Assignment 2 Asas Profesionalisme

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 11

ISI KANDUNGAN

Bahagian m/s

1. Borang Maklum Balas i

2. Isi Kandungan 1

3. Penghargaan 2

4. Penulisan Akademik 3

5. Rujukan 6

6. Lampiran 7

1
PENGHARGAAN

Bismillahirrahmanirrahiim,

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,

Segala puji yang selayaknya untuk Allah, kepada-Nya kita memohon keampunan,
kepada-Nya juga kita memohon perlindungan daripada segala keburukan. Selawat dan salam ke
atas junjungan mulia Nabi Muhammad yang banyak berjasa kepada kita. Dalam melaksanakan
tugasan kerja kursus (EDUP) Asas Kepimpinan & Profesionalisme Guru pelbagai pihak yang sudi
telah menghulurkan bantuan dan sokongan yang sepenuhnya kepada saya. Pada kesempatan
ini, tidak lengkap sekiranya kami tidak zahirkan rasa syukur dan setinggi-tinggi penghargaan
kepada pihak-pihak yang membantu kami dalam pelbagai sudut untuk menyiapkan tugasan ini.

Pertama sekali, kami ingin mengucapkan terima kasih khusus kepada pensyarah subjek
(EDUP) Asas Kepimpinan & Profesionalisme Guru, iaitu Pn. Jauriah bte Mohd Azali atas tunjuk
ajar dan bantuan beliau sepanjang kami menyiapkan tugasan ini. Beliau telah bersusah payah
dalam memberi taklimat dan tunjuk ajar kepada kami semasa proses menyiapkan tugasan ini.
Justeru itu, tanpa bantuan beliau tidak mungkin kami dapat menyiapkan tugasan ini dengan
jayanya. Selain itu, saya juga ingin berterima kasih kepada rakan-rakan yang membantu kami
melaksanakan tugasan ini. Semasa kami menerima tugasan ini daripada pensyarah, kami telah
berkerjasama ' bagai aur dengan tebing ' untuk sama-sama mencari bahan dan maklumat yang
berkaitan dengan tajuk tugasan ini. Rakan-rakan juga sanggup berkongsi maklumat tanpa
adanya sikap mementingkan diri. Lebih-lebih lagi, rakan-rakan sering memberi motivasi dalam
melaksanakan tugasan ini.

2
LAPORAN TEMU BUAL

1.0 Pengenalan

Bagi memenuhi keperluan tugasan kerja kursus EDUP3083, satu temu bual telah dijalankan
terhadap dua orang guru Sekolah Tengku Budriah, iaitu En. Fisol Saad (guru A) dan En. Aisha
Ismail (guru B) bagi mendapatkan maklumat dan pandangan mereka berkaitan dengan
profesionalisme keguruan. Hasil daripada temu bual tersebut, saya telah merumuskan maklumat
dan pandangan yang diberikan oleh kedua guru ini mengenai konsep mengajar sebagai satu
profesion, ciri-ciri guru yang profesional, isu dan cabaran terkini serta perundangan yang
berkaitan dengan kerjaya guru dan peranan guru sebagai pemimpin profesional dalam aspek
pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc).

2.0 Laporan Temu Bual

2.1 Konsep Mengajar Sebagai Satu Profesion

Melalui temu bual yang telah dilakukan, guru A berpendapat bahawa konsep mengajar
sebagai satu profesion dapat ditakrifkan sebagai peranan sebenar guru sebagai wadah
penyampai ilmu pengetahuan dan maklumat kepada kliennya, iaitu murid tidak kira sama ada di
sekolah ataupun institusi yang berkaitan dengan pendidikan. Hal ini selaras dengan kenyataan
Rohani Ahmad (2004) bahawa profesion perguruan ini memang tidak lepas dari proses
menyampai dan menerima maklumat serta pengalaman baharu kepada murid. Manakala guru B
pula berpendapat bahawa konsep mengajar sebagai satu profesion adalah tugas mengajar
merupakan hak mutlak individu yang telah menjalani latihan perguruan sahaja kerana golongan
ini sahaja yang tahu tentang keperluan dalam pendidikan. Selain itu, guru ini telah memperoleh
kemahiran melalui kursus, latihan perguruan dan seumpamanya bagi melayakkan diri mereka
melibatkan diri secara langsung dalam dunia pendidikan.

