Unit 3 Pengurusan Kokurikulum

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 22

Sem 1 Sesi 2019/2020

UNIT 3: Reka Bentuk & Model Kurikulum Bilik Darjah


KPF 4023: PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH

KUMPULAN:

NAMA PELAJAR NO. MATRIK NO. TELEFON


NURUL NAAZIRA BT MAMAT L20182011122 0128595152
NOORUL AMIMAH BT MOKHTAR L20182011145 0106333314
HANIS NURMAISARAH BT AB HALIM L20182011151 0145016058
NADIAH BINTI ANUAR L20182011195 0145027657

PENSYARAH: Encik Nik Mohd Zaki bin Nik Mohamed

Jabatan Pengajian Pendidikan


Fakulti Pembangunan Manusia
UNIT 3 Reka Bentuk dan Model Kurikulum Bilik Darjah

PANDUAN PENGGUNAAN MODUL LATIHAN


 Pensyarah dikehendaki memuat naik unit modul ke Portal Myguru lebih awal sebelum
tarikh sesi pengajaran dan pembelajaran bermula.
 Pelajar mesti memuat turun unit modul dan melengkapkan semua maklumat.
 Pelajar perlu membawa hardcopy unit modul yang telah lengkap dijawab ke dalam kelas
semasa sesi bersemuka (kuliah) untuk pembentangan dan perbincangan.
 Pelajar perlu memberi maklumbalas terhadap maklumat yang dibentang.
 Pelajar perlu menyemak dan membetulkan jawapan yang ditulis dalam unit modul.
 Jawapan yang telah sempurna mestilah dimuat naik ke Portal Myguru di laman
Assignment.

Hasil Pembelajaran
Setelah melengkapkan aktiviti ini, anda dapat:

i. Menerangkan pengertian reka bentuk, model dan prinsip kurikulum.


ii. Menganalisis pola & orientasi reka bentuk kurikulum.
iii. Menghubungkaitkan prinsip penyusunan reka bentuk kurikulum (dimensi vertikal dan
dimensi horizontal).
iv. Merumuskan aplikasi Model Rasional/ Objektif Tyler dalam pelaksanaan kurikulum
bilik darjah.
v. Memberikan penjelasan tentang bagaimanakah model perkembangan kurikulum bilik
darjah dilaksanakan di Malaysia.

Kandungan Halaman
UPSIZA KPF4023 Pengurusan Kurikulum Bilik Darjah

3.0 Sinopsis 2
3.1 Pemetaan ringkasan kandungan. 3
3.2 Konsep & pengertian reka bentuk & model kurikulum. 4
3.3 Pola & orientasi reka bentuk kurikulum. 5
3.4 Hubungkaitkan prinsip penyusunan reka bentuk kurikulum. 8
3.5 Model Rasional/ Objektif Tyler dalam pelaksanaan kurikulum bilik darjah. 9
3.6 Aplikasi model kurikulum bilik darjah. 10

1
UNIT 3 Reka Bentuk dan Model Kurikulum Bilik Darjah

3.0 Sinopsis

Unit ini merupakan pengenalan kepada reka bentuk dan model


kurikulum bilik darjah berpandukan Model Tyler. Perbincangan berfokus
kepada konsep dan pengertian reka bentuk dan model kurikulum, pola
dan orientasi reka bentuk kurikulum, hubungkaitkan prinsip penyusunan
reka bentuk kurikulum, model rasional/ objektif Tyler dalam
perlaksanaan kurikulum bilik darjah dan aplikasi model kurikulum bilik
darjah.

UPSIZA KPF4023 Pengurusan Kurikulum Bilik Darjah

2
UNIT 3 Reka Bentuk dan Model Kurikulum Bilik Darjah

3.1 Pemetaan Kandungan

UPSIZA KPF4023 Pengurusan Kurikulum Bilik Darjah

3
UNIT 3 Reka Bentuk dan Model Kurikulum Bilik Darjah

3.2 Konsep & Pengertian Reka Bentuk & Model


Kurikulum
Perkara Huraian
 Menurut Tyler (1949), reka bentuk kurikulum bermaksud suatu altenatif
prosedur dalam merangka, menerapkan dan menilai suatu kurikulum.
i.  Reka bentuk kurikulum juga bermaksud cara kurikulum itu dikonsepsikan
Reka bentuk dan kompenen-kompenen utama kurikulum seperti matlamat dan objektif,
kurikulum kandungan kurikulum, kaedah media dan penilaian disusun dalam
sesuatu kurikulum untuk menghasilkan instruksi.

Terdapat 2 model iaitu Taba (1962) merupakan satu panduan untuk


melaksanakan kurikulum yang baik di sekolah, pendekatan induktif iaitu
pendapat dan pandangan guru. Serta fokus kepada inovasi dan kreativiti
guru. Manakala model Inlow,GM merupakan realisasi segala objektif yang
menginginkan semua pelajar berjaya mendapat ilmu pengetahuan yang
mencukupi. Pendekatan perkembangan kurikulum iaitu pendekatan teknikal
-saintifik dan pendekatan bukan teknikal- saintifik.

1) Pendekatan teknikal-saintifik
Perkembangan kurikulum sebagai satu rancangan yang
tersusun antara unsur-unsur masa, ruang, bahan dan tenaga
kerja. Menggunakan pendekatan intelektual dan rasional dalam
ii. mencapai tujuan. Pandangan ini menggariskan secara sistematik
Model prosedur- prosedur dan langkah-langkah yang memudahkan
Kurikulum pembentukan sesebuah kurikulum dan boleh dinilai hasilnya

