Asgmnt 3110
Asgmnt 3110
Asgmnt 3110
Kesenian merupakan perkara perkara yang berkaitan dengan keindahan dan kehalusan serta mempunyai nilai-nilai estetika. Setiap penilaian tentang keindahan, keseronokan dan kenikmatan adalah berkait secara langsung dengan kesenian. Seni itu adalah sebahagian daripada kehidupan manusia
TEORI APRESIASI EDMUND BURKE FELDMAN (BAGI KARYA SENI CATAN) Menurut Edmund Burke Feldman, terdapat 4 langkah dalam proses apresiasi seni iaitu : 1. Diskripsi 2. Analisis 3. Interpretasi 4. Penilaian
DISKRIPSI
Apresiasi dilakukan dengan memberi gambaran nyata tentang hasil karya iaitu berdasarkan apa yang dilihat Gambaran berdasarkan warna, garisan, bentuk dan ruang iaitu penekanan berdasarkan unsur-unsur seni dan asas seni reka Mengenal pasti ciri-ciri fizikal karya imej dan bentuk pada karya seni tampak Melihat gaya karya realisme, surealism, kuibisme, dadaisme dan sebagainya
ANALISIS
Menganalisis komposisi yang digunakan dalam sesebuah karya Menganalisis secara terperinci bagi mengetahui prinsip-prinsip seni yang digunakan serta dihubungkan dengan proses dan teknik, imej atau bentuk, isi dan makna, bentuk ruang, persoalan idea dan perasaan Penegasan imej, imbangan, ruang dan warna, kesesuaian objek, kontra
INTERPRETASI
Tafsiran, penjelasan tentang makna, tujuan, implikasi Mengkaji kualiti ekspresif seniman Mengkaji makna yang disampaikan melalui karya Merujuk kepada pernyataan perasaan Melibatkan mood dan idea dalaman Pernyataan perasaan digunakan untuk menterjemahkan maksud dan makna hasil karya
PENILAIAN
Memberi pandangan, pendapat dan membuat keputusan terhadap karya Pandangan berdasarkan penilaian ilmiah Pandangan yang tidak bersifat peribadi Pertimbangan berbentuk formalism (aspek keindahan), ekspresivisme (keupayaan menyampaikan perasaan dan idea) dan instrumentalisme (pertimbangan berdasarkan keberkesanan karya)
PELUKIS MALAYSIA
Dipengaruhi pelbagai aliran seni iaitu secara Naturalistic dan Non-naturalistic
KARYA CATAN ABDUL LATIF MAULAN TAJUK : BERAT MATA MEMEANDANG BERAT LAGI BAHU MEMIKUL
Catan ini menunjukkan bahawa pekerjaan sebagai pengayuh beca adalah satu pekerjaan yang melelahkan. Ini jelas digambarkan dalam catan ini bagaimana si pengayuh beca kelihatan begitu kepenatan dengan menunduk dan meletakkan kepala pada handle beca.
Keusangan beca pula menunjukkan bahawa ianya satu pekerjaan yang bukan mendapat pulangan yang lumayan walaupun terpaksa melaksanakan tugas menggunakan kudrat sepenuhnya.
Si pengayuh beca terpaksa membawa bekalan makanan bagi mengisi perut dalam kesempitan hidup. Pekerjaan seperti ini masih ada lagi dilakukan dibeberapa buah negeri di Malaysia seperti Pulau Pinang, Melaka dan Kelantan. Malahan beca merupakan kenderaan yang menjadi daya tarikan para pelancung asing mahu pun tempatan untuk dinaiki dalam memperolehi pengalaman.
APRESIASI KARYA
Menggunakan Teori Apresiasi Seni Edmund Burke Feldman
DISKRIPSI
Karya catan Realisme, Abdul Latif Maulan, Berat Mata Memandang Berat Lagi Bahu Memikul ini menjadikan figura dan beca sebagai subjek utama. Ianya menggambarkan penat lelah seorang pengayuh beca dalam membanting kuderat untuk menyara kehidupan. Pengayuh beca sedang menunduk dan meletakkan kepalanya pada tempat duduk pengayuh beca dalam keadaan kelelahan, berhenti seketika ditepi lorong belakang bangunan bagi menghilangkan kepenatan.
Si pengayuh beca berseluar pendek dan berbaju lusuh. Terdapat sebuah bakul bekal makanan bagi mengisi perut tersangkut pada handel beca. Sebiji botol air untuk si pengayuh beca menghilangkan dahaga. Terdapat kepingan kotak menutupi penyandar tempat duduk penumpang.