2.2 Ciri-Ciri Guru Profesional

Menurut guru A, ciri-ciri guru profesional adalah guru tersebut perlulah mempunyai
kebolehan dalam merancang serta melaksanakan sesebuah PdPc dengan baik. Melalui
kebolehan ini, seseorang guru dapat menganalisis keperluan di bilik darjah sebelum sesi PdPc
bermula melalui pemilihan strategi PdPc dan bahan bantu mengajar supaya dapat meningkatkan
penglibatan murid di dalam kelas. Manakala menurut guru B pula, ciri-ciri guru profesional adalah
seseorang guru perlulah mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang isi kandungan mata
pelajaran yang diajar serta pengetahuan dalam pedagogi. Hal ini dapat memastikan

3
keberkesanan sesebuah PdPc yang telah dirancang sekaligus memaksimumkan pencapaian
murid di bilik darjah. Hal ini disokong oleh Abd Karim Alias (2012) bahawa sikap profesional guru
ditonjolkan apabila seseorang guru yang menguasai kandungan dan kemahiran pedagogi
dengan mendalam mampu menerangkan idea dan maklumat dengan lebih berkesan supaya lebih
mudah difahami oleh murid. Selain itu, guru tersebut juga dapat berkongsi mengenai amalan
pedagogi, strategi PdPc, kemahiran mengurus bilik darjah dan sebagainya kepada guru yang lain
supaya dapat meningkatkan kualiti pengajaran seseorang guru agar proses PdPc menjadi lebih
berkesan.

2.3 Isu & Cabaran Terkini Serta Perundangan Berkaitan Dengan Kerjaya Guru

Guru A dan B menyatakan bahawa pemansuhan konsep pengasingan kelas mengikut


tahap akademik seperti yang disarankan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia sememangnya
memberi cabaran kepada guru-guru. Dalam pada itu, guru perlu memikirkan cara yang tersendiri
dalam memberikan kesamarataan pembelajaran terhadap perbezaan kognitif murid. Hal ini
disokong oleh Noriati, Boon, Sharifah Fakhriah & Zuraidah (2011) bahawa perbezaan kognitif
murid akan mewujudkan kekangan kepada guru tersebut di dalam kelas. Selain itu, guru A dan
B juga sepakat mengatakan bahawa terdapat segelintir guru yang tidak fokus terhadap tugasan
hakiki beliau sebagai seorang guru kerana dilihat begitu sibuk dengan pekerjaan luar seperti
berniaga. Kehadiran beliau ke sekolah hanya sebagai cukup syarat sahaja kerana tidak lagi fokus
untuk mengajar. Perlakuan guru tersebut dilihat telah melanggar peruntukan Peraturan 5
(Pekerjaan Luar) dalam Bahagian II (Kelakuan), Peraturan Kelakuan dan Tatatertib 1993
mengenai larangan terhadap guru melibatkan diri dengan pekerjaan luar seperti berniaga dan
sebagainya.

2.4 Peranan Guru Sebagai Pemimpin Profesional Dalam Aspek PdPc

Guru A berpendapat bahawa peranan guru sebagai pemimpin profesional adalah menjadi
pemudah cara ataupun fasilitator di dalam bilik darjah selaras dengan tuntutan Pendidikan Abad
Ke-21 bagi melahirkan modal insan yang berminda kelas pertama. Dalam pada itu, guru akan
berperanan sebagai pembimbing bagi memimpin murid supaya dapat mengasah bakat mereka
sekaligus memaksimumkan potensi mereka dalam proses PdPc. Hal ini disokong oleh Kimber
(1994) bahawa perkongsian kolaboratif ini dapat melahirkan murid yang berfikiran kreatif dan
kritis apabila mereka diberikan tugasan yang lebih kompleks. Manakala guru B pula berpendapat
bahawa guru seharusnya bertanggungjawab terhadap kemenjadian murid, iaitu menjadi agen
pencorak terhadap perubahan murid dengan menunjukkan tingkah laku yang baik untuk

4
diteladani murid. Misalnya, penonjolan ciri-ciri personaliti sebagai seorang pemimpin oleh
seorang guru seperti berdisiplin, menepati masa, berhemah dan sebagainya dapat mengubah
murid kepada pembentukan peribadi positif secara tidak langsung. Hal ini disokong oleh Zeliha,
Tay & Nor Faralisa (t.t.) bahawa perubahan tingkah laku positif menggambarkan keberkesanan
peranan guru sebagai pemimpin profesional di sekolah.

