Justifikasi RPH

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

1.

0 PENDAHULUAN

Malaysia merupakan sebuah negara yang berkembang pesat seiring dengan ledakan
globalisasi pada masa kini. Dalam menuju ke arah pendidikan bertaraf dunia, Malaysia perlu
membawa suatu perubahan yang akan memberi kesan kepada dunia pendidikan. Oleh itu,
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah meneliti perkara-perkara yang perlu
dilaksanakan dan berusaha untuk menjayakan usaha tersebut. Bersesuaian dengan
matlamat dan zaman, KPM telah melaksanakan pembelajaran abad ke-21 (PAK21) bermula
pada tahun 2014.

Dalam membangunkan murid seimbang dan sejahtera yang dipupuk dengan Enam
Aspirasi Murid, guru dan pentadbir perlu kreatif untuk menggunakan sumber yang ada,
ataupun yang boleh diperolehi melalui kerjasama pelbagai pihak bagi mengoptimumkan
proses P.d.P. Murid yang hadir ke sekolah pada zaman ini bukan lagi umpama ‘tong kosong’
yang perlu dipenuhkan dengan ilmu pengetahuan. Murid pada abad ke-21 ini pergi ke
sekolah berbekalkan pengetahuan yang diperolehi daripada pelbagai sumber dari luar bilik
darjah daripada ibu bapa, rakan sebaya, komuniti setempat dan daripada dunia luar melalui
internet.

Peranan guru kini adalah sebagai pembimbing yang dapat menyedarkan murid
bahawa proses pembelajaran dan pemerolehan ilmu berlaku di mana-mana sahaja tidak kira
masa sepanjang hayat mereka. Usaha untuk membimbing murid ini memerlukan cara yang
kreatif; bukan sahaja ilmu yang dikongsi oleh guru menerusi keperluan yang ditetapkan
dalam kurikulum standard tetapi juga perkongsian daripada murid melalui ilmu yang
diperoleh di luar bilik darjah menerusi pelbagai medium.

Guru perlu memupuk Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (K.B.A.T) dalam kalangan murid
melalui kaedah bertanya yang sesuai dengan tahap murid. Murid perlu berkomunikasi,
berkongsi idea kreatif dan belajar secara kolaboratif di dalam dan luar bilik darjah. Tidak kira
murid prasekolah, murid pendidikan khas mahupun murid Tingkatan Enam, setiap murid
boleh dipupuk KBAT dengan strategi bertanya sebagaimana yang telah didedahkan kepada
setiap guru semasa mereka melalui latihan perguruan satu masa dahulu. Oleh itu, segala
usaha kerajaan dan para guru membangunkan sistem pendidikan negara dijangka akan
mampu untuk meningkatkan lagi sistem pendidikan negara di mata dunia.
2.0 JUSTIFIKASI PEMILIHAN KAEDAH

Rancangan Pengajaran Harian (R.P.H) merupakan satu rangka kerja aktiviti pengajaran
pembelajaran untuk dilaksanakan oleh guru di dalam bilik darjah dalam satu jangka waktu
yang telah ditetapkan. Guru wajib menyediakan R.P.H yang sesuai dengan kemampuan
pelajar bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran (p.d.p) berjalan dengan
lancar. Berdasarkan r.p.h yang telah saya sediakan bagi mengajar tajuk ‘Adab Mengasihi
Rasulullah’ tahun 2, kaedah yang saya gunakan dalam set induksi ialah kaedah soal jawab.
Pada awalnya, saya akan memaparkan gambar dan audio selawat kepada murid-murid.
Setelah saya mengulangi dan memimpin bacaan selawat tersebut, murid-murid akan
membaca selawat secara kelas. Setelah itu, saya akan melakukan soal jawab kepada
murid-murid tentang gambar dan audio yang telah saya paparkan sebentar tadi. Contohnya,
soalan yang akan saya ajukan kepada murid ialah ‘kepada siapakah kita berselawat’? dan
‘adakah kita sering berselawat sebagai bukti mengasihi baginda Rasulullah’? Jawapan yang
murid-murid kemukakan akan saya kaitkan dengan topik pembelajaran ‘Adab Mengasihi
Rasulullah’.