Analisis
Warna yang diadun dapat menggambarkan beca yang digunakan agak usang. Pelukis banyak menggunakan warna tertier. Ton warna memainkan peranan yang sangat penting kepada pelukis dalam penghasilan bentuk objek. Ton warna yang kontra juga menghidupkan karya pelukis ini.
Garisan tersusun pada rim tayar, menunjukkan pelukis seorang yang cukup teliti dalam menghasilkan karyanya. Bulatan pada tayar dan rim beca serta bahagian dinding mewujudkan rupa geometri.
Hanya sedikit jalinan tampak yang terdapat pada karya ini. Kesan harmoni wujud pada warna, rupa dan ruang. Ton warna yang kontra menghidupkan karya pelukis ini. Wujud penegasan di mana objek utama ditempatkan di tengah-tengah dan warnanya lebih gelap dari warna latar.
Kesan harmoni wujud pada warna, rupa dan ruang. Ton warna yang kontra menghidupkan karya pelukis ini. Wujud penegasan di mana objek utama ditempatkan di tengah-tengah dan warnanya lebih gelap dari warna latar. Imbangan simetri wujud, objek dilukis di tengah-tengah.
Pergerakan wujud pada bentuk badan manusia, beca dan aliran mewarna. Keplebagaian diaplikasikan untuk memberi gaya, variasi dan tenagagaya pengayuh beca. Karya seni kelihatan lengkap,teratur , seimbang dan sempurna
Imbangan simetri wujud, objek dilukis di tengahtengah. Pergerakan wujud pada bentuk badan manusia, beca dan aliran mewarna. Kepelbagaian diaplikasikan untuk memberi gaya, variasi dan tenaga gaya pengayuh beca. Karya seni kelihatan lengkap, teratur , seimbang dan sempurna
Interpretasi
Mood kepenatan dan kesedihan kelihatan pada catan. Figura yang menjadi subjek utama kelihatan kepenatan dalam usaha mencari rezeki. Mengambil kesempatan seketika untuk merehatkan diri bagi menghilangkan lelah. Hidup masih tersepit walaupun tulang empat kerat telah digunakan dalam mencari rezeki.
Penilaian
Karya Abdul Latif Mualan ini begitu hidup sekali dalam memberikan gambaran hidup seorang pengayuh beca. Mesej yang ingin disampaikan melalui catan ini jelas dan sampai kepada pemerhati.
Pesawah merupakan salah satu pekerjaan masyarakat Melayu di kampung-kampung yang mempunyai bendang. Budaya bekerjasama diamalkan oleh masyarakat Melayu di kampung. Kaum wanita turut menyumbangkan tenaga dalam mencari nafkah.
Namun begitu tanggungjawab sebagai ibu tetap dilaksanakan dimana kerja dibuat di halaman rumah dan terdapat seorang kanak-kanak sedang tidur di dalam buaian yang digantung dianjung rumah. Inilah budaya masyarakat kampung yang menjalankan kehidupan sebagai pesawah.
Pekerjaan sebagai pesawah adalah dalam kalangan masyarakat Melayu. Cara berpakaian wanita Melayu juga melambangkan bahawa mereka perlu menutupi aurat sebagaimana tuntutan agama Islam.
APRESIASI KARYA
Menggunakan Teori Apresiasi Seni oleh Edmund Burke Feldman
Subjek utama ialah kanak-kanak yang sedang tidur di dalam buaian di anjung rumah. Buaian ini menggunakan kain batik sarung. Kain pelekat igunakan untuk menutupi buaian di bahagian kepala kanak-kanak tersebut. Cuaca agak panas maka buaian tersebut perlu ditutupi dengan kain pelekat untuk mengurangkan silauan cahaya agar kanak-kanak tersebut dapat tidur dengan lena.
DISKRIPSI
Namun begitu ada tiupan angin yang menyenyak tidur kanak-kanak tersebut. Manakala si ibu dapat melakukan pekerjaan bersama rakan-rakan di halaman rumah.
Rumah ini pula terletak berhampiran dengan sawah padi. Terdapat juga sehelai kain batik dijemur di anjung rumah ini. Rumah ini merupakan rumah tradisi orang Melayu di mana jelas kelihatan ukiran kayu yang indah dibahagian hujung atap rumah. Pelukis menggambarkan empat orang wanita sedang sibuk mengangin padi di atas tikar menggunakan Nyiru..