3.0 Rumusan

Tuntasnya, jelaslah bahawa profesion merupakan bidang yang profesional berdasarkan


dapatan temu bual. Selain itu, ciri-ciri profesional seseorang guru amat diperlukan kerana guru
merupakan penentu utama kejayaan segala dasar negara yang berkaitan dengan pendidikan.
Namun, segala isu dan cabaran yang dihadapi oleh guru pada masa kini perlulah ditangani
dengan sewajarnya agar tidak membantut aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Oleh itu,
kita haruslah berganding bahu dalam menjadikan sektor pendidikan sebagai Bidang Utama
Keberhasilan Negara (NKRA) yang sudah pasti dapat menyuluh masa depan negara agar
aspirasi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 dapat dicapai.

5
RUJUKAN

Abdul Karim Alias (2012). The quest for excellence in teaching. Pulau Pinang: Universiti Sains
Malaysia

Kimber, D. (1994). Collaborative learning in management education: issues, benefit, problems,


and solution. Retrieved from https://www.researchgate.net/publication/251253661

Ku Mohd Ridzuan Ku Abd. Rahman. (2019). Tiada pengasingan kelas 2019: Murid berbeza tahap
penguasaan akademik belajar bersama, saling membantu. Kosmo Online. Retrieved by
March 18th 2019 from http://www.kosmo.com.my/negara/tiada-pengasingan-kelas-2019-
1.580149

Noriati A. Rashid, Boon, P. Y., Sharifah Fakhriah Syed Ahmad & Zuraidah A. Majid. (2011).
Budaya dan pembelajaran. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Rohani Ahmad. (2004). Pengelolaan Pengajaran di Dalam Kelas Untuk Menjadi Guru yang
Berkualitas. Jakarta: Rineka Cipta

Zeliha, Tay L. E. & Nor Faralisa. (n.d.). Tingkah laku bermasalah: psikologi tingkah laku. Retrieved
from http://www.sidmaswk.com.my/article00004

6
LAMPIRAN: TRANSKRIP TEMU BUAL

Responden 1 (Guru A)
Nama : En. Fisol bin Saad
Pengkhususan : Guru Bimbingan & Kaunseling

Saya : Assalamualaikum cikgu, seperti yang saya telah maklumkan kepada cikgu
semalam, pada hari ini saya akan menemu bual cikgu untuk berkongsi
pandangan daripada cikgu sendiri mengenai profesionalisme keguruan.
En. Fisol : Waalaikumussalam, boleh silakan. Teruskan dengan soalan anda.
Saya : Bagi soalan yang pertama, apakah yang cikgu faham mengenai konsep
mengajar sebagai satu profesion ?
En. Fisol : Pada pandangan saya, konsep mengajar sebagai satu profesion adalah
peranan seorang guru sebagai agen penyebar maklumat dan segala ilmu
pengetahuan kepada sesebuah komuniti, iaitu murid dan juga masyarakat luar.
Saya : Terima kasih atas maklum balas tersebut. Seterusnya soalan yang kedua,
apakah ciri-ciri seorang guru yang profesional berdasarkan pandangan cikgu ?
En. Fisol : Ciri-ciri guru yang profesional adalah seseorang guru perlulah mempunyai
kebolehan dan kemampuan yang baik dalam merancang sesebuah PdPc.
Dengan kebolehan ini, sudah tentu murid akan lebih faham apa yang dipelajari
pada hari tersebut kerana bermotivasi untuk belajar dan mencapai objektif
pembelajaran seperti yang disasarkan. Selain itu, ciri-ciri guru profesional juga
dapat dilihat melalui kemahiran guru dalam menangani isu dan masalah murid
sama ada di sekolah mahupun di rumah. Contohnya, bagi guru kaunseling, kami
akan sentiasa mencari jalan yang terbaik untuk membantu murid yang
bermasalah sama ada ia berlaku di dalam mahupun di luar sekolah.
Saya : Terima kasih. Soalan yang ketiga, bolehkah cikgu jelaskan tentang isu dan
cabaran terhadap pemansuhan konsep pengasingan kelas mengikut
pencapaian akademik serta perundangan kod etika guru berkaitan dengan
kerjaya guru yang cikgu sendiri lihat sama ada di sekolah ini ataupun di luar
sana ?

