Edu 3083 Asas Kepimpinan & Perkembangan Profesional Guru
Edu 3083 Asas Kepimpinan & Perkembangan Profesional Guru
Edu 3083 Asas Kepimpinan & Perkembangan Profesional Guru
Konsep profesion.
Profesion membawa maksud pekerjaan yang melaksanakan fungsi sosial yang
penting. Dengan kata lain, profesion ialah satu bidang yang mempunyai ciri-ciri
seperti kepentingan kemahiran intelek, latihan ikhtisas yang mencukupi, khidmat
yang diperlukan masyarakat, menikmati autonomi individu dan kumpulan,
mementingkan mutu perkhidmatan dan sebagainya.
Profesional adalah merupakan ciri-ciri yang terdapat dalam kalangan ahli dalam
suatu profesion. Menurut Ornstein dan Levine (1993), terdapat 4 ciri dalam suatu
profesion yang perlu dikuasai oleh seseorang individu. Ciri tersebut ialah mampu
menguasai ilmu pengetahuan yang mendalam, kecekapan dan kepakaran dalam
bidang tertentu. Mempunyai kod etika untuk mengawal tingkah laku ahli-ahli.
Mendapat izin daripada sesuatu masyarakat untuk beroperasi dalam kalangan
masyarakat tersebut.
Jadi, persoalan yang ingin diutarakan ialah, adakah guru sebagai satu profesion?
Guru dianggap sebagai satu profesion kerana mereka berpengetahuan terhadap
mata pelajaran yang diajar dan juga terhadap pelajar mereka sendiri, dan sentiasa
melihat kepada peluang untuk meningkatkan profesionalisme perguruan kendiri.
Berdasarkan penelitian tentang profesionalisme guru, kita dapat merumuskan
bahawa guru yang profesional haruslah berilmu, berkemahiran dan berketerampilan
dalam pengetahuan pedagogi, pengetahuan pedagogi dalam modul asas
kepimpinan dan perkembangan profesionalisme guru. Modul asas tersebut terdiri
daripada dua iaitu,
pengajaran dan pembelajaran, dan mempunyai sahsiah yang baik dan boleh
diteladani pelajar.
Ia juga merupakan suatu sistem yang berkaitan dengan dasar akhlak atau
tingkah laku bagi sesuatu kumpulan atau organisasi. Sistem dasar meliputi aspekaspek moral yang baik atau buruk serta betul atau salah sebagai panduan kepada
ahli-ahli. Dalam kehidupan manusia memerlukan satu sistem atau panduan untuk
menentukan mereka bertingkah laku. Perkara ini mendasari perkembangan etika
dalam masyarakat tersebut.
Menurut sarjana barat, J.L. Mackie beliau mentakrifkan etika sebagai disiplin
yang dapat menerangkan nilai baik dan buruk sesuatu perbuatan serta menyediakan
garis-garis perbezaan antara kebaikan dan keburukan seseorag. Menurut A.R. Licey
dan W.L. Reese, etika dikatakan sebagai kegiatan aktiviti praktikal yang melibatkan
tingkah laku, adat dan cara hidup serta aspek niat dan kecenderungan seseorang
atau masyarakat dalam melakukan sesuatu aktiviti. Dari sudut pandangan ahli
falsafah, etika merujuk kepada pengajian moral yang bertumpu kepada nilai dan
kelakuan manusia.
Etika juga dikatakan menggariskan semua panduan yang bertujuan
meningkatkan tahap kualiti, produktiviti dan disiplin dalam perkhidmatan dengan
memberi penekanan terhadap semua aspek yang berkaitan dengan peraturan dan
peradaban, peranan nilai serta tingkah laku profesion dalam masyarakat. Skop Etika
Profesional mencakupi sebahagian besar kehidupan ahli profesional kecuali hal-hal
yang benar-benar peribadi. Dalam Islam, etika ialah akhlak yang diamalkan oleh
manusia yang bertakwa dalam keseluruhan hidupnya.
Oleh itu berdasarkan pengertian di atas, jelas bahawa etika berkaitan dengan
pembuatan keputusan bagi semua jenis tindakan di mana tindakan-tindakan tersebut
membawa seseorang untuk berinteraksi dengan orang lain secara berprotokol,
sempurna, berhemah dan berkesan. Di samping itu juga, etika melihat secara
khusus mengenai tingkah laku manusia yang dikira patut atau tidak patut dilakukan
selaras dengan norma-norma dan nilai-nilai yang diterima oleh semua masyarakat
pelbagai kaum di Malaysia.
