Penilaian Impak Sosial (Sosial Impact Assessment)
Penilaian Impak Sosial (Sosial Impact Assessment)
Penilaian Impak Sosial (Sosial Impact Assessment)
IMPAK SOSIAL
(SOSIAL
IMPACT
ASSESSMENT)
BIL TAJUK MUKA
SURAT
4.0 Cadangan 7
5.0 Kesimpulan 8
1.0 Peruntukan Baharu Mengenai SIA di bawah Akta Perancangan Bandar dan
Desa (Pindaan 2017) Di Malaysia
Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172] diperbuat menurut Fasal (4)
Perkara 76 Perlembagaan Persekutuan. Ianya hanya berkuat kuasa di negeri-negeri
Semenanjung Malaysia. Walau bagaimanapun pemakaian bagi negeri-negeri hanya
boleh dibuat pada suatu tarikh yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Negeri yang
berkenaan dengan persetujuan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Bagi
negeri-negeri Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, adalah
menggunakan undang-undang perancangannya yang tersendiri. Pada asalnya Akta
172 mengandungi 9 Bahagian dengan 59 Seksyen dan kemudiannya telah dipinda
sebanyak 5 kali di antaratahun 1993 hingga tahun 2017.Akta Perancangan Bandar dan
Desa 1976 [Akta 172] sekali lagi dipinda pada tahun 2017 dan dikenali sebagai Akta
A1527, yang telah diwartakan pada 16 Januari 2017.Pindaan kelima pada kali ini
melibatkan dua pindaan iaitu memasukkan keperluan SIA bagi projek yang
dikemukakan kepada Majlis Perancang Fizikal Negara untuk mendapatkan nasihat
iaitu cadangan pemajuan penebus gunaan pinggir laut dan pembinaan infrastruktur
utama negara dengan memasukkan elemen SIA.Keperluan pindaan dibuat adalah
bertujuan untuk memperkukuhkan pembangunan inklusif ke arah pembangunan
masyarakat yang saksama. Penilaian Impak Sosial (Social Impact Assessment (SIA))
di dalam perancangan projek merupakan pendekatan penilaian impak pemajuan yang
berteraskan sosial yang memberi penekanan kepada kesejahteraan rakyat. Ia
berperanan menilai isu-isu dari sesuatu cadangan pemajuan dengan mencadangkan
alternatif pembangunan dan membuat pilihan terbaik bagi mengelakkan impak serta
meminimumkan kesan negatif kepada komuniti.
1
program dan projek terhadap masyarakat .Oleh itu, SIA boleh dirumuskan sebagai
satu proses penilaian yang merangkumi perkara seperti yang berikut:
(i) Mengkaji dan meramal impak sosial terhadap individu dan komuniti yang mungkin
atau bakal timbul akibat pelaksanaan sesuatu pembangunan.
Bagi memastikan SIA dilaksanakan dengan berkesan, proses yang sesuai perlu
diikuti. Proses ini mestilah diselaraskan dengan proses mereka bentuk dan
2
pelaksanaan sesuatu dasar, pelan, rancangan, program dan projek. Pada peringkat
mereka bentuk, proses SIA melibatkan tindakan yang berikut:
Penentuan skop
Pemantauan
Pengurusan impak
Penilaian
3
Penentuan skop
Penentuan skop penting kerana ia mengenal pasti isu-isu yang perlu diberi perhatian
dalam merancang dan melaksanakan sesuatu pembangunan. Ini bermakna, SIA yang
bakal disediakan perlu memberi tumpuan terhadap isu-isu tersebut. Proses ini
melibatkan pelbagai pihak, iaitu pencadang projek, jururunding SIA, agensi kerajaan,
ketua dan pemimpin masyarakat, ahli politik dan penduduk tempatan serta orang
awam yang berminat.
4
fizikal dan biologi (penggunaan sumber asli). Maklumat berkenaan akan dijadikan
asas untuk mengenal pasti perubahan yang bakal berlaku.
Oleh kerana SIA membantu dalam mengenal pasti impak sosial dan juga langkah
kawalan dalam menangani impak berkenaan, SIA turut mengenal pasti alternatif
dalam melaksanakan sesuatu cadangan dasar, pelan, rancangan, program dan projek.
Ini kerana, langkah kawalan yang dicadangkan mungkin melibatkan perubahan
terhadap lokasi cadangan pembangunan, saiz, reka bentuk, penggunaan sumber asli
dan sebagainya. Pada peringkat ini alternatif yang dikenal pasti perlu diperincikan
supaya pemilihan alternatif terbaik dapat dibuat dengan tepat.
Proses mengenal pasti impak melibatkan unjuran dan ramalan pelbagai senario sosial
dan perubahan persekitaran akibat pembangunan. Data yang telah dikumpul terlebih
dahulu pada peringkat penentuan skop dan pewujudan profil sosial akan digunakan
sebagai asas untuk membuat ramalan dan unjuran impak sosial tersebut. Selepas
impak sosial dikenal pasti, langkah kawalan akan disediakan. Pelan Pengurusan Sosial
(Social Management Plan) kemudian disediakan untuk memastikan segala tindakan
yang diperakukan oleh kajian SIA dijalankan dengan lancar.