7
En. Fisol : Ya, walaupun pemansuhan pengasingan kelas mengikut pencapaian akademik
adalah satu langkah yang baik. Namun, isu ini memberikan cabaran yang
sangat besar buat kami. Realitinya, sudah tentu murid yang pandai, sederhana
dan lemah ditempatkan di dalam satu kelas melalui dasar baru kerajaan ini.
Sudah tentu guru akan menghadapi kesukaran untuk menerapkan strategi dan
kaedah pembelajaran yang bersesuaian supaya bagi memberi kesamarataan
terhadap perbezaan IQ murid. Selain itu, saya juga mendapati bahawa terdapat
segelintir guru sama ada di sekolah ini ataupun diluar sana telah melanggar kod
etika kerana terlibat dengan aktiviti perniagaan tanpa mendapat kebenaran.
Guru ini sering menjadikan ‘perniagaan’ yang dijalankan sebagai alasan supaya
dikecualikan daripada sebarang aktiviti di sekolah seperti Hari Sukan Sekolah
dan banyak lagi.
Saya : Terima kasih atas jawapan cikgu. Soalan yang terakhir, jelaskan peranan guru
sebagai pemimpin profesional dalam aspek PdPc ?
En. Fisol : Guru seharusnya menjadi pembimbing dan pemudahcara sewaktu PdPc
berlangsung. Hal ini bertepatan dengan tuntutan pendidikan pada hari ini
bahawa penglibatan murid di dalam kelas harus dimaksimumkan dan guru
bukan lagi bertindak ‘menyuapkan’ segala maklumat kepada murid, murid
sendiri harus bergerak secara kolaboratif di dalam kumpulan masing-masing
bagi menyelesaikan tugasan yang diberikan. Selain itu, guru perlu juga
menerapkan unsur KBAT bagi setiap tugasan yang diberikan bagi melahirkan
murid yang bersifat kritis dan kreatif.
Saya : Itu sahaja untuk hari ini cikgu. Terima kasih cikgu kerana sudi meluangkan masa
bagi berkongsi maklumat dan pandangan. Semoga kita dapat berjumpa lagi
pada masa akan datang.
En. Fisol : Sama-sama. In Sha Allah

8
Responden 2 (Guru B)
Nama : En. Aisha bin Ismail
Pengkhususan : Guru Reka Bentuk & Teknologi

Saya : Assalamualaikum cikgu, seperti yang saya telah maklumkan kepada cikgu
semalam, pada hari ini saya akan menemu bual cikgu untuk berkongsi
pandangan dan ilmu daripada cikgu sendiri mengenai profesionalisme keguruan.
En. Aisha : Waalaikumussalam baik. Silakan Azwan.
Saya : Soalan yang pertama, apakah yang cikgu faham mengenai konsep mengajar
sebagai satu profesion ?
En. Aisha : Pada pandangan saya, konsep mengajar sebagai satu profesion dilihat sebagai
tugas mengajar anak murid adalah tugas mutlak individu yang telah menjalani
latihan perguruan sahaja. Hal ini kerana profesion guru sahaja yang mengetahui
keperluan dalam pendidikan dari semasa ke semasa kerana golongan inilah
yang telah mengikuti kursus berkaitan dengan pendidikan, menjalani praktikum
dan sebagainya bagi membolehkan individu tersebut mendapat kelayakkan
menjadi seorang guru yang sebenarnya. Bagi mendapatkan kemahiran sebagai
seorang guru, seseorang individu perlu mengikuti kursus, latihan perguruan dan
sebagainya bagi menggilap kemahiran yang diperlukan sebelum memasuki
dunia perguruan sebenar.
Saya : Terima kasih atas maklum balas tersebut. Seterusnya, apakah ciri-ciri seorang
guru yang profesional ?
En. Aisha : Ciri-ciri seorang guru yang profesional adalah seseorang guru perlu mempunyai
pengetahuan yang mendalam terhadap bidang perguruan ini. Sebagai contoh,
guru Sejarah hendaklah mempunyai pengetahuan yang mendalam mengenai isi
kandungan mata pelajaran Sejarah supaya dapat menyampaikan segala isi
pelajaran dengan baik. Cuba bayangkan jika seseorang guru masih tidak dapat
menguasai isi kandungan Sejarah, sudah tentu guru tersebut mengalami
kesukaran untuk menerangkan maklumat kepada muridnya, lebih-lebih lagi
konsep yang kompleks dalam Sejarah seperti garis masa dan sebagainya. Oleh
itu, murid-murid akan terus ketinggalan dalam pelajaran yang berpunca daripada
guru.