Mempunyai tahap objektif, keuniversalan dan logik

2) Pendekatan bukan teknikal - saintifik


 Memberi pandangan bahawa pendekatan ini sebagai satu yang tidak
sistematik dan tidak rasional
 Mempunyai tahap subjektif,personal dan pengurusan atau
pelaksanaan
 Tidak menekankan hasil tetapi kepada pelajar terutama melalui PdP
yang berorientasikan aktiviti dan menganggapkan perkembangan UPSIZA KPF4023 Pengurusan Kurikulum Bilik Darjah
kurikulum secara beransur-ansur dan bukannya dirancang secara
tepat
Terdapat 5 prinsip kurikulum;
i. Prinsip kesinambungan: kurikulum mempunyai kesinambungan dari
peringkat asas kepada peringkat lebih tinggi
ii. Prinsip ketertiban: berterusan dan berturutan berdasarkan
iii.
pengalaman
Prinsip
iii. Prinsip integrasi: pengalaman pembelajaran berkaitan antara satu
Kurikulum
sama lain
iv. Prinsip litupan: muatan atau skop ilmu
v. Prinsip imbangan: kadar agihan dan kepadatan muatan kandungan
dengan masa
Rumusan:
Reka bentuk kurikulum merupakan apa yang diajar oleh guru bukan sekadar diterima tetapi
dikongsi bersama dari suatu masa yang lain lerana ilmu tidak akan habis. Manakala model
kurikulum merupakan tokoh yang merealisasikan segala objektifnya diana ingin semua
pelajar berjaya mendapat ilmu yang diajar oleh guru.

4
UNIT 3 Reka Bentuk dan Model Kurikulum Bilik Darjah

3.3 Pola & Orientasi Reka Bentuk Kurikulum

i. Pola Reka Bentuk Kurikulum

(a)
Objektif

(b)
Rancangan

(c) (d)
Proses Hasil

Pola Reka Penjelasan Contoh


Bentuk
a) Kurilulum dijadikan sebagai satu objektif kerana Objektif pendidikan
Kurikulum kurikulum merupakan panduan yang digunakan dalam kurikulum
sebagai untuk melaksanakan pengajaran dan kebangsaan.
objektif pembelajaran.

Sebelum dilaksanakan perlu difikir terlebih dahulu Guru perlu bersedia


b)
dan matlamat yang ingin dicapai. Berdasarkan dengan apa yang akan
Kurikulum
pentadbiran organisasi. Kurikulum ini merupakan diajar. Pembinaan
sebagai
kandungan pengajaran yang ingin dicurahkan sekolah, perpustakaan
Perancangan UPSIZA KPF4023 Pengurusan Kurikulum Bilik Darjah
kepada pelajar. Infrastruktur dan berasaskan dan bilik belajar.
daripada tenaga sumber manusia.

Dokumen, panduan
c) guru mengajar,
Kurikulum Kurikulum ini sebagai panduan sukatan pelajaran Standard prestasi,
sebagai dan melalui rancangan tahunan. RPH yang lebih Rancang apa yang
proses komprehensif bagi mencapai objektif. akan di ajar dalam
masa setahun (48
minggu).

Terdiri daripada
Merupakan hasil yang telah dicapai oleh pelajar. pelbagai domain seperti
d)
Hasil menentukan kurikulum perlu dinilai bagi pengetahuan,
Kurikulum
menentukan pencapaian objektif. keterampilan dan sikap.
sebagai hasil
Hasil perlaksanaan
kurikulum kebangsaan

5
UNIT 3 Reka Bentuk dan Model Kurikulum Bilik Darjah

ii. Orientasi Reka Bentuk Kurikulum

i. Reka Bentuk
Kurikulum
Berorientasi iv. Reka Bentuk
Akademik Kurikulum Eklektik

iii. Reka Bentuk ii. Reka Bentuk


Kurikulum Kurikulum
Berorientasi Berorientasi
Pelajar Masyarakat/
Masalah

Orientasi Reka Penjelasan Contoh


Bentuk
Kurikulum
Berorientasikan
i. Lebih menekankan pengetahuan, kemahiran,
kepada subjek
nilai warisan, budaya dan kepercayaan.
Kurikulum
Berorientasi Fokus kepada
Kurikulum berpusatkan isi kandungan
Akademik/ kognitif.
matapelajaran yang pelbagai.
Pengetahuan
Melibatkan proses mengingat dan
memahami
ii. Fokus kepada individu – potensi. Pengajaran UPSIZA KPF4023 Pengurusan Kurikulum Bilik Darjah
mengikut minat pelajar. Organisasi kurikulum
Kurikulum
(minat, keperluan dan tujuan pelajar).
Berorientasi
Berorientasikan aktiviti dan membina Minat bersukan dan
Pelajar
pengalaman. diberikan khusus
Humanistik-pembinaan insan. Bersifat terbuka tentang bidang
kepada pelajar untuk turut sama dalam tersebut. Sebagai
mereka bentuk kurikulum yang hendak contoh. Sekolah Sukan
mereka pelajari. Bukit Jalil dan Sekolah
Seni di Sarawak.

6
UNIT 3 Reka Bentuk dan Model Kurikulum Bilik Darjah

iii. Berdasarkan kepada kesejahteraan Memberi fokus


masyarakat. kepada masalah
Kurikulum
dalam kehidupan
Berorientasi
Berasaskan pemikiran bahawa manusia
Masyarakat/
sebagai mahluk sosial yang perlu hidup
Masalah
bersama & ada konflik.

Isi kurikulum berupa masalah-masalah sosial/


persekitaran.

Mendatar : merentas pelbagai disiplin ilmu

Menegak: keupayaan selesaikan masalah.

Kurikulum mengintegrasikan antara subjek


dengan masalah kehidupan sosial & alam
sekitar.

Pengajaran menggunakan pendekatan


penyelesaian masalah (PBL).

Mengintegrasikan beberapa mata pelajaran.


Lingkungan masalah dalam kehidupan &
masyarakat.

Masalah membentuk intipati kurikulum.

Pelajar mempelajari kurikulum untuk


mengenalpasti, memahami, menganalisis dan
menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam
kehidupan.

iv. Gabungan daripada pola dan orientasi Berilmu dan


kurikulum yang berpusatkan akademik, pelajar berketrampilan.
Kurikulum
dan masalah
Eklektik Menangani masalah
kehidupan.
UPSIZA KPF4023 Pengurusan Kurikulum Bilik Darjah
Kembangkan potensi
individu sebagai satu
usaha berterusan.