Bagi melindungi kepala mereka dari terik matahari, mereka menutupi kepala mereka dengan kain batik yang menjadi budaya berpakaian wanita-wanita Melayu kampung. Secara tidak langsung wanita-wanita ini turut menutupi aurat mereka. Berhampiran dengan mereka jelas kelihatan sawah padi yang terbentang luas dan sedang menguning serta boleh dituai. Begitu banyak kerja perlu mereka laksanakan bagi mencari nafkah dalam menyumbang tenaga untuk menyara kehidupan keluarga.
Unsur garisan yang pelbagai iaitu halus, kasar dan beralun jelas kelihatan dalam catan ini. Garisan beralun menjadikan kedutan-kedutan pada kain batik dan pelekat kelihatan dengan jelas. Garisan halus telah dapat menghasilkan corak batik dilukis dengan begitu sempurna sekali pada gambaran kain yang dijadikan buaian dan juga yang disidai.
Analisis
Ukiran kayu juga terhasil daripada unsur garisan yang halus. Jalinan tampak kurang digunakan kecuali pada daun-daun pokok yang terdapat dihadapan sebelah bawah rumah. Adunan warna yang menarik dengan menggunakan warna utama dan tertier bagi menghasilkan pemandangan suasana kampung yang menarik. Subjek utama iaitu kanak-kanak tidur dalam buaian pada catan ini digambarkan lebih besar.
Warna yang terang digunakan bagi objek-objek yang dekat. Ini jelas pada warna-warna kain batik dan pelekat yang secara tidak langsung menjadi subjek utama dalam catan ini. Warna-warna yang lebih cerah digunakan bagi padi yang sedang menguning di bendang dan sedang dianginkan. Ton warna yang kontra telah berjaya mengujudkan ruang. Ruang digunakan dengan sempurna. Saiz objek yang pelbagai telah berjaya mengujudkan ruang.
Selain daripada itu dengan penggunaan warna yang betul telah dapat menggambarkan suasana pada waktu tengahari dan matahari sedang memancar terik. Pencahayaan berjaya diujudkan dengan sempurna.Wanita-wanita yang sedang bekerja tidak jauh dari rumah dan padi menguning dibendang dijadikan subjek sampingan atau pemandangan latar karya ini dengan menggunakan warna cerah.
Unsur-unsur seni seperti garisan, ruang, bentuk, rupa, warna dan jalinan semuanya telah berjaya digunakan oleh pelukis dalam penghasilan catan ini. Terdapat imbangan kedudukan kesemua objek dalam memenuhi ruangan. Unsur pergerakan dalam karya ini jelas dimana gambarannya dibuat dua wanita sedang menganginkan padi dengan menggunakan nyiru.
. Kain batik yang disidai di anjung rumah kelihatan telah bergerak disebabkan angin yang bertiup. Ini bermakna pengkarya berjaya mengujudkan unsur pergerakan Terdapat imbangan kedudukan kesemua objek dalam memenuhi ruangan. Unsur pergerakan dalam karya ini jelas dimana padi dianginkan oleh wanita-wanita dengan menggunakan nyiru.
Kain batik yang disidai di anjung rumah kelihatan telah bergerak disebabkan angin yang bertiup. Begitu juga pada daun-daun pada pelepah kelapa seakan begerak oleh tiupan angin.Ini bermakna pengkarya berjaya mengujudkan unsur pergerakan.
Kepelbagaian diaplikasikan untuk memberi gaya, variasi karya agar ianya benar-benar dapat memberikan gambaran yang tepat mengenai mesej yang hendak disampaikan. Karya seni kelihatan lengkap, teratur , seimbang dan mempunyai penceritaan yang menarik.
INTERPRETASI
Suasana nyaman ujud di kampung dengan tiupan angin yang telah berjaya melenakan kanak-kanak di dalam buaian yang diikatkan di anjung rumah. Si ibu dapat melaksanakan dua tugasan dalam satu masa. sambil menidurkan si anak di dalam buaian, si ibu juga dapat bekerja di halaman rumah bersama rakan-rakan.
Anak di dalam buaian dapat diperhatikan sambil bekerja kerana kerja dapat dibuat di halaman rumah. Betapa berat pengorbanan yang dibuat oleh wanita. Wanita bukan sahaja boleh menggunakan kudrat untuk membuat kerjakerja sebagai pesawah tetapi juga dalam mengasuh anak yang masih kecil.