Seterusnya, saya meneruskan r.p.h kepada langkah satu iaitu fasa imaginasi yang
menekankan kemahiran utama penjanaan idea. Dalam langkah ini, saya menggunakan
kaedah sumbang saran setelah menerangkan tentang topik ‘adab mengasihi Rasulullah’
kepada murid-murid. Saya memilih aktiviti sumbang saran adalah bertujuan untuk
menggalakkan murid menggunakan imaginasi mereka secara kreatif. Objektif
keseluruhannya bertujuan untuk mencari idea -idea baru serta kombinasi idea daripada
murid-murid. Murid digalakkan memberi sumbangan idea terhadap topik ‘adab mengasihi
rasulullah’ dalam bentuk jawapan, kesimpulan, fakta serta penerangan. Contohnya, murid-
murid melihat slaid yang dipaparkan di hadapan kelas. Setelah itu, saya akan membuka
persoalan kepada murid-murid seperti ‘apakah yang kamu tahu mengenai keperibadian
Rasulullah’? Murid akan memberikan idea mereka bagi menjayakan aktivti sumbang saran.
Jawapan murid akan saya tulis di papan putih menggunakan peta pemikiran I-Think.
Kemudian saya akan membuat penambah baikan dan rumusan kepada setiap jawapan
murid.

Tambahan lagi, kaedah dalam langkah kedua yang telah saya pilih bagi diaplikasikan
semasa sesi p.d.p ialah kaedah perbincangan. Melalui aktiviti menyusun kad bagi
melengkapkan potongan hadis naqli, murid akan berbincang sesama ahli kumpulan bagi
menjana idea dan menyelesaikan masalah. Kementerian Pendidikan (1990) menafsirkan
strategi perbincangan sebagai satu aktiviti mengeluar dan mengulas pendapat tentang
sesuatu tajuk. Oleh itu, aktiviti perbincangan yang saya jalankan di dalam bilik darjah
menggunakan strategi berpusatkan murid. Hal ini bermaksud, murid memainkan peranan
yang penting sedangkan peranan guru merupakan pemimpin yang membimbing murid
menjalankan aktiviti pembelajaran serta komunikasi murid dengan guru adalah secara dua
hala. Secara tidak langsung, aktiviti hands-on learning dapat dijalankan semasa aktiviti
perbincangan dan melibatkan pengalaman pelajar sepenuhnya. Oleh hal yang demikian,
kaedah perbincangan melalui aktiviti menyusun kad mampu meningkatkan keupayaan
pelajar untuk berfikir secara kritikal.

Rancangan Pengajaran Harian diteruskan lagi kepada langkah yang ketiga iaitu fasa
perkembangan. Dalam fasa ini murid membuat penilaian, menambah baik dan
mengukuhkan idea. Kemahiran utama yang terdapat dalam fasa ini ialah penambah baikan
dan penilaian. Kaedah yang saya gunakan dalam langkah ketiga ini ialah lakonan bertujuan
untuk penambah baikan. Caranya ialah apabila kumpulan telah dibentuk, saya menetapkan
situasi untuk setiap kumpulan berlakon. Tujuan lakonan dijalankan adalah kerana lakonan
merupakan satu kaedah pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid yang mana
murid-murid berpeluang untuk mengembangkan potensi dan bakat sedia ada. Lakonan juga
sesuai untuk digunakan dalam mata pelajaran dan topik yang menekankan pembentukan
sahsiah dan nilai murni. Contohnya, topik adab mengasihi Rasulullah tahun 2 ini amat
sesuai dilakukan kaedah lakonan kerana murid akan mempraktikkan nilai murni hasil
lakonan oleh rakan-rakan dan juga diri mereka sendiri dalam kehidupan sebenar. Di
samping itu, sifat kerjasama dan kolaborasi juga dapat dipupuk dalam diri murid-murid.

Langkah diteruskan kepada langkah keempat yang menekankan penilaian kepada


topik yang telah dipelajari. Kaedah yang saya gunakan dalam langkah ini ialah
perbincangan. Murid dinilai secara sumatif di dalam bilik darjah untuk menguji tahap
kefahaman mereka setelah aktiviti p.d.p berlangsung. Saya akan mengedarkan kepada
setiap kumpulan kertas pen marker dan kertas latihan yang tidak lengkap ayatnya sebagai
lembaran kerja untuk dibentangkan sebelum kelas tamat. Saya mengarahkan setiap
kumpulan murid untuk berbincang dan melengkapkan ayat kepentingan mengamalkan adab
mengasihi Rasulullah sesama ahli kumpulan. Setelah itu setiap kumpulan perlulah
membentangkan hasil kumpulan mereka dan setiap jawapan akan dirumus oleh guru. Murid
perlulah menulis jawapan yang telah dirumus dalam buku kerja menggunakan peta
pemikiran I-Think iaitu peta buih.