7
UNIT 3 Reka Bentuk dan Model Kurikulum Bilik Darjah

3.4 Hubungkaitkan Prinsip Penyusunan


Reka Bentuk Kurikulum

(Tyler, 1949 & Ornstein and Hunkins, 2017)

Dimensi Vertikal

i. Urutan

ii. Kesinambungan

Dimensi Horizontal

iii. Imbangan iv. Integrasi v. Skop

Dimensi Prinsip Keterangan & Contoh


 Merangkumi isi kandungan,kemahiran dan proses yang
i. diperlukan bagi memperoleh isi kandungan tersebut.
Urutan  aktiviti disusun spy dpt mencapai perkembangan
kognitif menurut tahap perkembangan mereka.
MENEGAK
(Vertical)

 Tentang manipulasi dan pengulangan komponen2


kurikulum. Melibatkan pengulangan idea dan kemahiran
ii. utama yang perlu difahami oleh pelajar.
Kesinambungan
 Bersambung
 Menyusun mengikut tahap
 Ada hubungkait dengan semua unit
• Apa yang dipelajari diamalkan di dalam kehidupan
iii. • Kesepaduan dari subjek ke subjek lain
Imbangan • Kepentingan matapelajaran pada masa depan

UPSIZA KPF4023 Pengurusan Kurikulum Bilik Darjah
Hubungkait matapelajaran dengan matapelajaran lain
• Contoh Ilmu tauhid (berkait dengan dengan Ilmu
bahasa)
MENDATAR
(Horizontal)

• Kadar masa
iv. • Sesuai atau tidak peruntukan masa 40 minit untuk satu
Integrasi unit mata pelajaran
• Kandungan matapelajaran sesuai atau tidak (dalam
masa seminggu)

 Betapa dalam atau luas ilmu tersebut


v.  Contoh pembelajaran mengikut skop umur.
Skop

Rumusan: Kurikulum adalah segala pengalaman yang diarah,dirancang,dikelola dan


dilaksanakan oleh pihak sekolah untuk mencapai matlamat pendidikan yang ditentukan

8
UNIT 3 Reka Bentuk dan Model Kurikulum Bilik Darjah

3.5 Model Rasional/ Objektif Tyler dalam


Pelaksanaan Kurikulum Bilik Darjah

(Basic Principles of Curriculum and Instruction, 1949)

PRINSIP ASAS PERINGKAT

i. Apakah tujuan kurikulum yang mesti dicapai? (a) OBJEKTIF

ii. Apakah isi kandungan/ pengalaman yang harus


disampaikan kepada pelajar untuk mencapai (b) KANDUNGAN
objektif?

iii. Bagaimana pengalaman pembelajaran disusun (c) PENYUSUNAN


untuk pengajaran berkesan? PENGALAMAN

iv. Bagaimana keberkesanan pengalaman (d) PENILAIAN


pembelajaran dapat dinilai?

Peringkat Keterangan Contoh


Dalam merancang pengajaran dan Setiap pengajaran dan
pembelajaran untuk setiap matapelajaran pembelajaran memerlukan
(a)
adalah perlu menentukan objektif pengajaran. matlamat dan tujuan
OBJEKTIF
contohnya hasil
pembelajaran.
Menyusu bahan-bahan
Dalam merancang pengajaran dan kurikulum kepada unit-unit
(b) pembelajaran dengan tajuk pengajaran kecil, daripada mudah
KANDUNGAN berdasarkan sukatan pelajaran yang perlu kepada lebih sukar
ditentukan
UPSIZA KPF4023 Pengurusan Kurikulum Bilik Darjah
Pemilihan buku dan BBM
(c) yang sesuai dalam
PENYUSUNAN Menentukan pemilihan kaedah serta teknik pengajaran
PENGALAMAN pengajaran yang sesuai dengan pembelajaran
yang amat perlu

Setelah pengajaran dan pembelajaran Penilaian formatif dan


(d) dilaksanakan, menentukan keberhasilan sumatif, kajian tindakan
PENILAIAN objektif pelajaran

9
UNIT 3 Reka Bentuk dan Model Kurikulum Bilik Darjah

3.6 Aplikasi Model Kurikulum Bilik Darjah di Malaysia

PERSEKITARAN BILIK DARJAH

1. KANDUNGAN

(a)
Objektif
ii. Pedagogi- i. Kurikulum
kandungan
(b)
Isi

(c)
(d)
Strategi
Nilai

2. PEDAGOGI iii. Pengajaran & 3. PENILAIAN


pembelajaran

Pada peringkat kandungan, guru perlu memilih objektif, subjek, kandungan atau
pengalaman pembelajaran yang perlu didedahkan kepada pelajar bagi mencapai objektif
yang telah ditetapkan. Situasi ini merupakan suatu proses yang kreatif kerana guru boleh
membina atau menetap sendiri objektif dan kaedah pembelajaran. Contohnya, pemilihan
kaedah main peranan atau berlakon, simulasi dan menyanyi. Guru akan menjadi lebih
dinamik dan membina satu bahan bantu mengajar yang berunsurkan PAK21.
DJJ
JS Pada peringkat pedagogi, guru boleh menggunakan dan mengaplikasikan kandungan yang
telah dipilih. Ianya juga dikenali sebagai strategi guru untuk menyampaikan isi dan objektif.
Teknik yang bersesuaian perlu dipilih agar menetapi kehendak objektif dan isi kandungan.
Contohnya, guru ingin mengajar topik pecahan, kaedah yang sesuai ialah menggunakan UPSIZA KPF4023 Pengurusan Kurikulum Bilik Darjah
Bahan Bantu Mengajar yang selalu digunakan ketika aktiviti harian seperti guli, kertas, straw,
batu-batu kecil dan gambar rajah yang bersesuaian.

Pada peringkat penilaian, guru boleh menilai keberkesanan kaedah yang digunakan.
Setelah itu, guru boleh menambahbaik atau mencari kaedah yang lebih seronok untuk
dipraktikkan pada masa hadapan.

HUBUNGKAIT ANTARA KANDUNGAN, PEDAGOGI DAN PENILAIAN.