Anak kecil tidak diabaikan walaupun ketika bekerja. Jelas menunjukkan wanita berjaya melaksanakan dua Pekerjaan dalam satu masa. Begitulah pengorbanan dan kasih-sayang yang ditunjukkan oleh seorang wanita yang bergelar ibu. Jasa seorang insan yang bergelar wanita patut dihargai dan disanjung.
Penilaian
Karya ini berjaya mengujudkan suatu penceritaan yang menarik mengenai kehidupan seharian masyarakat pesawah disebuah perkampungan. Kaum wanita turut menyumbang ekonomi keluarga dan saling bekerjasama. Penceritaan berjaya digambarkan dengan jelas dan pemerhati turut merasai suasana yang nyaman di kampung.
Catan ini menunjukkan dua orang wanita Melayu sedang menuai padi . Bersawah padi merupakan pekerjaan masyarakat Melayu dahulu dan kebanyakannya diusahakan oleh kaum wanita .Biasanya bila tiba musim menuai kaum wanita akan turun ke sawah sama ada untuk menuai atau membanting padi. Pekerjaan ini biasanya akan dilakukan secara bergotong-royong dan mereka akan melakukan kerja ini bersama-sama.
APRESIASI KARYA
Menggunakan Teori Apresiasi Seni
DISKRIPSI
Karya catan Dato Mohd Hoessein Enas The Harvester ini menjadikan figura sebagai subjek utama. Ianya menggambarkan dua orang wanita Melayu sedang bekerja di sawah padi. Kemelayuannya terserlah daripada pemakaiannya . Bagi melindungi kepala dari panas matahari, wanita ini telah menutup kepalanya dengan kain..
Cara berpakaian merupakan budaya berpakaian masyarakat kampung.Wanita ini sedang menyabit padi semasa musim menuai . Latar belakangnya pula menunjukkan padi yang sedang menguning.
Analisis Pengkarya menggunakan warna utama untuk menggambarkan warna pokok padi dan juga latar belakang. Namun begitu penggunaan warna putih dan kelabu pada langit jelas menjadi pemisah antara langit dan sawah padi. Imej figura ditonjolkan dengan penggunaan warna merah dan warna yang lebih gelap pada pakaian yang dipakai mereka.
Garisan kasar dan halus digunakan pada batang-batang padi dan juga pada lengkungan kain penutup kepala. Bagi menampakkan ianya realistik. Jalinan tampak jelas kelihatan pada buah-buah padi . Kesan harmoni wujud pada warna, rupa dan ruang. Ton warna yang kontra menghidupkan karya pelukis ini.
J . Wujud penegasan di mana objek utama ditempatkan di tengah-tengah dan warnanya lebih gelap dan lebih jelas dari warna latar. Terdapat unsur pergerakan pada air di lopak sawah dan juga pada kain yang dipakai oleh figura berkenaan. Imbangan simetri wujud, apabila figura diletakkan ditengah-tengah. Kepelbagaian wujud apabila ada semua unsur-unsur seni dan prinsip rekaan dalam catan tersebut.
Interpretasi
Mood kegembiraan jelas dapat dilihat pada wajah wanita ini. Mereka berkerja sambil berbual-bual tiada lansung kelihatan kesedihan diwajah mereka. Figura yang menjadi subjek utama kelihatan gembira. Ini mungkin kerana hasil padi yang telah berjaya di tuai. Kepenatan tidak lansung dipamerkan pada wajah mereka. Mereka kelihatan begitu seronok menjalankan tugas mereka.
Penilaian
Karya ini jelas menunjukkan hasil catan yang begitu hidup sekali dalam memberikan gambaran ketika musim menuai. Ia juga menggambarkan tentang pekerjaan masyarakat Melayu iaitu bersawah padi dan keriangan serta keseronokan yang dirasai apabila tiba musim menuai.
CATAN KARYA ABDULLAH ARIFF 1960 TAJUK : BUMI BAHAGIA LOMBONG BIJEH MALAYA
dihasilkan ada tahun 1960 yang bersaiz 36.4cm x 51.4cm. Karya catan cat air Abdullah Ariff ini dihasilkan ketika negara baru mencapai kemerdekaan. Karya ini merupakan antara karya yang banyak diberi apresiasi oleh sejarawan seni sebagai aliran catan air terawal di Malaysia. Karya ini merekodkan aktiviti ekonomi negara yang menjadi rujukan sebagai dokumentasi sejarah.
Abdullah Ariff bersama Yong Mun Sen telah diiktiraf sebagai perintis lukisan cat air di Malaysia (Pioneer artists of Malaysia).