Terdapat 3 aspek fungsi utama Kod Etika Profesion. Pertama ialah
memberikan pedoman kepada setiap ahli mengenai prinsip profesionalisme yang
dirangkakan. Kedua ialah kawalan sosial untuk masyarakat atas profesion yang
berkaitan. Masyarakat dapat memahami kepentingan sesuatu profesion dan yang
ketiga ialah membantu para profesional mencegah campur tangan pihak di luar
organisasi ptofesion tentang hubungan etika dalam keanggotaan profesion.
Etika guru berkisar tentang tanggungjawab guru terhadap profesion
perguruan. Guru yang beretika lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan
pelajar dan bersikap adil terhadap semua orang pelajar. Mereka mampu
merahsiakan semua maklumat ikhtisas atau sulit mengenai pelajar kecuali mereka
yang berhak mengetahuinya. Dalam pada itu, mereka juga mampu untuk
membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam darjah sendiri atau mata
pelajaran yang di ajar dalam bilik darjah tanpa sebarang bayaran. Selain daripada
mempengaruhi pelajar secara terus, mereka juga boleh melakukanb perkara itu
secara tidak terus seperti menjaga iomej mereka di hadapanj para pelajar. Guru yang
beretika menunjukkan suatu cara pakaian, pertuturan dan tingkah laku yang dapat
memberikan contoh yang baik kepada pelajar dan memelihara dan memperbaiki
kecekapan ikhtisas melalui pengkajian, lawatan, dan menghadiri kursus ikhtisas,
persidangan dan sebagainya.
Selain itu, guru juga dapat menjadi agen sosial yang merapatkan hubungan
sosial di dalam sesuatu masyarakat. Hal ini demikian kerana imej guru ialah satu
imej yang dipandang tinggi oleh masyarakat terutamanya masyarakat pinggir bandar.
Malaha, guru boleh menjadi titik penghubung antara kelas sosial yang pelbagai di
dalam satu-satu masyarakat. Hal ini ialah kerana perbezaan kelas sosial tidak
nampak begitu ketara apabila masyarakat berkumpul di dalam sekolah. Individu
daripada latarbelakang orang berada dan pertengahan serta bawahan kelihatan
sama sahaja apabila mereka dikumpulkan di dalam satu sekolah.
Walaubagaimanapun, guru perlu bijak menyediakan layanan yang bersesuaian
agar selain dapat merapatkan jurang perbezaan antara kelas sosial tersebut, mereka
juga dapat mengelakkan terjadinya salahfaham yang lebih memburukkan keadaan
lagi. Untuk itu, guru juga sesuai untuk dijadikan agen perubahan. Hal ini kerana guru
memegang masa depan negara secara terus. Setiap dasar kerajaan yang baru
digubal perlu ditanam dalam diri tunas-tunas muda untuk kepentingan masa
hadapan. Perkara yang paling utama ialah untuk memastikan para guru memahami
terlebih dahulu apakah yang ingin dilakukan oleh kerajaan sebelum menyebarkannya
di sekolah. Sebagai contoh, untuk menyemai benih perpaduan antara kaum, segala
jenis kempen dan suntikan kewangan perlu ditumpukan pada sektor pendidikan yang
dikawal oleh guru sebagai agen yang membawa tindakan kerana pendidikan adalah
salah satu bidang yang paling berkesan untuk tujuan itu. Selain itu, usaha ini juga
ialah berkadar untuk tempoh masa yang lebih panjang.
Di sekolah, guru juga dapat menggantikan ibu bapa sebagai penjaga dan
pembentuk tingkahlaku. Seoran bertugas sebagai ibubapa dan berusaha untuk
mendapatkan kefahaman sosiobudaya anak muridnya. Seiring dengan suasana
ekonomi yang tidak menentu pada masakini, ibu bapa terpaksa mengembleng
tenaga untuk bekerja mencari rezeki untuk keluarga. Keadaan ini meminggirkan
keperluan perhatian yang sangat diperlukan oleh anak-anak. Justeru, sebagai pihak
yang dapat meluangkan sebahagian besar masa mereka dengan anak-anak, guru
perlu berubah daripada sekadar menjadi guru konvensional kepada individu yang
berperanan lebih besar. Mereka dapat menjadi pembentuk tingkah laku anak-anak
muda. Untuk menjalankan tugas sebagai ibubapa, mereka perlu peka dengan emosi,
keperluan dan perubahan sikap & tingkah laku murid. Murid perlu diberi dorongan
dan bimbingan tanpa batasan pilih kasih, prejudis atau diskriminasi oleh guru
mereka.
