuk memenuhi keperluan perkembangan
ekonomi serta untuk menghasilkan lebih ramai pekerja mahir bagi melaksanakan Dasar
Ekonomi Baru (DEB). Sistem pendidikan pada tahap ini dirancang supaya memberi
sumbangan penting bagi menggalakkan perpaduan di kalangan rakyat berbilang bangsa.
Perubahan – perubahan sistem pendidikan ini adalah akibat dari konflik perkauman
yang tercetus pada 13 Mei 1969. Kerajaan Malaysia terpaksa mengkaji semula matlamat –
matlamat pendidikan negara dan seterusnya merancang suatu sistem pendidikan yang lebih
sesuai dengan harapan boleh menyatupadukan rakyat berbilang kaum dan dapat
mengelakkan tragedi konflik perkauman itu daripada berulang kembali.
28
pelajaran bagi mencapai keperluan negara mengenai tenaga rakyat dan yang ketiga
memperbaiki mutu pelajaran ke arah mecapai masyarakat yang maju berasaskan sains dan
teknologi moden. Antara strategi yang dilaksanakan untuk mencapai ketiga – tiga hasrat
ini ialah yang pertama melaksanakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar utama di
semua sekolah secara berperingkat. Kedua, mengurangkan jurang perbezaan dalam
memberikan peluang pelajaran di antara kawasan – kawasan dan juga antara kaum melalui
pembinaan sekolah dan kemudahan yang baru di sekolah luar bandar serta melaksanakan
pendemokrasian pendidikan. Yang ketiga, meningkatkan mutu pelajaran. Dalam usaha
untuk meningkatkan mutu pelajaran ini antaranya melalui pengurangan bilangan pelajar
yang terkandas dalam peperiksaan awam, membuat penilaian secara sistematik,
memperbaiki sukatan pelajaran serta memperseimbangkan antara matapelajaran teras
dengan matapelajaran elektif seperti sains dan teknologi.
Pada tahun 1974, kerajaan Malaysia telah menubuhkan satu Jawatakuasa Kabinet
untuk mengkaji pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan. Jawatankuasa ini telah mengkaji
semula matlamat dan kesan sistem pelajaran termasuk kurikulumnya untuk memastikan
bahawa keperluan tenaga rakyat negara ini dapat dipenuhi. Walaubagaimanapun, perkara
yang lebih penting ialah untuk memastikan bahawa sistem pelajaran ini dapat memenuhi
matlamat negara ke arah pembentukan masyarakat berbilang kaum yang bersatu padu,
berdisiplin dan terlatih. Antara aspek lain yang dikaji untuk penambah baikkan terhadap
sistem pendidikan di negara ini ialah menyeragamkan sukatan pelajaran dan sistem
peperiksaan di semua sekolah, menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan,
menstrukturkan masa persekolahan, meningkatkan kecekapan dalam sistem pentadbiran
dan pengurusan serta memasukkan matapelajaran yang baru dalam kurikulum sekolah iaitu
matapelajaran Pendidikan Sivik, Pendidikan Islam dan Moral serta memantapkan lagi
pembentukan disiplin dikalangan para pelajar.
5.0 KESIMPULAN
Pendidikan memberi kesan secara mendalam kepada aktiviti manusia dalam semua bidang kerana
ia satu proses berterusan dan inovatif yang membantu membangunkan potensi individu untuk
kebaikan dan kemajuan sesebuah negara. Oleh sebab itu misi pendidikan negara seharusnya
29
meningkatkan potensi seseorang individu, mengembangkan kebolehan, menganalisis dan
memotivasikan keyakinan dan kebolehan jasmani, rohani dan mental individu yang dunamik,
berinisiatif serta memberikan kebaikan kepada individu dan masyarakat. Dari segi keadilan sosial,
semua individu dari pelbagai kaum dan bangsa harus diberi peluang pendidikan yang saksama
untuk semua rakyat dan bukan untuk sesuatu golongan yang dianggap elit sahaja. Pendidikan
sekarang yang berorientasikan peperiksaan semata-mata banyak mengorbankan masa hadapan
kebanyakan kanak-kanak di Malaysia tanpa mengira kaum.
30
LAPORAN SEMINAR HUBUNGAN ETNIK
Disediakan Oleh:
1.0 PENGENALAN
Realiti sosial adalah hakikat atau fakta-fakta yang berlaku dalam kehidupan masyarakat. Ini
berkaitan dengan kestabilan dalam keadaan normal atau tidak normal yang berlaku dalam pola-
pola perhubungan dalam masyarakat. Terdapat beberapa bentuk realiti sosial yang mungkin
dialami oleh sesetengah orang dalam kehidupan. Pertama ialah realtiti sosial objektif, iaitu gejala
yang sosial yang terdapat dalam kehidupan sehari-hari dan sering dihadapi oleh individu sebagai
fakta. Kedua ialah realiti sosial yang subjektif yang mana realiti sosial yang terbentuk pada diri
masyarakat yang berasal dari realitai sosial objektif dan realiti sosial simbolik. Ketiga ialah realiti
sosial simbolik iaitu bentuk-bentuk simbolik dari realiti sosial objektif, yang biasanya diketahui
oleh masyarakat dalam bentuk karya seni, fiksyen dan kandungan media.