DISKRIPSI
Dengan aplikasi 3 latar iaitu latar depan, latar tengah dan latar belakang, suasana aktiviti melombong itu tergambar luas. Latar tengah mendominasi keseluruhan gambaran dengan keutamaan beberapa elemen diletakkan di situ. Warna air bercampur lumpur itu adalah fokus kepada mainan cahaya yang datang dari atas.
luas dan diletak pada posisi tengah, dianggap pilihan posisi yang baik dan sesuai dengan mainan cahaya yang sangat dititik beratkan.
Latar depan, kurang menyerlah yang mengambil ruang kecil dengan imej tiga figura sedang mencangkul dan mengandar bijih.
Analisis
Penonjolan wash atau kecairan mempunyai daya
kekuatan yang unik. Kekuatan yang tersendiri ini adalah sifat wash itu sendiri yang aktif apabila basah di atas basah diaplikasikan. Ruang yang digunakan untuk kecairan itu sesuai dan tepat iaitu di komposisi tengah dan di situ juga kekuatan cahaya ditimbulkan. Apabila permukaan kertas yang basah di aktifkan dengan pilihan Warna yang dilebihkan kandungan airnya akan hidup dan berkembang menjadi kecairan itu berlaku dengan tidak diduga.
sebenarnya banyak dibantu oleh teknik kecairan yang konsisten. Kesan kecairan perlu ada dan ia menjadi Keunggulan kepada catan air. Kesan itu bergantung kepada kawalan berus, campuran warna nisbah air dan jenis kertas.
Interpretasi
Pengaruh catan Cina digunakan dalam karya
ini yang membantu satu ruang menjadi daya penarik kepada pemerhati. Ruang itu luas, ada kesan ketenangan dan mata banyak direhatkan di situ tetapi ia bukan titik fokus. Kelebihannya yang menyerlah dari segi eksplorasi teknik wash dan bersifat konsisten adalah ciri-ciri yang dekat dengan diri pelukis dalam berkarya.
menggunakan media telah mengangkat status diri sebagai seniman berdedikasi yang dikatakan sentuhannya mirip gaya lukisan catan air Barat.
Penilaian
Karya catan air Abdullah Ariff ini berkeupayaan
meninggalkan kesan emosi yang mendalam. Emosi kita dimainkan melalui teknik kecairan. Kecairannya meresap rasa untuk kita bersama menikmati keindahan alam.
karya Abdullah Ariff yang terkenal. Catan aliran realisme ini menjadi simpanan tetap Balai Seni Lukis Negara. Catan cat minyak diatas kanvas ini menggambarkan seorang pemuda yang tidak berbaju dan hanya memakai kain pelekat sedang duduk diatas kerusi rehat rotan. Catan dihasilkan dengan begitu teliti dari segi pewarnaan, kadar banding serta pencahayaan yang baik.
dalam karya ini dengan jelas dan bermakna. Setiap inci figura yang dilukis, dikaji dengan teliti dari segi bentuk dan fungsinya bagi Menampakkan Kesan pergerakan yang sempurna pada figura.
APRESIASI KARYA.
Menggunakan Teori Edmund Burke Feldman
DISKRIPSI
Karya Abdullah Ariff ini menggambarkan
Seorang pemuda yang sedang duduk diatas sebuah kerusi rehat rotan sebagai figura utamanya. Subjek kelihatan sedang memerhati dan mengamati sesuatu yang terdapat diatas lantai dibahagian kiri kedudukannya. Riak wajahnya menggambarkan ada persoalan yang sedang bermain-main dalam fikirannya.
Analisis
Catan dihasilkan dengan begitu teliti dari segi
pewarnaan, kadar banding serta pencahayaan yang baik. Penggunaan warna-warna sejuk dan pastel adalah amat bersesuaiaan dengan mood yang ingin ditampilkan oleh pengkarya. Kesan bayang yang diaplikasikan dalam karya menimbulkan lagi bentuk dua figura Yang menjadi utama.
latar dalam karya ini. Namun latar belakang karya tidak kelihatan kosong kerana pengkarya bijak bermain dengan kesan pencahayaan dalam karya ini.
Interpretasi
Subjek kelihatan selesa dan santai dengan berkain pelekat dan tidak berbaju.
Penilaian
Karya catan ini menggambarkan ciri-ciri
masyarakat melayu dari raut wajah subjek serta kain pelekat yang dipakai yang menjadi lambang masyarakat melayu. Kerusi rehat yang diperbuat dari rotan juga Menggambarkan identiti Malaysia.