Tugasan 3
Tugasan 3
Tugasan 3
NAMA KURSUS:
PENDIDIKAN INKLUSIF
TUGASAN 3:
PENULISAN AKADEMIK
1 Soalan Tugasan 3 1
3 Rujukan 6
Tugasan 3: Penulisan Akademik ( Individu – 20 % )
Secara individu, hasilkan satu penulisan akademik tidak melebihi 600 patah perkataan
berdasarkan inklusif dari pelbagai sumbar. Anda perlu jelaskan konsep, matlamat dan dasar
Pendidikan inklusif serta menghuraikan secara kritis pelaksanaan, faktor kritikal yang
mempengaruhi kejayaan Program Pendidikan Inklusif (PPI) di sekolah dan perincikan
peranan serta tanggungjawab pihak berkepentingan dalam pelaksanaan PPI.
Di Malaysia, pendidikan kanak-kanak dan remaja berkeperluan khas disediakan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu Program Pendidikan Inklusif. Program Pendidikan
Inklusif bererti suatu program pendidikan bagi murid berkeperluan pendidikan khas yang
dihadiri oleh murid berkeperluan pendidikan khas bersama dengan murid lain dalam kelas
yang sama di sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan[ CITATION Lee182 \l 17417 ].
Dengan erti kata yang lain, program ini melibatkan murid=murid berkeperluan khas
mengikuti kurikulum dan kokurikulum yang sama dengan murid-murid yang normal sebaya
dengan mereka.
Daripada berita tersebut, pihak kerajaan telah melaksanakan ‘Zero Reject Policy’
pada tahun 2019. Dasar ini adalah untuk memastikan MBK menerima pendidikan yang
selari dengan ketidakupayaan mereka sama ada ke sekolah arus perdana melalui Program
Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) dan Program Inklusif atau ke Sekolah Pendidikan Khas.
Menurut berita Hidayah Hairom (2016), program PPI juga dilaksanakan sejak 22
tahun lalu di SK Taman Maluri. Keberkesanan dapat dibuktikan melihat kepada
perkembangan murid berjaya dipulih dan mampu membawa diri mereka bergaul bersama
pelajar arus perdana di peringkat sekolah menengah. Dari segi pencapaian pula, seramai
tujuh orang murid yang terlibat dalam PPI mendapat kesemuanya lulus dalam UPSR.
Kejayaan Program Pendidikan Inklusif (PPI) adalah bergantung kepada pelbagai
pihak dari segi tenaga dan kemahiran yang mereka miliki. Oleh itu, faktor-faktor yang dapat
membantu menjayakan program ini adalah seperti pihak Jawatankuasa Program Pendidikan
Khas Sekolah (JPPKS). Jawatankuasa ini ditubuhkan di semua sekolah yang melaksanakan
Pendidikan Khas. Jawatankuasa ini adalah penting dalam mengembangkan potensi Murid
Berkeperluan Khas dengan berkesan dalam program ini. Sebagai contoh, JPPKS
bertanggungjawab dalam merancang dan menyelaras PPI, menentukan kelas yang sesuai
bagi MBK mengikut tahap pencapaian mereka dan memberikan panduan dan kerjasama
dengan ibu bapa murid. (Kementerian Pendidikan Malaysia, Bahagian Pendidikan Khas,
2013).
Prasarana dan peralatan juga salah satu faktor yang [ CITATION Mal13 \l 17417 ]
penting kepada murid. Prasarana yang lengkap adalah untuk menentukan keberkesanan
PPI di sekolah. Hal ini adalah kerana MBK akan menggunakan sepenuhnya prasarana kelas
bersama dengan murid arus perdana. Sebagai contohnya, guru mengubahsuaikan meja dan
kerusi dan kedudukan dalam kelas supaya menjadinya sesuai dan selamat kepada murid
MBK yang berkerusi roda. Selain itu, penyediaan persekitaran sekolah yang mesra OKU
dan selamat penting bagi memudahkan mobiliti MBK. Antara kemudahan ialah tandas OKU,
susur landai dan susur tangan. Tambahan pula, pihak sekolah perlulah menyediakan
peralatan yang diperlukan oleh MBK. Hal ini adalah untuk mengurangkan ketidakupayaan
yang dihadapi bagi membantu pembelajaran mereka. Sebagai contohnya, penyediaan kanta
pembesar bagi murid yang bermasalah penglihatan, kerusi roda Augmentative Alternative
Communication ( ACC ) dan lain-lain lagi.
Guru Pendidikan Khas juga memainkan peranan yang penting. Salah satu
peranannya ialah menyediakan bahan bantu mengajar (BBM) yang lebih fleksibel serta
sesuai dengan ketidakupayaan MBK. Mohd. Hanafi Mohd Yasin et al. (2007) mengatakan
bahawa penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) dapat merangsang minat dan tumpuan
murid terhadap pengajaran yang seterusnya menjamin pemerolehan pengetahuan dan
kemahiran oleh murid. Selain itu, pembantu pengurusan murid (PPM) juga tidak dilupakan.
PPM berperanan dalam menjaga Hal Ehwal murid Pendidikan Khas. Sebagai contoh, PPM
mengawasi perubahan murid sewaktu guru mengajar dalam kelas dan sewaktu RMT
semasa rehat.
Dalam pelaksanaan PPI ini, semua pihak perlulah bekerjasama agar keberkesanan
program yang dilaksanakan dapat dihasilkan. Pihak yang terlibat secara langsung dan tidak
langsung perlulah sedar bahawa kewujudan PPI adalah satu peluang pendidikan yang
disediakan bagi MBK belajar dalam kelas arus perdana dan menjalankan aktiviti bersama-
sama murid di arus perdana. Oleh itu, komitmen semua pihak adalah penting dalam
mengembangkan lagi PPI agar lebih ramai MBK yang dapat memasuki program ini.
Rujukan
Ahmad, A. (2018, December 19). KPM laksana 'Zero Reject Policy' untuk murid berkeperluan khas
bermula 2019. Retrieved from Astro Awani: http://www.astroawani.com/berita-
malaysia/kpm-laksana-zero-reject-policy-untuk-murid-berkeperluan-khas-bermula-2019-
193974
Hairom, H. (2016, April 15). Program Pendidikan Inklusif Platform serlah potensi Murid Berkeperluan
Khas (MBK). Retrieved from GPS Bestari:
https://www.gpsbestari.com/artikel/rencana/program-pendidikan-inklusif-platform-serlah-
potensi-murid-berkeperluan-khas-mbk-1.509894
Lee Keok Cheong, S. N. (2018). Pendidikan INklusif. Selangor Dahrul Ehsan: Oxford Fajar Sdn Bhd.
Kementerian Pendidikan Malaysia (2013). Garis Panduan Program Pendidikan Inklusif Murid
Berkeperluan Khas.
Kementerian Pendidikan Malaysia (2019). Program Pendidikan Inklusif. Retrieved from Portal Rasmi
Kementerian Pendidikan Malaysia: https://www.moe.gov.my/index.php/pendidikan-
khas/program-pendidikan-inklusif/4243-pendekatan-program
Mohd. Hanafi Mohd Yasin, H. T. (2007). Penggunaan bahan bantu mengajar dalam pengajaran
murid-murid permulihan khas. 15.