Selain daripada itu, guru juga dituntut untuk bertindak sebagai pembentuk
tingkah laku para pelajar. Justeru itu, para guru dituntut untuk menyampaikan nilai
moral, nilai agama, nilai terminal & nilai instrumental bagi membentuk tingkah laku
pelajar masing-masing. Bilik darjah yang efektif menekankan pembentuk tingkah laku
(kesungguhan, kerajinan, ketekunan, persahabatan, toleransi dan kesabaran).
Walaubagaimanapun, tugas utama guru tetap ialah sebagai pengurus
pembelajaran. Mereka perlu sentiasa melihat peluang untuk meningkatkan
keyakinan dan pencapaian pelajar dalam bidang akademik dan sosial. Selain
daripada itu, mereka perlu berupaya dan mempunyai keupayaan untuk
mempengaruhi perkembangan emosi dan sosial pelajar. Kebolehan uni juga dapat
memudahkan guru untuk mendapatkan sokongan dan kerjasama yang baik daripada
pelajar. Disamping itu juga, pelajar tidak merasakan adanya pilih kasih dan
diskriminasi oleh guru mereka. Guru juga perlu berusaha untuk memupuk nilai
persahabatan, kerjasama, toleransi dalam kalangan pelajar dan mengurus pelbagai
rutin bilik darjah dan rutin aktiviti murid. Mereka juga ditugaskan untuk menguruskan
persediaan mengajar teratur dan sistematik seperti RHP, BBM dan membuat rujukan
pada bahan lain yang terkini dan perancangan-perancangan seperti penilaian
termasuk prosedur dan BBM.
3.0
bekerja sambilan secara separuh masa namun pada masa yang sama mempunyai
pekerjaan lain yang utama di mana ia dilakukan secara sepenuh masa.
Berdasarkan kepada definisi dan konsep kerja sambilan yang telah dihuraikan
di atas, isu ini memfokuskan kepada guru yang terbabit dengan sebarang kegiatan
atau aktiviti yang boleh mendatangkan pendapatan sampingan semasa berada di
dalam kawasan sekolah atau sebaliknya pada bila-bila masa (Parham, 2006).
Keadaan ini sama ada bekerja separuh masa secara makan gaji di tempat lain
selepas waktu mengajar, menjalankan perniagaan sendiri dengan menjual produk
atau sebagai agen jualan, penyediaan sesuatu perkhidmatan, memiliki syarikat
perusahaan sendiri atau usahasama dengan keluarga atau sebarang sumber yang
dapat menambahkan pendapatan mereka walaupun aktiviti berkenaan dijalankan
secara kecil-kecilan.
Isu berkenaan guru yang bekerja sambilan ini bukanlah satutrend atau khusus
di sesebuah tempat malahan di mana-mana tempat dan organisasi akan wujud
kakitangan yang melakukan pekerjaan sampingan. Walaupun faktor kewangan dilihat
lebih dominan dalam kalangan guru yang melakukan kerja sampingan (Livanos &
Zangelidis 2008, McClintock et. al. 2004), Robinson & Wadsworth (2007)
menyatakan ia bukan disebabkan masalah kewangan atau menerima gaji yang
rendah daripada pekerjaan utama semata-mata. Sebaliknya terdapat juga pelbagai
faktor lain yang turut menyumbang kepada seseorang itu mengambil keputusan
untuk melakukan pekerjaan sambilan yang merangkumi faktor peribadi dan faktor
kerjaya (Betts 2002).
Dickey et. al. (2011) dan Betts (2002) berpendapat seseorang yang
menjalankan kerja sampingan adalah disebabkan oleh faktor peribadi iaitu untuk
memenuhi minat serta mengisi masa lapang di luar waktu bertugas mereka. Bahkan
wujud dalam kalangan mereka untuk memenuhi kepuasan mereka dalam bekerjaya
di mana ia tidak diperolehi daripada pekerjaan utamanya (Dickey et. al. 2011, Panos
et. al. 2011) dengan melakukan sesuatu pekerjaan lain yang diminati.
Menurut Betts (2002), dalam laporannya menyatakan salah satu faktor
daripada pekerjaan sampingan itu dilakukan adalah kerana faktor peribadi.
Pandangan ini juga turut diselari dengan para pengkaji yang lain di mana kerjaya
sampingan yang dilakukan itu tidak berkaitan dengan faktor kewangan dan tidak
dipengaruhi oleh unsur lain selain atas kehendak diri sendiri semata-mata.
Kebanyakan mereka yang bekerja sambilan juga didapati sangat menyukai untuk
melakukannya tanpa terikat dengan faktor kewangan (Hipple, 2010).