Kurikulum sesuatu mata pelajaran dibina berdasarkan kandungan, pedagogi dan


penilaian. Kandungan akan ditambahbaik berdasarkan penilaian yang dibuat oleh guru.
Justeru itu, setiap guru perlu sentiasa membuat penilaian setelah selesainya sesuatu topik
pembelajaran untuk menentukan samada sesuatu objektif tercapai atau tidak. Manakala
pemilihan kaedah sangat penting kerana pemilihan kaedah yang bersesuaian dengan isi
kandungan yang disampaikan akan membawa kesan terbaik kepada pembelajaran pelajar.
Isi kandungan dan pedagogi yang dipilih dapat digabungkan bagi memudahkan guru
membuat penilaian samada kedua-dua elemen tersebut membuahkan hasil atau sebaliknya.
Gabungan kesemua elemen kandungan, pedagogi, dan penilaian maka terhasillah 4 bidang
utama yang perlu diajarkan kepada pelajar iaitu objektif, isi kandungan, strategi pengajaran 10
dan pembelajaran serta nilai yang infin diterapkan kepada pelajar.
UNIT 3 Reka Bentuk dan Model Kurikulum Bilik Darjah

GLOSARI

Tempat berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran (PdP). Bilik-bilik


BILIK di sekolah yang melibatkan pelajar mengikuti pengajaran yang dijarkan
DARJAH oleh guru.

Suatu urutan pengalaman yang disediakan di sekolah bagi tujuan


MODEL mendisiplinkan pelajar dan menyelesaikan masalah yang timbul semasa
KURIKULUM PdP.

Model yang diperkenalkan oleh Ralph Tyler. Model ini terbahagi kepada 4
komponen asas iaitu tujuan yang ingin dicapai, menentukan pengalaman
MODEL TYLER belajar, mengelola pengalaman belajar, dan menilai keberkesanan
pengalaman pembelajaran.

Kemahiran merancang dan mengurus kaedah dan teknik pengajaran


STRATEGI untuk mencapai hasil pembelajaran.

Merupakan sesuatu matlamat yang ingin dicapai oleh guru dalam proses
OBJEKTIF PdP.

Isi yang perlu dijar oleh guru kepada pelajar bagi mencapai objektif
KANDUNGAN pembelajaran.

UPSIZA KPF4023 Pengurusan Kurikulum Bilik Darjah


Kaedah dan prinsip yang diaplikasikan oleh guru semasa PdP.
PEDAGOGI

Satu kaedah atau cara untuk mengenalpasti keberkesanan proses PdP


PENILAIAN samada tercapai atau sebaliknya.

EKLEKTIK Pengajaran disampaikan dengan menggabungkan semua atau sebahaian


daripada ciri-ciri sesuatu kaedah ke dalam kaedah yang baru.

Melibatkan penggabungan disiplin ilmu dalam suatu matapelajaran bagi


INTEGRASI memaksimumkan pengetahuan pelajar.

11
UNIT 3 Reka Bentuk dan Model Kurikulum Bilik Darjah

AKTIVITI KREATIF

G J H T U H J U L A R F E C B E N I
H K U E R H N N A W R Y B C X V H Q
U R J M U U E H S U S A H J E L I U
J T F B T F F E E R R Z Y K O O K J
F W H H A S A H F W W E T R P D A D
H A B U N D D B A H H B E W E A L K
R S E F H R A D D N N D R H N B R A
W D R S A P S K O P K W I O R C W E
H E I D K H A W S S S A S B W D H D
N R T R A N R Q A Y Y J D J H E N A
K G E W D K G S R H H U A E N T K H
S D H H E S B H G U U L L K K S S J
Y F E N M Y E J B F F B A T S J Y U
H H R K I H T S E O P O M I Y D H M
U V O S K U J U T S E H R F H U U B
O H G Y H F S L J A T Q T I B I F I
G K E S I N A M B U N G A N A T R O
Q O K E L I P E N I L A I A N K U L

MENEGAK MENDATAR

1. Model kurikulum merupakan satu 1. Prinsip urutan ialah penyusunan reka


_________ pengalaman yang disediakan bentuk kurikulum di susun dari senang
di sekolah bagi mendisiplinkan pelajar. kepada____________

2. “Bagaimana kita patut memastikan


UPSIZA KPF4023 Pengurusan Kurikulum Bilik Darjah
2. Kurikulum dijadikan sebagai satu
____________ kerana kurikulum bahawa tujuan ini tercapai?” merujuk
merupakan panduan yang digunakan kepada peringkat ___________ dalam
untuk melaksanakan pengajaran dan Model Tyler.
pembelajaran.
3. Dimensi vertikal terdiri daripada prinsip
3. Kurikulum berorientasikan __________ urutan dan _____________
menekankan kepada pengetahuan dan
kemahiran. 4. Dimensi horizontal terdiri daripada prinsip
imbangan, integrasi dan ____________
4. Pedagogi merupakan suatu _________
atau teknik yang digunakan oleh guru
untuk menyampaikan isi pengajaran
kepada pelajar.

12
UNIT 3 Reka Bentuk dan Model Kurikulum Bilik Darjah

JAWAPAN AKTIVITI KREATIF

G J H T U H J U L A R F E C B E N I
H K U E R H N N A W R Y B C X V H Q
U R J M U U E H S U S A H J E L I U
J T F B T F F E E R R Z Y K O O K J
F W H H A S A H F W W E T R P D A D
H A B U N D D B A H H B E W E A L K
R S E F H R A D D N N D R H N B R A
W D R S A P S K O P K W I O R C W E
H E I D K H A W S S S A S B W D H D
N R T R A N R Q A Y Y J D J H E N A
K G E W D K G S R H H U A E N T K H
S D H H E S B H G U U L L K K S S J
Y F E N M Y E J B F F B A T S J Y U
H H R K I H T S E O P O M I Y D H M
U V O S K U J U T S E H R F H U U B
O H G Y H F S L J A T Q T I B I F I
G K E S I N A M B U N G A N A T R O
Q O K E L I P E N I L A I A N K U L

MENEGAK MENDATAR

1. Model kurikulum merupakan satu 1. Prinsip urutan ialah penyusunan reka


URUTAN pengalaman yang disediakan bentuk kurikulum di susun dari senang
di sekolah bagi mendisiplinkan pelajar. kepada SUSAH.

