Tugasan 2 Dasar Awam - Teori Institusi

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

UNIT PENDIDIKAN LUAR KAMPUS

PUSAT PENDIDIKAN PROFESIONAL DAN LANJUTAN (PACE)


UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

KOD DAN NAMA KURSUS:


GMGA 2023 DASAR AWAM
TUGASAN 2 – TEORI INSTITUSI

SEMESTER
APRIL SESI 2020/2021 (JA201)

PUSAT
PLK KUCHING

DISEDIAKAN UNTUK :

DISEDIAKAN OLEH :
GMGA2023 DASAR AWAM

Pengenalan

Teori institusi bermaksud institusi yang terlibat dalam perancangan, pembuatan dan
pelaksanaan dasar. Selain itu, institusi mestilah merupakan institusi yang sah dan
mempunyai dasar – dasar yang sah. Ianya mestilah memberi perhatian kepada kerajaan
dan birokrasi yang terlibat dalam pelaksanaan dasar tersebut. Oleh itu, dasar awam
sememangnya mempunyai hubungan yang rapat dengan institusi - institusi kerajaan kerana
sesuatu dasar awam yang telah dibentuk belum tentu akan menjadi satu dasar awam dalam
ertikata yang sebenar sehinggalah ianya dikuatkuasakan serta dilaksanakan oleh institusi-
institusi kerajaan.

Perbincangan

Dilihat, teori institusi memberi penerangan berkenaan pembuatan dasar awam yang berbeza
daripada teori neo – institusi iaitu dengan menilai aspek formal dan struktur sesebuah
agensi berbanding teori neo – institusi iaitu dasar awam yang terbentuk melalui peranan
aktor politik yang mempengaruhi dasar tersebut melalui struktur organisasi dan boleh dinilai
apabila kerajaan bertukar kepimpinan. Oleh itu, peranan institusi-institusi kerajaan dapat
dilihat dalam tiga bentuk.

Pertama, kerajaan mendapat legitimasi atau pengesahan terhadap dasar – dasar tertentu.
Dalam hal ini, dasar – dasar kerajaan pada umumnya dianggap sebagai ikatan yang sah
daripada segi undang – undang yang memerlukan kesetiaan daripada semua lapisan
masyarakat. Oleh itu, dasar awam itu tidak akan tercapai matlamatnya jika rakyat tidak
menyokong dan setia kepada kerajaan yang melaksanakan sesuatu dasar melalui institusi -
institusi kerajaan yang berkenaan. Contohnya, Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia
(KKM) telah menjalankan penguatkuasaan larangan merokok di bawah Peraturan 11(1) (d)
Peraturan – Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 pindaan 2018 bermula 1 Januari
2020 iaitu larangan merokok di semua tempat makan termasuk tempat makan terbuka. Oleh
itu, institusi ini berhak mengenakan hukuman kepada sesiapa yang melanggar peraturan
tersebut dan secara tidak langsung telah mendidik perokok untuk merokok di tempat yang
sepatutnya. Dilihat, sejak terlaksananya larangan merokok tersebut ianya telah diterima
positif oleh masyarakat.

Seterusnya kedua, hanya polisi kerajaan sahaja yang terlibat secara menyeluruh. Namun
kelompok – kelompok lain seperti persatuan perniagaan, koperasi dan organisasi
professional mempunyai dasar tersendiri tetapi hanya dasar kerajaan sahaja yang akan
sampai kepada semua lapisan masyarakat. Sebaliknya dasar-dasar organisasi swasta atau
badan-badan profesional pula terbatas kepada mereka sahaja. Dalam kata lain, walaupun
organisasi swasta atau badan-badan profesional menyumbang kepada perkembangan

2
GMGA2023 DASAR AWAM

ekonomi, tetapi ia tidak terlibat secara menyeluruh terhadap masyarakat. Contohnya adalah
bantuan rakyat seperti myBSH, Bantuan Prihatin Nasional (BPN), bantuan e-Kasih dan
sebagainya. Oleh itu, ianya adalah merupakan dasar kerajaan untuk pengagihan bantuan
kewangan kepada rakyat mengikut pendapatan isi rumah mahupun individu. Berbanding
organisasi swasta atau badan profesional dasar pengagihan keuntungan syarikat iaitu bonus
hanya kepada pekerja mereka sahaja tidak melibatkan masyarakat umum.

Akhir sekali, kerajaan dikatakan memiliki kuasa monopoli atau paksaan ke atas rakyat iaitu
mempunyai kuasa yang sah untuk menahan atau memenjarakan mereka yang enggan
patuh kepada dasar dan peraturan kerajaan. Sebagai contoh terkini, semasa Perintah
Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan oleh kerajaan bagi mencegah pandemik
wabak COVID-19, Perdana Menteri dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah
mengarahkan pihak polis untuk menangkap dan memberi kompaun kepada masyarakat
yang ingkar arahan dibawah Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988
(APPPB 1988) sekiranya tidak mempunyai Borang Kebenaran Merentasi Daerah/Negeri
daripada pihak Polis untuk bergerak keluar ke sesuatu tempat. Tujuan PKP tersebut
dilaksanakan oleh institusi yang terlibat adalah bagi mengekang penularan wabak COVID –
19 daripada terus meningkat. Institusi – institusi tersebut menguatkuasakan dasar dan
peraturan kerajaan supaya dasar tersebut dapat dilaksanakan.

Penutup

Secara kesimpulannya, kerajaan memiliki keupayaan untuk memerintah dan mendapatkan


kesetiaan daripada rakyat. Kerajaan juga boleh menggunakan kuasa paksaan secara yang
sah untuk memastikan individu dan kumpulan – kumpulan lain bekerjasama bagi
menguatkuasakan undang – undang dalam bentuk dasar awam. Oleh itu, melalui institusi –
institusi kerajaan ianya dapat merealisasikan dasar – dasar yang telah dirangka kerajaan
agar dapat dilaksanakan dan seterusnya diterima oleh semua masyarakat untuk mencapai
tujuan dasar tersebut dibuat. Boleh dirumuskan dengan isu terkini berkenaan Pandemik
COVID -19 bahawa institusi - institusi kerajaan adalah merupakan barisan hadapan yang
memainkan peranan penting bagi melaksanakan dasar kerajaan bagi mengekang penularan
wabak COVID – 19 dikalangan rakyat.

You might also like