31
2.0 PENGALAMAN DAN CABARAN REALITI SOSIAL - IVAN TOH
Pada hari Ahad, 31 Mac 2018 yang lalu, iaitu jam 2.40 petang sehingga 4.30 petang, satu slot
ceramah yang ke-6 dalam seminar hubungan etnik iaitu mengenai Realiti Sosial Masyarakat
Malaysia, Pengalaman Sendiri yang telah disampaikan oleh Saudara Ivan Toh. Beliau
menceritakan kehidupan realtiti sosial berdasarkan pengalaman yang beliau alami daripada
bermulanya beliau untuk berkecimpung dalam bidang kewartwanan. Ivan Toh atau nama
sebenarnya Ivan Toh Swee Ming adalah seorang wartawan dan penyampai berita di Radio
Televisyen Malaysia (RTM). Beliau berasal dari Kota Bharu, Kelantan mendapat pendidikan di
Universiti Sains Malaysia (USM) dalam Ijazah Sarjana Muda Komunikasi.
Berdasarkan perkongsian pengalaman yang telah diberi oleh Saudara Ivan Toh dalam slot
tersebut, beliau telah menceritakan pengalaman kehidupan beliau sendiri sebagai masyarakat
Malaysia yang ingin mencapai cita-cita dalam hidup beliau menceritakan pengalaman beliau dan
realtiti sosial sebenar dalam dunia kewartwanan. Beliau mula-mula datang untuk ujibakat sebagai
wartawan dan beliau telah diberi tugasan yang agak mencabar. Perkara yang lebih menarik adalah
beliau merupakan seorang yang fasih dalam bahasa Melayu walaupun beliau berbangsa Cina.
Beliau sendiri mengakui bahawa kemahiran pertuturan dan komunikasi beliau dalam bahasa
Melayu adalah lebih baik berbanding dalam bahasa Mandarin walaupun beliau berbangsa Cina.
Beliau mengatakan lagi bahawa beliau memang mempunyai minat dalam bahasa Melayu
dan ingin menjadi seorang wartawan dan penyampai berita dalam bahasa Melayu. Semasa hari
pertama beliau mendaftar diri sebagai wartawan pada tahun 2006, beliau diberi tugasan untuk
menyampaikan laporan hiburan iaitu laporan majlis resepsi perkahwinan Datuk Siti Nurhaliza di
Kuala Lipis. Cabaran beliau adalah terpaksa bertolak ke Kuala Lipis dari Kuala Lumpur dan balik
hari dan beliau dikehendaki untuk menyiapkan skrip berita dan visual laporan pada hari tersebut
juga.
Selepas itu, beliau menceritakan pengalaman beliau semasa tragedi nahas pesawat MAS
MH17 yang terhempas di Ukrain. Pada masa itu, beliau berada di Belanda dan bertugas untuk
menyampaikan laporan berita semasa di Belanda berkaitan nahas tersebut selama tiga bulan di
32
sana. Pengalaman yang dihadapi oleh beliau dalam melaksanakan tugasan tersebut ialah
terdapatnya perbezaan waktu siang dan malam antara waktu di Malaysia dan di Amsterdam. Beliau
perlu menyiarkan laporan berkenaan pesawat berkenaan sebanyak dua kali sehari dan perlu bangun
awal pagi dan berjaga di waktu malam untuk memulakan penyiaran, disebabkan perbezaaan waktu
berkenaan. Keadaan ini menyebabkan kesukaran yang dihadapi oleh beliau. Selain itu, beliau juga
mengalami keadaan yang tertekan kerana sehingga kadangkala, apabila tiada maklumat baru yang
didapati oleh mereka daripada pihak yang menguruskan hal berkenaan. Hal ini menyebabkan
beliau tidak tahu perkembangan apa yang perlu disampaikan kepada rakyat Malaysia. Selain itu,
setiap hari beliau perlu bangun awal dan sehingga kadang kala, beliau tidak cukup tidur. Satu lagi
cabaran yang beliau hadapi daripada situasi ini adalah beliau membawa harapan seluruh rakyat
Malaysia terutamanya keluarga mangsa yang menunggu laporan dan perkembangan tentang nahas
tersebut.