2. “Bagaimana kita patut memastikan


UPSIZA KPF4023 Pengurusan Kurikulum Bilik Darjah
2. Kurikulum dijadikan sebagai satu
OBJEKTIF kerana kurikulum merupakan bahawa tujuan ini tercapai?” merujuk
panduan yang digunakan untuk kepada peringkat PENILAIAN dalam
melaksanakan pengajaran dan Model Tyler.
pembelajaran.
3. Dimensi vertikal terdiri daripada prinsip
3. Kurikulum berorientasikan AKADEMIK urutan dan KESINAMBUNGAN.
menekankan kepada pengetahuan dan
kemahiran. 4. Dimensi horizontal terdiri daripada prinsip
imbangan, integrasi dan SKOP.
4. Pedagogi merupakan suatu KAEDAH
atau teknik yang digunakan oleh guru
untuk menyampaikan isi pengajaran
kepada pelajar.

13
UNIT 3 Reka Bentuk dan Model Kurikulum Bilik Darjah

PENILAIAN
Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)
Aras Kognitif
Topik Jumlah
Pengetahuan Kefahaman Aplikasi Analisis Penilaian Reka cipta
Pengertian reka
E1
bentuk, model dan 2
O1
prinsip kurikulum.
Pola & orientasi reka
E2
bentuk kurikulum. O3 3
O2
Prinsip penyusunan
reka bentuk kurikulum
O4 O5 E4 3
(dimensi vertikal dan
dimensi horizontal).
Aplikasi Model
Rasional/ Objektif E3 1
Tyler
Model perkembangan
kurikulum bilik darjah
E5 1
dilaksanakan di
Malaysia.
Jumlah Soalan Objektif 1 2 1 1 - - 5

Jumlah Soalan Esei 1 1 - 2 1 - 5

Latihan Esei
Bina 5 soalan esei berdasarkan JSU dan berikan skema jawapan yang lengkap.

1. Dalam konteks sekolah anda, terangkan perkara-perkara berikut:


(a) pola reka bentuk kurikulum.
Pola reka bentuk kurikulum di Malaysia berpusatkan kepada tiga bentuk iaitu
akademik, pelajar dan juga masalah. Dalam konteks di sekolah saya, UPSIZA KPF4023 Pengurusan Kurikulum Bilik Darjah
mengaplikasikan kepada berpusatkan akademik. Ia menekankan pengetahuan ,
nilai dan warisan budaya. Pola reka bentuk ini berorientasikan kepads subjek dan
pengetahuan dan fokus utama semestinya kepada pengetahuan bagi
membangunkan intelek. Kurikulum ini berpusat kepada isi kandungan iaitu apa
yang akan diajar kepada pelajar. Pengetahuan yang diajarkan secara terpisah-
pisah iaitu mengikut baba tau topik. Susunan kurikulum ini terdiri secara
menegak iaitu ikut tahap kesukaran dari mudah kepada sukar. Manakala bagi
mendatar pula ia berasaskan antara disiplin ilmu. Antara kekuatan yang dapat
saya simpulkan daripada kurikulum ini ia memudahkan untuk membuat sesuatu
perancangan, pelaksanaan dan penilaian. Namun begitu, kebanyakan pelajar
menjadi lebih pasif dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana pelajar
hanya menekankan kepada pengetahuan semata-mata.

(b) model kurikulum.


Dalam konteks sekolah saya, Model Objektif Tyler diaplikasikan sebagai model
kurikulum. Model ini terdiri daripada 4 langkah penting iaitu objektif, kandungan,
kaedah dan penilaian. Model ini bertujuan untuk menghasilkan pembelajaran

14
UNIT 3 Reka Bentuk dan Model Kurikulum Bilik Darjah

yang menyeluruh dan berkesan. Sebagai contoh, objektif pembelajaran di


sekolah ialah untuk pendidikan sahaja dan mencapai matlamat pendidikan
negara. Isi kandungan pelajaran ialah bersifat spesifik di mana telah ditetapkan
standard kurikulum dan silibus mengikut Kementerian Pelajaran Malaysia.
Pemilihan isi kandungan mata pelajaran seiring dengan tingkah laku pelajar dan
tujuan pendidikan dan metodologi digunakan untuk melaksanakan kurikulum
berdasarkan objektif dan penilaian yang dilaksanakan di sekolah kepada setiap
pelajar adalah berbentuk sumatif dan formatif

(c) prinsip kurikulum.


Kandungan kurikulum yang telah dipilih hendaklah disusun dengan teliti agar
data menghasilkan pembelajaran yang menyeluruh dan berkesan. Tyler
mencadangkan tiga prinsip dalam penyusunan kandungan iaitu Prinsip
Kesinambungan, Prinsip Ketertiban (turutan), dan Prinsip Kesepaduan.
Berdasarkan konteks di sekolah yang mana mengaplikasikan ketiga-tiga prinsip.
Sebagai contoh, dalam konteks Prinsip Kesinambungan Kandungan di mana
pemeringkatan ilmu, kemahiran dan nilai yang perlu dikuasai oleh murid-murid
sejajar dengan pertumbuhan fizikal dan perkembangan mental seiring dengan
peningkatan usia mereka. Kurikulum yang sempurna mempunyai kesinambunag
yang lancar dengan dimulai peringkat paling asas dan seterusnya membolehkan
pelajar mengaplikasikannya untuk meneroka pada tahap yang lebih tinggi. Oleh
itu, objektif atau kandungan yang penting hendaklah sentiasa diulang dan
didedahkan secara berterusan dengan berbagai-bagai kaedah dan cara bagi
menentukan ia dipelajari dengan menyeluruh.