Winters (2010) dalam kajiannya mendedahkan, walaupun seseorang itu
melakukan pekerjaan sampingan tetapi ia bukan atas alasan kewangan walaupun
memperolehi pendapatan kecil daripada kerjaya utamanya seperti mana yang
dijelaskan oleh Hipple (2010). Malahan kajian ke atas guru menunjukkan majoriti
daripada mereka yang terlibat mengakui mereka tetap akan melakukan pekerjaan
sampingan walaupun tangga gaji mereka sebagai guru dinaikkan (Pearson et. al.
2001). Keadaan ini menunjukkan mereka sememangnya menyukai dan gembira
dengan kerja sampingan yang dilakukan (Renna & Oaxaca 2009) walaupun terpaksa
mengorbankan masa lapang di luar waktu bekerja.
Selain itu, seseorang yang menjalankan pekerjaan lain selepas waktu
bertugas adalah bagi meningkatkan bakat dan kemahiran yang dimiliki serta
mempunyai minat mendalam terhadap aktiviti sampingan yang dilakukan. Hipple
(2010) berpendapat pekerjaan sampingan yang dilakukan seseorang adalah sebagai
cara untuk membina kemahiran baru dan menimba pengalaman lain yang berbeza
daripada pekerjaan utama sedia ada yang dimiliki (Dickey et. al. 2011, Renna &
Oaxaca 2009).
Terdapat juga dalam kalangan individu yang melakukan kerja sampingan bagi
membina rangkain hubungan sosial dengan rakan baru (Betts 2002). Salah satu
tujuannya adalah untuk mengenali seseorang yang dapat membantunya mencapai
sesuatu yang diingini seperti peluang pekerjaan baharu (Pere 2007). Kesemua
alasan-alasan berbentuk peribadi ini memperlihatkan mereka melakukan kerja
sampingan adalah atas dasar sukarela dan merasa bahagia melakukannya (Hipple
2010, Averett 2001) walaupun menyedari pelbagai kesan yang akan dihadapi
daripada tindakan melakukan pekerjaan sampingan.
Kebanyakan pengkaji mengatakan bahawa faktor ekonomi atau kewangan
merupakan penyebab utama kepada seseorang itu melakukan kerja sampingan
(Dickey et. al. 2009) termasuklah dari kalangan guru. Walaupun mempunyai
pendapatan daripada pekerjaan utama sebagai guru secara sepenuh masa, terdapat
penglibatan pegawai dan kakitangan di bawah dalam Pekerjaan Luar. Menerusi surat
tersebut, Ketua Jabatan telah diberi kuasa meluluskan permohonan dan membuat
pemantauan terhadap mereka yang berkenaan.
Pada dasarnya pegawai perkhidmatan awam dilarang melakukan pekerjaan
luar atau kerja sampingan yang mendatangkan sebarang bentuk faedah atau
keuntungan sama ada dalam bentuk upah atau keuntungan. Namun demikian, atas
keprihatinan kementerian terhadap keperluan para murid dalam mendalami ilmu dan
menguasai pembelajaran tambahan, pihak kementerian telah membenarkan para
pendidik untuk membimbing murid melalui kelas persendirian di mana-mana institusi
pendidikan swasta dengan syarat aktiviti yang dijalankan tidak bertentangan dengan
kepentingan dirinya sebagai penjawat awam.
Namun begitu, sejak kebelakangan ini banyak aduan yang telah diterima dan
dibangkitkan sama ada di media cetak mahupun elektronik mengenai salah laku
pegawai yang terlibat sebagai guru tuisyen mahupun tenaga pengajar sambilan
sama ada mereka telah diberi kebenaran atau tidak telah didapati tidak
mengutamakan tanggungjawab ke atas tugas hakiki yang disandang malahan ada
yang mengambil kesempatan menjadikan institusi pendidikan sebagai platform atau
medan perniagaan dalam mempromosi khidmat tuisyen berbayar yang berunsur
kepentingan peribadi.
Kebenaran bersyarat ini adalah sebagai alat kawalan dalaman bagi
memastikan aktiviti tersebut selaras dengan kehendak Peraturan 5, PeraturanPeraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Tujuan Surat Pekeliling
Perkhidmatan itu dikeluarkan adalah untuk memberi garis panduan yang terperinci
mengenai pengendalian dan syarat-syarat khusus kepada pekerjaan luar sebagai
guru tuisyen atau tenaga sambilan bagi anggota Kementerian Pelajaran Malaysia.