Kelebihan yang diperoleh adalah beliau akan dapat merasai kepuasan kerana sebagai contohnya
ketika sedang melaksankan tugasan untuk mendapatkan maklumat mengenai pesawat MH17
tersebut. Hal ini dapat dilihat apabila, ada seorang makcik daripada Sarawak yang mengucapkan
terima kasih kepadanya kerana memberi maklumat dari hari ke hari mengenai kejadia pesawat
yang ditembah tersebut. Apabila dilayan sebegitu menyebabkan beliau terasa dihargai dan
kerjanya adalah satu kerja yang penting dalam membantu orang lain untuk mendapatkan
maklumat.
Namun begitu, ada juga kelebihan di sebalik kesukaran tersebut. Kelebihannya adalah
apabila beliau berpeluang untuk melakukan kerja sambil melancong ke luar negara tanpa perlu
mengeluarkan wang sendiri, kerana ia ditanggung oleh pihak RTM. Katanya lagi, sekiranya kerja
yang dijalankan sudah tamat, beliau berpeluang untuk bercuti lebih panjang di sesuatu tempat
tersebut dan pulang lebih lambat ke negara Malaysia. Antara negara yang berpeluang beliau pergi
adalah Amsterdam dan negara sekitar Asia Tenggara.
Terdapat soalan yang dikemukan oleh pelajar UPSI iaitu bagaimanakah En Ivan mengawal
perasaan dan emosi ketika membuat liputan mengenai tragedi sedih. Katanya ketika membuat
33
liputan, seorang wartawan tersebut perlulah mengawal reaksi muka dari emosi-emosi yang dapat
mengangu proses penyiaran tersebut demi menyampaikan maklumat yang tepat dan jelas. En. Ivan
juga menyatakan di dalam bidnag penyiaran terdapat 60 berita yang perlu disiarkan selama sejam.
Manakala berita yang penting akan diutamakan dan berada di awal penyiaran. Berita yang
dikatakan kurang penting akan disiarkan di bahagian tengah dan berita yang tidak penting akan
disiarkan di bahagian akhir. Selain itu beliau menyarankan seorang wartawan itu perlu
melaksanakan tugasan dengan baik dan sempurna. Sekiranya berita yang disiarkan itu melibatkan
tragedi sedih, beliau berfikir bahawa apa yang dilakukan tersebut adalah untuk mangsa-mangsa
yang terkorban dan ahli keluarga yang menunggu berita mengenai kejadian tersebut.
Hubungan antara media massa dengan masyarakat tidak boleh dipisahkan. Keduanya saling
berhubung rapat. Segala isi dan peristiwa yang berlaku dalam masyarakat menjadi sumber
informasi bagi media massa. Justeru, wartawan mempunyai peranan dan tanggungjawab yang
besar dalam membangun dan membina masyarakat. Ia menjadi prasarana komunikasi yang sangat
penting dalam kehidupan manusia sejagat. Ia mempunyai tugas dan kewajiban untuk merakam
segala peristiwa yang berlaku di sekeliling kita melalui pemberitaan atau penerbitan. Hakikatnya,
wartawan membentuk entiti dan sistem tersendiri dalam sistem masyarakat yang lebih luas. Tujuan
media media sebagai wartawan adalah untuk menyebar informasi, mendidik, memujuk,
menghibur, menyebar propaganda, membina pengaruh dan pelbagai tanggung jawab sosial yang
lain. Sekali gus, kehadiran institusi media penting untuk mewujudkan masyarakat bermaklumat.
Melihat kepada peranannya yang cukup besar maka boleh kita simpulkan bahawa media
34
merupakan produk budaya yang mempunyai kepentingan yang beragam seperti politik, budaya,
ekonomi, agama, hiburan dan sebagainya.
Kepentingan yang beragam itu dituang dan salurkan melalui pelbagai bentuk media massa
yang umumnya terbahagi kepada dua iaitu media cetak (suratkhabar, majalah, buletin) dan media
elektronik (televisyen dan radio). Media elektronik hari ini diperluaskan lagi dengan internet
dengan segala macam mediumnya seperti website, web portal, blog dan media sosial seperti
facebook, twitter, whatsApp dan sebagainya. Setiap bentuk media tersebut mempunyai ciri khas
masing-masing baik dalam konteks kewartawanan, cara pemberitaan, isi kandungan, penampilan
serta tujuan dan kepentingan yang berbeza. Dalam konteks inilah kita lihat bahawa media massa
merupakan organisasi yang mempunyai kepentingannya yang beragam, malah saling
bertentangan. Kebanyakan media yang pelbagai itu pula dibiayai oleh badan-badan atau individu-
individu tertentu. Yang jelas, wartawan memperlihatkan bahawa ada media massa yang memiliki
kepentingan politik dan ia biasanya dibiayai oleh kekuatan politik tertentu. Demikian juga, media
massa yang bermotifkan ekonomi yang dibiayai oleh badan-badan perniagaan tertentu di mana
tujuannya adalah keuntungan semata-mata. Ada juga media yang bermotifkan agama, pendidikan,
kepenggunaan, alam sekitar yang dikendalikan dan dibiayai oleh badan-badan tertentu.