Manakala bagi Prinsip Ketertiban (turutan) Kandungan merupakan jumlah


timbun-tambah ilmu, kemahiran dan nilai yang dibina menerusi pembelajaran
yang dilaksanakan merentas waktu. Prinsip kurikulum ini mnyarankan
pembelajaran hendaklah berterusan dan berturutan dengan berdasarkan
pengalaman lalu supaya seseorang pelajar berpeluang mempelajari sesuatu
dengan lebih luas dan mendalam. Sebagai contoh, dalam konteks mata
pelajaran yang diajar oleh saya iaitu Matematik, pelajar Tingkatan 2 mempelajari
topik 12 iaitu Sukatan Kecendurangan Memusat di mana dalam topik ini
merangkumi pengetahuan mod, min dan median. Pelajar telah mempelajarinya
semasa mereka berada di sekolah rendah. Oleh itu, topik ini membincangkan
dengan lebih terperinci supaya setiap pelajar dapat mempelajari sesuatu topik itu
dnegan lebih luas dan mendalam.
UPSIZA KPF4023 Pengurusan Kurikulum Bilik Darjah
Akhir sekali, Prinsip Kesepaduan Kandungan pula menetapkan agar pengalaman
pembelajaran dihubungkaitkan antara satu sama lain supaya pembelajaran lebih
bermakna dan menyeluruh. Sebagai contoh, pelajar telah dididik oleh ibu bapa
mereka tentang solat 5 waktu. Oleh itu, guru memperkukuhkan dengan fadhilat
solat, bacaan solat dengan betul, rukun solat dan sebagainya. Pengalaman
pelajar yang menunaikan solat 5 waktu membolehkan mereka senang menerima
apa yang diajar oleh guru mereka kerana pengalaman mereka akan dikaitkan
semasa dalam proses pembelajaran dalam kelas.

15
UNIT 3 Reka Bentuk dan Model Kurikulum Bilik Darjah

2. Bagaimanakah orientasi reka bentuk kurikulum sekolah agama memberi


pengaruh terhadap implimentasi kurikulum bilik darjah bagi mata pelajaran
opsyen anda?

Reka bentuk sekolah agama lebih berorientasikan akademik dan pengetahuan. Ia


lebih menekankan pengetahuan, kemahiran, nilai warisan, budaya dan kepercayaan.
Kemudian, Kurikulum lebih berpusatkan isi kandungan matapelajaran yang pelbagai
yang mengandungi subjek akademik,agama dan arab. Kebanyakan kaedah
pembelajaran melibatkan proses mengingat dan memahami. Ia juga hanya berfokus
kepada pengetahuan bagi membangunkan intelek Pembelajaran hanya
berorientasikan kepada subjek dan menfokuskan kemahiran kognitif.Sebagai contoh
untuk matapelajaran Sains, pelajar hanya mengunakan kaedah mengingat dan
memahami iaitu lebih kepada teknik penghafalan. Hal ini dimana sains merupakan
subjek yang memerlukan eksperimen atau penyiasatan tetapi sebaliknya pelajar
hanya mendengar pengajaran guru.

Impikasi daripada interaksi yang tidak berkesan menyebabkan pelajar hilang fokus
danminat terhadap pelajaran tersebut. Mereka juga tidak akan belajar untuk membaiki
kelemahandiri seperti tidak yakin atau terlalu malu untuk berbincang sesuatu topik
dengan guru. Selain itu ketiadaan interaksi pelajar di dalam kumpulan. Terdapat juga
Kekangan masa atau waktu yang diberi.Oleh kerana terdapat banyak pembahagian
banyak subjek yang mengandungi akademik dan agama, 30 minit untuk satu waktu
tidak mencukupi kerana subjek Sains memerlukan aktiviti atau eksperimen yang
mengaplikasikan konsep penting dalam sukatan pelajaran. Hal ini menyebabkan guru
mengajar murid dengan cepat untuk menghabiskan sukatan pelajaran dan
mengabaikan aspek pemahaman dan penguasaan.

3. Merujuk kepada mata pelajaran opsyen anda, terangkan hubungkaitan prinsip


penyusunan reka bentuk kurikulum dari dimensi vertikal dan dimensi horizontal.

Secara dasarnya pendidikan adalah satu proses yang berkaitan dengan proses
pengajaran dan pembelajaran sesuatu kemahiran, penyampaian ilmu dan juga
penerapan nilai. Penyusunan kurikulum sangat penting dalam memastikan pendidikan
yang dijalankan dapat memberi input dan penguasaan kepada pelajar dengan nilai,
ilmu dan kemahiran yang mereka perlukan serta sangat penting kepada guru untuk
menjalankan sesi pembelajaran dan pengajaran dengan berkesan. Penyusunan
kurikulum sangat penting sebagai asas kepada pembentukkan individu yang berilmu UPSIZA KPF4023 Pengurusan Kurikulum Bilik Darjah
dan dapat melahirkan masyarakat yang seimbang dari segi intelek, emosi dan rohani.
Penyusunan reka bentuk kurikulum yang baik adalah bermula dari dimensi vertical
kepada dimensi horizontal.

Dimensi vertical adalah susunan kandungan kurikulum daripada tahap asas kepada
tahap yang lebih tinggi dan berhubungkait dengan semua unit dalam subjek tersebut
iaitu melalui prinsip urutan dan kesinambungan. Manakala dimensi horizontal adalah
susunan secara sebelah-menyebelah kandungan atau elemen kurikulum melalui
prinsip susunan kandungan kurikulum iaitu skop, imbangan dan integrasi.

Bagi mata pelajaran matematik sekolah rendah, penyusunan isi kandungan bermula
dengan dimensi vertical iaitu prinsip urutan dimana kandungan subjek tersebut
disusun mengikut operasi tambah, tolak, darab dan bahagi dalam angka sa, ratus dan
ribu iaitu daripada asas penggiraan yang senang kepada pringkat lebih sukar.
Seterusnya susunan kandungan melalui prinsip kesinambungan iaitu susunan
mengikut tahap pelajar dan hubungkait dengan semua unit. Dalam mata pelajaran

16
UNIT 3 Reka Bentuk dan Model Kurikulum Bilik Darjah

matematik, setiap peringkat pelajar akan mempelajari topik yang berkaitan iaitu hanya
melibatkan operasi tambah,tolak, darab dan bahagi tetapi nilai angka yang berbeza
sebagai contoh pelajar tahun 1 penggiraan operasi tambah melibatkan angka 1
sehingga 10 manakala pelajar tahun 6 penggiraan operasi tambah melibatkan angka
100 hingga 1000.

