Skrip Jawapan Case Study
Skrip Jawapan Case Study
Skrip Jawapan Case Study
SKRIP JAWAPAN
1. Kejadian penting yang tidak dijangka kan dan memberi kesan negetif keatas
organisasi,kejadian yang berlaku dan kesan daripada kejadian tersebut boleh memberi
kerosakan besar terhadap pekerja, produk, perkhidmatan, kewangan dan reputasi
(Barton,1993)
3. Gangguan secara fizikal yang memberi kesan kepada sistem secara keseluruhan, kepada
andaian asas, dan kepada kewujudan organisasi(PauchantdanMitroff,1992)
2. Bincangkan kesan media sosial terhadap amalan perhubungan awam, terutamanya apabila
berlakunya komunikasi krisis dan pengurusan reputasi dalam mengembalikan kembali imej
organisasi?
(10 markah)
Jawapan:
2. Pengamal perhubungan awam kerajaan mesti sentiasa bersikap positif, tidak berfikiran
sempit, menyumbang idea kreatif dan merangsang pengaliran idea pada semua peringkat
demi menyemarak kecemerlangan dalam sektor perkhidmatan awam.
PJJ JJ201- SCCA2073/ PERHUBUNGAN AWAM
3. Pengamal perhubungan awam mesti mampu membina sistem yang boleh mengumpul dan
menyimpan maklumat pengurusan, memahami pangkalan data dan mampu membuat kajian
secara dalam talian untuk tujuan memantau pendapat awam, sikap masyarakat serta
menguji dan menilai reaksi awam terhadap perkhidmatan dan produk organisasi.
4. ICT mampu mencipta satu landskap baharu yang dapat mempengaruhi keberkesanan
komunikasi antara organisasi dengan awam, mengurus isu umum, beri perhatian dan
bertindak balas dalam menyelesaikan krisis dihadapi organisasi, selain mengubah struktur
kuasa serta hubungan antara organisasi dengan orang awam.
5. Organisasi boleh bekerjasama dengan pengendali media sosial untuk mengadakan dialog
terbuka antara organisasi dan pihak-pihak berkaitan yang terkesan dengan krisis.
6. Organisasi sewajarnya menjalinkan hubungan baik dengan komuniti secara konsisten agar
sekurang-kurangnya masyarakat akan bersimpati dengan organisasi apabila berlaku sesuatu
krisis.
7. Perlu gunakan kaedah berterus-terang dan organisasi yang mendedahkan maklumat negatif
(stealing thunder) sebelum pihak lain seperti media atau pihak lawan yang mendedahkannya
kepada masyarakat.
8. Organisasi perlu melakukan 5 elemen iaitu merasa malu dengan krisis yang terjadi (shame-
orientation), menawarkan ,menyatakan kemaafan, amalan sabar dan perasaan inginkan
keamanan, melakukan perkara yang betul dan mengelakkan perkara yang salah.
a. Apakah perkara yang boleh dilakukan oleh Domino’s untuk membuktikan bahawa tindakan
mereka adalah salah satu tindakan maaf yang mengandungi mesej yang ikhlas?
(5 markah)
Jawapan:
1. Pihak domino’s perlu bekerjasama dengan pengendali media sosial untuk mengadakan
dialog mohon maaf secara terbuka antara organisasi dan pihak-pihak berkaitan yang
terkesan dengan krisis.
2. Melakukan sidang media atau akhbar terbuka untuk menjelaskan perkara sebenar serta
memohon maaf dan akui kesilapan yang dilakukan oleh Domino’s kepada semua.
PJJ JJ201- SCCA2073/ PERHUBUNGAN AWAM
b. Pilih SATU (1) Model Perhubungan Awam Grunig dan Hunt (1983) dan bincangkan
keberkesanan penggunaanya dalam menghadapi krisis.
(10 markah)
Jawapan:
4. Apakah cabaran lain yang berkemungkinan akan dihadapi oleh pengamal perhubungan awam
semasa menyelesaikan krisis dalam era digital?
(10 markah)
Jawapan:
1. Komunikasi pelbagai hala. Komunikasi dahulu yang lebih berbentuk satu hala, contohnya
media cetak kini berubah menjadi dua hala seperti yang didapati dalam laman web, blog dan
internet. Ini bererti tugas pengamal perhubungan awam bertambah kompleks dan usaha
komunikasi juga sukar diramal.
2. Komunikasi bukan formal juga harus dipertimbangkan. Ledakan teknologi maklumat telah
menyebabkan saluran komunikasi bukan formal bercambah di dalam dan di luar organisasi.
Pengamal perhubungan awam kini harus juga mempertimbangkan kesan komunikasi bukan
formal dalam usaha mempromosikan organisasi mereka.
6. Teknologi maklumat juga telah mengubah struktur kuasa dan hubungan antara syarikat
dengan pihak awam, pemegang saham dan pihak.
7. Pengamal perhubungan awam perlu mengkaji hubung kait perhubungan awam dengan
model-model komunikasi. Sebagai contohnya dalam aspek kehidupan di luar negara,
penciptaan teknologi baru dan teori-teori serta model dapat dihubungkan selaras dengan
perkembangan sosial yang pesat dan komunikasi landskap.
PJJ JJ201- SCCA2073/ PERHUBUNGAN AWAM
5. Adakah kelajuan tindak balas merupakan aspek penting dalam dunia digital, terutamanya apabila
organisasi menghadapi situasi krisis?
(2 markah)
Jawapan:
Kelajuan tindak balas merupakan aspek penting dalam dunia digital terhadap organisasi bagi
menghadapi situasi krisis. Perkara utama yang perlu dilakukan oleh perhubungan awam dalam
organisasi adalah perlu bertindak pantas berdasarkan hakikat sebenar krisis dan konsisten
menghadapinya. Perlu sentiasa memaklumkan kepada pihak media dan publik khususnya
berkaitan perkembangan terbaharu. Selain itu, perhubungan awam organisasi perlu
membuktikan fakta krisis dan kekal fokus keatas sesuatu isu yang harus diberi keutamaan. Pihak
perhubungan awam organisasi perlu mengamalkan komunikasi secara langsung dengan publik
dalaman dan luaran terutama terhadap publik yang mudah dipengaruhi.
6. Berikan kesimpulan berdasarkan perspektif perhubungan awam terhadap insiden yang berlaku
kepada Domino’s.
(2 markah)
Jawapan:
Kesimpulan yang boleh dibuat bedasarkan perspektif perhubungan awam terhadap insiden yang
berlaku kepada Domino’s adalah memastikan kejujuran tindakan organisasi ketepatan kenyataan
yang dibuat serta rasionalnya tindakan yang diambil adalah selari dengan kepercayaan public dan
keupayaan untuk memuaskan semua pihak. Perlu mengamalkan komunikasi secara langsung
dengan publik dalaman dan luaran terutama terhadap publik yang mudah dipengaruhi.