Semua wartawan membawa kepentingan media massa tersebut akan mempengaruhi berita
yang disampaikan. Oleh sebab adanya pelbagai kepentingan maka timbul anggapan bahawa
kebanyakan fakta yang disampaikan bukanlah fakta yang bersifat objektif, namun fakta itu
dikonstruksikan oleh media atau wartawan (penulis) dengan bermotifkan kepentingan tertentu.
Demikianlah pandangan aliran konstruksionis melihat berita yang disampaikan oleh wartawan
dalam media massa. Bagi aliran itu, apa yang terhasil dari kerja jurnalistik adalah hasil dari
konstruksi jurnalistik yang membabitkan semua proses dari memilih bahan berita, sumber, fakta,
pemilihan dan pemakaian kata, grafik sehinggalah kepada kerja penyuntingan adalah bertujuan
menerapkan aspek propaganda dan pembinaan kuasa atau pembinaan imej golongan atau individu
tertentu.
Masyarakat sebagai sasaran pembaca, pendengar dan penonton media massa seharusnya
memiliki daya dan kemampuan menganalisis supaya dapat menilai sejauh mana benarnya sesuatu
berita atau sejauh mana sahih atau batilnya apa yang disogokkan kepada kita. Pada hemat penulis,
isu inilah yang paling ketara dalam pelbagai maklumat yang disalurkan melalui internet atau media
35
sosial yang menjadi trend masyarakat hari ini. Sebaliknya kebanyakan berita yang disalurkan
melalui media konvensional lebih sahih maklumatnya serta bersifat konstruktif dalam membentuk
pandangan dan pendapat umum walaupun elemen propaganda masih ada di dalam pemberitaan
atau penulisan itu. Sifat pemberitaan seperti ini menepati pandangan aliran positivisme yang
melihat media massa sebagai medium menyalurkan maklumat berasaskan fakta yang benar dan
diatur oleh kaedah-kaedah tertentu secara universal. Dalam konteks ini, berita itu adalah cermin
dan refleksi dari kenyataan yang sebenarnya.
Pendekatan pluralis juga mempunyai pandangan yang serupa bahawa berita haruslah sama
dan selari dengan fakta yang hendak disalurkan. Memang secara idealnya media massa seharusnya
bebas dan neutral serta menjadi wadah bagi semua kelompok masyarakat menyatakan pandangan
dan pendapat mereka. Juseru, pendekatan kritis sering melihat berita tidak mungkin refleksi dari
hakikat sebenar kerana berita yang dihasilkan hanya mewakili atau mencerminkan kepentingan
kekuatan pihak tertentu atau pihak yang dominan dan berkuasa. Anggapan itu mungkin benar
dalam keadaan tertentu, Namun, dalam konteks negara kita kebanyakan media massa arus perdana
berusaha menyalurkan berita mengikut pendekatan konstruksionis seperti yang dinyatakan.
Maknanya, media massa di negara kita adalah agen konstruksi atau pengukuhan sosial yang
mentafsir dan mendefinisikan realiti. Berita itu merupakan potret dari arena pertarungan antara
berbagai pihak dalam realiti kehidupan yang mempunyai sifat subjektif dan sifat dan sifat subjektif
ini dikonstruksikan oleh wartawan atau penulis..
5.0 KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, hakikat kerja wartawan di mana tugasnya bukan sekadar melaporkan
sebuah fakta atau peristiwa tetapi turut berperanan mengkonstruksi fakta supaya dapat dicerna dan
difahami oleh khalayak pembaca. Apa pun, etika kewartawanan tetap menjadi perkara asas dalam
pemberitaan. Keprihatinan kepada etika dan moral ini menjadi bahagian integral dalam proses
penelitian produksi berita atau penulisan yang akan dikeluarkan oleh media massa. Oleh itu, realiti
sosial masyarakat berbeza mengikut bidang yang diceburi.
36
LAMPIRAN
SLOT 1: BAHASA
MELAYU-
CABARAN
DALAM NEGARA
BANGSA MALAYSIA
37
SLOT 2: ARAH DAN MATLAMAT PEMBINAAN NEGARA BANGSA: PERANAN
38
SLOT 2: PERPADUAN MELALUI PENDIDIKAN: BERJAYA ATAU GAGAL
39
SLOT 3: PERANAN JABATAN PERPADUAN NEGARA DAN INTEGRASI NASIONA
40
RUKUN TETANGGA DALAM PERPADUAN
41
42