Penyusunan kandungan mata pelajaran matematik bagi dimensi horizontal iaitu


susunan secara sebelah-menyebelah elemen kurikulum. Susunan kandungan dalam
prinsip imbangan iaitu penggiraan operasi tambah dan tolak boleh digunakan dalam
harian pelajar, setiap guru perlu menggunakan kaedah yang berkesan dan
memudahkan pelajar untuk memahami topik tersebut dengan melibatkan situasi
sebenar sebagai contoh semasa pdp melakukan aktiviti main peranan iaitu jual beli.
Peringkat penyusunan seterusnya ialah integrasi iaitu penyusunan kandungan yang
mencukupi masa. Hal ini dimana, setiap topik dalam mata palajaran perlu disusun
mengikut masa dan guru perlu menghabiskan salibus dengan menggunakan kaedah
pengajaran yang bersesuaian mengikut masa yang ditetapkan. Seterusnya prinsip
litupan atau skop iaitu melibatkan keluasan dan kedalaman kandungan dan hasil
dalam sesuatu matapelajaran.

Oleh itu, penyusunan kandungan setiap mata pelajaran adalah penting supaya setiap
pelajar dapat menguasai topik yang diajarkan. Seterusnya, guru juga dapat menilai
perkara yang penting dalam mata pelajaran, pengalaman murid, kesediaan murid
untuk belajar sendiri, penekanan kognitif atau afektif, matlamat pembelajaran dan
elemen kepelbagaian. Seterusnya, guru juga dapat mengenal pasti setiap objektif
yang dirancang tercapai atau tidak.

4. Rumuskan aplikasi 1 model pembangunan kurikulum bilik darjah yang


mempengaruhi kurikulum yang anda terlibat dalam pelaksanaannya.

Menggunakan model Rasional Tyler, (1949), menekankan 4 prinsip asas yang ingin
dicapai Iaitu pada peringkat objektif, kandungan, penyusunan pengalaman dan
penilaian.

Yang pertama, kita hendaklah mengenalpasti objektif-objektif umum dalam


mengumpulkan data dari tiga sumber iaitu mata pelajaran,pelajar dan masyarakat.
Kemudian, membuat perincian dengan menyaringnya melalui dua tapisan iaitu
mengikut falsafah sekolah dan psikologi pembelajaran. Setiap pengajaran dan UPSIZA KPF4023 Pengurusan Kurikulum Bilik Darjah
pembelajaran memerlukan matlamat dan tujuan contohnya hasil pembelajaran.

Kemudian, kandungan. dengan pemilihan tajuk pengajaran berdasarkan sukatan


pelajaran yang perlu ditentukan. Contohnya, menyusun bahan-bahan kurikulum
kepada unit-unit kecil, daripada mudah ke lebih kompleks

Seterusnya,memilih pengalaman pembelajaran supaya objektif pembelajaran tercapai.


Kaedah ini dapat dilaksanakan dengan cara nenentukan pemilihan kaedah serta
teknik pengajaran yang sesuai dengan pembelajaran . Sebagai contohnya, Pemilihan
buku dan BBM yang sesuai dalam pengajaran.

Akhirnya,proses penilaian. Ia merupakan proses terakhir untuk menilai keberkesanan


proses perancangan dan perlaksanaan kurikulum.Pada peringkat ini, kita seharusnya
menilai sama ada pengalaman pembelajaran yang dipilh mencapai objektif yang
ditetapkan.Penilaian ini menjadi panduan sama ada sesuatu harus dikekalkan atau
diperbaiki.

17
UNIT 3 Reka Bentuk dan Model Kurikulum Bilik Darjah

5. Jelaskan bagaimanakah model perkembangan kurikulum bilik darjah


dilaksanakan di sekolah anda?

Model kurikulum bilik darjah terdiri daripada 3 elemen iaitu kandungan, pedagogi dan
penilaian. Model ini saling berhubung kait antara satu sama lain. Model ini
dilaksanakan di sekolah apabila guru memilih subjek, kandungan atau pengalaman
pembelajaran yang perlu didedahkan kepada pelajar bagi mencapai objektif yang
telah ditetapkan. Contoh dokumen yang digunakan oleh guru ialah DSKP
Kementerian Pelajaran Malaysia.

Seterusnya pada peringkat pedagogi, guru menyampaikan objektif pembelajaran


dengan menggunakan strategi yang bersesuaian seperti bercerita, main peranan,
persembahan, pembelajaran secara koperatif serta penerangan secara langsung.
Selepas kandungan disampaikan dengan kaedah tertentu, guru boleh membuat
penilaian samada isi kandungan berjaya disampaikan atau sebaliknya. Antaranya
dengan teknik penyoalan, kuiz dan senarai semak.

Pada peringkat penilaian juga, guru boleh mengenalpasti samada kaedah yang
digunakan perlu ditambahbaik, diteruskan atau digabungkan dengan kaedah dan
teknik yang lain. Gabungan kesemua elemen objektif, pedagogi dan penilaian maka
terbentuklah 4 bidang utama yang perlu disampaikan kepada pelajar iaitu objektif
pembelajaran, isi kandungan, strategi pembelajaran serta nilai-nilai murni.

Elemen-elemen di dalam model ini saling berhubung kait rapat antara satu sama lain
kerana apabila kandungan tidak dikenalpasti, maka guru tidak menyampaikan
objektif dan isi yang sepatutnya kepada pelajar. Isi kandungan amat penting kerana
elemen ini perlu diwujudkan terlbih dahulu bagi mencari strategi yang sesuai untuk
diajarkan kepada murid. Justeru itu, guru tidak akan berjaya menilai pencapaian
pelajar apabila kesemua elemen ini tidak digabungkan.