Akhir sekali, langkah terakhir ialah fasa tindakan yang terdiri daripada perlaksanaan
dan amalan berterusan. Saya akan melaksanakan Penutup Kognitif dengan mengulang Isi
pelajaran yang telah dipelajari pada hari tersebut iaitu adab mengasihi rasulullah dalam
kehidupan. Beberapa orang murid telah dipilih untuk mengulang semula isi pelajaran yang
telah dipelajari pada hari ini manakal murid lain diminta menilai jawapan murid tersebut.
Kemudian, murid diberi peneguhan sebelum sesi p.d.p tamat. Setelah itu, saya
melaksanakan Penutup Sosial iaitu dengan mengingatkan murid-murid supaya sentiasa
mengamalkan dan mencontohi adab mengasihi rasulullah. Murid dinasihati untuk sentiasa
menjaga adab dan mengikut keperibadian mulia baginda. Saya juga akan mengingatkan
murid-murid tentang ganjaran dan akibat yang akan diterima jika menjaga adab dengan
baik. Ketika nasihat diberi, murid-murid mendengar nasihat yang diberikan oleh guru dengan
teliti dan penuh perhatian.
3.0 JUSTIFIKASI PEMILIHAN BAHAN SUMBER

Terdapat beberapa kategori bahan sumber atau alat bantu pengajaran dan pembelajaran
yang boleh digunakan untuk membantu guru dalam proses pembelajaran. Dalam tugasan ini
jenis-jenis sumber pengajaran dan pembelajaran yang terlibat ialah bahan bercetak, bahan
teknologi maklumat dan bahan maujud. Semua jenis-jenis bahan ini mempunyai ciri-ciri yang
berbeza tetapi akan mencapai hasil yang sama iaitu untuk memastikan murid-murid
memahami isi-isi pelajaran serta mencapai objektif pembelajaran. Menurut Yusof (2002)
bahan sumber ialah peralatan atau perkakasan dan bahan perisian media yang telah
dikenalpasti untuk dipilih, dibina dan dipinda bagi menyokong dan mengendalikan sendiri
proses p.d.p. Setiap bahan sumber yang digunakan dalam proses p.d.p amat penting bagi
menjamin keberkesanan proses pengajaran di dalam bilik darjah.

Bahan sumber yang saya gunakan ialah audio serta gambar teks selawat ke atas
Rasulullah dan saya paparkan menggunakan pemancar di hadapan kelas. Tujuan saya
menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (t.m.k) dalam pengajaran adalah untuk
menarik minat dan fokus pelajar. Hal ini kerana, kanak-kanak dan teknologi pada hari ini
tidak dapat dipisahkan. Contohnya, apabila audio selawat diputarkan maka mereka akan
berasa semangat untuk mengikuti alunan selawat serta mampu untuk mengingat dengan
lebih mudah berbanding dengan melihat di atas kertas mahupun buku teks. Selain itu, saya
juga menggunakan slaid power point yang diolah mengikut buku teks dan d.s.k.p untuk
menerangkan kepada murid-murid akan adab mengasihi rasulullah. Slaid saya gunakan ini
mempunyai grafik, animasi dan tulisan yang menarik di samping mudah untuk difahami.
Walaupun terdapat isi kandungan pengajaran berkaitan topik adab mengasihi rasulullah di
dalam buku teks, namun pelajar mungkin akan berasa bosan dan tidak berminat untuk terus
membaca. Oleh hal yang demikian, slaid yang mempunyai grafik, animasi dan tulisan yang
mudah difahami akan menjadikan mereka lebih tertarik untuk membaca dan memahami
kandungan pengajaran yang ingin saya sampaikan.

Seterusnya, bahan sumber diteruskan kepada video yang dipaparkan kepada murid-
murid semasa langkah yang kedua. Dalam langkah ini, murid-murid akan melihat video
mengenai adab terhadap rasulullah dan kesan jika tidak beradab kepada baginda. Apabila
murid mula berasa letih, video pendek yang dipaparkan akan mampu untuk menyegarkan
semula mereka untuk terus belajar di samping pengetahuan mereka juga akan bertambah
banyak. Kemudiannya, saya juga memberikan mereka latihan pengukuhan yang berupa
kertas latihan yang tidak lengkap ayatnya serta pen berwarna dan perlu untuk mereka
selesaikan di dalam bilik darjah. Setiap kumpulan mendapat kertas yang mesti dilengkapkan
ayatnya dengan menambah perkataan yang sesuai. Ayat tersebut merupakan ayat pendek
dan mudah untuk difahami oleh murid-murid. Perkara yang penting dan perlu saya
perincikan semasa langkah empat ini dijalankan ialah kerjasama dan perbincangan sesama
ahli kumpulan. Setelah itu, jawapan murid dibincangkan bersama dengan murid-murid lain
akan dirumuskan oleh saya sebagai guru.
PENILAIAN

You might also like