Pada masa yang sama, guru juga harus sentiasa mengikuti kursus-kursus dan
seminar motivasi pendidikan yang dianjurkan oleh pihak Kementerian Pelajaran,
Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah mengenai etika profesion
perguruan. Sebagai contoh, guru boleh mengikuti Kursus Dalam Perkhidmatan
ataupun Kursus Peningkatan Profesionalisme Keguruan. Kursus-kursus pendidikan
ini penting bagi seseorang guru untuk mempertingkatkan keupayaan dan prestasi
dalam profesion pendidikan yang kian mencabar dan kompleks selari dengan era
globalisasi kini. Oleh kerana sistem pendidikan yang dilaksanakan adalah untuk
menyokong usaha-usaha kerajaan, maka profesion keguruan dharapkan dapat
membuat anjakan paradigma kepada budaya yang berasakan ilmu dan pemikiran
(Rohani Abdul Hamid, 1998) demi meletakkan nama negara setanding dengan
negara maju yang lain.
peraturan dan hukuman sedia ada yang telah ditetapkan perlu dilaksanakan dengan
tindakan yang tegas.
Sebagai seorang guru iaitu pendidik generasi bangsa perlu sentiasa
mendalami diri dengan pelbagai ilmu dan kemahiran yang dapat mengimbangi
pemikiran sedar dan bawah sedarnya supaya setiap tindakan yang diambil tidak
akan menjejaskan etika profesionnya yang akan meninggalkan impak ke atas semua
pihak termasuklah dirinya sendiri. Sememangnya banyak isu yang timbul atau
ditimbulkan melibatkan guru dilihat sebagai melanggar etika perguruan seperti isu
melakukan kegiatan menyalahgunakan dadah sebagai pekerjaan sambilan. Etika
seorang guru yang perlu dipatuhi melibatkan tanggungjawabnya terhadap semua
pihak yang terlibat dengannya secara langsung atau tidak langsung. Pelanggaran
etika perguruan sebagai profesionnya akan mengakibatkannya dilabel sebagi
individu gagal dan bersahsiah negatif.
Tambahan lagi, guru merupakan golongan yang sentiasa mendapat perhatian
walau di mana mereka berada. Segala tindak tanduknya sering diperhatikan oleh
masyarakat sekeliling. Keadaan ini menjadi satu kewajipan bagi guru-guru
mengamalkan penampilan diri dan menunjukkan contoh akhlak yang baik bagi
memelihara martabat profesion perguruan. Oleh kerana guru ibarat idola dalam
masyarakat, maka guru perlu berupaya menampilkan diri dan mengaplikasikan nilainilai kesantunan agar dapat menyesuaikan diri dalam sebarang keadaan yang
dihadapinya.
Secara keseluruhannya dapatlah saya rumuskan bahawa setiap individu telah
dilahirkan dengan sifat-sifat yang baik dan faktor-faktor pembelajaran, nilai,
pergaulan banyak mempengaruhi keputusan yang dibuat. Setiap isu yang timbul
melibatkan guru sebenarnya bukan menunjukkan kegagalan guru secara
keseluruhannya, namun ia hanyalah kegagalan guru terlibat secara individu
disebabkan kegagalannya menterjemahkan sesuatu keburukan yang dilakukan akan
meninggalkan impak terhadap dirinya serta banyak lagi pihak yang lain.
Kebebasannya untuk membuat sesuatu pilihan dan keputusan menyebabkannya
gagal menginterpretasikannya dalam keadaan yang betul lantaran wujud gangguan
psikologi kawalan luaran yang menghalangnya daripada membuat keputusan yang
terbaik. Semuanya adalah kerana kekurangan nilai dan moral serta akibat beberapa
keperluan asasnya tidak dapat dipenuhi dengan baik.
4.0
Rujukan
Edu 3103, Guru dan Cabaran sSemasa, Oxford Fajar, Noriiati a. Rashid, Boon Pong
Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad, Zuraidah a. Majid, Selangor, 2010.
http://arkitekbangsaku.blogspot.com/2012/09/artikel-2-isu-guru-menjalankankerjaya.html
http://mindapendidik.blogspot.com/2011/09/isu-isu-pendidikan-antara-kerjahakiki.html
https://www.scribd.com/doc/234052832/Modul-Pembelajaran-IPG-EDU3083
INSTITUT
PENDIDIKAN GURU KAMPUS
NAMA
NO. KAD
:
:
PENGENALAN
KUMPULAN
AMBILAN
VISUAL)
JANUARI 2012
PUAN FAZIAH BINTI HASHIM
PENSYARAH
TARIKH SERAHAN
7 OGOS 2015