Sesuai dengan peredaran zaman, proses PdP perlu menerapkan PAK21 iaitu lebih
menggalakkan pelajar untuk bekerjasama, berkomunikasi, berfikiran secara kritis dan
kreatif. Jadi guru perlulah memilih strategi pembelajaran yang berpusatkan pelajar
bagi mencapai prinsip PAK21. Guru juga boleh menggunakan teknologi seperti
menjawab kuiz atas talian seperti Kahoot dan Quizizz. Pelajar juga boleh
menggunakan platform Youtube dan Google Classroom bagi mendapatkan
maklumat penting dalam matapelajaran tertentu.
UPSIZA KPF4023 Pengurusan Kurikulum Bilik Darjah
Kesimpulannya, guru boleh mempelbagaikan strategi pembelajaran bagi
menyampaikan isi kandungan dan objektif di dalam kelas. Ini akan menjadikan guru
lebih kreatif dalam membuat penilaian dan memberikan peluang kepada guru untuk
sentiasa menambahbaik mutu pengajaran.

18
UNIT 3 Reka Bentuk dan Model Kurikulum Bilik Darjah

Latihan Objektif
Bina 5 soalan objektif berdasarkan JSU dan berikan jawapan yang betul.

1. Orientasi kurikulum merupakan sesuatu yang penting dalam menentukan hala tuju
proses pengajaran pembelajaran di bilik darjah.

Manakah di antara jenis orientasi kurikulum berikut merujuk kepada proses untuk
mengembangkan kompetensi pelajar dalam berbagai bidang kehidupan.
A. Orientasi teknologi. B. Orientasi akademik.
C. Orientasi masyarakat. D. Orientasi humanisme.

Soalan 2 dan 3 adalah berdasarkan Rajah 1 di bawah.

Rajah 2: Reka bentuk


kurikulum

2. Apakah nama bagi reka bentuk kurikulum yang menggabungkan ketiga-tiga pusatan
(akademik, masalah dan pelajar) sebagaimana yang terdapat di X?
A. Eklektik B. Bersistem. UPSIZA KPF4023 Pengurusan Kurikulum Bilik Darjah
C. Bersepadu. D. Menyeluruh

3. Manakah antara kenyataan berikut merupakan ciri-ciri khusus yang terdapat dalam
reka bentuk kurikulum pusatan akademik?
I. Fokus terhadap isi kandungan.
II. Pengajaran berasaskan minat pelajar.
III. Tujuan untuk kesejahteraan masyarakat.
IV. Menekankan pengetahuan, nilai dan warisan.
A. I dan IV sahaja. B. II dan III sahaja.
C. I, II dan III sahaja. D. I, II, III dan IV sahaja.

19
UNIT 3 Reka Bentuk dan Model Kurikulum Bilik Darjah

Soalan 4 dan 5 berdasarkan Rajah 2 berikut.

Dimensi Vertikal

URUTAN

KESINAMBUNGAN

Dimensi
Horizontal
SKOP X INTEGRASI

Rajah 2: Penyusunan reka bentuk kurikulum

4. Apakah faktor yang menentukan penyusunan reka bentuk kurikulum secara dimensi
vertikal?
A. Tahap keluasan kandungan.
B. Tahap kesukaran kandungan.
C. Tahap keupayaan intelek murid.
D. Tahap keupayaan guru mengajar.

5. Manakah di antara berikut berkaitan dengan penyusunan reka bentuk kurikulum


secara dimensi horizontal di X?
A. Ujian dan peperiksaan yang dilaksanakan di sekolah.
B. Bahan pengajaran yang digunakan dalam pengajaran.
C. Buku teks yang perlu digunakan sebagai sumber rujukan utama.
D. Agihan waktu pengajaran yang berbeza mengikut mata pelajaran.

UPSIZA KPF4023 Pengurusan Kurikulum Bilik Darjah

20
UNIT 3 Reka Bentuk dan Model Kurikulum Bilik Darjah

Bibliografi
1) Abdullah, Z., Mohmad Taib, M. N., Othman, I., Md Salleh, N., Yusuf, A. B., &
Mohamed & Hashim, A. T. (2016). Perkembangan Pendidikan di Malaysia: Falsafah
dan Dasar. Diambil dari https://www.scribd.com/document/98991677/Model-
perkembangan-dan-reka-bentuk-Kurikulum

2) Abdul Azim. (2015). Dimensi Horizontal Dalam Penyusunan Kandungan Kurikulum:


Prinsip Skop, Imbangan Dan Integrasi. Fakulti Pendidikan, Universiti Pendidikan
Sultan Idris.

3) Academic Staff Development Center (ASDC). (2005). Reka Bentuk Kurikulum.


KUKTEM.

4) Ahmad Kilani Mohamed (2003). Pengurusan Pendidikan di Sekolah: Huraian


Menurut Perspektif Islam. Universiti Teknologi Malaysia: Johor Darul Ta’zim.

5) Azizi Tahya. (2007).Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan: Teori, Analisis &


Interprestasi Data. Kuala Lumpur: PTS Profesional Sdn. Bhd.

6) Fadhlah Amin.(2012).Model Perkembangan dan Reka Bentuk Kurikulum. Diambil


dari https://www.scribd.com/document/98991677/Model-perkembangan-dan-reka-
bentuk-Kurikulum

7) Mook Soon Sang (2008). Pengurus Kurikulum. Puchong: Penerbitan Multimedia Sdn.
Bhd.

8) Pusat Perkembangan Kurikulum. (2002). Kepimpinan dan Pengurusan Kurikulum di


Sekolah. Pusat Perkembangan Kurikulum: Kementerian Pelajaran Malaysia.

9) Saedah Siraj. (2008). Kurikulum masa depan. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti
Malaya.
UPSIZA KPF4023 Pengurusan Kurikulum Bilik Darjah

10) Zaidatol Akmaliah Lope Pihie. (2001). Pentadbiran Pendidikan. Petaling Jaya:
Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd.

21

You might also like