9
Saya : Terima kasih atas maklum balas tersebut. Seterusnya, bolehkah cikgu jelaskan
tentang isu dan cabaran terhadap pemansuhan konsep pengasingan kelas
mengikut pencapaian akademik serta pandangan cikgu terhadap guru yang
berbisnes seperti yang cikgu sendiri lihat di sekolah ini ataupun di luar sana ?
En. Aisha : Walaupun terdapat pro dan kontra isu pemansuhan pengasingan kelas mengikut
pencapaian akademik, namun guru perlu menghadapi pelbagai cabaran yang
berkaitan dengan perbezaan IQ murid bagi mencapai objektif sebenar dasar ini.
Contohnya, saya akan membuat satu perumpamaan, dalam satu konvoi, kereta
sport adalah murid yang pandai manakala murid lemah adalah kereta lama,
sudah tentu kereta lama akan tertinggal jauh oleh kereta sport. Di dalam kelas
pula, murid yang lemah sudah tentu akan ketinggalan jauh oleh murid yang
pandai disebabkan IQ murid yang berbeza-beza. Ada murid yang cepat
menangkap dan ada yang lambat. Bagi soalan yang berkaitan dengan
pandangan saya terhadap guru berbisnes, saya melihat ada dalam kalangan
guru yang berbisnes tidak lagi menumpukan tugas utamanya sebagai seorang
guru. Memang bisnes ini adalah baik kerana dapat menambahkan pendapatan
supaya hidup lebih baik, namun hakikatnya guru yang sering menjadikan urusan
luar sebagai alasan tidak mengikuti program sekolah sebenarnya menyusahkan
banyak pihak lagi terutama rakan sekerja. Hal ini kerana guru lain perlu
mengambil alih tugas guru tersebut. Guru ini perlu sedar tugas utama mereka
sebagai penjawat awam.
Saya : Terima kasih, saya amat tertarik dengan analogi cikgu yang menyamakan konvoi
dengan realiti PdPc yang sebenar. Soalan yang terakhir, cuba cikgu jelaskan
peranan guru sebagai pemimpin profesional dalam pelbagai aspek PdPc ?
En. Aisha : Menjadi seorang guru haruslah mempunyai sifat kepemimpinan untuk mengubah
sesuatu masyarakat agar mempunyai kesedaran tentang kepentingan ilmu dan
menjadi insan yang berguna pada masa hadapan. Hal ini bermakna guru
seharusnya menjadi penentu kepada kemenjadian murid dengan menunjukkan
kualiti peribadi sebagai seorang pemimpin dari segi disiplin, ketepatan masa dan
sentiasa bersedia untuk apa jua keadaan untuk dicontohi oleh murid. Hal ini
kerana murid pada fasa ini akan mencari seseorang untuk diikuti, justeru gurulah
merupakan individu yang paling dekat di hati murid setelah ibu bapa. Apa yang
paling penting sekali adalah ilmu yang diperolehi mestilah diamalkan dan
disampaikan kepada murid.

10
Saya : Terima kasih cikgu. Setakat ini sahaja soalan saya pada hari ini. Terima kasih
cikgu kerana sudi meluangkan masa bagi memenuhi tugasan ini. Semoga kita
dapat berjumpa lagi.
En. Aisha : Sama-sama.

11

You might also like