Pemantauan
Program pemantauan dilakukan untuk menentukan impak negatif sosial yang telah
dikenal pasti dapat dikawal. Ini bermakna pemantauan juga perlu dibuat bagi
memastikan keberkesanan langkah kawalan yang dicadangkan. Proses pemantauan
perlu dilakukan dengan berterusan supaya segala jenis tindakan dan aktiviti projek
pembangunan dapat dijalankan dengan lancar. Pelan Pengurusan Sosial yang telah
disediakan lebih awal mestilah digunakan sebagai asas pemantauan.
5
Tindakan menangani dan pengurusan impak.
Peringkat ini melibatkan tindakan menangani serta mengurus impak sosial semasa di
peringkat pelaksanaan. Tujuan utama proses ini adalah untuk menangani dan
mengenalpasti impak sosial yang akan timbul. Jika terdapat atau berlakunya impak
luar jangkaan, langkah kawalan tambahan perlu dilaksanakan.
Penilaian
Proses terakhir dalam SIA ialah penilaian. Ini adalah satu proses berterusan dan
dikendalikan pada peringkat akhir pelaksanaan untuk melihat keberkesanan
pembangunan. Penilaian ini dijalankan untuk mengenal pasti pencapaian
6
Kos alam sekitar biasanya mengejar model pertumbuhan ekonomi;
membangunkan terlebih dahulu, kemudian bimbang tentang masalah alam sekitar. Di
samping itu, menurut ahli-ahli sains alam sekitar, ia adalah hampir mustahil untuk
memulihkan alam sekitar kepada keadaan asal apabila ia telah mengalami kerosakan
yang teruk. Negara-negara membangun masih mempunyai kuantiti sumber asli yang
masih banyak dan alam sekitar yang masih terpelihara. Oleh itu, dalam kes-kes
pembangunan sumber atau apa-apa aktiviti pembangunan lain yang menjejaskan
kualiti sosial, pertimbangan alam sekitar perlu sepenuhnya dimasukkan dalam proses
merancang projek-projek pembangunan.
7
4.0 Cadangan
1.Penerangan projek
Pada bahagian ini pihak pemaju hendaklah menjelaskan tentang konsep projek dengan
mengambil kira faktor-faktor geografi seperti bentuk muka bumi, hidrologi, dan
bentuk semula jadi di tapak sebagai pertimbangan memilih tapak projek untuk
pembangunan dijalankan. Prinsip-prinsip pembangunan yang perlu diterapkan ialah
menyesuaikan pembangunan dengan ciri-ciri geografi yang terdapat di tapak projek
yang ingin dibangunkan. Dalam bahagian ini juga kaedah-kaedah yang akan
digunakan dalam pembangunan juga perlu dikemukakan dengan mengambil kira
fakor-faktor muka bumi dan keadaan tapak.
2. Pilihan projek
3. Keperluan latihan
8
dipatuhi dan kaedah pematuhan yang akan dilaksanakan ia meliputi kawalan
pelaksanaan
5.0 Kesimpulan
Laporan Penilaian Impak Alam Sosial (SIA) penting dalam menjaga kestabilan
sosial.Walaupun terdapat beberapa kekurangan dalam perlaksanaannya, penambaikan
telah dijalankan bagi memastikan laporan SIA ini berkualiti dan dapat dipercayai.
Akan tetapi, semua pihak harus bertanggungjawab dalam melaksanakan laporan SIA
dengan jujur dan amanah. Kelemahan dalam membuat laporan ini mampu memberi
impak negatif dalam jangka masa panjang. Hal ini dapat dilihat apabila terjadinya
masalah dalam beberapa projek pembangunan yang telah mendapat kelulusan setelah
laporan SIA diserahkan kepada Jabatan Alam Sekitar. Kelemahan ini bukan sahaja
menyebabkan kemusnahan harta benda, bahkan alam sekitar dan nyawa manusia turut
melayang. Oleh itu, pihak yang bertanggungjawab menyediakan laporan SIA ini
perlulah mengambil sikap serius dan jujur dalam menjalankannya.
Selain itu, laporan SIA turut mengambil kira pandangan masyarakat tentang
sesuatu projek. Hal ini jelas menunjukkan keprihatian pihak berwajib mengenai
kebajikan masyarakat. Masyarakat sekeliling merupakan golongan awal yang akan
menerima kesan daripada sesuatu projek yang dijalankan. Atas sebab ini, pandangan
mereka tidak wajar diketepikan.Masyarakat juga perlu mempunyai kesedaran diri
yang tinggi dalam menyuarakan pandangan mereka. Pihak yang berkenaan juga harus
menerangkan kebaikan dan keburukan sesuatu projek yang mahu dijalankan di
sesuatu kawasan. Penerangan yang jelas dapat membuka mata dan minda masyarakat
untuk menerima pembangunan yang dijalankan. Tambahan pula, laporan SIA turut
9
mengandungi cadangan bagi mengatasi masalah yang akan berlaku akibat
pembangunan.
10